6 MAC 2024
JIRAN BAHARU OLEH NUR ALYA ALYSSA BINTI MD JIZAT
Di sebuah taman perumahan yang mewah, tinggal seorang budak lelaki bernama Amir bersama ibu dan bapanya. Setelah beberapa tahun tidak mempunyai jiran, akhirnya keluarga Varshan berpindah ke rumah yang terletak bersebelahan dengan rumah Amir. Namun, ibu bapa Amir tidak suka akan jirannya itu. “Kenapa kamu tiba-tiba berpindah ke rumah ini?” tanya bapa Amir kepada Encik Arumugam yang sedang mengangkat barang dari kereta. “Saya sudah dapat kerja baharu di bandar. Dahulu saya hanya mengutip tin dan botol plastik sahaja” jawab Encik Arumugam sambil tersenyum. Encik Arumugam yang datang dari kawasan kampung itu berasa lega kerana mendapatkan pekerjaan tetap kali ini. Kerjanya dahulu hanyalah berpanasan mencari tin-tin di setiap rumah dan kedai. 1
Bapa Amir yang mendengar kata-kata Encik Arumugam itu terus menunjukkan reaksi muka yang tidak baik. Pada pendapatnya, pekerjaan itu dipandang hina oleh masyarakat kita. Tambahan pula, keluarga Encik Arumugam berbangsa India. Dia teringat akan nasib dirinya yang ditipu oleh peniaga berbangsa India sebanyak ribuan ringgit. 2
Pada keesokan harinya, Amir pergi ke sekolah. Sebaik sahaja loceng berbunyi, guru kelas Amir memperkenalkan seorang murid yang baru berpindah dari negeri Johor. Murid itu mempunyai rupa paras yang comel dan berkulit gelap. Rupa-rupanya, murid itu ialah Varshan, anak kepada Encik Arumugam. 3
Di rumah, ibu Amir merupakan seorang suri rumah yang rajin. Setiap pagi dan petang, ibu Amir akan menyiram pokok bunga dan membersihkan kawasan rumah. Namun tidak seperti kebiasaannya, kali ini dia terpaksa berhadapan dengan jiran baharunya. “Selamat berkenalan” kata ibu Varshan yang ingin memulakan perbualan bersama jirannya. Ibu Amir terus berjalan menuju ke pintu rumahnya kerana tidak ingin bersembang bersama Ibu Varshan. 4
Apabila waktu malam, ibu bapa Amir menasihati anaknya supaya tidak berkawan dengan Varshan. Keluarga Amir tidak suka berhubung dengan orang yang berlainan bangsa. Pada pendapat mereka, kaum India akan mempengaruhi minda dan sikap anak-anak yang boleh berubah menjadi sikap negatif. 5
Di sekolah, Amir dan Varshan ditetapkan untuk berada dalam satu kumpulan yang sama. Namun, Amir tidak pernah bercakap atau berbincang bersama Varshan kerana teringat akan pesan ibu bapanya. Walau bagaimanapun, Amir berasa simpati apabila sudah beberapa kali Varshan cuba untuk berbicara dengannya, tetapi diabaikan oleh Amir sendiri. Setelah beberapa bulan keluarga Varshan pindah di rumah itu, Amir mula mendapati bahawa Varshan seorang rakan yang baik hati dan suka berinteraksi dengan orang lain. Semua rakan sekelas Amir menyukai Varshan. Amir tibatiba ingin memulakan perbualan dengan Varshan tetapi dia masih takut. 6
Anakku, Di dunia ini kita dilahirkan Di dunia ini kita dipertemukan Dengan pelbagai ragam manusia Yang datang dari pelbagai sejarah. Lihatlah, Kehidupan ini ibarat roda yang berputar-putar Adakalanya kita di atas Adakalanya kita di bawah Namun dengan manusia jugalah Berjaya kita didukung Gagal kita dibantu. Wahai anak-anak Biar berlainan bangsa Biar berbeza agama Tetaplah menjadi manusia yang ikhlas menabur bakti Membina persaudaraan yang jati Agar hidup sentiasa diberkati. Setelah mendengar sajak itu, Amir terkesan dengan maksud sajak yang menunjukkan betapa pentingnya orang di sekeliling kita tidak kira agama atau bangsa. Amir ingin pulang awal ke rumah untuk memberitahu ibu bapanya tentang perkara tersebut. Semasa kelas bahasa Melayu, Cikgu Ain menerangkan kepentingan hidup berjiran. Cikgu Ain juga membaca sebuah sajak. 7
Setibanya di rumah, Amir berbincang dengan ibu bapanya supaya tidak lagi bermasam muka dengan keluarga Encik Varshan. Namun, tidak disangka, Amir dimarahi oleh ibu bapanya kerana berani menegur sikap mereka. Amir terpaksa akur dengan kata-kata ibu bapa. 8
