NAMA: NUR AIN SOFEA BINTI MOHD KHAIDI ANGKA GILIRAN: 2021252340645 KELAS: E- PSV2 KOD / KURSUS: PSVK3462 - KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI PENSYARAH: ENCIK KIRHEBA MURUGAN A/L KRISHNAN MENGENAL KRAF TRADITIONAL E-PORTFOLIO PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 5 TEMA : ALAT DOMESTIK TUDUNG SAJI
5.0 LAKARAN LAYOUT DALAM BILIK DARJAH 1.0 PENGENALAN 2.0 BIDANG PSV 3.0 MENGENAL KRAF TRADISIONAL 4.0 BIDANG YANG DIPILIH 6.0 LAKARAN LAYOUT DALAM BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL 8.0 PROSES PENGHASILAN TUDUNG SAJI KANDUNGAN 9.0 HASIL AKHIR PRODUK SENARAI RUJUKAN 7.0 LINK VIDEO
Pendidikan Seni Visual adalah salah satu mata pelajaran yang penting dalam membantu membangunkan sahsiah diri dan pencapaian murid. Menerusi bidang PSV , murid digalakkan untuk membuat penerokaan terhadap hasil pengkaryaan supaya selaras dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR). Pembelajaran dalam PSV merupakan pembelajaran yang berasaskan suatu proses yang melibatkan domain kognitif, psikomotor dan afektif yang memberikan peluang kepada murid untuk mempertingkatkan pemikiran , keupayaan , dan pengalaman sendiri dengan karya seni (Anis Farahin Abdul Azizi et al., 2023) . Justeru, pembelajaran PSV yang berasaskan DSKP PSV memberikan impak yang besar kepada guru dalam melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan tentang seni terutamanya pengetahuan dalam bidang - bidang seni visual . Penghayatan murid terhadap bidang seni visual juga dapat menyumbang kepada pembentukkan insan yang mempunyai nilai estetika , kreatif dan inovatif dalam kehidupan. Dalam PSv KSSR, terdapat beberapa fokus yang boleh dijadikan panduan dalam pembinaan insan berliterasi seni iaitu melalui aktiviti aktiviti pengkaryaan , pengurusan , dan pembudayaan seni. 1.0 PENGENALAN KSSR Pendidikan Seni visual digubal berasaskan empat modul kurikulum seperti berikut: Model KSSR PSV Model Bahasa Seni Visual Model Kemahiran Seni Visual Model Kreativiti & Inovasi Seni Visual Model Apresiasi Seni Visual
2.0 BIDANG PSV 3.0 MENGENAL KRAF TRADISIONALKONSEP KRAF 4 Bidang PSV KSSR Menggambar Membuat Corak & Rekaan Mengenal Kraf Tradisional Membentuk & membuat Binaan Sukatan pelajaran PSV sekolah disusun alam pelbagai kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama iaitu : Kraf tradisional dapat didefinisikan sebagai hasil kerja tangan yang memerlukan kreativiti dan kemahiran tangan dalam penghasilannya. .Ia juga merujuk kepada kraf tangan yang diwarisi secara turun temurun daripada nenek moyang kepada ke generasi baharu. Ia juga mempunyai pengaruh budaya yang dapat dijelaskan dari aspek bentuk, gaya , ciri , garisan dan warnanya. Justeru, kraf tradisional dapat dihasilkan secara menenun, bertukang, mengukir , menempa, menganyam dan lain-lain. Tambahan pula,bahan yang biasa digunakan untuk kraf logam, tanah liat , benang dan sebagainya. Kepelbagaian jenis kraf tangan di Malaysia membuktikan seni tradisi turun temurun boleh dipelajari sama ada dari segi teknik , motif dan bahan yang digunakan dalam penghasilan kraf.
Labu Sayong Pasu Sarawak Belanga Kendi Jambangan Terenang CONTOH JENIS - JENIS KRAF TRADISIONAL Alat Domestik Alat domestik digunakan sebagai barangan untuk memudahkan urusan harian . Bahan -bahan Rotan, buluh, kayu, tanah liat , batu dan tembaga. Alat pertahanan diri digunakan sebagai alat memburu dan senjata oleh masyarakat terdahulu untuk melindungi diri daripada serangan musuh dan binatang buas. Bahan- bahan logam, besi dan kayu FUNGSI KRAF Penghasilan kraf tangan adalah disebabkan untuk memenuhi permintaan dan keperluan harian bagi masyarakat. Antara fungsi utamanya adalah sebagai kegunaan harian untuk memasak di rumah, alat permainan, alat pertahanan diri, dan barangan perhiasan untuk diri atau kediaman. Setiap kraf tradisional mempunyai keunikan yang tersendiri terutamanya dari aspek penggunaan dan pemilihan bahan yang berseuaian di samping memerlukan kreativiti , kesabaran dan ketelitian dalam proses penghasilannya. Alat Permainan Bola rotan Congkak Gasing Wau Alat permainan digunakan sebagai permainan untuk mengisis masa lapang selepas bekerja. Bahan -bahan Rotan, buluh, kayu, timah, loyang , Batik dijadikan pakaian , tirai , perhiasan dan kain sarung untuk masyarakat terdahulu. alat dan Bahan- bahan kain puith, lilin, canting pewarna Alat Pertahanan Diri Batik Tekat digunakan sebagai perhiasan , pakaian kerabat diraja istiadat dan upacara seperti perkahwinan, peminangan , kelahiran dan sebagainya. Bahan- bahan Benang emas, kain dasar baldu Tekat Tembikar Tembikar digunakan untuk memasak , menyimpan air, perhiasan dan kegunaan harian. Bahan- bahan Tanah liat, Anyaman Anyaman digunakan sebagai alat domestik, kegunaan harian dan perhiasan. Bahan- bahan Mengkuang, nipah, bulut, lidi Ukiran Ukiran digunakan sebagai hiasan di bahagian-bahagian bangunan, perabot , perkakas dapur dan peralatan rumah. Bahan- bahan kayu
