The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shahrul_haida, 2021-06-29 23:51:44

SKEMA KLASIFIKASI PERNIAGAAN

SKEMA KLASIFIKASI PERNIAGAAN

KLASIFIKASI
PERNIAGAAN

SHAHRULHAIDA
MAKHUSIN

Soalan 1(a)

▪ Maklumat berikut berkaitan dengan klasifikasi perniagaan

MX Enterprise ditubuhkan pada 1 Januari 2017 dengan
modal berjumlah RM50 000. Sehingga kini, MX

Enterprise mempunyai 10 orang pekerja dan mencapai
jumlah jualan tahunan sebanyak RM15 juta.

Soalan 1(a)

▪ Jelaskan kelebihan perniagaan tersebut.[5m]

▪ Kelebihan perniagaan MX Enterprise (Milikan Tunggal) ialah:

▪ Mudah ditubuhkan
▪ Tidak banyak syarat
▪ Mudah diurus kerana saiznya yang kecil
▪ Bebas menguruskan perniagaan
▪ Modal yang kecil
▪ Keputusan dibuat oleh pemilik
▪ Beban cukai yang rendah

Soalan 1(b)

Rajah di bawah menunjukkan perkembangan perniagaan

Soalan 1(b) ▪ Jelaskan perkembangan perniagaan di B.

▪ Perkembangan perniagaan di B (era 1990-
an) ialah :

▪ Tumpuan perniagaan beralih daripada
sektor utama kepada sektor kedua

▪ Bertujuan mengurangkan
kebergantungan kepada barang import

▪ Kerajaan memberi pelbagai galakan
kepada pengusaha tempatan

▪ Bagi meningkatkan keluaran

▪ Dan menjadi penyumbang eksport utama
Malaysia

Soalan 2(a)i

Maklumat berikut berkaitan dengan saiz perniagaan.

Jualan tahunan daripada RM15 juta hingga kurang daripada RM50 juta
Bilangan pekerja daripada 75 hingga kurang daripada 200 pekerja

Saiz perniagaan tersebut ialah: Nyatakan saiz perniagaan tersebut. [1m]
Saiz Sederhana

Soalan 2(a)ii

▪ Jelaskan cabaran perniagaan bersaiz 2(a)(i) [5m]

▪ Cabaran perniagaan bersaiz sederhana ialah:

▪ Cabaran untuk meningkatkan hasil perniagaan bagi mengimbangi perbelanjaan
cenderung bertambah secara mendadak

▪ Pengambilan tenaga kerja yang berkemahiran perlu diberi perhatian kerana
memerlukan tenaga kerja mahir dan berpengalaman untuk terus berkembang

▪ Perlu mematuhi lebih banyak peraturan dan undang-undang berbanding perniagaan
bersaiz kecil

▪ Perniagaan perlu mendapat pelbagai lesen, permit dan sebagainya untuk
menjalankan perniagaan

▪ Cabaran untuk meningkatkan komunikasi berkesan antara majikan dan pekerja
kerana bilangan pekerja adalah ramai

Soalan 2(b)

▪ Jelaskan empat cabaran perniagaan bersaiz kecil[4m]

▪ Cabaran perniagaan bersaiz kecil ialah :

▪ Masalah aliran tunai apabila pelanggan lambat menjelaskan hutang
▪ Pemilik menanggung semua bebanan kerja
▪ Perlu memotivasikan pekerja supaya mereka lebih produktif
▪ Pemilik perlu mengawal kos overhed yang tinggi
▪ Perlu memikirkan strategi untuk meluaskan pasaran kerana pasaran sedia ada yang

kecil dan terhad

Soalan 3(a)

▪ Maklumat yang berikut berkaitan dengan pekerjaan Encik Ali

Encik Ali merupakan seorang nelayan laut dalam. Semua hasil tangkapannya
akan dihantar ke kilang keropoknya untuk dijadikan pelbagai jenis keropok

dan dipasarkan melalui pemborong

Soalan 3(a)

