TOKOH PEMIMPIN NEGERI JOHOR
TUNKU ISMAIL IDRIS IBNI SULTAN IBRAHIM ISMAIL
NAMA PESERTA : HARIS DEVAN A/L KUMARA DEVAN
TAHUN :6
ALAMAT EMAIL : [email protected]
NAMA SEKOLAH : SJK (TAMIL) LADANG FORTROSE
ALAMAT SEKOLAH : 73400 GEMAS LAMA, JOHOR.
ISI KANDUNGAN •
Pendahuluan
• Biodata
• PendidIiSkIanKANDUNGAN
• Keluarga
• Kerjaya
• Lain - lain
• Sumbangan
• Nilai kepimpinan yang boleh dicontohi
• Sumber rujukan
PENDAHULUAN
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru besar dan guru – guru sekolah saya yang telah
memberi bantuan dan bimbingan kepada saya untuk menghasilkan buku skrap jenis anyflip ini.
Saya berasa sangat gembira kerana mendapat peluang untuk menyertai pertandingan ini. Dalam tempoh menghasilkan buku
skrap ini, saya dapat mengenali sejarah Tunku Mahkota Johor (TMJ). TMJ merupakan seorang tokoh yang dikagumi oleh rakyat negeri
Johor dan nilai kepimpinan TMJ boleh dicontohi.
Saya juga dapat belajar Microsoft Powerpoint dan cara penggunaan aplikasi anyflip. Pengetahuan komputer dan aplikasi
anyflip sangat berguna kepada saya pada masa akan datang.
Sekian , terima kasih.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim.
BIODATA
Diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Bahru, Johor. Sultan Ibrahim Ismail dan Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah
Tunku Ismail merupakan putera sulung daripada enam beradik.
Tunku Ismail kemudian ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor (TMJ) pada 26 Januari 2010.
Tunku Ismail dilantik sebagai Raja Muda Johor pada 8 April 2006 oleh nendanya, Almarhum Sultan Iskandar ibni
Sultan Ismail sebagai pewaris kedua yang bakal menaiki takhta Kesultanan Johor. (kini pewaris takhta utama
setelah kemangkatan Sultan Iskandar).
PENDIDIKAN
Tunku Ismail menamatkan pendidikan awal di 1
Sekolah Sri Utama dan Sekolah Rendah
Kebangsaan St. Joseph di Johor Bahru.
Beliau kemudian menerima pendidikan
2 menengah rendah di Sekolah Antarabangsa
Australia di Singapura.
Beliau meneruskan pengajian 3
menengah di Hale School di Perth,
Australia Barat, sehingga 2002.
KELUARGA
Pada 24 Oktober 2014, DYAM Tunku Ismail Idris berkahwin dengan YAM Che Puan Khaleeda Bustamam yang berusia 21 tahun
di Istanan Bukit Serene, Johor dalam majlis peribadi. Majlis penyerahan dilakukan oleh Mufti Johor Datuk Tahrir Samsudin.
Penikahan diraja berlangsung di Dataran Bandaraya (atau 'city square') pada bulan November 2014.Khaleeda, anak perempuan Tan
Seri Bustamam Tun Daud dan Puan Seri Dato' Aziyah Tun Aziz, adalah anak bongsu dari lima adik beradik dan dilahirkan di Kuala
Lumpur. Pasangan diraja ini telah dikurniakan berdua baginda, anakanda sulung baginda berdua dan puteri sulung, diberi nama Yang
Amat Mulia Tunku Khalsom Aminah Sofiah yang dilahirkan pada 25 Jun 2016. Anakanda kedua baginda berdua dan putera sulung
diberi nama Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim yang dilahirkan pada 14 Oktober 2017. Anakanda
ketiga dan putera kedua diberi nama Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Ibrahim yang dilahirkan pada 17 Julai 2019.
