The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU MAT KE 29 BERSAMA LAPORAN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anasuhana9, 2023-06-22 09:56:13

BUKU MAT KE 29 BERSAMA LAPORAN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022

BUKU MAT KE 29 BERSAMA LAPORAN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022

KOPERASI SMK TAMAN KOSAS AMPANG BERHAD MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-29 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-29 TARIKH : 20 JUN 2023 (SELASA) MASA: 1.30 PETANG TEMPAT: BILIK WAWASAN


BIL ELEMEN/PERKARA MUKA SURAT 1 VISI KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KOSAS AMPANG BERHAD (KSMKTKAB) 1 2 NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KOSAS AMPANG BERHAD KALI KE-29 2 3 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KSMKTKAB KALI KE-29 3 4 KATA-KATA ALUAN PENGERUSI KOPERASI 4 5 LAPORAN LEMBAGA KOPERASI (KSMKTKAB) 5-6 6 LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN 7 7 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-28/2022 (KSMKTKAB) 8-13 8 BORANG MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-28 KSMKTKAB 14 9 KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-28 (2022)KSMKTKAB 15-21 10 SENARAI ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI DAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN SESI 2022/2023 22 11 SENARAI ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI DAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN SESI 2023/2024 23 ISI KANDUNGAN


MENERAJUI PROGRAM PEMBANGUNAN KERAJAAN MELALUI PROGRAM PENDIDIKAN KOPERASI DI SEKOLAH. MENANAM KESEDARAN BERKOPERASI DALAM KALANGAN GURU DAN PELAJAR. MEMBINA SIKAP AMANAH, BERTANGGUNGJAWAB, BERDISIPLIN DAN SETIAKAWAN. MENINGKATKAN PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN KETRAMPILAN BERKOPERASI KEPADA PELAJAR. MEMBENTUK DAN MENGEMBANGKAN SEMANGAT KEUSAHAWANAN DALAM DIRI PELAJAR. KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KOSAS AMPANG BERHAD: VISI 1


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KOSAS 68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN Kod Sekolah: BEA4609 Email Sekolah: [email protected] Rujukan Kami : SMKTK.200-4/2/3 (4) Tarikh : 6 JUN 2023 Kepada, Semua Ahli Koperasi SMK Taman Kosas Ampang Berhad Tuan/Puan, NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KOSAS AMPANG BERHAD KALI KE-29 Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa mesyuarat berkenaan akan diadakan pada ketetapan berikut: Tarikh : 20 JUN 2023 (SELASA) Masa : 1.30 PETANG Tempat : BILIK WAWASAN 2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut: 2.1 Ucapan Pengerusi 2.2 Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agong kali ke-28. 2.3 Membentangkan laporan Lembaga dan Jawatankuasa Audt Dalaman. 2.4 Menimbang dan meluluskan akaun teraudit Koperasi dan subsidiarinya jika ada, termasuk Laporan Lembaga di Bawah perenggan 59 (1) (c) Akta dan Laporan juruaudit dan pengagihan untung bersih, jika ada. 2.5 Memilih/melantik anggota lembaga. 2.6 Menimbang dan meluluskan belanjawan tahunan bagi tahun kewangan 2023. 2.7 Meluluskan elaun kepada anggota lembaga, jika ada. 2.8 Meluluskan pelantikan satu panel yang terdiri daripada tidak kurang daripada dua orang juruaudit yang diluluskan oleh Suruhanjaya/Pegawai Suruhanjaya untuk mengaudit akaun Koperasi. 2.9 Menimbang dan meluluskan skop dan had pelaburan yang dibiayai oleh wang lebihan Koperasi. 2.10 Menentukan had maksimum keberhutangan Koperasi. 2.11 Melantik suatu jawatankuasa yang terdiri daripada enam (6) orang anggota dan empat (4) orang lembaga untuk menentusahkan draf minit mesyuarat agung tahunan. 2.12 Mendengar, menimbang atau memutuskan apa-apa cadangan atau urusan perniagaan lain koperasi yang baginya satu notis tidak kurang daripada tujuh hari telah diberi kepada koperasi sebelum mesyuarat dipanggil. 2.13 Menimbang dan meluluskan apa-apa cadangan pindaan kepada Undang-undang Kecil Koperasi. 2.14 Mendengar dan memutuskan apa-apa aduan, yang dibawa oleh mana-mana anggota koperasi yang terkilan dengan keputusan Lembaga, yang baginya satu notis yang tidak kurang daripada tujuh hari sebelum mesyuarat dipanggil telah diberikan kepada koperasi. 2.15 Hal-hal lain 3. Dengan segala hormatnya tuan/puan dijemput menghadiri mesyuarat berkenaan. Sekian, terima kasih. Yang menjalankan tugas, (SUHANA BINTI ISMAIL) Setiausaha Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas Ampang Berhad 2


JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KOSAS AMPANG BERHAD KALI KE-29 PENGERUSI : PN HAMIDAH BINTI OSMAN NAIB PENGERUSI : ENCIK AHMAD AMZAN BIN ISHAK PENYELARAS KOPERASI : EN AHMAD MUHAIMIN BIN PIKERI SETIAUSAHA : PN. SUHANA BINTI ISMAIL BENDAHARI : PN. NURUL AFIDAH BINTI JAMIL AJK TEMPAT : ENCIK MOHD FARID BIN ISA AJK SIARAYA : ENCIK MUHAMMAD RIDUAN BIN ZAMBRI AJK PENDAFTARAN : PN. NOORAZLINA BINTI ABDUL AZID@AZIZ AJK CENDERAHATI : PN. RUHAIDA BINTI YAHAYA AJK BUKU MESYUARAT : PN. SUHANA BINTI ISMAIL AJK DOKUMENTASI : PN. WAN FATIMAH JAWAHIR BINTI WAN RAZALI 3


4 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI KOPERASI Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kepada semua anggota Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas Ampang Berhad, Terlebih dahulu saya memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya kita berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-29 selaras dengan peruntukan Undang-undang Kecil Koperasi Sekolah. Setinggi-tinggi penghargaan saya panjangkan kepada pengurusan koperasi dan juga para petugas koperasi yang bertungkus lumus tanpa mengharapkan sebarang ganjaran dalam memastikan aktiviti koperasi berjalan dengan baik dan secara tidak langsung menjana keuntungan . Segala hasil dikongsi bersama atas nama kebajikan kepada seluruh warga sekolah. Saya yakin dengan barisan Anggota Lembaga Koperasi yang ada pada hari ini, sentiasa komited dan berwawasan dengan segala aktiviti yang dirancang serta mampu melaksanakannya dan memberi pulangan yang positif. Justeru, bagi memastikan kemajuan dan kejayaan koperasi berkesinambungan, sokongan daripada semua anggota amat diharapkan. Akhir sekali, saya bagi pihak Anggota Lembaga Koperasi mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua anggota dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dengan pengurusan Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas Ampang Berhad ini, terutamanya Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Biro Perkhidmatan ANGKASA, Anggota Lembaga Koperasi, petugas-petugas koperasi, anggota-anggota koperasi dan syarikat-syarikat yang berurusan dengan koperasi ini. Sekian, terima kasih. ………………………………….. ( HAMIDAH BINTI OSMAN ) Pengerusi Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas Ampang Berhad


5 LAPORAN LEMBAGA KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KOSAS AMPANG BERHAD (KSMKTKAB) LATAR BELAKANG Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas Ampang Berhad telah beroperasi mulai tahun 1993. Tahun kewangan koperasi bermula 1 Januari hingga 31 Disember setiap tahun berkenaan. Dalam Mesyuarat Agung kali ke-29 ini , kita akan menimbangkan segala aktiviti, laporan serta akaun teraudit koperasi yang bermula dari 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022. KEANGGOTAAN Pelbagai usaha telah dijalankan untuk menarik minat lebih ramai warga SMKTK untuk menjadi anggota KSMKTKAB, antaranya mengadakan taklimat memperkenalkan koperasi kepada pelajar baharu Tingkatan Satu. Risalah dan borang keahlian juga telah diedarkan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar. Beberapa penambahbaikan pengurusan koperasi juga telah dijalankan untuk menarik minat keanggotaan koperasi. Sehingga 31 Disember 2022 bilangan ahli adalah seramai 1254 orang. AKTIVITI-AKTIVITI KOPERASI TAHUN 2022 Tahun 2022 membuka lembaran baharu setelah berakhirnya PKP dan koperasi sekolah dapat beroperasi dengan lebih baik dengan mendapat bantuan daripada petugas koperasi dalam kalangan murid kerana sebelum ini semasa pdpr dan penggiliran kelas, hanya guruguru koperasi yang bertugas dan tidak melibatkan murid untuk menjalankan jualan di koperasi. Bagi tahun 2022, sesi persekolahan telah bermula sejak 21 Mac 2022 dan operasi koperasi juga telah dijalankan dengan jayanya dengan kerjasama petugas-petugas koperasi di kalangan murid yang telah dilantik oleh Puan Ruhaida binti Yahaya selaku Pengurus Koperasi. Saya selaku Setiausaha Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas Ampang Berhad ingin melaporkan segala aktiviti yang dijalankan pada tahun kewangan bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2022. Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas Ampang Berhad telah menjalankan beberapa aktiviti seperti berikut: Aktiviti: i) Jualan semasa pendaftaran tingkatan 1 pada 15- 18 Mac 2022. ii) Kedai koperasi menjual pelbagai keperluan warga sekolah. iii) Jualan makanan sejuk beku seperti karipap, lava cheese dan cheestart. iv) Jualan snek harian seperti popia simpul dan karipap mini. v) Jualan pelbagai jenis kuih raya seperti maruku, tart nenas, tempeyek, kuih goyang, kek lapis dan biskut kacang. vi) Menjual aiskrim kon Nestle. vii) Menjual roti pizza mini.


