e - BULE TIN KEUSAHAWA NA N PENAUNG Sidang Editor e-Buletin berhak meminda mengubah dan
YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman menggarap manuskrip yang dihantar agar bersesuaian
Timbalan Ketua Pengarah MARA dengan garis panduan yang ditetapkan dan tidak
(Keusahawanan) mengubah isi asalnya. Semua manuskrip yang diterima
sama ada disiarkan ataupun tidak disiarkan tidak akan
PENERBIT EKSEKUTIF dikembalikan. Manuskrip ini juga boleh digunapakai oleh
Nor Zaini binti Abu Kassim pihak yang diberi kebenaran untuk masa-masa akan
Pengarah datang. Kami mengalu-alukan sebarang cadangan atau
Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA komentar, surat menyurat, rencana dan ulasan ke meja
Sidang Redaksi atau email ke [email protected]
PENERBIT
Jamizan bin Baki Sebarang pertanyaan hendaklah dialamatkan kepada:
Timbalan Pengarah II
Pengarah
EKSEKUTIF EDITOR Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA
Zuliana Haslinda binti Anhar Zubir Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA
Timbalan Pengarah I 50609 Jalan MARA, Kuala Lumpur.
Tel: 03 2613 2401
EDITOR/WARTAWAN Faks: 03 2691 0075
Anita binti Kudin Email: [email protected]
Ketua Penolong Pengarah
KREATIF
Noor Leala binti Hussain
Penolong Pengarah
JURUFOTO
Produksi Kreatif
TEKNIKAL & HEBAHAN
Hanif Fahmi bin Arshad
Penolong Pengarah
2
ISI KANDUNGAN
Keluaran Disember 2021
UCAPAN TAHUN BARU 2022 DAN ASPIRASI SEKTOR KEUSAHAWANAN
MARA DARIPADA TIMBALAN KETUA PENGARAH USAHAWAN (TKPU)
| 4-7
UCAPAN TAHUN BARU 2022 DAN ASPIRASI DARIPADA PENGARAH
PEMBANGUNAN USAHAWAN (BPU)
| 8
UCAPAN TAHUN BARU 2022 DAN ASPIRASI DARIPADA PENGARAH
BAHAGIAN INFRASTRUKTUR DAN KOMERSIAL (BIK)
| 9
UCAPAN TAHUN BARU 2022 DAN ASPIRASI DARIPADA PENGARAH
BAHAGIAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN (BPN)
| 9
KISAH DI SEBALIK
MYHOME DESIGN & BUILD SDN BHD
| 10-11
PERKONGSIAN MARA DAN PETRONAS | 12-13
MEREALIASASIKAN PEMBABITAN USAHAWAN AUTOMOTIF
PELANCARAN CANGGIH GO DAN e - BULE TIN KEUSAHAWA NA N
PERASMIAN OUTLET CANGGIH GO PERAK
| 14-15
KISAH DARIPADA
OIL & GAS KE FOOD & BEVERAGES
| 16-17
SEPINTAS LALU BERSAMA KLUSTER GAYA HIDUP
JEJAK USAHAWAN JEMPOL (JUJ)
- NK PRO SALON MUSLIMAH
- IFIZID AIR FRESHENER
| 18-19
3
e - BULE TIN KEUSAHAWA NA N Ucapan Tahun Baru 2022
dan Aspirasi Sektor Keusahawanan MARA
daripada Timbalan Ketua Pengarah MARA
(Keusahawanan)
“Semoga para usahawan
akan terus kental
bersemangat dan percaya
bahawa kita tidak akan
pernah gagal selagi kita
tidak berhenti untuk terus
berusaha”
1. Seperti mana yang kita ketahui Pelan Strategik
MARA (PSM) adalah untuk jangka masa lima (5) tahun,
tahun ini merupakan tahun ke-2 MARA melaksanakan
program-program yang telah dirangka. Bagaimana
Dato’ melihat kemampuan atau kebolehan perniagaan-
perniagaan yang berteraskan industri strategi untuk
survive dalam tempoh wabak yang melanda negara
sekarang ini?
