The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MESYUARAT AGUNG PIBG SRA JAIM KG TUN RAZAK 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Bunga_Sakura, 2021-12-31 02:42:17

MESYUARAT AGUNG PIBG SRA JAIM KG TUN RAZAK 2021

MESYUARAT AGUNG PIBG SRA JAIM KG TUN RAZAK 2021

MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI PERTAMA

SRA JAIM KG TUN RAZAK

31 DISEMBER 2021 (JUMAAT)
9.00 MALAM

SECARA ATAS TALIAN
(GOOGLE MEET)

DIRASMIKAN OLEH :
DATO’ CHE SUKRI BIN CHE MAT
PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAMA MELAKA

PERASMIAN . MESYUARAT PIBG . 2021

KATA ALUAN PERASMIAN

Terima Kasih kepada saudara Pengacara Majlis,
Yang Berusaha, Tuan HJ Muhammad Raflee Bin Uda,
Pengerusi Penaja PIBG,
Yang dihormati, Ustaz Nizam bin Kadir, Ketua Penyelaras
Pendidikan Agama Daerah Melaka Tengah, Yang
Berusaha, Ustazah Nor Farina Binti Hassan, Guru Besar
SRA JAIM Kg Tun Razak,
Penolong-Penolong Kanan,
AJK Penaja PIBG, Guru-Guru,
Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas
jemputan untuk hadir ke majlis hari ini dan seterusnya
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali Pertama sekolah
ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Pengerusi
dan Jawatankuasa Penaja PIBG kerana telah dapat
merancang, mengelola dan seterusnya melaksanakan
mesyuarat ini.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan
Seperti yang kita sedia maklum, majlis ini diharapkan dapat
membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab
bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu
pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid di sekolah,
selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian
antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat
PIBG dilihat sebagai pemangkin untuk ibu bapa dan guru-
guru saling berkomunikasi.

Tuan-tuan dan Puan-Puan
Sesungguhnya, majlis pada malam ini amat bermakna, di
mana pihak sekolah dan ibu bapa dapat bertemu untuk
berbincang dan mencari kata sepakat, demi kepentingan
dan masa depan semua pelajar. Permuafakatan
seumpama inilah yang menjadi kunci kejayaan PIBG dan
sekolah.

Dalam proses pembinaan insan yang dinamakan murid-murid
ini, pelbagai inisiatif, usaha dan program telah dilakukan.
Harus juga diingatkan kecemerlangan anak - anak kita
sebenarnya bermula di rumah. Sebagai ibu bapa, kitalah yang
akan menentukan sama ada anak-anak kita terdidik dengan
nilai - nilai yang murni dan mempunyai kekuatan dalaman
untuk berhadapan dengan segala gejala negatif di luar rumah.

Jelas, tanggungjawab menentukan keperibadian anak-anak
sebenarnya adalah tanggungjawab ibu bapa. Amat tidak adil
untuk melepaskan tanggungjawab itu sewenang-wenang ke
atas bahu guru dan pihak sekolah. Dalam konteks ini, PIBG
sekolah perlulah bersikap proaktif untuk menyumbang ke arah
usaha tersebut selain daripada membantu dalam kebajikan
pelajar, guru dan juga pembangunan sekolah.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan
Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengambil
kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih atas
jemputan ke majlis pada malam ini dan saya juga ingin
mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli jawatankuasa
bagi Penaja PIBG atas kelancaran majlis pada malam ini.
Dengan harapan itu, saya dengan sukacitanya merasmikan
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SRA JAIM
Kg Tun Razak Kali Pertama.
Sekian, terima kasih.

DATO’ CHE SUKRI CHE MAT
PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA

KATA ALUAN GURU BESAR

Assalamualaikum w.b.t..

