The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KOLEKSI BAHAN PENERBITAN DIGITAL BITK, 2022-09-04 20:54:02

Buletin Keusahawanan

Edisi Julai 2022

e-Buletin Keusahawanan 7/2022 1

Sidang Editor

Penerbit : Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA

PENAUNG Sidang Editor e-Buletin berhak meminda mengubah dan
YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman menggarap manuskrip yang dihantar agar bersesuaian
Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) dengan garis panduan yang ditetapkan dan tidak
MARA mengubah isi asalnya. Semua manuskrip yang diterima
sama ada disiarkan ataupun tidak disiarkan tidak akan
PENERBIT EKSEKUTIF dikembalikan. Manuskrip ini juga boleh digunapakai oleh
Nor Zaini binti Abu Kassim pihak yang diberi kebenaran untuk masa-masa akan
Pengarah datang. Kami mengalu-alukan sebarang cadangan atau
komentar, surat menyurat, rencana dan ulasan ke meja
PENERBIT Sidang Redaksi atau email ke [email protected]
Jamizan bin Baki
Timbalan Pengarah II Sebarang pertanyaan hendaklah dialamatkan kepada:

EKSEKUTIF EDITOR Pengarah
Zuliana Haslinda binti Anhar Zubir Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA
Timbalan Pengarah I Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA
50609 Jalan MARA, Kuala Lumpur.
EDITOR/WARTAWAN Tel: 03 2613 2401
Anita binti Kudin Faks: 03 2691 0075
Ketua Penolong Pengarah Email: [email protected]

KREATIF
Noor Leala binti Hussain
Penolong Pengarah

JURUFOTO
Produksi Kreatif

TEKNIKAL & HEBAHAN
Unit IT & Solusi

2 e-Buletin Keusahawanan 7/2022

e-Buletin Keusahawanan 7/2022 3

JOHOR : 5 Julai 2022 - Seramai 50 orang usahawan MARA
Negeri Johor hadir dalam sesi libat urus bersama YB. Datuk
Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd
Dun, Pengerusi MARA bertempat di Double Tree Hotel, Johor
Bahru. Pada majlis tersebut, usahawan dapat berinteraksi secara
bersemuka bersama YB. Pengerusi MARA sekaligus memberi
peluang kepada mereka untuk menyampaikan cadangan serta
buah fikiran bagi memperkasakan agenda sektor keusahawanan
pada masa hadapan.

Dalam program yang sama, YB. Pengerusi turut menyampaikan
kemudahan program Gate to Global (bagi produk usahawan yang
berpotensi untuk menembusi pasaran luar negara) iaitu Syarikat
We1 Manufacturing (M) Sdn. Bhd., Hsrich Global Sdn. Bhd., Irma
Ariandi Global Sdn. Bhd. dan Jalen Sdn. Bhd. Manakala bagi
penyampaian Skim Pembiayaan Perniagaan MARA, seramai
empat (4) orang usahawan menerima kemudahan berjumlah
RM785,000.00 iaitu Syarikat Blanc Studio Creative, Miqasya
Couture, MH Panjang Auto Service Enterprise dan Alaisha
Resources..

Hadir sama dalam sesi libat urus ini adalah Dato’ Zulfikri bin
Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Puan
Nor Uyon binti Shoib, Pengarah MARA Negeri Johor dan Encik
Yahya bin Sani, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan.

4 e-Buletin Keusahawanan 7/2022

e-Buletin Keusahawanan 7/2022 5

Peluang Jana Ekonomi dan Pembangunan
Usahawaan Kota Belud

Kota Belud, Sabah cukup dikenali
sebagai sebuah daerah yang berpotensi
besar dalam menjana ekonomi serta
pembangunan usahawan Bumiputera
khususnya dalam industri pertanian
penanaman padi, pelancongan, makanan
dan minuman serta kraftangan.

