2020RANCANGAN PELAKSANAAN TAHUN 51
V. KOMPONEN PROGRAM / PROJEK
Secara keseluruhannya, projek Projek Perumahan Mampu Milik Di Bandar Petri Jaya
melibatkan komponen perlaksanaan projek sebagaimana berikut:-
1. Perlantikan perunding
2. Kerja-kerja awalan
3. Kerja tanah
4. Kerja penyediaan jalan
5. kerja penyediaan bekalan elektrik
6. Kerja penyediaan sistem kumbahan
7. Kerja penyediaan bekalan air
8. Kerja perparitan
Walaubagaimanapun, bagi tahun 2020 hanya melibatkan komponen berikut :
Bil Nama Sub-Projek Pecahan
Peruntukan
1 Pelantikan Perunding
Bayaran PBT (RM)
JUMLAH KESELURUHAN 2,000,000.00
2,000,000.00
VI. STRATEGI PERLAKSANAAN PROGRAM / PROJEK
a) Memastikan berapa unit rumah yang akan dibangunkan mengikut kepada lot
yang mempunyai hak milik.
b) Menggunakan peruntukan yang telah ditetapkan bagi setiap pecahan projek;
c) Membangunkan infrastruktur dengan lengkap dan berkualiti.
d) Mewujudkan pembangunan yang lebih seimbang menerusi penyediaan
prasarana dan ameniti sosial yang dapat memberikan keselesaan kepada
penduduknya.
BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK Hakcipta@2020-PS
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA
2020RANCANGAN PELAKSANAAN TAHUN 52
VII. KRITERIA / JUSTIFIKASI PEMILIHAN PROJEK / LOKASI
Projek pembangunan rumah mampu milik di Bandar Petri Jaya ini mensasarkan kepadaa
penduduk setempat dan sekitar kawasan kota Tinggi. Projek ini dapat meningkatkan
populasi di dalam bandar tersebut dan dapat membentuk komuniti yang serba lengkap.
XI. KESAN PERLAKSANAAN ( OUTPUT PROGRAM/ PROJEK )
Cadangan Projek Perumahan Mampu Milik Di Bandar Petri Jaya ini dijangka dapat
memberi faedah dari segi :
a) Dapat menampung permintaan perumahan mampu milik;
b) Memberi peluang kepada penduduk kampung setempat dan sekitar untuk
memiliki rumah sendiri;
VIII. ISU DAN PEMASALAHAN PROGRAM / PROJEK
Program/Projek ini dilihat tidak mempunyai isu dan permasalahan yang boleh
menjejaskan pelaksanaan projek.
IX. KAPASITI PELAKSANAAN PROGRAM / PROJEK
Sebanyak satu (1) sub-projek akan dilaksanakan untuk tahun 2020 dengan peruntukan
sebanyak RM2,000,000.00.
X. KAEDAH PEMANTAUAN PROGRAM / PROJEK
Program/Projek ini akan dipantau secara berkala oleh Pegawai Penguasa, Pegawai
Penyelia dan juga melalui Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Projek-Projek
Pembangunan.
BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK Hakcipta@2020-PS
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA
2020RANCANGAN PELAKSANAAN TAHUN 53
13 PROGRAM / PROJEK: KOD SPP II:
PROGRAM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN P2203700245
0001
I. LATARBELAKANG PROGRAM / PROJEK
Dalam Rancangan Malaysia Ke-11, KEJORA adalah agensi yang bukan sahaja
membangunkan kemudahan-kemudahan awam berbentuk fizikal, KEJORA juga akan
memberikan tumpuan kepada pembangunan modal insan teruatama kepada para
pelajar luar bandar di bandar-bandar baru KEJORA dan kampung-kampung-kampung
Tradisional yang tidak mendapat kemudahan pembelajaran yang sempurna.
Terdapat ramai pelajar-pelajar luar bandar yang tidak mendapat bantuan kemudahan
yang sempurna dan terdapat juga pelajar-pelajar daripada keluarga yang miskin yang
memerlukan pembelaan sewajarnya.
II. MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM / PROJEK
a) Meningkatkan tahap pencapaian pelajar melalui aktiviti pendidikan;
b) Menjalinkan kerjasama strategik bersama sekolah di dalam Wilayah KEJORA
melalui program dan aktiviti gerak gempur, program-program kecemerlangan dan
motivasi;
c) Membangun dan memperkasakan modal insan dengan ilmu dan pembelajaran
sepanjang hayat;
d) Memastikan setiap pelajar mendapat peluang menyertai serta menerima pelbagai
aktiviti pendidikan terkini ke arah menghasilkan keputusan yang cemerlang.
III. SKOP PROGRAM / PROJEK
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemudahan akses golongan sasar luar
bandar kepada pendidikan rendah, menengah, tinggi dan latihan kemahiran melalui
pelaksanaan pelbagai program peningkatan kemahiran dan pengetahuan serta
pelaksanaan program ICT untuk pelajar luar bandar.
BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK Hakcipta@2020-PS
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA
2020RANCANGAN PELAKSANAAN TAHUN 54
IV. MAKLUMAT PERUNTUKAN
SILING 2016 2017 2018 2019 2020
KESELURUHAN (RM) (RM) (RM) (RM) (RM)
2.5 Juta 1.1 Juta 600 Ribu
(RM)
8.0 Juta 1.6 Juta 1.6 Juta
V. KOMPONEN PROGRAM / PROJEK
Secara keseluruhannya, Program Pembangunan Pendidikan melibatkan enam (6) sub-
projek sepertimana pecahan berikut:-
Bil Nama Sub-Projek Pecahan
1 Peningkatan Kecemerlangan Pendidikan Peruntukan
(RM)
150,000.00
2 Peningkatan Pendidikan Dan Sahsiah Sekolah Rendah 70,000.00
3 Peningkatan Pendidikan Dan Sahsiah Sekolah Menengah 105,000.00
4 Peningkatan Pendidikan Dan Sahsiah Pelajar Sekolah Agama 35,000.00
Tahfiz 170,000.00
5 Program Pintar@KPLB Wilayah KEJORA
6 Program Pembangunan Bakat Dan Kepimpinan 70,000.00
JUMLAH KESELURUHAN 600,000.00
VI. STRATEGI PERLAKSANAAN PROGRAM / PROJEK
a) Merapatkan hubungan antara semua pihak yang terlibat dengan program
pemajuan masyarakat dan pelajar di dalam kawasan KEJORA;
b) Melibatkan kumpulan sasar di dalam proses perancangan dan pelaksanaan
program dan aktiviti supaya mereka benar-benar memahami dan menghayati
matlamat program dan aktiviti menepati dengan kehendak serta keperluan
mereka;
c) Bekerjasama dengan sekolah-sekolah Wilayah KEJORA; dan
d) Melantik konsultan terpilih bagi menjayakan program.
BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK Hakcipta@2020-PS
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA
2020RANCANGAN PELAKSANAAN TAHUN 55
VII. KRITERIA / JUSTIFIKASI PEMILIHAN PROJEK / LOKASI
a) Keperluan merangsang minda pelajar wilayah KEJORA ke arah
kecemerlangan dan menjadikan pelajar lebih kreatif dan inovatif;
b) Permohonan terus dari sekolah-sekolah di dalam Wilayah KEJORA, Pejabat
Pendidikan Daerah dan wakil-wakil rakyat;dan
c) Perancangan program oleh Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan
Desa dengan pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah.
VIII. KESAN PERLAKSANAAN ( OUTPUT PROGRAM/ PROJEK )
a) Program ini akan membantu meningkatkan tahap pendidikan pelajar Wilayah
KEJORA;
b) Program ini dapat memberi pendedahan pelajar terhadap teknik terkini bagi
mencapai kecemerlangan pelajar;
c) Dapat menjalinkan kerjasama dengan Institusi Pendidikan melalui aktiviti yang
dilaksanakan;
d) Sebagai sumbangan sosial ke arah kemajuan pendidikan Wilayah KEJORA;
IX. ISU DAN PEMASALAHAN PROGRAM / PROJEK
Program/Projek ini dilihat tidak mempunyai isu dan permasalahan yang boleh
menjejaskan pelaksanaan projek.