Saya ingin mengucapkan kesyukuran kerana SRA JAIM Kg
Tun Razak telah berjaya mengadakan julung-julung kalinya
Mesyuarat Agung PIBG yang pertama dan alhamdulillah
dapat dijalankan dengan lancar. Saya juga ingin mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan
mengalu-alukan kehadiran kepada semua ibu bapa dan para
guru serta ucapan terima kasih ini juga kepada semua
jawatankuasa Penaja PIBG dan semua pihak. Kesungguhan
dan komitimen dalam menjayakan aktiviti-aktiviti sekolah ini
antara pihak sekolah dan Jawatankuasa Penaja PIBG
sangat penting dan saya berharap dapat diteruskan dan
permuafakatan ini demi kecemerlangan anak-anak kita di
SRA JAIM Kg Tun Razak

Ucapan tahniah juga diberikan kepada semua warga SRA
JAIM Kg Tun Razak dalam usaha melahirkan pelajar yang
cemerlang. Komitmen dan kerjasama dalam usaha
menyumbang idea yang ternyata telah memberikan impak
serta menjana kejayaan untuk setiap program akademik,
kokurikulum dan sahsiah pelajar dalam mengharumkan
nama SRA JAIM Kg Tun Razak. Saya berharap dapat
sokongan padu serta kerjasama daripada semua pihak
akan dapa memperkasakan SRA JAIM Kg Tun Razak
seterusnya menjadikan sebagai sebuah gedung ilmu yang
disegani.

Seringkali apabila disebut PIBG, ibubapa lebih cenderung
bertanggapan bahawa barisan jawatakuasa itulah PIBG.
Namun dalam konteks sebenar, perjalanan persatuan ini
adalah didokong sepenuhnya oleh semua ahli PIBG. Marilah
kita bersatu hati, bersama-sama berperanan sebagai
pengerak dalam memacu persatuan ini menjadi lebih
dinamik. Akhir kata bersama-samalah kita membina modal
insan yang mempunyai sahsiah murni dan berguna kepada
agama, bangsa dan negara.
Sekian terima kasih.

PUAN NOR FARINA BINTI HASSAN

GURU BESAR
SRA JAIM KG TUN RAZAK

KATA ALUAN PENGERUSI

Yang Berbahagia dan ucapan selamat datang
kepada Dato’ Che Sukri Che Mat, Pengarah
Jabatan Agama Islam Melaka,
selaku perasmi Mesyuarat Agung PIBG Kali
Pertama SRA JAIM Kg Tun Razak, Yang saya
hormati, Ustaz Nizam bin Kadir,
Ketua Penyelaras Pendidikan Agama Daerah Melaka Tengah,
Yang Berusaha, Ustazah Nor Farina Bt Hassan selaku
Guru Besar SRA JAIM Kg Tun Razak, Penolong-
Penolong Kanan Pentadbiran , AJK Penaja PIBG,
Guru-Guru,

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian.

Bersyukur kita kerana dapat kita sama-sama
berkumpul pada malam yang mulia ini, sempena Majlis
Mesyuarat Agung PIBG kali Pertama bagi SRA JAIM Kg
Tun Razak. Saya bagi pihak Jawatankuasa Penaja PIBG
merakamkan ucapan terima kasih di atas kerjasama
semua pihak dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG
sekolah ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada
Jawatankuasa Penaja PIBG dan guru-guru kerana telah
dapat merancang, mengelola dan seterusnya
melaksanakan mesyuarat ini.

Tuan-tuan dan Puan-Puan

Sesungguhnya, majlis pada malam ini amat
bermakna, di mana pihak sekolah dan ibu bapa dapat
bertemu untuk melantik, berbincang dan mencari kata
sepakat, demi kepentingan dan masa depan Semua
pelajar. Permuafakatan seumpama inilah yang menjadi
kunci kejayaan PIBG dan sekolah, selain
mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara
pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan

Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi
mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan
terima kasih di atas kerjasama jawatankuasa Penaja
PIBG yang lalu, di atas sumbangan yang diberikan di
dalam pelbagai bentuk, dan seterusnya mengucapkan
syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa PIBG yang
bakal dipilih dan dilantik sebentar nanti. Harapan saya
ialah supaya Mesyuarat Agung PIBG kali ini akan
dapat dijalankan dengan lancar. Akhir kata,
dengarlah serangkap pantun dari saya :

BUNGA DEDAP DI ATAS PARA
ANAK DUSUN PASANAG PELITA
KALAU TERSILAP TUTUR BICARA,
JEMARI DISUSUN MAAF DIPINTA

TUAN HJ MUHAMMAD RAFLEE BIN UDA,
PENGERUSI PENAJA PIBG
SRA JAIM KG TUN RAZAK

ATUR CARA PERASMIAN
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI PERTAMA