Alat domestik dapat didefinisikan sebagai alat untuk kegunaan harian bagi masyarakat di Malaysia yang biasanya diperbuat daripada pelbagai jenis bahan seperti kayu, buluh, mengkuang, rotan, tembaga , logam, dan sebagainya. Ia biasanya digunakan di rumah sebagai perkakasan dapur bagi memudahkan urusan memasak. Teknik yang digunakan: Teknik anyaman selang -seli yang juga dikenali sebagai anyaman mata bilis. Hiasan corak : 4. 0 BIDANG YANG DIPILIH MENGEN:AL KRAF TRADISIONAL Tema : Alat Domestik Tajuk : Tudung Saji di Rumahku Definisi : Bermotifkan corak batik Alat dan Bahan Pensel,jangka lukis, gunting, gam , Eva foam, kain felt, pensel warna, pen penanda, kad manila, double sided tape,hiasan
5.0 LAKARAN LAYOUT DALAM BILIK DARJAH
5.0 LAKARAN LAYOUT DALAM BILIK DARJAH Lakaran di atas menunjukkan lakaran dalam bilik darjah semasa pelaksanaan aktiviti PSV. Susunan meja disusun secara berkumpulan seperti diatas adalah untuk memudahkan guru memantau kerja murid semasa melaksanakan aktiviti PSV yang dirancang pada hari tersebut . Susunan itu dapat memudahkan murid untuk berbincang dan bekerja secara berkumpulan semasa aktiviti PSV . Meja guru diletakkan di bahagian kanan kelas adalah untuk memastikan murid dapat melihat penerangan guru pada papan tulis tanpa halangan. Bakul sampah juga disediakan dan diletakkan berhampiran ruang bacaan di bahagian belakang kelas untuk memastikan murid tidak membuang sampah merata-rata dan sentiasa menjaga kebersihan kelas sepanjang aktiviti penghasilan tudung saji terutamanya semasa murid perlu untuk menggunting kertas bagi membuat anyaman pada tudung saji.
6.0 LAKARAN LAYOUT DALAM BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL
6.0 LAKARAN LAYOUT DALAM BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL Lakaran di atas menunjukkan lakaran dalam bilik PSV. Susunan meja murid adalah secara bulatan di mana meja guru diletakkan di tengah - tengah susunan bulatan meja murid untuk memastikan semua murid dapat melihat demonstrasi guru bagi aktiviti PSV dengan jelas. LCD juga ditempatkan di bahagian kanan hadapan kelas berhampiran almari guru dan papan putih supaya semua murid dapat melihat paparan skrin LCD dengan selesa semasa guru memaparkan slide pengajaran. Terdapat ruang pameran yang disusun bersebelahan dengan kabinet bertingkat untuk memudahkan murid membuat apresiasi seni dan mempamerkan produk mereka semasa prose apresiasi seni. Kedudukan stor adalah dipenjuru kanan di bahagian belakang dan bersebelahan dengan ruang kerja untuk memudahkan murid mengambil barangan yang diperlukan untuk aktiviti PSV . Justeru, kedudukan stor di penjuru adalah untuk memastikan keselamatan murid sentiasa terjaga terutamanya daripada perlatan yang berbahaya dan tajam. Tujuan sinki diletakkan berhampiran dengan ruang kerja adalah untuk membolehkan murid membersihkan tangan sejurus aktiviti PSV selesai.
PAUTAN LINK UNTUK KE VIDEO PENGAJARAN : 7.0 LINK VIDEO
8.0 PROSES PENGHASILAN TUDUNG SAJI Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4 Lakar satu rupa bulatan besar di atas kad manila bersaiz A3 dengan menggunakan jangka lukis. Lakarkan satu lagi rupa bulatan yang sederhana besar di tengah bulatan besar dengan menggunakan jangka lukis. Lakarkan corak batik di ruang antara bulatan luar dengan bulatan dalam menggunakan pensel . Warnakan corak batik dengan menggunakan pen penanda dan warnakan ruang antara bulatan luar dengan bulatan dalam dengan pensel warna.
Sambungan Langkah 6 Langkah 7 Langkah 8 Kemudian,guntingkan bulatan di bahagian luar. Lakarkan garis lurus di tengah bulatan dengan ukuran 1.5 cm sebagai tapak anyaman. Lipat bulatan kepada dua . Kemudian, guntingkan bahagian tengah mengikut garisan tadi. Ukur dan lakar garisan selari yang lebarnya berukuran 2 cm pada kain felt dan eva foam dengan menggunakan pensel dan pembaris. Langkah 5 Langkah 9 Guntingkan kain felt dan eva foam yang telah diukur . Anyam jalur kain felt dan eva foam secara berselang-seli pada tapak anyaman dengan motif ’ mata bilis’.
Sambungan Langkah 11 Langkah 12 Langkah 13 Kemaskan anyaman dengan melekatkan bahagian lebihan pada bahagian belakang bulatan. Kemudian , gunting dan lekatkan pada bahagian belakang kawasan yang dianyam. Hiaskan dengan bahan hiasan untuk menjadikan tudung saji lebih menarik. Langkah 10 Lakarkan satu bulatan yang sama saiz dengan bulatan dalam tadi pada kad manila. Guntingkan jejari bulatan. Bentukkan bulatan mejadi kon dengan melekatkan ” double sided tape” di bahagian dalam berhampiran jejari bulatan yang dipotong. Langkah 14
9.0 HASIL AKHIR PRODUK
RUJUKAN SENARAI
TERIMA KASIH