Krisis kesihatan yang berpanjangan telah mencetuskan
ketidak tentuan ekonomi di dalam mahu pun di
luar negara. Senario ini boleh digambarkan melalui
beberapa petikan akhbar tempatan yang antaranya
menyatakan bahawa sektor perjalanan udara dijangka
hanya akan pulih sepenuhnya dalam tempoh tiga (3)
tahun.Persekutuan Fesyen,Tekstil dan Pakaian Malaysia
(FMFTA) menganggarkan pemain industri tempatan
kerugian RM163 juta sehari akibat penutupan operasi
semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selain
4
itu, lebih 91% perniagaan peruncitan di negara ini
mengalami penurunan jualan dan berhadapan risiko
gulung tikar.
Justeru senario yang saya sebutkan di atas, Sektor
Keusahawanan MARA dengan segera bertindakbalas
dengan memberi tumpuan dan fokus lebih kepada
usahawan dan perniagaan sedia ada yang sedang
mengharungi masa sukar akibat krisis ekonomi yang
sedang berlaku. Strategi kita kali ini amat berbeza dari
apa yang pernah MARA lakukan sebelum ini. Jika dulu,
keutamaan ialah untuk mewujudkan usahawan baru,
tetapi sekarang adalah untuk memastikan kelestarian
usahawan dan perniagaan sedia ada.
Setelah hampir dua (2) tahun melaksanakan PSM ini,
alhamdulillah kesannya telah mula dapat dilihat,
Berdasarkan kajian terkini yang dilaksanakan oleh
Sektor Keusahawanan MARA terhadap usahawan-
usahawan yang kita bantu dalam mengharungi tempoh
sukar ini, kurang dari 3% usahawan yang terpaksa
menghentikan operasi. Manakala sejumlah 74%
usahawan MARA berjaya meningkatkan semula jualan
mereka pada suku tahun kedua 2021.
2. Sepanjang hampir lima (5) tahun Dato’
menggalas amanah sebagai Timbalan Ketua Pengarah
MARA mengetuai Sektor Keusahawanan, Dato’ telah
menyaksikan banyak kejayaan membawa usahawan
Bumiputera ke satu aras yang boleh dibanggakan.
Dalam usaha membangunkan komuniti usahawan yang
dinamik apakah cabaran utama dan bagaimana Dato’
mengatasinya?
Perniagaan amat terdedah kepada banyak risiko. Risiko di bawah kelolaan MARA beroperasi di luar bandar. e - BULE TIN KEUSAHAWA NA N
yang saya maksudkan ialah ancaman yang timbul dari Antaranya cabaran terbesar ialah untuk memastikan
pelbagai situasi akibat dari perubahan yang berlaku mereka ini dapat mengadaptasi atau menjalankan
dalam situasi ekonomi, politik, teknologi, kehendak perniagaan mereka dengan dibantu oleh teknologi
masyarakat dan macam-macam lagi. Jadi, untuk masa kini. Jadi pegawai-pegawai kita di negeri dan
terus kekal di dalam pasaran atau dalam industri, daerah perlu bekerja keras untuk tujuan ini. Bagi tahun
usahawan haruslah bersifat dinamik atau dengan 2022, kita memperuntukan dana yang agak substantial
kata lain sentiasa cepat menyesuaikan diri dalam dalam usaha memastikan usahawan kita mengadaptasi
pelbagai perubahan situasi. Dalam banyak keadaan, teknologi semasa seperti pendigitalan dan teknologi
adaptasi kepada teknologi terkini dapat membantu dan pembangunan produk baru.Cabaran-cabaran lain
mewujudkan ciri-ciri dinamik ini. Jadi, MARA sebagai adalah berkaitan supply-chain, pengetahuan dan
organisasi yang menjadi harapan Bumiputera haruslah kemahiran serta modal. Usahawan perlu mempunyai
mengambil peranan utama untuk membentuk suatu banyak pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang
komuniti usahawan yang mempunyai ciri-ciri dinamik
ini.