TARIKH : 31 DISEMBER 2021
HARI : JUMAAT
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT : SECARA ATAS TALIAN
(GOOGLE MEET KEDIAMAN MASING-MASING)

8.30 MALAM : PENDAFTARAN IBUBAPA DALAM GOOGLE MEET
DAN GOOGLE FORM

9.00 MALAM KATA-KATA ALUAN MAJLIS
BACAAN DOA

9.20 MALAM : UCAPAN PENGERUSI PENAJA PIBG
UCAPAN KETUA PENYELARAS PENDIDIKAN
AGAMA DAERAH MELAKA TENGAH (KPPADMT)
USTZ NIZAM BIN KADIR

10.00 MALAM :MESYUARAT AGUNG PIBG DIMULAKAN
11.00 MALAM : TAYANGAN MONTAJ

PENUTUP DAN BERSURAI

AGENDA MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI PERTAMA
31 DISEMBER 2021 / JUMAAT

TARIKH : 31 DISEMBER 2021
HARI : JUMAAT
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT : SECARA ATAS TALIAN

(GOOGLE MEET)

❖ UCAPAN PENGERUSI PENAJA PIBG
❖ UCAPAN GURU BESAR
❖ PEMBUBARAN JAWATANKUASA PENAJA PIBG
❖ PERLANTIKAN PENGERUSI DAN PENCATAT

MINIT SEMENTARA
❖ PEMILIHAN JAWATANKUASA
❖ UCAPAN PENGERUSI PIBG YANG BAHARU
❖ HAL-HAL LAIN
❖ UCAPAN PENANGGUHAN
❖ TAYANGAN MONTAJ
❖ PENUTUP DAN BERSURAI

NOTIS
MESYUARAT
AGUNG PIBG

SRA JAIM KG TUN RAZAK



LAPORAN
AKTIVITI
TAHUNAN

SRA JAIM KG TUN RAZAK

LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN
SRA JAIM KG TUN RAZAK

SEPANJANG SESI 2020/2021 PIHAK SEKOLAH SRA
JAIM KG TUN RAZAK TELAH MENJALANKAN
BEBERAPA AKTIVITI YANG BERSESUAIKAN
DENGAN FUNGSINYA.

1. MENJALANKAN 2 KALI MESYUARAT PENAJA
PIBG.
2. MEMBANTU MENINGKATKAN KEMUDAHAN
PERABOT, PRASARANA DAN INFRASTRUKTUR
SEKOLAH.
3. MEMBANTU PENGURUSAN DISIPLIN
4. MENAMPUNG SEBAHAGIAN PERBELANJAAN
BAIK PULIH KEMUDAHAN SEKOLAH, AKTIVITI KO-
KURIKULUM, KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN DAN
UJIAN SERTA FOTOSTAT.
5. BERSAMA DENGAN PIHAK SEKOLAH
MENJAYAKAN AKTIVITI AKTIVITI YANG TELAH
DIJALANKAN SEPANJANG TAHUN 2021 WALAU
PUN DI MASA PKP

