The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KOLEKSI BAHAN PENERBITAN DIGITAL BITK, 2023-03-07 23:43:35

Buletin Keusahawanan

Edisi Februari 2023

Februari / 2023


Sidang Editor E-Buletin Keusahawanan berhak meminda, mengubah dan menggarap manuskrip yang dihantar agar bersesuaian dengan garis panduan yang ditetapkan dan tidak mengubah isi asalnya. Semua manuskrip yang diterima sama ada disiarkan ataupun tidak disiarkan tidak akan dikembalikan. Manuskrip ini juga boleh digunapakai oleh pihak yang diberi kebenaran untuk masa-masa akan datang. Kami mengalu-alukan sebarang cadangan atau komentar, surat menyurat, rencana dan ulasan ke meja Sidang Editor atau emel ke infobitk@mara.gov.my Sebarang pertanyaan hendaklah dialamatkan kepada: Pengarah Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur. Tel: 03 2613 2401 Faks: 03 2691 0075 Email: infobitk@mara.gov.my Copyright@MARA 2021. All rights reserved PENAUNG YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA PENERBIT Jamizan bin Baki Timbalan Pengarah II KREATIF Amirul Asyraf bin Abdul Razak Penolong Pengarah TEKNIKAL & HEBAHAN Hanif Fahmi bin Arshad Pen. Pegawai Teknologi Maklumat (K) Unit IT & Solusi PENERBIT EKSEKUTIF Nor Zaini binti Abu Kassim Pengarah Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA EDITOR Anita binti Kudin Ketua Penolong Pengarah JURUFOTO Produksi Kreatif SIDANG EDITOR Penerbit : Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA Februari / 2023


ISI KANDUNGAN Raja Puan Muda Perlis Berkenan Menyempurnakan Majlis Penutup Women In Search Of Excellence (WiSE) – Journey To The Top Lawatan Kerja TPM: Sokong Pembangunan Industri Halal MARA TIKTOK BIZSHOP @ BIZNETWORK Bantu Usahawan Lonjak Prestasi Jualan Perasmian Women In Search Of Excellence (WiSE) oleh Raja Muda Perlis Rock Herbs Ind. Sdn. Bhd. Mengorak Langkah Dua Dalam Satu Mokti’s Signature Terus Mengorak Langkah Jejak Usahawan: Zety Roses Legacy Sdn Bhd Kursus Pengurusan & Latihan Hospitaliti : Hotel & Resort


Raja Puan Muda Perlis Berkenan Menyempurnakan Majlis Penutup Women In Search Of Excellence (WiSE) – Journey To The Top PERLIS : 15 Februari 2023 - Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan mencemar duli menutup program seminar dan webinar Women In Search Of Excellence (WiSE). Baginda diiringi YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA bersama Encik Mohd Azam bin Jamaluddin, Pengarah MARA Negeri Perlis. DYTM Raja Puan Muda Perlis berkenan mengadakan lawatan ke gerai usahawan wanita yang diadakan sepanjang program dijalankan dan diiringi tetamu kehormat yang lain. Sumber berita : Yusri bin Md Yusoff, PUSMA Negeri Perlis 4 e-Buletin Keusahawanan


