The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by umayal2007, 2021-04-25 02:01:54

TOKOH PEMIMPIN NEGERI JOHOR- new vinesh

TOKOH PEMIMPIN NEGERI JOHOR- new vinesh

ISI KANDUNGAN

• PENDAHULUAN
• BIODATA
• PENDIDIKAN
• KELUARGA
• KERJAYA
• SUMBANGAN
• NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI
• SUMBER RUJUKAN

PENDAHULUAN

TERLEBIH DAHULU, SAYA INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA GURU BESAR DAN GURU – GURU
SEKOLAH SAYA YANG TELAH MEMBERI BANTUAN DAN BIMBINGAN KEPADA SAYA UNTUK MENGHASILKAN BUKU
SKRAP JENIS ANYFLIP INI.

SAYA BERASA SANGAT GEMBIRA KERANA MENDAPAT PELUANG UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN INI.
DALAM TEMPOH MENGHASILKAN BUKU SKRAP INI, SAYA DAPAT MENGENALI SEJARAH SULTAN JOHOR (TMJ). SULTAN
JOHOR MERUPAKAN SEORANG TOKOH YANG DIKAGUMI OLEH RAKYAT NEGERI JOHOR DAN NILAI KEPIMPINAN
BOLEH DICONTOHI.

SAYA JUGA DAPAT BELAJAR MICROSOFT POWERPOINT DAN CARA PENGGUNAAN APLIKASI ANYFLIP.
PENGETAHUAN KOMPUTER DAN APLIKASI ANYFLIP SANGAT BERGUNA KEPADA SAYA PADA MASA AKAN DATANG.

SEKIAN , TERIMA KASIH.

BIODATA SULTAN IBRAHIM ISMAIL IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar diputerakan pada 22 November 1958) merupakan anakanda ketiga baginda dan
putera sulung kepada Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dan Almarhumah Enche Besar Hajah Khalsom
binti Abdullah. Baginda merupakan Sultan Johor ke-25 dan terkini serta merupakan Sultan Johor era moden ke-5 dari Kerabat
Temenggong.

Baginda ialah anakanda kepada Sultan Iskandar. Baginda juga merupakan pengasas kepada acara jelajah bermotosikal
iaitu Kembara Mahkota Johor disebabkan oleh minat baginda terhadap sukan permotoran berkuasa tinggi.



PENDIDIKAN SULTAN IBRAHIM ISMAIL IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

Tunku Ibrahim juga melanjutkan pelajaran. Sekolah pertama baginda ialah Sekolah Temenggong Abdul Rahman 1. Setelah itu, baginda
kemudiannya menyambung pelajarannya di Trinity Grammar School di Australia pada 1968 selama dua tahun. Sekembalinya baginda ke
Johor, baginda kemudiannya belajar di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB). Di samping itu, Tunku Ibrahim juga bersekolah di Sekolah
Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek di Johor Bahru bagi mempelajari asas-asas agama Islam.

Beberapa tahun kemudian, Tunku Ibrahim telah dihantar ke Pusat Latihan Darat (Pulada) di Kota Tinggi untuk menerima latihan asas
ketenteraan selama tiga bulan dan kemudiannya ke Fort Bening, Georgia Amerika Syarikat. Di situ, baginda telah mengikuti Kursus Asas
Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara. Setelah berada di situ, baginda kemudiannya mengikuti Kursus Pegawai-Pegawai Pasukan Khas di Fort
Bragg Amerika Syarikat.] Selepas itu, Tunku Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Komander, Angkatan Tentera Johor. Baginda menerima sayap
penerbangan selepas menerima kursus latihan helikopter di Kem Tentera Kluang. Tuanku juga menamatkan tugas latihan selama dua bulan
dalam Tentera Laut Diraja Malaysia.

KELUARGA SULTAN IBRAHIM ISMAIL IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

Sultan Ibrahim telah mengahwini Raja Zarith Sofiah , puteri kepada Sultan Idris Shah II dari Perak pada tahun 1982.] Mereka
mempunyai 6 orang anakanda iaitu: Baginda telah dilantik sebagai Raja Muda Johor oleh nendanya, Sultan Iskandar] dan
menjadi Tunku Mahkota ketika zaman pemerintahan Sultan Ibrahim.

•Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar (diputerakan pada 30 Jun 1984).
•Tunku Aminah Maimunah Iskandariah (diputerikan pada 8 April 1986).
•Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman (diputerakan pada 25 Disember 1987)
•Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail (diputerakan pada 5 Julai 1990 dan mangkat pada 5 Disember 2015)
• Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri (diputerakan pada 5 Februari 1993
•Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim (diputerakan pada 30 Mei 2001)
Kesemua putera dan puteri baginda diputerakan di Johor Bahru, Johor.





KERJAYA SULTAN IBRAHIM ISMAIL IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

Tuanku mengikuti jejak langkah kesultanan sebelum baginda dengan melibat diri dalam aktiviti ketenteraan, pengurusan dan pentadbiran yang
dijadikan asas untuk membina semangat juang, disiplin, kepimpinan dan perwatakan. Kepimpinan Tuanku terserlah apabila setelah tamat
persekolahan Tuanku dilantik sebagai platun komander ketika menjalani latihan ketenteraan di Pusat Latihan Tentera Darat di Kota Tinggi.
Kemudiannya di atas jemputan khas Tuanku mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan untuk pegawai muda di Fort Benning, Georgia
USA. Selain dari itu Tuanku juga menjalani latihan ‘airborne‘ dan ‘ranger‘ untuk pegawai infantri. Selepas berehat dua bulan, Tuanku
meneruskan latihan ‘American Special Forces‘ dan ‘Pathfinder’ dimana Tuanku telah membuat 19 terjunan payung terjun, lapan darinya pada
waktu malam. Tuanku dipilih dan ditauliahkan sayap dan dijadikan sebagai seorang komando. Tuanku juga ditauliahkan sebagai anggota
pasukan SEAL (tentera laut dan darat). Selain itu Tuanku melakukan beberapa penerjunan di Bandung Indonesia sebelum ditauliahkan sebagai
ahli kehormat Komando Pasukan Khusus (KOPASSUS) Indonesia.

Sekembalinya ke Johor, Tuanku dilantik sebagai Timbalan Pegawai Pemerintah Askar Timbalan Setia Negeri. Dalam masa yang sama
Tuanku menjalani latihan juruterbang helikopter dengan Tentera Udara DiRaja Malaysia. Dengan kecekapan yang ditunjukkan Tuanku
dibenarkan mengendalikan penerbangan helikopter perseorangan. Dengan kesungguhan dan ketabahan, Tuanku berjaya lulus satu kursus
lebih awal dari peserta lain.
Tuanku dikurniakan dan menerima sayap pada 26 April 1982 dari Sultan Iskandar dalam satu upacara perbarisan dalam mana Tuanku
menjadi ketuanya.Tuanku juga menyertai selama tiga bulan latihan tentera laut di Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia di Lumut,
sekaligus melengkapkan Tuanku sebagai pegawai tentera darat, laut dan udara. Bagi mengimbangi latihan ketenteraan dan untuk menjadikan
Raja yang berwibawa dan dihormati, Tuanku meneruskan pelajaran di Fletcher School of Law and Diplomacy di Boston, Massachusetts
USA. Tuanku menyertai dan melengkapi dua kursus, ‘Southeast Asian Strategic Studies’ dan ‘International Laws of the Seas’.

Tuanku berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Johor dan ditempatkan di antara lain di Pejabat Setiausaha Kerajaan, Pejabat
Perbendaharaan, Pejabat Tanah, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Pertanian untuk mempelajari
selok belok pengurusan dan pentadbiran negeri.
Tunku Ibrahim dilantik sebagai Waris apabila Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar menaiki takhta kerajaan Johor dan dimasyurkan
sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981. Mulai 25 April 1984 hingga 25 April 1989 Tunku Mahkota Tunku Ibrahim dilantik
sebagai Pemangku Raja semasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar diangkat sebagai Yang DiPertuan Agong. Tuanku
memanfaatkan tempoh sebagai Pemangku Raja untuk menimba ilmu pengetahuan berkaitan urusan negeri serta berdamping dengan
rakyat. Tunku Mahkota Tunku Ibrahim dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010 di atas kemangkatan Duli Yang
Maha Mulia Sultan Iskandar.

