The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KOLEKSI BAHAN PENERBITAN DIGITAL BITK, 2021-10-01 03:59:17

Buletin Keusahawanan

Edisi Ogos 2021

Ogos / 2021

BICARA EKSKLUSIF U.N.I KLINIK BANTU CAPAI
IMUNITI KELOMPOK
PROGRAM
PEMBANGUNAN PENIAGA PKS BANGKIT
KEUSAHAWANAN DENGAN INSENTIF MARA

PERAK USAHAWAN MARA TERUS
BEROPERASI

INISIATIF TAMBAHAN MARA
PAKEJ PEMULIH

EZS MOTORSPORT
FROM ZERO TO HERO

INDUSTRI MARITIM
USAHAWAN BUMIPUTERA
MENJANJIKAN POTENSI YANG
LESTARI

USAHAWAN WARISAN KRAF
PERUSAHAAN LABU LEPAP

AURA TAGLINE MOQ 50PCS
MENJADIKAN ART CREATION
DIKENALI SELURUH MALAYSIA

PROGRAM SOCIAL ENTERPRISE

CSR
EVOLUSI PEMBANGUNAN
MASYARAKAT KEPADA
STRATEGI PERNIAGAAN DAN
PENJENAMAAN

JOHOR LANTIK MARALINER
SEBAGAI PPV BERGERAK

BEST
MARA TAWAR USAHAWAN
PENUHI STANDARD PRODUK

Ogos / 2021

Penerbit : Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA

PENAUNG Ogos / 2021
YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman
Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) BICARA EKSKLUSIF U.N.I KLINIK BANTU CAPAI
MARA IMUNITI KELOMPOK
PROGRAM
PENERBIT EKSEKUTIF PEMBANGUNAN PENIAGA PKS BANGKIT
Nor Zaini binti Abu Kassim KEUSAHAWANAN DENGAN INSENTIF MARA
Pengarah
Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA PERAK USAHAWAN MARA TERUS
BEROPERASI
PENERBIT
Jamizan bin Baki INISIATIF TAMBAHAN MARA
Timbalan Pengarah II PAKEJ PEMULIH

EKSEKUTIF EDITOR EZS MOTORSPORT
Zuliana Haslinda binti Anhar Zubir FROM ZERO TO HERO
Timbalan Pengarah I
INDUSTRI MARITIM
EDITOR/WARTAWAN USAHAWAN BUMIPUTERA
Anita binti Kudin MENJANJIKAN POTENSI
Ketua Penolong Pengarah YANG LESTARI

KREATIF USAHAWAN WARISAN KRAF
Amirul Asyraf bin Abdul Razak PERUSAHAAN LABU LEPAP
Penolong Pengarah
AURA TAGLINE MOQ 50PCS
JURUFOTO MENJADIKAN ART CREATION
Produksi Kreatif DIKENALI SELURUH

TEKNIKAL & HEBAHAN PROGRAM SOCIAL ENTERPRISE
Iswardy Adha bin Mohamad
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Kanan) CSR
EVOLUSI PEMBANGUNAN
MASYARAKAT KEPADA
STRATEGI PERNIAGAAN DAN
PENJENAMAAN

JOHOR LANTIK MARALINER
SEBAGAI PPV BERGERAK

BEST
MARA TAWAR USAHAWAN
PENUHI STANDARD PRODUK

Sidang Editor e-Buletin berhak meminda mengubah
dan menggarap manuskrip yang dihantar agar
bersesuaian dengan garis panduan yang ditetapkan
dan tidak mengubah isi asalnya. Semua manuskrip
yang diterima sama ada disiarkan ataupun tidak
disiarkan tidak akan dikembalikan. Manuskrip
ini juga boleh digunapakai oleh pihak yang diberi
kebenaran untuk masa-masa akan datang. Kami
mengalu-alukan sebarang cadangan atau komentar,
surat menyurat, rencana dan ulasan ke meja Sidang
Redaksi atau email ke [email protected]

Sebarang pertanyaan hendaklah dialamatkan
kepada:

Pengarah
Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA
Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA
50609 Jalan MARA, Kuala Lumpur.
Tel: 03 2613 2401
Faks: 03 2691 0075
Email: [email protected]
Copyright ©️ MARA 2021. All rights reserved



