The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU MAT KOPERASI SMKTKAB KALI KE 28 PDF

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anasuhana9, 2022-09-03 10:45:58

BUKU MAT KOPERASI SMKTKAB KALI KE-28

BUKU MAT KOPERASI SMKTKAB KALI KE 28 PDF

ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
BIL ELEMEN/PERKARA
1
1 VISI KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN
KOSAS AMPANG BERHAD (KSMKTKAB) 2
3
2 NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KOSAS AMPANG BERHAD KALI 4
KE-28 5
8
3 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 9-16
KSMKTKAB KALI KE-28 -

4 KATA-KATA ALUAN PENGERUSI KOPERASI -

5 LAPORAN LEMBAGA KOPERASI (KSMKTKAB) 17

6 LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN 18

7 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-27 (KSMKTKAB)

8 BORANG MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
KALI KE-27 KSMKTKAB

9 KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-27
KSMKTKAB

10 SENARAI ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI DAN JAWATANKUASA
AUDIT DALAMAN SESI 2021/2022

11 SENARAI ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI DAN JAWATANKUASA
AUDIT DALAMAN SESI 2022/2023

VISI

KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KOSAS
AMPANG BERHAD

 MENERAJUI PROGRAM PEMBANGUNAN KERAJAAN MELALUI
PROGRAM PENDIDIKAN KOPERASI DI SEKOLAH.

 MENANAM KESEDARAN BERKOPERASI DALAM KALANGAN
GURU DAN PELAJAR.

 MEMBINA SIKAP AMANAH, BERTANGGUNGJAWAB,
BERDISIPLIN DAN SETIAKAWAN.

 MENINGKATKAN PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN
KETRAMPILAN BERKOPERASI KEPADA PELAJAR.

 MEMBENTUK DAN MENGEMBANGKAN SEMANGAT
KEUSAHAWANAN DALAM DIRI PELAJAR.

1

KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KOSAS AMPANG BERHAD
D/A SMK Taman Kosas, Jalan Kosas 2/2, Taman Kosas,
68000 Ampang, Selangor

_____________________________________________________________________________________

Rujukan Kami : SMKTK.200-4/2/3 ( )

Tarikh : 1 SEPTEMBER 2022

Kepada,
Semua Ahli Koperasi
SMK Taman Kosas Ampang Berhad

Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN TAMAN KOSAS AMPANG BERHAD KALI KE-28

Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa mesyuarat berkenaan akan diadakan pada ketetapan
berikut:

Tarikh : 28 SEPTEMBER 2022 (RABU)
Masa : 1.10 PETANG
Tempat : BILIK WAWASAN & PELANTAR GOOGLE MEET

2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
2.1 Ucapan Pengerusi
2.2 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung kali ke-27
2.3 Menimbang laporan-laporan Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman
2.4 Menimbang dan meluluskan akaun teraudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2021
dan cadangan pembahagian keuntungan dan Laporan Juruaudit Luar
2.5 Menimbang dan meluluskan Belanjawan bagi tahun 2022/2023
2.6 Meluluskan elaun-elaun termasuk honorarium kepada Anggota Lembaga Koperasi
2.7 Meluluskan firma audit Koperasi SMK Taman Kosas Berhad
2.8 Memilih Anggota Lembaga Koperasi ( pelajar ) dan Juruaudit Dalaman (pelajar)
2.9 Mendengar, menimbang dan memutuskan usul dan cadangan
2.10 Hal-hal lain

3. Dengan segala hormatnya tuan/puan dijemput menghadiri mesyuarat berkenaan.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

(SUHANA BINTI ISMAIL)
Setiausaha
Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas Ampang Berhad

2

KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KOSAS AMPANG BERHAD
D/A SMK TAMAN KOSAS, 68000 AMPANG SELANGOR

JAWATAN KUASA PELAKSANA
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN

KOSAS AMPANG BERHAD KALI KE-28

PENGERUSI : PN. HAMIDAH BINTI ABD LATIF

NAIB PENGERUSI : ENCIK AHMAD AMZAN BIN ISHAK

SETIAUSAHA : PN. SUHANA BINTI ISMAIL

BENDAHARI : PN. NURUL AFIDAH BINTI JAMIL

AJK TELESIDANG : ENCIK MOHD FARID BIN ISA

AJK SIARAYA : ENCIK MUHAMMAD RIDUAN BIN ZAMBRI

AJK PENDAFTARAN : PN. NOORAZLINA BINTI ABDUL AZIZ@AZID

AJK BUKU MESYUARAT : PN. SUHANA BINTI ISMAIL

AJK DOKUMENTASI : PN. WAN FATIMAH JAWAHIR BINTI WAN RAZALI

3

KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KOSAS AMPANG BERHAD
D/A SMK TAMAN KOSAS, 68000 AMPANG SELANGOR

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI KOPERASI
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Kepada semua anggota Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas Ampang Berhad,
Terlebih dahulu saya memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya kita
berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-28 selaras dengan peruntukan Undang-undang
Kecil Koperasi Sekolah.
Setinggi-tinggi penghargaan saya panjangkan kepada pengurusan koperasi dan juga para petugas
koperasi yang bertungkus lumus tanpa mengharapkan sebarang ganjaran dalam memastikan aktiviti
koperasi berjalan dengan baik dan secara tidak langsung menjana keuntungan . Segala hasil dikongsi
bersama atas nama kebajikan kepada seluruh warga sekolah.
Saya yakin dengan barisan Anggota Lembaga Koperasi yang ada pada hari ini, sentiasa komited dan
berwawasan dengan segala aktiviti yang dirancang serta mampu melaksanakannya dan memberi
pulangan yang positif. Justeru, bagi memastikan kemajuan dan kejayaan koperasi berkesinambungan,
sokongan daripada semua anggota amat diharapkan.
Akhir sekali, saya bagi pihak Anggota Lembaga Koperasi mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua anggota dan pihak yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung dengan pengurusan Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas
Ampang Berhad ini, terutamanya Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Biro Perkhidmatan
ANGKASA, Anggota Lembaga Koperasi, petugas-petugas koperasi, anggota-anggota koperasi dan
syarikat-syarikat yang berurusan dengan koperasi ini.

Sekian, terima kasih.

…………………………………..
( HAMIDAH BINTI ABD LATIF )
Pengerusi
Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan
Taman Kosas Ampang Berhad

4

KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KOSAS AMPANG BERHAD
D/A SMK TAMAN KOSAS, 68000 AMPANG SELANGOR

LAPORAN LEMBAGA KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
TAMAN KOSAS AMPANG BERHAD (KSMKTKAB)

LATAR BELAKANG

Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas Ampang Berhad telah beroperasi mulai tahun
1993. Tahun kewangan koperasi bermula 1 Januari hingga 31 Disember setiap tahun berkenaan. Dalam
Mesyuarat Agung kali ke-28 ini , kita akan menimbangkan segala aktiviti, laporan serta akaun teraudit
koperasi yang bermula dari 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021.

