The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Bulan Panitia Sejarah Sk Antara Gapi bagi Tahun 2021.
Program akan berlangsung dari 30 Julai 2021 hingga 31 Ogos 2021.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Afiqah Hafiz, 2021-07-26 04:21:24

Buku Program Bulan Panitia Sejarah SK Antara Gapi 2021

Buku Program Bulan Panitia Sejarah Sk Antara Gapi bagi Tahun 2021.
Program akan berlangsung dari 30 Julai 2021 hingga 31 Ogos 2021.

Keywords: Buku Program

SEKOLAH KEBANGSAAN ANTARA GAPI 2021

SAMBUTAN

BULAN

PANITIA SEJARAH

Majlis Perasmian

30 Julai 2021

M29aOj gl ioss 2P0e2n1 u t u p a n
31 Ogos 2021

Tempat

Secara dalam talian (online)
di kediaman masing-masing

TINTA GURU BESAR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Buat semua warga SK Antara Gapi.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada
Panitia Sejarah kerana berjaya melaksanakan minggu Panitia Sejarah.
Untuk makluman semua, tema minggu Panitia Sejarah pada tahun ini
adalah “Sayangi Malaysiaku”. Saya berharap semua warga SK Antara Gapi,
terutamanya murid-murid dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti yang
diberikan.

Objektif Minggu Panitia Sejarah ini adalah untuk memupuk dan memperkukuh
semangat setia negara dan jati diri murid-murid dan menanam rasa
tanggungjawab dan cintakan sekolah serta negara. Selain itu, program ini juga
bertujuan menyemai rasa menghargai perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan
dan menanam semangat patriotisme yang tinggi dalam diri murid dan warga
SK Antara Gapi.

Sehubungan dengan itu, saya berharap agar semua warga SK Antara Gapi
dapat bersama-sama meraikan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang akan
dijalankan..

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan minggu
Panitia Sejarah bagi tahun 2021.

Sekian,
Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

PUAN SARINA BINTI SHAARI
GURU BESAR
SK ANTARA GAPI

PENDAHULUAN

Panitia Sejarah SK Antara Gapi akan mengadakan Bulan
Panitia Sejarah peringkat sekolah bagi tahun 2021. Aktiviti
Minggu Panitia Sejarah ini akan melibatkan murid Tahap 2
terdiri daripada murid Tahun 4 sehingga Tahun 6. Semoga
aktiviti yang dijalankan akan memberi manfaat dan faedah
kepada murid-murid selain daripada sebagai pemangkin
untuk memupuk hubungan dan kerjasama daripada semua
pihak.

TEMA

SAYANGI MALAYSIAKU

OBJEKTIF PROGRAM

• Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri
murid-murid.

• Menanam rasa tanggungjawab dan cintakan sekolah serta negara.
• Menyemai rasa menghargai perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan.
• Menanam semangat patriotisme yang tinggi dalam diri murid dan

warga SKAG.

MATLAMAT PROGRAM

Menanam dan meningkatkan semangat patriotisme yang tinggi
dalam kalangan murid-murid SK Antara Gapi.

KUMPULAN SASARAN

Semua guru dan murid SK Antara Gapi

TARIKH PELAKSANAAN

30 Julai –31 Ogos 2021

STRATEGI PELAKSANAAN

✓ Perbincangan bersama Ketua Panitia Sejarah dan AJK kerja
✓ Penyediaan kertas kerja
✓ Pelaksanaan program
✓ Penyediaan laporan
✓ Menghantar laporan ke Unit Kurikulum.

AKTIVITI & PROGRAM

Perasmian P r o g r a m

30 JULAI 2021 SECARA DALAM TALIAN
(MEDIUM WHATSAPP DAN GOOGLE
CLASSROOM))

30 Julai – 31 Ogos 2021

PERTANDINGAN KUIZ
SEJARAH

PERTANDINGAN BUKU
SKRAP

PERTANDINGAN SYAIR
PROGRAM JEJAK PEJUANG

TENTATIF PROGRAM

PERTANDINGAN KUIZ
SEJARAH

Tarikh: 5 hingga 6 Ogos 2021

Semua murid Tahap 2 – Tahun 4, 5 dan 6

• Guru akan memberi soalan kuiz di
kelas masing-masing secara dalam
talian.