Namun, ia bukanlah suatu tugasan mudah dan banyak
cabaran yang harus ditempuhi. Majoriti usahawan
5
e - BULE TIN KEUSAHAWA NA N perniagaan yang mereka ceburi. Ini adalah untuk berkembang dalam industri. Dalam melaksanakan
membantu mereka bergerak pantas dalam persekitaran program ini, kita bekerjasama dengan ramai pemain
perniagaan yang sentiasa berubah-ubah. industri dalam pelbagai bidang termasuk juga dengan
Alhamdulillah, MARA yang menawarkan ekosistem agensi-agensi lain dalam kerajaan serta GLC.
pembangunan keusahawanan yang lengkap iaitu
dari segi pembangunan modal insan, pembangunan Dalam mengekalkan perancangan PSM unruk 3 tahun
perniagaan dan fasiliti sokongan seperti pembiayaan mendatang, sudah tentulah cabaran terbesar datang
perniagaan, premis perniagaan dan business advisory dari situasi ekonomi serta pasaran yang sangat dinamik
banyak membantu kita mengharungi cabaran ini. masa kini. Apa pun, saya optimis kerana saya disokong
Pegawai-pegawai terlatih dan berdedikasi yang oleh pegawai-pegawai di Sektor Keusahawanan yang
bertugas di Pejabat MARA Negeri dan Daerah juga proaktif dan berdedikasi.
memainkan peranan penting dalam membantu
mengatasi cabaran ini. 4. Banyak fasiliti keusahawanan yang telah
MARA sediakan untuk usahawan baru dan sedia ada
3. Boleh Dato’ jelaskan strategi mewujudkan yang berkelayakan bagi memastikan kelangsungan
usahawan peneraju industri?. Bagaimana pandangan perniagaan mereka akibat Pandemik Covid-19. Apakah
Dato’ berkaitan kolaborasi bersama agensi-agensi kaedah pemantauan oleh MARA bagi memastikan
kerajaan atau GLC dalam hal ini?. Dan apakah cabaran usahawan-usahawan yang terkesan dari wabak
akan datang yang akan dihadapi dalam mengekalkan dapat memanfaatkan kemudahan yang diberi bagi
perancangan dalam PSM yang berbaki tiga (3) tahun? memastikan perniagaan mereka terus kekal, kompeten,
berdaya saing dan relevan mengikut kehendak pasaran?
Dalam mewujudkan “usahawan peneraju”, kita telah
mengenalpasti usahawan-usahawan bumiputera Pejabat MARA Negeri serta Pejabat MARA Daerah
dianggap berpotensi. Biasanya, usahawan yang kita sering memantau perkembangan usahawan-usahawan
kenalpasti ini mempunyai produk atau perkhidmatan ini. Malah, adalah menjadi tugasan rutin untuk setiap
yang dianggap ada competitive advantage, dan syarikat Pegawai MARA Daerah untuk membuat susulan ke
usahawan tersebut telah merekodkan nilai jualan serta lapangan (tempat usahawan menjalankan perniagaan).
keuntungan yang konsisten untuk sekurang-kurangnya
tiga (3) tahun.
Usahawan-usahawan ini akan kita sokong sama ada
dari segi pembangunan pelan strategik perniagaan,
struktur modal, atau pun penerokaan pasaran baru
di luar negara bagi membantu mereka untuk terus
6
Mereka akan mendapatkan maklumat serta membuat e - BULE TIN KEUSAHAWA NA N
laporan perkembangan setiap usahawan yang berkaitan
dengan jumlah jualan, bilangan pekerja, keuntungan
dan pelbagai aspek lagi.
Maklumat ini akan kemudiannya disalurkan kepada
pegawai berkaitan di Pejabat MARA Negeri yang akan
membuat analisa serta disampaikan kepada Pengurusan
Sektor Keusahawanan di Ibu Pejabat. Melalui data-data
inilah, strategi dirangka atau ditambahbaik dari masa
ke semasa.
5. Kemana hala tuju Dato’ dalam aspek
Pembangunan Usahawan? Adakah akan diperkenalkan
program-program baru, mengekalkan program sedia
ada atau menambahbaik program latihan pembangunan
usahawan dalam memperkasa dan mengekalkan
pencapaian prestasi yang baik seiring dengan peredaran
zaman dalam Sektor Keusahawanan?