KEANGGOTAAN

Pelbagai usaha telah dijalankan untuk menarik minat lebih ramai warga SMKTK untuk menjadi anggota
KSMKTKAB, antaranya mengadakan taklimat memperkenalkan koperasi kepada pelajar baharu
Tingkatan Satu. Risalah dan borang keahlian juga telah diedarkan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar.
Beberapa penambahbaikan pengurusan koperasi juga telah dijalankan untuk menarik minat keanggotaan
koperasi. Sehingga 31 Disember 2021 bilangan ahli adalah seramai 1308 orang.

AKTIVITI-AKTIVITI KOPERASI TAHUN 2021

Tahun 2021 adalah tahun yang agak mencabar kerana negara masih lagi bergelut dengan pandemik
Covid-19 dan juga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disambung sejak tahun 2020.
Pada tahun 2021, PKP bermula sejak 1 Januari hingga 31 Mac 2021. Pada 20 Januari 2021 hanya calon
SPM 2020 sahaja dibenarkan hadir belajar secara bersemuka di sekolah dengan SOP yang ketat
berikutan mereka akan menduduki peperiksaan SPM bermula dari 20 Februari hingga 25 Mac 2021.
Semua murid sekolah menengah mula kembali ke sekolah dan menjalani PdP secara bersemuka bermula
dari 5 April 2021.

Walau bagaimanapun akibat jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat dari hari ke hari dan ada juga
melibatkan murid sekolah, PdPr dijalankan semula selepas cuti Hari Raya Aidilfitri bermula dari 11 Mei
2021 sehingga cuti penggal persekolahan yang berakhir pada 13 Jun 2021. Selepas cuti penggal itu,
PdPr masih diteruskan selama 25 hari sehingga cuti penggal seterusnya yang bermula pada 17 Julai
2021. Sesi persekolahan secara bersemuka dan penggiliran PdPr diteruskan mengikut Fasa Pelan
Pemulihan Negara (PPN) hingga bulan Disember 2021.

Meskipun dengan kekangan PKP, PdPr dan penggiliran belajar secara bersemuka, jualan tetap diteruskan
oleh pihak koperasi. Oleh yang demikian, saya selaku Setiausaha Koperasi Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Kosas Ampang Berhad ingin melaporkan segala aktiviti yang dijalankan pada tahun
kewangan bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2021. Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan
Taman Kosas Ampang Berhad telah menjalankan beberapa aktiviti seperti berikut:

5

Aktiviti:
i) Kedai koperasi menjual pelbagai keperluan warga sekolah. Urus niaga dijalankan oleh
guru koperasi yang ada kelapangan dan mengikut jadual bertugas guru yang telah
ditetapkan kerana ALK murid belum mula bertugas kerana kekangan pandemik Covid-19.
ii) Oleh kerana PKP dan PdPr yang berlarutan, pihak koperasi telah mengambil tempahan
bagi setiap jualan dengan menggunakan ‘google form’ dan setelah tempahan sampai,
guru-guru dan staf yang menempah boleh datang ke koperasi sekolah untuk mendapatkan
barangan mereka.
iii) Jualan produk Malga yang terdiri daripada air minuman botani dan Spray Malga MF30.
iv) Jualan makanan sejuk beku seperti karipap, lokcing, pekasam, keropok lekor, dimsum,
pau, cekodok pisang, ayam perap, kambing perap, ikan patin tempoyak, sambal kentang,
lava cheese, chees tart dan durian crepe.
v) Snek harian seperti popia simpul dan karipap mini.
vi) Jualan sarapan seperti sandwich.
vii) Jualan juadah berbuka puasa seperti serunding ayam dan daging, sambal ikan bilis dan
laichikang.
viii) Jualan pokok bunga hiasan menjelang hari raya.
ix) Jualan pelbagai kuih raya seperti maruku, tart nenas, tempeyek, kuih goyang, kek lapis
dan biskut kacang.
x) Jualan juadah hari raya seperti lemang dan rendang.
xi) Jualan emas.
xii) Jualan sayur-sayuran dan buah-buahan seperti sayur sawi, belimbing buluh, nangka madu
dan nanas.
xiii) Jualan madu kelulut dan acar buah.
xiv) Jualan sambal geprek.
xv) Jualan barangan penjagaan muka.
xvi) Jualan bahan mentah siap kisar seperti bawang merah, bawang putih dan halia.
xvii) Membuat promosi jualan penghabisan stok semasa Hari Koperasi Peringkat Sekolah pada
bulan Oktober 2021.
xviii) Aktiviti gotong-royong membersih dan menceriakan koperasi pada bulan November
2021.

Tajaan dan sumbangan RM 450.00
RM 8000.00
i. Sumbangan banjir RM 302.22
ii. Pembangunan Sekolah
iii. Sumbangan pembukaan sekolah

6

PENUTUP
Anggota Lembaga Koperasi yang memikul amanah telah sedaya upaya cuba meningkatkan prestasi dari
semasa ke semasa dengan terus mencari peluang dan ruang perniagaan bagi menjana keuntungan dan
memastikan pelaburan ahli mendapat ganjaran sewajarnya. Anggota koperasi juga diharapkan dapat
terus memberi sokongan dan juga buah fikiran bagi memajukan lagi koperasi untuk masa hadapan.
Akhir sekali saya bagi pihak koperasi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua anggota koperasi
yang sentiasa memberi sokongan. Terima kasih juga kepada Suruhanjaya Koperasi (SKM) dan pihak
ANGKASA yang sentiasa memberi input-input yang berguna dalam membantu melancarkan perjalanan
dan pengurusan koperasi.

Sekian, terima kasih.

……………………………….
(SUHANA BINTI ISMAIL)
Setiausaha
Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan
Taman Kosas Ampang Berhad

7

KOPERASI SEKOLAH MENEGAH KEBANGSAAN TAMAN KOSAS AMPANG BERHAD
D/A SMK TAMAN KOSAS, 68000 AMPANG SELANGOR

LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN (JAD)
Pengerusi dan Anggota Lembaga
Koperasi Sek.Men.Keb Taman Kosas Berhad,

Tuan,

LAPORAN JAD UNTUK LAPORAN TAHUNAN KSMKTKB
Bahawa kami anggota Jawatankuasa Audit Dalaman KSMKTKB yang dilantik mengikut Undang-
undang Kecil 34 (1) (h) mengemukakan laporan kami hasil dari pengauditan dalaman yang telah dibuat.