U.n.i Klinik

Bantu Capai Imuniti Kelompok

Kuala Lumpur, 14 Ogos 2021 – U.n.i Klinik sekali lagi melibatkan U.n.i Klinik selain daripada mengendalikan
diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab bagi suntikan di beberapa cawangan klinik berkenaan. Bagi PPV
mengendalikan proses pemberian vaksin dalam TTI, urusan pengendalian vaksinasi akan dikawal selia oleh
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di Pusat U.n.i Klinik cawangan Pantai Timur,” tambah Dr. Nazif.
Pemberian Vaksin (PPV) Taman Tamadun Islam (TTI),
Terengganu. Proses pemberian vaksin di PPV TTI ini, telah Sebelum ini, U.n.i. Klinik telah mengendalikan proses
mensasarkan suntikan maksimum sebanyak 4,000 sehari. pemberian vaksin di World Trade Centre Kuala Lumpur
dan di Muar, Johor serta beberapa rangkaian klinik
Wakil daripada U.n.i Klinik, Dr. Nazif Nor Rahim berkata, tersebut yang telah berdaftar sebagai PPV. U.n.i Klinik
“Kepercayaan yang diberikan ini merupakan satu turut terlibat dalam Program PPV bergerak menggunakan
pengiktirafan kepada U.n.i Klinik dalam menyokong usaha bas MARA Liner sebagai usaha memastikan komuniti
kerajaan untuk mempercepatkan proses vaksinasi bagi masyarakat di kawasan pedalaman atau luar bandar
membendung penularan Covid-19 sekali gus membentuk khususnya masyarakat orang asli mendapat akses kepada
imuniti berkelompok. Tanggungjawab ini bukan sahaja pendaftaran dan suntikan vaksin.
satu penghargaan tetapi satu pengalaman baharu dalam
memastikan operasi dan proses pemberian vaksin U.n.i Klinik merupakan rangkaian klinik yang dibangunkan
berjalan dengan lancar.” melalui Program Pembangunan Usahawan Profesional
(ProSPEC) oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi
“Ini merupakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ketiga meningkatkan penyertaan usahawan serta pegangan

4 Buletin eKeusahawanan MARA Ogos 2021

ekuiti Bumiputera dalam bidang profesional seperti perubatan, farmasi, kejuruteraan, guaman, perakaunan, senibina
dan juru ukur bahan. Setakat hari ini, ProsPEC telah berjaya membangunkan 35 rangkaian klinik di seluruh semenanjung
Malaysia termasuk satu (1) di Sarawak, 10 rangkaian farmasi dengan jenama U.n.i Farmasi serta dalam proses
membangunkan U.n.i Dental. Dr. Nazif Nor antara 35 usahawan profesional yang dibangunkan melalui program ini telah
berjaya memiliki kliniknya sendiri di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Menurut beliau, “Menerusi program ini, saya
berpeluang meneroka ilmu baru ke arah usahawan profesional yang dilengkapi dengan kemahiran keusahawanan dan
bukan sekadar merawat pesakit sahaja.”

“MARA tidak hanya menyediakan kemudahan pembiayaan dan pembelian barangan serta mesin di klinik, tetapi pelbagai
bantuan lain termasuk kursus pemasaran dan sokongan serta bimbingan dalam perniagaan hingga kini,” jelas Dr. Nazif.

“Saya berharap MARA akan meneruskan program ini agar lebih banyak rangkaian klinik, farmasi, klinik pergigian serta
lain-lain bidang berkaitan kesihatan dapat dibangunkan dan kemudiannya digabungkan menjadi hospital yang lengkap,”
tambah beliau lagi.

