HAAKRAIDAENMUIKGE2R0A2H1
SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA'
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA'
DIRASMIKAN OLEH :
DR. HAJI AZHAR BIN HAJI AHMAD
PENGARAH
BAHAGIAN PROFESIONALISME GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
9:00 PM - 25 September YOUTUBE RASMI
10:30 PM Sabtu FB RASMI
SMITQ HIRA'
HAAKRAIDAENMUIKGE2R0A2H1
SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA'
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA'
ISI KANDUNGAN
HAAKRAIDAENMUIKGE2R0A2H1
SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA'
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA'
KATA ALU-ALUAN
PERASMI
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillahi robbil alamin, wabihi nasta’in, washolatu wassalamu,
ala ashrofil anbiya-i walmursalin, wa’ala alihi wa ashhabihi ajma’in.
Yang saya muliakan Dr Abdul Rahman bin Mohamed, Pengerusi
Lembaga Pengelola Institut Pendidikan Hira’.
Tuan Haji Mohamed Fariz bin Mohamed Fadhlullah, Pengurus Besar Institusi Pendidikan
Hira’. Yang saya muliakan Dr Ir Haji Nazaruddin Bin Ishak, Yang dipertua Persatuan
Ibubapa dan Guru Institusi Pendidikan Hira’.Yang saya muliakan, sahabat saya Ustaz
Isharuddin bin Ismail, Pengetua Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-
Quran Hira’ Jeram, Selangor. Yang saya muliakan barisan para pendidik, ibubapa dan
seterusnya anak-anak pelajar yang diraikan pada majlis pada malam ini.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kita rafakkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan
izin dan inayah-NYA kita dapat bersama berkumpul dalam Majlis Anugerah Akademik tahun
2021 anjuran Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Mahaad Tahfiz Al-Quran Hira’ pada
malam ini. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak lembaga dan juga pihak pengurusan
Sekolah Menengah Islam Hira’ dan juga Mahaad Tahfiz Al-Quran Hira’ atas kesudian untuk
menjemput saya bersama-sama di dalam majlis pada malam ini dan seterusnya
menyampaikan sepatah dua kata di dalam majlis pada malam ini.
Sesungguhnya majlis seperti ini sangat memberi makna yang besar bukan sahaja kepada
para pendidik dan ibubapa, tetapi juga kepada anak-anak yang kita raikan pada malam ini.
Khususnya dalam perjuangan mereka untuk meneruskan pengajian dan menentukan hala
tuju yang lebih jelas kepada masa hadapan mereka di dalam kehidupan ini. Majlis seperti
ini juga seharusnya menjadi wadah untuk kita sama-sama mensyukuri segala nikmat yang
dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita khususnya kepada anak-anak sekalian yang
diberikan peluang untuk mendapat pendidikan yang terbaik, mendapat pendidikan yang
istimewa, pendidikan yang sangat komprihensif yang insyaa Allah saya kira akan menjadi
bekalan yang sangat berharga kepada anak-anak sekalian khususnya untuk menjalani
kehidupan di dunia dan insyaa Allah di akhirat nanti. Dan saya kira inilah juga adalah satu
wadah dimana kita dapat menumpukan rasa terima kasih dan juga kesyukuran kita di atas
segala jasa bakti yang telah dicurahkan oleh para pendidik dan ibubapa kita yang telah
melakukan banyak pengorbanan demi masa depan anak-anak yang mereka kasihi.
2
HAAKRAIDAENMUIKGE2R0A2H1
SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA'
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA'
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah, khususnya kepada anak-anak yang
diraikan dalam majlis pada malam ini kerana telah berjaya dengan cemerlang dalam
pelajaran mereka khususnya dalam perperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu disebalik
segala cabaran yang terpaksa kita lalui bersama ketika pendamik ini serta kejayaan anak-
anak dalam pelbagai program pendidikan yang telah dilalui di sekolah ini khususnya terutama
sekali dalam proses menghafaz Al-Quran dan juga penghayatan dalam kehiduapan yang
berasaskan kepada ajaran Islam sepanjang tempoh berada di sekolah ini. Saya kira
sesungguhnya setiap detik yang telah dilalui oleh anak-anak sekalian, setiap patah perkataan
yang telah dicurahkan kepada para pendidik oleh guru-guru kita dan setiap ayat yang telah
kita cuba fahami, ayat-ayat dan juga pelajaran yang kite telah ingati merupakan mutiara-
mutiara yang sangat berharga kepada kehidupan anak-anak sekalian sebagai bekalan untuk
meneruskan perjuangan dalam kehidupan yang mendatang.
