The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT GURU BIL 1 TAHUN 2020-pdf

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syafinas mazlan, 2020-06-21 08:41:57

MINIT MESYUARAT GURU BIL 1 TAHUN 2020-pdf

MINIT MESYUARAT GURU BIL 1 TAHUN 2020-pdf

MESYUARAT GURU/2020-BIL.1

Tarikh/Hari MINIT MESYUARAT GURU
Hari MADRASAH TARBIAH ISLAMIAH KG CHATIN
Masa
Tempat BIL.1 TAHUN 2020

: 13 Februari 2020
: Khamis
: 2.30 petang
: Dewan MTI

KEHADIRAN :

BIL. Nama Guru Jawatan

1. Mohd Anis b Mahmud Pengetua / Pengerusi

2. Abdul Manaf b Yunus Penolong Kanan HEM

3. Muhammad Akashyah b Khalil Safri Penolong Kanan Kokurikulum

4. Haslinda bt Hussin Setiausaha Kurikulum

5. Jumilah bt Abdullah Sidek Setiausaha HEM

6. Suriani bt Saad Setiausaha Kokurikulum

7. Norazizan bt Azaz Setiausaha Induk MTI

8. Nuraina Mardhiah bt Abu Setiausaha Pengurusan Aset Kerajaan

9. Fikirudin b Nordin Setiausaha Kedatangan dan Jadual Waktu

10. Maizura bt Mohd Aluwi Setiausaha Pengurusan Data

11. Madihah Nikmah bt Mohd Hamidim Setiausaha Pengurusan SKPMg2

12. Shariffah Nur Farhatun bt Syed Ab Aziz Setiausaha Dialog Prestasi

13. Wan Nur Hikmah bt Wan Muhammad Setiausaha LADAP/SPLGKPM

14. Zulhaimi b Narin Penyelaras Bilik Guru

15. Suhailah bt Othman Penyelaras Dewan/Bilik Kaunseling

16. Mohd Faiz b Wahab Penyelaras Stor Sukan

17. Tengku Hanis bt Tengku Badring Shah Penyelaras BOSS

18. Al Bukhari b Mohd Hashim Penyelaras Surau

19. Siti Roqayah bt Razali Penyelaras Bilik Tahfiz Puteri

20. Noor Azura bt Ab Rahman

21. Noraziah bt A. Rahman

22. Nurul Nadirah bt Aw Mohd Nor

23. Emy Syakila bt Mohd Muslan

24. Ahmad Faiz b Osman

25. Ahmad Mustafarudin b Azieh

26. Muhd Fazli b Supar

27. Norizan bt Yusof

28. Zainab bt Abdul Rahim

29. Muhammad Luqman Nul Haqq b Mohd Saifuddin

30. Najwa bt Abu Samah

31. Norhayani bt Mat Deris

32. Asmaq bt Kamazlan

MESYUARAT GURU/2020-BIL.1

33. Nurul Masitah bt Sapai Setiausaha Mesyuarat Guru
34. Siti Zainab bt AB Rahim@Khanafiah
35. Nurul Syafinas bt Mazlan

TIDAK HADIR (dengan kenyataan):

Nor Ain bt Haji Sulaiman Cuti Sakit

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada semua ahli mesyuarat ke mesyuarat
pengurusan dan pentadbiran.

1.2 Pengerusi memaklumkan perbezaan Mesyuarat Guru dan Mesyuarat Pentadbiran
berbeza. Mesyuarat Pentadbiran melibatkan pentadbir dan GKMP dan Guru Kaunselor
manakala Mesyuarat Guru melibatkan semua guru ini berdasarkan klasifikasi fail
daripada kementerian.

1.3 Perjumpaan kali ini dinamakan Mesyuarata Guru walaubagaimanapun kita mengambil
minit mesyuarat yang pertama pada bulan Disember untuk disahkan atau dibincangkan
perkara-perkara berkaitan sepertimana yang telah dibekalkan oleh Ustazah Syafinas
selaku Setiausaha Mesyuarat Guru dan Setiausaha Pengurusan dan Pentadbiran.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BIL. 1 TAHUN 2020

2.1 Minit Mesyuarat Pengurusan dan Pentadbiran Bil. 1 Tahun 2020 telah disahkan
tertakluk dengan pindaan seperti berikut:
Pencadang: Cik Najwa bt. Abu Samah
Penyokong: Puan Nurul Masitah bt Sapai

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Para 1.2 Bil. 1/2020 Jawatan Setiausaha
Setiausaha ko-kurikulum secara rasminya Cik Suriani.

