PENILAIAN INSTRUMEN PBD 1.0 PENGENALAN Pada era global ini, sistem pendidikan telah diberi perhatian di seluruh negara termasuklah Malaysia. Oleh sebab itu, pentaksiran diberi penekanan utama dalam pendidikan Malaysia yang bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Ini kerana, pentaksiran bertujuan memastikan objektif murid dalam pembelajaran tercapai selain guru menilai murid secara holistik (Nasir et al., 2024). Menurut Kumaran et al. (2024), pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan salah satu bentuk pentaksiran. PBD telah dilaksanakan bermula tahun 2011 yang digelar sebagai Pentaksiran Sekolah yang kemudiaanya ditukar kepada gelaran PBD pada tahun 2016. PBD ialah pentaksiran berterusan sepanjang tahun dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan kepada perkembangan holistik murid seperti kognitif, psikomotor, afektif dan nilai. Selain itu, PBD terbahagi kepada 3 jenis pentaksiran yang terdiri daripada pentaksiran untuk pembelajaran, pentaksiran sebagai pembelajaran dan pentaksiran tentang pembelajaran. Kedua-dua pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran sebagai pembelajaran adalah berbentuk formatif dan berlaku secara berterusan dalam PdP. Manakala, pentaksiran tentang pembelajaran berbentuk sumatif dan berlaku pada akhir tajuk atau bidang pembelajaran. (Villasamy & Mohammad, 2023). Pentaksiran untuk pembelajaran dirujuk sebagai pentaksiran diagnostik.Hal ini kerana, maklumat yang diperoleh daripada pentaksiran ini boleh digunakan untuk merancang strategi atau langkah seterusnya dalam pengajaran ke arah meningkatkan pembelajaran murid dan tahap penguasaan mereka. Kemudian, pentaksiran sebagai pembelajaran adalah murid membuat refleksi dan menilai perkembangan pembelajaran mereka. Kesannya, murid mengetahui tahap penguasaan mereka dalam pembelajaran. Maka, murid menyedari dan mengambil tindakan jika terdapat topik yang tidak dapat dikuasai. Oleh itu, pentaksiran ini menggalakkan pemikiran metakognisi kepada murid. Pentaksiran sebagai pembelajaran terbahagi kepada dua iaitu pentaksiran kendiri dan pentaksiran rakan sebaya. Pentaksiran kendiri adalah murid menilai hasil kerja mereka berdasarkan kriteria yang jelas seperti borang refleksi murid, soal selidik kendiri dan sebagainya. Pentaksiran rakan sebaya pula adalah murid diberi peluang dalam bekerjasama dalam kumpulan, berkomunikasi banyak hala dan penglibatan aktif dalam PdP. Kesannya, motivasi murid meningkat kerna lahirnya perasaan kepunyaan terhadap proses pentaksiran. Akhirnya, pentaksiran tentang pembelajaran yang bertujuan dalam membantu guru, ibu bapa, dan pihak sekolah meningkatkan penguasaan murid serta merancang strategi pengajaran yang lebih bermakna setelah data ujian sumatif dianalisis. Pendekatan ini tidak dimaksudkan untuk membandingkan murid, tetapi untuk
memajukan pembelajaran mereka dengan menggalakkan penglibatan aktif. Tambahan pula, maklumat dan data dapat menjadi petunjuk asas kepada pencapaian murid terhadap sesuatu tajuk sebelum beralih kepada tajuk lain (Jan et al., 2023). Seterusnya, terdapat 2 jenis pentaksiran dalam sistem pendidikan Malaysia iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Menurut (Juan et al., 2023), pentaksiran formatif adalah pentaksiran tidak formal dan formal bagi mengesan kemajuan serta penguasaan murid yang berlaku sepanjang proses PdP. Pentaksiran sumatif pula adalah pentaksiran formal bagi mengesan pencapaian murid berdasarkan unit pembelajaran yang dijalankan selepas proses PdP unit pembelajaran dijalankan. Sebagai contohnya, Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) yang dijalankan pada akhir kalendar akademik yang mula diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Januari 2023 (Rahisin & Mohammad, 2024). Akhirnya, PBD terbahagi kepada 9 ciri. Ciri pertama adalah PBD haruslah dirancang oleh guru kerana gurulah yang akan menilai muridnya sendiri.Ciri kedua adalah bersistem iaitu PBD digunakan dalam merancang PdP yang baik, menentukan instrumen bagi mentaksir murid, melaksanakan PdP dan pentaksiran, merekos, menganalisis, mengambil tindakan susulan dan melapor. Ciri yang ketiga adalah berbentuk formatif dan sumatif. Kedua-dua pentaksiran tersebut perlulah dijalankan secara berterusan bagi mengesan perkembangan, kemajuan, dan penguasaan murid. Ciri