X. KAPASITI PELAKSANAAN PROGRAM / PROJEK
Sebanyak enam (6) sub-projek akan dilaksanakan untuk tahun 2019 dengan peruntukan
sebanyak RM 600,000.00.
XI. KAEDAH PEMANTAUANPROGRAM / PROJEK
Program/Projek ini akan dipantau secara berkala oleh Pegawai Penguasa, Pegawai
Penyelia dan juga melalui Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Projek-Projek
Pembangunan KEJORA pada setiap bulan.
BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK Hakcipta@2020-PS
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA
2020RANCANGAN PELAKSANAAN TAHUN 56
14 PROGRAM / PROJEK: KOD SPP II:
PEMBANGUNAN EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN P2203700280
0001
I. LATARBELAKANG PROGRAM / PROJEK
Projek pembangunan ekonomi adalah perlu dipergiatkan lagi bagi meningkatkan
pendapatan penduduk di dalam Wilayah KEJORA. Ianya adalah selaras dengan
harapan kerajaan untuk menjana pembangunan ekonomi yang lebih seimbang. Selain
itu pelaksanaan program akan memberi penekakan kepada pembudayaan aktiviti
keusahawananan dan pengukuhan daya saing kumpulan usahawan mikropreneur.
Kekayaan sumber-sumber alam di sesuatu kampung adalah perlu diterokai dan
dijadikan sebagai satu projek ekonomi dalam meningkatkan pendapatan penduduknya.
Ianya adalah selaras dengan menjadikan kawasan luar bandar suatu kawasan yang
maju, menarik dan menguntungkan serta merubah landskap aktiviti ekonomi dari
berbentuk sara diri dan tradisional kepada aktiviti ekonomi berasaskan perniagaan dan
keusahawanan
Pemilihan projek berdasarkan perancangan pelan transformasi luarbandar yang telah
ditetapkan oleh KKLW . Fokus projek dan program yang dirancang adalah untuk
memartabatkan perniagaan kumpulan bumiputera dan mewujudkan entiti pemasaran
produk luar bandar bagi menembusi pasaran yang lebih tinggi .
Komponen pembangunan projek adalah menyeluruh merangkumi :
a. Pembangunan kemahiran, penjenamaan produk, bantuan dana perniagaan ,
pengkomersialan produk desa dan penempatan kemudahan premis dan infraniaga
bagi meningkatkan daya saing kumpulan usahawan desa.
b. Merangkumi program perbekalan peralatan kepada usahawan tani yang berjaya,
penyediaan kursus dan latihan serta aktiviti mempromosikan aktiviti pertanian.
BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK Hakcipta@2020-PS
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA
2020RANCANGAN PELAKSANAAN TAHUN 57
II. MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM / PROJEK
a) Meningkatkan pendapatan penduduk-penduduk Kampung Tradisional;
b) Menjana peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk kampung dalam
projek-projek ekonomi yang boleh dilaksanakan; dan
c) Meningkatkan kemahiran keusahawanan, kebolehpasaran, availibility dan
continuity produk luar bandar
d) Untuk mengembangkan lagi aktiviti usahawan tani yang telah diusahakan serta
melahirkan usahawan tani (agropreneur).
e) Untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pertanian
menerusi kursus dan latihan.
f) Untuk mempromosikan usahawan dan produk pertanian di bawah seliaan
KEJORA.
III. SKOP PROGRAM / PROJEK
a) Pembangunan projek pertanian untuk peserta Program Bantuan Rakyat (PBR)
Kampung Tanah Putih.
b) Pelaksanaan kursus dan latihan kemahiran usahawan dan penduduk B40
c) Program bantuan peralatan perniagaan/ pertanian / Program Peningkatan
Pendapatan
d) Bantuan Modal Niaga
e) Program perbekalan peralatan kepada usahawan tani yang berjaya, penyediaan
kursus dan latihan serta aktiviti mempromosikan aktiviti pertanian.