• Murid diminta menjawab soalan kuiz
dan menghantar kepada guru untuk
penilaian.

• Murid yang mendapat jawapan betul
sekurang-kurangnya 50% akan
mendapat sijil.

• Dilaksanakan di rumah.

TENTATIF PROGRAM

PERTANDINGAN BUKU TAHUN 4
SKRAP TAJUK:
MANUSIA
Tarikh: 2 hingga 21 Ogos 2021 ZAMAN
PRASEJARAH
Semua murid Tahap 2 – Tahun 4, 5 dan 6
TAHUN 5
TAJUK:
SEJARAH
BENDERA
KEBANGSAAN

• Murid diminta menyediakan buku skrap TAHUN 6
mengikut tajuk yang diperuntukkan bagi TAJUK:
kelas masing-masing. PERAYAAN DI
MALAYSIA
• Murid boleh memilih untuk membuat buku
skrap dengan menggunakan tulisan tangan
ataupun menggunakan “Powerpoint”.

• Bilangan muka surat: 5-6 muka surat sahaja
• Setelah siap, ambil gambar dan hantar

kepada guru subjek untuk penilaian.
• Dilaksanakan di rumah.
• Tugasan boleh dihantar menerusi medium

Whatsapp/Telegram/Google Classroom.

TENTATIF PROGRAM

PERTANDINGAN SYAIR

Tarikh 9 Ogos hingga 21 Ogos 2021

• Murid diminta mencari satu tajuk syair
bercirikan:
1. Kesultanan Melayu Melaka.
2. Kisah Hang Tuah Laksamana Terbilang.
3. Bebas tetapi mesti berkaitan dengan
Malaysia.

• Kemudian, anda diminta membuat rakaman
video semasa sedang bersyair.

• Murid dibenarkan menggunakan sebarang
prop dan latar belakang muzik untuk menarik
perhatian guru penilai.

• Hantar rakaman video tersebut mengikut
tarikh yang telah ditetapkan.

TENTATIF PROGRAM

PERTANDINGAN JEJAK PEJUANG
Tarikh 16 hingga 25 Ogos 2021

Isi-isi penting dalam • Murid boleh memilih seorang tokoh
pejuang kemerdekaan berdasarkan tajuk
kronologi: yang telah dipelajari.
✓ Nama tokoh
✓ Sejarah hidup • Kemudian, tuliskan ringkasan kronologi
✓ Apa yang perjuangan tokoh yang dipilih untuk
mencapai kemerdekaan pada kad manila
dilakukan? dan gunting dalam bentuk bulatan/segi
✓ Siapa yang empat.

membantu? • Kemudian, sambungkan bulatan dengan
✓ Apa peristiwa tali. Hasilnya akan kelihatan seperti seekor
ulat bulu/kereta api.
yang terpaksa
• Dilaksanakan di rumah.
dihadapi untuk

mencapai

kemerdekaan?
✓ Jasa terbesar

Tajuk Isi 1 Isi 2 Isi 3 Isi 4 Isi 5

AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : Pn. Sarina binti Shaari
N/ Pengerusi (Guru Besar SK Antara Gapi)

Penyelaras : En. Norazmi bin Mohd Azid
Setiausaha ( Penolong Kanan Pentadbiran )
Bendahari
Pn. Mazura binti Mohd. Sidek
( GPK HEM)

Pn. Junainah binti Othman
(GPK KoKurikulum)

Pn. Rustazah Salwa binti Hasan Basri
( GPK PPKI )

: Cik Nor Lela binti Mohamad Yunus
( Ketua Panitia Sejarah )

: Cik Wan Afiqah binti Wan Mohamad Hafiz
: Puan Hanizan binti Abdullah

Ahli Jawatankuasa :

i. AJK Buku Program pembukaan dan penutupan :
Cik Wan Afiqah binti Wan Mohamad Hafiz

ii. AJK Pertandingan :
Cik Nor Lela binti Mohamad Yunus
Cik Wan Afiqah binti Wan Mohamad Hafiz
Pn. Hanizan binti Abdullah
Pn. Norazlina binti Sulaiman
Pn. Norfazilah binti Mohammad Taib

iii. AJK Hadiah:
Pn. Hasliana binti Hasan

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version