6 viii) Jualan buah-buahan segar melalui koperasi seperti longan, rambutan, honeydew, strawberi, ubi keledek dan lain-lain lagi oleh pembekal yang datang membuka gerai jualan di sekolah secara berkala. ix) Membuka khemah jualan semasa hari Kejohanan Larian Kecergasan dengan menjual pelbagai jenis menu seperti jagung rebus dalam cawan, ice blended, roti pizza mini, pelbagai air sejuk berperisa dan juga aiskrim. x) Membuka khemah jualan semasa hari Kejohanan Sukan Sekolah dengan menjual pelbagai menu seperti roti pizza mini, aiskrim kon, nasi lemak, pelbagai jenis air sejuk berperisa dan jagung rebus dalam cawan. xi) Aktiviti gotong-royong membersih dan menceriakan koperasi. xii) Aktiviti mengira stok t-shirt sukan sekolah. xiii) Membekalkan hadiah semasa program bulan akdemik dan program Ihya' Ramadhan. xiv) Menjual herbs inhaler. xv) Menjual kek batik dan kek coklat moist dalam bekas kecil. xvi) Menjual bunga semasa hari guru. Tajaan dan sumbangan: i. Sumbangan buku nota dan beg kertas berlogo sekolah kepada pelawat-pelawat yang datang ke sekolah. ii. Majlis Graduasi RM 300. 00 iii. Makanan Pendaftaran Tingkatan 1 RM 600. 00 iv. Majlis Hi Tea SMK Taman Kosas RM 200. 00 PENUTUP Anggota Lembaga Koperasi yang memikul amanah telah sedaya upaya cuba meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa dengan terus mencari peluang dan ruang perniagaan bagi menjana keuntungan dan memastikan pelaburan ahli mendapat ganjaran sewajarnya. Anggota koperasi juga diharapkan dapat terus memberi sokongan dan juga buah fikiran bagi memajukan lagi koperasi untuk masa hadapan. Akhir sekali saya bagi pihak koperasi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua anggota koperasi yang sentiasa memberi sokongan. Terima kasih juga kepada Suruhanjaya Koperasi (SKM) dan pihak ANGKASA yang sentiasa memberi input-input yang berguna dalam membantu melancarkan perjalanan dan pengurusan koperasi. Sekian, terima kasih. ………………………. (SUHANA BINTI ISMAIL) Setiausaha Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas Ampang Berhad


7 LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN (JAD) Pengerusi dan Anggota Lembaga Koperasi Sek.Men.Keb Taman Kosas Berhad, Tuan, LAPORAN JAD UNTUK LAPORAN TAHUNAN KSMKTKB Bahawa kami anggota Jawatankuasa Audit Dalaman KSMKTKB yang dilantik mengikut Undang-undang Kecil 34 (1) (h) mengemukakan laporan kami hasil dari pengauditan dalaman yang telah dibuat. Laporan yang dibuat adalah berasaskan kepada hasil pengauditan terhadap hal ehwal kewangan, pengurusan koperasi, dan aktiviti-aktiviti koperasi pada tahun 2022. 2. Berikut adalah dibentangkan ringkasan penemuan bagi pengauditan yang telah dijalankan: 2.1 Semua tindakan yang diambil atau dijalankan adalah berpandu kepada Peraturan Undang-undang Kecil Koperasi Sekolah. 2.2 Segala perbelanjaan dan tanggungan koperasi adalah berpatutan berdasarkan dokumen-dokumen yang diserahkan. 2.3 Kedudukan aset-aset dan liabiliti-liabiliti koperasi setakat ini adalah munasabah berdasarkan dokumen-dokumen yang diserahkan. 2.4 Aktiviti koperasi telah dijalankan mengikut ketetapan yang telah diputuskan dalam mesyuarat ALK dan Mesyuarat Agung Tahunan. 2.5 Segala penemuan dan kelemahan yang melibatkan aspek kewangan dan aktiviti jualan kedai koperasi telah diambil tindakan dan akan diberi perhatian dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih. ……………………………… (FARIDAH BINTI MOHAMED BARI) Juruaudit Dalaman Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Berhad