IV. MAKLUMAT PERUNTUKAN
SILING 2016 2017 2018 2019 2020
KESELURUHAN (RM) (RM) (RM) (RM) (RM)
(RM) - 1.0 Juta 2.0 Juta 1.0 Juta
9.0 Juta -
V. KOMPONEN PROGRAM / PROJEK
Secara keseluruhannya, projek Pembangunan Ekonomi Dan Keusahawanan
merangkumi komponen sebagaimana berikut :
BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK Hakcipta@2020-PS
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA
2020RANCANGAN PELAKSANAAN TAHUN 58
i. Kursus & Latihan Keusahawanan
ii. Kursus Latihan Usahawan B40
iii. Program Peningkatan Pendapatan
iv. Program Bantuan Peralatan Pertanian
v. Pelaksanaan Kursus dan Latihan Kemahiran Pertanian
vi. Pelaksanaan Program Ekspo Keusahawanan Pertanian
Walaubagaimanapun, bagi tahun 2020, prgram ini melibatkan lapan (8) sub-projek
sepertimana berikut:-
Bil Nama Sub-Projek Pecahan
Peruntukan
1 Kursus & Latihan Keusahawanan
2 Kursus Keusahawanan Berstruktur (RM)
3 Kursus dan Latihan Pelancongan
4 Kursus dan Latihan Pertanian 50,000.00
5 Program Bantuan Peralatan Perniagaan 100,000.00
6 Pembangunan Produk 100,000.00
7 Program Promosi dan Pemasaran Produk Usahawan 100,000.00
8 Promosi Pelancongan 300,000.00
100,000.00
JUMLAH KESELURUHAN 200,000.00
50,000.00
1,000,000.00
VI. STRATEGI PERLAKSANAAN PROGRAM / PROJEK
a. Kursus Dan Latihan Keusahawanan / Kursus dan Latihan Usahawan
B40 :
i. Perlaksanaan melalui lantikan Tenaga Pengajar yang terpilih dari
Syarikat Perunding Swasta dan Kerajaan;
ii. Penyertaan dalam Kursus dan Latihan secara kolaborasi dengan Agensi
Kerajaan yang lain.
b. Program Peningkatan Pendapatan :
i. Perlaksanaan Kursus dan Latihan Komuniti Kraf bersama Kompleks
Kraf Johor;
BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK Hakcipta@2020-PS
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA
2020RANCANGAN PELAKSANAAN TAHUN 59
ii. Pemilihan peserta SBMN yang berpotensi untuk diberikan bantuan;
iii. Proses pemberian bantuan kelengkapan perniagaan kepada peserta
terpilih;
iv. Pemilihan Usahawan & Produk yang berpotensi untuk mereka semula
pembungkusan;
v. Melantik perunding yang mampu merekabentuk pembungkusan
disamping memberi khidmat nasihat pemasaran produk.
c. Program perbekalan peralatan, penyediaan kursus dan latihan serta
aktiviti mempromosikan aktiviti pertanian.
i. Mengenalpasti keperluan projek dari peringkat awal yang merangkumi
maklumat lokasi projek, kumpulan sasar, skop projek, keperluan projek
dan lain-lain yang berkaitan;
ii. Mengadakan siasatan tapak dan mengenalpasti peserta, pembekal dan
tenaga pengajar;
iii. Merancang pelaksanaan program dari peringkat awal sehinggalah
pelaksanaan program selesai;
iv. Memastikan perancangan program adalah mengikut jadual yang telah
ditetapkan.
d. Program penyediaan kursus dan latihan serta aktiviti mempromosikan
aktiviti pelancongan
i. Mengenalpasti keperluan projek dari peringkat awal yang merangkumi
maklumat lokasi projek, kumpulan sasar, skop projek, keperluan projek
dan lain-lain yang berkaitan;
ii. Penyediaan Bahan Cetakan dan Risalah sertapenyediaan Bahan
Pameran Dan Promosi Produk Pelancongan KEJORA
VIII. KRITERIA / JUSTIFIKASI PEMILIHAN PROJEK / LOKASI
a) Kriteria pemilihan kursus dan program adalah berdasarkan keperluan asas
bidang keusahawanan masa kini dan bersesuaian dengan kehendak peserta
yang terlibat.
BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK Hakcipta@2020-PS
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA
2020RANCANGAN PELAKSANAAN TAHUN 60
b) Pemilihan kursus dan program juga mengambilkira cadangan pembangunan
komuniti kraftangan di Wilayah KEJORA.
c) Bagi program peningkatan pendapatan, pemilihan peserta berdasarkan syarat-
syarat yang ditetapkan serta peserta boleh mengembangkan perniagaan
mereka.
d) Program Skim Bantuan Modal Niaga juga merupakan bantuan asas sebagai
dorongan kepada usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
e) Bagi program rundingan pemasaran dan rekabentuk pembungkusan pula
adalah satu program bagi meningkatkan kualiti persembahan produk serta
pemasaran produk agar dapat menembusi pasaran yang lebih luas dengan
sasaran pengguna lebih ramai
f) Pemilihan peserta usahawan tanu adalah terdiri daripada usahawan tani yang
telah berjaya dan untuk mengembangkan lagi perusahaan mereka.
g) Projek-projek pertanian yang terpilih adalah merupakan projek pertanian yang
berdaya maju dan selaras dengan kehendak pasaran.
h) Usahawan pertanian yang terpilih hendaklah menepati kriteria-kriteria yang
telah ditetapkan.
IX. KESAN PERLAKSANAAN ( OUTPUT PROGRAM/ PROJEK )
a. Kursus Dan Latihan Keusahawanan / Kursus dan Latihan Usahawan B40
i. Memberikan kesedaran dan ilmu berkaitan bidang keusahawanan.
ii. Memberi latihan kemahiran bagi tujuan menambah produk serta
peningkatan jualan.
iii. Memberi latihan praktikal pengurusan kewangan syarikat.
iv. Seramai 200 peserta akan memperolehi faedah dari program latihan dan
kursus keusahawanan.
b. Program Peningkatan Pendapatan
i. Memberi bantuan sokongan bagi usahawan meningkatkan
pengeluaran.
ii. Peserta memperolehi kemahiran baru bagi menambah hasil
pengeluaran produk.
iii. Memberi ruang pemasaran baru kepada peserta melalui kolaborasi
bersama agensi lain.
BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK Hakcipta@2020-PS
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA
2020RANCANGAN PELAKSANAAN TAHUN 61
iv. Mewujudkan jaringan pemasaran sesama peserta serta ruang
pemasaran baru.
v. Membantu meningkatkan pengeluaran produk serta memberi
pendapatan tambahan peserta.
vi. Meningkatkan kualiti pemasaran dan persembahan produk terutama
daripada aspek pembungkusan.
c. Program perbekalan peralatan, penyediaan kursus dan latihan serta
aktiviti mempromosikan aktiviti pertanian.
i. Untuk mengembangkan lagi aktiviti usahawan tani yang telah
diusahakan.
ii. Untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
pertanian.
iii. Untuk mempromosikan usahawan dan produk pertanian .
X. ISU DAN PEMASALAHAN PROGRAM / PROJEK
Program/Projek ini dilihat tidak mempunyai isu dan permasalahan yang boleh
menjejaskan pelaksanaan projek.
XI. KAPASITI PELAKSANAAN PROGRAM / PROJEK
Sebanyak lapan (8) sub-projek akan dilaksanakan untuk tahun 2020 dengan peruntukan
sebanyak RM1,000,000.00.