Laporan yang dibuat adalah berasaskan kepada hasil pengauditan terhadap hal ehwal kewangan,
pengurusan koperasi, dan aktiviti-aktiviti koperasi pada tahun 2021.

2. Berikut adalah dibentangkan ringkasan penemuan bagi pengauditan yang telah dijalankan:

2.1 Semua tindakan yang diambil atau dijalankan adalah berpandu kepada
Peraturan Undang-undang Kecil Koperasi Sekolah.

2.2 Segala perbelanjaan dan tanggungan koperasi adalah berpatutan berdasarkan
dokumen-dokumen yang diserahkan.

2.3 Kedudukan aset-aset dan liabiliti-liabiliti koperasi setakat ini adalah munasabah
berdasarkan dokumen-dokumen yang diserahkan.

2.4 Aktiviti koperasi telah dijalankan mengikut ketetapan yang telah diputuskan dalam
mesyuarat ALK dan Mesyuarat Agung Tahunan.

2.5 Segala penemuan dan kelemahan yang melibatkan aspek kewangan dan aktiviti
jualan kedai koperasi telah diambil tindakan dan akan diberi perhatian dari semasa
ke semasa.

Sekian, terima kasih

………………………………….
FARIDAH BINTI MOHAMED BARI
Juruaudit Dalaman
Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Berhad

8

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-27
KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KOSAS AMPANG

BERHAD ,68000 AMPANG SELANGOR DARUL EHSAN

Tarikh : 25 Ogos 2021 (Rabu)
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Rumah masing-masing (Pelantar Google meet)

KEHADIRAN

ALK GURU:
1. Pn Hamidah binti Abd Latif (Pengerusi mesyuarat)
2. Cik Noor Alydza binti Ramlan
3. Pn. Ruhaida binti Yahaya
4. Pn Faridah binti Bari
5. Pn. Nor Akmar binti Shah
6. Pn Nurul Afidah binti Jamil
7. Pn Noorazlina binti Azid@Aziz
8. En Mohd Farid bin Isa
9. Pn Suhana binti Ismail

Turut hadir 95 orang anggota koperasi.

AGENDA

1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Puan Hamidah binti Abd Latif selaku Pengerusi Mesyuarat Agung Koperasi Sekolah
Menengah Kebangsaan Taman Kosas Ampang Berhad kali ke-27 mengucapkan terima kasih
dan mengalu-alukan kehadiran semua anggota koperasi. Beliau memulakan majlis dengan
bacaan Ummul Kitab.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Lembaga Koperasi (ALK) tahun
2020/2021 yang telah menjalankan tugas dengan baik.
Makluman

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI
KE-26
Cikgu Dianuddin bin Othman mencadangkan agar minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-26
diterima. Minit mesyuarat tersebut disahkan dan disokong sebulat suara.
Makluman

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada

9

Makluman
4.0 MENIMBANG LAPORAN-LAPORAN LEMBAGA DAN JAWATANKUASA AUDIT

DALAMAN
4.1 Puan Suhana binti Ismail selaku Setiausaha Koperasi membentang Laporan Lembaga

Koperasi dengan melaporkan pelbagai aktiviti koperasi sepanjang tahun kewangan yang
bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2020.
4.2 Puan Nor Akmar binti Shah selaku Juruaudit Dalaman membentangkan laporan
Jawatankuasa Audit Dalaman. Ringkasan penemuan bagi pengauditan yang telah dibuat
ialah:
i. Semua tindakan yang diambil atau dijalankan adalah berpandu kepada Peraturan Undang-
Undang Kecil Koperasi Sekolah.
ii. Segala perbelanjaan dan tanggungan koperasi adalah berpatutan berdasarkan dokumen-
dokumen yang telah diserahkan.
iii. Kedudukan aset-aset dan liabiliti koperasi setakat ini adalah munasabah berdasarkan
dokumen-dokumen yang telah diserahkan.
iv. Segala penemuan dan kelemahan telah diambil tindakan dari semasa ke semasa.

Makluman

5.0 MENIMBANG DAN MELULUSKAN AKAUN TERAUDIT BAGI TAHUN BERAKHIR 31
DISEMBER 2020 DAN CADANGAN PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN
5.1 Pn. Faridah binti Mohamed Bari selaku Bendahari Koperasi membentangkan Penyata
Kewangan seperti pada Lampiran 1 . Terdapat beberapa perkara dijelaskan iaitu:

5.1.1 Akaun Perdagangan Pemborongan/Peruncitan
i. Puan Faridah mulakan laporan dengan membentangkan Akaun Perdagangan bagi

tahun berakhir 31 Disember 2020. Di sini menunjukkan tentang hasil aktiviti utama
koperasi sepanjang tahun 2020 iaitu jualan koperasi sebanyak RM65 397.00. Jumlah
berikut memang jauh berbeza dan lebih rendah berbanding pada tahun 2019 iaitu
jualan sebanyak RM160 923.00, ini adalah disebabkan pendemik Covid-19 yang
berlaku sejak akhir tahun 2019 dan membawa kepada Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) bermula bulan Mac 2020 yang menyebabkan jualan koperasi agak kurang.
ii. Inventori awal koperasi adalah daripada inventori akhir tahun 2019. Menurut Puan
Faridah terdapat perbezaan yang agak besar kerana beliau terkurang nilai inventori
akhir dalam draf akaun. Data ini diperolehi apabila pihak SKM membuat semakan
tentang inventori akhir iaitu yang melibatkan stok T-shirt sukan sekolah.
iii. Sepanjang tahun 2020, koperasi tidak merekodkan ambilan, jadi kos jualan adalah
kecil iaitu sebanyak RM22 421.62 dan untung kasar agak besar menjadi RM42
975.38. Ini adalah kerana koperasi tidak banyak membeli stok baru dan hanya
menjual dan menghabiskan stok tahun 2019 sahaja.
iv. Puan Faridah menerangkan bahawa pada tahun 2020 keuntungan kasar besar kerana
koperasi ada banyak inventori, dan inventori yang paling besar ialah T-Shirt sukan
sekolah dan ini juga berdasarkan audit dari SKM melalui semua dokumen yang telah
diserahkan kepada pihak SKM.