yang seterusnya adalah kaedah PBD dilaksanakan dalam pelbagai kaedah yang terdiri daripada pemerhatian, penulisan dan lisan. Selain itu, berasaskan kriteria.Maka, penilaian penguasaan oleh guru terhadap muridnya perlulah berdasarkan standard kandungan, standard pembelajaran, standard prestasi dan tahap penguasaan yang telah ditetapkan. Kemudian, ciri yang ke-enam adalah PBD amatlah mementingkan perkembangan individu. Oleh itu, ia tidak bersifat melakukan perbandingan antara sesama murid, namun hanyalah berdasarkan kemampuan murid itu sendiri. Selain itu, terdapat juga ciri PBD yang menyatakan bahawa perkembangan pembelajaran secara menyeluruh dapat dikesan melalui jasmani, emosi, rohani, intelek, kognitif, psikomotor dan afektif. Seterusnya, membolehkan tindakan susulan. Hal ini bertujuan, mengatasi masalah pembelajaran murid dan mempertingkatkan kualiti pembelajaran mereka. Ciri yang terakhir bagi PBD adalah menggalakkan pentaksiran kendiri dan pentaksiran sebaya.Kesannya, murid berpeluang dilatih dalam mentaksir kemajuan secara berterusan dan guru mendapat maklumat tambahan (Hailmi, 2018).
2.0 Kaedah Pentaksiran Dan Instrumen Pentaksiran Kaedah pentaksiran yang telah digunakan oleh guru Malaysia dalam mentaksir murid adalah pentaksiran secara lisan, penulisan dan pemerhatian. Kaedah lisan berlaku secara terancang atau spontan semasa PdP melalui sesi soal jawab atau kuiz. Ia adalah kaedah cepat dan mudah dalam mengesan penguasaan murid. Kaedah penulisan adalah aktviti menyemak tugasan hasil penulisan murid seperti karangan, ujian bertulis, lembaran kerja dan sebagainya. Kaedah pemerhatian pula adalah mentaksir proses dan hasil kerja murid agar guru dapat menilai sikap serta penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran. Dalam ketigatiga kaedah tersebut, instrumen pentaksiran berbeza telah digunakan oleh guru. Instrumen pentaksian secara lisan adalah interaksi murid dengan guru, murid dengan murid dan murid dengan bahan pembelajaran. Seterusnya, instrumen bagi pentaksiran secara penulisan adalah lembaran kerja dan penulisan refleksi yang dilakukan oleh murid. Akhirnya, instrumen bagi pentaksiran secara pemerhatian adalah senarai semak, catatan anekdot dan gambar aktiviti (Mustaqim Roslan,2024). Berdasarkan 3 kaedah tersebut, guru dapat menetapkan Tahap Penguasaan (TP) murid yang terdiri daripada 6 TP. TP disusun secara hierarki berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ada pada murid selepas sesi PdP bagi satu kelompok bidang, tema atau kemahiran telah dijalankan. Maka, amatlah penting bahawa instrumen pentaksiran yang digunakan dapat mentaksir keupayaan, pencapaian dan kebolehan individu murid dalam pembelajaran dan dapat membekalkan maklumat tentang kualiti pembelajaran murid-murid secara keseluruhannya (Mahaya Salleh et al., 2024). 3.0 Cuti Inter Semester Dan Tugasan Sepanjang cuti inter semester, saya telah mendapat tugasan daripada pensyarah dalam menganalisis kaedah dan instrumen pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru di sekolah. Berdasarkan dapatan saya di sekolah adalah, guru menggunakan ketiga-tiga kaedah pentaksiran yang terdiri daripada pemerhatian, lisan dan penulisan. Hal ini demikian kerana, sepanjang sesi PdP dan akhir PdP, sesi soal jawab akan berlaku di antara murid dengan guru dan murid dengan murid. Selain itu, guru turut memberi aktiviti penulisan seperti lembaran kerja kepada murid serta melakukan pemerhatian kepada murid semasa berlakunya aktiviti ketika sesi PdP dijalankan. Ini dapat dibuktikan melalui instrumen yang saya dapat daripada guru tersebut seperti borang senarai semak bagi aktiviti murid secara berkumpulan, lembaran kerja murid dan penulisan refleksi murid. Dalam mendapatkan instrumen yang berikut, saya telah mendepani dua cabaran. Cabaran yang pertama adalah, guru tidak mempunyai banyak masa dalam