Makluman

Para 3.7 Bil. 1/2020 Tandas Guru Perempuan
Puan Maizura memaklumkan masalah air. GPK HEM menasihatkan agar tandas tersebut dikunci
bagi memastikan tangki air tidak kering digunakan oleh pelajar asrama lelaki. Puan Nasuha

MESYUARAT GURU/2020-BIL.1

dipertanggungjawabkan memegang kunci tandas. Satu salinan kunci diletakkan dalam bilik guru
perempuan.

Makluman

Para 3.8 Bil. 1/2020 Pentaksiran Bilik Darjah(PBD)
Pengerusi memaklumkan GPK Kurikulum telah memaklumkan berkaitan PBD dalam mesyuarat
ketua panitia. Ketua panitia perlu menyampaikan dalam mesyuarat panitia. Panitia yang telah
mengadakan mesyuarat antaranya RBT dan Syariah. Pengerusi memaklumkan, 13 Febuari 2020
terlalu lambat untuk mengadakan mesyuarat panitia. Tempoh akhir untuk adakan Mesyuarat
Panitia pada Jumaat 21 Febuari 2020. Elakkan mengguna waktu pdp melainkan guru tiada pdp
untuk waktu tersebut. Sila maklumkan kepada guru jadual sekiranya ingin mengadakan mesyuarat
untuk persediaan jadual relief. Mesyuarat panitia penting untuk memaklumkan maklumat yang
perlu dikemaskini termasuklah berkaitan PBD sepertimana yang telah dikongsikan oleh GPK
Kurikulum.

Makluman dan Tindakan: Ketua Panitia

Para 4.1.1 Bil. 1/2020 Yuran Pelajar 2019
Cik Najwa memaklumkan semua pelajar sudah melangsaikan yuran sekolah kecuali pelajar
tingkatan 5. Tindakan akan diambil semasa keputusan SPM keluar, sijil berhenti tidak akan
diberikan sehingga hutang dilunaskan.

Makluman dan Tindakan: Guru Kelas Tingkatan 5 2019

Para 4.1.5 Bil. 1/2020 Fail Panitia dan Laporan Tahunan
Pengerusi menekankan berkaitan minit mesyuarat akhir panitia dan meminta ketua panitia
mengambil tindakan dan pengemaskinian berkaitan hal tersebut.

Makluman dan Tindakan: Ketua Panitia

Para 4.1.8 Bil. 4/2019 Bilik Stor Khas
Pengerusi memaklumkan duit perlu dikawal untuk pembinaan asrama baru memandangkan berlaku
penambahan kos RM100,000 dan pailing RM38,000 sehingga pembinaan selesai dan melihat baki

MESYUARAT GURU/2020-BIL.1

duit atau melihat kepada asrama lama. Maka cadangan untuk mewujudkan bilik ABM, bilik SU
Peperiksaan dan bilik SU Disiplin di Bilik Guru Lelaki terpaksa ditangguhkan.

Makluman

Para 4.1.12 Bil. 4/2019 MyPortfolio
Pengerusi memaklumkan di bahagian maklumat peribadi terdapat penyemak dan pengesah.
Penyemak adalah GPK 1 dan pengesah adalah Pengetua setelah dimaklumkan oleh Puan Nasuha.

Makluman

Para 4.2.1 a. Bil. 1/2020 Buku Rekod Masuk Kelas
Pengerusi memaklumkan bahawa telah membuat analisa guru yang menandatangani buku rekod
masuk kelas selama dua minggu. Manakala bagi dua minggu terakhir masih belum berkesempatan.
Pengerusi mengingatkan berkaitan guru relief ia merupakan satu arahan dan perkara yang rasmi
guru perlu masuk kelas relief. Sekiranya apa-apa perkara berlaku dalam kelas tersebut guru tiada
dan keluar dengan sebab yang betul dengan surat daripada JPN atau bawa pelajar wakil sukan dan
sekolah menyediakan jadual guru relief maka ia merupakan arahan yang rasmi. Bagi guru yang
ingkar apa-apa berlaku dan guru tidak masuk ke kelas maka guru tersebut akan
dipertanggungjawabkan. Pengerusi memohon agar guru masuk waktu relief sekiranya tidak dapat
masuk sila maklumkan masalah. Buku rekod masuk kelas tidak bertanda kerana guru tidak masuk
relief dan apabila ditanyakan kepada pelajar guru yang masuk relief lupa tandatangan. Pengerusi
mohon tindakan guru kelas untuk maklumkan kepada ketua kelas semak setiap kali guru keluar
pastikan guru menandatangan buku rekod masuk kelas. Sekiranya guru tidak dapat masuk sila
buatkan catatan dalam buku rekod masuk kelas kerana catatan tersebut penting dan jangan biarkan
kosong.

