The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by irna2003, 2024-03-17 10:21:43

Implikasi Stratifikasi Sosial Terhadap Komuniti Sekolah

SOSIOLOGI_compressed

STRATIFIKASI SOSIAL IMPLIKASINYA TERHADAP KOMUNITI SEKOLAH


Menurut Khoironi & Sudrajat (2023), stratifikasi mempunyai erti tingkatan atau perbezaan kelas dalam kalangan masyarakarat berdasarkan tahap sosialnya yang berasal dari kata “strata”. Maka stratifikasi sosial adalah susun lapis kelas sosial dalam sesebuah masyarakat yang merujuk kepada kedudukan status sosioekonomi seseorang dalam masyarakat. Status sosioekonomi tersebut adalah bergantung kepada pendapatan, pekerjaan,kekayaan, prestasi pendidikan,keturunan dan pangkat Ini dikukuhkan lagi dengan pernyataan Engon (1962), yang mentafsirkan stratifikasi sosial sebagai satu sistem yang mengukur serta menentukan kedudukan dalam lapisan masyarakat yang membentuk ketaksamaan sosial dalam kalangan mereka. Selain itu, terdapatnya 5 kelas sosial yang dibeza dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada golongan atasan, pertengahan atasan, pertengahan bawahan, kelas pekerja dan golongan bawahan.


Golongan Atasan PERtengahan Atasan PERtengahan Bawahan Kelas pekerja GOLONGAN BAWAHAN golongan kaya, kerabat diraja, korporat berpendidikan tinggi dan profesional, memegang jawatan tinggi lulusan universiti, diploma, memberi tumpuan kepada pendidikan anakanak pekerja kolar biru yang berkemahiran berpendidikan rendah, miskin dan pendapatan tidak tetap


Menurut pandangan Karl Marx (1969),stratifikasi sosial dan institusi ekonomi adalah saling berkait. Beliau menyatakan bahawa golongan berkuasa seperti tuan tanah / pelabur modal dan golongan tidak berkuasa seperi pekerja telah dibentuk oleh strafikasi sosial itu sendiri. Maka, ia mensifatkan kencenderungan strafikasi sosial adalah kepada institusi ekonomi. Hal ini kerana, kedudukan ekonomi dianggap penentuan sebagai struktur lapisan masyarakat dalam ilmu sosiologi. Karl Marx


Davis dan Moore (1969), pula menghubungkan strafikasi sosial dengan unsur kuasa iaitu sistem jawatan. Hal ini kerana, kedua-dua sarjana ini percaya bahawa kedudukan dan jawatan sentiasa wujud dalam kehidupan sosial. Bagi memenuhi kedudukan dan jawatan, setiap individu perlulah melengkapkan diri dengan kebolehan dan kemahiran yang secukupnya. Kemahiran tersebut boleh diperoleh melalui pendidikan dan latihan yang melibatkan aspek pengorbanan masa, tenaga dan perbelanjaan. Sebagai ganjarannya, mereka akan memperoleh kedudukan dan jawatan yang selesa dalam sosial (Purnama & Fauzi, 2022). Kingsley Davis Wilbert Moore


STRATIFIKASI SOSIAL TERBUKA Pembentukan lapisan masyarakat yang memberi peluang kepada setiap individu yang memliki kebolehan dan kemahiran yang sesuai dalam melakukan perubahan terhadap kedudukan lapisan sosial yang lebih tinggi. Sebagai contohnya, murid yang mendapat ranking teratas dalam ujian dapat masuk di dalam golongan murid pintar tanpa melihat latar belakang, kekayaan dan keturunan (Anastasya et al., 2024). STRATIFIKASI SOSIAL TERTUTUP Pembentukan lapisan masyarakat sejak lahir. Maka, ia menghalang pergerakan seseorang berpindah dari satu kelas sosial ke kelas sosial lainnya. Sebagai contohnya, masyarakat India yang menerapkan sistem kasta menempati bayi yang baru dalam kasta yang sama dengan ibu bapanya. Oleh itu, perpindahan kedudukan sosial bagi bayi tersebut adalah sangat terbatas dan sukar untuk berlaku perubahan (Limbong Guntur,2023). STRATIFIKASI SOSIAL CAMPURAN Pembentukan lapisan masyarakat adalah gabungan strafikasi sosial terbuka dan strafikasi sosial tertutup. Hal ini kerana, bagi pertukarankepada lapisan sosial yang lebihtinggi, individu tersebut perluberpindah ke kawasan yangmempunyai lapisan sosial yangbersifat terbuka. Contohnya, pelajar yang cemerlang dalam SPMberpindah ke daerah lain bagi menyambung pendidikannya yanglebih tinggi di IPT (Basiah et al,,2023). .