Dalam kesempatan ini juga saya ingin mengajak anak-anak sekalian, agar sentiasa
menghargai segala jasa dan pengorbanan kedua ibubapa kita dan guru-guru yang telah
banyak berbakti memberikan pendidikan yang terbaik kepada kita selama ini. Dan pada masa
yang sama kita juga sentiasa mendoakan kepada Allah S.W.T agar sentiasa memberkati
kehidupan mereka di dunia dan di akhirat nanti InsyaaAllah. Sesungguhnya kecemerlangan
yang telah dicapai oleh anak-anak ini merupakan satu bukti kesungguhan usaha yang telah
dilakukan oleh para pendidik dan juga oleh ibubapa kita yang telah banyak berkorban dalam
kehidupan kita dan juga sebagai satu bukti kesungguhan anak-anak pelajar sendiri yang
selama ini telah bertungkus lumus berusaha untuk mencapai pelbagai kejayaan di dalam
alam persekolahan mereka. Namun, anak-anak yang saya hormati sekalian, semua ini tidak
akan memberi makna dan impak yang positif kepada anak-anak sendiri sekiranya segala ilmu
dan kemahiran yang telah diperolehi sepanjang alam persekolahan yang lalu hanya kita
tinggalkan di atas kertas atau di dalam sijil-sijil yang telah kita perolehi semata-mata. Tidak
kita amalkan, malah tidak kita hayati dalam kehidupan kita secara keseluruhannya.
Saya ingin memetik satu pepatah arab yang berbunyi
ِإَّنَم ا الِع ْلُم َم ا َنَفَع، َلْيَس الِع ْلُم َم ا ُحِف َظ
yang bermaksud bukanlah dinamakan ilmu itu apa yang kita hafal atau apa yang telah kita
kuasai tetapi ilmu itu adalah apa yang telah dapat kita manfaatkan terutama sekali dalam
kehidupan kita.
3
HAAKRAIDAENMUIKGE2R0A2H1
SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA'
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA'
Anak-anak yang saya kasihi sekalian,
Perjalanan anak-anak dalam menuntut ilmu sebenarnya masih jauh. Segala yang telah kita
perolehi selama kita berada dalam alam persekolahan, daripada sekolah rendah, mungkin
daripada tadika, sehinggalah anak-anak menamatkan pendidikan di peringkat tingkatan 5 di
sekolah menengah hanyalah merupakan asas untuk bekalan anak-anak dalam perjalanan
yang jauh ini. Untuk itu anak-anak semua perlu bersedia untuk melalui perjalanan yang jauh
ini dengan mempersiapkan diri sebaiknya agar perjalanan anak-anak nanti akan terus
diberkati oleh Allah S.W.T, akan dipermudahkan dan seterusnya akan dikurniakan kejayaan
yang lebih cemerlang InsyaAllah.
Antara persiapan yang anak-anak perlu lakukan adalah dengan menghiasi diri dengan adab-
adab yang betul sebagai seorang penuntut ilmu. Antara adab yang kita perlu aplikasikan
sebagai penuntu ilmu ialah dengan kita mengikhlaskan niat kita menuntut ilmu semata-mata
kerana Allah S.W.T dan untuk mendapat keredaan Allah S.W.T. Hanya amalan yang ikhlas
sahaja yang sebenarnya akan diterima Allah S.W.T dan InsyaAllah akan diberkati olehNya.
Oleh yang demikian saya ingin mengingatkan anak-anak sekalian, dan kita semua yang
berada di dalam majlis pada malam ini agar kita sama-sama mengingatkan diri kita supaya
kita tidak menuntut ilmu dengan tujuan yang lain selain daripada mendapat keredaan Allah
S.W.T. Dan mungkin tujuan kita menuntut ilmu untuk mendapatkan sebagai contoh habuan,
keduniaan atau keuntungan keduniaan yang sebenarnya bersifat sementara ini, anak-anak
sekalian. Dalam hal ini, kita dapati dan saya rasa perlu untuk kita sama-sama ingatkan diri
kita tentang peringatan yang telah diberikan oleh Rasullullah S.A.W tentang urusan ataupun
usaha menuntut ilmu ini. Diantaranya seperti sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud
sesiapa yang menuntut sesuatu ilmu daripada perkara yang diharapkan dengannya
mendapat reda Allah, namun dia tidak mempelajarinya melainkan untuk mendapatkan suatu
habuan dunia, nescaya dia tidak akan mencium bau syurga pada hari akhirat nanti. Ini hadis
yang diriwayatkan oleh Ahmad Abu Daud, Ibnu Majah dan Al- Hakim dengan sanad yang
sohih.
Selain daripada niat yang ikhlas menuntut ilmu semata-mata untuk mendapat keredaan
Allah S.W.T, anak-anak juga perlu bersikap dan bersifat serius atau bersungguh-sungguh
dalam menuntut ilmu. Saya teringat kepada satu pepatah melayu yang lama yang saya
pelajari sewaktu saya di sekolah rendah dahulu. Pepatah lama ini menyebut “Berburu ke
padang datar, dapat rusa berbelang kaki, berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak
jadi”. Jadi ini perpatah lama yang mungkin sudah jarang kita dengar atau apa lagi diingati,
tetapi saya kira sangat releven, sangat penting dalam memperingatkan diri kita tentang
kesungguhan untuk kita belajar.