1 KERJAYA 2
Tunku Ismail pernah berkhidmat sebagai pegawai Tentera India. Kini Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor ( PBNJ).
3
Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF)
LAIN- LAIN ANUGERAH TMJ
BEST IN RIDING (2003-2004)
PANGKAT TMJ
MEJAR GENERAL (JMF)
KAPTEN TENTERA DARAT INDIA
SUMBANGAN TUNKU ISMAIL IDRIS IBNI SULTAN IBRAHIM ISMAIL
JDT BERAZAM UNTUK MELANGKAUI SEMPADAN
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) komited dalam meningkatkan standard dan mencipta penanda
aras baharu walaupun sudah mendahului dalam pelbagai perkara di dalam dan di luar padang.
Pengumuman pembinaan pusat latihan setempat JDT yang bertaraf dunia berhadapan Stadium Sultan
Ibrahim adalah bukti kepada semangat dan azam yang ditunjukkan oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku
Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dalam meluaskan lagi Empayar JDT. Pusat Latihan JDT
yang sedia ada di Padang Seri Gelam sudahpun memenuhi piawaian antarabangsa dan walaupun
mempunyai rancangan untuk berpindah, ia masih dinaik taraf — dengan Pusat Medikal dan Kecergasan
(sedia digunakan), ‘Cycling Studio’ (dalam pembinaan) dan Auditorium (dalam pembinaan). Pusat
Latihan baharu ini meliputi bangunan berbentuk Jata JDT berserta pejabat-pejabat dan padang latihan
'indoor', pelbagai jenis padang, stadium mini, pusat medikal, gimnasium, auditorium, kolam renang,
dewan makan dan kafeteria serta asrama akademi remaja. Luaskan Kuasamu Johor.
KUALA LUMPUR : Pada 5 Februari 2021 , Tunku Ismail berkenan menerima kunjungan Ebit dan menyampaikan sumbangan peribadi sebanyak RM200,000 kepada
pendakwah terkenal itu di Istana Bukit Pelangi di Johor Bahru. Pendakwah bebas, Ebit Lew menggunakan wang sumbangan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan
Ibrahim berjumlah RM200,000 untuk membeli sebanyak 500 unit gajet khas buat pelajar yang memerlukan dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Perkara
itu dinyatakan pendakwah itu menerusi satu kemas kini di laman Facebook pada Isnin. "Doakan ya. Terima kasih TMJ. Saya gunakan wang sumbangan beli 500 tablet untuk
500 pelajar bagi mengikuti kelas online. "Syukur dah sampai. Hari ini kami akan agihkan pada yang memerlukan. Semoga menjadi asbab kebaikan," tulis Ebit yang cukup
popular dengan keprihatinannya terhadap orang yang memerlukan menerusi hantaran terbaharu menerusi Facebooknya itu.
TMJ SUMBANG RM30,000 KEPADA MANGSA KEBAKARAN MAJLIS TUNANG
• JOHOR BAHRU – 1 April 2021 -Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran rumah ketika majlis
pertunangan di Kampung Parit Mustaffa, Mukim Simpang Kiri, Batu Pahat, baru-baru ini.Sumbangan berjumlah RM30,000 disampaikan oleh Setiausaha Sulit Tunku Ismail kepada
pemilik kediaman, Jahurin Tukiran hari ini.Sementara itu, anak kepada Jahurin, Nur Hidayah, 20, menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada TMJ yang sudi menghulurkan
bantuan.“Dengan bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban kami sekeluarga, terima kasih TMJ (Tunku Ismail) dan seluruh kerabat Diraja Johor serta orang ramai yang tak
putus-putus menghulurkan sedekah.“Sekarang ini kami enam sekeluarga berteduh di sebuah rumah sewa berdekatan dengan rumah kami, semuanya diuruskan oleh seorang hamba
Allah ini,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Pada 28 Mac lalu, insiden kebakaran itu tular di media sosial susulan kejadian hanya kira-kira sejam sebelum satu majlis
pertunangan diadakan.Kebakaran berlaku pada pukul 1.18 tengah hari memusnahkan hampir 80 peratus rumah pusaka berusia 100 tahun tersebut serta sebuah motosikal termasuk
makanan untuk tetamu selain khemah turut dijilat api.
NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI OLEH GENERASI SEKARANG DARI TUNKU MAHKOTA JOHOR
Apa yang diinginkan oleh rakyat Malaysia untuk Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim,
mentadbir badan induk bola sepak negara, sudah menjadi realiti.Dengan rekod yang cemerlang ketika menjulang
nama Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam sesingkat masa, sudah pasti ia akan memberi kelebihan kepada Tunku Ismail
untuk mentransformasikan bola sepak negara ke landasan yang betul.
Dengan sikap tegas dan integriti yang tinggi serta mempunyai perancangan jangka masa pendek dan panjang, sudah pasti
ia memerlukan komitmen dan barisan ahli jawatankuasa yang mampu seiring dengan idea dan komited terhadap urus
tadbir TMJ di dalam FAM.Inilah ciri-ciri seorang pejuang dan mempunyai perancangan serta berfikiran jauh di mana TMJ
tidak mengambil masa yang lama untuk merubah sistem yang ada dalam urus tadbir FAM.
Langkah pertama TMJ ialah dengan mengambil berat tentang kewangan FAM dan meletakkannya di bawah jagaan serta
kelulusan presiden serta merombak pasukan kejurulatihan skuad kebangsaan.Ia bagaikan seorang "diktator"
tetapi itulah sikap yang diperlukan oleh seorang pemimpin sekiranya ingin merubah minda cara bekerja dan persepsi
masyarakat terhadap FAM.
Ia satu tindakan bijak daripada TMJ dengan meletakkan nilai integriti dan ketegasan serta cara bekerja yang efisien.Itu
sahaja yang mampu merealisasikan setiap perancangan yang dibuat dan dapat menggerakkan tenaga kerja untuk
melaksanakan setiap perancangan yang telah disusun.Namun, penulis mengharapkan semua pencinta bola sepak tanah air
bersikap terbuka dan realistik dengan keadaan sistem bola sepak Malaysia pada masa ini.
Bukan mudah untuk merubah sekelip mata untuk menjulang nama Malaysia di peringkat tertinggi di mana kita sebagai
rakyat Malaysia juga perlu memainkan peranan untuk sama-sama mengangkat martabat bola sepak Malaysia.Berilah
sokongan kepada TMJ dan kabinet baharunya untuk melaksanakan perancangan yang telah diatur kerana banyak yang
perlu diperbetulkan, bukan sahaja di dalam FAM itu sendiri tetapi yang lebih penting bagaimana untuk merubah sistem di
akar umbi.Sama-sama kita berdoa semoga apa yang dirancang oleh presiden dan ahli jawatankuasa eksekutif FAM yang
baharu ini dapat merubah landskap bola sepak Malaysia.
1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Ismail_Idris_ibni_Sultan_Ibrahim_Ismail
2. https://www.kosmo.com.my/2021/04/01/tmj-sumbang-rm30000-kepada-mangsa-kebakaran-majlis-tunang/
3. https://www.sinarharian.com.my/article/122524/BERITA/Nasional/TMJ-berkenan-beri-sumbangan-kepada-usaha-Ebit-Lew
4. https://web.facebook.com/208453185984655/posts/dyam-tmj-jdt-beri-sumbangan-untuk-usaha-kebajikan-ustaz-ebit-lewdyam-mejar-jener/19514913
5. https://www.johor.gov.my/kerajaan/kesultanan-johor/dyam-tunku-mahkota-johor
6. https://gempak.com/berita-terkini/beautiful-family-muat-naik-foto-terkini-keluarga-tmj-che-puan-khaleeda-raih-perhatian-netizen-28762