The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

WAN NOR ILYASHAHIRAH BINTI WAN MOHD GHAZANI
2021142340374

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 690-13-nor, 2024-02-29 08:09:23

BUKU LOG PANDU PUTERI

WAN NOR ILYASHAHIRAH BINTI WAN MOHD GHAZANI
2021142340374

Buku Log Pandu Puteri


Biodata Nama: Wan Nor Ilyashahirah binti Wan Mohd Ghazani IPG: Kampus Perempuan Melayu Angka giliran: 2021142340374 Program: PISMP Bahasa Melayu 7 Jun 2021 (B) Tempat Lahir: Kota Bharu, Kelantan. Hobi: Melayari internet Cita-cita: Guru


Isi Kandungan ASAS PANDU PUTERI..................................................1-16 Sejarah dan Penubuhan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Perlembagan Pandu Puteri Malaysia Persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri Cogan kata dan lambang Pandu Puteri. Isyarat dan hormat Pandu Puteri Berjabat tangan Pandu Puteri Malaysia. Pakaian Seragam Lagu-lagu Pandu Puteri (lagu dunia, taps siang, taps malam) Lagu-lagu Pandu Puteri Tunas (lagu- lagu kumpulan berenam) Bendera Malaysia dan maksudnya. Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan maksudnya. Bendera dunia dan maksudnya Istiadat Pandu Puteri Tunas Istiadat Ladam Kuda SEJARAH PERKEMBANGAN DAN STRUKTUR ORGANISASI......17-26 Pengurusan dan Struktur Organisasi Pandu Puteri Malaysia Pengurusan dan struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPG KPM Pengurusan dan struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPG PM Sejarah perkembangan World Assosiation Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah PERANCANGAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM...................27-29


Asas Pandu Puteri 1


Sejarah dan Penubuhan Pandu Puteri Malaysia Pasukan Pandu Puteri pertama ditubuhkan di Sekolah Perempuan Methodist, Kuala Lumpur. 1916 Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) didaftarkandengan Ibu Pejabat PP di Calcutta, India dan dikelolakan di bawah YWCA; Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya. 1917 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri di beberapa buah negeri - Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka. 1919 - 1920 an Pandu Puteri mendapat perhatian pihak kerajaan dan mendapat pengiktirafan rasmi serta sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak RM2000. 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Dunia) 1957 Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa: Tunas Puteri > Pandu Puteri Tunas Pandu Puteri > Pandu Puteri Remaja Renjer Puteri > Pandu Puteri Renjer Kadet Puteri > Pandu Puteri Kadet 2006 Persatuan Pandu Puteri Malaysia semakin meningkat dan terserlah di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya, Pengurus Pandu Puteri dan pemimpin-pemimpin yang berpengalaman dan gigih. 2021 2


Perlembangan Pandu Puteri Malaysia 3


Bahawa Dengan Sesungguhnya Saya Berjanji dan Bersetia Dengan Sedaya Upaya Menunaikan Kewajipan Saya Kepada Tuhan, Raja dan Negara Saya, Malaysia Menolong Orang pada Setiap Masa Dan mematuhi Undang-undang Pandu Puteri Seorang Pandu Puteri Lambang Pandu Puteri Cogan Kata Selalu Sedia Undang-undnag Pandu Puteri Boleh dipercayai Sentiasa taat dan setia Suka menolong orang lain Bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan ahli Pandu Puteri yang lain Sentiasa bersipan santun Melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar Sentiasa menurut perintah Bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan Sentiasa berjimat cermat Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan Persetiaan Pandu Puteri 4


Isyarat dan Hormat Pandu Puteri Cara melakukan hormat kepanduan: Ahli Pandu Puteri berada dalam kedudukan sedia Tangan kanan dinaikkan ke paras bahu dan tangan kiri (disisi) dirapatkan lurus ke badan Kedudukan jari sama seperti dalam Hormat Kepanduan Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15-25cm dari telinga Tanda persahabatan Amalan tradisi Pandu Puteri seluruh dunia Berjabat Tangan Pandu Puteri Berjabat tangan sesama ahli pandu puteri dengan menggunakan tangan kiri Berjabat tangan dengan orang lain selain daripada ahli pandu puteri dengan menggunakan tangan kanan 5