6 e-Buletin Keusahawanan 7/2022

KOTA BELUD : 7 JULAI 2022 - YB. Datuk Seri seramai 697 orang usahawan wanita di negeri ini
Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima telah menerima manfaat daripada program yang
Haji Mohd Dun, Pengerusi MARA berkata dalam sama. Manakala bagi Program Pensijilan Usahawan
Majlis Perasmian Program: Outreach Bina Niaga Luar MARA, seramai 137 orang usahawan wanita telah
Bandar, Kota Belud, usahawan Bumiputera di Kota memperolehi pensijilan melalui badan-badan yang
Belud perlu segera mengambil peluang melalui MARA berautoriti.
untuk memperhebatkan lagi pengeluaran, kualiti
produk dan perkhidmatan agar mampu menarik Selain itu, melalui peruntukan RM5 juta yang
minat pembeli dari luar. Di samping itu, penekanan disalurkan kepada MARA Sabah, 500 orang peserta
kepada penggunaan internet perlu dimanfaatkan telah mendapat manfaat melalui program Penjana
bagi pemasaran produk secara digital.” E-Commerce yang mensasarkan penglibatan 60%
usahawan wanita di luar bandar termasuk golongan
Beliau menambah, MARA telah memperkenalkan B40 dan ibu tunggal. Tujuan utama program tersebut
program pendigitalan seperti Digitalbiz, Business adalah meningkatkan ilmu perniagaan dan kemahiran
Enrichment Standardization & Transformation dalam E-Commerce serta pemasaran digital bagi
Programme (BEST), PENJANA Bespoke dan menjana pendapatan dan meningkatkan keuntungan
PENJANA E-Commerce untuk membantu usahawan dalam perniagaan mereka.
mempromosikan produk supaya boleh pergi lebih
jauh dan berkesan. Selain itu, bagi pemerkasaan Pengerusi MARA menyeru kepada seluruh komuniti
usahawan wanita di negeri Sabah, MARA telah usahawan untuk mengikuti program keusahawanan
menyediakan peruntukan sebanyak RM241.25 juta dan sentiasa berhubung dengan MARA Sabah untuk
menerusi bajet 2022 yang meliputi kemudahan mendapatkan peluang-peluang kemudahan yang
pembiayaan perniagaan termasuk skim pembiayaan ditawarkan oleh MARA khususnya dalam mendepani
DANANITA. pasca pandemik yang kini beralih ke fasa endemik.
Turut hadir dalam Outreach Bina Niaga Luar Bandar
Melalui Program Latihan Keusahawanan MARA, di Mini Dewan Restoran Pencarian Bersama, Kota
seramai 1,237 orang usahawan Sabah telah mendapat Belud, Sabah ialah Dr. Shahrizin bin Abdul Sarhadat,
manfaat pada tahun 2021 dan setakat 30 Jun 2022 Pengarah MARA Sabah dan Ketua-ketua Jabatan
Persekutuan Negeri.

e-Buletin Keusahawanan 7/2022 7

KOTA KINABALU : 13 Julai 2022– Majlis Sejak dilancarkan pada awal tahun 2021, mengikuti program ini telah berjaya

Amanah Rakyat (MARA) telah membawa sebanyak tujuh (7) outlet telah berjaya mencapai nilai jualan sebanyak RM8.85

usahawan tekstil jenama Canggih Go ke dibuka iaitu dua (2) outlet di Pulau juta. Program ini dirangka khas bagi

pasaran Sabah bagi tujuan memenuhi Pinang, Perak, Sabah, Kuala Lumpur, membangunkan usahawan-usahawan

permintaan masyarakat tempatan, Johor dan Selangor. Outlet-outlet ini dalam bidang tekstil, berkolaborasi

menyedari usahawan Bumiputera mula beroperasi sewaktu saat genting dengan My Sutera Sdn Bhd iaitu salah

mampu berdaya saing dalam bidang dimana rakyat Malaysia semua berada sebuah syarikat yang ternama di

jualan pakaian dan barang keperluan dalam tempoh pandemik. Melalui Malaysia dalam pengeluaran pakaian

sekolah. penyertaan dalam program Canggih sekolah.