ETNIK KETURUNAN TAHAP PENDIDIKAN Etnik adalah ciri-ciri fizikal atau budaya yang dikaitkan dengan kumpulan etnik tertentu. Etnik mempengaruhi bagaimana seseorang dilihat oleh masyarakat, serta dapat memberi kesan kepada perlakuan yang diterima dalam masyarakat. Keturunan adalah harta yang diterima oleh seseorang dari keluarga. Harta ini boleh termasuk harta benda fizikal, harta tanah, atau harta kekayaan lainnya yang dapat memberikan kelebihan kepada individu tersebut. Tahap pendidikan mempengaruhi dalam memberi akses kepada peluang pekerjaan, pendapatan, serta taraf sosial dan ekonomi secara keseluruhan.


STATUS SOSIOEKONOMI JENIS PEKERJAAN GENDER Gender merujuk kepada identiti jantina seseorang. Faktor gender boleh mempengaruhi peluang pendidikan, pekerjaan, pendapatan, serta akses kepada sumber daya dan kuasa dalam sesebuah masyarakat (Hutabarat et al., 2024). Jenis pekerjaan mempengaruhi kedudukan sosial seseorang dalam hierarki strafikasi sosial. Sebagai contohnya, pekerjaan sebagai doktor atau guru dipandang tinggi pada zaman kini. Status sosioekonomi lebih tinggi cenderung mendapat akses yang lebih besar dalam peluang pendidikan yang berkualiti, pekerjaan yang lebih baik, pendapatan yang tinggi, dan kemudahan lain seperti perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.


.. Stratifikasi ekonomi adalah jumlah simpanan bank, pemilikan saham dan bangunan perniagaan yang dinilai berdasarkan jumlah aset yang dimiliki oleh seseorang individu.Oleh itu, pada industri yang global ini, individu yang memiliki modal dianggap menduduki lapisan sosial teratas berbanding pekerja biasa yang menduduki lapisan sosial yang rendah sahaja.Secara keseluruhannya, jenis stratifikasi ini memberi pembahagian lapisan sosial berdasarkan taraf ekonomi dan kekayaan yang ada pada individu tersebut sehingga timbulnya lapisan sosial yang terdiri daripada golongan kaya, golongan tengah dan golongan bawahan (Fitri et al., 2023). 1 STRATIFIKASI EKONOMI


Pembahagian kelas dalam kalangan masyarakat kerana terdapatnya perbezaan status kehormatan. Keadaan ini dapat dilihat melalui kehormatan yang diberikan kepada keturunan tertentu seperti keturunan yang berkuasa dan kaya adalah lebih tinggi berbanding keturunan biasa. Sebagai contohnya, strafikasi status sosial dapat dilihat dengan jelas dalam sistem kasta Masyarakat India dan status bangsawan kerajaan Inggeris. Selain itu, ia turut melihat faktor prestasi dalam pendidikan. Ini dibuktikan dengan anggapan oleh masyarakat kini bahawa pekerjaan doktor adalah dipelopori oleh golongan bijak yang secara tidak langsungnya mepunyai akses yang luas dalam ekonomi (Johan, 2024). 2 Stratifikasi politik mengutamakan kekuasaan. Ini menunjukkan, bahawa kekuasaan seseorang yang lebih tinggi turut mempunyai status sosial yang lebih tinggi. Kekuasaan ini biasanya dapat dilihat melalui jawatan dalam jabatan formal di sesebuah Lembaga, parti, kumpulan dan institusi yang dikuasainya (Saefulrijal et al., 2023). STRATIFIKASI POLITIK 3 STRATIFIKASI SOSIAL


Menurut Ismail et al. (2024), sekolah atau scholeion dalam bahasa Greek merupakan sebuah bangunan yang berfungsi sebagai tempat memberi pendidikan kepada murid iaitu individu yang belajar di situ. Struktur sekolah pada zaman moden kini telah dilengkapi dengan kemudahan teknologi maklumat (IT) atau sekadar bilik darjah sahaja bagi sekolah yang kekurangan kos. Setiap sekolah akan mempunyai guru iaitu tenaga pengajar bagi mendidik dan memberi bimbingan kepada murid. Setiap individu di Malaysia akan melalui fasa pendidikan bermula dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pendidikan tinggi (IPT).