XII. KAEDAH PEMANTAUAN PROGRAM / PROJEK
Program/Projek ini akan dipantau secara berkala oleh Pegawai Penguasa, Pegawai
Penyelia dan juga melalui Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Projek-Projek
Pembangunan KEJORA pada setiap bulan.
BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK Hakcipta@2020-PS
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA
2020RANCANGAN PELAKSANAAN TAHUN 62
15 PROGRAM / PROJEK: KOD SPP II:
PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN P2203700284
WILAYAH KEJORA 0001
I. LATARBELAKANG PROGRAM / PROJEK
Program pengupayaan diri yang tertumpu kepada pembangunan masyarakat luar
bandar melalui penganjuran pelbagai aktiviti dan program ilmiah merangkumi
kepimpinan, kemahiran, sukan dan khidmat sosial. Kumpulan sasaran difokuskan
kepada pelbagai golongan masyakat yang terdiri daripada kepimpinan masyarakat,
organisasi luar bandar, wanita, ibu tunggal kerana mereka merupakan kelompok
masyarakat yang sentiasa memerlukan bimbingan dan dorongan untuk memacu hala
tuju kehidupan secara berterusan.
II. MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM / PROJEK
a) Mengalakkan penglibatan masyarakat luar bandar di dalam satu sistem
pentadbiran demokrasi terpimpin berdasarkan kepada pelaksanaan aktiviti
kemasyarakatan.
b) Memelihara indek kesejahteraan sosial masyarakat luar bandar disamping
mengurangkan masalah sosial.
c) Melahirkan kepimpinan masyarakat yang mempunyai kompetensi yang tinggi.
d) Menggalakkan penglibatan lapisan masyarakat dalam program dan aktiviti
setempat
III. SKOP PROGRAM / PROJEK
Penganjuran program-program pembangunan kepada penduduk Wilayah KEJORA
melalui :
a) Penganjuran program Latihan Kemahiran
b) Latihan Kepimpinan dan Jati Diri
c) Sukan dan Rekreasi
d) Bantuan Mula Niaga
e) karnival-karniwal modal insan
BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK Hakcipta@2020-PS
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA
2020RANCANGAN PELAKSANAAN TAHUN 63
IV. MAKLUMAT PERUNTUKAN
SILING 2016 2017 2018 2019 2020
KESELURUHAN (RM) (RM) (RM) (RM) (RM)
1.0 Juta 1.0 Juta 500 Ribu
(RM) -
3.0 Juta -
V. KOMPONEN PROGRAM / PROJEK
Secara keseluruhannya, projek Pembangunan Sosial dan Institusi melibatkan lima ( 6 )
sub-projek sepertimana pecahan skop dan komponen berikut:-
Bil Nama Sub-Projek Pecahan
Peruntukan
1 Pengupayaan Komuniti Desa
2 Pengupayaan Wanita (RM)
3 Pengupayaan Anak-anak Yatim
4 Pembangunan Belia & Beliawanis 340,000.00
5 Pembangunan warga emas 30,000.00
6 Pengupayaan Pusat-pusat Tahfiz 30,000.00
60,000.00
JUMLAH KESELURUHAN 20,000.00
20,000.00
500,000.00
VI. STRATEGI PERLAKSANAAN PROGRAM / PROJEK
a) Membimbing dan memberi latihan kepimpinan berterusan kepada barisan AJK
kampung;
b) Menyediakan masyarakat yang mempunyai nilai modal insan yang tinggi;
c) Mewujudkan masyarakat yang sentiasa berfikiran kreatif dan berkebolehan
memimpin;
d) Merapatkan hubungan antara semua pihak yang terlibat dengan program
pemajuan masyarakat di dalam kawasan KEJORA;
e) Melibatkan kumpulan sasar di dalam proses perancangan dan pelaksanaan
program dan aktiviti supaya mereka benar-benar memahami dan menghayati
matlamat program dan aktiviti menepati dengan kehendak serta keperluan mereka;
f) Membangunkan program minda insan agar penduduk setempat dapat bersaing
dalam arus pembangunan Negara melalui program pembangunan sosial dan
institusi; dan
BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK Hakcipta@2020-PS
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA
2020RANCANGAN PELAKSANAAN TAHUN 64
g) Meningkatkan dan memajukan kampung menerusi penyertaan aktif MPKK serta
masyarakat kampung dan juga pengerak-pengerak.