Edisi Februari 2023 5


LAWATAN KERJA TPM: Sokong Pembangunan Industri Halal MARA KUALA LUMPUR : 28 Februari 2023 – Lawatan kerja oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah, ke Kompleks Industri Makanan MARA (KIMAR) adalah sebagai tanda sokongan beliau kepada usahawan dan MARA agar agensi ini terus komited dalam membantu usahawan Bumiputera untuk meneroka pasaran industri halal di dalam dan luar negara. Lawatan ini sekaligus merasmikan penjenamaan baharu KIMAR kepada MARA Halal Industrial Park (MHI Park) sebagai penyedia ‘Ekosistem Keusahawanan Halal’ yang lengkap. MHI Park menepati fungsi dan mempunyai ekosistem keusahawanan halal yang lengkap dalam membangunkan industri halal dalam kalangan usahawan Bumiputera yang mempunyai potensi besar untuk diperkasakan melalui strategi terancang dan inklusif. Ekosistem ini meliputi kemudahan latihan, pembiayaan perniagaan, infrastruktur atau fasiliti sokongan seperti inkubator, kemudahan premis perniagaan, logistik dan akses kepada pasaran. MHI Park merupakan sebuah kompleks lengkap yang menyediakan kemudahan ruang kilang dan pejabat yang memenuhi spesifikasi Amalan Pengilangan Baik (GMP), Analisa Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) serta mematuhi pensijilan HALAL bagi proses pengeluaran produk berorientasikan eksport. Kompleks ini terdiri daripada 19 lot kilang, 2 buah mini kilang dan sebuah lot ruang niaga. Selain MHI Park, MARA juga mempunyai sebuah Inkubator Teknologi Makanan (INTEM) yang berfungsi sebagai pusat teknologi pemprosesan makanan, 299 lot kilang di Kawasan Industri MARA (KIM) dan 103 lot kilang di empat (4) buah Halal Park. Bagi melengkapkan lagi ekosistem pembangunan industri halal, MARA turut menyalurkan peruntukan sebanyak RM36.69 juta bagi membiayai 663 usahawan dalam industri berkaitan. Tahun ini, MARA turut menumpukan kepada program pensijilan keusahawanan bagi membantu usahawan meningkatkan standardisasi, produktiviti dan transformasi syarikat ke arah menjadikan mereka pengeksport dan pelabur ke luar negara. Untuk rekod tahun 2022, melalui program pembangunan industri halal yang dibangunkan MARA, seramai 12,500 usahawan telah menerima manfaat kemudahan keusahawanan melalui latihan, geran peningkatan, pembiayaan perniagaan dan penyewaan premis. Usahawan-usahawan ini telah berjaya menjana jualan tahunan sebanyak lebih daripada RM2 bilion dan telah mewujudkan lebih 15,000 peluang pekerjaan. 6 e-Buletin Keusahawanan


Edisi Februari 2023 7


8 e-Buletin Keusahawanan


Edisi Februari 2023 9


TIKTOK BIZSHOP @ BIZNETWORK Bantu Usahawan Lonjak Prestasi Jualan KUALA LUMPUR : 14 Februari 2023 – Program Biznetwork telah membuka jalan kepada usahawan dengan menjalinkan kerjasama bersama TikTok. Platform jualan secara online juga semakin bertambah sekaligus membuka jalan kepada para usahawan memanfaatkan ruang yang telah disediakan. Menerusi kerjasama strategik ini, Majlis Amanah Rakyat (MARA) bersama TikTok PTE LTD telah berkolaborasi menjalinkan satu usahasama bagi meluaskan pasaran produk sekaligus melonjakkan prestasi jualan usahawan melalui program TikTok Bizshop @ Biznetwork. Pada majlis perlancaran satu pertukaran momento hasil kolaborasi antara MARA dan TikTok Singapura telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA. Majlis telah berlangsung di Hotel Premiera, Kuala Lumpur. Kerjasama strategik ini secara langsung akan memberi impak kepada peningkatan skill atau teknik pemasaran yang terkini disamping pertukaran idea dan teknologi terkini dapat ditambah baik. TikTok telah muncul sebagai ‘rakan baik’ usahawan di negara ini. Dengan menggunakan platform TikTok ini, sesebuah jenama boleh mencapai tontonan yang tinggi daripada pengguna internet di Malaysia malahan di dunia. Berdasarkan rekod, sehingga Januari 2022, pengguna TikTok yang mendaftar telah melebihi 1 bilion orang di seluruh dunia. Daripada jumlah tersebut, seramai 240 juta merupakan pengguna yang aktif melalui penciptaan sebanyak 800 juta video dengan jumlah tontonan sebanyak 1 trilion. Menurut Ketua Pengarah MARA, TikTok Bizshop merupakan satu lagi usaha MARA ke arah pendigitalan perniagaan usahawan melalui platform pemasaran produk secara dalam talian yang diyakini mampu meningkatkan prestasi jualan syarikat. Seminar MobileGraphy TikTok dan Interaktif Live yang diadakan pada 13 – 14 Februari 2023 bertujuan untuk membantu usahawan membina jenama perniagaan dan mempromosi dan memasarkan produk di platform TikTok cara menerbitkan pelbagai jenis video mudah menggunakan smartphone. Manakala Interaktif Live pula bertujuan untuk membantu peserta cara mendaftar dan menggunakan TikTok Shop dengan lebih efektif selain daripada melakukan promosi dan jualan dalam talian serta menyediakan skrip mudah untuk membuat live streaming di TikTok. Melalui TikTok para usahawan akan mendapat mempelajari teknik dan skill mempromosi perniagaan dan produk melalui platform yang disediakan TikTok iaitu TikTok Shop, merangkumi pengisian slot perkongsian content creator dan pakar industri digital. Peserta adalah terdiri daripada para usahawan, peniaga kecil dan sederhana serta penjual barangan dan makanan minuman atas talian (tanpa kedai). MARA menyeru kepada usahawan-usahawan untuk mengunakan ruang dan peluang yang 10 e-Buletin Keusahawanan