10

Makluman

5.1.2 Akaun Untung Rugi
i. Puan Faridah menerangkan bahawa ada sedikit kesilapan pada
Pendapatan Am (Nota 17) , ini yang menjadikan untung bersih koperasi menjadi semakin
besar. Ini kerana menurut Puan Faridah pelaporan kewangan yang beliau buat agak
konservatif tapi telah dirujuk kepada juruaudit dan untuk tahun 2020 ini mereka ingin
melihat laporan kewangan yang lebih jelas dan juruaudit telah membetulkan penyata
kewangan tersebut secara terperinci.
ii. Sebelum ini deposit tetap ditolak dengan nilai Kumpulan Wang Rizab Statutori tetapi
untuk tahun 2020 juruaudit memaklumkan tidak perlu ditolak dengan nilai Kumpulan
Wang Rizab Statutori dan hanya isytiharkan nilai sebenar semua deposit tetap koperasi.
iii. Oleh itu, nilai deposit tetap yang terkurang nyata tadi dimasukkan balik iaitu RM25
765.28 dan ia bukan pendapatan, ianya adalah nilai deposit tetap yang terkurang nyata
dan juruadit masukkan ke dalam Pendapatan Am dan dibuat sedikit pelarasan untuk
mengimbangkan balik kunci kira-kira.
iv. Bagi tahun 2021, Puan Faridah mencadangkan agar bendahari yang baharu untuk
menyemak semula untung kasar dan untung bersih dan membuat pelarasan untuk
mendapat gambaran sebenar berapa untung yang normal setiap tahun.
v. Pengerusi Koperasi iaitu Puan Hamidah binti Abd Latif berharap bagi tahun 2021
koperasi boleh membuat pelarasan semula untuk memudahkan tugas ALK pada tahun
seterusnya.
vi. Menurut Puan Faridah lagi, koperasi kita memang banyak aset beku iaitu inventori
sebanyak RM53 608 dalam bentuk yang tidak terjual. Manakala aset cair iaitu wang di
bank adalah sebanyak RM113 569.61 dan wang di tangan sebanyak RM31.27. Selain itu
koperasi kita juga ada membuat pelaburan di Bank Rakyat iaitu sebanyak RM10 000.00.
vii. Penyata kewangan untuk tahun 2020 ini menurut juruadit boleh dilampirkan sahaja
untuk dibincangkan dan pengesahan adalah secara bersyarat.
viii. Puan Faridah meminta agar ahli mesyuarat mencadangkan penyata kewangan ini
diterima tetapi secara bersyarat sehingga ‘hardcopy’ diterima daripada Shah Alam.
ix. Encik Dianuddin bin Othman mencadangkan penyata kewangan diterima dan
disokong sebulat suara.

5.1.3 Pemiutang Perdagangan
i. Baki pada pemiutang perdagangan sehingga 31 Disember 2020 adalah sebanyak
RM99.20 masih belum dibayar. Pemiutang tersebut ialah pembekal tag nama murid
iaitu Liansen Fashion. Bayaran belum diselesaikan kerana terdapat tempahan tag
nama yang dibuat pada hujung tahun dan pihak pembekal memaklumkan bayaran
boleh dibuat kemudian iaitu pada tahun 2021. Pada tahun 2021 bayaran telah
dijelaskan sepenuhnya.
Makluman

11

5.1.4 Akaun Pembahagian Keuntungan

i. Akaun Pembahagian Keuntungan memperuntukkan:

Dividen dicadangkan (10%)

Honorarium ALK RM 1, 000.00

Kumpulan Wang Kebajikan Am RM 5000.00

Kumpulan Wang Derma RM 5000.00

Kumpulan Wang Khairat Kematian RM 5000.00

ii. Baki keuntungan selepas pembahagian adalah sebanyak RM40 861.69
iii. Keuntungan terkumpul pada akhir tahun 2020 adalah sebanyak RM181 370.22

Makluman

5.1.5 Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2020
i. Bendahari memaklumkan:
Aset Semasa : RM 249 423.84
Liabiliti Semasa : RM 13 287.31
Dibiayai oleh : RM 246 172.53

Makluman

5.2 Encik Dianuddin bin Othman mencadangkan penyata kewangan diterima dan disokong
sebulat suara.
Makluman

6.0 MENIMBANG DAN MELULUSKAN BELANJAWAN BAGI TAHUN 2022
6.1 Bendahari memaklumkan bahawa belanjawan telah disediakan tetapi belanjawan ini
tidak boleh diterima kerana tidak adil untuk kewangan yang seterusnya. Menurut
bendahari belanjawan mengikut trend sebelum ini dibuat adalah berdasarkan peningkatan
10% daripada untung kasar, tetapi untung kasar yang terlalu besar pada tahun 2020 adalah
agak tidak adil untuk kewangan pada tahun seterusnya menyebabkan belanjawan yang
dibuat tidak boleh diterima , jadi beliau akan melaraskan semula dan berbincang dengan
ALK yang baharu, mungkin pelarasan akan dibuat dari segi anggaran pendapatan kerana
koperasi kita mungkin tidak akan mencapai pendapatan bersih sebanyak RM52 000 untuk
tahun-tahun seterusnya atau dalam masa terdekat terutamanya pada tahun 2022.
6.2 Bendahari memaklumkan beliau akan membetulkan belanjawan tersebut dengan
membuat beberapa pelarasan terhadap pendapatan dan perbelanjaan.
Makluman

12

7.0 MELULUSKAN ELAUN-ELAUN TERMASUK HONORARIUM KEPADA ANGGOTA
LEMBAGA KOPERASI
7.1 Dividen dicadangkan adalah 10% berdasarkan untung bersih bagi tahun 2020 bermula
1 Januari sehingga 31 Disember 2020.
7.2 Pengerusi ingin meluluskan 5% lagi sebagai bonus kepada ahli koperasi yang aktif iaitu
ahli yang hadir mesyuarat agung tahunan, boleh dihubungi untuk jual beli, promosi dan
sebagainya. Bonus ini tidak dikategorikan sebagai dividen.
7.3 Bagi honorarium pula, Pengerusi berpendapat disebabkan pendemik Covid-19 dan
ALK murid tidak ada disekolah untuk membantu menjalankan tugas di koperasi, maka
untuk tahun 2020 honorarium tidak diberikan kepada ALK murid dan hanya diberikan
kepada ALK guru.
7.4 Rumusan pembahagian keuntungan diperuntukkan adalah seperti berikut:

Dividen dicadangkan (10%) RM 1, 000.00
Bonus ahli aktif (5%)
Honorarium ALK

ALK Agihan Honorarium
Pengerusi (20%) RM 200
Naib Pengerusi (18%) RM 180
Pengurus (13%) RM 130
Setiausaha (13%) RM 130
Bendahari (13%) RM 130
Timbalan bendahari (13%) RM 130
AJK (5%) RM 50
AJK (5%) RM 50

JUMLAH RM1000.00

7.5 Cadangan tersebut disokong dan diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

Tindakan: Bendahari

8.0 MELULUSKAN FIRMA AUDIT KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
TAMAN KOSAS BERHAD
8.1 Encik Dianuddin mencadangkan agar akaun koperasi diaudit oleh juruadit luar.
8.2 Bendahari memaklumkan bahawa koperasi memang pernah mengambil juruaudit luar iaitu Haji
Zaid and Associate dengan bayaran RM1000.
8.3 Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk mengambil audit luar tersebut.
Tindakan: Bendahari