4
HAAKRAIDAENMUIKGE2R0A2H1
SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA'
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA'
Jadi anak-anak yang saya kasihi sekalian, jika kita lihat kepada maksud pepatah ini,
maksudnya ialah kalau kita menuntut ilmu pengetahuan dengan tidak bersungguh-sungguh
sudah tentu kita tidak akan mampu untuk memperoleh manfaat yang maksima dari usaha
menuntut ilmu tersebut. Jadi kita mungkin dapat menghabiskan tempoh pelajaran tetapi apa
yang kita perolehi itu sebenarnya pada kadar yang sangat sederhana ataupun tidak
membawa makna yang boleh membanggakan diri kita ataupun apalagi ibubapa dan
masyarakat kita sendiri. Jadi pada masa yang sama anak-anak sekalian dalam usaha
menuntut ilmu ini kita perlu menggunakan strategi dan kaedah yang tepat, kaedah yang
betul dalam menuntut ilmu pengetahuan untuk memastikan kita benar-benar dapat
mencapai kejayaan cemerlang yang kita inginkan. Dalam hal ini suka saya berkongsi kata-
kata hikmah yang dipetik atau dinukilan oleh seorang saujana pendidikan islam yang
tersohor pada zaman dahulu iaitu Syeikh Al- Zarnuji di dalam buku beliau yang bertajuk
Ta’lim Al Muta’alim. Dimana Al-Zarnuji dalam kitab beliau telah menukilkan satu kata-kata
seperti berikut.
Lan tanaalal ilma illa bi sittatin. Dzakaa-in wa hirshin wajtihaadin wa dirhamin wa shuhbati
ustaadzin wa thuuli zamaanin.
Jadi dalam petikan ataupun kata-kata hikmat yang dipetik oleh Al- Zarnuji ini, beliau
menyebutkan bahawa kita tidak akan mencapai matlamat atau memperolehi ilmu itu
melainkan dengan kita mendapatkan melalui enam perkara ini iaitu yang pertama
kecergasan, Dzakaa atau kecerdikan akal (intelek) kita, yang kedua hirshin yang merujuk
kepada rasa kesungguhan dan semangat kita menuntut ilmu. Jadi kalau menuntut ilmu ini
kita tidak bersemangat mungkin kita tidak akan dapat mencapai satu pencapaian yang
maksimum. Begitu juga beliau menyentuh tentang ijtihad, kesungguhan, ketekunan dalam
menutut ilmu sebab dalam menuntut ilmu ini banyak cabaran. Jadi jika tidak bersungguh-
sungguh atau kita melakukan nya dengan sambil lewa, kita ambil mudah jadi mungkin kita
tidak akan dapat mencapai matlamat menuntut ilmu yang kita harapkan. Yang ke empat
beliau juga menyentuh tentang persediaan ataupun bekalan yang disebut wa dirhamin yang
merujuk kepada aspek bekalan kewangan sebenarnya yang kita perlukan dan pada masa ini
mungkin bukan sahaja dari segi kewangan yang kite perlukan dalam menuntut ilmu tetapi
mungkin juga dari segi teknologi, dari segi capaian internet dan sebagainya yang kita
perlukan untuk memperolehi bahan-bahan ataupun maklumat-maklumat yang berkaitan
untuk kita menuntut ilmu. Dan selanjutnya pada perkara yang ke lima , Al-Zarnuji
menyebutkan tentang shuhbati ustaadzin yang bermaksud menghormati dan mempunyai
hubungan baik dengan guru atau para pendidik kita. Jadi dalam hubungan ini, anak-anak
perlu sentiasa mempunyai hubungan yang rapat, hubungan yang baik dan kita sentiasa
menghormati guru- guru kita dan insyaaAllah pada pengalaman saya inilah diantara perkara-
perkara yang memudahkan usaha kita menuntut ilmu dan seterusnya akan membawa
keberkatan kepada kita. Dan akhir sekali, dalam petikan kata-kata hikmah ini yang keenam
ialah usaha untuk mencapai ilmu ini harus kita perolehi dengan waktu yang panjang.
5
HAAKRAIDAENMUIKGE2R0A2H1
SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA'
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA'
Disebut thuuli zamaanin, iaitu waktu yang lama sebagai contoh untuk mencapai pengajian atau
menuntut ilmu sampai peringkat tertinggi, sampai ke peringkat sarjana atau doktor falsafah
(PHD) tentulah kita memerlukan masa yang panjang, masa yang lama dan sebagainya untuk
kita menguasai pelbagai ilmu dan kemahiran sehingga menjadikan kita seorang yang benar –
benar berilmu dan menguasai, memahami ilmu itu dengan baik. Jadi dalam menuntut ilmu ini,
anak-anak sekalian kita tidak boleh bersifat isti’jal atau tergesa-gesa, atau nak cepat habis. Ini
mungkin akan menjejaskan usaha kita untuk mendapatkan ilmu dengan cara yang berkesan
atau yang baik.
