The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Minit Mesyuarat Agong Kali Pertama bagi Perlantikan AJK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hj Ahmad Adnan, 2023-12-10 23:17:40

Minit Mesyuarat Agong Kali Pertama bagi Perlantikan AJK

Minit Mesyuarat Agong Kali Pertama bagi Perlantikan AJK

1 PERSATUAN WARGA EMAS KAMPUNG SUNGAI TUA ( PPM-026-10-31012023 ) MINIT MESYUARAT AGONG KALI PERTAMA BAGI PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN WARGA EMAS KAMPUNG SUNGAI TUA SESI 2023/2024 Mesyuarat : Bil. 01 sesi 2023/2024. Tarikh : 12 Februari, 2023 Hari : Ahad Masa : 2.45 – 4.30 petang Kehadiran : 46 orang Tempat : Bilik Kuliah Masjid Jamiatus Solahiah Kampong Sungai Tua Baharu Batu Caves , Selangor. Perkara 1 - PEMILIHAN PENGERUSI MESYUARAT 1.1 Semua ahli yang hadir bersetuju Haji Mahmud bin Jaafar dipilih untuk menjadi pengerusi mesyuarat /pengacara persatuan warga emas kampung sungai tua. Perkara 2 - BACAAN DOA 2.1 Bacaan doa telah disempurnakan oleh Ustaz Airil Rizman Imam 1 Masjid Jamiatus Solahiah Kg.Sg.Tua Baharu. Beliau juga telah memberikan taskirah ringkas berkaitan dengan tanggungjawab pemimpin sebuah persatuan . Perkara 3 - UCAPAN PENGERUSI PENAJA 3.1 Ucapan terima kasih Tuan Hj. Mahmud bin Jaafar selaku pengacara Majlis petang ini.


2 Assalamualaikum WBT dan Salam Malaysia Madani Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Bismillahirahmanirahim pembuka bicara Yang dihormati dan disayangi Ahli-ahli jawatankuasa Penaja Persatuan Warga Emas Kampung Sungai Tua, Ahli-ahli jawatankuasa Pengurusan Masjid Jamiatus Solahiah dan tuan dan puan yang kasihi sekelian, Alhamdulilah, setinggi-tinggi rasa kesyukuran kehadrat ilahi kerana dengan izinnya kita dapat berkumpul pada petang ini dalam majlis perlantikan Ahli Jawatankuasa tahun/sesi 2023-2024 Persatuan Warga Emas Kampung Sungai Tua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada para hadirin atas kesudian untuk menghadiri majlis ini .Seterusnya ucapan jutaan terima kasih kepada semua jawatankuasa penaja dan pengurusan Masjid Jamiatus Solahiah yang dapat berkerjasama bagi mempastikan majlis petang ini berjalan dengan lancar. Tuan dan Puan Sebagaimana yang tuan/puan maklum Persatuan Warga Emas Kampung Sungai Tua(Nama ringkasnya PWEST) adalah idea YBhg Dato Jaafar bin Mat Tuan Nazir Masjid Jamiatus Solahiah sekembalinya beliau dari trip ke Pakistan pada Oktober 2022. Pelancaran Persatuan ini telah dilancarkan pada 13 November 2022 semperna Program Sumbangan Kepada Asnaf Anjuran Masjid Jamiatus Solahiah.Saya diminta untuk menjadi Pengerusi Penaja PWEST ini. Saya telah menyenarai seramai 13 orang berdasarkan permohonan tuan/puan tempohari untuk bersama saya mempastikan persatuan ini dapat didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)dengan seberapa segera yang boleh.


3 Pemilihan Ahli Jawatankuasa Penaja adalah berdasarkan : i. Mereka yang dipilih oleh pihak Tuan Nazir Masjid ii.Mereka mewakili jalan/kampong/taman berkenaan. iii.Mereka tiada memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana persatuan didalam kariah kampong sungai tua baharu. iv.Mereka difikirkan dapat membantu kelancaran persatuan ini. Kelewatan mendaftar persatuan adalah kerana mereka-mereka yang dipilih kebanyakkannya telah menolak dengan berbagai alasan. Akhirnya dengan izin Allah serta kesanggupan 8 Ahli Jawatankuasa Penaja telah berjaya menyempurnakan Perdaftaran Persatuan ini pada 31 Januari,2023 dengan 4 matlamat; 1. Menjaga dan membantu kebajikan am ahli-ahli 2. Mengeratkan perhubungan persahabatan dan semangat muhibah dikalangan ahli-ahli 3. Menjalankan kerja dan perkhidmatan amal untuk memanafatkan masyarakat pada umumnya . 4. Memohon dan memiliki harta untuk persatuan dengan syarat persetujuan mesyuarat. Tuan dan puan Seperti yang kita maklum , majlis yang kita adakan ini merupakan satu Langkah kepada kita untuk mengeratkan ukwah sesama ahli kita.malah majlis ini juga bertujuan untuk memilih ahli jawatankuasa yang bakal meneraju barisan kepimpinan PWEST pada sesi 2023-2024. 0leh itu saya berharap barisan kepimpinan yang bakal dipilih sebentar lagi akan dapat menjalankan tugas mereka dengan baik,Amanah dan berdisplin. Saya selaku pengerusi penaja ingin merakam setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Penaja yang sangup meluangkan masa , memberi kerjasama serta sanggup memikul tanggungjawab yang diberikan demi melancarkan majlis petang ini. Akhir kata yang baik itu dari Allah yang lemah itu dari saya, Saya sudahi dengan ucapan Asalamualikum WBT.


