The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 518-3-fatihah, 2022-05-08 21:36:37

dakwah rasulullah ke taif

dakwah rasulullah ke taif

DAKWAH RASULULLAH
KE TAIF

Selepas penduduk Mekah menentang Rasulullah, baginda
mula risau terhadap keselamatan para pengikutnya.
Baginda berusaha mencari tempat baru di luar kota
Mekah. Baginda memilih kita TAIF.

Baginda berharap para pembesar daripada Bani Thaqif akan
menerima baginda dengan baik. Bani Thaqif mempunyai
hubungan dengan Bani Hashim, iaitu keturunan baginda.
Baginda bertolak ke Taif dengan pembantunya, Zaid bin
Harithah. Perjalanan itu mengambil masa selama 10 hari.

Apabila sampai di Taif, mereka sangat
kagum dengan keindahan daerah itu.
Tanaman hidup subur dan binatang

ternakan sangat sihat.

Rasulullah dan Zaid pergi menemui para
pembesar daerah itu. Apabila baginda

memberitahu niat baginda datang ke Taif,
para pembesar segera menghalau mereka.

Rasulullah menerima cacian tersebut dengan tenang.
Baginda tidak menaruh dendam kepada mereka. Para
pembesar telah melakukan bermacam-macam perkara untuk
menentang Rasullullah daripada berdakwah. Baginda tidak
menghiraukan ugutan mereka. Baginda terus menyeru

penduduk Taif agar memeluk agama Islam.

Apabila gagal mengusir Rasulullah, mereka menyuruh
semua penduduk Taif mengejek dan menghina

baginda. Ramai penduduk Taif akur. Apabila Rasulullah
dan Zaid lalu di hadapan mereka, mereka akan
mengejek baginda..

Rasulullah dan Zaid berjalan keluar dari Kota
Taif dalam keadaan cedera dan keletihan.
Baginda kesal dengan sikap penduduk Taif.

Selama sepuluh hari baginda berdakwah dan
mengajak mereka menyembah Allah, mereka

masih enggan.

Kemudian baginda berdoa.Malaikat Jibrail mendengar doa
itu. Lalu meminta kebenaran untuk menurunkan bala ke

atas penduduk Taif. Baginda tidak membenarkannya.

Baginda berdoa kepada Allah supaya memberikan rahmat
dan hidayah kepada orang-orang yang telah menghina
dan mencaci baginda.


Click to View FlipBook Version