BIODATA IMAM &
RIWAYAT QIRAAT
SAB’AH
1. IMAM NAFI’ ALMADANI
Nama : Nafi’ Bin Abdi Rahman
Asal : Asbahan
Lahir : Tahun 70 Hijrah
Meninggal : Tahun 169 hijrah
Perwatakan : Memiliki akhlak yang baik, wajah yang menawan, senang bergurau dan salah
seorang imam qiraat pada zamannya.
Beliau bertalaqqi (mempelajari) qiraat daripada 70 orang tabi’in, antaranya :
1. Abd Rahman bin Hurmaz (Meninggal pada 117 H))
2. Abu Ja’far yazid bin alqa’qa’ (Meninggal pada 130 H)
3. Shaibah bin Nisah (Meninggal pada 130 H)
4. Muslim bin jundub alhuzali (Meninggal pada 110 H)
5. Yazid bin Ruman (Meninggal pada 120 H)
Perawi imam nafi’ almadani yang terkenal ialah
1)Qalun
2) Warsy
PERAWI
1. QALUN
Nama : Isa bin Mina a bin Wirdan
Lahir : Tahun 120 H (Anak tiri imam nafi’ almadani)
Nama panggilan : Abu Musa
Gelaran : Qalun diberikan oleh Imam Nafi’ Al madani kerana keindahan bacaannya.
Meninggal : Tahun 220 H pada pemerintahan khalifah almakmun.
2. WARSY
Nama : Usman bin Sa’id bin Abd Allah Almisri
Nama panggilan : Abu Sa’id
Lahir : Tahun 11 H di Fiqat di Mesir
Gelaran : Warsy kerana 1) kelincahan pergerakan seperti sejenis burung merpati yang
dipanggil warsyan. 2) Kulitnya yang putih.
Perwatakan : 1) Berbadan gempal namun bacaan sangat indah.
2) Merupakan rujukan ahli qiraat di seluruh pelusuk mesir zamannya.
Meninggal : Tahun 198 H pada usia 87 tahun semasa pemerintahan almakmun.
2 . IMAM IBN KATHIR ALMAKKI
Nama : Abd Allah bin Kathir bin Amru
Nama panggilan : Abu Ma’yad
Lahir : 45 H di mekah almukarramah
Meninggal : 120 H di mekah
Beliau bertalaqqi qiraat daripada
1. Abd Allah bin Assa’ib Almakhzumi
2. Abu Alhujjaj mujahid ibn jabri almakki
3. Darbas Maula Ibn Abbas
Perawi Qiraat Alimam Ibn Kathir ialah
1. Albazi
2. Qunbul
PERAWI
1. ALBAZI
Nama penuh : Ahmad bin Muhammad bin Abd Allah
Lahir : Tahun 170 H di Mekah
Asal : Hamaddan dan berbangsa Parsi
Gelaran : Abu Alhasan
Kerjaya : Muazzin dan imam masjid alharam selam 40 tahun
2. QUNBAL
Nama : Muhammad bin Abd Rahman bin Khalid Alhakhzumi
Nama panggilan : Abu Amiru
Gelaran : Qunbal kerana berasal daripada datu kelompok masyarakat yang
disebut qunabilah
Lahir : tahun 195 H dan merupakan sumber qurra’ di negeri hijjaz
Meninggal : tahun 250 H ketika berusia 70 tahun di mekah.
3. IMAM ABU AMIRU ALBASRI
Nama : Zaban bin alalai bin Umar / Yahya
Lahir : Mekah pada tahun 70 H
Dibesarkan : dibesarkan di Basrah. Beliau dan ayahnya ke mekah dan Madinah kerana
melarikan diri daripada Alhujjaj bin Yusuf Althaqani
Beliau bertalaqqi qiraat dengan :
1. Alhasan bin Abi Alhasan Albasri
2. Abu Ja’far
3. Syaibah bin Nisah
4. Abd Allah bin kathir
5. Asim bin Abi Alnnujud
6. Abu Alaliah
Meninggal : 154 H di Kufah
Perawi yang terkenal iaitu Adduri dan Assusi
PERAWI
1. ADDURI
Nama : Hafs bin Umar bin Abd Aziz
Gelaran : Adduri kerana nama tempat ditimur kota Baghdad.
Perwatakan : seorang yang cacat penglihatan namun mahir di bidang ilmu nahu,
menjadi imam qiraat dan sumber ilmu qiraat pada zamannya, seorang yang
dipercayai dan kuat ingatannya.