Go ini, peserta diberi bimbingan dan Dalam majlis yang sama ini juga, beliau

“Program ini secara tidak langsung latihan berstruktur yang komprehensif turut menyampaikan sumbangan 30
membuka peluang pekerjaan dan khusus bagi mencapai objektif pasang pakaian seragam sekolah
kepada masyarakat setempat, pelaksanaan. Canggih dan wang tunai bernilai
sekaligus membantu usahawan “Pembukaan Canggih Go Sabah ini RM3,000.00 kepada pelajar-pelajar
menjana pendapatan dalam bidang merupakan ejen atau wakil bagi negeri dari Rumah Anak Yatim dan Asnaf As
tekstil, “ menurut YB. Datuk Seri Sabah dalam membekalkan pakaian Sakinah, Kinarut, Papar. Sumbangan
Panglima Hajah Azizah binti sekolah jenama Canggih. Selain lokasi tersebut adalah dari pihak My Sutera
Datuk Seri Panglima Haji Mohd yang sesuai dan strategik, program Sdn Bhd dan Yayasan Pelajaran MARA
Dun, Pengerusi MARA semasa juga dapat membantu meningkatkan (YPM).
merasmikan outlet Canggih Go pendapatan usahawan dan seterusnya
di Sabah yang dimiliki oleh Encik membuka peluang pekerjaan kepada Sumber Gambar & Berita :
Safuan bin A.Abas. masyarakat tempatan Sabah,”. YB. Hasneeza Bt Harith
Pengerusi MARA turut memaklumkan
Bahagian Infrastruktur Komersial (BIK)

bahawa usahawan-usahawan yang

8 e-Buletin Keusahawanan 7/2022

Majlis perasmian disempurnakan oleh
YB Datuk Seri Azizah Mohd Dun.

YB. Datuk Seri Azizah menandatangani plag perasmian outlet
Canggih Go pertama di Sabah sebagai acara simbolik.

Majlis menyampaikan sumbangan pelajar-pelajar dari Rumah
Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah, Kinarut, Papar

e-Buletin Keusahawanan 7/2022 9

TUUU… DIA PAK TAM

Inspirasi Usahawan Industri
Makanan dan Minuman Bumiputera

KUALA LUMPUR : 29 Julai 2022 - YB Datuk Seri Panglima Hajah
Azizah binti Haji Mohd Dun, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat
(MARA) mengadakan lawatan kerja ke Pak Tam Production Unit
@ Central Kitchen milik Tuan Haji Ruslin bin Ibrahim di Taman
Sri Batu Caves. Sempena lawatan tersebut, Haji Ruslin telah
menyampaikan taklimat berkenaan operasi dan pencapaian
syarikat sejak tahun 1986.

Pada awal penglibatan dalam perniagaan , beliau berniaga
mee rebus dan pasembor secara kecil-kecilan di Flat Selayang
Segar. Melihat perniagaannya semakin maju dan mendapat
sambutan beliau terus memberi fokus untuk mengembangkan
perniagaan. Kini beliau terus menguasai pasaran dalam bidang
Food & Beverages (F&B) dengan mempunyai 20 buah cawangan
sejak ditubuhkan. Menurut Haji Ruslin, kejayaan yang dimiliki
hari ini atas sokongan pelbagai pihak terutamanya MARA yang
telah mula membantu sejak awal penglibatan beliau dalam
bidang perniagaan.

“MARA membantu saya dari pelbagai sudut termasuk latihan
keusahawanan, lot kedai, pembiayaan perniagaan serta
khidmat nasihat. “Cabaran utama sewaktu pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempohari, syarikat
terpaksa mengurangkan pekerja, namun pada waktu itu saya
tekad untuk membuka Central Kitchen ini bagi meningkatkan

10 e-Buletin Keusahawanan 7/2022

kualiti produk dan bakal membuka peluang pekerjaan yang
lebih banyak kepada masyarakat,”kata Haji Ruslin. Beliau
menzahirkan ucapan terima kasih kepada MARA dan
beberapa agensi lain yang banyak membantu dan menyokong
perniagaannya sehingga sampai ke tahap ini.