Sumber berita: eWARTA

“Saya berharap “ YAB Perdana Menteri meninjau proses pemberian vaksin yang
MARA akan dikendalikan oleh U.n.i Klinik di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Taman
meneruskan
program ini agar Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu
lebih banyak
rangkaian klinik,
farmasi, klinik
pergigian serta
lain-lain bidang
berkaitan kesihatan
dapat dibangunkan

dan kemudiannya
digabungkan

menjadi hospital
yang lengkap

Ogos 2021 Buletin eKeusahawanan MARA 5

Peniaga PKS

Bangkit Lebih Kuat Dengan Insentif MARA

Sabah : 23 Ogos – “Peniaga kecil dan sederhana (PKS) harus bangkit lebih kuat dan terus bertahan dengan insentif MARA,” demikian
kata Y.B. Dato’ Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun, Pengerusi MARA, ketika ditemui dalam program MARA Bantu
Usahawan, Inisiatif Tambahan PEMULIH Peringkat MARA Negeri Sabah. Menurut beliau, melalui program tersebut, pengecualian
bayaran sewa selama tiga (3) bulan diberikan kepada 5,913 penyewa premis perniagaan milik MARA seluruh negara mulai Julai hingga
September tahun ini dijangka dapat membantu peniaga untuk bangkit semula selepas terjejas akibat Pandemik Covid-19. Turut hadir
bersama ialah Dr. Shahrizin bin Abdul Sarhadat, Pengarah MARA Negeri Sabah.

“Pengecualian sewa itu dilihat sebagai satu penjimatan kos operasi kedai, sekaligus membantu usahawan terus bangkit untuk
merancakkan kembali perniagaan yang terjejas teruk sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.“ Selain daripada itu,
MARA juga menawarkan diskaun sewa premis MARA sebanyak 30 peratus bagi meringankan beban para penyewa,” jelas Azizah.
Melalui program MARA Bantu Usahawan Inisiatif Tambahan PEMULIH ini juga, Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P)
telah diperkenalkan bagi membantu usahawan Bumiputera meneruskan kelangsungan hidup serta mempertingkatkan daya tahan
perniagaan mereka.

Azizah berkata, seramai 113 orang usahawan di Sabah telah menerima manfaat ini melibatkan peruntukan berjumlah RM3.39
juta. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), insentif MARA ini dapat membantu usahawan membiayai keperluan
belanja mengurus dan modal pusingan perniagaan. Tambah beliau, bagi membantu usahawan wanita pula, MARA memperkenalkan
Skim Pembiayaan DanaNita iaitu kemudahan khusus untuk usahawan wanita yang memerlukan bantuan bagi memajukan serta
mempertingkatkan perniagaan dengan nilai pembiayaan sehingga maksimum berjumlah RM150,000.

Sementara itu, menurut seorang usahawan AORA , SPA Suziah Salwanie Sahipin, pengecualian bayaran sewa selama tiga (3) bulan itu
memberi kelegaan buat beliau. Pembiayaan perniagaan MARA yang diterima hari ini mampu memulihkan perniagaannya yang terhenti
sejak sekian lama. “Semasa pandemik ini kami masih belum boleh beroperasi, tetapi dengan moratorium yang MARA berikan ini maka
kami diberi tempoh untuk bernafas dan itu sangat membantu kami yang sangat terkesan semasa pandemik ini,” jelas Suziah.

6 Buletin eKeusahawanan MARA Ogos 2021

“Pengecualian sewa itu dilihat sebagai satu penjimatan kos “
operasi kedai, sekaligus membantu usahawan terus bangkit
untuk merancakkan kembali perniagaan yang terjejas teruk
sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

MARA turut fokus membantu usahawan ke arah pendigitalan, menyediakan latihan bagi usahawan yang ingin mempelbagaikan
cabang serta meluaskan rantaian perniagaan di samping mengadakan kerjasama strategik bersama agensi kerajaan lain dan swasta
bagi memastikan usahawan Bumiputera terus kukuh. Inisiatif yang dilaksanakan ini bukan sekadar membantu perniagaan untuk kekal
bertahan, tetapi juga bagi memastikan peluang pekerjaan dapat terus diwujudkan.

