The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anasuhana9, 2024-01-28 10:52:24

LAPORAN KOPERASI 2023

LAPORAN KOPERASI 2023

11


2 2 LAPORAN AKTIVITI KOPERASI SMK TAMAN KOSAS AMPANG BERHAD TAHUN 2023 PROGRAM: JUALAN SEMASA PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 & PERALIHAN SERTA JUALAN PEMBUKAAN SEKOLAH Disediakan oleh, …………………………… (SUHANA BINTI ISMAIL) Setiausaha Koperasi SMK Taman Kosas Ampang Berhad 1 TARIKH : 16 & 17 Mac 2023 2 MASA : 9.00 pagi -1.00 petang 3 TEMPAT : Koperasi SMK Taman Kosas Ampang Berhad 4 KEHADIRAN : Seorang guru 3 orang pengawas koperasi 5 AKTIVITI : Menjual barangan keperluan untuk para pelajar Tingkatan Peralihan dan Tingkatan 1 yang hadir mendaftar. 6 DAPATAN : Aktiviti berjalan lancar 7 CADANGAN : PENAMBAHBAIKAN -


3 3 PROGRAM: JUALAN SEMASA PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 & TINGKATAN PERALIHAN SERTA JUALAN PEMBUKAAN SEKOLAH


4 4 PROGRAM: MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPERASI (ALK) Disediakan oleh, …………………………… (SUHANA BINTI ISMAIL) Setiausaha Koperasi SMK Taman Kosas Ampang Berhad 1 TARIKH : Bil. 1 : 25 Januari 2023 Bil. 2 : 3 Mei 2023 Bil. 3 : 24 Mei 2023 Bil. 4 : 16 Ogos 2023 Bil. 5: 16 November 2023 2 MASA : 1.50 - 3.30 petang 3 TEMPAT : Bilik Wawasan SMK Taman Kosas 4 KEHADIRAN : Semua Ahli Lembaga Koperasi SMK Taman Kosas termasuk ALK di kalangan murid 5 AKTIVITI : Ahli mesyuarat membincangkan minit mesyuarat ALK yang lalu, melaporkan operasi koperasi, membentangkan laporan kewangan terkini dan membincangkan hal-hal lain dalam membangunkan dan memajukan lagi koperasi sekolah untuk manfaat warga SMK Taman Kosas. 6 DAPATAN : Aktiviti berjalan lancar 7 CADANGAN : PENAMBAHBAIKAN Guru ALK wajib hadir semua mesyuarat bagi melancarkan agenda yang dibincangkan dan harus bertanggungjawab atas tugas yang diamanahkan.


5 5 PROGRAM: MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPERASI (ALK)


66


77


8 8 PROGRAM: GOTONG ROYONG KOPERASI SMK TAMAN KOSAS AMPANG BERHAD Disediakan oleh, …………………………… (SUHANA BINTI ISMAIL) Setiausaha Koperasi SMK Taman Kosas Ampang Berhad 1 TARIKH : 13 Mei 2023 2 MASA : 8.00 pagi- 12.30 tgh hari 3 TEMPAT : Koperasi SMK Taman Kosas Ampang Berhad 4 KEHADIRAN : Semua guru koperasi dan petugas murid 5 AKTIVITI : Semua guru koperasi bersama pengawas koperasi membersihkan bahagian dalaman koperasi, menampal kertas dinding, membalut meja kaunter jualan dan membuat sedikit perubahan susun atur barang-barang di dalam koperasi dan pejabat koperasi. 6 DAPATAN : Aktiviti berjalan lancar 7 CADANGAN : PENAMBAHBAIKAN -