disediakan ini untuk mendapatkan ilmu perniagaan sebanyak mungkin untuk meningkatkan hasil jualan masing-masing. Untuk rekod, program Biznetwork telah dibangunkan oleh MARA sejak Pandemik COVID 19 melanda negara 3 tahun yang lalu dan setakat hari ini, seramai 847 usahawan telah berjaya dibimbing untuk memasarkan produk dan perkhidmatan secara dalam talian dengan pencapaian nilai jualan sebanyak RM15.8 juta. Edisi Februari 2023 11


12 e-Buletin Keusahawanan


Edisi Februari 2023 13


PERLIS : 15 Februari 2023 – Seminar dan webinar Women In Search Of Excellence (WiSE) : Journey To The Top anjuran MARA Negeri Perlis dengan kerjasama Yayasan Tengku Fauziah (YTF) telah diadakan bertempat di Dewan Bakawali MESS Pegawai Kanan Polis Diraja Kangar, Perlis. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan mencemar duli merasmikan majlis pembukaan seminar dan webinar. Turut mengiringi baginda ialah YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA bersama Encik Yahaya bin Sani, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU), Encik Zahari bin Aziz, Pengarah Bahagian Infrastruktur Komersial (BIK) dan Encik Mohd Azam bin Jamaluddin, Pengarah MARA Negeri Perlis. Yang Amat Mulia Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail, anakanda baginda turut berangkat meraikan majlis perasmian. Dalam petikan ucapan YBhg. Dato’ Zulfikri, berkata, seminar dan webinar ini memberi fokus dalam meningkatkan prestasi dan kapasiti usahawan wanita khususnya di Perlis ini untuk mendepani dunia keusahawanan yang semakin mencabar dan kompleks pada masa kini. Program ini juga adalah sebagai satu wadah dalam melonjakkan potensi diri usahawan wanita dalam aspek motivasi, jati diri, imej, personaliti, perkongsian pengalaman serta mewujudkan business networking dalam kalangan peserta. Menurut beliau lagi, berdasarkan sumber daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dianggarkan seramai lebih 500 ribu wanita telah mendaftarkan perniagaan di seluruh negara. Ini membuktikan peranan dan penglibatan wanita yang aktif dalam bidang keusahawanan di Malaysia. Inisiatif MARA untuk terus memperkasakan program dan aktiviti keusahawanan dengan menyeluruh adalah selaras dengan aspirasi, Pelan Strategik MARA (PSM) 2021 – 2025 untuk membangun komuniti usahawan dinamik melalui lima (5) strategi utama iaitu: • melestarikan usahawan yang mampan, • melonjakkan kapasiti perniagaan berteraskan industri strategik, • membangunkan usahawan baru yang kompeten, • mewujudkan usahawan peneraju industri, dan • memantapkan ekosistem keusahawanan yang kondusif Skim khas pembiayaan Dananita turut diadakan bagi meningkatkan bilangan usahawan wanita dalam sektor ini. Malahan menyediakan kemudahan lot-lot ruang niaga secara tidak langsung memberi manfaat kepada golongan wanita. Untuk rekod, bagi tahun 2022, penglibatan usahawan wanita yang menyertai latihan keusahawanan MARA adalah seramai 4,174 iaitu 48% daripada jumlah keseluruhan 8,785 usahawan. MARA juga telah menyalurkan dana pembiayaan berjumlah RM122.58 juta yang telah memberi manfaat Perasmian WOMEN IN SEARCH OF EXCELLENCE (WiSE) oleh Raja Muda Perlis 14 e-Buletin Keusahawanan