13

9.0 MEMILIH ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI (ALK) DAN JURUAUDIT DALAMAN
9.1 Pengerusi mencadangkan agar senarai ALK tahun 2021/2022 dikekalkan. Semua ahli
mesyuarat bersetuju sebulat suara.
9.2 ALK bagi sesi 2021/2022 yang dikekalkan adalah seperti berikut:
i. Muhammad Iwan Danico (5 BETA)
ii. Muhammad Nur Iman bin Abdul Malik (5 DELTA)
iii. Raden Sherina Adilah binti Mohammad Aziz ( 4 ALFA)
iv. Lydia Putri Elyana binti Holan (3ARIF)
v. Farzana Alya Irdiena binti Mohd Faizal (4 BETA)
vi. Damia binti Rohaizal Husaini (3ARIF)
vii. Ahmad Firdaus Syah bin hafizal (4 DELTA)
viii. Muhammad Hazim bin Muhammad (4 BETA)
ix. Nur Zahirah Munirah Hani binti Abdullah (2 ARIF)
x. Ar-Rizki bin Aboo Bakar (2 CENDEKIA)

9.3 Seorang ALK baharu yang dipersetujui dilantik menjadi juruaudit pelajar ialah
Noramieerah Shafieqa binti Azman dari kelas 4 OMEGA.

9.4 ALK guru yang baharu dilantik adalah seperti berikut:
i. Puan Noorazlina binti Aziz@ Azid (ALK)
ii. Puan Faridah binti Mohamed Bari (ALK)

iii. Encik Mohd Farid bin Isa (ALK)

9.5 ALK guru yang dilantik akan meneruskan tugas pada tahun seterusnya.

Makluman

10.0 MENDENGAR, MENIMBANG DAN MEMUTUSKAN USUL DAN CADANGAN
10.1 Encik Dianuddin menyatakan usul tentang Undang-undang Kecil (UUK)
hendaklah diberikan kepada semua ahli koperasi dan disediakan juga UUK dalam
bentuk yang mudah dicapai seperti dalam format PDF. Cadangan ini diterima sebulat
suara.
Tindakan: Setiausaha

10.2 Pengerusi bercadang untuk meminta bantuan Encik Nurul Syahrizan mewujudkan
satu link di dalam Kosas Leading The Way (KLTW) untuk dimasukkan
maklumat berkaitan koperasi, produk, promosi jualan dan sebagainya termasuklah
Undang-undang Kecil yang boleh dirujuk oleh ahli sahaja. Cadangan ini diterima
sebulat suara.
Tindakan: Semua ALK

10.3 Encik Dianuddin juga mencadangkan agar laporan buku mesyuarat agung
diedarkan kepada ahli koperasi dan boleh diakses oleh ahli sebelum mesyuarat

14

agung selewat-lewatnya seminggu sebelum mesyuarat. Menurut Setiausaha, buku
mesyuarat pada kali ini tidak dapat diedarkan lebih awal kerana kekangan masa
untuk menyiapkannya dan cadangan ini akan dipraktikkan untuk masa hadapan.

Tindakan: Setiausaha

10.4 Encik Dianuddin mencadangkan supaya elaun kehadiran wajar diberikan kepada
ahli koperasi yang hadir mesyuarat agung walaupun cuma RM5.00. Elaun ini
boleh ditukar kepada pembelian barang di koperasi. Pengerusi berkata cadangan
ini akan dipertimbangkan.
Makluman

10.5 Disebabkan dengan norma baharu, tidak ada jamuan makan minum dalam
10.6 mesyuarat agung, pengerusi mencadangkan jika boleh kita buat penghantaran
makanan kepada ahli yang hadir. Walau bagaimanapun Encik Dianuddin
berpendapat agak sukar untuk melaksanakannya dan beliau mencadangkan
pemberian baucer kepada ahli koperasi yang hadir mesyuarat dan baucer tersebut
boleh ditebus di koperasi. Pengerusi bersetuju dengan cadangan tersebut dan
mensyaratkan agar semua ALK mempunyai senarai nama ahli yang telah datang
menebus baucer tersebut. Pengerusi mengingatkan untuk tahun hadapan baucer
hendaklah disediakan sebelum mesyuarat agung dijalankan dan cadangan ini
adalah diluluskan untuk tahun hadapan.

Tindakan: Semua ALK

Encik Dianuddin juga mencadangkan agar semua minit mesyuarat ALK
dimasukkan ke dalam Laporan Lembaga Koperasi Sekolah. Cadangan ini diterima
sebulat suara.

Tindakan: Setiausaha

10.7 Menurut Encik Dianuddin, koperasi disaran untuk memohon geran bantuan yang
disediakan oleh Surahanjaya Koperasi Malaysia ( SKM). Untuk tujuan itu
beberapa keperluan dan prasyarat koperasi dan SKM wajar dipenuhi sebelum
membuat permohonan bagi memudahkan proses permohonan tersebut.
Pengerusi bersetuju dengan cadangan ini dan meminta agar Encik Dianuddin dan
Puan Faridah boleh berbincang dengah lebih lanjut bersama bendahari baharu dan
setiausaha untuk membuat kertas kerja permohonan dan sebagainya pada masa
akan datang.
Makluman

10.8 Pengerusi memberi cadangan agar semua guru yang ingin menjadi pembekal
barangan koperasi hendaklah menjadi ahli koperasi. Cadangan ini diterima sebulat
suara.
Makluman

10.9 Puan Nor Akmar mencadangkan untuk mengaktifkan semula Facebook Koperasi

15

atau mewujudkan Facebook Koperasi yang baru kerana tidak tahu kata laluan
akaun facebook yang lama. Jualan dan promosi koperasi kita akan diiklankan
dalamfacebook tersebut. ALK yang dipertanggungjawabkan mengurus Facebook
Koperasi adalah Encik Mohd Farid bin Isa dengan kerjasama semua ALK.
Cadangan ini diterima sebulat suara.

Tindakan: Semua ALK

10.10 Pengerusi mencadangkan mulai tahun hadapan adalah ditetapkan naib pengerusi
koperasi mestilah Penolong Kanan Kokurikulum kerana koperasi terletak di
bawah kokurikulum. Selain itu ahli mesyuarat bersetuju untuk mewujudkan
jawatan baharuiaitu penyelaras koperasi bermula tahun 2021. Penyelaras Koperasi
akan berada di bawah Naib Pengerusi. Puan Nor Akmar binti Shah dilantik
sebagai Penyelaras Koperasi merangkap Juruadit dalaman koperasi.