9 9 PROGRAM: GOTONG ROYONG KOPERASI SMK TAMAN KOSAS AMPANG BERHAD


10 10 PROGRAM: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) KE-29 Disediakan oleh, …………………………… (SUHANA BINTI ISMAIL) Setiausaha Koperasi SMK Taman Kosas Ampang Berhad 1 TARIKH : 20 Jun 2023 2 MASA : 1.30 - 3.00 petang 3 TEMPAT : Bilik Wawasan SMK Taman Kosas 4 KEHADIRAN : 17 orang guru 2 orang AKP 82 orang murid 5 AGENDA MESYUARAT : 2.1 Ucapan Pengerusi 2.2 Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agong kali ke-28. 2.3 Membentangkan laporan Lembaga dan Jawatankuasa Audt Dalaman. 2.4 Menimbang dan meluluskan akaun teraudit Koperasi dan subsidiarinya jika ada, termasukLaporan Lembaga di Bawah perenggan 59 (1) (c) Akta dan Laporan juruaudit dan pengagihan untung bersih, jika ada. 2.5 Memilih/melantik anggota lembaga. 2.6 Menimbang dan meluluskan belanjawan tahunan bagi tahun kewangan 2023. 2.7 Meluluskan elaun kepada anggota lembaga, jika ada. 2.8 Meluluskan pelantikan satu panel yang terdiri daripada tidak kurang daripada dua orang juruaudit yang diluluskan oleh Suruhanjaya/Pegawai Suruhanjaya untuk mengaudit akaun Koperasi. 2.9 Menimbang dan meluluskan skop dan had pelaburan yang dibiayai oleh wang lebihan Koperasi. 2.10 Menentukan had maksimum keberhutangan Koperasi. 2.11 Melantik suatu jawatankuasa yang terdiri daripada enam (6) orang anggota dan empat (4) orang lembaga untuk menentusahkan draf minit mesyuarat agung tahunan. 2.12 Mendengar, menimbang atau memutuskan apa-apa cadangan atau urusan perniagaan lain koperasi yang baginya satu notis tidak kurang daripada tujuh hari telah diberi kepada koperasi sebelum mesyuarat dipanggil. 2.13 Menimbang dan meluluskan apa-apa cadangan pindaan kepada Undangundang Kecil Koperasi. 2.14 Mendengar dan memutuskan apa-apa aduan, yang dibawa oleh manamana anggota koperasi yang terkilan dengan keputusan Lembaga, yang baginya satu notis yang tidak kurang daripada tujuh hari sebelum mesyuarat dipanggil telah diberikan kepada koperasi. 2.15 Hal-hal lain 6 DAPATAN : Mesyuarat berjaya diadakan dan berjalan lancar. 7 CADANGAN : PENAMBAH BAIKAN Menyediakan sedikit kudapan semasa mesyuarat.


11 11 PROGRAM: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) KE-29


12 12 PROGRAM: JUALAN KOPERASI SEMASA KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH Disediakan oleh, …………………………… (SUHANA BINTI ISMAIL) Setiausaha Koperasi SMK Taman Kosas Ampang Berhad 1 TARIKH : 27 Jun 2023 2 MASA : 7.30 pagi- 12.00 tgh hari 3 TEMPAT : Hadapan kedai koperasi, kaunter jualan koperasi dan stesen jualan air di chekpoint yangditetapkan. 4 KEHADIRAN : 9 orang pengawas koperasi hadir bertugas Seorang guru bertugas daripada pagi di koperasi kemudian dibantu 5 guru koperasi yang lain setelah selesai tugas di chek point. 5 AKTIVITI Seawal jam 7.10 pagi guru koperasi berserta petugas koperasi yang tidak menyertai larian telah bersiap sedia menyediakan barang jualan di bawah khemah jualan hadapan koperasi dan di kaunter koperasi. Petugas yang menjual air di chekpoint membawa beberapa kotak air mineral, kotak ais dan wang kecil bersama guru yang bertugas. Jualan makanan dan minuman di khemah jualan mendapat sambutan yang menggalakkan. 6 DAPATAN : Agak kelam kabut kerana hanya seorang guru yang memantau dan menguruskan jualan di khemah jualan dan kedai koperasi berikutan ramai guru koperasi diberi tugas di chekpoint dan ada petugas yang tidak hadir. 7 CADANGAN : PENAMBAHBAIKAN Perlu lebih ramai guru di khemah jualan bagi kelancaran aktiviti jualan dan pemantauan.


13 13 PROGRAM: JUALAN KOPERASI SEMASA KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH


14 14 PROGRAM: JUALAN KOPERASI SMK TAMAN KOSAS AMPANG BERHAD DI KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD HULU LANGAT Disediakan oleh, …………………………… (SUHANA BINTI ISMAIL) Setiausaha Koperasi SMK Taman Kosas Ampang Berhad 1 TARIKH : 6 & 7 September 2023 2 MASA : 7.00 pagi- 1.00 petang 3 TEMPAT : Laman Tiba 1 MAEPS Serdang 4 AKTIVITI Guru-guru koperasi sesi pagi menyediakan barangbarang jualan untuk di bawa ke MAEPS. Empat orang guru koperasi sesi petang bersama lapan orang petugas iaitu pengawas koperasi mengikut guru koperasi membuat jualan di MAEPS. 5 DAPATAN : Aktiviti berjalan lancar 6 CADANGAN : PENAMBAHBAIKAN -