kepada 1,889 usahawan wanita bersamaan dengan 45% daripada jumlah keseluruhan pembiayaan. Manakala, sebanyak 2,355 usahawan wanita merangkumi 35% daripada jumlah keseluruhan merupakan penyewa bagi lot ruang niaga di bawah MARA. Daripada jumlah keseluruhan tersebut, 298 usahawan wanita dari negeri Perlis telah menerima manfaat kemudahan keusahawanan di bawah MARA. Sementara itu, sesi perkongsian pengalaman bersama ikon-ikon hebat dalam dunia perniagaan perlu diambil sebagai ilmu untuk meningkatkan prestasi perniagaan agar terus kekal berdaya saing dan konsisten dalam industri.Jestru, pengisian seminar yang telah disusun terdiri daripada penceramah hebat antaranya Anne Idris Holdings Sdn.Bhd dengan tajuk Business Personality, manakala slot Business Enrichment Via Digital Online, Puan Husnorlyeda binti Hussin, usahawan daripada Husmat Furniture Sdn.Bhd sebagai panel 1 dan Puan Nor Faeizah binti Tumari pemilik Byreefa sebagai panel 2. Manakala untuk slot 3, penceramah selebriti iaitu Puan Suhaifiza binti Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Memey Suhaiza dengan tajuk Persistence In Business. Program ini telah berjaya menghimpunkan seramai 100 orang usahawan wanita dari seluruh Negeri Perlis dalam pelbagai bidang perniagaan dan seramai lebih 1,000 peserta yang hadir mengikuti program secara dalam talian di seluruh negara. Sumber berita: Yusri bin Md Yusoff, PUSMA MARA Negeri Perlis Edisi Februari 2023 15


Sekitar Majlis Perasmian dan Penutupan Women in Search of Excellence (WiSE) 16 e-Buletin Keusahawanan


Edisi Februari 2023 17


MOKTI’S SIGNATURE TERUS MENGORAK LANGKAH KANGAR, PERLIS: 16 Februari 2023 - Sekitar walkabout YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA ke outlet Mokti’s Signature cawangan Kangar Jaya. Turut mengiringi beliau, Encik Yahaya bin Sani, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan, Encik Zahari bin Aziz, Pengarah Bahagian Infrastruktur Komersial dan Encik Mohd Azam bin Jamaluddin, Pengarah MARA Negeri Perlis. Syarikat PMA Rich Sdn Bhd pemilik jenama Mokti’s merupakan pengeluar produk aiskrim yang menerima kemudahan keusahawanan di bawah program MARA antaranya premis perniagaan dan pensijilan Hazard Analysis Citical Control Point (HACCP) dan Good Manufacturing Practice (GMP). Tambahan, Syarikat PMA Rich Sdn Bhd juga telah memenangi Anugerah Usahawan MARA (AURA) kategori usahawan belia. Jenama Mokti’s yang terkenal dengan aiskrim gula apong mempunyai 93 cawangan di seluruh Malaysia dan Mokti’s Signature merupakan cawangan ke-2 di negeri Perlis serta mempunyai tenaga kerja seramai seratus empat (104) orang di seluruh Malaysia. Dengan adanya sebanyak 93 cawangan, Syarikat PMA Rich Sdn Bhd telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. Jenama Mokti’s juga bakal melebarkan sayap perniagaan ke luar negara dengan pembukaan cawangan pertama di negara Turki pada pertengahan Februari 2023. Pembukaan cawangan baru Mokti’s membuktikan syarikat ini sentiasa mengorak langkah untuk menggapai kejayaan yang lebih gemilang. Hasil jualan 18 e-Buletin Keusahawanan


sepenuhnya syarikat ini telah mencecah sebanyak RM 9.8 juta pada tahun 2022 yang lalu. Pencapaian yang ditunjukan di dalam bidang perniagaan ini boleh dijadikan sebagai satu inspirasi bagi memupuk semangat anak muda untuk terus bersaing mencapai kejayaan persada dunia. Edisi Februari 2023 19