Makluman

11.0 HAL-HAL LAIN
11.1 Koperasi sekarang ini mula menguruskan barang jualan secara pos dan bayaran
secara online sahaja berikutan pandemik Covid-19.

12.0 PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir dan
menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi bagi tahun berakhir Disember 2020.
Mesyuarat diakhiri dengan bacaan surah al-Asr dan Tasbih Kafarah yang dipimpin oleh
Encik Dianuddin.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.35 petang.
Disediakan oleh:

SUHANA BINTI ISMAIL
Setiausaha
Koperasi Sekolah Menenga Kebangsaan
Taman Kosas Ampang Berhad
Tarikh: 30 Ogos 2021

16

SMK TAMAN KOSAS,
68000, AMPANG SELANGOR

BORANG MAKLUM BALAS MESYUARAT

PERKARA: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI SMK TAMAN KOSAS AMPANG BHD KALI KE-27
TARIKH: 25 OGOS 2021
TEMPAT: RUMAH MASING-MASING (PELANTAR GOOGLE MEET)

M/S PARA PERKARA UNIT/PANITIA TINDAKAN/PERKEMBANGAN/
ULASAN

3 5.1.2 i . Puan Faridah menerangkan bahawa ada sedikit kesilapan Juru audit SKM telah menerima

pada Pendapatan Am (Nota 17) , ini yang menjadikan untung laporan Bendahari dan beliau

bersih koperasi menjadi semakin besar. Ini kerana menurut BENDAHARI membuat pembetulan semula pada
Puan Faridah pelaporan kewangan yang beliau buat agak Penyata Kewangan tersebut mengikut
konservatif tapi telah dirujuk kepada juruaudit dan untuk tahun laporan asal yang disediakan oleh
Bendahari.
2020 ini mereka ingin melihat laporan kewangan yang lebih

jelas dan juruaudit telah membetulkan penyata kewangan

tersebut secara terperinci.

3 5.1.2 viii. Puan Faridah meminta agar ahli mesyuarat mencadangkan ‘Hardcopy’ telah diterima dan

penyata kewangan ini diterima tetapi secara bersyarat sehingga disimpan di Pejabat Koperasi.

‘hardcopy’ diterima daripada Shah Alam. BENDAHARI

4 6.0 6.2 Bendahari memaklumkan beliau akan membetulkan BENDAHARI Belanjawan akan diserahkan dalam
belanjawan tersebut dengan membuat beberapa pelarasan Mesyurat Pra Mesyuarat Agung
terhadap pendapatan dan perbelanjaan. Tahunan (MAT)

5 7.0 7.4 Rumusan pembahagian keuntungan diperuntukkan adalah seperti

berikut:

Dividen dicadangkan (10%)

Bonus ahli aktif (5%)

Honorarium ALK RM 1, 000.00

ALK Agihan Honorarium BENDAHARI Telah dilaksanakan
Pengerusi (20%) RM 200
Naib Pengerusi (18%) RM 180
Pengurus (13%) RM 130
Setiausaha (13%) RM 130
Bendahari (13%) RM 130
Timbalan bendahari (13%) RM 130
AJK (5%) RM 50
AJK (5%) RM 50

JUMLAH RM1000.00

7 10.0 10.9 Puan Nor Akmar mencadangkan untuk mengaktifkan ALK Telah dilaksanakan
semula Facebook Koperasi atau mewujudkan Facebook
Koperasi yang baru kerana tidak tahu kata laluan akaun
facebook yang lama. Jualan dan promosi koperasi kita akan
diiklankan dalam facebook tersebut. ALK yang
dipertanggungjawabkan mengurus Facebook koperasi adalah
Encik Mohd Farid bin Isa dengan kerjasama semua ALK.
Cadangan ini diterima sebulat suara.

8 10.0 10.10 Pengerusi mencadangkan mulai tahun hadapan adalah Telah dilaksanakan
ditetapkan naib pengerusi koperasi mestilah Penolong Kanan
Kokurikulum kerana koperasi terletak di bawah kokurikulum.
Selain itu ahli mesyuarat bersetuju untuk mewujudkan jawatan PENGERUSI/ALK
baharu iaitu penyelaras koperasi bermula tahun 2021.
Penyelaras Koperasi akan berada di bawah Naib Pengerusi.
Puan Nor Akmar binti Shah dilantik sebagai Penyelaras
Koperasi merangkap Juruadit dalaman koperasi.

Disediakan oleh
SUHANA BINTI ISMAIL
Setiausaha Koperasi
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas Ampang Berhad

KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KOSAS AMPANG BERHAD KE-27

BIL MASA JENIS AHLI NAMA PENUH

1 25/08/2021 12:17 ALK NOORAZLINA BINTI ABDUL AZID @ AZIZ

2 25/08/2021 14:03 ALK SUHANA BINTI ISMAIL

3 25/08/2021 14:28 ALK NOR AKMAR BINTI SHAH

4 25/08/2021 14:29 ALK NURUL AFIDAH BT JAMIL

5 25/08/2021 14:58 ALK HAMIDAH BINTI ABD LATIF

6 25/08/2021 15:20 ALK RUHAIDA BINTI YAHAYA

7 25/08/2021 16:11 ALK NOOR ALYDZA BINTI RAMLAN

8 25/08/2021 14:28 GURU HAFZEELA BINTI ABD.HAMID

9 25/08/2021 14:30 GURU DIANUDDIN BIN OTHMAN

10 25/08/2021 14:34 GURU FARIDAH BINTI MOHAMED BARI

11 25/08/2021 15:01 GURU SITI SAZIRA BINTI SAAD

12 25/08/2021 15:01 GURU NOORULHIDAYAH BINTI IBRAHIM

13 25/08/2021 15:01 ALK MOHD FARID BIN ISA

14 25/08/2021 15:04 GURU ULHUSNA BINTI CHE NONG

15 25/08/2021 15:05 AKP EN. RAJASEGAR A/L MURUGAYA

16 25/08/2021 15:05 GURU MAHIRAN BINTI AHMAD

17 25/08/2021 15:09 GURU ZURAIRAH BINTI IBRAHIM
18 25/08/2021 15:11 GURU AHMAD MUHAIMIN BIN PIKERI
19 25/08/2021 15:11 AKP PN.NORAZLINA BINTI IBRAHIM