15 15 PROGRAM: JUALAN KOPERASI SMK TAMAN KOSAS AMPANG BERHAD DI KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD HULU LANGAT (MAEPS SERDANG)


16 16 PROGRAM: MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANANG PENCIPTA LOGO KOPERASI DAN PELANGGAN SETIA KOPERASI Disediakan oleh, …………………………… (SUHANA BINTI ISMAIL) Setiausaha Koperasi SMK Taman Kosas Ampang Berhad 1 TARIKH : 4 September 2023 2 MASA : 8.00-8.45 pagi 3 TEMPAT : Dataran Perhimpunan SMK Taman Kosas 4 AKTIVITI Puan Suhana binti Ismail menjemput Tuan Pengetua , En Zulkifli bin Che Shukri dengan diiringi ole PK KOKO , En Ahmad Amzan bin Ishak untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Pemenang utama mencipta logo koperasi mendapat baucer tunai sebanyak RM50.00 untuk dibelanjakan di koperasi sekolah. Manakala dua lagi pemenang saguhati menerima baucer tunai sebanyak RM15.00. Pelanggan setia koperasi yang dipilih di kalangan guru iailah Pn Masita binti Abu Hassan, Pn Siti Sazira binti Saad dan juga Pn Hafzeela binti Hamid. Puan Masita dan Pn Siti Sazira mendapat hadiah berbentuk baucer tunai bernilai RM50.00 untuk dibelanjakan di koperasi sekolah manakala Puan Hafzeela diberikan hamper makanan bernilai RM50.00 dan hadiah dihantarkan kepadanya kerana telah berpindah ke SMK Pandan Jaya. 5 DAPATAN : Aktiviti berjalan lancar 6 CADANGAN : PENAMBAHBAIKAN Memilih lebih ramai pemenang pelanggan setia untuk terus mendapatkan sokongan para guru dan warga SMK Taman Kosas kepada koperasi sekolah,


17 17 PROGRAM: MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANANG PENCIPTA LOGO KOPERASI DAN PELANGGAN SETIA KOPERASI


18 18 PROGRAM: MAJLIS PENAGIHAN ZAKAT KOPERASI BAGI TAHUN 2015-2019 KEPADA ASNAF YATIM SMK TAMAN KOSAS Disediakan oleh, …………………………… (SUHANA BINTI ISMAIL) Setiausaha Koperasi SMK Taman Kosas Ampang Berhad 1 TARIKH : 8 September 2023 2 MASA : 8.00 pagi & 2.45 petang 3 TEMPAT : Laman Sakinan dan Dewan Semai Ilmu 4 AKTIVITI Setelah selesai bacaan Yasin dan sedikit tazkirah disampaikan oleh Ustaz Norakramudin, Ustazah Siti Zuraidah menjemput Puan Suhana binti Ismail selaku Setiausaha Kopearsi untuk mengambil alih majlis. Pn Suhana binti Ismail menjemput Tuan Pengetua , En Zulkifli bin Che Shukri dengan diiringi ole PK KOKO , En Ahmad Amzan bin Ishak untuk menyampaikan zakat kepada 43 orang murid sesi pagi yang telah dipilih untuk menerima zakat tersebut. Bagi sesi petang, Puan wan Fatimah binti Wan Razali menguruskan pengagihan zakat kepada 21 orang murid yang dipilih untuk menerima zakat tersebut. Setelah selesai agihan zakat, sesi bergambar diadakan antara guru-guru koperasi termasuk Tuan Pengetua dengan para penerima zakat. 5 DAPATAN : Aktiviti berjalan lancar 6 CADANGAN : PENAMBAHBAIKAN -