Sumber berita: eWARTA MARA

Pengarah MARA Sabah, Dr. Shahrizin (tiga dari kiri) mengiringi YBhg. Dato’ Hajah Azizah, meyampaikan cek bantuan Insentif MARA

Ogos 2021 Buletin eKeusahawanan MARA 7

Usahawan
MARA TERUS
BEROPERASI

Kuala Lumpur: 12 Ogos 2021 - “Setakat ini tiada usahawan
Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang menjual perniagaan atau
menutup operasi mereka,” kata YB. Datuk Dr. Abd Latif bin
Ahmad, Menteri Pembangunan Luar Bandar. Beliau berkata,
pihaknya memahami keadaan sukar dihadapi ramai usahawan
sejak negara dilanda krisis Pandemik Covid-19 sejak tahun lalu
sehingga sekarang. Justeru, katanya, seramai 20,000 usahawan
sudah menerima manfaat inisiatif di bawah Pakej Pemulihan
Ekonomi dilaksanakan MARA. “Sejak tercetusnya pandemik,
kementerian melalui MARA melaksanakan pelbagai usaha
untuk menyokong usahawan dengan pemberian moratorium
pembiayaan, pengecualian dan diskaun sewaan premis. “Selain itu, MARA turut mewujudkan skim khas pembiayaan untuk usahawan
terkesan dan menarik taraf premis perniagaan. “Bahkan, latihan keusahawanan turut digerakkan secara agresif bagi membantu
usahawan memasarkan produk secara dalam talian dan mengembangkan perniagaan dalam bidang lain yang kurang terkesan akibat
pandemik,” katanya.

Sumber berita: Akhbar Harian Metro

ABD Latiff (kanan) mendengar penerangan dari Pengarah Urusan My Delicacies, Suhaily Hamzah ketika melawat sebahagian premis
perniagaan dibawah kendalian MARA di Ibu Pejabat MARA selepas Majlis MARA bantu Usahawan Inisiatif Tambahan di bawah Pakej
Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

8 Buletin eKeusahawanan MARA Ogos 2021

PENGECUALIAN

SEWA 3 BULAN, DISKAUN
30 PERATUS SEHINGGA
DISEMBER 2021

YB Datuk Dr. Abd Latiff diiringi YBhg. Dato’ Azhar bersama penyewa dan usahawan MARA

MARA mengambil inisiatif menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumum kerajaan dengan
memberi pengecualian bayaran sewa premis perniagaan di bawahnya kepada semua penyewa mulai Julai hingga September ini, disusuli
diskaun sewaan sebanyak 30 peratus untuk tiga bulan berikutnya. Seramai 5,913 penyewa di seluruh negara akan menikmati insentif
itu dengan nilai keseluruhan berjumlah RM14.89 juta. Usaha ini diharap dapat membantu usahawan untuk meneruskan kelangsungan
perniagaan yang terjejas akibat pandemik yang melanda negara, memperkukuhkan keyakinan serta mempertingkatkan ekonomi
usahawan Bumiputera agar dapat berdiri teguh.

Sejak tercetusnya pandemik, MARA telah melaksanakan pelbagai usaha untuk menyokong usahawan agar bangkit meneruskan
kelangsungan perniagaan yang terjejas dengan pemberian moratorium pembiayaan, pengecualian dan diskaun sewaan premis.
“Latihan Keusahawanan juga turut diberikan bagi membantu usahawan mempelbagaikan platform pemasaran secara atas talian dan
mengembangkan perniagaan dalam bidang lain yang kurang terkesan akibat pandemik.” katanya. Beliau berkata demikian selepas
menyampaikan surat pengecualian bayaran sewaan premis dan cek pembiayaan kepada penyewa dan usahawan MARA. Abdul Latiff
berkata, MARA turut memutuskan untuk memberi insentif tambahan berupa pengecualian bayaran sewa premis perniagaan bagi semua
penyewa MARA bermula Julai hingga September 2021, diikuti pula pemberian diskaun 30 peratus sehingga Disember 2021. Menurutnya,
melalui pemberian moratorium dan penjadualan bayaran balik kepada usahawan yang menerima kemudahan pembiayaan perniagaan
pula, sebanyak 10,682 usahawan dibantu dengan implikasi kewangan RM43.05 juta.

Sumber berita : Hasneeza binti Harith
Bahagian Infrastruktur Komersial (BIK)

Ogos 2021 Buletin eKeusahawanan MARA 9

INISIATIF
TAMBAHAN
MARA:

PAKEJ PEMULIH

KUANTAN: 27 Ogos 2021 – Bantuan kepada usahawan
melalui Inisiatif Tambahan PEMULIH peringkat Negeri
Pahang telah diadakan di Arked MARA Gambut, Kuantan
dan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Azhar bin Abdul
Manaf, Ketua Pengarah MARA. Majlis turut dihadiri oleh
Pengarah MARA Negeri Pahang, Pengarah Komunikasi
Korporat, Pengetua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
Kuantan dan pengurusan MARA Pahang.