melakukan temubual berkaitan instrumen yang telah dibina. Cabaran kedua, bukti-bukti instrumen tersebut hilang serta tidak banyak dikumpulkan oleh guru. 4.0 Penilaian Terhadap Instrumen-Instrumen Ketika proses penilaian instrumen dijalankan, saya tidak yakin dengan kebolehan yang ada pada diri saya dalam melakukan penilaian instrumen yang dibina oleh guru sekolah. Ini kerana, saya berasa tidak layak untuk memberi pendapat terhadap hasil usaha guru kerana mereka adalah orang yang berkhidmat dalam bidang pendidikan lebih lama dan mahir daripada saya. Tambahan pula, semasa penilaian instrumen, saya tidak melakukan pertimbangan yang professional. Namun begitu, setelah merujuk buku Panduan PBD Edisi ke-2 pada muka surat 37 hingga 41, saya dapat menggunakan pertimbangan profesional dengan baik dalam penilaian instrumen kerana dapat membina pemahaman yang kukuh mengenai pertimbangan professional. 4.1 INSTRUMEN 1: SENARAI SEMAK GURU Standard Kandungan 2.2 Sistem Peredaran Darah Manusia Standard Pembelajaran 2.2.1 Memerihalkan fungsi bahagian utama yang terlibat dalam sistem peredaran darah manusia. 2.2.2 Melakar laluan peredaran darah yang lebih oksigen dan laluan peredaran darah yang lebih karbon dioksida dalam tubuh manusia. Standard Prestasi TP1 Melabelkan organ utama yang terlibat dalam sistem peredaran darah manusia TP2 Memerihalkan fungsi setiap bahagian utama yang terlibat dalam sistem peredaran darah manusia TP3 Melakar laluan peredaran darah manusia. Aktiviti • Melakar sistem peredaran darah yang lengkap • Poster digital kemudian bentangkan • Lembaran kerja
Instrumen Senarai semak guru Senarai semak guru adalah instrumen yang sesuai bagi guru melakukan kaedah pentaksiran secara pemerhatian terhadap kerja berkumpulan murid bagi mengukur tahap penguasaan mereka. Senarai semak guru yang ditunjukkan adalah bukti guru menilai murid semasa mereka menjalankan aktviti. Dalam aktiviti tersebut, setiap murid akan dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu satu kumpulan terdiri daripada 5 murid. Kemudian, mereka perlu membina lakaran sistem peredaran darah yang lengkap dalam kertas A4 yang akan disediakan.Seterusnya, mereka perlu membina poster digital yang bermaklumat mengenai sistem peredaran darah berdasarkan kreativiti kumpulan masing-masing. Akhirnya, setiap kumpulan akan membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas. Oleh itu, jenis pentaksiran di sini adalah pentaksiran untuk pembelajaran yang berbentuk formatif. Hal ini kerana, ia berlaku secara berterusan dalam PdP dan maklumat yang dikumpul melalui senarai semak akan digunakan oleh guru bagi merancang strategi dalam meningkatkan pembelajaran dan tahap penguasaan murid. PENTAKSIRAN BENTUK PEMERHATIAN SENARAI SEMAK GURU MENTAKSIR KUMPULAN Bil Nama Kumpulan/ Ahli V1 V2 V3 V4 V5 1. • Alia • Maisarah • Batrisya • Norman • Ali 2. • Syed • Abu • Qistina • Rania • Jebat 3. • Kasturi • Omar • Hana • Kashika • Mei Mei 4. • Aina • Fatimah • Saleha • Sarah
• Laila 5. • Syafiq • Khairul • Mila • Akilah • Siti V1= Murid tahu bahagian utama dalam sistem peredaran darah. V2= Murid tahu setiap fungsi bahagian utama dalam sistem peredaran darah. V3= Murid membezakan laluan peredaran darah manusia. V4= Murid boleh guna peranti digital. V5 = Murid dapat pilih isi yang sesuai dengan subtopik dalam penghasilan poster digital. Terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperhatikan secara kritis dalam instrumen soal selidik guru tersebut, Antaranya adalah, instrumen tidak disertakan dengan standard pembelajaran, standard kandungan dan standard prestasi. Maka, ia akan menyukarkan guru dalam merujuk panduan bagi menilai tahap penguasaan murid. Seterusnya, tidak memenuhi keperluan dalam standard pembelajaran kerana ia mengabaikan elemen memerihalkan fungsi bahagian utama yang terlibat dalam sistem peredaran darah manusia. Tidak terkecuali, standard prestasi turut tidak tepat kerana borang soal selidik tidak mempunyai TP3 iaitu membuat lakaran laluan peredaran darah manusia. Kemudiannya, tiadanya data kuantitatif dan catatan menyebabkan ketidakpastian dalam penilaian. Kesannya, guru akan dianggap menilai setiap ahli kumpulan dengan tidak tepat sehingga boleh mencetuskan masalah pada masa akan datang. Selain itu, tahap penguasaan turut tidak diberi kepada setiap kumpulan. Ini menunjukkan penilaian murid berlaku dengan tidak lengkap.Di samping itu, instrumen tersebut juga tidak mencakup penilaian yang komprehensif terhadap kemahiran insaniah, seperti semangat kerjasama, komunikasi, dan kemahiran bertutur dalam pembentangan. Penggunaan ayat yang terlampau ringkas dan tidak lengkap dalam instrumen turut mengurangi kejelasan dalam menguji murid. Oleh sebab itu, penambahbaikan perlu dilakukan terhadap instrumen borang soal selidik tersebut.