8 Hamidah binti Abd Latif Pengerusi Hamidah binti Osman Penolong Kanan 1 Noorazlina binti Abdul Azid @Aziz Pengurus Belian SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KOSAS 68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KOSAS AMPANG BERHAD KALI KE-28 Tarikh : 28 SEPTEMBER 2022 Masa : 1.10 PETANG Tempat : BILIK WAWASAN & PELANTAR GOOGLE MEET Hadir : 1. 2. Ahmad Amzan bin Ishak Naib Pengerusi 3. Nurul Afidah binti Jamil Bendahari 4. Ruhaida binti Yahaya Pengurus Koperasi 5. Faridah binti Mohamed Bari Juruaudit Dalaman 6. Mohammad Farid bin Isa Pengurus Jualan 7. Suhana binti Ismail Setiausaha 8. Wan Fatimah Jawahir binti Wan Razali ALK Guru 9. Lydya Putri Elyana binti Holan ALK Murid 10. Ar-Rizki bin Aboo Bakar ALK Murid 11. Raden Sherina Adilah binti Mohammad Aziz ALK Murid 12. Damia binti Rohaizal Husaini ALK Murid 13. Farzana Alya Irdiena bt Mohd Faizal ALK Murid 14. Muhammad Hazim bin Muhammad ALK Murid Turut Hadir: 1. Tidak hadir dengan kenyataan: 1. 2. Muhammad Riduan bin Zambri ALK Guru Turut hadir seramai 101 orang ahli Urus setia mesyuarat: Suhana binti Ismail Setiausaha Koperasi


9 1.0 PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Puan Hamidah binti Abd Latif selaku Pengerusi Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas Ampang Berhad kali ke-28 mengalu-alukan kehadiran semua anggota koperasi. Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas Ampang Berhad kali ke-28 ini dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab. Makluman 1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Lembaga Koperasi (ALK) 2021/2022 yang telah menjalankan tugas dengan baik. Makluman 2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-27 2.1 Cikgu Md Ismail bin Md Alias mencadangkan agar minit Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SMKTK Ampang Berhad kali ke-27 diterima. Minit Mesyuarat Agung Koperasi SMKTK Ampang Berhad tersebut diterima dan disokong sebulat suara. 3.0 PERKARA BERBANGKIT Tiada 4.0 MENIMBANG LAPORAN-LAPORAN LEMBAGA DAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN 4.1 Puan Suhana binti Ismail selaku Setiausaha Koperasi membentang Laporan Lembaga Koperasi dengan melaporkan pelbagai aktiviti koperasi sekolah sepanjang tahun kewangan yang bermula 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021. 4.2 Puan Faridah binti Mohamed Bari selaku Juruaudit Dalaman membentangkan Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman. Ringkasan penemuan bagi pengauditan yang telah dibuat ialah: i. Semua tindakan yang diambil atau dijalankan adalah berpandu kepada Peraturan Undang-undang Kecil Koperasi Sekolah. ii. Segala perbelanjaan dan tanggungan koperasi adalah berdasarkan dokumen-dokumen yang diserahkan. iii.Kedudukan aset-aset dan liabiliti-liabiliti koperasi setakat ini adalah munasabah berdasarkan dokumen-dokumen yang diserahkan. iv.Aktiviti koperasi telah dijalankan mengikut ketetapan yang telah diputuskan dalam mesyuarat ALK dan Mesyuarat Agung Tahunan. v. Segala penemuan dan kelemahan yang melibatkan aspek kewangan dan aktiviti jualan kedai koperasi telah diambil tindakan dan akan diberi perhatian dari semasa ke seamasa. Makluman


