The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

F2 - NUR ALIA ATHIRAH BINTI MOHAMAD NOOR - PENULISAN AKADEMIK EDUP3073

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alia09-431, 2022-05-12 11:46:26

F2 - NUR ALIA ATHIRAH BINTI MOHAMAD NOOR - PENULISAN AKADEMIK EDUP3073

F2 - NUR ALIA ATHIRAH BINTI MOHAMAD NOOR - PENULISAN AKADEMIK EDUP3073

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 5)

__________________________________________________________________________________
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
(EDUP3073)

_________________________________________________________________________
DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NUR ALIA ATHIRAH BINTI MOHAMAD NOOR
ANGKA GILIRAN 2020192340025
NOMBOR KAD PENGENALAN 011112-02-0350
KUMPULAN PISMP F2
KOD DAN NAMA KURSUS EDUP3073

NAMA PENSYARAH BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
TARIKH HANTAR PUAN SHARIZAN BINTI ABDUL HAMID
TARIKH MENERIMA MAKLUM
BALAS DARIPADA PENSYARAH 12 MEI 2022

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN
PENGHARGAAN 1
1.0 PENGENALAN 2
2.0 LANGKAH-LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA
BUDAYA 2–4
4–5
2.1 Aspek Fizikal 5–6
2.2 Aspek Emosi 6–7
2.3 Aspek Sosial 7–8
2.4 Aspek Sosiolinguistik
3.0 KESIMPULAN 9
RUJUKAN

PENGHARGAAN

Pada kesempatan ini, saya ingin merafakkan segala kesyukuran kepada Allah SWT kerana
dengan limpah rahmat dan keizinan-Nya, saya telah berjaya menyiapkan tugasan pentaksiran
berterusan, iaitu Penulisan Akademik bagi kursus EDUP3073, Budaya dan Pembelajaran
dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya, Puan
Sharizan binti Abdul Hamid selaku pengajar bagi kursus ini di atas segala dorongan, dan
bimbingan beliau dalam memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang proses menyiapkan
tugasan ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya dan rakan-
rakan saya yang telah banyak membantu dalam menyumbangkan masa dan tenaga serta
banyak memberikan sokongan kepada saya bagi menyempurnakan tugasan ini dengan
jayanya.
Akhirulkalam, saya ingin memohon jutaan kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan
kekurangan dalam tugasan saya ini. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan
yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri.
Sekian, terima kasih.

1

1.0 PENGENALAN

Pengurusan bilik darjah merupakan satu elemen yang sangat penting dan elemen ini perlu
diberi perhatian supaya dapat meningkatkan penguasaan murid dalam sesuatu proses
pembelajaran. Secara amnya, pengurusan bilik darjah melibatkan suasana pembelajaran
yang terbaik di dalam sesebuah bilik darjah bagi meningkatkan motivasi murid serta
memperkembangkan sikap tanggungjawab murid terhadap semua aspek. Pengurusan bilik
darjah mesra budaya pula merujuk kepada bagaimana guru dan murid bekerja, bagaimana
mereka saling berkerjasama antara satu sama lain dan bagaimana proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah yang melibatkan murid pelbagai latar budaya berlaku.
(Bosch, 2006). Pengurusan bilik darjah yang berkesan dan mesra budaya dapat
menggalakkan aktiviti intelektual, persahabatan, kerjasama dan sokongan, pembelajaran,
pertumbuhan serta perkembangan murid. Tambahan lagi, menurut Syed Ismail, & Ahmad
Subki (2012), persekitaran pembelajaran yang mesra budaya dapat mengembangkan nilai-
nilai sivik yang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang harmonis dan aman sama ada
pada peringkat nasional mahupun global. Sehubungan itu, skop tugasan ini memfokuskan
kepada langkah-langkah menguruskan bilik darjah mesra budaya dari aspek fizikal, emosi,
sosial, dan sosiolinguistik.

2.0 LANGKAH-LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

Seorang guru yang prihatin bertanggungjawab dalam menguruskan bilik darjah mesra budaya
bagi menanam sifat hormat-menghormati, bertolak ansur dan saling tolong-menolong tanpa
mengira bangsa, agama, kepercayaan dan budaya. Sehubungan itu, dalam menguruskan
bilik darjah mesra budaya, antara aspek yang perlu diambil kira bagi mewujudkan sebuah bilik
darjah yang mesra budaya ialah aspek fizikal, emosi, sosial, dan sosiolinguistik.