Anak-anak yang saya kasihi sekalian,
Menuntut ilmu dengan cara yang betul dan juga menggunakan strategi dan kesungguhan kita
sebenarnya adalah perkara yang penting untuk diberikan perhatian oleh anak-anak sekalian
kerana ia akan dapat memastikan kita bukan sahaja mencapai matlamat ilmu itu, mencapai
keputusan atau kecemerlangan yang baik tetapi pada saya ini adalah juga akan menyumbang
kepada pencapaian ataupun matlamat kita untuk memiliki daya saing yang tinggi yang
sebenarnya sangat diperlukan oleh anak-anak pada masa hadapan terutama sekali berhadapan
dengan keadaan ataupun situasi yang agak mencabar dan tidak menentu pada masa hadapan.
Sama ada dari segi sosialnya, budaya, ekonomi, teknologi, politik dan sebagainya.
Jadi, anak-anak sekalian adalah diharapkan dengan memiliki ilmu yang mantap dan daya saing
yang tinggi ini, anak-anak sekalian yang masih muda remaja ini bukan sahaja mampu untuk
menyesuaikan diri dan survive dalam situasi yang mencabar dan tidak menentu pada masa
hadapan tetapi apa yang kita harapkan anak-anak juga akan mampu menggerakkan perubahan
yang positif dalam kehidupan masyarakat di negara kita ini. Ataupun mungkin juga sebahagian
dari anak sekalian akan mampu memimpin perubahan yang positif diperingkat yang lebih luas
diperingkat serantau, asian, global dan sebagainya InsyaaAllah.
Jadi untuk mencapai matlamat atau hasrat tersebut sebenarnya anak-anak perlu fokus,
memberi tumpuan kepada pembelajaran dan pada masa yang sama perlu menghindarkan diri
kita daripada terlibat ataupun terjebak dengan perkara-perkara yang boleh menjejaskan
tumpuan dan masa depan anak sendiri. Seperti terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang
merosakkan minda dan akhlak, terlibat dengan pergaulan bebas, terlibat dengan maksiat dan
sebagainya kerana selepas alam persekolahan ini, anak-anak akan lebih bebas berbanding
dengan ketika kita berada di asrama atau di sekolah. Mungkin tumpuan ataupun penjagaan
guru atau ibubapa kita akan semakin kurang. Jadi tinggallah anak-anak sendiri memelihara diri
sendiri daripada pelbagai pengaruh dan juga perkara-perkara yang boleh menjejaskan diri,
akhlak dan tumpuan kita kepada pelajaran dan seterusnya akan menjejaskan masa hadapan
kita sendiri.
6
HAAKRAIDAENMUIKGE2R0A2H1
SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA'
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA'
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati dan anak-anak yang saya kasihi sekalian,
Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih khususnya kepada pihak
lembaga dan juga kepada pihak pengurusan Sekolah Menengah Islam Hira’ kerana sudi
untuk menjemput saya bersama-sama dalam majlis pada malam ini. Saya juga ingin
mengambil kesempatan ini untuk mendoakan kesejahteraan dan kejayaan anak-anak
sekalian dalam menempuh perjalanan mereka yang jauh selepas ini, InsyaaAllah.
Sesungguhnya pada anak-anaklah menjadi sandaran dan harapan ummah untuk
membawa negara yang kita cintai ini kepada masa hadapan yang lebih sejahtera dan
InsyaaAllah akan diberkati oleh Allah S.W.T. Sekali lagi terima kasih saya ucapakan.
Sekian, Wabillahi Taufiq wal Hidayah.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
DR HAJI AZHAR BIN HAJI AHMAD
Pengarah Bahagian Profesionalisme Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia
7
HAAKRAIDAENMUIKGE2R0A2H1
SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA'
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA'
KATA ALU-ALUAN
AHLI LEMBAGA PENGELOLA SEKOLAH SMITQ HIRA'
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Yang saya hormati dan alu-alukan perasmi majlis kita pada
hari ini iaitu Dr Haji Azhar bin Haji Ahmad, Pengarah
Bahagian Profesionalisme Guru Kementerian Pendidikan
Malaysia. Yang di hormati, Tuan Haji Mohamed Fariz bin
Mohamed Fadhlullah, Pengurus Besar Institusi Pendidikan
Hira’. Juga yang saya hormati, Dr Ir Haji Nazaruddin Bin
Ishak, Yang dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru Hira’. Seterusnya yang dihormati , Yang
Berusaha Muallim Encik Isharuddin bin Ismail, Pengetua Sekolah Menengah Islam dan
Mahaad Tahfiz Hira’.Juga yang saya hormati Timbalan Pengetua, Muallimah Puan
Noridah binti Seman. Penolong- penolong kanan dan semua guru-guru Hira’. Dan tidak
lupa juga yang dihormati Ibubapa-Ibubapa dan seterusnya anak-anak yang diraikan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Para jemputan, guru-guru, Tuan Puan, anak-anak yang saya hormati sekalian. Marilah kita
bersama-sama mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran dan pujian kepada Allah S.W.T
atas limpah kurnia-Nya diperkenankan untuk kita menjayakan majlis Hari Anugerah
Akademik pada hari ini kali ini secara dalam talian kerana negara kita masih belum bebas
dari ancaman Covid-19. Selawat dan salam kita ucapkan ke atas Junjungan Besar
Baginda Rasullullah S.A.W dan ahli keluarga baginda dan juga para sahabat R.A.