10 5.0 MENIMBANG DAN MELULUSKAN AKAUN TERAUDIT BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2021 DAN CADANGAN PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN 5.1 Puan Nurul Afidah binti Jamil selaku Bendahari Koperasi membentangkan Penyata Kewangan seperti pada Lampiran 1 dan Lampiran 2. 5.2 Pengerusi menerangkan perbandingan keuntungan bersih bagi tahun 2020 dengan 2021 dan juga Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 2021. Dirujuk kepada akaun untung rugi bagi Pendapatan Am sebanyak RM27 366.28 bagi tahun 2020 adalah penyelarasan. Koperasi membuat pelarasan bagi akaun-akaun yang tidak selaras bagi tahun-tahun berakhir sebelum tahun 2020. Apabila diselaraskan diharapkan selepas tahun 2021 akaun menjadi stabil. Makluman 5.3 Akaun Pembahagian Keuntungan i. Akaun Pembahagian Keuntungan memperuntukkan: ii . Dividen dicadangkan (20%) iii. Honorarium Anggota Lembaga dicadangkan: RM1000.00 Baki keuntungan yang belum dibahagi-bahagikan adalah sebanyak: RM4285.15 Keuntungan terkumpul pada akhir tahun 2021 adalah sebanyak: RM185,655.37 Makluman 5.4 Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2021 Bendahari memaklumkan: Aset Semasa : RM 263,674.23 Liabiliti Semasa : RM 262,624.48 Dibiayai oleh : RM 244,077.68 5.5 Encik Md Ismail bin Md Alias mencadangkan penyata kewangan diterima dan disokong sebulat suara. Makluman 6.0 MENIMBANG DAN MELULUSKAN BELANJAWAN BAGI TAHUN 2022/2023 6.1 Bendahari membentangkan Belanjawan Tunai bagi tahun 2022/2023. Rujuk Lampiran 3. Makluman


11 7.0 MELULUSKAN ELAUN-ELAUN TERMASUK HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI 7.1 Dividen yang dicadangkan adalah sebanyak 20% berdasarkan untung bersih bagi tahun 2021 bermula 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021. 7.2 Honorarium ALK adalah sebanyak RM1000.00. 7.3 Cadangan tersebut diterima dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat. Tindakan: Bendahari 8.0 MELULUSKAN FIRMA AUDIT KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KOSAS AMPANG BERHAD 8.1 Bendahari memaklumkan akaun koperasi akan diaudit oleh Firma Audit luar iaitu Haji Zaid and Associate dengan bayaran RM1200.00. Makluman 8.2 Encik Letchumanan a/l Kandasamy mencadangkan agar koperasi melantik firma audit luar dan ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara. Tindakan: Bendahari 9.0 MEMILIH ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI (ALK) DAN JURUAUDIT DALAMAN 9.1 Pengerusi mencadangkan agar senarai ALK 2022/2023 dikekalkan. Semua ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara. 9.2 ALK bagi sesi 2022/2023 yang dikekalkan adalah seperti berikut: i. Raden Sherina Adilah binti Mohammad Aziz (5 ALFA) ii. Lydya Putri Elyana binti Holan (4 BETA ) iii. Farzana Alya Irdiena binti Mohd Faizal (5 BETA) iv. Damia binti Rohaizal Husaini (4 ALFA ) v. Muhammad Hazim bin Muhammad (5 BETA) vi. Ar-Rizki bin Aboo Bakar (3 CENDEKIA) Makluman 9.3 Raden Sherina Adilah binti Mohammad Aziz dari kelas 5 ALFA dicadangkan oleh Puan Ruhaida binti Yahaya untuk menjadi Juruaudit Dalaman Murid dan cadangan ini dipersetujui sebulat suara. Makluman 9.4 ALK baharu yang dilantik adalah seperti berikut: i. En. Muhammad Riduan bin Zambri ii. Puan Wan Wan Fatimah Jawahir binti Wan Razali Makluman