Pakaian Seragam Blaus berlogo berpoket dua dan berpotongan Princess cut. 1 bahagian berbelah di belakang baju ialah jenis belah bertindih. Seluar berwarna biru gelap yang berpotongan lurus dan tidak ketat. Jika bertudung, tudung berwarna hitam kosong tanpa sebarang hiasan dan dimasukkan ke dalam baju. Kasut bertutup berwarna hitam Pandu Puteri Kadet memakai skaf berwarna royal blue. Shoulder flashes dijahit rapat pada kelim bahu kanan dan kiri. Lencana pelantikan untuk Kadet berwarna putih. Lencana Dunia dipakai pada bahagian dada kanan. 6


Arah kita jelas ke depan, Bendera berkibar, Tidak berlipat di dunia, Harapan abadi, Bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh, Selagi dunia masih ada, Akan nyanyi lagu ini. Lagu Dunia Taps Siang Kami puji, nikmat diberi Matahari, bintang-bintang, langit biru Mana pergi, hidup kami Tuhan saksi. Thanks and praise, for our days Neath the sun, Neath the stars, Neath the sky As we go, this we know God is nigh. Taps Malam Malam datang, siang hilang Dari laut, dari gunung, dari langit Semua selamat, sihat rehat Berkat tuhan. Day is done, gone the sun Frome the sea, from the hills From the sky, all is well Safely rest, God is nigh. Our way is clear as we march on And see our flag on high Is never furled throughout the world For hope shall we never die We must unite for what is right In friendship true and strong Until the earth in its rebirth Shall sing our song Shall sing our song KUMPULAN BERENAM Lagu Pandu Puteri Tunas Siantan datang berkawad Berani macam pahlawan Melor taat dan setia Berusaha setiap masa Kami bernama Kenanga Berjasa bertenaga Cempaka bersuka ria Menolong orang duka Bunga teratai nama kami Berkerja setiap hari Kami Kesidang datang Menolong pagi petang 7


WARNA KUNING melambangkan kedaultan Raja Berpelembagaan BINTANG PECAH 14 melambangkan perpaduan 13 buah negeri & Wilayah Persekutuan ANAK BULAN & BINTANG melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia Bendera Malaysia WARNA BIRU TUA melambangkan perpaduan rakyat Malaysia WARNA PUTIH menandakan kesucian 7 JALUR MERAH & PUTIH melambangkan keanggotaan 13 buah negeri & Wilayah Persekutuan WARNA MERAHmelambangkan keberanian 8


Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri. Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayajh Persekutuan di Malaysia. Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak dunia. 190


BenderaDunia Tiga blok/petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan 3 bahagian persetiaan. Bahagian putih di penjuru melambankan komitmen semua ahli Pandu Puteri sedunia terhadap keamanan. Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia. 10


Istiadat Pandu Puteri Lingkungan tunas dilaksanakan dan dipimpin oleh pemimpin (kakak setia/ Siti Setia) setiap kali terdapat perjumpaan pasukan. Peralatan yang diperlukan ialah penant Tunas Puteri. Cara ahli masuk membentuk lingkungan adalah secara rekaan iaitu menggunakan tema. Lagu yang perlu dinyanyikan semasa istiadat ini ialah lagu Pandu Puteri dan lagu kumpulan. Perjumpaan ditutup secara rekaan dan menyanyikan lagu Lonceng Pandu Puteri Tunas. LAGU PANDU PUTERI TUNAS Puteri Tunas bertujuan Menolong dan berkawan LAGU KUMPULAN Siantan datang berkawad Berani macam pahlawan Melor taat dan setia Berusaha setiap masa Kami bernama Kenanga Berjasa bertenaga Cempaka bersuka ria Menolong orang duka Bunga teratai nama kami Berkerja setiap hari Kami Kesidang datang Menolong pagi petang LAGU PANDU PUTERI TUNAS Oh Tuhanku seruan hambamu Beri kami nikmat sepanjang hayat Selamat tinggal / Malam (3x) 1101