Terlebih dahulu saya bagi pihak Lembaga Pengurusan Sekolah ingin mengucapkan
tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya dan menerima anugerah pada hari ini.
Tahniah juga kepada ibubapa mereka yang semestinya juga turut memberi sumbangan
kepada kejayaan anak-anak ini. Dari pengamatan saya, saya amat percaya yang guru-
guru di Hira’ ini telah berjaya menjalankan tugas dengan baik di era Covid-19 ini iaitu
pendidikan secara talian sebagaimanadiperlukan. Kemampuan dan sumbangan mereka
adalah setanding dengan sekolah-sekolah kerajaan atau lebih baik lagi. Ini terbukti apabila
Sekolah Islam dan Mahaad Tahfiz Hira’ mendapat anugerah cemerlang sekolah kategori
Mahaad Tahfiz di peringkat Negeri Selangor oleh Jais baru-baru ini. Ucapan Tahniah
kepada Tuan Pengetua dan guru-guru kita di Hira’.
8
HAAKRAIDAENMUIKGE2R0A2H1
SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA'
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA'
Para hadirin sekalian,
Adalah menjadi hasrat dan matlamat kami di pihak pengurusan sekolah agar pelajar
produk Hira’ menjadi contoh manusia yang mampu mengharungi era globalisasi dan
canggih ini. Pelajar kita perlu dididik agar dapat mengurus diri dari segi keduniaan dan
akhirat apabila berada di IPT, apabila berkerjaya, apabila berkeluarga dan bermasyarakat
nanti. Mereka perlu dididik untuk menjadi pemuda dan pemudi yang tidak hanya berusaha
untuk diri sendiri tetapi juga untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan
ummah sejagat. Oleh itu kejayaan yang kita maksudkan bukanlah semata-mata apabila
pelajar kita berjaya mendapat sijil akademik yang cemerlang semata-mata. Yang lebih
penting adalah pelajar kita dapat diterapkan dengan jayanya dari aspek kemenjadian
kemanusiaan.
Para hadirin sekalian,
Saya menggambil kesempatan di sini untuk mengucapkan bebanyak terima kasih kepada
ibubapa yang menyumbang kepada kejayaan Hira’. Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)
dan Kelab kelas telah memainkan peranan yang baik berganding bahu dengan guru-guru
bagi memastikan kejayaan anak-anak didik kita ini. Terima kasih saya ucapkan kepada
semua guru-guru dan ibubapa terlibat.
Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya dan
menerima anugerah pada hari ini. Kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 tahun 2020, anda
telah termasuk dalam kumpulan alumni Hira’ dan saya berharap anda tidak melupakan
tempat pentarbiahan ini dan di masa-masa depan jenguk-jenguklah Hira’ dan cubalah
memberi apa-apa sumbangan yang diperlukan Hira’.
Sekian, saya sudahi dengan ucapan Wabillahi Taufiq wal Hidayah.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
DR ABDUL RAHMAN MOHAMED
Pengerusi,
Lembaga Pengarah KSSB
Lembaga Pengelola SMITQH
9
HAAKRAIDAENMUIKGE2R0A2H1
SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA'
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA'
KATA ALU-ALUAN
PENGETUA SEKOLAH SMITQ HIRA'
Bismillahirahmanirahim.
Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin Wassalatu Wassalamu ‘Ala-Asyarafil
Anbiya’e Wal Mursalin Wa’ala Alihi Wasahbihi Ajma’in.
Yang berbahagia lagi dihormati, sahabat dan tuan guru saya Ustaz
Dr Haji Azhar bin Haji Ahmad, Pengarah Bahagian Profesionalisme
Guru Kementerian Pendidikan Malaysia. Yang dimuliakan Dr Abdul Rahman bin Mohamed,
Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Institut Pendidikan Hira’. Yang dikasihi Tuan Haji
Mohamed Fariz bin Mohamed Fadhlullah, Pengurus Besar Institusi Pendidikan Hira’. Yang
dimuliakan Dr Ir Haji Nazaruddin Bin Ishak, Yang dipertua PIBG Institusi Pendidikan Hira’.
Barisan JPS dan Jawatankuasa pengurusan sekolah dan para guru, para ibubapa serta
anak-anak pelajar dikasihi yang diraikan pada malam yang penuh bersejarah ini. Juga yang
diraikan kepada semua hadirin hadirat yang sedang menonton siaran langsung Hari
Anugerah Akademik 2021 pada malam ini.