12 10.0 MENDENGAR, MENIMBANG DAN MEMUTUSKAN USUL DAN CADANGAN 10.1 Pengerusi membacakan tiga usul yang telah dikemukan oleh tiga orang guru yang juga ahli koperasi sekolah. i. Usul dari Encik Diannudin bin Othman berkaitan elaun kehadiran diberi kepada ahli yang menghadiri Mesyuarat Agung Koperasi, Pengerusi menerima dan meluluskan usul tersebut tapi bukan memberi tunai RM10, koperasi bersetuju memberi baucer tunai RM10.00 untuk ahli-ahli yang hadir Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi dan baucer tersebut boleh digunakan untuk berbelanja di koperasi sahaja. Makluman ii. Encik Dianuddin bin Othman juga mencadangkan agar koperasi menambah saham koperasi di Bank Rakyat, pengerusi menerima usul ini dan akan bertanyakan dengan Bank Rakyat pada masa akan datang. Makluman iii. Encik Dianuddin bin Othman mencadangkan juga agar koperasi membuka akaun simpanan emas di bank-bank atau institusi yang lain. Pengerusi memaklumkan bahawa kita kena berhati-hati dalam keadaan ekonomi yang tidak berapa baik pada masa sekarang. Usul tersebut diterima tetapi belum sesuai dilaksanakan buat masa ini. Makluman iv. Puan Noriza binti Salim mengemukakan usul bagi meminta koperasi menambah barang jualan berlogo sekolah. Menurut pengerusi cadangan ini bagus, tetapi koperasi banyak stok beku seperti tshirt lama, fail lama, buku nota dan beg kertas. Jadi buat masa ini koperasi belum bercadang untuk menambah barang jenama atau berlogo koperasi, akan dipertimbangkan di masa akan datang. Makluman v. Puan Noriza binti Salim juga mencadangkan agar lebih banyak barang makanan seperti roti dan pau dijual di koperasi sekolah. Walau bagaimanapun pengerusi memaklumkan bahawa koperasi mesti ada perbincangan dengan pihak kantin kerana kantin sudahpun menjual roti. Koperasi juga sudah ada banyak stok produk sejuk beku. Kalau koperasi hendak jual pau mestilah secara ‘consignment’, koperasi ambil dan jual dan jika tidak habis pau itu, pembekal ambil semula kerana koperasi tidak simpan stok dan koperasi tidak mahu menanggung rugi jika barang makanan itu tidak habis. Makluman vi. Usul terakhir adalah daripada Puan Baljeet, iaitu menyediakan minuman yougurt dan vitagen. Pengerusi memaklumkan minuman yogurt telah ada dijual di koperasi sekolah. Makluman


11.0 HAL-HAL LAIN 11.1 Guru-guru yang menghadiri MAT Koperasi kali ke-28 ini jangan lupa dapatkan baucer tunai sebanyak RM10.00 dan boleh berbelanja di koperasi. ALK perlu menyediakan buku senarai guru yang hadir mesyuarat ini untuk menebus baucer tunai di koperasi sekolah. Tindakan: Semua ALK 11.2 Pengerusi menawarkan kepada semua ahli yang hadir mesyuarat ini untuk membeli satu tab aiskrim yang boleh dimakan sebanyak 60 kon aiskrim dengan harga RM35.00 sahaja, tawaran ini hanya untuk ahli dan tidak dijual kepada orang luar. Makluman 1.2 PENUTUP 12.1 Pengerusi Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas Ampang Berhad iaitu Puan Hamidah binti Abd Latif menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas Ampang Berhad bagi kali ke-28 pada pukul 2.59 petang. Urus Setia SUHANA BINTI ISMAIL Setiausaha Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas Ampang Berhad Tarikh: 3 Oktober 2022 13


M/S PARA PERKARA UNIT/ PANITIA TINDAKAN/ PERKEMBANGAN /ULASAN 3 7 7.1 Dividen yang dicadangkan adalah sebanyak 20% berdasarkan untung bersih bagi tahun 2021 bermula 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021. Bendahari Telah selesai diagihkan 3 7 7.2 Honorarium ALK adalah sebanyak RM1000.00. Bendahari Telah selesai diagihkan 4 8 8.2 Encik Letchumanan a/l Kandasamy mencadangkan agar koperasi melantik firma audit luar dan ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara. Bendahari Telah dilaksanakan 5 11 11.1 Guru-guru yang menghadiri MAT Koperasi kali ke-28 ini jangan lupa dapatkan baucer tunai sebanyak RM10.00 dan boleh berbelanja di koperasi. ALK perlu menyediakan buku senarai guru yang hadir mesyuarat ini untuk menebus baucer tunai di koperasi sekolah. Semua ALK Telah dilaksanakan 14 BORANG MAKLUM BALAS MESYUARAT PERKARA: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI SMK TAMAN KOSAS AMPANG BHD KALI KE-28 TARIKH: 28 SEPTEMBER 2022 TEMPAT: BILIK WAWASAN DAN PELANTAR GOOGLE MEET SMK TAMAN KOSAS 68000 AMPANG SELANGOR Disediakan oleh: SUHANA BINTI ISMAIL Setiausaha Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas Ampang Berhad