2.1 Aspek Fizikal

Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah merupakan salah satu aspek yang sangat
penting bagi mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif dan mesra budaya agar
dapat meningkatkan perkembangan murid dalam pembelajaran. Pengurusan fizikal ini
memaparkan tentang tahap guru memiliki sikap prihatin dan profesional terhadap
tugasnya sebagai seorang pengurus bilik darjah. Seseorang guru perlulah jelas
bahawa bilik darjah merupakan satu ekologi yang mempunyai sistem yang tersendiri
serta mempunyai perkaitan antara persekitaran fizikalnya dengan benda-benda yang
bernyawa, iaitu guru dan murid. Sehubungan itu, antara langkah yang boleh diambil
oleh guru bagi menguruskan bilik darjah mesra budaya dari aspek fizikal ialah guru
perlulah menyusun kerusi dan meja murid yang terdiri daripada murid pelbagai kaum
secara berkumpulan. Hal ini kerana, susunan kerusi dan meja dalam bilik darjah mesra

2

budaya perlulah mengambil kira peluang untuk murid bercampur gaul dan belajar
bersama-sama tanpa sebarang halangan dan rasa kurang selesa walaupun berlainan
bangsa, agama, dan budaya. Oleh itu, guru perlulah menyusun murid di dalam satu
kumpulan di mana setiap kumpulan mempunyai taburan kaum yang sama dengan
kumpulan lain. (Najeemah Md. Yusof, 2006). Sebagai contoh, bilangan murid Melayu,
Cina, dan India di dalam satu kumpulan adalah sama dengan bilangan murid Melayu,
Cina dan India di dalam kumpulan lain. Hal ini bermaksud, setiap kumpulan perlu terdiri
daripada murid yang berlainan bangsa, budaya, dan kepercayaan. Melalui susunan
seperti itu, murid-murid dapat bekerjasama, berinteraksi, dan saling hormat-
menghormati antara satu sama lain ketika melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah tanpa mengira perbezaan kaum, budaya, dan
kepercayaan. Dengan itu, secara tidak langsung ia dapat mewujudkan persefahaman
antara murid yang berlainan kaum (Najamuddin, 2014, Noraini, 2015) dan murid-murid
juga dapat belajar untuk menerima dan menghayati perbezaan dalam kalangan
mereka bagi menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Tambahan
lagi, susunan kerusi dan meja murid secara berkumpulan ini juga adalah sangat
bertepatan dengan pembelajaran abad ke-21 yang menekankan aktiviti pembelajaran
secara koperatif, iaitu secara berkumpulan.

Selain itu, guru juga boleh menghias bilik darjah dengan memasukkan elemen
kebudayaan setiap kaum atau etnik di Malaysia. Hal ini bertujuan agar murid-murid
dapat mempelajari tentang kepelbagaian budaya kaum atau etnik di Malaysia.
Contohnya, guru boleh menampal gambar-gambar atau nota-nota tentang budaya
kaum atau etnik di Malaysia seperti gambar dan nota tentang makanan dan perayaan
kaum Melayu, Cina, India, serta etnik Sabah dan Sarawak pada papan kenyataan di
dalam bilik darjah. Dengan itu, murid-murid dapat mempelajari tentang kepelbagaian
budaya kaum lain yang terdapat di Malaysia seperti murid Melayu boleh mempelajari
tentang makanan dan perayaan kaum Cina dan India, dan murid Cina dan India juga
boleh mempelajari tentang makanan dan perayaan kaum Melayu. Hal ini juga
bertepatan dengan pernyataan yang diberikan oleh Noriati A. Rashid et al. (2017),
yang menyatakan bahawa pengurusan bilik darjah yang baik seharusnya
membolehkan murid meningkatkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan. Di samping
itu, guru juga boleh memberikan peluang kepada murid untuk turut bersama-sama
menghias bilik darjah dengan apa sahaja bahan tentang budaya kaum mereka bagi
memupuk rasa tanggungjawab dalam diri murid-murid serta membantu murid-murid
lain untuk memahami kepelbagaian budaya rakan sekelasnya yang berlainan kaum
dan agama. Tambahan lagi, sewaktu menghias bilik darjah, semua murid tanpa

3

mengira kaum akan bekerjasama dalam menghias bilik darjah mereka dan hal ini
dapat memupuk semangat bekerjasama, bertoleransi serta hormat-menghormati
dalam kalangan murid-murid pelbagai budaya. Deduksinya, bilik darjah yang mesra
budaya dapat diwujudkan sekiranya guru dan murid bersama-sama menghias bilik
darjah dengan unsur-unsur kepelbagaian budaya pelbagai kaum bagi mendidik murid-
murid untuk sentiasa menghormati serta menjaga perpaduan dan persefahaman
antara kaum.