Pengerusi MARA ketika ditemui dalam lawatan tersebut turut
menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian syarikat milik
penuh Bumiputera ini. “Saya berharap akan ada lebih ramai
usahawan berjaya seperti Pak Tam yang dibangunkan oleh
MARA dan kejayaan syarikat ini patut dijadikan inspirasi dan
role model kepada usahawan dalam bidang F&B,”kata Azizah.
Dalam lawatan kerja tersebut, Azizah turut dibawa melawat
kilang bagi meninjau sendiri proses pengeluaran produk yang
menggunakan mesin berteknologi tinggi. Turut mengiringi
YB Pengerusi MARA, YBhg Dato’ Zulfikri bin Osman,Timbalan
Ketua Pengarah MARA (Keusahawanan), Encik Yahya bin Sani,
Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU), Encik
Zahari bin Aziz, Pengarah Bahagian Infrakstruktur Komersial
(BIK), Encik A Razu bin Abdul Razak, Pengarah Bahagian
Pembiayaan Perniagaan (BPN) dan tetamu jemputan.

e-Buletin Keusahawanan 7/2022 11

AKG AUTOWORKS :

DARIPADA BENGKEL

KAYU KECIL KEPADA

PUSAT SERVIS Pada tahun 2018, Encik Azren bin Men dan Puan Norain binti
KENDERAAN Sarib, pasangan suami isteri yang gigih memulakan perniagaan
BUMIPUTERA bengkel kayu kecil diberi nama Apeng Kantau Garage, terletak
di Kampung Cahaya Baru, Pasir Gudang, Johor. Namun, dengan
berkat usaha pasangan ini berjaya beralih bidang membuka
pusat servis kenderaan yang terletak di Ekoperniagaan, Kota
Masai dan membuat penjenamaan baharu kepada AKG
Autoworks.

Syarikat AKG Networks telah menerima
kemudahan pembiayaan MARA berjumlah
RM450,000. Pada tahun 2021, AKG Autoworks
berjaya membuka dua (2) cawangan di Adda
Heights & Kluang. Syarikat ini telah berjaya
mengekalkan jualannya walaupun Pandemik
COVID-19 masih melanda negara.

AKG Networks telah membuat perancangan untuk membuka
Akademi Automotif satu hari nanti bagi melahirkan ramai
usahawan muda dalam bidang automotif. Terdahulu, syarikat
ini hanya mempunyai dua (2) orang pekerja, kini mempunyai
bilangan tenaga mahir seramai 20 orang. Kejayaan yang telah
dicapai oleh AKG Autoworks ini telah menjadi inspirasi dan
contoh terbaik kepada usahawan Bumiputera lain terutama
dalam bidang automotif.

Sementara itu, dalam rangka lawatan kerja ke Negeri Johor,
YB. Datuk Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima
Haji Mohd Dun, Pengerusi MARA, diiringi YBhg. Dato’ Zulfikri
bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah MARA (Keusahawanan)
telah turun padang bagi mengadakan lawatan ke premis AKG
Autoworks dan menemui usahawan wanita Negeri Johor.
Turut mengiring Puan Nor Uyon binti Shoib, Pengarah MARA
Negeri Johor. Sesi YB. Pengerusi bersama 10 orang usahawan
wanita Negeri Johor adalah merupakan penerima manfaat
kemudahan Skim Pembiayaan Perniagaan DanaNITA MARA.

12 e-Buletin Keusahawanan 7/2022

13e-Buletin Keusahawanan 7/2022

“MARA telah menyalurkan dana pembiayaan serta latihan berjumlah SEREMBAN : 7 JULAI 2022 - Majlis
hampir RM5 juta kepada 14 orang usahawan Halmart terpilih bagi Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan
fasa pertama,” jualan bernilai RM100 juta tahun 2022
menerusi Program Pembangunan
Pembangunan Peruncitan: Peruncitan MARA : Halal Mart (Halmart)
yang diusahakan oleh usahawan
Halal MART (Halmart) (YB Menteri) Bumiputera. YB. Datuk Seri Mahdzir
bin Khalid, Menteri Pembangunan
Perasmian Program Pembangunan Peruncitan MARA Luar Bandar berkata, pihaknya yakin
disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid sasaran itu dapat dicapai susulan
Menteri Pembangunan Luar Bandar kejayaan usahawan Halmart yang
berjaya meraih nilai jualan RM50 juta
14 e-Buletin Keusahawanan 7/2022 menerusi 2,000 unit sasaran stok
(SKU) yang dipasarkan dalam tempoh
setahun sejak mengikuti program
tersebut.