20 e-Buletin Keusahawanan


ROCK HERBS IND SDN BHD MENGORAK LANGKAH DUA DALAM SATU KANGAR, PERLIS : 16 Februari 2023 - YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawan) MARA merasmikan bangunan Ibu Pejabat Rock Herbs Ind Sdn Bhd di Kangar Jaya, Perlis bersempena dengan pelancaran empat (4) produk baru iaitu Kopi Rock, Kopi Cinta, RH Tea & Jus Angimo. Turut serta dalam majlis tersebut ialah Encik Yahaya bin Sani, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan, Encik Zahari bin Aziz, Pengarah Bahagian Infrastruktur Komersial, dan Encik Mohd Azam bin Jamaluddin, Pengarah MARA Negeri Perlis. Dato’ Zulfikri Bin Osman menyatakan berkata, “MARA menawarkan pelbagai kemudahan pembiayaan dan geran perniagaan serta sentiasa menyokong usahawan-usahawan yang ingin memperkembangkan prestasi perniagaan dengan menyediakan ekosistem perniagaan lengkap.” Pada masa kini, syarikat telah menambah baik sistem pemasaran dan jualan dengan mengemaskini mengikut pemasaran terkini melalui sistem sosial media dan laman sesawang dengan bantuan dari pihak MARA. Syarikat Rock Herbs Ind Sdn Bhd telah menerima pelbagai kemudahan seperti geran melalui program pensijilan usahawan, geran sistem pesanan, pinjaman pembiayaan perniagaan dan sebagainya. Kemudahan ini dapat membantu syarikat melalui fasa Pandemik Covid-19 dengan baik dan dapat berkembang sehingga kini. Selain itu juga, hasil jualan yang diperolehi oleh Syarikat Rock Herbs Ind Sdn Bhd telah mencecah sebanyak RM 6 juta pada tahun 2022 dan mempunyai seramai 48 kakitangan. Sebanyak 23 jenis produk minuman herba yang dikeluarkan oleh syarikat Rock Herbs Ind Sdn Bhd. Edisi Februari 2023 21


22 e-Buletin Keusahawanan


Edisi Februari 2023 23


Zety Roses Legacy Sdn Bhd KUALA BERANG, TERENGGANU – Syarikat Zety Roses Resources telah bermula sejak tahun 2016 dan telah menukar nama kepada Zety Roses Legacy Sdn Bhd pada tahun 2018. Syarikat telah diterajui oleh Dr. Sharifah Marzety Adibah selaku Pengarah Urusan. Beliau dibantu oleh suami dan anaknya bagi mengusahakan Taman Zety Roses. Taman Zety Roses beroperasi di Lot 3877 Kg Tanjung Aur, Jalan Pantai Ali, Hulu Terengganu, merupakan tapak semaian yang dipenuhi dengan pelbagai jenis pokok bunga ros dan juga produk-produk baja antaranya baja organik Zety Roses, medium khas tanah, baja kapur, set semburan dan jualan pokok bunga ros. Zety Roses Legacy Sdn Bhd juga mengeluarkan produk kecantikan dan kosmetik berasaskan bunga ros seperti sabun muka, rose lip care, rose water, bedak kompak, serum dan Perfume Ros. Semua produk keluaran Zety Roses telah melalui proses pembangunan dan penyelidikan yang dilakukan sendiri oleh beliau bersama pasukannya. Bagi mengukuhkan jaringan perniagaan Zety Roses menggunakan strategi pemasaran melalui lama sesawang utama iaitu www.zetyroses.com, Facebook Page (FB Ads) dan Instagram iaitu Taman Zety Roses dan terkini TikTok Zety Roses. Zety Roses Legacy Sdn Bhd telah memperuntukkan kos pemasaran digital mencecah RM100,000 hingga 200,000 setahun. Dengan komitment yang tinggi syarikat telah mengambil inisiatif yang telah disediakan oleh MARA melalui kemudahan pembiayaan SPIM sebanyak RM150,000, BASE sebanyak RM19,000 – Business Coaching : Sistem Perakaunan dan mendapat khidmat pakar runding melalui program pensijilan iaitu MYIPO. Inisiatif ini telah digunakan sebaiknya bagi membantu syarikat untuk menjadi peneraju utama dalam bidang yang diusahakan seterusnya berjaya ke peringkat global. Sepanjang penglibatan, Zety Roses Legacy telah menerima pengiktirafan antaranya melalui program World Muslimpreneur Award iaitu Brand Prestigious Women CEO dari World Muslimpreneur Award. Melalui pengiktirafan yang telah diterima ini, pasaran produk syarikat lebih dikenali dan mendapat permintaan yang tinggi. Penganugerahan ini juga telah membuka peluang syarikat untuk melebarkan permintaan dalam dan luar negara kerana kepercayaan dan keyakinan pelanggan terhadap produk keluaran syarikat telah meningkat. 24 e-Buletin Keusahawanan