2.2 Aspek Emosi

Emosi merujuk kepada satu perasaan atau gerak hati yang dialami oleh seseorang
individu yang akan terpapar melalui tindak balas fisiologi apabila berlaku rangsangan
terhadap emosi dalam sesuatu keadaan. (Noriati A. Rashid et al., 2017). Antara
langkah yang boleh diambil oleh guru dalam menguruskan bilik darjah mesra budaya
dari aspek emosi ialah guru perlulah memberikan layanan yang adil kepada semua
murid tanpa mengira bangsa dan agama. Setiap manusia ingin dilayan dengan adil
dan baik dalam semua perkara. Begitu juga dengan murid-murid, mereka juga ingin
dilayan dengan baik dan adil oleh guru-guru mereka. Sehubungan itu, guru perlulah
melayani murid-muridnya dengan adil dan baik tanpa mengira bangsa atau agama.
Misalnya, jika di dalam sesebuah kelas yang majoritinya murid berbangsa Melayu,
namun terdapat beberapa orang murid berbangsa Cina atau India di dalam kelas
tersebut, sebagai seorang guru, kita perlulah melayan murid-murid berbangsa Cina
atau India adalah sama dengan bagaimana kita melayan murid berbangsa Melayu.
Seorang guru tidak boleh bersikap pilih kasih terhadap murid-muridnya, sebaliknya
seorang guru perlu memberikan layanan yang adil kepada semua murid tanpa
mengira perbezaan kaum, agama dan budaya. Tambahan lagi, seorang guru yang
berhadapan dengan murid yang pelbagai kaum atau etnik tidak sepatutnya melayan
murid secara berbeza hanya kerana murid tersebut berlainan latar belakang
budayanya. Guru perlu memberikan layanan yang adil dan tidak bersikap pilih kasih
kepada semua murid tanpa mengira bangsa, agama, latar belakang budaya, dan
kepercayaan.

Selain itu, langkah yang boleh diambil oleh guru dalam menguruskan bilik
darjah mesra budaya dari aspek emosi ialah guru perlulah menerapkan amalan nilai
yang diterima dan dikongsi bersama oleh semua murid tanpa mengira bangsa, agama,
mahupun budaya. Suasana bilik darjah akan menjadi lebih selesa, seronok dan
menggembirakan sekiranya tidak wujud pertelingkahan dalam kalangan murid-murid
akibat daripada perbezaan nilai. Sehubungan itu, guru memainkan peranan yang

4

sangat penting dalam menjadikan bilik darjah sebagai ruang untuk mendidik murid
dengan nilai-nilai persefahaman, bertoleransi dan saling hormat-menghormati antara
satu sama lain walaupun berbeza budaya dan kepercayaan. (Noriati A. Rashid et al.,
2017). Oleh yang demikian, guru boleh merancang dan melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang dapat mendorong ke arah amalan nilai memahami
dan menghormati perbezaan budaya dan kepercayaan kaum lain supaya murid-murid
diterapkan dengan amalan nilai yang boleh dikongsi bersama oleh semua murid.
Sebagai contoh, guru boleh merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran secara berkumpulan yang melibatkan murid pelbagai kaum, iaitu murid
Melayu, Cina, dan India di dalam satu kumpulan. Di dalam aktiviti berkumpulan ini,
murid-murid perlu menceritakan tentang keunikan dan keistimewaan budaya kaum
masing-masing kepada setiap ahli kumpulannya. Melalui aktiviti seperti ini, murid telah
didedahkan dan diterapkan dengan unsur kepelbagaian budaya rakyat Malaysia yang
berbilang kaum, menanam bibit-bibit menyukai budaya rakannya, menghormati
kepercayaan dan amalan agama rakannya serta bijak dalam mengelakkan diri
daripada menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menyakiti perasaan rakannya.