19 19 PROGRAM: MAJLIS PENAGIHAN ZAKAT PERNIAGAAN KOPERASI KEPADA ASNAF YATIM SMK TAMAN KOSAS TAHUN 2023


20 20 PROGRAM: JUALAN KOPERASI SMK TAMAN KOSAS AMPANG BERHAD DI KEJOHANAN OLAHRAGA SMK TAMAN KOSAS KALI KE-24 Disediakan oleh, …………………………… (SUHANA BINTI ISMAIL) Setiausaha Koperasi SMK Taman Kosas Ampang Berhad 1 TARIKH : 5 Oktober 2023 2 MASA : 7.30 pagi -1.50 petang 3 TEMPAT : Padang SMK Taman Kosas 4 KEHADIRAN : 6 orang guru koperasi bertugas dibantu oleh 12 orang pengawas koperasi pagi dan petang 5 AKTIVITI Seawal pagi semua guru koperasi bersama beberapa orang petugas atau pengawas koperasi telah sibuk mengumpul dan mengangkat barang-barang jualan dari koperasi ke khemah jualan di gelanggang bola keranjang berhadapan tembok sebelah kanan sekolah. Pelbagai makanan dan minuman dijual seperti nasi lemak, roti pizza, aiskrim Malaysia, air float, air mineral, air botol dan air kotak berperisa, jagung rebus dan kek coklat moist. Jualan mendapat sambutan yang sangat baik daripada murid-murid dan guru-guru SMK Taman Kosas. Setelah kejohanan olahraga tamat, guru-guru koperasi bersama pengawas koperasi mengemas semua barangbarang jualan dan kelengkapan yang digunakan di khemah jualan. 6 DAPATAN : Aktiviti berjalan lancar dan mendapat sambutan yang baik. 7 CADANGAN : PENAMBAHBAIKAN Perlukan kawasan yang lebih luas untuk jualan kerana tempat jualan agak sesak disebabkan murid-murid pagi dan petang duduk berkumpul di hadapan khemah jualan kerana mereka tidak disediakan khemah rumah sukan untuk berteduh.


21 21 PROGRAM: JUALAN KOPERASI SMK TAMAN KOSAS AMPANG BERHAD DI KEJOHANAN OLAHRAGA SMK TAMAN KOSAS KALI KE-24


22 22 PROGRAM: LAWATAN PENANDAARASAN KE KOPERASI SMK TAMAN SRI MUDA SHAH ALAM BERHAD Disediakan oleh, .….…..……………………… (SUHANA BINTI ISMAIL) Setiausaha Koperasi SMK Taman Kosas Ampang Berhad 1 TARIKH : 17 Oktober 2023 2 MASA : 12.30 tengah hari - 4.30 petang 3 TEMPAT : Koperasi SMK Taman Sri Muda Shah Alam Berhad 4 AKTIVITI : Semua ALK termasuk pentadbir iaitu Encik Zulkifli bin Che Shukri dan Encik Ahmad Amzan bin Ishak beserta tiga orang Guru Kanan Mata Pelajaran iaitu Encik Ahmad Muhaimin bin Pikeri, Puan Normawani binti Burhanuddeen dan Puan Zuraidah binti Wahab mula bertolak dari SMK Taman Kosas ke SMK Taman Sri Muda Shah Alam lebih kurang pada jam 12.30 tengah hari. Semua ahli lawatan ini sampai ke SMK Taman Sri Muda Shah Alam lebih kurang jam 1.35 petang dan disambut oleh Tuan Pengetua SMK Taman Sri Muda sendiri iaitu Datuk M. MagendranPJN, DSPN, JSM, KMN, AMS. Ahli lawatan dibawa ke surau terlebih dahulu bagi menunaikan solat fardu Zuhor dan kemudian barulah bergerak ke bangunan koperasi SMK Taman Sri Muda. Barisan ALK dan guru koperasi SMK Taman Sri Muda Shah Alam Berhad menyambut kehadiran kami dengan mesra. Setiausaha Koperasi SMK Taman Sri Muda iaitu Puan Nabilah binti Najib membuat pembentangan tentang sejarah koperasi mereka, produk jualan dan pengurusan kafe koperasi yang telah dinaik taraf selepas peritiwa banjir besar pada tahun 2021. Beliau juga memberikan sedikit perkongsian ilmu dalam menguruskan koperasi sekolah tersebut. Pengetua SMK Taman Sri Muda iaitu Datuk M .Magendran juga menceritakan pengalaman dan visi beliau untuk meningkatkan jualan dan keuntungan koperasi. Beliau juga berkongsi ilmu pentadbiran dan pengurusan koperasi serta aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh koperasi sekolah tersebut bagi meningkatkan keuntungan. Setelah selesai sesi soal jawab dan pemberian cenderahati oleh kedua-dua belah pihak, kami dijamu dengan jamuan daripada kafe koperasi tersebut. Setelah sesi bergambar dan guru-guru SMK Taman Kosas membeli belah di koperasi tersebut, kami bergerak balik lebih kurang pada jam 4.40 petang. 5 DAPATAN : Aktiviti berjalan lancar 6 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN -


23 23 PROGRAM: LAWATAN PENANDAARASAN KE KOPERASI SMK TAMAN SRI MUDA SHAH ALAM BERHAD


24 24 PROGRAM: GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN DAN MENYUSUN ATUR SEMULA KOPERASI Disediakan oleh, …………………………… (SUHANA BINTI ISMAIL) Setiausaha Koperasi SMK Taman Kosas Ampang Berhad 1 TARIKH : 25 November 2023 2 MASA : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari 3 TEMPAT : Koperasi SMK Taman Kosas Ampang Berhad 4 AKTIVITI Puan Suhana binti Ismail yang tidak menjadi AJK Perkhemahan Perdana telah memindahkan barangbarang dalam koperasi dibantu oleh empat orang pengawas koperasi bermula pada jam 8.40 pagi. Segala barang-barang rosak dan tidak diperlukan lagi di dalam stor koperasi dikumpulkan dan dibuang. Stok makanan dan minuman di dalam stor dipindahkan dahulu keluar dan dimasukkan ke dalam pejabat koperasi untuk menyusun atur semula rak besi ke dalam stor. Setelah guru-guru koperasi yang lain seperti Puan Wan Fatimah, Encik Riduan dan Encik Farid selesai bertugas dalam aktiviti Perkhemahan Perdana, mereka membantu menyusun atur semula barang-barang dalam koperasi. Penyelaras Koperasi iaitu Encik Ahmad Muhaimin juga menyumbang idea dan juga tenaga bagi memindahkan kedudukan tiga peti ais yang ada dalam koperasi tersebut. 5 DAPATAN : Aktiviti berjalan lancar 6 CADANGAN : PENAMBAHBAIKAN Perlukan saiz koperasi yang lebih besar agar kedudukan barang didalam koperasi lebih teratur, kemas dan selesa.


25 25 PROGRAM: GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN DAN MENYUSUN ATUR SEMULA KOPERASI


26 26 PROGRAM: PERJUMPAAN DAN TAKLIMAT PENGURUSAN KOPERASI BERSAMA PENGAWAS KOPERASI SESI PAGI DAN PETANG Disediakan oleh, …………………………… (SUHANA BINTI ISMAIL) Setiausaha Koperasi SMK Taman Kosas Ampang Berhad 1 TARIKH : 20 Oktober 2023 2 MASA : 12.45 tengah hari 3 TEMPAT : Pusat Sumber Sekolah (PSS) 4 AKTIVITI Para pengawas koperasi sesi pagi dan petang berkumpul di dalam PSS sejak jam 12.30 tengah hari. Encik Muhammad Riduan memulakan sesi taklimat dengan bacaan doa dan kemudian memberi penerangan berkaitan tugas dan peranan pengawas koperasi. Encik Mohammad Farid pula memberikan teguran dan amaran kepada semua pengawas koperasi untuk menjalankan tugas mereka dengan bersungguhsungguh dan hendaklah bersifat amanah semasa menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengawas koperasi apabila melibatkan jualan dan duit jualan yang banyak di dalam koperasi. Puan Ruhaida dan Puan Nurul Afidah kemudiannya memberikan kata-kata semangat dan motivasi kepada semua pengawas koperasi agar dapat membina ukhwah yang baik antara pengawas koperasi. 5 DAPATAN : Aktiviti berjalan lancar 6 CADANGAN : PENAMBAHBAIKAN -


27 27 PROGRAM: PERJUMPAAN DAN TAKLIMAT PENGURUSAN KOPERASI BERSAMA PENGAWAS KOPERASI SESI PAGI DAN PETANG


28 28 PROGRAM: PELANCARAN T-SHIRT RASMI SMK TAMAN KOSAS YANG BAHARU Disediakan oleh, …………………………… (SUHANA BINTI ISMAIL) Setiausaha Koperasi SMK Taman Kosas Ampang Berhad 1 TARIKH : 4 Disember 2023 2 MASA : 7.30 pagi/ 2.00 petang 3 TEMPAT : Dataran Perhimpunan/Laman Sakinah 4 AKTIVITI Nyanyian Lagu Negaraku, lagu Selangor dan lagu sekolah Bacaan ikrar dan bacaan doa Majlis Pelancaran T-Shirt Rasmi Sekolah Ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis Ucapan daripada Tuan Pengetua, Encik Zulkifli bin Che Shukri Gimik pelancaran majlis Peragaan baju t-shirt rasmi sekolah yang baharu oleh wakil pelajar Sesi fotografi 5 DAPATAN : Aktiviti berjalan lancar 6 CADANGAN : PENAMBAHBAIKAN -


29 29 PROGRAM: PELANCARAN T-SHIRT RASMI SMK TAMAN KOSAS YANG BAHARU (PAGI)


30 30 PROGRAM: PELANCARAN T-SHIRT RASMI SMK TAMAN KOSAS YANG BAHARU (PETANG)


31 31


Click to View FlipBook Version