Dif-dif kehormat serta hadirin hadirat yang dimuliakan Allah Taala sekalian.
Alhamdulillah Thumma walhalhamdulillah kerana diizinkan pertemuan kita dalam majlis pada
malam ini yang sepenuhnya dilaksanakan dalam talian di era norma baharu di musim
pendemik yang hampir genap 2 tahun kita lalui dan tempuhi bersama-sama sebagai
sebahagian ujian keimanan kepada Allah S.W.T. Wabak pendemik ini yang diangkat niat
dan makam kedudukan kita selama mana kite semua bersabar dan reda menerima dan
menghadapinya, InsyaaAllah.
Sesungguhnya perjuangan dan semangat anak-anak pelajar yang diraikan pada malam ini
adalah sebagai satu pengiktirafan dan hak mereka yang ditunaikan pihak sekolah atas
segala jerih payah mereka dalam mendukungi ilmu di Hira’ ini. Disamping itu, adalah untuk
menghargai pengorbanan luar biasa para guru dan ibubapa sepanjang sesi pembelajaran
dan pengajaran baik secara dalam talian mahupun secara bersemuka di sekolah yang
cukup mencabar yang telah kita lalui bersama.
Saban tahun, majlis seumpama ini kita adakan dalam situasi kebiasaannya. Dapat kita
bersua wajah, bersalaman penuh syukur, mesra demi mengeratkan silaturrahim dan
merakam detik kenangan indah di pentas utama bagi disimpan sebagai kenangan penuh
nostalgia di kemudian hari. Namun realitinya pada malam ini, tetap kita realisasikan majlis ini
meski dalam talian cuma.
10
HAAKRAIDAENMUIKGE2R0A2H1
SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA'
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA'
Bagi mematuhi SOP dan ikhtiar bersama bagi mengekang penularan COVID-19 yang
melanda negara kita dan dunia kini.
Pihak sekolah sentiasa berusaha bersama semua pemegang taruh di sekolah kita yang
tercinta ini untuk memastikan segala misi, visi, falsafah dan nilai bersama dapat kita capai
demi melahirkan satu generasi rabbani dalam kalangan anak-anak dan warga sekolah yang
bersifat rahmah dan holistik kemenjadiannya. Sehubungan itu, segala perancangan dalam
memacu trasformasi sekolah kearah kecemerlangan bersepadu bagi hasrat melahirkan
keperibadian unggul dan mulia dalam kalangan anak-anak pelajar tidak pernah terpisah aspek
pembinaannya meliputi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan insaniahnya sebagaimana yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara dan juga Falsafah Pendidikan Islam.
Bagi menjayakan semua hasrat dan impian ini, pihak sekolah sangat mengalu-alukan
penglibatan aktif anak-anak pelajar, ibubapa baik dalam kecemerlangan akademik,
kemampanan kokorikulum, penghayatan dalam tarbiah dan juga kepimpinan. Semua ini
pastinya tidak akan berjaya tanpa sokongan padu para ibubapa dan guru sebagaimana yang
terkandung dalam sarana ibubapa dan sarana sekolah agar kecemerlangan dan kelestarian
berterusan sekolah terus dipupuk, dibajai dan disuburkan agar kualiti dan potensi anak-anak
pelajar ini terus digilap dan disantuni bagi masa depan mereka seiring dalam kerencaman dan
keperluan industri revolusi 4.0 dan seterusnya.
Alhamdulillah, meskipun berhadapan satu demi satu cabaran dalam pengoperasian dan
penetapan hala tuju kecemerlangan yang usaha digarab dengan bantuan dan keizinan Illahi,
anak-anak pelajar serta warga Hira’ terus bersemangat dan berdaya gigih bagi merealisasikan
Program Hira’ Memimpin itu dipelbagai peringkat kejayaan. Baik diperingkat daerah, negeri,
kebangsaan mahupun antarabangsa. Sebagai contoh untuk perhatian Al Fadhil ustaz Dr serta
hadirin hadirat sekalian pada tarikh 3 Ogos yang lalu ini masih baru lagi, warga Hira’ merasa
cukup berbangga dalam kesyukuran penuh syahdu apabila sekolah kita telah dinobatkan
dengan Anugerah Sekolah Cemerlang 2021 kategori Mahaad tahfiz Al-Quran peringkat Negeri
Selangor oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Makanya, pada majlis Anugerah
Akademik pada malam ini, kita akan dapat bersama-sama melihat kejayaan dan kemenjadian
anak-anak pelajar huffaz Hira’ yang juga menjadi salah satu daripada kebitaraan Sekolah
Menengah Islam Hira’ dan Mahaad Tahfiz Al-Quran Hira’.
Anakanda serta para Ibubapa yang dikasihi Allah sekalian.
Sesungguhnya di dalam Surah Al-Mukminun ayat 1 hingga 10 telah menyajikan kepada kita
nikmat dan bertapa besarnya ganjaran bagi mereka-mereka yang ingin memperoleh kejayaan.