Pada pandangan Emirbayer (1996), sekolah adalah termasuk bahagian institusi sosial yang berperanan sebagai sebuah unit sosial yang berusaha mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh organisai tersebut. Organisasi tersebut adalah terdiri daripada murid, guru, pentadbir dan kakitangan bukan guru. Kesemua organisasi ini mempunyai set peranan dan kedudukan masing-masing yang menentukan segala tindakan mereka di dalam institusi pendidikan sekolah. Walaupun mempunyai set ekspesitasi peranan yang berbeza, mereka mempunyai satu visi sekolah yang sama di bawah kepimpinan seorang pengetua atau guru besar yang sama. Perbezaan peranan dan kedudukan yang terdapat dalam organisasi tersebut telah menimbulkan konflik hubungan sesama manusia. Ini berlaku apabila salah seorang daripada organisasi tersebut tidak memahami dan enggan mengiktiraf cara ahli kumpulan lain bagi memainkan peranan dalam mencapai matlamat sekolah. Mustafa Emirbayer


1 2. . Wujud pengkelasan sekolah yang terdiri daripada sekolah elit, sekolah kluster, sekolah harian, sekolah antarabangsa. Latar belakang keluarga iaitu keluarga dari kelas tinggi dan pertengahan cenderung untuk lebih cemerlang berbanding keluarga golongan bawahan. Bagi keluarga golongan atasan,pembelajaran tidak hanya tertumpu pada pengajaran di dalam kelas semata-mata dan proses pelajaran menjadi keutamaan dalam kehidupan.


Kemudahan fasiliti lebih tertumpu kepada sekolah elit manakala bangunan sekolah daif tiada kemudahan infrastruktur sehingga tidak membawa perasaan ketidakselesaan kepada warga sekolah (Aris, 2022). Murid kelas atas mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik hasil dari jaringan persekitaran manakala golongan bawahan terlibat dengan masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah, vandalisme dan ragut. Selain itu,pengangguran banyak berlaku dalam golongan pertengahan bawah. 3. 4.


Pentadbir mungkin cenderung memberi perhatian kepada golongan atasan atau murid yang berstatus sosioekonomi lebih tinggi, menyebabkan ketidakadilan dalam perlakuan dan peluang pendidikan. Maka, pentadbir perlu peka terhadap perbezaan sosial di kalangan staf dan pelajar agar berlaku keadilan dan kesaksamaan. Kuasa & Tanggungjawab Pentadbir sekolah memegang peranan penting dalam menguruskan institusi. Stratifikasi sosial dapat mempengaruhi cara mereka mengendalikan pengagihan sumber daya, pengurusan kelas, dan polisi sekolah serta pengurusan konflik di kalangan staf dan murid. Kesedaran & Sensitiviti


Guru mempunyai harapan yang lebih rendah terhadap murid dari golongan bawahan atau murid berlatar belakang sosioekonomi yang rendah. Guru turut membawa stereotaip terhadap murid berdasarkan stratifikasi sosial.Maka, kesedaran diri dan latihan berkaitan kesetaraan adalah penting (Madiyan, 2024). Guru mungkin memberi lebih banyak perhatian dan sokongan kepada murid dari golongan atasan. Oleh itu, guru perlukah berinteraksi dengan murid dari pelbagai lapisan sosial agar memahami perbezaan ini dan memastikan pendekatan pengajaran yang inklusif dan sensitif. Pengajaran & Interaksi Harapan & Stereotaip


Murid dari lapisan sosial yang berbeza mungkin menghadapi cabaran yang berbeza dalam pembelajaran. Murid yang kurang berkemampuan mungkin memerlukan sokongan tambahan (Astuti et al., 2024). Stratifikasi sosial mempengaruhi hubungan antara murid. Murid mungkin mengasingkan diri atau membentuk kumpulan berdasarkan faktor sosial (Maharani et al., 2024). Pengalaman Pembelajaran Hubungan Sosial


Murid mungkin mengalami ketidakseimbangan dalam persepsi diri dan keyakinan mereka, terutama jika mereka merasa terpinggir atau kurang dihargai berdasarkan kepada stratifikasi sosial. Stratifikasi sosial mempengaruhi kebolehan murid untuk memperoleh akses kepada sumber daya dan peluang pendidikan, seperti bantuan kewangan, program sokongan, atau peluang pendidikan tambahan. Keyakinan Diri Kemudahan Akses