Secara keseluruhan, inisiatif tambahan berikut
memperuntukan RM1.17 juta bagi S3P, RM600 ribu
bagi Skim DanaNITA, dan RM733 ribu bagi pengecualian
sewa (Julai – September 2021) termasuk diskaun sewa
30% (Oktober – Disember 2021) kepada 529 usahawan
MARA Negeri Pahang. Majlis ringkas yang mematuhi
SOP, melibatkan 10 orang usahawan Bumiputera yang
menerima cek pembiayaan, surat pengecualian dan
diskaun sewa sebagai simbolik penyerahan mengikut
kategori pembiayaan yang telah ditawarkan adalah seperti
berikut :

(i) 2 (dua) usahawan Skim Pembiayaan Perniagaan
Prihatin Mikro S3P
(ii) 2 (dua) usahawan Skim Pembiayaan DanaNita
(iii) 3 (tiga) usahawan Moratorium Pembiayaan
(iv) 3 (tiga) penyewa Moratorium Penyewaan

Semoga dengan adanya kemudahan dan sokongan
daripada pihak MARA dapat memberi suntikan semangat
kepada usahawan yang terjejas untuk meneruskan
kelangsungan perniagaan.

Sumber berita : Bahagian Inovasi &Teknologi Kreatif (BITK)

10 Buletin eKeusahawanan MARA Ogos 2021

Ogos 2021 Buletin eKeusahawanan MARA 11

BICARA EKSKLUSIF

PROGRAM PEMBANGUNAN
KEUSAHAWANAN PERAK

Negeri Perak adalah sebuah negeri yang terletak telah melaksanakan fungsi keusahawanan, pendidikan
di bahagian tengah Semenanjung Malaysia yang dan pelaburan dalam memberikan perkhidmatan
bersempadan dengan beberapa buah negeri yang lain. terbaik kepada masyarakat. Sebanyak 54 pusat
Negeri Perak menawarkan pelbagai keistimewaan sama pentadbiran MARA di bawah seliaan MARA Perak
ada dari segi ekonomi, pelancongan, infrastruktur dan iaitu Pejabat MARA Negeri Perak (PMN), 10 Pejabat
sebagainya. Negeri Perak atau juga dikenali sebagai Perak MARA Daerah (PMD), Pusat Kepimpinan Pelajar MARA
Darul Ridzuan merupakan negeri yang kedua terbesar (PUSKEP), Kolej Profesional MARA (KPM), Kolej Kemahiran
di Semenanjung Malaysia (selepas Pahang), dengan Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej
berkeluasan 21,049km persegi meliputi kawasan 6.4% Polytech MARA (KPTM), Universiti Kuala Lumpur - Royal
College of Medicine Perak (UniKL-RCMP), Universiti Kuala
daripada jumlah keluasan Malaysia Lumpur - Malaysian Institute of Marine Technology (UniKL-
dengan kepadatan penduduk MIMET), sembilan (9) Maktab Rendah Sains MARA (MRSM),
sebanyak 2.51 Juta orang. Perak 24 Pusat GiatMARA, Yayasan Pelajaran MARA (YPM), Rural
terbahagi kepada 12 daerah Capital Berhad (RCB) dan MARA Liner Sdn. Bhd.
iaitu Kuala Kangsar, Hulu Perak,
Kerian, Larut, Matang dan Pada tahun 2021, MARA Perak telah menerima
Selama, Kinta, Kampar, Batang peruntukan sejumlah RM24.6 Juta bagi membangunkan
Padang, Perak Tengah, Hilir usahawan di bawah urusan pembangunan usahawan,
Perak, Manjung, Muallim dan pembiayaan perniagaan dan infrastruktur komersial.
Bagan Datok. Daerah Bagan
Datok merupakan daerah Melalui pembangunan usahawan juga, MARA Perak telah
pentadbiran baharu yang ke- berjaya melaksanakan 87 aktiviti yang meliputi latihan
12 di Negeri Perak. keusahawanan, pensijilan dan pemiawaian, pendigitalan
dan automasi dengan implikasi kewangan sebanyak
MARA Perak salah sebuah RM1.029 Juta yang telah memberi manfaat secara langsung
dan tidak langsung kepada 2,549 usahawan. Selain daripada
agensi pembangunan program yang ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan
Usahawan (BPU), MARA Perak turut mengadakan program
keusahawanan yang bergiat secara kerjasama dengan agensi keusahawanan peringkat
negeri melalui Sekretariat Pembangunan Keusahawanan
aktif dalam melaksanakan Negeri Perak (STEP). MARA Perak turut mengadakan
Program Pengiklanan Media bersama Media Prima,
pelbagai program untuk Program Pemerkasa Usahawanita bersama PERKESO,
Program Pemasaran Antarabangsa bersama Malaysian
membangunkan Food Supermarket UK dan lain-lain lagi.