Istiadat Lingkungan Tunas Pemimpin akan menentukan tempat perjumpaan dibuat dan meletakkan pennant di tengah-tengah kawasan. Tetapkan satu tema untuk rekaan membentuk lingkungan. Contohnya, tema haiwan, kenderaan dan lain-lain yang sesuai dan menarik. Pemimpin boleh memanggil kumpulan untuk masuk satu persatu. Arahan: Ketua kumpulan berenam akan membentuk lingkungan dimulakan dengan kumpulan... Respon: Kumpulan Kesidang masuk seperti arnab bergerak sebaris mengelilingi pennant dan kemudian berdiri dalam lingkungan besar (yang akan terbentuk setelah enam kumpulan mengambil tempat). Apabila semua kumpulan telah berada dalam lingkungan besar, semua ahli berpegang tangan dan berskip ke kiri kanan sambil menyanyikan lagu PP Tunas. Setelah selesai skip ke kiri, skip pula ke kanan dan menyanyikan lagu PP Tunas. Catatan: Tujuan menggunakan tema adalah sebagai satu cara yang menarik bagi ahli membentuk satu lingkungan besar. Setiap kumpulan akan masuk secraa bergilir (tanpa pegang tangan), berskip dan ‘humming’ lagu kumpulan “na na na na...” ahli kumpulan akan membuat lingkungan kecil di sekeliling penant, pegang tangan dan berskip ke kiri dan kanan sambil menyanyikan lagu kumpulan. Masuk secara rekaan Tema kenderaan Tema haiwan Skip ke kiri Skip ke kanan Kumpulana berenam 102


Setelah selesai, ahli kumpulan akan melepaskan tangan dan masuk semula ke lingkungan besar didahului dengan ketua kumpulan. Semasa berskip balik ke lingkungan besar, ahli sekali lagi ‘humming’ lagu kumpulan. Setelah selesai, keenam-enam kumpulan menyanyikan lagu masing-masing, semua ahli pegang tangan dalam lingkungan besar, skip ke kiri dan ke kanan beramai-ramai dan menyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas. Pemimpin akan sebut perkataan “T.O.S” tiga kali. Ahli: Tangan dalam keadaan hormat (aras bahu) dan sebut T.OS tiga kali. Setelah selesai, serentak turunkan tangan. aktiviti semasa dalam lingkungan adalah seperti menyampaikan maklumat, memeriksa kebersihan ahli dan pakaian seragam, membuat kutipan dan lain-lain. Lingkungan boleh ditutup dengan cara rekaan atau cara yang diguna dalam ladam kuda. Setelah semua kumpulan berenam membentuk lingkungan secara rekaan, ahli baharu akan masuk ke tengah penant dan duduk bertinggunng. Setelah selesai, semua ahli menyanyikan lagu kumpulan, ahli bahru berdiri berpegang tangan dan menyanyikan lagu baharu sambil berskip ke kiri dan ke kanan. Ahli baharu akan skip ke kumpulan berenam mereka. Semua ahli skip ke kiri dan kanan beramai-ramai menyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas. Kedudukan ahli baharu dalam lingkungan Istiadat Lingkungan Tunas bersama ahli baharu 103