Makluman dan Tindakan: Semua Guru

Para 4.3 Bil. 1/2020 Kewangan
Puan Maizura telah bertanyakan mengenai pihak yang menguruskan kewangan sekolah. Pengerusi
memaklumkan pembantu tadbir yang menguruskan kewangan dan dibahagi dua iaitu akaun
sekolah diuruskan oleh Puan Zinnirah dan akaun asrama diuruskan oleh Encik Fauzan.

Makluman

MESYUARAT GURU/2020-BIL.1

Para 4.5 Bil. 1/2020 Tugasan Guru 2020 Unit Pengurusan
Pengerusi memaklumkan ada sedikit perubahan Tugasan Guru 2020 unit pengurusan yang
berkaitan dengan Ko-Kurikulum. Puan Farhatun bertanyakan mengenai surat lantikan dan
Pengerusi memaklumkan bahawa perkara tersebut belum selesai. Pengerusi memaklumkan
Setiausaha Ko-Kurikulum Cik Suriani, Setiausaha Sukan dan Permainan Encik Faiz, Penyelaras Sukan
dan Permainan Puan Norizan, Penyelaras Kelab dan Persatuan Puan Siti Zainab dan Penyelaras Unit
Beruniform Puan Sharifah Farhatun. Encik Akasyah memaklumkan ada perubahan dalam Ketua
Kelab Catur iaitu En Al Bukhari bertukar kepada Puan Masitah, Ketua Kelab Ping Pong Puan Azura,
Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah iaitu Puan Aina bertukar kepada Puan Zainab.

Makluman

4.0 Dialog Prestasi

4.1 Pengerusi memaklumkan dialog prestasi peringkat daerah terdiri daripada
a. Kluster 01 – Enrolmen & kehadiran murid (bawah tanggunjawab HEM)
b. Kuster 02 – Kemenjadian murid (LMS/MTM) bagi pelajar SPM sahaja
c. Kluster 03 – Hal ehwal murid berkaitan disiplin

4.2 Menerusi dialog prestasi tersebut MTI telah dilibatkan dan maklumat berkaitan telah dibawa ke
SPI.

4.3 Pengerusi memaklumkan kluster 01 berkaitan isu pelajar berpindah
i. Punca pelajar tingkatan 1 - mengikut keluarga dan tidak menguasai semua subjek
ii. Punca pelajar tingkatan 3 – menerima tawaran dan mengikuti keluarga
iii. Punca pelajar tingkatan 4 – berpindah mengikut keluarga dan menukar aliran ke sekolah
harian

4.4 Program intervensi

4.4.1 Pengerusi menjelaskan isu tidak menguasai semua subjek dan sekolah perlu

mengadakan program peningkatan penguasaan semua subjek terutama subjek DINI.

MESYUARAT GURU/2020-BIL.1

4.5 Tindakan sekolah

4.5.1 Pengerusi mengingatkan tindakan guru tingkatan 3 yang mengajar subjek DINI

menyediakan program yang bersesuaian supaya pelajar tingkatan 3 tidak gagal dalam

subjek DINI.

4.6 Pengerusi memaklumkan tapak PUAS boleh dapatkan daripada Setiausaha SPM Puan Masitah.
Pengerusi minta disediakn bagi persediaan dialog prestasi bagi 3 subjek DINI iaitu Al-Lughah Al-
Arabiah Al-Muasirah, Al-Syariah dan Usuluddin.

Makluman dan Tindakan: Guru Dini Tingkatan 3

4.7 Kluster 03 – Enrolmen kehadiran

4.7.1 Pengerusi memaklumkan peratus kehadiran tahun 2019 KPI 98.5% namun MTI perolehi

98.23% sahaja tidak mencapai KPI. Kedudukan dalam daerah MTI yang kedua. Tahun

2020 KPI 98.30% target yang dibincangkan bersama HEM & PPD. Program untuk

mencapai KPI antaranya rawatan ke klinik, penjagaan kesihatan berkala dan gotong-

royong membersihkan dan mengemas asrama.

Makluman

4.8 Kluster 02 – Kemenjadian murid (LMS/MTM) bagi pelajar SPM subjek Sejarah & Bahasa

Melayu

4.8.1 PPD mohon data Program Utama Akademik Sekolah (PUAS) untuk subjek kritikal

Matematik, Bahasa Inggeris, LAM dan Perniagaan serta program akademik subjek

tersebut.