Hala tuju MARA sangat jelas, bermatlamat untuk
memperhebatkan ekonomi dan peningkatan ekuiti
terutama melalui aktiviti keusahawanan. MARA
telah menggariskan strategi dan program untuk
memperhebat sosioekonomi Bumiputera. Malahan PSM
yang telah dilancarkan merupakan satu dimensi baharu
teras, strategi dan outcome program dengan mengambil
kira cabaran ekonomi dan senario politik semasa
negara. Hala tuju sektor keusahawanan yang digariskan
dalam PSM adalah bagi membangunkan komuniti
usahawan yang dinamik melalui berfokuskan kepada
lima (5) strategi iaitu melestarikan usahawan yang
mampan, melonjakkan kapasiti perniagaan berteraskan
industri strategik, membangunkan usahawan baru
yang kompeten, mewujudkan usahawan peneraju dan
memantapkan ekosistem keusahawanan yang kondusif.
Selain itu, hala tuju juga adalah memperlihatkan secara
jelas usaha MARA dalam memperkasa keusahawanan
Bumiputera. Ini kerana tanggungjawab pembangunan
keusahawanan adalah sangat subjektif dan kadang-
kadang dipersoal lantaran tiada physical visibility. Tidak
seperti pembangunan Pendidikan yang mana rakyat
boleh nampak secara fizikal dengan adanya bilangan
Institusi Pendidikan MARA (IPMa) yang banyak diseluruh
Negara. Itulah sebabnya, kini sektor keusahawanan
semakin giat mengadakan program dengan pelbagai
jenama contohnya UniKLINIK, UniFARMASI, HIT Barber,
AORA Spa, Canggih Go dan sebagainya yang ada physical
visibility kepada umum.
7
e - BULE TIN KEUSAHAWA NA N Ucapan Tahun Baru 2022
dan Aspirasi daripada Pengarah Bahagian
Pembangunan Usahawan (BPU)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan petunjuk dan hidayah-Nya
kepada kita untuk sentiasa mencari jalan keluar daripada segala kekalutan sepanjang PandemiK Covid-19 yang membelenggu
negara sejak hampir dua (2) tahun lalu. Malaysia telah diuji dengan ketidakstabilan ekonomi yang berpunca daripada Pandemik
Covid-19. Cabaran ini turut dirasai di seluruh dunia. Wabak yang tidak pernah kita alami ini telah mengubah pola
kehidupan kita semua terutama para usahawan Bumiputera. Saya menginsafi kepayahan, kesengsaraan,
dan keperitan hidup yang mencengkam kita semua. Ada yang hilang mata pencarian, ada pula yang
putus bekalan makanan, dan bukan sedikit yang telah dibuang kerja.
Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui Bahagian Pembangunan Usahawan menyambut saranan
pendekatan Aspirasi Keluarga Malaysia dalam membantu dan membangunkan semula aktiviti
keusahawanan Bumiputera agar mampu bersaing dalam tempoh getir ini. Pada tahun 2022,
Bahagian Pembangunan Usahawan MARA telah merangka pelbagai program yang dilihat
mampu meningkatkan kapasiti prestasi perniagaan usahawan bahkan jati diri usahawan
sendiri. Pembangunan latihan keusahawan yang berstruktur dan komprehensif akan
ditawarkan kepada usahawan yang memerlukan diselarikan dengan geran keusahawanan
yang releven bagi memacu potensi perniagaan usahawan kelak.
Geran-geran yang ditawarkan adalah antaranya Geran Business Enrichment,
Standardization And Transformation (BEST) bagi menaiktaraf pensijilan usahawan
dan Geran DigitalBiz bagi memenuhi aspirasi pendigitalan perniagaan usahawan ke
arah Revolusi Industri 4.0 (IR4.0). Bagi menembusi pasaran antarabangsa, MARA juga
menyediakan Program Gate To Global (GTG) MARA dalam pembangunan produk, pemasaran
antarabangsa dan padanan perniagaan peringkat antarabangsa.
Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2022 kepada semua warga MARA khususnya
Sektor Usahawan dan juga para usahawan serta saya juga ingin merakamkan ribuan terima
kasih kepada usahawan- usahawan MARA yang sentiasa memilih MARA dalam membangunkan
perniagaan mereka selama ini. Maka pada tahun 2022 diharapkan para usahawan akan sentiasa
meneruskan kepercayaan mereka dengan memilih kemudahan- kemudahan yang disediakan oleh
MARA bagi menigkatkan dan kelestarian perniagaan mereka.
Sekian,
WABILLAHITAUFIQWALHIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
Yahaya bin Sani
Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU)
8
Ucapan Tahun Baru 2022 e - BULETIN KEUS-
AHAWA NA N
& Aspirasi daripada Pengarah Bahagian
Infrastruktur dan Komersial (BIK) e - BULE TIN KEUSAHAWA NA N
“Unggul dan diberkati’ dalam erti kata sebuah organisasi membawa maksud yang amat
mendalam dengan Amanah yang harus digalas dengan penuh rasa tanggungjawab
& komitmen. Sejajar dengan halatuju Sektor Keusahawanan iaitu ‘Membangunkan
Komuniti Usahawan Dinamik’, Bahagian Infrastruktur Komersial (BIK) komited untuk
terus menyumbang kepada pembangunan keusahawanan Bumiputera secara aktif
dan bertindak sebagai pemangkin kepada penglibatan Bumiputera di dalam industri
strategik negara.
Selamat Tahun Baru 2022!”
Zahari bin Aziz
Pengarah Bahagian Insfrastruktur Komersial (BIK)
Ucapan Tahun Baru 2022
dan Aspirasi daripada Pengarah Bahagian
Pembiayaan Perniagaan (BPN)
“Kelangsungan dan meningkatkan taraf perniagaan. Untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan,
pelbagai sokongan perniagaan yang ditawarkan oleh MARA melalui pembiayaan perniagaan
dapat membantu usahawan menjalankan perniagaan dengan lebih berdaya saing.
Sokongan MARA dalam pelbagai kemudahan terhadap usahawan melalui penawaran
pembiayaan dan pembudayaan keusahawanan amat penting. Kemudahan ini dapat
mewujudkan ekosistem perniagaan Bumiputera yang cemerlang dan melahirkan usahawan
berkualiti.
Semoga tahun baru 2022 dapat meningkatkan kemajuan terhadap warga MARA dan juga
semua stakeholder MARA.”
A Razu bin Abdul Razak
Pengarah Bahagian Pembiayaan Perniagaan (BPN)
9
e - BULE TIN KEUSAHAWA NA NKisah Di sebalik…
MyHome
Design &
Build Sdn Bhd
Encik Piddy bin Jetain, seorang anak muda, merupakan
pengusaha tukang kayu dan besi di Papar telah
menempah kejayaannya tersendiri di luar bandar
merupakan contoh terbaik kepada anak-anak muda di
kampungnya. Beliau juga merupakan bekas penuntut
GIATMARA Papar. Berkat usaha dan kegigihan tanpa
mengenal erti penat dan lelah, beliau memulakan
perniagaan pada tahun 2016 dengan menubuhkan
sebuah syarikat enterprise.
Melihat kesungguhan beliau dan perkembangan
perniagaan yang memberangsangkan dalam
mengusahakan perusahaan pertukangan kayu dan
besi, MARA telah memberi pinjaman PUTEK bagi
membolehkan beliau mengembangkan perniagaan
bagi membeli mesin pertukangan serta besi, dengan
pulangan pembayaran hanya 60% dari pinjaman
keseluruhan.
10
Perniagaan beliau semakin maju dan meningkat serta e - BULE TIN KEUSAHAWA NA N
mendapat sambutan yang tinggi bukan sahaja di daerah
Papar malahan tempahan adalah dari Kota Kinabalu,
Beaufort, Tuaran dan Keningau. Dengan prestasi
perniagaan semakin baik Encik Piddy mengambil
keputusan untuk mendaftarkan syarikat enterprise
kepada Sdn. Bhd. Maka tertubuhlah MyHome Design &
Build Sdn. Bhd. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi
kepada usahawan muda dan pelajar Institut Pendidikan
MARA (IPMA).