Selang beberapa hari, Amir mula menegur Varshan yang sedang makan di kantin. Varshan tersenyum keriangan apabila Amir mula berbicara. Rupa-rupanya, Varshan memang seorang yang peramah sehingga semua orang selesa untuk berbual dengannya. Amir dan Varshan semakin hari semakin rapat dan sering menyiapkan kerja rumah bersama-sama. 9
Amir mula mendekati Varshan dan mengajaknya untuk bermain di taman permainan pada waktu petang. Apabila waktu petang tiba, Amir ke taman permainan bersama Varshan. Mereka seronok bermain bola sepak dengan rakan-rakan yang lain. Perasaan gembira seperti inilah yang Amir mahukan sejak dahulu lagi. Lebih-lebih lagi apabila Varshan merupakan rakan sekelas yang tinggal bersebelahan dengan rumahnya. 10
Pada musim cuti sekolah, keluarga Amir pergi melancong ke Langkawi selama 5 hari. Mereka menaiki bot yang besar dan menikmati keindahan alam di sana. Setelah pulang dari Langkawi, mereka sekeluarga pulang ke rumah. Ibu Amir sangat terkejut melihat pintu pagar rumahnya terbuka. Keadaan di ruang tamu juga bersepah seperti ada seseorang yang memasuki rumah mereka. Tanpa mencari sebarang bukti, bapa Amir terus mengetuk pintu rumah keluarga Varshan dengan perasaan marah. 11
Bapa Amir meninggikan suara terhadap Encik Arumugam bahkan menuduh mereka yang memecah masuk ke rumahnya. Encik Arumugam dengan keadaan tenang cuba berbincang dengan baik bersama bapa Amir. Kes pecah masuk rumah Amir ini diselesaikan dengan bantuan pihak polis dan ketua taman perumahan mereka. Pelaku yang bersalah juga telah ditangkap dan dibawa ke balai polis berhampiran. Walaupun kes ini telah selesai, namun bapa Amir tidak meminta maaf sekalipun kepada Encik Arumugam. Tindakan bapa Amir ini sangat tidak bermoral kerana menuduh orang sesuka hati tanpa bukti yang kukuh. 12
Selang beberapa minggu setelah kejadian itu berlaku, rumah Amir sekali lagi ditimpa bencana. Gas di dapur tiba-tiba meletup. Ibu Amir yang sedang masak di dapur itu menangis ketakutan kerana dia seorang sahaja yang tinggal di rumah ketika Amir sedang bersekolah. 13
Encik Varshan dan isterinya yang terhidu bau asap itu segera keluar dari rumah untuk melihat dari mana datangnya bau tersebut. Mereka sangat terkejut melihat rumah keluarga Amir sedang terbakar. Ibu Varshan segera menghubungi bomba manakala Encik Varshan gigih menadah air untuk memadamkan api. 14
Hujan yang turun dengan lebatnya itu masih tidak boleh memadamkan api rumah mereka. Sesekali terdengar bunyi guruh dan kilat yang menggerunkan keadaan. Pepohon juga ditiup angin kencang, menyebabkan daundaun berguguran di jalan raya. Kelihatan tubuh ibu Amir menggigil ketakutan dan kedinginan. Beberapa minit telah berlalu, orang ramai mula membanjiri kawasan rumah Amir. Semakin ramai jiran tetangga yang datang memadamkan api tersebut. Ketibaan pihak bomba menyelamatkan rumah Amir daripada terbakar keseluruhannya. 15
Bapa Amir sangat sedih melihat keadaan rumahnya dan nasib keluarga mereka. Mereka mulai sedar betapa pentingnya hidup saling menghormati jiran. Jiran juga merupakan orang pertama yang sudi menghulurkan bantuan ketika berada dalam situasi kecemasan. Kini, keluarga Amir dan keluarga Varshan tidak lagi bermusuhan. Mereka saling bertegur sapa dan menjadi sahabat baik. -- TAMAT -- 16
Pengajaran 1. Kita hendaklah menghargai dan menghormati jiran tetangga. 2. Kita tidak sepatutnya bermusuhan atau berburuk sangka dengan orang lain. 3. Persaudaraan berbilang bangsa lebih baik. 17 1030 PATAH PERKATAAN
Latiff, H. (2020). Siri Cerpen Kanak-Kanak: Anak Penjual Sayur (UUM Press). UUM Press. Marlag, C. L. (2021). Teknik penceritaan [Video]. YouTube. https://youtu.be/_w4skB93UFI?si=pVf1au_9Xdm4McCM Mastura. (2021). Buku cerita kanak-kanak “Monyet dan gajah yang baik hati”. AnyFlip. https://anyflip.com/lcjlr/uarp MOHD, F. H., AFFENDI, N. R. N. M., HUSIN, F., SARUDIN, A., & RUSLI, N. F. M. (2023). Adab Berkomunikasi Secara Berkesan dalam Cerpen Kanak-Kanak Pilihan. Syazwanie, A. (2020 April 5). Ciri-ciri dan bentuk sajak [Video]. YouTube. https://youtu.be/gwO-FZJgS6Y?si=hjPn6tojTuA_oH4T Rujukan 18