▪ Terangkan dua jenis sektor perniagaan yang terdapat
dalam pernyataan di atas.[4m]

▪ Jenis sektor yang terdapat dalam pernyataan tersebut ialah :

▪ Sektor Utama
▪ Encik Ali ialah seorang nelayan
▪ Mengekstrak bahan mentah dari alam semula jadi dengan mengeluarkan
bahan mentah atau hasil alam semula jadi dari bumi atau laut

▪ Sektor kedua
▪ Memproses bahan mentah menjadi barang separuh siap atau barang siap
▪ Encik Ali memproses hasil laut menjadi pelbagai jenis keropok

Soalan 3(b)

Rajah di bawah menunjukkan sektor perniagaan.

Sektor
Perniagaan

Sektor X Sektor
Utama Ketiga

Soalan 3(b) ▪ Jelaskan aktiviti yang dijalankan di X. [6m]

▪ Aktiviti yang dijalankan di X (sektor sekunder/kedua) ialah :

▪ Melibatkan aktiviti menukarkan input atau bahan mentah
▪ Kepada output / barang separuh siap / barang siap
▪ Aktiviti yang dijalankan menyebabkan berlakunya nilai tambah
▪ Aktiviti yang dijalankan dalam sektor ini terdiri daripada :

▪ Pembuatan dan pengilangan
▪ Kejuruteraan
▪ Pembekalan tenaga
▪ Pembinaan

Soalan 4(a)

▪ Gambar yang berikut
menunjukkan bentuk
perniagaan lain yang terdapat
di Malaysia.

Soalan 4(a)

▪ Terangkan pihak-pihak yang terlibat dalam perjanjian urus
niaga bagi perniagaan tersebut. [4m]
▪ Pihak-pihak yang terlibat dalam perjanjian urus niaga

(francais) ialah :
▪ Francaisi

▪ Syarikat yang membeli hak kebenaran untuk
menggunakan jenama daripada francaisor

▪ Francaisor
▪ Syarikat induk / pemegang / pemilik hak

Soalan 4 (b)

▪ Berikan ciri-ciri umum bentuk perniagaan dalam gambar di
atas.[2m]

▪ Ciri-ciri umum francais ialah :

▪ Mengikut sistem yang telah ditetapkan oleh francaisor
▪ Perniagaan mengikut tempoh yang ditetapkan dalam perniagaan
▪ Francaisi berhak menggunakan rahsia dagangan milik francaisor
▪ Francaisor bertanggungjawab untuk memberi bantuan kepada francaisi
▪ Francaisi membuat bayaran dalam bentuk fi / balasan lain yang dipersetujui oleh

francaisor

Soalan 4(c)

▪ Maklumat yang berikut berkaitan dengan perusahaan kilang seorang usahawan

Puan Maria ialah seorang pengusaha kilang kerepek berasaskan
pisang di Rengit, Johor. Beliau menghasilkan pelbagai jenis kerepek
yang diedarkan di setiap daerah di negeri Johor. Beliau mempunyai
pekerja tetap seramai 50 orang. Perniagaan beliau menunjukan
pulangan yang lumayan, iaitu jualan tahunannya adalah sebanyak
RM450 000. Beliau berhasrat untuk meluaskan lagi perniagaannya
pada masa akan datang.

Soalan 4(c) ▪ Huraikan klasifikasi perniagaan Puan Maria.[4m]
▪ Klasifikasi perniagaan Puan Maria ialah:
▪ Perniagaan bersaiz kecil
▪ Bilangan pekerja tetap 5 hingga 75 orang
▪ Jumlah jualan tahunan RM300 000 hingga
RM15 juta
▪ Perniagaan Puan Maria mempunyai pekerja
tetap seramai 50 orang
▪ Perniagaan Puan Maria mencapai jumlah jualan
tahunan sebanyak RM450 000
▪ Sektor Sekunder
▪ Aktiviti memproses bahan mentah menjadi
barang separuh siap atau barang siap
▪ Perniagaan Puan maria memproses ubi kayu
menjadi kerepek

SELESAI

SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version