2.3 Aspek Sosial

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sosial merujuk kepada segala yang berkaitan
dengan masyarakat, perihal masyarakat, dan kemasyarakatan. Pembentukan
masyarakat ini memerlukan hubungan dan interaksi antara manusia yang sentiasa
membina tingkah laku dan sikap bagi memupuk nilai saling menerima dan menghargai
antara satu sama lain. (Noriati A. Rashid et al., 2017). Perkembangan sosial juga
dilihat sebagai satu proses di mana kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain
mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Sehubungan itu,
pengurusan persekitaran sosial yang positif di dalam bilik darjah perlu dititik beratkan
oleh setiap guru bagi menjamin pembinaan bilik darjah yang mesra budaya. Oleh yang
demikian, antara langkah yang boleh diambil oleh guru dalam menguruskan bilik
darjah mesra budaya dari aspek sosial ialah guru boleh memupuk nilai kasih sayang
dalam kalangan murid yang pelbagai latar budayanya. Sebagai contoh, guru boleh
mengajak murid-muridnya untuk meraikan hari lahir ahli kelas mereka tanpa mengira
bangsa, agama, dan latar budaya seperti mengadakan jamuan hari lahir kecil-kecilan
di dalam kelas, membuat dan memberikan kad ucapan hari lahir, menyanyikan lagu
hari lahir dan sebagainya. Dengan meraikan hari lahir rakan sekelas, secara tidak
langsung ia dapat menggembirakan murid-murid di samping mewujudkan jalinan
persahabatan yang mesra antara murid dengan guru dan murid dengan murid tanpa
mengira perbezaan latar budayanya. Tambahan lagi, murid-murid juga dapat

5

didedahkan dengan nilai kasih sayang, hormat-menghormati dan saling menghargai
rakan-rakan tanpa mengira perbezaan bangsa, agama, budaya, dan kepercayaan.

Langkah seterusnya yang boleh dilaksanakan oleh guru dalam menguruskan
bilik darjah mesra budaya dari aspek sosial ialah guru boleh mengadakan aktiviti
pembelajaran yang mendedahkan murid dengan amalan bekerjasama antara satu
sama lain. Contohnya, guru melaksanakan aktiviti Gallery Tour yang merupakan salah
satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 yang memerlukan murid untuk
bekerjasama di dalam satu kumpulan. Guru boleh melaksanakan aktiviti Gallery Tour
dengan meminta murid untuk bekerjasama di dalam satu kumpulan bagi
membincangkan tentang sesuatu tajuk atau topik pembelajaran. Misalnya, dalam mata
pelajaran bahasa Melayu, guru boleh memberikan tajuk perbincangan yang berkaitan
dengan tema perpaduan seperti adat resam kaum di Malaysia. Dalam aktiviti tersebut,
murid-murid daripada pelbagai kaum dapat bekerjasama, berbincang dan berkongsi
maklumat tentang adat resam kaum mereka dengan murid-murid lain seperti murid
Melayu boleh berkongsi tentang adat resam kaum Melayu, murid Cina boleh berkongsi
tentang adat resam kaum Cina, dan murid India boleh berkongsi tentang adat resam
kaum India. Tambahan lagi, melalui aktiviti seperti ini, murid-murid juga diberi peluang
untuk berinteraksi dengan rakan-rakan yang berbeza kaum serta latar belakang
budayanya dan secara tidak langsung nilai bekerjasama dan saling berkongsi antara
satu sama lain dapat dipupuk dalam diri murid-murid yang pelbagai budaya bagi
mewujudkan sebuah bilik darjah mesra budaya.

2.4 Aspek Sosiolinguistik

Sosiolinguistik merujuk kepada suatu bidang ilmu yang mengkaji tentang ciri dan
fungsi kepelbagaian bahasa serta pengaruh budaya terhadap sesuatu bahasa yang
digunakan. (Noriati A. Rashid et al., 2017). Di Malaysia, terdapat pelbagai bahasa yang
digunakan oleh masyarakat di negara ini disebabkan Malaysia terdiri daripada rakyat
yang berbilang kaum dan budaya. Namun, bahasa rasmi atau bahasa utama yang
diangkat sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia adalah Bahasa Melayu.
Sehubungan itu, aspek sosiolinguistik dilihat sebagai salah satu aspek yang penting
dalam pengurusan bilik darjah mesra budaya. Oleh yang demikian, antara langkah
yang boleh diambil oleh guru dalam menguruskan bilik darjah mesra budaya dari
aspek sosiolinguistik ialah guru boleh melaksanakan aktiviti berbahasa dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah yang melibatkan semua murid tanpa
mengira kaum dan budaya. Hal ini bertujuan bagi menggalakkan semua murid tanpa
mengira kaum dan budaya dapat menguasai kemahiran berbahasa dalam bahasa

6

kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu. Justeru itu, antara aktiviti berbahasa yang boleh
dilaksanakan oleh guru ialah aktiviti deklamasi sajak, bersyair, berpidato, dan
sebagainya. Melalui aktiviti berbahasa seperti ini, semua murid tidak kira sama ada
murid berbangsa Melayu, Cina atau India akan sedar tentang kepentingan menguasai
Bahasa Melayu sebagai usaha dalam memartabatkan Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan. Tambahan lagi, penguasaan dalam Bahasa Melayu juga
menunjukkan kita sebagai seorang warganeraga Malaysia yang mempunyai
semangat jati diri dan cinta akan bahasa kebangsaan. Oleh itu, pelaksanaan aktiviti
berbahasa dalam kalangan murid yang pelbagai kaum dan latar budaya dapat
membantu guru dalam menguruskan bilik darjah yang mesra budaya.