Maka, garab la segala kenangan dan pengalaman hidup sepanjang anakanda semua belajar
11
HAAKRAIDAENMUIKGE2R0A2H1
SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA'
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA'
di Hira’ sebagai bekalan dan panduan kehidupan bagi penerusan cita-cita dan pendakian ilmu
di menara gading serta kehidupan yang sebenar di luar kelak.Ingatilah dan sentiasa sematkan
di hati bahawa anakanda semua adalah merupakan duta-duta kecil mewakili Hira’ meskipun di
mana sahaja anakanda akan berada selepas ini. Peliharalah jati diri kita. Peliharalah amalan-
amalan wajib, fardhi dan jamie’ yang telah anakanda semua perolehi di bumi tarbiah Hira’ ini
dan bersegeralah balik berbakti kepada sekolah tercinta ini bila diseru panggilan jihad ilmu
serta sentiasalah berazam dan berlumba-lumba menyumbang manfaat kepada ummah yang
mendambarkan keberadaan anakanda semua di medan kehidupan realiti kelak. Kerana kita
adalah sebaik umat. Nahnu Khairu Ummah dan juga bagi memenuhi tuntutan firman Allah,
Khoirunnas Anfauhum Linnas yakni sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang banyak
memberi manfaat kepada manusia yang lain.
Akhir kalam, Izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ucapan terima kasih
kepada yang berbahagia lagi dihormati iaitu perasmi kita pada malam ini Dr Haji Azhar bin Haji
Ahmad di atas kesudian tuan menyampaikan ucapan perasmian pada malam ini. Untuk
maklumat hadirin hadirat semua bahawa perasmi kita ini adalah merupakan mantan murabbi
saya, semasa saya menuntut dan mendukungi ilmu di Sekolah Menengah Kerajaan Agama
Sheikh Haji Othman Abdul Wahab, Matang Kuching Sarawak. Alhamdulillah banyak anak-anak
muridnya telah berjaya hasil didikan, panduan dan kepimpinan yang merupakn qudwah yang
dizahirkan oleh murabbi saya ini. Juga ucapan terima kasih kepada semua dif kehormat, para
ibubapa dan guru, jawatankuasa penganjur Hari Anugerah Akademik, anak-anak pelajar yang
diraikan serta semua yang telah menjayakan secara langsung mahupun tidak langsung
penganjuran majlis ini hingga ke akhirnya. Yang baik itu adalah daripada Allah S.W.T, yang
khilaf itu daripada kedoifan diri saya maka, saya akhiri ucapan ini dengan Wabillahi Taufiq wal
Hidayah. wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Hira’ memimpin.'
ISHARUDDIN BIN ISMAIL
Pengetua,
Sekolah Menengah Islam Hira',
Maahad Tahfiz Al-Quran Hira
12
HAAKRAIDAENMUIKGE2R0A2H1
SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA'
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA'
Ahli Jawatankuasa
Hari Anugerah Akademik (HAA) 2021
Penaung
En Isharuddin B. Ismail
Pengarah Program
En Abdul Rahim B Mohammad
Timbalan Pengarah (Program)
Pn Sharifah Aida Bt Sayed Harun
Timbalan Pengarah (Teknikal)
Pn Siti Najihah Bt. Ahmad Zu Safiuddin
Timbalan Pengarah (Pengurusan)
Pn Norlin Bt Hamdan
Setiausaha
Cik Nor Najla' Bt Yusof
Bendahari
Pn Nurhanisah Bt Ismail
13
HAAKRAIDAENMUIKGE2R0A2H1
SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA'
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA'
Ahli Jawatankuasa
Hari Anugerah Akademik (HAA) 2021
14
HAAKRAIDAENMUIKGE2R0A2H1
SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA'
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA'
Lirik Lagu Sekolah
ALLAHU ALLAHU ALLAHU YA ALLAH,
ALLAHU ALLAHU ALLAHU YA ALLAH,
LA ILA HA ILLA ALLAH,
LA ILA HA ILLA ALLAH,
Ditengah-tengah suasana kelam; Kerana kami generasi Hira’
Disebalik gelapnya malam; Mengabdikan seluruh
kehidupan;
Kami bangkit membawa sinaran;
Untuk generasi masa hadapan. Kepada Allah kepada Islam;
Dan pengislahan diri dan
masyarakat.
Kami adalah generasi Hira’;
Kami pewaris perjuangan;
Kerana kami generasi Hira’; Kami menjunjung amanah Allah;
Berasaskan Qur’an dan Suunah;
Kami teraju kepimpinan. Kami amalkan cara hidup Islam;
Di dalam kehidupan kami.
Ilmu dunia juga akhirat;
Semuanya diutamakan;
Buat bekalan hari kemudian; Ulang chorus diatas.
Membuktikan kemampuan.