15 KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KOSAS AMPANG BERHAD KE-28 TARIKH : 28 SEPTEMBER 2022 (RABU) MASA: 1.10- 2.29 PETANG SENARAI NAMA KEHADIRAN MELALUI PELANTAR GOOGLE MEET No Full Name First Seen 1 ALYAA NADIAH BINTI MOHAMED KPM-Guru 28/09/2022 1:36 2 Ayu Ramli 28/09/2022 1:25 3 CHEE YUEN NEE KPM-Guru 28/09/2022 1:24 4 DIANUDDIN BIN OTHMAN KPM-Guru 28/09/2022 1:38 5 HAFIZAH BINTI NORDIN KPM-Guru 28/09/2022 1:21 6 HAJAR NABIHAH BT MOHD SALEH KPM-Guru 28/09/2022 1:12 7 Hafizah Wardi 28/09/2022 1:14 8 Hazirah Abdul Razak 28/09/2022 2:29 9 HjDian Dian 28/09/2022 2:32 10 KAVITHA A/P SELVANATHAN KPM-Guru 28/09/2022 1:26 11 LIYANA BINTI JAMIL KPM-Guru 28/09/2022 1:19 12 LUF NORSAIFUL 28/09/2022 1:48 13 MEDINATUL ZAHRAH BINTI MOHAMAD HADZI KPM-Guru 28/09/2022 1:33 14 MOHAMAD NORZAIRIE BIN ORI KPM-Guru 28/09/2022 1:42 15 NARAIDA BINTI BAHARUDIN KPM-Guru 28/09/2022 1:12


17 No Full Name First Seen 16 NOORNAZILA BINTI MOHD SAMIUN KPM-Guru 28/09/2022 1:17 17 NOR ASUWARNI BINTI MOHAMED IKRAMULLAH KPM-Guru 28/09/2022 1:23 18 NOREHA ZULAIKHA BINTI ABD HALIM KPM-Guru 28/09/2022 1:27 19 NORIZAN BINTI AHMAD KPM-Guru 28/09/2022 1:42 20 NORSHAZIRA BINTI ROSWIRA KPM-Guru 28/09/2022 2:32 21 NORZIHANA BINTI ISMAIL KPM-Guru 28/09/2022 2:29 22 NUR AYUNI AINI BINTI ROSLAN KPM-Guru 28/09/2022 1:18 23 NUR FARAHIN BINTI NAS RODIN KPM-Guru 28/09/2022 1:17 24 NUR HIDAYAH BINTI CHE KAR KPM-Guru 28/09/2022 1:33 25 NURHAFIZAH BINTI YUNUS KPM-Guru 28/09/2022 1:14 26 NURSYAZWANI BINTI SHAFFIE KPM-Guru 28/09/2022 1:46 27 NURUL AFIDAH BINTI JAMIL KPM-Guru 28/09/2022 1:18 28 NURUL HIDAYAH BINTI ZAINAL KPM-Guru 28/09/2022 1:23 29 Norazlina ibrahim 28/09/2022 1:26 30 ROSLEENA BINTI AHMAD KPM-Guru 28/09/2022 1:15 31 RUHAIDA BINTI RUMIDI KPM-Guru 28/09/2022 1:18 32 RUHAIDA BINTI YAHAYA KPM-Guru 28/09/2022 1:53 33 SITI FARIHAN BINTI MOHAMAD HUSSIN KPM-Guru 28/09/2022 2:27 16


No Full Name First Seen 34 SUHANA BINTI MOHAMMAD ISMAIL KPM-Guru 28/09/2022 1:16 35 SURYANTY BINTI ALIAS KPM-Guru 28/09/2022 1:22 36 Sabri Cr7 28/09/2022 1:28 37 Sia Su Tin 28/09/2022 1:35 38 Siti Mariam 28/09/2022 1:31 39 Siti sahara89 28/09/2022 1:21 40 Tun Nila Utama 28/09/2022 2:08 41 UMMU HANI BINTI MOHD RAZI KPM-Guru 28/09/2022 2:03 42 WAN MUHAMAD ALIF BIN WAN MOHAR KPM-Guru 28/09/2022 1:32 43 WAN NURUL FATIHAH BINTI WAN HASSAN KPM-Guru 28/09/2022 1:25 44 ZALEHA BINTI IBRAHIM KPM-Guru 28/09/2022 1:59 45 ZARILA BINTI SUDIN KPM-Guru 28/09/2022 2:07 46 ZURAIDAH BINTI WAHAB KPM-Guru 28/09/2022 1:48 47 are u 28/09/2022 1:27 48 ezal sharif 28/09/2022 1:54 49 hafizah nordin 28/09/2022 1:19 50 hanita hussein 28/09/2022 2:12 17