PENTAKSIRAN BENTUK PEMERHATIAN SENARAI SEMAK GURU MENTAKSIR KUMPULAN Standard Kandungan 2.2 Sistem Peredaran Darah Manusia Standard Pembelajaran 2.2.1 Memerihalkan fungsi bahagian utama yang terlibat dalam sistem peredaran darah manusia. 2.2.2 Melakar laluan peredaran darah yang lebih oksigen dan laluan peredaran darah yang lebih karbon dioksida dalam tubuh manusia. Standard Prestasi TP1 Melabelkan organ utama yang terlibat dalam sistem peredaran darah manusia TP2 Memerihalkan fungsi setiap bahagian utama yang terlibat dalam sistem peredaran darah manusia TP3 Melakar laluan peredaran darah manusia. Aktiviti • Melakar sistem peredaran darah yang lengkap • Poster digital kemudian bentangkan • Lembaran kerja Instrumen Senarai semak guru Bil Nama Kumpulan/ Ahli V1 V2 V3 V4 V5 V6 V7 V8 V9 Catatan TP 1. • Alia • Maisarah • Batrisya • Norman • Ali 2. • Syed • Abu • Qistina • Rania • Jebat 3. • Kasturi • Omar
• Hana • Kashika • Mei Mei 4. • Aina • Fatimah • Saleha • Sarah • Laila 5. • Syafiq • Khairul • Mila • Akilah • Siti V1= Murid dapat melabelkan 4 bahagian utama dalam sistem peredaran darah. V2= Murid dapat menyatakan setiap fungsi bahagian utama sistem peredaran darah dalam poster digital dan dihadapan kelas. V3= Murid dapat membina lakaran gambar rajah sistem peredaran darah yang berlabel dan lengkap dengan jelas. V4= Murid dapat membezakan laluan sistem peredaran darah manusia. V5 = Murid dapat menerangkan proses sistem peredaran darah dalam badan manusia malalui lakaran yang dibina dan poster digital. V6 = Murid mahir dalam menggunakan peranti digital. V7 = Murid dapat memilih isi yang sesuai dengan subtopik dalam penghasilan poster digital. V8 = Murid dapat menyampaikan pemahaman mereka mengenai sistem peredaran darah manusia secara tersusun dan kreatif dalam poster digital. V8 = Murid saling bertolak-ansur dan bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan yang diberi. V9 = Murid dapat membentangkan poster digital bermaklumat dengan baik di hadapan kelas. Instrumen soal selidik guru yang telah diperbaiki adalah instrumen yang baik. Hal ini kerana, borang soal selidik ini disertakan dengan standard pembelajaran, standard kandungan, dan standard prestasi. Ini akan memudahkan guru dalam merujuk panduan untuk menilai tahap penguasaan murid. Kemudian, instrumen ini mampu memenuhi keperluan dalam standard pembelajaran yang menyebabkan berlakunya kejelasan dalam penilaian kemajuan murid. Seterusnya, instrumen ini tepat dan memenuhi kehendak standard prestasi kerana terdapatnya ketiga-tiga TP yang dinyatakan secara tidak langsung dalam item borang soal selidik. Selepas penambahbaikan dilakukan, terdapatnya data kuantitif dalam instrument tersebut. Contohnya adalah murid dapat melabelkan 4 bahagian utama dalam sistem peredaran darah. Kesannya, data kuantitatif dapat memperkukuhkan lagi aspek objektif yang