BIL MASA JENIS AHLI NAMA PENUH KELAS (Bagi Ahli Murid
Sahaja)
1 25/08/2021 14:33 MURID NORAMIEERAH SHAFIEQA BT AZMAN
4 OMEGA
2 25/08/2021 14:33 MURID SHARIFAH NUR ANIS FARIZAH BINTI SYED AMIR 5 DELTA
5 DELTA
3 25/08/2021 14:33 MURID MUHAMMAD NUR IMAN BIN ABDUL MALIK 5 GAMMA
5 GAMMA
4 25/08/2021 14:33 MURID WONG MEI TING 5 GAMMA
5 OMEGA
5 25/08/2021 14:34 MURID CHOW YUKI 5 OMEGA
5 OMEGA
6 25/08/2021 14:36 MURID MUHAMMAD AMIR AKIL BIN ZULKIFLI 5 OMEGA

7 25/08/2021 14:48 MURID MUHAMMAD ALIFF MUQRISH BIN MUHAMAD HAFIDZ

8 25/08/2021 15:04 MURID LAM SHOOK WEI

9 25/08/2021 15:05 MURID NURDANIA BINTI MOHD NURDIN

10 25/08/2021 15:47 MURID TON MAK XIN YAN

11 25/08/2021 15:58 MURID DEENA NAURAH BINTI MOHD AZMI 5GAMMA
12 25/08/2021 14:34 MURID GUFRIANA BINTI GUFRAN 1 BESTARI
13 25/08/2021 14:36 MURID SERI FATIHA BT MOHD HAFIZUL 1 BESTARI

14 25/08/2021 14:48 MURID SERI FATIHA BT MOHD HAFIZUL 1 BESTARI
15 25/08/2021 14:58 MURID MOHAMAD ALIFF HAIQAL 1 BESTARI
16 25/08/2021 15:01 MURID SITI MUKARROMAH BT SAE 1 BESTARI
17 25/08/2021 15:04 MURID MUHAMMAD AQIL HAZIQ BIN MOHD SALLEH 1 BESTARI
18 25/08/2021 15:05 MURID CHONG YONG YI 1 BESTARI
19 25/08/2021 15:20 MURID MUHAMMAD SYAZWAN TASNIM 1 BESTARI
20 25/08/2021 15:47 MURID NOOR HAIQAL BIN NOOR HISHAM 1 BESTARI
21 25/08/2021 15:47 MURID AHMAD SYAHRUN NAFIS BIN ZULKIFLI 1 BESTARI
22 25/08/2021 15:47 MURID AHMAD SYAHRUN NAFIS BIN ZULKIFLI 1 BESTARI
23 25/08/2021 15:47 MURID MOHAMMAD AKIF BIN ABIDI 1 BESTARI
24 25/08/2021 15:47 MURID NURUL SYAZLIN BINTI ROSLI 1 BESTARI
25 25/08/2021 15:47 MURID HERRALE SASIKUMAR 1 BESTARI
26 25/08/2021 15:47 MURID PAVESH NAGARAJAN 1 BESTARI
27 25/08/2021 15:47 MURID MUHAMMAD IRFAN 1 BESTARI
28 25/08/2021 15:47 MURID CHIA EE NIS 1 BESTARI

29 25/08/2021 15:47 MURID NORFARA EZATUL HASYIMA BINTI MOHD RADZUAN 1 BESTARI
30 25/08/2021 15:47 MURID NUR AIRISH HANI BINTI AZALI 1 BESTARI
31 25/08/2021 15:47 MURID MOHD AIMAN HAKIM BIN HAKKI 1 BESTARI

32 25/08/2021 15:47 MURID SHAMALAN SELVARAJ 1 BESTARI
33 25/08/2021 15:47 MURID CHELSEA CHONG QI YEAH 1 BESTARI
34 25/08/2021 15:47 MURID SOFEA ERRYSHA FARHANA BINTI ZAINAL HAYAT 1 BESTARI
35 25/08/2021 15:47 MURID LILY EMILYA BINTI ALWI 1 BESTARI
36 25/08/2021 15:47 MURID NURUL BISYARAH BINTI YAHAYA 1 BESTARI
37 25/08/2021 15:47 MURID CHONG YONG YI 1 BESTARI
38 25/08/2021 15:47 MURID MUHAMMAD ZULFADLIEY BIN ABDULLAH 1 BESTARI
39 25/08/2021 15:47 MURID MUHAMMAD ADIEF AFNAN 1 BESTARI
40 25/08/2021 15:47 MURID AHMAD SYAHRUN NAFIS BIN ZULKIFLI 1 BESTARI
41 25/08/2021 15:47 MURID HERRALE SASIKUMAR 1 BESTARI
42 25/08/2021 15:47 MURID SHASMEEN AQILAH FALISHA 1 CENDEKIA
43 25/08/2021 15:47 MURID NADYA SYAFIKAH BINTI NOFRI SETIAWAN 1 CENDEKIA
44 25/08/2021 15:47 MURID NURUL IZZAH BINTI FAHMI AMINUDDIN 1 CENDEKIA
45 25/08/2021 15:47 MURID MUHAMMAD EMMIER EZQANDAR BIN MOHAMAD EZHAQ 1 CENDEKIA
46 25/08/2021 15:47 MURID YAZEED MUSTAMIM BIN ABDUL AZIZ 1 CENDEKIA

47 25/08/2021 15:47 MURID NOOR FATIMAH BINTI ABDUL RASYID 1 CENDEKIA
48 25/08/2021 15:47 MURID IRFAN ZULKARNAIN 1 CENDEKIA
49 25/08/2021 15:47 MURID MOK SHAO QI 1 CENDEKIA

50 25/08/2021 15:47 MURID NOOR FATIMAH BINTI ABDUL RASYID 1 CENDEKIA
51 25/08/2021 15:47 MURID MUHAMMAD ISKANDAR BIN ABDULLAH 1 CENDEKIA
52 25/08/2021 15:47 MURID IRFAN ZULKARNAIN 1 CENDEKIA
53 25/08/2021 15:47 MURID KHALISA KHAYRA BINTI HYRUL AMEER 1 CENDEKIA
54 25/08/2021 15:47 MURID NURUL ALYA ADRIANA BT ZAMLI 1 CENDEKIA
55 25/08/2021 15:47 MURID NURIL ALYA ADRIANA BT ZAMLI 1 CENDEKIA
56 25/08/2021 15:47 MURID GIRIESHA MRYTHULA NAIR A/P K RAJAN 1 CENDEKIA
57 25/08/2021 15:47 MURID NURANIS FARHANA BINTI RUKASWADI 1 CENDEKIA
58 25/08/2021 15:47 MURID SYARUL MUAZZAM BIN SAIFUL MIZAN 1 CENDEKIA

SYED MUHAMMAD AMEER IMRAN BIN SYED MOHAMED 1 CENDEKIA
59 25/08/2021 15:47 MURID INDRA PUTRA 1 CENDEKIA
60 25/08/2021 15:47 MURID AHMAD NABIL BIN NORCHEK 1 CENDEKIA
61 25/08/2021 15:47 MURID YAZEED MUSTAMIM BIN ABDUL AZIZ 1 CENDEKIA
62 25/08/2021 15:47 MURID SIVASAKTHI A/P MURUGANANTHAM 1 CENDEKIA
63 25/08/2021 15:47 MURID WONG CHEN SIONG 1 CENDEKIA
64 25/08/2021 15:47 MURID NURUL ALYA ADRIANA BT ZAMLI

MUHAMMAD AMEER AQIL BIN MOHAMMAD SHAMSUL 1 CENDEKIA
65 25/08/2021 15:47 MURID BAHARI 1 CENDEKIA
66 25/08/2021 15:47 MURID UNGKU NUR ADRIANA QISTINA BINTI UNGKU MOHD FAIZAL
2 ARIF
67 25/08/2021 15:47 MURID NUR ZAHIRAH MUNIRAH HANI BINTI ABDULLAH 2 ARIF
68 25/08/2021 15:47 MURID MUHAMMAD KHALIL RAHMAN BIN FARIZAL 2 ARIF
69 25/08/2021 15:47 MURID NORAMIEERAH SHAQIERA BINTI AZMAN 2 ARIF
70 25/08/2021 15:47 MURID AIMAN NAJWAN BIN JAILANI 2 ARIF
71 25/08/2021 15:47 MURID HUSNA SYAHIRAH BT HANIF 2 ARIF
72 25/08/2021 15:47 MURID FARISYA BINTI MOHD NOOR 2 ARIF
73 25/08/2021 15:47 MURID NURUL DANIA SHAHFAREENA 2 ARIF
74 25/08/2021 15:47 MURID RIDZWANA NURNISA SAFFIRA BINTI RIDZWAN 2 ARIF
75 25/08/2021 15:47 MURID NUR MAISARAH BINTI RUZAHIMI 2 ARIF
76 25/08/2021 15:47 MURID NURUL BAHIEYAH BINTI YAHAYA 2 ARIF
77 25/08/2021 15:47 MURID NUR RAUHAH BINTI RASFAN 2 ARIF
78 25/08/2021 15:47 MURID MUHAMMAD KHALIL RAHMAN BIN FARIZAL 2 ARIF
79 25/08/2021 15:47 MURID WAHEEDA KARMILA BT MOHD ZAMRI 2 ARIF
80 25/08/2021 15:47 MURID NUR MAISARAH BINTI RUZAHIMI 2 ARIF
81 25/08/2021 15:47 MURID NUR SHAZLIANA BINTI SAMSULAZLI 2 ARIF
82 25/08/2021 15:47 MURID NURUL IMAN BINTI KASIM

83 25/08/2021 15:47 MURID ADAM ISKANDAR BIN BAHARUDDIN 2 ARIF
84 25/08/2021 15:47 MURID FARISHA NAYLIE BINTI SHAHRIZAL 2 ARIF
85 25/08/2021 15:47 MURID SARAH QISTINA HAQIM BINTI MUHAMMAD SABIL 2 ARIF

MURID RUMUSAN KEHADIRAN MAT KALI KE-27
GURU & AKP KEHADIRAN
85
JUMLAH 19
104

KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KOSAS BERHAD
D/A SMK TAMAN KOSAS, 68000 AMPANG SELANGOR

SENARAI ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI DAN
JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN
SESI 2021/2022

BIL NAMA JAWATAN
1 PN HAMIDAH BINTI ABD LATIF PENGERUSI

2 CIK NOOR ALYDZA BINTI RAMLAN NAIB PENGERUSI

3 PN SUHANA BINTI ISMAIL SETIAUSAHA

4 PN NURUL AFIDAH BINTI JAMIL BENDAHARI

5 PN RUHAIDA BINTI YAHAYA PENGURUS

6 PN NOORAZLINA BINTI ABDUL AZIZ@AZID ALK GURU

7 PN FARIDAH BINTI MOHAMED BARI ALK GURU

8 EN MOHD FARID BIN ISA ALK GURU

9 PN NOR AKMAR BINTI SHAH JURUAUDIT
10 MUHAMMAD IWAN DANICO DALAMAN
ALK MURID

11 MUHAMMAD NUR IMAN BIN ABDUL MALIK ALK MURID

12 WAN NUR ATIKAH BINTI WAN RUSLI ALK MURID

13 LYDIA PUTRI ELYANA BINTI HOLAN ALK MURID

14 AHMAD FIRDAUS SYAH BIN HAFIZAL ALK MURID

15 NUR ZAHIRAH MUNIRAH HANI BINTI ABDULLAH ALK MURID

16 AR-RIZKI BIN ABOO BAKAR ALK MURID

17 RADEN SHERINA ADILAH BINTI MOHAMMAD AZIZ ALK MURID

18 FARZANA ALYA IRDIENA BINTI MOHD FAIZAL ALK MURID

19 DAMIA BINTI ROHAIZAL HUSAINI ALK MURID

20 NORAMIEERAH SHAFIEQA BINTI AZMAN JURUAUDIT
DALAMAN MURID

17

KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KOSAS BERHAD
D/A SMK TAMAN KOSAS, 68000 AMPANG SELANGOR

SENARAI ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI DAN
JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN
SESI 2022/2023

BIL NAMA JAWATAN
1 PN HAMIDAH BINTI ABD LATIF PENGERUSI

2 ENCIK AHMAD AMZAN BIN ISHAK NAIB PENGERUSI

3 PN SUHANA BINTI ISMAIL SETIAUSAHA

4 PN NURUL AFIDAH BINTI JAMIL BENDAHARI

5 PN RUHAIDA BINTI YAHAYA PENGURUS

6 PN NOORAZLINA BINTI ABDUL AZID@AZIZ PENGURUS JUALAN

7 PN FARIDAH BINTI MOHAMED BARI JURUAUDIT DALAMAN

8 EN MOHD FARID BIN ISA ALK GURU

9 MUHAMMAD HAZIM BIN MUHAMMAD ALK MURID

10 LYDIA PUTRI ELYANA BINTI HOLAN ALK MURID

11 NUR ZAHIRAH MUNIRAH HANI BINTI ABDULLAH ALK MURID

12 AR-RIZKI BIN ABOO BAKAR ALK MURID

13 FARZANA ALYA IRDIENA BINTI MOHD FAIZAL ALK MURID

14 DAMIA BINTI ROHAIZAL HUSAINI ALK MURID

15 NORAMIEERAH SHAFIEQA BINTI AZMAN ALK MURID

16 RADEN SHERINA ADILAH BINTI MOHAMMAD AZIZ JURUAUDIT DALAMAN
MURID

178

197


Click to View FlipBook Version