Beliau telah dikunjungi oleh YB. Dato’ Seri Mahdzir
bin Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar diiringi
YBhg. Dato’ Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah
MARA, Dr. Shahrizin bin Haji Abdul Sarhadat, Pengarah
MARA Sabah serta pengurusan MARA.YB.Menteri begitu
mengkagumi kesungguhan beliau, seorang anak muda
mengusahakan syarikat sehingga mampu menukarkan
status syarikat enterprise kepada sendirian berhad.
11
e - BULE TIN KEUSAHAWA NA NPerkongsian
MARA DAN PETRONAS
MEREALISASIKAN PEMBABITAN
USAHAWAN AUTOMOTIF
Pembiayaan berjumlah RM6.45 juta di bawah skim
MARA Integrated Smart Auto disalurkan bagi membantu
lapan (8) daripada 29 usahawan yang terpilih menerusi
Program Pembangunan Usahawan Automotif MARA-
Petronas (PUMP) pada tahun ini. Pada 17 Disember
2021 YB. Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk
Seri Panglima Haji Mohd Dun, Pengerusi MARA, telah
merasmikan outlet PUMP, Ozi Holding, Sendayan, Negeri
Sembilan. Turut hadir pada majlis tersebut YBhg. Tuan
Haji Zainal Abidin bin Kidam, Ahli Majlis MARA, YBhg.
Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah
MARA (Keusahawanan), Ahli Pengurusan MARA dan
Pegawai-pegawai Petronas Lubricants Marketing
Malaysia Sdn Bhd (PLMM). Pada Majlis ini juga seramai
lima (5) usahawan menerima cek pembiayaan bagi
permulaan operasi perniagaan.
Pengerusi MARA berkata, PUMP yang dibangunkan pada
awal tahun ini adalah untuk meningkatkan keupayaan
dan daya saing usahawan dalam bidang industri
automotif agar lebih kompetitif di pasaran. Seramai
29 usahawan terbabit adalah perintis bagi program
ini, namun hanya lapan (8) daripada mereka telah
mendapat pembiayaan. Inisiatif MARA ini juga sejajar
dengan usaha kerajaan dalam membangunkan industri
automotif negara yang sedang berkembang pesat
dengan inovasi strategi perniagaan daripada Petronas
yang boleh dimanfaatkan bersama. Usahawan dibawah
Program PUMP ini dilengkapi dengan beberapa siri
latihan keusahawanan bagi memperkasakan mereka
dengan ilmu perniagaan malah modul latihan ini
juga dirangka secara bersama dengan anak syarikat
Petronas iaitu Petronas Lubricants Marketing Malaysia
Sdn Bhd (PLMM).
Menurut Encik Hardeep Singh, Ketua Pegawai Eksekutif
PLMM, Program PUMP ini bukan sahaja memberi
impak kepada usahawan malah ia juga memberi
tawaran perkhidmatan yang lengkap dan professional
dengan harga berpatutan kepada pengguna daripada
12
Petronas Auto Expert. Kerjasama antara agensi awam e - BULE TIN KEUSAHAWA NA N
dan swasta ini dilihat sebagai pencapaian penting
bagi merealisasikan pembabitan usahawan di dalam
teknologi berimpak tinggi selaras dengan Dasar
Automotif Nasional.
Diharapkan melalui program ini ia memberi kesan
limpahan positif seperti peluang pekerjaan berimpak
tinggi, serta perpindahan teknologi dan pengetahuan
kepada ekosistem dalam industri automotif kepada
mereka yang mendapat Pendidikan dan Latihan
Teknikal dan Vokasional (TVET).