SUMBANGAN SULTAN IBRAHIM ISMAIL IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

Sultan Johor kurnia RM30 juta kepada Yayasan Kelab Bolasepak JDT

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan peribadi sebanyak RM30 juta kepada Yayasan Kelab
Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), hari ini.Baginda menyampaikan sumbangan dana berkenaan kepada puteranya, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail di
Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, di sini. Sultan Ibrahim bertitah, kurniaan kepada Yayasan Kelab Bolasepak JDT adalah bagi membantu masyarakat yang
memerlukan bantuan.Kurniaan tersebut adalah bagi membantu meringankan bebanan rakyat yang memerlukan dan untuk pembangunan bola sepak negeri
Johor.Yayasan berkenaan dilancarkan pada 13 Oktober 2015 bertujuan mengumpul dana dan mengagihkan bantuan kepada rakyat di negeri ini dalam bentuk
kebajikan, kesihatan, pendidikan, sukan serta sosial.Penubuhan Yayasan Kelab Bolasepak JDT juga adalah selari dengan misi dan visi Tunku Mahkota Johor
yang mahukan JDT bukan sekadar sebuah kelab bola sepak.Ia secara tidak langsung membolehkan penyokong terlibat dalam kemajuan dan pembangunan
kelab serta memartabatkan bolasepak Johor secara amnya melalui pelbagai aktiviti dan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang diadakan.Pada
Januari lalu, Yayasan JDT menyalurkan bantuan berupa 1,000 kampit beras dan keperluan harian kepada mangsa banjir di Kluang dan Kota Tinggi yang
terjejas. Malah, yayasan itu turut menggerakkan hampir 300 sukarelawan bagi bersama-sama membantu kerja pembersihan pasca banjir di Pusat Pemindahan
Sementara (PPS) yang telah ditutup serta beberapa buah kediaman mangsa banjir di daerah Kota Tinggi. – UTUSAN ONLINE



Lebih 200 pemandu teksi Johor Bahru

menerima kurnia sumbangan barangan Sultan Johor sumbang makanan kepada pemandu teksi

keperluan makanan daripada Sultan Johor,

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.Sumbangan

disampaikan wakil Sultan Johor, Datuk R

Sugumaran dengan dibantu beberapa

kakitangan Istana Pasir Pelangi di Jalan Stulang

Laut, Johor Bahru, hari .

Dalam pada itu, pemandu teksi yang menerima

sumbangan berkenaan merakamkan

penghargaan kepada Sultan Johor yang sentiasa

menitikberatkan kebajikan Bantuan ini cukup

bermakna lebih-lebih lagi pada waktu begini

kerana kami turut terkesan akibat penularan

wabak Covid-19, " katanya."Bantuan

disampaikan Sultan Johor pastinya dapat

mengurangkan beban kami khususnya yang

bergantung kepada pendapatan harian,"

katanya.

NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI SULTAN IBRAHIM ISMAIL IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

Sifat-sifat kepimpinan, ketokohan dan keperibadian yang menawan hati rakyat ini telah menjadikan DYMM Tuanku seorang
sultan yang amat disenangi dan disayangi oleh seluruh rakyat Negeri Johor. Sultan Ibrahim mempunyai sifat kepimpinan yang
paling agung dan menjadi inspirasi serta memimpin segenap lapisan rakyat Johor. DYMM Tuanku Sultan Ibrahim mempunyai
banyak keistimewaan dan pencapaian yang membanggakan, selain keperibadian yang menawan hati rakyat. Sultan yang berjiwa
rakyat ini cukup sinonim dengan Program Kembara Mahkota Johor, aktiviti yang berteraskan kerja sosial yang diilhamkan oleh
DYMM Tuanku Sultan Ibrahim sejak 2001 ketika Tuanku menjadi ‘Tunku Mahkota Johor’.



SUMBER RUJUKAN

1. https://www.johor.gov.my/kerajaan/kesultanan-johor/dymm-sultan-johor
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Ibrahim_Ismail_ibni_Almarhum_Sultan_Iskandar
3. https://mobile.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/posts/489787494517888:0?_rdc=1&_rdr
4. https://www.utusan.com.my/nasional/2021/03/sultan-johor-kurnia-rm30-juta-kepada-yayasan-kelab-bolasepak-jdt/
5. https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1930641
6. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/05/574085/sultan-johor-sumbang-makanan-kepada-pemandu-teksi


Click to View FlipBook Version