Istiadat Pow Wow Istiadat ini merupakan satu cara yang menarik untuk tujuan perbincangan, mengundi, membuat keputusan dan aktiviti bercerita. Pow Wow dikendalikan oleh pemimpin. Penutupan Perjumpaan Mingguan Di akhir perjumpaan, semua ahli berkumpul dan membentuk lingkungan dan menyanyikan lagu. Loceng Pandu Puteri Tunas. Apabila pemimpin memberi isyarat akan menutup perjumpaa, semua ahli berkumpul berpegang tangan dan membentuk lingkungan menggunakan rekaan masing-masing. Pemimpin boleh memberi arahan “Keluar baris” dan semua ahli keluar baris cara ladam kuda. Cara ahli keluar baris boleh dibuat juga secara rekaan. Cara melaksanakan Pemimpin akan memanggil ahli untuk melakukan Pow Wow. Ahli akan memberikan respon dengan berpegang tangan dan menyebut Pow Wow berulang kali. Berkumpul membuat lingkungan kecil dan duduk berlutut. Pemimpin akan memberikan arahan kepada ahli, sekiranya mereka ingin memberikan pendapat,, letak tanan atas telinga seperti arnab (3 jari) Semasa ahli ingin mengundi rahsia, letak tangan di belakang dan tunjuk isyarat seperti gengam jari: tidak setuju/buka genggaman (setuju). Pemimpin boleh bergerak mengelilingi belakang ahli untuk mengira undian. Apabila selesa, Pow Wow semua ahli boleh berdiri dan bersurai. 1140


Istiadat Ladam Kuda Terdapat 2 cara bagi Pembentukan Ladam Kuda: 1) Untuk Pasukan Kecil (Kurang daripada 20 ahli) 2) Untuk Pasukan Besar ARAHAN: 1. Pasukan (Pasukan menghadap Kapten dalam keadaan Sedia). 2. Ketua, masuk baris (Ketua Kumpulan berbaris di hadapan Kapten bahu ke bahu). 1.Pasukan, masuk baris! (Kumpulan masuk baris di belakang Ketua masing-masing dan berada dalam keadaan SENANG DIRI). 2. Pasukan, sedia. 3. Pasukan, hentak kaki... hentak. (Arahan ini diberikan jika pasukan belum mahir berkawad). 4. Pasukan ke Ladam Kuda, cepat jalan! (Kumpulan 1 dan 4 mula bergerak dari tepi untuk membentuk ladam kuda, diikuti oleh Kumpulan 2 dan 3). 105


Istiadat Ladam Kuda Kumpulan 1 dan 4 mengetuai pergerakan kawat membentuk Ladam Kuda. Kumpulan 2 ikut belakang Kumpulan 1 manakala Kumpulan 3 mengekori Kumpulan 4. Kumpulan 1 dan 4 akan bertemu dan berselisih di puncak Ladam Kuda dan terus berkawat hingga tiba di kedudukan yang bertentangan dengan kedudukan permulaan. 1.Pasukan, berhenti! 2. Ke dalam pusing. Istiadat menaikkan panji-panji diteruskan selepas Pembentukan Ladam Kuda. Kapten akan meneruskan istiadat dengan memanggil seorang ahli untuk membaca doa dan seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata hikmat. Kapten akan memberikan ucapan dan taklimat. (Kapten boleh memaklumkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut) Kapten memberikan arahan selanjutnya: Kapten: Pasukan, keluar baris! Semua ahli mengambil satu langkah ke hadapan bermula dengan kaki kiri, rapatkan kaki, pusing ke kanan dan terus keluar dari Ladam Kuda. 106


Sejarah Perkembangan & Struktur Organisasi 107


Penaung Diraja KDYMM SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG, RAJA ZARITH SOFIAH BINTI ALMARHUM SULTAN IDRIS SHAH Pengurusan dan Struktur Organisasi Pandu Puteri Malaysia Pengurusan dan Struktur Organisasi Pandu Puteri Malaysia Timbalan Yang Dipertua DYAM RAJA PUAN MUDA PERAK DARUL RIDZUAN TUNKU SORAYA BINTI ALMARHUM SULTAN HAJI ABDUL HALIM MUA’ADZAM SHAH Ketua Pesuruhjaya YBHG. DATO’ JEYADHEVI SUBRAMANIAM Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas PUAN FOONG POH LIN Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer CIK FONG WOON YOKE Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja PUAN CHEMPAKA EMALIN PAHAMIN Pesuruhjaya Pandu Puteri Dewasa PUAN NOOR HAYATI BINTI PILUS Pesuruhjaya Guild PUAN LIA NAZIRAH BINTI ABDULLAH Pesuruhjaya Antarabangsa CIK CHOONG SOO HUI (THAMMY) Pesuruhjaya Program PUAN AZIZAH BINTI ABDUL MAJID Pesuruhjaya Latihan PUAN HINDON BINTI AHMAD Pesuruhjaya Struktur & Pengurusan CIK KOH KAR LING Pesuruhjaya Keahlian CIK LEE YONG YONG Pesuruhjaya Perhubungan Dengan Masyarakat PUAN M VIJAYA LETCHUMI A/P S MURUGESU Setiausaha Kehormat PUAN NOOR HASANAH BINTI HASHIM Penasihat Undang-undang PUAN NOOR HAJRAN BINTI MOHD NOOR Bendahari Kehormat PUAN ZAHRIDAH HANUM BINTI MAZLAN 108


Pengurusan dan Struktur Organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPG KPM Kapten DR. HAJAH KARTINI BINTI ABDUL MUTALIB Leftenan DR. SHOLEHAH BINTI ISMAIL Ketua Pasukan NUR ALIYA MAISARAH BINTI MOHD HAFFIZ Penolong Ketua Pasukan NURSYAZNI AFIKAH BINTI MUHAMMAD ZULHAZRI Setiausaha SAIDATUL NISHA BINTI SHAHRUL NIZAM Bendahari NOR SYAFINAS BINTI KHAIRUDDIN Pengerusi JK Latihan NIK NUR FARIHA BINTI JAHRI Pengerusi JK Perkhemahan NUR NABIHAH BINTI YUNUS Pengerusi JK Kemasyarakatan FATIN INSYIRAH BINTI ZOOL HILMI Pengerusi JK Program NURUL FAZILA BINTI AZEMI 2101


Pengurusan dan Struktur Organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPG PM Penanung YBRS. DR. REKTOR Yang Dipertua Cawangan DR. ZANARIAH BINTI IBRAHIM Ketua Pesuruhjaya Cawangan DR. SITI ROSNI BINTI MOHAMAD YUSOFF Timbalan Ketua Pesuruhjaya Cawangan DR. NOOR HABIBAH BINTI KADERAN Setiausaha Kehormat PN.SHAHALIZA BINTI HALIM Penolong Setiausaha Kehormat PN. AZIZAH BINTI ALIAS Memangku Bendahari Kehormat DR. NOOR HABIBAH BINTI KADERAN 109


Pengurusan dan Struktur Organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPG PM PJ Trefoil Guild CIK MAZNAH BINTI SHAARI PJ Pandu Puteri DR. HJH ZAINAB BINTI NAWAB KHAN PJ Latihan PN. RUZIATON BINTI JAMROS PJ Struktur dan Pengurusan DR. THIRUMAGAL A/P NAKAR SALAPAN PJ Antarabangsa CR. CHRISTINA JOHN PJ Program DR. SHOLEHAH BINTI ISMAIL PJ Keahlian CIK LUVRINA BINTI JAMALUDIN 2100


Muncul sekumpulan remaja wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan pengakap di Crystal Palace bagi menjadi pemangkin untuk pergerakan Pandu Puteri pada hari tersebut. Pengasas pergerakan Pengakap telah tertarik dengan ‘pengakap perempuan’ tersebut dan seterusnya memilih nama ‘Girl Guides’ dengan rujukan kepada Guides Corps di India. Sejarah perkembangan World Assosiation Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) 1909 Agens iaitu adik Baden-Powell telah mengadaptasikan buku “Scouting for Boys” untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya melahirkan pergerakan Pandu Puteri. 1910 Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom setelah berkahwin dengan Sir Robert iaitu meneruskan usaha mereka dalam mengembangkan Pandu Puteri di seluruh dunia. 1918 Olave Baden-Powell telah membentuk Majlis Antarabangsa (International Council), perintis kepada Wagggs bagi menyatukan semua ahli. Pada ketika itu, Robert Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pengakap Sedunia manakala pada tahun 1930, Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri Sedunia. 1919 Persidangan Antarabangsa yang pertamma telah diadakan setelah majlis itu mendapat sambutan yang sangat baik. Persidangan ini diadakan untuk bertujuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri untuk berjumpa dan bertukar fikiran serta pengalaman. Hal ini telah mneyebabkan mereka telah mula merancang lawatan ke luar negara buat kali pertama. 1920 Perkhemahan Sedunia yang pertama diadakan dan pada tahun berikutnya, Buletin Dunia dikeluarkan yang kini dikenali sebagai ‘Our World News’. 1924 2102


Selepas Persidangan Antarabangsa Keempat yang diadakan di Amerika Syarikat, wakil dari bebrapa negara telah berjumpa dengan Baden-Powell untuk bertanya tentang pembentukan satu persatuan. 1926 Baden-Powell telah mendapatkan pendapat daripada semua pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri sebelum mengadakan Persidangan Antarabangsa kelima di Hungary. Akhirnya, perwakilan persidangan dari 26 negara telah membuat keputusan untuk membentuk Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia di London yang berfungsi sebagai urus setia. 1928 Bendera Dunia telah dikibarkan untuk kali pertama di 1930 persidangan Dunia di United Kingdom. Keahlian persatuan ini telah melebihi satu juta setelah 1931 pergerakan ini terus berkembang dengan pesat. 1932 Pusat Dunia yang pertama dibuka. Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri dan Pengakap Puteri 1939 diadakan di Hungary. Pergerakan ini telah dihidupkan semula dan terus berkembang setelah tergendala sementara disebabkan oleh peperangan. Lord Bawell-Powell telah meninggal dunia pada ketika itu. 1945 1957 Pembukaan Our Cabana. 1966 Pembukaan Sangam pada tahun 1966. 1977 Olive Baden-Powell telah meninggal dunia pada ketika itu. WAGGGS memulakan Project Pusat Olave (Olave Centre Project) dan meletakkan semula Biro Dunia (urus setia WAGGGS) bersama Pusat Dunia London (Pax Lodge sempena mengingati beliau. 1985 70 tahun Kepanduan disambut seluruh dunia. 1988 Sambutan 60 tahun WAGGGS 2103


Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah Program UB di Sekolah Rendah Merancang Program Program Jangka Pendek dan Panjang Program Unit Beruniform di sekolah rendah diperkenalkan kepada murid-murid tahun 4,5, dan 6. Di sekolah terdapat banyak unit beruniform ditubuhkan. Antara unit beruniform yang selalunya ada di sekolah ialah Kadet Remaja Sekolah, Pengakap, Pandu Puteri, Kadet Polis, dan Bulan Sabit Merah Malaysia. Dalam merancang program unit beruniform KRS di sekolah, terdapat skema yang perlu diikuti iaitu: 1. Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelarasan Pandu Puteri 2. Merumus dan menetapkan visi dan misi Pandu Puteri dan menghebahkan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar 3. Menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pengurusan dan Penyelarasan Pandu Puteri yang terdiri daripada guru-guru penasihat 4. Mengkaji dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaan Pandu Puteri pada tahun-tahun sebelumnya dan merumuskan dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan 5. Memberi taklimat kepada guru-guru tentang dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan Pandu Puteri yang telah dirumuskan 6. Menyediakan keperluan asas pentadbiran 7. Menyediakan atau memperolehi keperluan prasarana dan kemudahan-kemudahan asas. 8. Mengenalpasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan 9. Memperoleh dan mengemaskini inventori, bekalan pejabat dan harta modal bidang kokurikulum 10. Menyediakan perancangan dan jadual tahunan (takwim) kegiatan kokurikulum sekolah. 11. Melaksanakan kursus-kursus pengurusan kokurikulum kepada guru-guru 12. Memantau dan menyelia pelaksanaan Pandu Puteri 13. Menyedia, mengumpul dan menyemak dokumentasi pelaksanaan program 14. Melaksanakan Skema Penilaian Program Pandu Puteri untuk setiap pelajar 15. Merancang dan melaksanakan kursus-kursus kejurulatihan 16. Meneroka dan mewujudkan peluang-peluang penyertaan dan penglibatan pelajar dalam Pandu Puteri di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa 2104


Prinsip Merancang Program 1.Menyediakan ruang, peluang, kesempatan dan kemudahan pembelajaran yang menarik, menyeronokkan dan merentasi kurikulum 2.Merancang, menganjur dan mengelolakan kegiatan kokurikulum yang berbentuk aktiviti 3. Semua program yang dirancang diberi penekanan secara sedar kapada usaha bersepadu ke arah memperkukuhkan semangat patriotisme, dan semangat perpaduan antara kaum dan wilayah 4. Menyediakan peluang, ruang dan kemudahan yang mencukupi 5. Menyediakan skema peningkatan pengetahuan, kemahiran, pencapaian, dan kepimpinan 6. Semua program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang memberi peluang dan kesempatan kepada pelajar untuk mengembangkan minat 7. Menyediakan peluang dan kesempatan kepada pelajar untuk memperagakan bakat dan kebolehan masing-masing di khalayak ramai 8. Menerapkan elemen-elemen kerjaya dalam program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang 9. Mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, syarikatsyarikat swasta, pertubuhan- pertubuhan bukan kerajaan dan institusi pengajian tinggi untuk memperluas, mempelbagai dan mempertingkatkan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum 10. Mewujudkan peluang kepada pelajar untuk mempertingkatkan daya saing dan daya tahan masing- masing 11. Merealisasikan unsur-unsur penghargaan dalam setiap aktiviti/kegiatan kokurikulum yang dianjur 2105


Program jangka pendek merupakan perancangan terperinci yang dilakukan oleh pengurus peringkat bawahan. Jangka masanya paling pendek kurang daripada satu tahun. Program ini menekankan pada tugas-tugas rutin dan dilakukan secara berulang-ulang seperti kerja harian, mingguan, dan bulanan. Antara contoh program jangka pendek ialah persediaan untuk pertandingan kawab kaki daerah dan sekolah, perujian dan pentauliahan pangkat kadet, perkhemahan, rombongan atau program perdana dan lain-lain. Manakala program jangka panjang pula bertujuan untuk meningkatkan peratus markah aspek kehadiran setiap ahli. Jangka masanya adalah panjang sekurang-kurang tiga tahun. Contohnya seperti perjumpaan Unit Beruniform Pandu Puteri Tunas 100% pelajar menghadiri aktiviti badan beruniform. PROGRAM JANGKA PENDEK & PANJANG 2106


Perancangan tahunan Unit Beruniform 2107


Pengurusan dan Struktur Organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPG PM BULAN AKTIVITI CATATAN JANUARI Pendaftaran Mesyuarat agung Pembahagian kumpulan berenam Lagu TAPS (Siang) & TAPS (Malam) FEBRUARI Pra Persetiaan Pandu Puteri Tunas Undang-undnag Pandu Puteri Tunas Cogan Kata Pandu Puteri Tunas Hormat dan Isyarat Berjabat Tangan Pandu Puteri Tunas MAC Upacara Pandu Puteri Tunas Lingkungan Hormat Pandu Puteri Tunas Lagu Dunia Lembaran Kerja APRIL Keselamatan di Jalan Raya Membuat Kad Ucapan Kebersihan Diri dan Kawasan Sekitar Kesihatan Lembaran Kerja MEI Simpulan Membawa Perutusan Menanam dan Menjaga Tumbuhan JUN Pakaian Pandu Puteri Tunas Perihal Keluarga Mendandan 2108


SEPTEMBER Mengikat Bungkusan Pertolongan Cemas NOVEMBER Membuat Bola daripada Perca Kain Jahitan Asas OKTOBER Menjahit Pakaian Menyediakan Minuman Panas Menyeterika Pakaian BULAN AKTIVITI CATATAN JULAI Permainan Kim Mencuci dan Membersihkan Kasut Melipat pakaian Membasuh pinggan mangkuk OGOS Mengenali dan mengetahui bendera - Bendera Malaysia - Bendera Negeri Saya Melukis dan Mewarna Bendera Aktiviti Khas Pandu Puteri Tunas Pesta Pandu Puteri Tunas DISEMBER 2109


Sekian, Terima Kasih


Click to View FlipBook Version