4 Perkara 4 - PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA BAGI SESI 2023-2024 4.1 Pengerusi Semua ahli yang hadir bersetuju sebulat suara Datuk Ahmad bin Adnan dilantik sebagai Pengerusi. 4.2 Timbalan Pengerusi Haji Jaafar bin Atan mencadangkan Sdra Amirhamzah bin Mohamad Bassri untuk jawatan ini , disokong oleh Haji Mahmud Jaafar .Mesyuarat sebulan suara bersetuju Sdra Amirhamzah bin Mohamad Bassri dilantik sebagai Timbalan Pengerusi . 4.3 Setiausaha Semua ahli yang hadir bersetuju sebulat suara Haji Mahmud bin Jaafar dikekalkan sebagai Setiausaha. 4.4 Bendahari Semua ahli yang hadir bersetuju sebulat suara Haji Abu Yazid bin Haji Daud dikekalkan sebagai Bendahari. 4.5 Penolong Setiausaha Semua ahli yang hadir bersetuju sebulat suara Haji Misnan bin Mohd Damin dilantik sebagai Penolong Setiausaha. 4.6 4 orang Ahli Jawatankuasa Seramai 7 telah dicadangkan dan disokong mereka untuk dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa:- Bil Nama Bilangan Undi 1. Kairul Anuar bin Rahman 23 Undi 2. Haji Rosli bin Borhan 22 Undi 3. Haji Ismail bin Abas 19 Undi 4. Hajjah Ruzillah bt Md Ariff 15 Undi


5 5. Normadiah binti Nordin 14 Undi 6. Haji Kamsani bin Kambari 14 Undi 7. Siti Nordiah bt Abdullah 12 Undi KEPUTUSAN Mereka yang nama dibawah diluluskan untuk dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa:- 1. Kairul Anuar bin Rahman 2. Haji Rosli bin Borhan 3. Haji Ismail bin Abas 4. Hajjah Ruzillah binti Md Ariff. 4.7 Mesyuarat bersetuju Puan Normadiah binti Nordin dan Haji Kamsani bin Kambari dilantik sebagai Juru Audit Persatuan. Perkara 5- HAL-HAL LAIN 5.1. Tiada Perkara 6- UCAPAN PENGERUSI DAN BERSURAI 6.1 Bismillahirahmanirahim , Assalamualikum WBT Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada tuan/puan kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk memimpin Persatuan Warga Emas Kampung Sungai Tua (PWEST )sesi 2023-2024. 6.2 Saya dan Ahli Jawatankuasa yang dilantik ini akan cuba sedaya melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab supaya tidak mengecewakan ahli persatuan. Seiring dengan itu saya cuba mempastikan AJK yang baru dilantik akan setia dan sedia berkhidmat untuk persatuan ini. 6.3 Kejayaan sebuah persatuan adalah bergantung dengan penglibatan kedua-dua pihak iaitu barisan kepimpinan dan penglibatan yang aktif


6 oleh ahli-ahlinya. Besarlah harapan saya semua aktiviti yang dirancang nanti mendapat sokongan menyeluruh dari tuan dan puan ,seperti Bulat air kerana pembentung, Bulat kata kerana muafakat. 6.4 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli yang hadir kerana dapat membantu serta memberikan kerjasama yang baik dalam mempastikan perjalanan urusan pemilihan berjalan dengan lancar.Selamat menjamu selera dan disudahi dengan ucapan Asalamualikum WBT. DATUK AHMAD BIN ADNAN Pengerusi Persatuan Warga Emas Kampung Sungai Tua


Click to View FlipBook Version