Lahir : 150 H pada zaman khalifah almansur
Meninggal : Bulan Syawal tahun 246 H khalifah almutawakkil
Sumbangan : Orang pertama yang menghimpunkan qiraat dan menulis tentangnya
2. ASSUSI
Nama : Saleh bin Ziyad bin Abd Allah
Nama panggilan : Syua’ib
Meninggal : tahun 261 H berusia 90 tahun di riqqah
4 . IMAM BIN AMIR ASSYAMI
Nama : Abd Allah bin Amir bin Yazid bin Tamim bin Rabi;ah bin Amir Alhaysabi
Nama panggilan : Abu Imran
Lahir : tahun 8 H / 21 H
Kerjaya : jawatan Qadi dan menjadi sumber rujukan ahli qiraat di damsyik
Ibn Amir bertalaqqi daripada :
1. Almughirah bin Abi syihab Almakhzumii
2. Abu darda’
3. Fadhalah bin Abid Alansari
Meninggal : 10 Muharram tahun 118 H di damsyik
PERAWI
1. HISYAM
Nama : Hisyaam bin Umar bin Nusair bin Maisarah Assulami Addamsyiqi
Nama panggilan : Abu Alwalid
Lahir : 153 H zaman khalifah almansur
Kerjaya : Ulama’ kota damsyik, ahli pemidato, ahli qiraat, ahli hadis, dan ahli fatwa
penduduk damsyik
Perwatakan : dipercayai, adil, dan hafaz qiraat. Lisannya fasih dan ilmunya luas
Meninggal : 245 H
2. IBN ZAKWAN
Nama : Abd Allah bin Ahmad bin Basyir bin Zakwan bin Amru
Nama panggilan : Abu Muhammad
Lahir : 10 Muharram pada tahun 73 H
Sumbangan : menulis buku “pembahagian Alquran dan jawapannya” dan apa yang
wajib ke atas pembaca alquran ketika menggerakkan lidahnya.
Meninggal : bulan syawal tahun 242 H di damsyik
5 . IMAM ASIM ALKUFI
Nama : Asim bin Abi Annujud
Nama panggilan : Abu Bakar
Beliau bertalaqqi daripada :
1. Abu Abd Rahman binn Abd Allah Assulami
2. Zir bin Hubaisy AlAsadi
3. Abu Amru Saad bin Ilyas Assyaibani
Meninggal : penghujung tahun 127 H di Kufah
Perawi yang terkenal ialah syu’bah dan Hafs
PERAWI
1. SYU’BAH
Nama : Syu’bah bin Ibas bin Salim Alasadi
Gelaran : Abu Bakar
Lahir : 95 H
Meninggal : Bulan Jumadil Ula tahun 193 H
Perwatakan : Ulama’ besar yang terkenal, banyak amal ibadatnya, tokoh Islam dalam
kalangan Ahli Sunah.
Bertalaqqi lebih dari sekali dengan :
1. Imam Asim bin
2. Ita I bin Assaib
Beberapa orang Ulam’ telah belajar dengannya antaranya iaitu Abu Yusuf Ya’qub
Khalifah Ala’sya, Urwah bin Muhammad Alasadi dan Sahal bin Syuaib dan lain-lain.
2. HAFS
Nama : Hafs bin Sulaiman bin Almughirah
Nama panggilan : Abu Umar
Lahir : Tahun 90 H (anak tiri kepada Imam Asim)
Meninggal : 180 H
6 .IMAM HAMZAH ALKUFI
Nama : Hamzah bin Habib bin Amararata Attamimi
Nama panggilan : Abu Amarah
Lahir : 70 H
Perwatakan : salah seorang pembela islam yang gigih, faham terhadap alquran, ahli dalam
bidang tajwid, faraid, pakar dalam hadis, ahli ibadah yang khusyuk dan ketaatannya kepada
Allah sagat dalam.
Meninggal : Hilwan, Iraq tahun 156 H
Perawi yang terkenal Khalaf Albazzar dan Khallad Assairafi
PERAWI
1. KHALAF ALBAZAR
Nama : Khalaf bin Hisyam Albazar AlAasadi Albaghdad
Nama panggilan : Abu Muhammad
Lahir : 150 H (menghafaz sejak 10 tahun)
Meninggal : bulan jumadil Akhir tahun 229 H di Baghdad
2. KHALAD ASSAIRAFI
Nama : Khalad Assyaibani Assairafi Alkufi
Nmaa panggilan : Abu Isa
Lahir : tahun 119 H, namun ada mengatakan pada tahun 130 H
Meninggal : tahun 220 H
Perwatakan : orang yang paling menguasai qiraat dan paling mulia diantara para
sahabatnya, seorang yang bijaksana , mahir dalam bidang tajwid serta bersikap lemah
lembut.
7. IMAM ALKISANI ALKUFI
Nama : Ali bin Hamzah bin Abd Allah
Nama panggilan : Abu Alhasan
Gelaran : Alkisa I kerana memulakan ihram dikisa I
Beliau bertalaqqi dengan :
1. Hamzah bin Habib
2. Muhammad bin Abi Laila
3. Isa bin Umar Alhamzani
Sumbangan : Mempunyai beberapa karangan dalam bidang qiraat dan nahu seperti mana
yang disebut oleh para ulama’, namun begitu karangan – karangan itu tidak ditemui.
Antara karangannya : Makna-makna alquran, Alqiraat, Annawadir ( keganjilan), Nahu.
Murid Imam Alkisa I :
1. Abu Alharith Allais
2. Hafs bin Amr Addauri
3. Abu Abid Alqasim bin Salam
Meninggal : tahun 189 H
PERAWI
1. ABU ALHARITH
Nama : Allais bin Khalid Albaghdadi
Nama panggilan : Abu Alharith
Perwatakan : Murid kepada Imam Alkisa I yang termasyhur, amanah, cerdik dan
menguasai ilmu qiraat.
Antara anak murid :
1. Salamah bin Asim
2. Muhammad bin Yahya (Alkisa I saghir)
3. Alfadl bin Syazan
Meninggal : tahun 240 H
2. HAFS ALDURI
Sama seperti hafs alduri perawi abu miru albasri.