The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alia09-431, 2022-03-26 01:53:15

PENGURUSAN GRAFIK PANTUN

PENGURUSAN GRAFIK PANTUN

PANTUN

TEMA:
ADAB DAN

BUDI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
SULTAN MIZAN

22200 BESUT, TERENGGANU

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah
izinNya dapat saya menyiapkan kerja kursus bmmb
1104 iaitu Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
dengan jayanya. Jutaan terima kasih kepada
pensyarah saya iaitu Encik Sukreri @ Syukri bin

Mohamad Zin kerana telah meluangkan masa dengan
penuh kesabaran untuk memberikan bimbingan yang

penuh dedikasi dan nasihat yang baik untuk
menyiapkan pengurusan grafik ini.

Selain itu, jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan
rakan-rakan seperjuangan yang sering memberikan
kata-kata semangat dan berkongsi pandangan serta

pendapat kepada saya. Ribuan terima kasih juga
kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun
secara tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, harapan saya dengan menyiapkan
tugasan ini mampu memberikan pengetahuan yang
mendalam kepada saya sebagai siswa pendidik dalam
menghasilkan pengurusan grafik Kesusasteraan dan

Kebudayaan Melayu yang tepat dan mantap.

PENGENALAN PANTUN

Pantun adalah sejenis puisi tradisional
masyarakat Melayu yang wujud sejak
berzaman lagi. Pantun merupakan
bentuk puisi tradisional yang terdiri
daripada empat baris serangkap, empat
perkataan sebaris, mempunyai rima
a,b,a,b dengan beberapa variasi dan
pengecualian. Pantun juga dibahagi
kepada dua bahagian sama banyak
rangkapnya, iaitu pembayang dan
diikuti dengan maksud pantun. Pantun
merupakan puisi yang paling ringkas
kerana asasnya mempunyai dua baris
yang mempunyai ikatan berirama dan
sebutan yang sama pada hujungnya.

RANGKAP 1

Siakap putih siakap senohong,
Ditangkap bersama ikan dan kerang,

Jangan kita bercakap bohong,
Pasti hidup dibenci orang.

RANGKAP 2

Hikayat ditulis seorang pendeta,
Ditulis pada zaman dahulu,

HeadingBerfikir dahulu sebelum berkata,
Agar tSiduakbhmeeanddaipnagt malu.

RANGKAP 3

Berbuka puasa dengan kanji,
Dinikmati bersama penuh berkat,
Hormat-menghormati amalan terpuji,
Sejahtera hidup disayangi masyarakat.

RANGKAP 4

Pokok bakau di hutan paya,
Dahan dihinggap burung tekukur,

Kalau kita sudah kaya,
Janganlah kita lupa bersyukur.

RANGKAP 5

Buah rambutan buah mangga,
Dikait galah di hujung dahan,
Janganlah kita merasa bangga,
Kesenangan itu pinjaman Tuhan.

MANIFESTASI AKAL BUDI

Pantun ini bertemakan adab dan budi
dimana saya memberikan teguran kepada
semua melalui pantun. Bagi rangkap pertama
berkisar tentang janganlah kita mengamalkan
sikap suka berbohong agar tidak dibenci
masyarakat. Rangkap kedua pula tentang kita
seharusnya berfikir dahulu sebelum
memulakan sebarang percakapan agar tidak
mendatangkan fitnah sehingga membuatkan
kita malu.

Rangkap ketiga pula berkisarkan tentang
nasihat supaya sentiasa menghormati orang
tidak kira tua mahupun muda agar kita
sentiasa disayangi masyarakat. Selanjutya,
rangkap keempat pula bermaksud sentiasalah
bersyukur apabila mendapat rezeki yang
banyak. Rangkap terakhir pula berkisarkan
tentang janganlah kita berbangga dengan apa
yang ada kerana segala kesenangan itu
adalah daripada tuhan.

Tuntasnya, pantun haruslah sentiasa
digunakan agar tidak dilupakan oleh
masyarakat sekarang. Pantun ini juga

seharusnya diajarkan dalam
pembelajaran agar kanak-kanak pada

masa kini tahu apa itu pantun dan
seterusnya dapat mengekalkan warisan

dahulu. Pantun juga mempunyai
banyak tema serta mempunyai maksud
yang tersendiri. Oleh itu, hargailah dan
gunakanlah pantun ini dalam penulisan

kita agar kita sentiasa menggunakan
warisan lama.

RUJUKAN

Johari Bin Yahya. (2015). Pantun
Peribahasa Melayu: Analisis Daripada
Perspektif Teori Pengkaedahan Melayu.
Universiti Sains Malaysia.

Nordiana Binti Ab Jabar & Nurul Ain Binti
Mohd Bukhari. (2018). Hubung Kait
Pembayang dan Maksud Pantun Pak
Nazel dari Perspektif Ekologi. Jurnal
Antarabangsa Persuratan Melayu
(RUMPUN).


Click to View FlipBook Version