terdapat dalam penilaian. Kemudian, setiap kumpulan akan diberi TP yang berbeza berdasarkan kemajuan, kemahiran, dan penguasaan mereka, bagi menunjukkan penilaian yang komprehensif dan disesuaikan dengan keperluan individu. Oleh itu, bahagian catatan disertakan dalam borang tersebut agar guru dapat menyatakan sebab murid mendapat TP yang dinilai oleh guru tersebut. Akhirnya, instrumen adalah lebih baik apabila terdapatnya elemen kemahiran insaniah, seperti murid saling bertolak-ansur dan bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan yang diberi, meningkatkan aspek pembangunan insaniah. Tambahan pula, penggunaan perkataan dan struktur ayat telah disesuaikan agar lebih mudah difahami. Maka, ia adalah instrumen borang soal selidik yang sesuai dan jelas dalam mentaksir setiap kumpulan murid. Guru dapat melakukan catatan terhadap setiap kumpulan 4.2 INSTRUMEN 2: LEMBARAN KERJA Standard Kandungan 2.2 Sistem Peredaran Darah Manusia Standard Pembelajaran 2.2.1 Memerihalkan fungsi bahagian utama yang terlibat dalam sistem peredaran darah manusia. 2.2.2 Melakar laluan peredaran darah yang lebih oksigen dan laluan peredaran darah yang lebih karbon dioksida dalam tubuh manusia. Standard Prestasi TP1 Melabelkan organ utama yang terlibat dalam sistem peredaran darah manusia TP2 Memerihalkan fungsi setiap bahagian utama yang terlibat dalam sistem peredaran darah manusia TP3 Melakar laluan peredaran darah manusia. Aktiviti • Melakar sistem peredaran darah yang lengkap • Poster digital kemudian bentangkan • Lembaran kerja Instrumen Lembaran kerja murid secara individu
Lembaran kerja murid adalah instrumen yang digunakan oleh guru dalam mentaksir murid melalui kaedah penulisan. Secara umumnya, lembaran kerja adalah bahan yang membantu murid dalam mempraktikkan, mengaplikasikan, serta menguji pengetahuan dan kemahiran mereka. Lembaran kerja dibawah adalah salah satu contoh lembaran kerja yang dibina oleh guru Sains sendiri terhadap murid-murid tahun 5. Instrumen tersebut dijawab oleh murid secara individu selepas sesi pembentangan dilaksanakan. Oleh itu, ia adalah pentaksiran sebagai pembelajaran yang berbentuk formatif kerana instrumen lembaran kerja digunakan semasa proses PdP berlangsung. PENTAKSIRAN SECARA BERTULIS LEMBARAN KERJA KERJA INDIVIDU Rajah 1
Berdasarkan penilaian terhadap lembaran kerja yang ditunjukkan, ia diperakui kurang memuaskan kerana tidak memenuhi beberapa aspek. Pertama, lembaran kerja ini tidak memenuhi standard pembelajaran dan standard prestasi yang ditetapkan kerana tidak menyediakan soalan yang memerlukan pemahaman tentang fungsi setiap bahagian utama dalam sistem peredaran darah manusia. Kedua, soalan yang diajukan tidak mencerminkan jenis soalan higher order thinking skills (HOTS). Contohnya, bahagian utama pada gambar rajah 1 telah dilabel, yang sepatutnya murid perlu label sendiri agar kemahiran analitikal mereka dapat ditingkatkan. Ketiga, lembaran kerja ini tidak dapat meningkatkan motivasi murid kerana soalan yang terlalu mudah mungkin menyebabkan rasa bosan terutamanya bagi murid yang cemerlang. Keempat, kurangnya ruang bagi murid untuk mengisi butiran peribadi seperti nama, kelas, dan tarikh juga merupakan kelemahan yang perlu diperbaiki. Oleh itu, perlu dilakukan penambahbaikan bagi memastikan lembaran kerja ini lebih efektif dalam meningkatkan pemahaman dan motivasi murid. PENTAKSIRAN SECARA BERTULIS LEMBARAN KERJA KERJA INDIVIDU (ARAS TINGGI) Nama: ______________________ Kelas:____________ Tarikh:___________- Bahagian A Anda dikendaki melabel bahagian utama yang terlibat dalam sistem peredaran darah. Seterusnya, anda turut dikehendaki mewarna laluan sistem peredaran darah tersebut menggunakan dua warna berbeza. Kemudian lengkapkan kotak kosong dengan jawapan yang betul.