VII. KRITERIA / JUSTIFIKASI PEMILIHAN PROJEK / LOKASI
Pemilihan projek berdasarkan modul Pelan Tindakan Desa (PTD), modul Pembangunan
Modal Insan KKLW serta penambahbaik program sebelum ini. Pelbagai aktiviti berkaitan
sosial, keagamaan, sukan dan rekreasi dirancang bagi perlaksanaan peringkat kampung
dan bandar Wilayah KEJORA.
VIII. KESAN PERLAKSANAAN ( OUTPUT PROGRAM/ PROJEK )
a) Program ini dapat membentuk dan menjadikan semua penduduk di luar bandar
sama-sama mencapai kemajuan dan menikmati pembangunan negara melalui
program-program dan aktiviti –aktiviti yang dirancangkan oleh pihak KEJORA dan
NGO yang berada di dalam Wilayah KEJORA; dan
b) Faedah daripada program ini juga dapat memberi kesedaran kepada masyarakat
dan ianya dapat diterima oleh semua golongan lapisan masyarakat melalui
program dan aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan.
IX. ISU DAN PEMASALAHAN PROGRAM / PROJEK
Program/Projek ini dilihat tidak mempunyai isu dan permasalahan yang boleh
menjejaskan pelaksanaan projek.
X. KAPASITI PELAKSANAAN PROGRAM / PROJEK
Sebanyak lima (6) sub-projek akan dilaksanakan untuk tahun 2020 dengan peruntukan
sebanyak RM500,000.00.
XI. KAEDAH PEMANTAUAN PROGRAM / PROJEK
Program/Projek ini akan dipantau secara berkala oleh Pegawai Penguasa, Pegawai
Penyelia dan juga melalui Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Projek-Projek
Pembangunan KEJORA pada setiap bulan.
BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK Hakcipta@2020-PS
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA
2020RANCANGAN PELAKSANAAN TAHUN 65
03PERKARA
PROJEK
BARU
BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK Hakcipta@2020-PS
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA
2020RANCANGAN PELAKSANAAN TAHUN 66
16 PROGRAM / PROJEK: KOD SPP II:
PEMBANGUNAN PUSAT PEMBIAKAN DAN P2203700287
PENGUMPULAN HASIL MENGKUANG 0001
I. LATARBELAKANG PROGRAM / PROJEK
Projek Pembangunan Pusat Pengumpulan Dan Penghasilan Mengkuang merupakan
salah satu projek berasaskan Agropelancongan yang akan dilaksanakan di sebahagian
kawasan PTD 2730 seluas 5.5 ekar di Kg. Tuan Seh, Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor
yang akan merangkumi komponen pusat kajian mengkuang, germplasm mengkuang,
pusat kraftangan dan pusat informasi mengkuang yang berkonsepkan agropelancongan.
II. MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM / PROJEK
Objektif program / projek ini adalah:
a) Penyediaan infrastruktur asas ladang (jalan, perparitan, pagar, air dan elektrik).
b) Pusat Penghasilan Produk berasaskan mengkuang sebanyak 1 unit; dan
c) Mewujudkan sebuah pusat agropelancongan yang baru di Malaysia.
III. SKOP PROGRAM / PROJEK
Pembangunan ladang mengkuang seluas 12 ekar yang merangkumi komponen pusat
kajian mengkuang, germplasm mengkuang, pusat kraftangan dan pusat informasi
mengkuang yang berkonsepkan agropelancongan.