Sumber gambar & berita oleh : Hasneeza binti Harith
Bahagian Infrastruktur Komersial (BIK)
13
e - BULE TIN KEUSAHAWA NA NPelancaran
CANGGIH GO DAN PERASMIAN
OUTLET CANGGIH GO PERAK
PERAK : 10 Disember 2021 - Program Pembangunan
Usahawan Canggih Go merupakan kolaborasi MARA
bersama pengeluar produk uniform sekolah jenama
CANGGIH, iaitu Syarikat My Sutera Sdn Bhd . Objektif
program kerjasama di antara MARA dan My Sutera Sdn
Bhd ini adalah bertujuan:-
• Melahirkan dan membantu usahawan sedia
ada terutama dalam bidang tekstil.
• Memastikan usahawan kekal kompetitif dalam
pasaran tempatan dengan penawaran produk berkualiti
dan harga berpatutan.
• Membina modul perniagaan yang
berorientasikan ekosistem perniagaan yang sihat
dengan jenama yang telah dikenali di dalam pasaran,
dan
• Menaik taraf imej dan pengurusan outlet
daripada konsep kedai asal dengan menggunakan
jenama Canggih Go.
Melalui program ini MARA memberi latihan yang
komprehensif, khidmat nasihat dan kemudahan
pembiayaan perniagaan sehingga RM200,000.00
kepada peserta yang berkelayakan.
Pada 10 Disember 2021, Bahagian Infrastruktur
Komersial MARA telah melaksanakan program
Pelancaran Canggih GO dan perasmian outlet Canggih
14
Go Perak yang bertempat di Jalan Ampang Baru Ipoh, perniagaan khasnya. Selain daripada peningkatan imej e - BULE TIN KEUSAHAWA NA N
Perak yang disempurnakan Pengerusi Majlis Amanah perniagaan dan pembiayaan perniagaan, saya juga
Rakyat (MARA), YB.Datuk Seri Panglima Hajah Azizah memperoleh ilmu tentang teknik pemasaran berkesan,
Binti Mohd Dun. cara mengendalikan operasi dari sudut kewangan
operasi perniagaan,” kata Rozamir.
Dalam majlis tersebut, YB. Dato’ Hajah Azizah binti
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun, Pengerusi MARA YB. Pengerusi turut menyatakan rasa bangga di atas
telah menandatangani Plak Perasmian dan meletakkan kejayaan Program Canggih Go yang telah berjaya
replika kunci di pintu outlet sebagai simbolik perasmian menyokong perniagaan usahawan Bumiputera
yang dilaksanakan. Sesi ini turut dihadiri oleh Puan melonjakkan jualan terutama pada waktu pandemik ini.
Rohayah binti Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah Menurut beliau, “Inisiatif yang dilaksanakan ini bukan
MARA (Khidmat Pengurusan), dan turut diiringi oleh sahaja untuk meningkatkan pendapatan usahawan,
Encik Aziz bin Zahari, Pengarah Bahagian Infrastruktur tetapi juga membuka peluang pekerjaan kepada
Komersial, Puan Masnizam binti Hisham, Ketua penduduk setempat.”
Eksekutif Kumpulan My Sutera serta Encik Rozamir bin
Zulkifli pemilik Canggih GO Perak. Dalam majlis yang sama, YB. Dato’ Hajah Azizah binti
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun Pengerusi turut
Program yang telah bermula pada awal tahun ini menyampaikan sumbangan peribadi serta bantuan di
mensasarkan pembukaan lima (5) outlet dalam tempoh bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)
setahun. Seramai 10 usahawan telah terpilih untuk Yayasan Didik Negara kepada 15 orang anak-anak
mengikuti program ini dan daripada jumlah tersebut Asnaf yang menerima sumbangan berbentuk keperluan
sebanyak empat (4) outlet telah memulakan operasi di persekolahan meliputi pakaian, beg sekolah, alat tulis
Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kuala Lumpur. Malahan dan wang tunai.
perasmian hari ini juga merupakan outlet yang
dibangunkan oleh salah seorang peserta Canggih Go, Sumber gambar & berita oleh : Mohd Fadli bin Mohd Razali,
Encik Rozamir bin Zulkifli. Beliau sebelum ini pernah Pejabat MARA Negeri Perak.
menjalankan perniagaan barangan kelengkapan
sekolah dan memilih untuk meningkatkan prestasi
perniagaan dengan menyertai program ini.