Bahagian B Terangkan fungsi setiap bagian utama dalam sistem peredaran darah Bahagian Utama Sistem Peredaran Darah Fungsi Bahagian C Berdasarkan jawapan anda pada rajah 1, terangkan proses laluan sistem peredaran darah beroksigen dan darah terdeoksigen dalam badan manusia. ATAU PENTAKSIRAN SECARA BERTULIS LEMBARAN KERJA KERJA INDIVIDU (ARAS RENDAH) Nama: ______________________ Kelas:____________ Tarikh:____________ Bahagian A Anda dikendaki melabel bahagian utama yang terlibat dalam sistem peredaran darah. Seterusnya, anda turut dikehendaki mewarna laluan sistem peredaran darah tersebut menggunakan dua warna berbeza. Kemudian lengkapkan kotak kosong dengan jawapan yang betul. Rajah 1
BAHAGIAN B Anda dikehendaki suai padan gambar di bawah dengan fungsinya terhadap Sistem Peredaran Darah Manusia. Rajah 1 Pembawa nutrisi, oksigen, hormon, dan antibodi ke seluruhtubuh. Darah juga mengangkut bahan buangan seperti karbondioksida,dan urea untuk dikeluarkan dari tubuh Tempat pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida Mengangkut darah ke seluruh badan Mengepam darah ke peparu dan seluruh badan
Instrumen lembaran kerja yang telah diperbaiki adalah instrumen yang baik kerana meliputi dapat mencapai kedua-dua standard pembelajaran dan standard prestasi yang ditetapkan. Kedua, arahan yang disediakan adalah tepat, ringkas, dan mudah difahami oleh murid. Ketiga, instrumen ini mempunyai bahagian bagi murid untuk mengisi butiran peribadi seperti nama, kelas, dan tarikh, yang memberikan kesempurnaan kepada lembaran kerja. Keempat, instrumen ini dapat meningkatkan motivasi murid dengan menyediakan dua jenis lembaran kerja, iaitu aras tinggi dan aras rendah, yang disesuaikan dengan tahap kemajuan dan penguasaan masing-masing. Contohnya, murid yang mempunyai Tahap Penguasaan (TP) rendah akan diberi lembaran kerja aras rendah, manakala murid dengan TP tinggi akan diberi lembaran kerja aras tinggi. Secara tidak langsung, murid yang cemerlang tidak mudah bosan dan murid kurang cemerlang tidak terhakisnya motivasi dalam diri. Kelima, terdapat tiga bahagian dalam lembaran kerja aras tinggi dan dua bahagian dalam lembaran kerja aras rendah yang dapat memenuhi standard pembelajaran dan mentaksir pencapaian murid dengan baik. Oleh itu, instrumen ini memberikan keberkesanan dalam penilaian serta memberi peluang kepada setiap murid untuk berkembang mengikut tahap masing-masing. 4.3 INSTRUMEN 3: PENULISAN REFLEKSI Standard Kandungan 2.2 Sistem Peredaran Darah Manusia Standard Pembelajaran 2.2.1 Memerihalkan fungsi bahagian utama yang terlibat dalam sistem peredaran darah manusia. 2.2.2 Melakar laluan peredaran darah yang lebih oksigen dan laluan peredaran darah yang lebih karbon dioksida dalam tubuh manusia. Standard Prestasi TP1 Melabelkan organ utama yang terlibat dalam sistem peredaran darah manusia TP2 Memerihalkan fungsi setiap bahagian utama yang terlibat dalam sistem peredaran darah manusia TP3 Melakar laluan peredaran darah manusia. Aktiviti • Melakar sistem peredaran darah yang lengkap • Poster digital kemudian bentangkan
• Lembaran kerja Instrumen Penulisan refleksi murid secara individu Penulisan refleksi oleh murid adalah instrumen yang sesuai bagi guru mentaksir murid melalui kaedah pentaksiran secara penulisan.Instrument ini merupakan alat yang menggalakkan murid merenung pengalaman,pembelajaran dan kemahiran. Penulisan refleksi akan dilakukan oleh setiap murid bagi mengemukan refleksi mereka dengan lebih terbuka dan menilai perkembangan pembelajaran. Tambahan pula, tujuannya adalah menilai tahap kefahaman murid dalam sesuatu topik yang diajar sepanjang proses PdP sehingga mereka dapat mengaplikasi ilmu baru tersebut di dunia luar. Dalam penulisan refleksi ini, ia adalah berbentuk formatif dan pentaksiran sebagai pembelajaran. Ini kerana, ia berlakau secara berterusan dalam PdP dan melibatkan pentaksiran kendiri. KAEDAH PENTAKSIRAN SECARA BERTULIS PENULISAN REFLEKSI KERJA INDIVIDU Lengkapkan kotak dibawah dengan melakukan penulisan refleksi sepanjang anda menjalankan aktiviti PdP di bilik darjah. Terdapatnya kelemahan dalam penulisan refleksi tersebut kerana arahan soalan hanya memfokuskan refleksi murid di dalam kelas semata-mata tanpa memberi tumpuan kepada aplikasi ilmu yang diperolehi terhadap luar bilik darjah atau dunia luar. Ini menyebabkan elemen penting dalam pembangunan murid di luar persekitaran sekolah diabaikan. Seterusnya, hanya terdapat kotak kosong tanpa panduan elemen yang jelas, menjadikan proses penulisan refleksi sukar bagi murid kerana kurangnya panduan dan arahan yang diberikan. Kemudian, soalan yang diajukan adalah sangat umum dan kurang berfokus serta tidak memberi arahan yang tepat kepada murid untuk menyusun refleksi mereka dengan baik dan teratur. Oleh itu, perlu dilakukan penambahbaikan untuk memastikan arahan soalan lebih holistik, memberi tumpuan kepada aplikasi ilmu dalam pelbagai konteks, dan menyediakan panduan yang jelas bagi membantu murid menulis refleksi dengan lebih efektif.