Beliau berkata, pencapaian itu
membuktikan bahawa industri
peruncitan mampu merekodkan
pertumbuhan memberangsangkan
walaupun dalam cabaran ekonomi
era Pandemik Covid-19. Program
HalMart ini merupakan satu program
pemadanan produk antara pengeluar
produk Industri Kecil Sederhana (IKS)
bersama pengusaha pasar raya bagi
membantu pengeluar memasarkan
produk ke pasaran tempatan.

“MARA telah menyalurkan dana
pembiayaan serta latihan berjumlah
hampir RM5 juta kepada 14 orang
usahawan Halmart terpilih bagi fasa
pertama,” katanya semasa sidang
akhbar selepas merasmikan Program
Halmart di Misa Frozen, Taman
Desa Cempaka di Nilai, Seremban.
Menurut beliau lagi, MARA bukan
sahaja menyediakan latihan malah
bantuan lain bagi meningkatkan
jualan usahawan Halmart seterusnya
menyumbang kepada prestasi
Keluaran Dalam Negara Kasar

(KDNK) negara. “Platform yang telah hadapan negara dapat mewujudkan bin Che Ahmad, Ahli Majlis MARA,
MARA sediakan sebenarnya bukan lebih banyak kedai serbaneka YBhg. Dato’ Azhar bin Abdul Manaf,
sahaja untuk memperkasakan kedai berkonsep halal terutamanya di luar Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato’
serbaneka tetapi secara tidak langsung bandar yang boleh dijadikan pemangkin Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua
menyediakan tempat atau ruang untuk kepada pembangunan ekonomi Pengarah MARA (Keusahawanan)
usahawan IKS memasarkan produk sekaligus mewujudkan peluang dan Ahli Pengurusan MARA. Selain
mereka. pekerjaan kepada penduduk setempat. sesi permadanan perniagaan, gerai
YB. Menteri turut menyampaikan jualan turut diadakan dan disertai oleh
“Pengusaha Halmart ini juga telah replika kunci Premis Perniagaan MARA hampir 250 orang usahawan Program
melalui siri latihan keusahawanan dan replika cek kepada enam (6) orang HalMart dan usahawan lain di bawah
khas disediakan MARA bersama pakar usahawan penerima kemudahan bimbingan MARA.
dalam industri berkaitan, meliputi pembiayaan perniagaan MARA bagi
pengurusan operasi syarikat, sistem program tersebut. Sumber berita: UTUSAN online
kewangan, kemudahan pembiayaan
dan khidmat perundingan,” katanya. Turut hadir dalam majlis adalah
Justeru beliau berharap pada masa YB. Datuk Seri Dr. Haji Md Alwi

15e-Buletin Keusahawanan 7/2022

Lawatan Kerja
BPU ke Johor

JOHOR : 6 Julai 2022 – Sesi lawatan kerja oleh Encik Yahya
bin Sani, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan
(BPU) telah ke tapak cadangan di Institut Kemahiran
MARA (IKM) Johor Bahru, Johor. Turut mengiringi beliau
Puan Nor Uyon bin Soib, Pengarah MARA Negeri Johor.
Pewujudan inkubator bertujuan memberi bimbingan dan
latihan dalam bidang perniagaan khususnya kepada
usahawan yang baru menceburi bidang perniagaan.
Inkubator yang dicadangkan ini bakal memberi peluang
kepada pelajar tahun akhir dan yang telah menamatkan
pengajian dalam bidang pengajian program kimpalan,
automotif dan aircond.

16 e-Buletin Keusahawanan 7/2022

e-Buletin Keusahawanan 7/2022 17

Terdapat perkhidmatan percetakan, pembuatan
bingkai gambar, produk kaligrafi islamik serta lain-lain
cenderahati.