“Saya bersyukur kerana terpilih menyertai program
yang memberi banyak manfaat kepada saya dan
15
e - BULE TIN KEUSAHAWA NA NKisah Daripada …
Oil & Gas ke Food & Beverages
7 November 2021 - MARA Negeri Johor telah
mengadakan lawatan ke Richiamo Coffee, Eco Tropics,
Taman Kota Masai bagi meninjau dan melihat dengan
lebih dekat operasi perniagaan yang diusahakan oleh
Tuan Syed Mohd Idrus bin Syed Mohd Najib.
Seorang pengusaha yang mempunyai latar belakang
sebagai Jurutera Mekanikal di sebuah syarikat Oil &
Gas yang terkemuka, beralih menjadi usahawan dalam
bidang Food & Beverages (F&B) kerana minat yang
begitu mendalam.
16
Penerima kemudahan di bawah MARA Business e - BULE TIN KEUSAHAWA NA N
Advancement & Standards Development Program
(BASE), Tuan Syed berharap perniagaan beliau akan
berkembang dengan lebih maju terutamanya apabila
pelanggan telah dibenarkan untuk dine-in.
Hadir sama dalam lawatan adalah Puan Nor Uyon
binti Shoib, Pengarah MARA Negeri Johor dan Encik
Azmaen bin Zain serta Encik Ahmad Nazirul bin Abd.
Majid, pegawai daripada Unit Kawalan Kredit dan
Penguatkuasaan MARA Johor.
17
e - BULE TIN KEUSAHAWA NA NSepintas Lalu Bersama
Kluster Gaya Hidup
JEJAK USAHAWAN JEMPOL (JUJ)
NK Pro
Salon Muslimah
Lawatan kedua oleh Pejabat MARA Daerah Jempol ialah
NK Pro Salon Muslimah, kategori kluster Gaya Hidup
yang telah menerima kemudahan pembiayaan MARA
iaitu SKIM PUTRA dan S3P. Melalui Skim Pembiayaan
Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) ini, ianya dapat
membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Mikro Bumiputera yang terkesan akibat Pandemik
Covid-19.
NK Pro Muslimah ini turut menerima manfaat dengan
pembukaan semula sektor SPA/Saloon dengan
peralatan yang baharu mengikut peredaran masa
kini malah turut memperkenalkan beberapa produk
keluaran khas selain perkhidmatan yang sedia ada.
Salon rambut patuh syariah khusus ini adalah untuk
pelanggan wanita yang memerlukan tempat privacy.
Selain daripada itu, pelbagai perkhidmatan disediakan
seperti hair cut, wash, blow, scalp treatment, hair
treatment, scanning dan juga produk untuk penjagaan
rambut.
18
Ifizid Air Freshener e - BULE TIN KEUSAHAWA NA N
Alhamdulilah pendekatan diteruskan oleh Pejabat
MARA Daerah Jempol dalam usaha menjejaki
usahawan-usahawan yang berada di sekitar Daerah
Jempol khususnya.
Pendekatan ini lebih ke arah untuk mengenalpasti,
bertanya khabar, bertukar pandangan, bersama-sama
dan melihat sendiri perkembangan dan potensi-potensi
yang ada pada usahawan-usahawan sekitar.
Dikala pandemik dirasai dan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, usahawan ini
merencana untuk mengembangkan perniagaan
beliau di Tesco Bahau dengan pembukaan Kiosk
selain perjualaan secara dalam talian. MARA sentiasa
perhatin, melalui Skim Pembiayaan perniagaan prihatin
mikro (S3P) yang membantu PKS Mikro Bumiputera
yang terkesan waktu pandemik - hasrat itu dapat
diterjemahkan.
Lebih menarik lagi, produk Air Freshener dengan
penjenamaan Ifizid Air Freshener diperkenalkan
dengan pelbagai varian seperti Honey Dew, Sakura,
Chery Blossom, Pasion Fruit, Tropica Punch, vanilla dan
lain-lain. Tahniah diucapkan, Semoga terus sukses.
19
e - BULE TIN KEUSAHAWA NA N 20