Sumber berita & gambar : Afizah Zubaidah binti Embong PUSMA MARA Negeri Terengganu Edisi Februari 2023 25


KURSUS PENGURUSAN & LATIHAN HOSPITALITI : HOTEL & RESORT KUALA LUMPUR, 25 – 27 Februari : Kursus Pengurusan & Latihan Hospitaliti: Hotel & Resort anjuran Pejabat MARA Wilayah Persekutuan telah diadakan di Tok Aman Bali Beach Resort, Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh, Kelantan. Ini merupakan pakej kursus keusahawanan, pengenalan kepada konsep Pengurusan Hospitaliti Mesra Muslim Malaysia yang merupakan salah satu cara untuk para usahawan mengembangkan sektor perniagaan hotel dan resort ke tahap lebih tinggi dengan ilmu pengetahuan yang telah diperolehi. Seramai 22 orang peserta yang terdiri daripada pengusaha premis penginapan hotel sama ada hotel bajet, motel, pengusaha inap desa, pengusaha ekopelancongan dan juga kepada pengusaha yang giat untuk mendapatkan pengiktirafan Perkhidmatan Hospitaliti Mesra Muslim. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Global Creative Traning & Consultancy. Antara pengisian adalah sesi daripada Islamic Tourism Centre (ITC) iaitu Puan Marina binti Muhammad dengan tajuk Garis Panduan Pengiktirafan Penginapan Mesra-Muslim. Peserta diberi pendedahan dan pemahaman tentang asas operasi dan pematuhan piawaian Perkhidmatan Hospitaliti Mesra Muslim. Selain daripada itu, kursus ini diadakan bagi melihat dan membangunkan kompetensi usahawan bumiputera yang berpotensi dalam ekosistem Pengurusan Hospitaliti Mesra Muslim berdasarkan pengiktirafan oleh pihak berautoriti. Peserta dapat mengenalpasti isu kritikal dalam Produk & Pakej Pelancongan Mesra-Muslim. Selain daripada itu, slot taklimat berkaitan Pengurusan Hotel Kaunter Hadapan (Front Office) tentang Cabaran dalam industri pelancongan dan penginapan serta Operasi dan Penjenamaan. bersambung di muka surat 28... 26 e-Buletin Keusahawanan


Edisi Februari 2023 27


Pengiktirafan Perkhidmatan Hospitaliti Mesra Muslim amat diperlukan bagi memastikan produk dan servis yang disediakan adalah memenuhi keperluan semua pelancong terutamanya pelancong muslim (Muslim Traveller). Ini penting untuk mengetahui tentang asas pengenalan operasi dan pematuhan yang ditetapkan oleh Pusat Pelancongan Islam, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Seterusnya dapat mempromosikan produk pelancongan usahawan ke peringkat domestik dan antarabangsa. Diakhir kursus usahawan berupaya meningkatkan tahap pendapatan perniagaan dalam sektor pelancongan muslim termasuk pelancong luar negara. Sumber berita & gambar : PUSMA MARA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 28 e-Buletin Keusahawanan


Edisi Februari 2023 29


30 e-Buletin Keusahawanan


Edisi Februari 2023 31


Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA 50609 Jalan MARA, Kuala Lumpur. Tel: 03 2613 2401 Faks: 03 2691 0075 Email: infobitk@mara.gov.my Copyright ©️ MARA 2021. All rights reserved


Click to View FlipBook Version