Makluman dan Tindakan: Guru SPM

4.9 Kluster 04 – Kajian Tindakan Tahun 2019

4.9.1 Makluman daripada Puan Madihah dilakukan oleh Tuan Haji Mohd Hamidim berkaitan

Kajian Pengurusan)

Makluman

MESYUARAT GURU/2020-BIL.1

4.9.2 GPK HEM mengingatkan berkaitan APDM perlu dilengkapkan sebelum pukul 9 pagi dan
kelewatan akan menyebabkan peratus kehadiran jatuh. Cik Najwa melaporkan bahawa
masalah sistem menyebabkan kelewatan guru kelas melengkapkan APDM pada waktu
yang sepatutnya. Encik Fazli memaklumkan bahawa kekangan masa guru pdp awal pagi
penyebab kelewatan melengkapkan APDM. Guru kelas yang tidak hadir maklumat
APDM akan dilengkapkan oleh Setiausaha APDM. Puan Farhatun memaklumkan ketua
kelas tidak menghantar slip kehadiran kelas. Pengerusi berkongsi kaedah terbaik
mengambil kehadiran selepas bacaan mathurat pelajar dan susunan barisan mengikut
kelas bermula 14 Februari 2020 (Jumaat). GPK HEM minta guru kelas sentiasa peka
dengan kehadiran pelajar kelas.

Makluman dan Tindakan: Guru Kelas & Setiausaha APDM

5.0 SKPMG2

5.1 Pengerusi memaklumkan tarikh akhir penyerahan data SKPMG2 pada 21 Mac 2020. Terdapat
pegawai penilaian bagi setiap individu perlu buat serta mengikut jawatan.
- Tempoh pengisian PUAS dua minggu (17 Februari 2020 – 28 Februari 2020)
- Pengumpulan borang ke Setiausaha SKPMG2 (02 Mac 2020 – 09 Mac 2020)
- Pengejaran (09 Mac 2020 – 13 Mac 2020)
- Tempoh key-in data (16 Mac 2020 – 20 Mac 2020) dan
- Penutupan sistem (22 Mac)
Guru perlu alert sekiranya menerima borang seterusnya oleh Setiausaha SKPMG2.

Makluman dan Tindakan: Semua Guru

5.2 Pengerusi memaklumkan evidens paling diperlukan iaitu minit mesyuarat panitia. Puan
Farhatun bertanya mengenai bentuk evidens yang perlu disediakan samada softcopy atau
hardcopy. Pengerusi memaklumkan evidens tersebut perlu ada memadai softcopy dan apabila
diminta dapat disediakan. Pengetua mengingatkan surat panggilan mesyuarat dan minit
mesyuarat panitia tersebut mesti disimpan dalam Fail Induk Panitia di pejabat. Pengerusi
mengingatkan Fail Induk Panitia boleh diambil dan dipinjam daripada pejabat dengan catitan
pada borang yang disediakan.
Makluman dan Tindakan: Panitia

MESYUARAT GURU/2020-BIL.1

5.3 Setiausaha SKPMG2 bertanyakan berkaitan sumber iklim, sumber kepatuhan dan sumber
pendidikan. Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat ini merupakan mesyuarat pertama
SKPMG2. Pembahagian dan senarai yang dilantik berkaitan sumber iklim, sumber kepatuhan
dan sumber pendidikan akan ditentukan dalam mesyuarat yang akan datang dengan lebih
detail.

Makluman

6.0 Profesional Learning Community (PLC)

6.1 Setiausaha PLC Puan Azura berkongsi berkaitan Jenis-jenis PLC, Carta alir pelaksanaan PLC,
Laporan, No Rujukan dan Pelaksanaan PLC dalam panitia.

6.2 Setiausaha PLC memaklumkan laporan dalam bentuk word disediakan mengandungi nama
peserta, guru yang bertanggungjawab berkaitan program, tarikh, sasaran dan gambar, ulasan
guru yang bertanggungjawab dan komen daripada pihak pengurusan.

6.3 Setiausaha PLC menjelaskan carta alir pelaksanaan PLC mula, pembentukan AJK dalam panitia,
siapa yang terlibat, pelaksanaan PLC perlu isi borang, borang diisi masukkan dalam SPLKPM,
perlu maklum kepada Setiausaha LADAP, seterusnya Setiausaha LADAP akan menyokong
maklumat yang diberi.