 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN

SRA JAIM KG TUN RAZAK

6. BERSAMA DENGAN PIHAK SEKOLAH MENJAYAKAN
AKTIVITI - AKTIVITI SEPERTI BERIKUT :

1.SANITASI BOMBA KALI PERTAMA
2.BACAAN YASSIN BAGI PEMBUKAAN SEKOLAH
3.PENYAMPAIAN ANUGERAH UPKK
4.KELAS TAMBAHAN UPKK BERSEMUKA
5.PROGRAM MENTOR MENTI UPKK 2021
6.KONGSI REZEKI
7.KHATAM AL-QURAN
8.KELAS TAMBAHAN UPKK ATAS TALIAN / MAYA GOOGLE
MEET
9.TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPKK
10.KELAS PDPR SECARA ONLINE DARJAH 1, 2, 3, 4, 5 &
6 SECARA ATAS TALIAN
11.SAMBUTAN HARI KEBESARAN ISLAM
12.SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH
13.SAMBUTAN PENUTUPAN HARI KEBANGSAAN DAN
HARI MALAYSIA
14.PEYAMPAIAN HADIAH KEMERDEKAAN
15.SEMINAR WEBINAR PRINTING UPKK 2O21
16.SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN UNTUK MPKAFA
SETIAP 2 MINGGU SEKALI (JUMAAT MALAM)
17.KELAS TAMBAHAN UPKK ATAS TALIAN / MAYA
GOOGLE MEET
18. SEMINAR WEBINAR BERSAMA USTAZ FADLY SAMIN
( JAZIM )
19. MAJLIS MOHON RESTU IBUBAPA/PENJAGA BERSAMA
PU USTAZ FAKRUL ISLAM (PENCETUS UMMAH)

ANALISA
PEPERIKSAAN

UPKK

SRA JAIM KG TUN RAZAK

UPKK KESELURUHAN
SRA JAIM KG TUN RAZAK

2018, 2019 & 2021

TAHUN BIL CALON BIL CALON A % B % C % D %
BERDAFTAR HADIR

2018 178 177 111 62.7 45 25.4 21 11.9 0 0.00
2019 197 % 2% 8% %
2021 285
196 90 45.9 73 37.2 30 15.3 3 1.5
% 4% 1% %

283 KEPUTUSAN PENUH BELUM DI MAKLUMKAN

70

60

50

40

30

20

10

0 2019
2018

ABCD

JAWATANKUASA
PELAKSANA

JAWATANKUASA PELAKSANA

BIL JAWATANKUASA PELAKSANAAN

1 PENASIHAT NOR FARINA BT HASSAN

2 JEMPUTAN/ NOR FARINA BT HASSAN

PERLAKSANAAN NOR ASHIKIN BT MOHAMED

3 JURUACARA NURFATIN ATHIRAH BT HAIRANI
MAJLIS

4 BACAAN DOA AZMIL SHAH BIN MOHD SHAH

5 PENGIRA UNDI SITI SAKINAH BT FIAUZI
MARIAM BT YA’ACOP

6 FOTOGRAFI/ KHAIRUNNISA BT SALIM
RAKAMAN NURUL IMAN BT ABAS
MESYUARAT ROSLINA BT KARIM
NOR’AIN BT NORZAIHAN

7 BUKU ATUR NOR ASHIKIN BT MOHAMED
CARA

8 SIARAYA & GM/ NOR ASHIKIN BT MOHAMED
DOKUMENTASI

9 PENCATAT MINIT NOR ASHIKIN BT MOHAMED

SEMENTARA NADHIRAH BT ZULKEFLI

NORNADIYAH BT MUHAMAD

ROSZAIMI BT MOHAMED RASIP

MARIAH BT ABD HADI

10 BACAAN NOR FARINA BT HASSAN
CADANGAN NOR’AIN BT NORZAIHAN
NAMA AJK PIBG

11 VIDEO MONTAJ NURFATIN ATHIRAH BT HAIRANI

SEKALUNG
PENGHARGAAN

SEKALUNG
PENGHARGAAN

YBGH DATO’ SHE SUKRI BIN CHE MAT
PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA

USTAZ NIZAM BIN KADIR
KETUA PENYELARAS PENDIDIKAN AGAMA

DAERAH MELAKA TENGAH (KPPAD)

TUAN HJ MUHAMMAD RAFLEE BIN UDA
PENGERUSI PENAJA PIBG

ENCIK NORFAIZAL RIZA BIN NORDIN,
NAIB PENGERUSI PENAJA PIBG

ENCIK AHMAD BIN JAAMAD,
JPKK KG TUN RAZAK

PUAN NOR FARINA BT HASSAN
GURU BESAR SRA JAIM KG TUN RAZAK

UNIT PENTADBIRAN SRA JAIM KG TUN RAZAK

SEMUA GURU-GURU SRA JAIM KG TUN RAZAK

SEMUA IBUBAPA YANG TERLIBAT DAN HADIR

TERIMA KASIH
DARI SEMUA WARGA

PENDIDIK
SRA JAIM KG TUN RAZAK


Click to View FlipBook Version