IV. MAKLUMAT PERUNTUKAN
SILING 2016 2017 2018 2019 2020
KESELURUHAN (RM) (RM) (RM) (RM) (RM)
(RM)
1.2 Juta - - - - 500 Ribu
BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK Hakcipta@2020-PS
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA
2020RANCANGAN PELAKSANAAN TAHUN 67
V. KOMPONEN PROGRAM / PROJEK
Menyediakan kemudahan dan infra sepertimana berikut:
a) Membangunkan satu pusat pengumpulan benih mengkuang (germplasm) dengan
kawasan seluas 8 ekar di wilayah KEJORA.
b) Pusat Penghasilan Produk berasaskan mengkuang sebanyak 1 unit.
c) Nurseri sebanyak 1 unit
d) Rumah pekerja sebanyak 1 unit
e) Tandas sebanyak 4 unit
f) Penyediaan infra yang merangkumi jalan, pagar, air dan elektrik.
VI. STRATEGI PERLAKSANAAN PROGRAM / PROJEK
a) Mengenalpasti keperluan projek dari peringkat awal yang merangkumi maklumat
lokasi projek, kumpulan sasar, skop projek, keperluan projek dan lain-lain yang
berkaitan.
b) Mengadakan siasatan tapak di kawasan projek.
c) Mengadakan perbincangan dengan agensi-agensi teknikal yang berkaitan bagi
mengenalpasti keperluan projek.
d) Mengatur strategi pelaksanaan projek dari peringkat perancangan sehinggalah
projek disiapkan sepenuhnya serta ianya boleh digunakan oleh kumpulan sasar.
VII. KRITERIA / JUSTIFIKASI PEMILIHAN PROJEK / LOKASI
a) Kemudahan bekalan elektrik ini adalah amat perlu disediakan dalam
melaksanakan pertanian teknologi tinggi dan juga bagi membantu dan menarik
minat pengusaha-pengusaha pertanian dalam melaksanakan projek-projeknya
dengan selesa dan memuaskan; dan
b) Dijangka pengusaha pertanian di kawasan ini dapat mencapai kejayaan selaras
dengan matlamat menjadikan kawasan KEJORA sebagai kawasan pengeluaran
hasil-hasil pertanian untuk dieksport ke luar negeri dan bagi menikmati limpahan
pertumbuhan dari Wilayah Pembangunan Iskandar.
BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK Hakcipta@2020-PS
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA
2020RANCANGAN PELAKSANAAN TAHUN 68
VIII. KESAN PERLAKSANAAN ( OUTPUT PROGRAM / PROJEK )
a) Penyediaan infrastruktur asas ladang (jalan, perparitan, pagar, air dan elektrik).
b) Pusat Penghasilan Produk berasaskan mengkuang sebanyak 1 unit.
IX. ISU DAN PEMASALAHAN PROGRAM / PROJEK
Program/Projek ini dilihat tidak mempunyai isu dan permasalahan yang boleh
menjejaskan pelaksanaan projek. Kerjasama bersama pihak FRIM berkaitan ketahanan
Mengkuang yang juga sedang melalui fasa akhir kajian sebelum dapat dilaksanakan
sepenuhnya pada tahun 2020.
X. KAPASITI PELAKSANAAN PROGRAM / PROJEK
Membangunkan satu pusat pengumpulan benih mengkuang (germplasm) dengan
kawasan seluas 8 ekar di wilayah KEJORA lebih kurang akan dilaksanakan untuk tahun
2020 dengan peruntukan sebanyak RM500,000.00.
XI. KAEDAH PEMANTAUAN PROGRAM / PROJEK
Program/Projek ini akan dipantau secara berkala oleh Pegawai Penguasa, Pegawai
Penyelia dan juga melalui Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Projek-Projek
Pembangunan KEJORA pada setiap bulan.
BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK Hakcipta@2020-PS
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA
2020RANCANGAN PELAKSANAAN TAHUN 69
KEMENTERIAN LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
Bangunan Ibu Pejabat KEJORA,
Jalan Dato Haji Hassan Yunus,
Bandar Penawar, 81900 Kota Tinggi
No. Telefon: 07-884 3000
No. Faks: 07 822 1600
BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA
ps.kejora@2020
BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK Hakcipta@2020-PS
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA