The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 690-13-nor, 2024-01-11 22:34:26

SENI BAHASA DAN TATABAHASA

Seni Bahasa dan Tatabahasa

Seni Bahasa & Tatabahasa Kumpulan 3


Seni Bahasa Aspek seni bahasa merujuk kebahasaan, keindahan dan kehalusan dslam bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid, Penguasaan aspek seni bahasa merangkumi kecekapan memahami, mengungkap dan menghayati bahasa indah. Melalui pembelajaran aspek ini, murid menghasilkan dan mempersembahkan karya kreatif pelbagai genre secara lisan dan bertulis melalui variasi teknik yang menarik. Aspek seni bahasa juga menzahirkan pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur.


Konsep Seni Bahasa Murid dapat menggunakan kreativiti mereka dalam melahirkan idea melalui penulisan dan lisan. Seni bahasa memberi penekanan kepada keindahan bahasa yang dipelajari oleh murid melalui teknik penyampaian yang menarik dan enyeronokkan seperti bernyanyi, bercerita, berlakon dan berpuisi. Pembentukan ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personifikasi yang terdapat dalam puisi dan penulisan kreatif jjuga menampakkan keindahan dan seni dalam bahasa Melayu. Keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur.


Mengujarkan ayat menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui penceritaan secara didik hibur. OBJEKTIF ASPEK SENI BAHASA Menyebut dan memahami seni kata lagu melelui nyanyian dengan gerak laku secara didik hibur. Mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui lakonan secara didik hibur. Melafazkan pantun dua karat menggunakan bahasa yang indah dengan intonasi yang betul dan memahami maksud pantun secara didik hibur.


AKTIVITI PEMBELAJARAN DALAM ASPEK SENI BAHASA Membaca atau melafazkan seni kata lagu dengan menggunakan rentak atau diiringi muzik yang sesuai dengan murid. Menimbulkan minat murid untuk mengukuhkan kemahiran bahasa, menambah perbendaharaan kata, meningatkan pemahaman, memupuk nilai dan perasaan, dan meningkatkan apresiasi terhadap keindahan bahasa. Aktiviti nyanyian yang dicadangkan bersoal jawab tentang isi/ kosa kata, menulis prosa, menceritakan semula isi seni kata lagu, memberi respon parafrasa, gerakan badan dan mimik muka. Merupakan bidang yang menumpukan kepada pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. a) Nyanyian


AKTIVITI PEMBELAJARAN DALAM ASPEK SENI BAHASA Jenis pantun Pantun dua kerat dikenali sebagai pemeo atau pantun kilat. Pantun empat kerat Jumlah suku kata 8 hingga 12 dalam sebaris ayat. Ada setiap stanza / rangkap pantun mempunyai dua unit iaitu unit pembayang dan unit maksud. b) Pantun/puisi dua kerat


Tatabahasa Modul Tatabahasa merujuk aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Aspek ini perlu diajarkan melalui pengajaran yang terancang dengan teknik yang sesuai dan berkesan supaya murid memahami danmenggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat dalam pelbagai konteks secara lisan dan bertulis.


Tatabahasa Menurut Abdullah Hassan (2008), tatabahasa merupakan susunan perkataan yang menjadi ayat ataupun cara perkataan-perkataan dibina dan kemudian disusun dalam ayat. Bidang tatabahasa mengkaji cara-cara perkataan itu terbentuk dan selanjutnya bagaimana cara perkataan itu bercantum membentuk frasa dan ayat. Kajian tentang bidang tatabahasa dilakukan dari dua segi, iaitu cara perkataan itu dibentuk daripada bunyi bahasa iaitu morfologi dan cara perkataan itu disusun menjadi ayat iaitu sintaksis (Abdullah Hassan, 2005). Konsep aspek tatabahasa : Merujuk kepada keupayaan murid menguasai perkara asas dalam pembentukan kata dan ayat serta menggunakan tatabahasa mengikut cara dan sistem yang betul semasa membina ayat. Selain itu, aspek sebutan, intonasi dan semantik serta penggunaan peribahasa dan perbendaharaan kata yang betul juga diberi penekanan.


CIRI-CIRI ASPEK TATABAHASA Diajar secara terancang dalam sesi pengajaran bahasa. Memulakan proses pengajaran daripada mudah hingga ke peringkat kompleks. Tidak menggalakkan murid menghafal rumus atau hukum tatabahasa. Merupakan bidang yang menumpukan kepada pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa.


2. Memahami dan menggunakan kata adjektif warna dan kata hubung dengan betul. OBJEKTIF ASPEK TATABAHASA Memahami dan menggunakan kata nama am, nama khas, kata ganti nama diri 1. pertama dan kedua serta kata kerja dengan betul. 3. Memahami dan membina ayat dasar dengan pola FN + FN, dan FN + FK dengan betul. 4. Menggunakan imbuhan awalan dan akhiran dengan betul.


Prinsip Pengajaran Aspek Tatabahasa Berdasarkan Konteks Penggunaan Menitikberatkan makna dan aspek tatabahasa mengikut konteks berdasarkan teks petikan yang digunakan. Perlu banyak latih tubi bagi mengekalkan ingatan dalam bentuk lisan dan tulisan Memulakan proses pengajaran daripada yang mudah kepada lebih kompleks Mengajar secara konkrit dengan menggunakan alat bantu mengajar dan bahan rangsangan yang menarik dan berkesan Mengenal pasti struktur isi dengan jelas. Guru perlu mahir tentang selok-belok tatabahasa yang hendak disampaikan


Terima Kasih :)


Click to View FlipBook Version