Art2Canvas :

Kenali Usahawan
MARA di Pantai
Timur

Mula melibatkan diri dalam dunia perniagaan pada Oktober Memiliki dua (2) buah kedai dan galeri di Kota Bharu,
2016 secara kecil-kecilan atas faktor minat, kini selepas 6 art2canvas telah memberi peluang pekerjaan kepada tujuh
tahun art2canvas telah menjadi sebutan ramai khususnya (7) orang anak tempatan. Dalam merancang membesarkan
yang ingin mendapatkan perkhidmatan percetakan, dan peningkatan perniagaan, Nur Asriniey juga telah
pembuatan bingkai gambar, produk kaligrafi islamik serta menerima kemudahan pembiayaan perniagaan MARA di
lain-lain cenderahati untuk pelbagai tujuan, majlis dan bawah Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPiM) dan Program
program. Pembangunan Usahawan BASE.

Nur Asriniey Asaruddin, usahawan wanita cekal Semoga dengan bantuan serta kemudahan dan khidmat
bimbingan MARA Daerah Kota Bharu ini tekad untuk fokus sokongan daripada MARA, art2canvas yang dimiliki Nur
menjalankan perniagaan setelah mengikuti Program Asriniey terus berkembang maju, mendapat sambutan
Latihan Pembentukan Usahawan (LPU) MARA pada 2018 baik daripada pelanggan dan menawarkan pelbagai
dan seterusnya menerima kemudahan di bawah Skim perkhidmatan serta produk terkini seiring dengan gaya
Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK). semasa yang trending.

18 e-Buletin Keusahawanan 7/2022

19e-Buletin Keusahawanan 7/2022

PROGRAM HALAL MART PLATFORM
USAHAWAN KEMBANG

PERNIAGAAN PERUNCITAN

Pasaraya Al-Iman adalah manifestasi hasrat dan matlamat
memasarkan produk halal yang dikeluarkan oleh usahawan
Bumiputera selain mengatasi masalah bayaran yuran
kemasukan yang tinggi dan kekangan platform pemasaran.

Syaiful Hisyam bin Hamzah, 35, sanggup menjual kedai
dobi miliknya bagi memastikan hasrat untuk membuka
sebuah pasaraya tercapai. Beliau yang merupakan bekas
pelajar lepasan Diploma Teknologi Pengurusan dan Maritim
dari Kolej Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut, Perak ini
gigih mengikuti pelbagai kursus dalam bidang peruncitan
bagi melengkapkan diri untuk bersaing dalam perniagaan
tersebut.

20 e-Buletin Keusahawanan 7/2022

Pada tahun 2018, beliau berjaya yang sebahagian besarnya merupakan pengawalan stok serta boleh membuat
merealisasikan impiannya apabila usahawan Bumiputera. Pencapaian rujukan bersama pakar runding yang
berjaya membuka sebuah pasaraya ini merangsang saya untuk membuka telah disediakan oleh pihak MARA.
dengan nama Al-Iman di Muar, Johor. cawangan baharu. “Pada tahun 2020 Selain itu, saya juga mengikuti latihan
Sempena Majlis Perasmian Program juga saya telah terpilih untuk menyertai peningkatan perniagaan seperti Kursus
Pembangunan Peruncitan MARA: Program Halal Mart (HALMART) Business Turn Around, Pendigitalan
Halal Mart yang diadakan pada 7 yang dianjurkan oleh pihak MARA. Facebook Ads dan lain-lain yang
Julai 2022 di Misa Frozen, Nilai, Encik Melalui program ini, saya berjaya dianjurkan oleh agensi yang sama.”
Syaiful telah menerima replika cek mengembangkan perniagaan dengan “Saya juga turut menerima
berjumlah RM400,000.00 daripada YB pertambahan dua (2) cawangan di kemudahan geran peningkatan serta
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri sekitar Muar, Johor,” jelas Syaiful. kemudahan pembiayaan perniagaan
Pembangunan Luar Bandar. daripada MARA dengan nilai hampir
RM400,000.00. Kemudahan ini saya
Tambah beliau, “Pelbagai ilmu saya gunakan bagi mengembangkan
“Alhamdulillah pembukaan pasaraya perolehi melalui Program Halal perniagaan saya seterusnya. Terima
ini berjaya mengumpulkan 1,500 Mart. Saya didedahkan dengan kasih MARA.
produk Industri Kecil Sederahana (IKS) pengoperasian syarikat yang betul,
daripada lebih 200 orang usahawan sistem kewangan yang lebih tersusun,