Stratifikasi sosial juga boleh mempengaruhi interaksi di tempat kerja, iaitu pekerja mungkin menghadapi diskriminasi atau perlakuan yang tidak adil berdasarkan kepada status sosial mereka di luar persekitaran sekolah (Yusak, 2023). Anggota kumpulan ini mungkin terdedah kepada ketidaksetaraan dalam gaji, keadaan kerja, dan peluang pembangunan kerjaya. Stratifikasi sosial boleh mempengaruhi motivasi kerja mereka. Keadaan Kerja Interaksi


Astuti, A., Sembiring, I. S., Indrayani, N., Nuriani, N., Jumining, J., & Metasari, R. (2024). Hubungan pola asuh orangtua dengan perkembangan bahasa anak prasekolah Puskesmas Pegajahan Kec. Pegajahan Kab. Serdang Bedagai . Protein: Jurnal Ilmu Keperawatan dan Kebidanan, 2(1), 137-148. Anastasya, W. D., Say, W., & Wahyuni, D. S. (2024). Kesenjangan prestasi di sekolah: Faktor-faktor stratifikasi yang berperan. Jurnal Pendidikan Dan Ilmu Sosial (JUPENDIS), 2(1), 171-181. Aris, Y. (2022, 15 Disember). Stratifikasi sosial. https://www.slideshare.net/YOUAZLIN/bab-6-stratifikasi-sosialpptx-254915117 Basiah, B., Tarigan, D. A. B., & Dayanti, M. (2023). Studi masyarakat sosial dalam persfektif kelompok sosial dan stratifikasi sosial. Jurnal Tips Jurnal Riset, Pendidikan Dan Ilmu Sosial, 1(2), 86-92. Emirbayer, M. (1996). ‘Useful Durkheim’. Sociological Theory, 14(2), 109-130. Engon, E.B. (1962). Social stratification:McGraw Hill Series In Sociology. Egon Ernest. Fitri, S. W., Rahman, A., Nofitri, N., & Januar, J. (2023). Stratifikasi sosial dalam sistem perekonomian masyarakat Urban. Concept: Journal of Social Humanities and Education, 2(4), 307-318. Hutabarat, C., Hutagalung, H., Revalina, G., Hutabarat, T., & Lumbantobing, R. (2024).Kesetaraan gender dalam lingkup pendidikan dan tata sosial. Kultura: Jurnal Ilmu Hukum, Sosial, dan Humaniora, 2(3), 270-275. Ismail, I. H., Kayar, R., & Khamis, H. (2024). Siologi dalam pendidikan. (1sd ed.). Local Publications (M) Sdn. Bhd.


Johan, B. A. (2024). Transformasi sosial dalam ruang pendidikan (analisis sosiologis terhadap dinamika interaksi dan perubahan). Triwikrama: Jurnal Ilmu Sosial, 3(2), 31-38. Khoironi, M. F., & Sudrajat, A. (2023). Budaya stratifikasi sosial terhadap kesenjangan ekonomi keluarga dan kualitas pendidikan pada anak. Jurnal Ilmiah Ilmu Sosial, 9(1), 25-34. Karl Max. (1996). Colonialism and modernization. Doubleday & Co.Inc. Limbong, J. T., & Guntur, I. (2023). Pergeseran stratifikasi sosial terhadap pola pikir manusia toraja pada kegiatan tradisi adat rambu Solo’Kabupaten Toraja Utara. Jurnal Ekonomi Prioritas, 3(3), 129-138. Maharani, T. F., Misnawati, D., & Pattara, B. J. (2024). Komunikasi antara budaya (Studi kasus: pertukaran pelajar Indonesia di Malaysia). Juremi: Jurnal Riset Ekonomi, 3(4), 485-492. Madiyan, M. A. (2024). Budaya guru dan krisis kepercayaan terhadap pendidikan. Journal of Education Research, 5(1), 734-739. Purnama, R. D., & Fauzi, A. (2021). Peran guru dalam membangun efektifitas pembelajaran sosiologi pada masa pandemi covid-19. Edu Sociata: Jurnal Pendidikan Sosiologi, 4(2), 34-46. Saefulrijal, A., Fatkhullah, F., Lastriyani, I., & Fitriyani, I. F. (2023).Akuntabilitas pemimpin pendidikan berbasis agama, filsafat, psikologi dan sosiologi. Jurnal Pena Edukasi, 10(1), 44-52. Yusak, S. M. (2023). The influence of principal/headmaster's moral leadership (PGB) and parent/community involvement in school excellence. Management Research Journal,12(3), 53-63.


TAMAT SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version