Seterusnya, guru juga boleh menyisipkan unsur-unsur warisan budaya kaum
di Malaysia sebagai salah satu sumber pengajaran dan pembelajaran. Bagi
mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya, elemen-elemen kepelbagaian
budaya sesuatu kaum perlulah disisipkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Misalnya, jika di dalam sesebuah bilik darjah mempunyai murid yang
berbangsa Cina ataupun India, maka guru boleh menyisipkan unsur-unsur warisan
budaya kaum Cina atau India seperti guru menggunakan cerita rakyat kaum Cina atau
India dalam pengajaran bahasa Melayu bagi mengajarkan tentang tema perpaduan
kaum di Malaysia. Unsur-unsur warisan budaya sesuatu kaum yang disisipkan dalam
pengajaran dan pembelajaran dapat memberi peluang kepada murid-murid berbangsa
lain untuk mempelajari tentang budaya rakan-rakannya. Tambahan lagi, penggunaan
sumber pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kepelbagaian unsur
budaya bukan sahaja mampu memupuk persefahaman dalam kalangan murid yang
terdiri daripada pelbagai kaum, malah ruang dan peluang ini juga dapat mendorong
murid untuk memahami dan menguasai kosa kata bahasa rakan-rakan mereka yang
berlainan bangsa dan budaya.

3.0 KESIMPULAN

Tuntasnya, dapat disimpulkan bahawa pengurusan bilik darjah mesra budaya adalah sangat
penting bagi merealisasikan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
yang memfokuskan terhadap perpaduan sebagai salah satu aspirasi sistem pendidikan
negara. Hal ini kerana, bilik darjah mesra budaya dilihat sebagai salah satu medium yang
dapat menggalakkan murid untuk mewujudkan konsep penerimaan serta persefahaman
dalam kalangan murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang budaya yang berbeza.
Hal ini secara tidak langsung dapat menanamkan semangat perpaduan dalam kalangan murid

7

pelbagai kaum dan budaya. Oleh yang demikian, sebagai seorang guru yang prihatin, adalah
menjadi tanggungjawab guru dalam menguruskan bilik darjah mesra budaya tidak kira sama
ada dari aspek fizikal, emosi, sosial, mahupun sosiolinguistik bagi memupuk semangat
perpaduan dalam kalangan murid tanpa mengira kepelbagaian kaum dan budayanya.

8

RUJUKAN

Bosch, K. (2006). Planning classroom management: A five step process to creating a positive
learning environment (2nd ed). Corwin Press.

Chew Fong Peng. (2008). Budaya dan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010). Kamus dewan edisi keempat. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013 –
2025. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Najamuddin Bachora. (2014). Kecenderungan interaksi sosial ke arah penghayatan nilai
perpaduan dalam kalangan guru pelatih. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Najeemah Md. Yusof. (2006). Konsep pendidikan. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Noor Aziera Mohamad Rohana, Mohd Faizal P. Rameli, Rawi Nordin, & Siti Nurul Izza
Hashim. (2017). Kepelbagaian dan kesepaduan etnik di Malaysia menurut Islam.
Sains Insani 2017, 2 (2), 88 – 97.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, & Zuraidah A. Majid.
(2017). Budaya dan pembelajaran (Edisi kedua). Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noraini Omar. (2015). Amalan pengajaran guru pendidikan Islam berfokuskan kepelbagaian
budaya murid: Kajian kes di negeri Sarawak. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Fakulti
Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nurhijrah Zakaria, Zuria Mahmud, Mohd Mahzan Awang, Mohd Izham Mohd Hamzah,
Ruhizan Mohamad Yasin, & Ramlee Mustapha. (2017). Pedagogi responsif budaya
dalam pengajaran sejarah untuk persekitaran pembelajaran bilik darjah pelbagai
budaya. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 18, 1 – 12.

Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul hubungan etnik (Edisi kedua). Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Syed Ismail Syed Mustapa, & Ahmad Subki Maskon. (2012). Budaya dan pembelajaran.
Penerbitan Multimedia.

9


Click to View FlipBook Version