6.4 Setiausaha PLC berkongsi No. Rujukan PLC sekolah CFT7001 600-5/1/12 dan ditulis dalam
sistem SPLKPM

6.5 Setiausaha PLC memaklumkan pelaksanaan PLC dalam panitia diputuskan bersama Pengetua
dijalankan sebanyak dua kali sahaja setahun. Bagi bulan Febuari panitia yang perlu jalankan PLC
dalam panitia adalah Geografi dan RBT.

Makluman dan Tindakan: Semua Guru

7.0 Peperiksaan – UP1

7.1 Encik Mustafarudin memaklumkan tarikh peperiksaan UP1 akan bermula pada
- Tingkatan 1- 4 pada 02 Mac – 12 Mac 2020

MESYUARAT GURU/2020-BIL.1

- Tingkatan 5 pada 02 Mac – 25 Mac 2020 (kertas peperiksaan mengikut format SPM sebenar)

7.2 Kertas soalan perlu diserahkan untuk cetakan sebelum 22 Mac 2020 dan pastikan kertas soalan
telah disemak oleh Ketua Panitia atau Guru Kanan Mata Pelajaran dan telah disahkan oleh Tuan
Pengetua atau barisan GPK.

7.3 Tarikh akhir penyerahan markah menengah bawah pada 30 Mac 2020 bagi menengah atas pada
08 April 2020.

7.4 Peperiksaan akan bermula dengan subjek akademik dan disusuli subjek buuth.

7.5 Encik Fazli memaklumkan berkenaan penyelarasan cover kertas peperiksaan. Setiausaha
Peperiksaan Dalaman menyediakan cover Peperiksaan Akademik manakala Setiausaha SMA
akan menyediakan cover Peperiksaan Buuth.

7.6 Ujian lisan DINI akan dibincangkan dalam mesyuarat panitia.

7.7 Guru perlu masuk kelas peperiksaan mengikut jadual pdp seperti biasa.

7.8 Pengetua mengingatkan, guru perlu berada dalam kelas mengikut jadual pdp masing-masing
walaupun tiada peperiksaan pada waktu tersebut. Bagi memastikan kelas tidak ditinggalkan
tanpa guru dan mengelakkan apa-apa kemungkinan berlaku.

7.9 Soalan peperiksaan yang disediakan perlu menepati JSU yang ditetapkan.

Makluman dan Tindakan: Semua Guru

8.0 Hal-hal lain

8.1 Encik Fikirudin memakluman 14 Febuari 2020 (Rabu) guru-guru akan menerima jadual baru.
Jadual akan diletakkan di atas meja Encik Syakirin dan boleh diambil selepas pukul 10 pagi.
Minta guru kelas untuk mengedarkan jadual ke kelas masing-masing.
Makluman dan Tindakan: Semua Guru & Guru Kelas

MESYUARAT GURU/2020-BIL.1

8.2 Pengetua memaklumkan perubahan guru kelas 1 Tahfiz Puan Aina, 2 AL Khawarizmi Encik
Mustafarudin dan 4 Tahfiz Cikgu Norazizan. Perubahan guru subjek Tafsir 2 Al Khawarizmi
Encik Mustafarudin dan guru subjek Tafsir 2 Farabi Cik Nadirah.
Makluman

8.3 Cik Hayani memaklumkan Mahrajan Al-Quran peringkat sekolah akan diadakan pada 19
Febuari 2020. Kategori yang dipertandingkan Hafazan individu dan Syarahan mengikut
rumah sukan. Kategori syarahan menengah atas dan bawah perlu menghantar seorang
wakil sahaja.
Makluman

8.4 Puan Suhaila memaklumkan 14 Febuari 2020 akan diadakan Program Mento Mentee kali
pertamamodul bertajuk Kenapa Kita Ada Di Sini. Kumpulan Mento Mentee mengikut
kumpulan usrah. Bagi Majlis Perasmian Program Amalan Guru Penyayang akan diadakan
pada 24 Febuari 2020 digabung bersama Perasmian Program Ziarah Cakna dan Program
Jom Ke Sekolah.

Makluman

9.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.46 petang dengan ucapan terima kasih daripada pengerusi
kepada semua ahli mesyuarat.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(NURUL SYAFINAS BINTI MAZLAN) (MOHD ANIS BIN MAHMUD)
Setiausaha, Pengetua,
Pengurusan dan Pentadbiran,
Madrasah Tarbiah Islamiah Madrasah Tarbiah Islamiah (SABK)
(SABK), Kg Chatin, 28400
Mentakab.
Tarikh: 13 Februari 2020


Click to View FlipBook Version