21e-Buletin Keusahawanan 7/2022

Kejayaan Wahyuni SPA
Hasil Ilmu Dari GiatMARA

22 e-Buletin Keusahawanan 7/2022

Wahyuni Spa milik Puan Azrina Pada tahun 2016, Wahyuni Spa merupakan usahawan bimbingan

binti Ibrahim merupakan salun berdaftar sebagai Pusat Bertauliah Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang

kecantikan yang menawarkan pelbagai Sistem Latihan Dual Nasional di bawah telah menerima beberapa kemudahan

perkhidmatan termasuk urutan Jabatan Pembangunan Kemahiran seperti premis perniagaan MARA,

tradisional, facial lifting dan whitening, (SLDN) dan sehingga kini telah Program Pembangunan Usahawan

manicure dan pedicure serta banyak melahirkan ramai pelatih bertauliah Teknikal (PUTEK), Pembiayaan Am

lagi. Salun kecantikan yang mematuhi persijilan Sijil Kemahiran MARA (SKM) serta Skim Pembiayaan Perniagaan

syariah ini telah mula beroperasi sejak dan Diploma Kemahiran Malaysia Prihatin Mikro (S3P). Kemudahan

tahun 2013 dan kini mempunyai tiga (DKM). yang diterima telah banyak membantu

(3) cawangan iaitu di Kangar, Arau Puan Azrina, merupakan bekas pelajar Wahyuni Spa mengembangkan

dan Alor Setar dengan jumlah pekerja GIATMARA Kangar di dalam jurusan perniagaan serta menjana keuntungan

seramai 12 orang. solekan terapi kecantikan. Beliau juga syarikat.

Sumber Berita : PUSMA Perlis

23e-Buletin Keusahawanan 7/2022

Program Khas Keusahawanan
HiT STYLISTA

KUALA LUMPUR : 22 Julai 2022 - Program ini dirangka khusus untuk Sebelum itu pada 4 Julai 2022 telah

Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui usahawan wanita dalam industri diadakan sesi temuduga HiT Stylista

Bahagian Pembangunan Usahawan dandanan dan penggayaan rambut 2022 di Gardens Hotel Mid Valley,

(BPU) mengadakan Program Khas bagi meningkatkan pendapatan Kuala Lumpur. Program khas baharu

Keusahawanan HiT STYLISTA yang dan perniagaan dari segi teknikal, di bawah Sektor Keusahawanan MARA

direka khusus bagi pembangunan keusahawanan dan pengurusan ini memfokuskan kepada usahawan

perniagaan yang lebih komprehensif perniagaan melalui pengwujudan outlet wanita yang telah sedia ada memiliki

dan mempunyai hala tuju berfokus Salun Wanita Profesional berkonsep di salon rambut sendiri atau yang telah

kepada lima (5) elemen utama iaitu: bawah jenama HiT STYLISTA. mempunyai pengalaman dalam

industri penggayaan rambut wanita.

i. Konsep Perniagaan dan Standard Jenama HiT STYLISTA akan

Operating Procedure (SOP) HiT dikomersialkan di seluruh negara di Pelaksanaan program HiT Stylista ini

STYLISTA mana ia dapat memberi impak besar adalah bertujuan untuk meningkatkan

ii. Pembangunan Bisnes HiT STYLISTA kepada usahawan seperti peningkatan perniagaan usahawan, melahirkan

iii. Latihan Usahawan Progresif jualan, berpengaruh dan peningkatan professional hair dresser & hair stylist

iv. Ketrampilan dan Komunikasi imej perniagaan. Melalui program ini, dalam kalangan usahawan wanita