15
HAAKRAIDAENMUIKGE2R0A2H1
SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA'
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA'
ANUGERAH KHAS
Tokoh
Kufa'atul Mustawa Al-Insan
ZAMIR MUTTAQIN BIN MUHAMMAD BALYAN
16
HAAKRAIDAENMUIKGE2R0A2H1
SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA'
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA'
ANUGERAH TOKOH PELAJAR 2020
Tokoh Kepimpinan
Pelajar (L)
MUHAMMAD HASIF BIN SAIFUL ASHIK
PIALA PUSINGAN
ABU BAKAR AS-SIDDIQ
Tokoh Kepimpinan
Pelajar (P)
MARYAM SAKIENAH BINTI MOHD ZAWAWI
PIALA PUSINGAN
KHADIJAH KHUWAILID
17
HAAKRAIDAENMUIKGE2R0A2H1
SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA'
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA'
ANUGERAH TOKOH PELAJAR 2020
Tokoh Naqib
ZAMIR MUTTAQIN BIN MUHAMMAD BALYAN
PIALA PUSINGAN
MUS’AB IBNU UMAR
Tokoh Naqib
AISYAH BT HJ ARWANI
PIALA PUSINGAN
FATIMAH AL-KHATTAB
18
HAAKRAIDAENMUIKGE2R0A2H1
SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA'
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA'
ANUGERAH TOKOH PELAJAR 2020
Tokoh KRSM
(Syabab)
MUHAMAD RAIF BIN ROMLEE
PIALA PUSINGAN
KHALID AL-WALID
Tokoh KRSM
(Fatayat)
NORFASHIHAH KARMILA BTE MEOR FAUZI
PIALA PUSINGAN
ASMA’ ABU BAKAR
19
HAAKRAIDAENMUIKGE2R0A2H1
SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA'
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA'
ANUGERAH TOKOH PELAJAR 2020
Anugerah Hafiz
'IRFAN NASRUDDIN BIN ISHARUDDIN
PIALA PUSINGAN
ABDULLAH IBNU MASUD
Anugerah Hafizah
AISYAH BT HJ ARWANI
PIALA PUSINGAN
AISYAH ABU BAKAR
20
HAAKRAIDAENMUIKGE2R0A2H1
SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA'
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA'
ANUGERAH TERBAIK AKADEMIK
2020
ANUGERAH AL-KHAWARIZMI
Huzaifah bin Fakhrul Anuar
21
HAAKRAIDAENMUIKGE2R0A2H1
SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA'
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA'
11A
Huzaifah bin Fakhrul Anuar
ZAMIR MUTTAQIN BIN MUHAMMAD BALYAN
10A
Muhammad Hassan Hakimi bin Mohd Tholaat
Nureen Khadeeja binti Kamarul Al-Haqq
22
HAAKRAIDAENMUIKGE2R0A2H1
SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA'
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA'
9A
Ahmad Firdaus bin Lana Azmi
'Aisyah Binti Arwani
Safiah Atikah Binti Ahmad Fauzi
Musfirah Sofiah Binti Muhammad Hambal
Sakinatuddarain binti Zolkeplay
8A
Ain Radhiah Binti Abdul Jalil
Nur Maziyyatul Iman Binti Aisharuddin
Aisyah Iman Binti Ahmad Soalahuddin
Al-thani
23
HAAKRAIDAENMUIKGE2R0A2H1
SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA'
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA'
7A
ABDULLAH AMMAR BIN MESYASIN
MAWADDAH BINTI MOHD RAIS
MUHAMMAD FADHIL BIN KHAFIZ
MUHAMAD RAIF BIN ROMLEE
MUHAMMAD AMMAR BIN ABDUL AZIZ
MUHAMMAD LUQMAN BIN MOHD NAZARI
MUHAMMAD SYAHMI BIN KAMARUZAMAN
NURUL 'ATIQAH BINTI ZAIRULSHAHFUDDIN
NURUL SYAMIM BINTI IMRAN
SHAZWANI BINTI FATKURRADZI
YUSRA BINTI FATHULRAHIM
24
HAAKRAIDAENMUIKGE2R0A2H1
SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA'
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA'
6A
IZZ AIMAN SYAHMI BIN SHAMSUL ERYFIN
MUHAMMAD HASIF BIN SAIFUL ASHIK
NURIN SYAHIRAH BINTI ABD HALIM
'IRFAN NASRUDDIN BIN ISHARUDDIN
AINUL MUNIRAH BINTI MOHD ESA
MUHAMMAD AMAR FIRDAUS BIN ABU BAKAR
MUHAMMAD NABIL NAJMI BIN MOHD RIDHAUDDIN
NUR AFIQAH BINTI MUHAMMAD AZMI
MUHAMMAD UMAR HAFIE BIN MOHD KHAIRI
AHMAD HARIZ AQIL BIN AHMAD SHUKRI
25
SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA'
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA'
Lot 1331, Batu 18, 45800, Jeram,
Kuala Selangor
TEL : 03-3264 6712 FAKS : 03-3264 6712 www.hira.edu.my