KAEDAH PENTAKSIRAN SECARA BERTULIS PENULISAN REFLEKSI KERJA INDIVIDU Lengkapkan jadual berikut dengan melakukan refleksi sepanjang anda belajar mengenai subtopik ‘ SISTEM PEREDARAN DARAH BADAN MANUSIA’ dalam kehidupan anda. Ceritakan dapatan anda mengenai tajuk tersebut yang anda dapat daripada guru/rakan sebaya/sumber internet Berikan kekuatan anda sepanjang menjalani aktiviti dalam bilik darjah Ceritakan bila anda akan amalkan semula kekuatan tersebut di luar bilik darjah Berikan kelemahan/cabaran yang anda hadapi dalam proses anda belajar mengenai tajuk tersebut Bagaimakah anda mengatasi kekurangan yang anda hadapi dalam proses belajar mengenai tajuk sistem peredaran darah manusia Ceritakan perasaan anda sepanjang menjalani proses Pdp mengenai tajuk ini Penambahbaikan yang perlu guru lakukan agar anda lebih memahami subtopik ini Penambahbaikan telah dilakukan terhadap penulisan refleksi agar menjadi instrumen yang baik dalam guru menilai kemajuan muridnya. Antara penambahbaikan yang dilakukan adalah terdiri daripada arahan soalan dibaiki agar lebih berfokus dalam refleksi murid di kedua-dua dalam bilik darjah dan pengaplikasian murid di luar bilik darjah. Ini memberi penekanan yang seimbang kepada perkembangan murid di persekitaran sekolah dan dunia
luar. Selain itu, terdapatnya pembahagian elemen dalam kotak yang dapat dijadikan panduan kepada murid untuk membuat refleksi. Kesannya, ia memudahkan murid sepanjang proses penulisan dan memastikan kejelasan dalam menyusun refleksi. Seterusnya, soalan yang diajukan adalah lebih berfokus, memberikan arah yang jelas kepada murid dalam menyusun refleksi mereka. Akhirnya, arahan dalam setiap elemen soalan adalah ringkas, tepat, dan mudah difahami bagi murid. Maka, mereka dapat memahami soalan dan menjawab soalan dengan mudah dan lebih tepat. Dengan demikian, instrumen ini memberikan struktur yang baik bagi murid untuk merefleksikan pembelajaran mereka dengan lebih efektif. 5.0 PENUTUP Selepas cuti semester, saya tetap berusaha mencari guru di sekolah yang berdekatan dengan rumah bagi mendapatkan contoh-contoh instrumen yang digunakan bagi mentaksir kemajuan dan penguasaan murid. Keadaan ini adalah disebabkan oleh, saya tidak dapat mengumpul banyak instrumen semasa dalam cuti inter semester. Saya turut tidak kenal erti putus asa apabila cuba mendapatkan instrumen pentaksiran daripada rakan-rakan IPG saya yang mengumpulkan instrumen mereka di sekolah yang lain. Kemudiannya,selepas hasil tugasan diteliti, saya dapat menambah ilmu pengetahuan baharu. Antaranya, saya mengetahui bahawa pentaksiran dalam sistem pendidikan adalah sangat penting kerana ia dapat mengukur keupayaan, pencapaian dan kebolehan individu yang ada dalam diri setiap murid secara berterusan yang berlaku dalam proses PdP. Ini dapat dicapai apabila pentaksiran menyediakan maklumat yang relevan dan berkualiti tentang pencapaian murid serta keberkesanan aktiviti dalam proses PdP. (Nor & Haron, 2023). Tambahan pula, terdapatnya jenis pentaksiran berbentuk formatif dan sumatif yang dapat meningkatkan motivasi dan kefahaman murid dengan lebih cemerlang. Maka, setiap murid dapat ditaksir dengan lebih telus yang menekankan kepada pengetahuan, kemahiran dan nilai. Kemudiannya, di dalam pentaksiran terdapatnya PBD yang mengamalkan konsep bahawa guru tidak boleh melakukan perbandingan di antara setiap murid. Oleh itu, guru perlulah bersikap adil, jujur dan telus semasa menilai murid-murid dalam proses PdP.