Berkesan usahawan akan diberi bimbingan dan Bumiputera di samping mewujudkan

v. Pemasaran Penjenamaan dan Digital pemantauan khas daripada pakar- rangkaian outlet HiT Stylista di seluruh

Biz pakar dalam industri secara berterusan negara. Kursus jangka pendek ini akan

serta memiliki sijil kemahiran sebagai berlangsung selama empat (4) bulan.

nilai tambah kepada perniagaan. Seramai 51 orang peserta telah hadir

24 e-Buletin Keusahawanan 7/2022

bagi kedua-dua sesi berbanding 80 orang yg mendaftar
hanya 20 orang yang layak akan disenarai pendek untuk
menyertai program tersebut.
Encik Yahya bin Sani, Pengarah BPU berkata, ini merupakan
program khas dari segi pembangunan usahawan wanita
untuk dandanan dan pengayaan rambut yang diharapkan
usahawan-usahawan ini akan dapat mengwujudkan satu
rangkaian kedai atau outlet yang berkonsepkan salon
rambut yang mempunyai imej korporat dan mempunyai
identiti sendiri.
Peserta akan diberi latihan perniagaan melalui program-
program seperti latihan usahawan prograsif, latihan
komunikasi dan MARA akan membantu mereka ini
bagaimana untuk memasarkan produk dan perkhidmatan
mereka.
Ini antara faedah yang akan diperolehi dari program khas
di bawah HIT ( Hair In Trend) : Stylista. Ini merupakan satu
jenama lanjutan daripada program HIT Barber. Jika yang
sebelum ini khusus untuk usahawan lelaki dan kali ini
khusus untuk usahawan wanita.

25e-Buletin Keusahawanan 7/2022

R&R BUKIT BUNGA
MENJADI TUMPUAN
PENDUDUK SETEMPAT

TANAH MERAH, 24 Julai 2022 - Program Cakna Komuniti kepada warga penduduk setempat dan pengunjung. Setakat
R&R Bukit Bunga, Kelantan yang telah disempurnakan ini, pengisian penyewaan premis adalah sebanyak 94% di
oleh YB Datuk Seri Dr. Sr. Haji Md. Alwi bin Haji Che mana 50 lot telah disewakan. Antara perniagaan yang telah
Ahmad, Ahli Majlis MARA merupakan inisiatif Pejabat beroperasi di R&R Bukit Bunga termasuk produk kosmetik,
MARA Negeri Kelantan dalam mempromosikan premis kedai runcit, makanan segera dan kedai makan.
perniagaan kepada orang ramai. Terdapat 53 buah lot kedai
yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti Turut diadakan Majlis Penyampaian Cek Kelulusan
selesa seperti medan selera, tempat letak kereta, tandas, Pembiayaan Perniagaan MARA SPED NANO kepada enam
surau termasuk perkhidmatan pembersihan dan kawalan (6) orang usahawan dengan nilai keseluruhan berjumlah
keselamatan. RM49,000.00, Surat Tawaran Penyewaan Premis MARA,
Penyerahan Sijil Anugerah kepada penyewa Arked R&R Bukit
Dalam program tersebut, pelbagai aktiviti seperti Kempen Bunga serta Penyerahan Sijil Penghargaan dan Cenderahati
Derma Darah, Pemeriksaan Kesihatan dan Gigi Percuma, kepada agensi. Hadir sama Encik Yahaya bin Sani, Pengarah
Jualan produk FAMA, Khidmat Nasihat Kewangan, Tapak Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU), Encik A Razu bin
Pameran Pendidikan MARA juga disediakan bagi menarik Abdul Razak, Pengarah Bahagian Pembiayaan Perniagaan
minat pengunjung. Arked R&R Bukit Bunga kini telah (BPN) serta Pengurusan MARA.
beroperasi sepenuhnya dan masih dalam fasa pengenalan

26 e-Buletin Keusahawanan 7/2022

27e-Buletin Keusahawanan 7/2022

28 e-Buletin Keusahawanan 7/2022


Click to View FlipBook Version