18 No Full Name First Seen 51 lim siok foong 28/09/2022 1:10 52 nor hani 28/09/2022 1:37 53 raja segar 28/09/2022 2:01


19 KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KOSAS AMPANG BERHAD KE-28 TARIKH : 28 SEPTEMBER 2022 (RABU) MASA: 1.10- 2.29 PETANG SENARAI KEHADIRAN DI BILIK WAWASAN


20


21


BIL NAMA JAWATAN 1 PN HAMIDAH BINTI ABD LATIF PENGERUSI 2 EN AHMAD AMZAN BIN ISHAK NAIB PENGERUSI 3 PN SUHANA BINTI ISMAIL SETIAUSAHA 4 PN NURUL AFIDAH BINTI JAMIL BENDAHARI 5 PN RUHAIDA BINTI YAHAYA PENGURUS 6 PN NOORAZLINA BINTI ABDUL AZID@AZIZ PENGURUS BELIAN 7 EN MOHD FARID BIN ISA PENGURUS JUALAN 8 PN FARIDAH BINTI MOHAMED BARI JURUAUDIT DALAMAN 9 PN WAN FATIMAH JAWAHIR BINTI WAN RAZALI JURUAUDIT DALAMAN 10 MUHAMMAD HAZIM BIN MUHAMMAD ALK MURID 11 LYDIA PUTRI ELYANA BINTI HOLAN ALK MURID 12 AR-RIZKI BIN ABOO BAKAR ALK MURID 13 FARZANA ALYA IRDIENA BINTI MOHD FAIZAL ALK MURID 14 DAMIA BINTI ROHAIZAL HUSAINI ALK MURID 15 NORAMIEERAH SHAFIEQA BINTI AZMAN ALK MURID 16 NUR ZAHIRAH MUNIRAH HANI BINTI ABDULLAH ALK MURID 17 NOOR AZREEN BINTI MOHD AZRI ALK MURID 18 RADEN SHERINA ADILAH BINTI MOHAMMAD AZIZ JURUAUDIT DALAMAN MURID 22 SENARAI ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI DAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN SESI 2022/2023


BIL NAMA JAWATAN 1 PN HAMIDAH BINTI OSMAN PENGERUSI 2 EN AHMAD AMZAN BIN ISHAK  NAIB PENGERUSI 3 PN SUHANA BINTI ISMAIL  SETIAUSAHA 4 PN NURUL AFIDAH BINTI JAMIL  BENDAHARI 5 PN RUHAIDA BINTI YAHAYA  PENGURUS 6 PN NOORAZLINA BINTI ABDUL AZID@AZIZ PENGURUS BELIAN 7 EN MOHD FARID BIN ISA  PENGURUS JUALAN 8 PN FARIDAH BINTI MOHAMED BARI  JURUAUDIT DALAMAN 9 PN WAN FATIMAH JAWAHIR BINTI WAN RAZALI  JURUAUDIT DALAMAN 10  NIK MUHAMMAD ZAHRAN BIN SAFRIE ALK MURID 11  LYDIA PUTRI ELYANA BINTI HOLAN  ALK MURID 12  DAMIA BINTI ROHAIZAL HUSAINI ALK MURID 13  NOOR AZREEN BINTI MOHD AZRI ALK MURID 14  SITI ZULAIKHA BATRISYIA BINTI ZULFAN ALK MURID 15  ELIZEBERTH LENYA ANAK THOMAS ALK MURID 16 HERRALE SASIKUMAR ALK MURID 17 MUHAMMAD SYAZWAN TASNIM BIN MOHD SHUKRI ALK MURID 18  NURUL HUDA BINTI MARZUKI JURUAUDIT DALAMAN MURID 23 SENARAI ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI DAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN SESI 2023/2024


LAPORAN KEWANGAN KOPERASI SMK TAMAN KOSAS AMPANG BERHAD BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022


24


25


26


27


28


29


30


31


32


33


34


35


36


SEKIAN TERIMA KASIH.


Click to View FlipBook Version