6.0 RUJUKAN Bahagian Pembangunan Kurikulum . (2021, 13 September). Penerangan umum Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). [Video]. YouTube. https://youtu.be/hnn-tJdXqNg?si=SqeY7pqx3qbx3Hf1 Bahagian Pembangunan Kurikulum . (2021, 13 September). Penerangan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) KPM 2021. [Video]. YouTube.https://youtu.be/Ic67SyOYWxU?si=oqoB4o5YVILx_waw EduwebTV KPM. (2022, 24 Jun). Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) | Video Animasi PBD. [Video]. YouTube. https://youtu.be/9GRGX7t7PZk?si=x_e2gfoTM4GbqgCI Hailmi. (2018, 28 Disember). Faham Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dengan lebih mudah. https://www.cikguhailmi.com/2018/12/faham-pentaksiran-bilik-darjah-pbd.html Jan, N. M., Kaco, H., Idris, F. M., & Mohd, S. M. (2023). Impak pentaksiran pendidikan pintar Dan berbakat integrasi naqli dan aqli (IGEd). Innovative Teaching and Learning Journal (ITLJ), 3(1), 56-66. Juan, N. P., Rahman, S., & Surat, S. (2023). Tahap pengetahuan, kemahiran dan kesediaan guru terhadap pelaksanaan pentaksiran bilik darjah (PBD). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(5), 39-49. Kumaran, D., Awang, M. M., & Othman, N. (2024). Pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Sejarah terhadap pelaksanaan Ujian Akhir Sesi Akademik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 9(1), 80-90. Karim, S.R.A., Anwar, M.R., & Jalaiudin, S. (2020). Sains Tahun 5. Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Panduan Perlaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah(2nded.).http://bpk.moe.gov.my/index.php/inisiatif-kpm/kbat/manualpembudayaan-kbat-2021/2-uncategorised/135-panduan-pelaksanaan-pbd-edisi-ke-2- 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sains Tahun 5. https://anyflip.com/ittl/gsyk Mustaqim Roslan, M. (2024). Kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan kesannya kepada murid tahap satu: analisis subjek Pendidikan Islam. UMRAN-International Journal of Islamic and Civilizational Studies, 11(1), 63-78.
Mahaya Salleh, Suzana Abd Mutalib, Hashiroh Hussein &, Zakirah Imana Ho Abdullah. (2024). Pentaksiran Dalam Pendidikan. Local Publications (M) Sdn. Bhd. Nasir, N. N., Ahmad, A., & Othman, N. (2024). Penggunaan Bahan Digital dalam Pentaksiran Sejarah Sekolah Rendah Berdasarkan Opsyen Guru. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 9(2), 29-39. Nor, S. M., & Haron, Z. (2023). Instrumen literasi Pentaksiran Bilik Darjah guru sekolah berdasarkan konteks pendidikan di Malaysia: sorotan literatur bersistematik (SLR). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(4), 61-73. ntv7malaysia. (2022, 4 Oktober). Pentaksiran sumatif (2022) - klip | kaedah dan proses. [Video]. YouTube.https://youtu.be/g7b96crQOAs?si=pgoR3-_VwS6995QW ntv7malaysia.(2022, 12 Oktober).PBD (2022) - klip | pelaksanaan pbd - kaedah kaedah pentaksiran. [Video]. YouTube. https://youtu.be/VYCr0zsb75I?si=PnFHcgAteF_xuuf3 ntv7malaysia. (2022, 28 Oktober). PBD (2022) - klip | contoh instrumen PBD - kaedah instrumen pentaksiran PBD. [Video]. YouTube.https://youtu.be/EcUTnT9_g6k?si=_iCNIvhi1K9ttZEJ Rahisin, H., & Mohammad, W. M. R. W. (2024). Implikasi PDPR terhadap Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) murid di SJK Cina Daerah Melaka Tengah. Jurnal Dunia Pendidikan, 6(1), 105-113. Saupi, A. (2019, 18 Julai). Penilaian formatif dan penilaian sumatif. [Video]. YouTube.https://youtu.be/hJvUlRPDIh8?si=R1YnuDOVBeE_M9TF Villasamy, P. K., & Mohammad, W. M. R. W. (2023). Tahap kefahaman, kemahiran dan sikap guru Bahasa Melayu dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di Sekolah Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 5(1), 544-559. Zulab. (2022, 11 Disember). Perbezaan format upsr dan ujian akhiir sesi akademik (UASA). [Video]. YouTube. https://youtu.be/Cey0WbRMhFc?si=xjw_E3Pzv3JFlk-p