usahawan yang

dinamik. Dengan

kekuatan anggota

kerja seramai 76

orang, MARA

Perak

Bagi aktiviti pembiayaan perniagaan, MARA Perak telah
meluluskan permohonan pembiayaan perniagaan
sebanyak 286 usahawan dengan implikasi kewangan
berjumlah RM26.4 Juta. Melalui skim Pembiayaan
Perniagaan Prihatin Mikro Kredit (S3P) yang dikhaskan
kepada usahawan yang terkesan akibat pandemik
Covid-19, seramai 100 usahawan telah diluluskan

12 Buletin eKeusahawanan MARA Ogos 2021

pembiayaan ini dengan jumlah sebanyak RM3.37 Juta. yang dinamik, MARA Perak akan memastikan sistem
Manakala bagi skim Pembiayaan Perniagaan DanaNITA penyampaian kepada pelanggan diberi keutamaan.
seramai 30 usahawan telah diluluskan dengan jumlah Kelestarian usahawan adalah menjadi fokus dan strategi
pembiayaan sebanyak RM1.039 Juta. Sejumlah RM10.4 kami untuk melahirkan usahawan yang kompeten,
Juta telah diluluskan di bawah Skim Pembiayaan Kontrak mewujudkan peneraju industri dan seterusnya membina
Ekspres (SPiKE) kepada 68 kontraktor untuk melaksanakan usahawan mampan dan dinamik.
projek-projek yang bernilai hampir RM15 Juta.
LAILATUL ASMAH BINTI MOHD TAHIR
MARA Perak menawarkan 642 lot premis perniagaan Pengarah MARA Negeri Perak
seluruh Negeri Perak dengan pengisian lot mencapai
90%. Setakat 31 Ogos 2021, seramai 551 penyewa telah Sumber berita oleh : Nurul ‘Ain binti Jamal
menerima insentif diskaun sewa 30% selama lima (5) bulan Pejabat MARA Negeri Perak
dan tambahan insentif pengecualian sewa selama tiga (3)
bulan dengan implikasi kewangan sebanyak RM806 Ribu.
Selain itu, MARA Perak juga telah menganjurkan Program
Pemasaran Digital Facebook Marketing Underground khas
untuk penyewa Premis Perniagaan dan Perusahaan
MARA yang ditawarkan kepada 35 penyewa. Program ini
dianjurkan bagi membantu penyewa untuk mengadaptasi
norma baharu dalam menjalankan perniagaan
sepenuhnya secara online.

Demi kelangsungan perniagaan yang terkesan akibat
Pandemik Covid-19, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan
oleh MARA Perak sebagai sebuah agensi sosioekonomi
yang membantu usahawan Bumiputera. Antaranya,
bimbingan khidmat nasihat keusahawanan, program
engagement dan turun padang, program penjadualan
semula pembiayaan perniagaan yang diterima bagi
membantu meringankan beban kewangan usahawan,
business coaching kepada usahawan dalam menguruskan
kewangan syarikat, program motivasi dan pengurusan
perniagaan yang lebih sistematik.

Dalam usaha membangunkan komuniti usahawan

Ogos 2021 Buletin eKeusahawanan MARA 13

YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Jailani, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar diiringi Puan Lailatul Asmah, Pengarah MARA Negeri
Perak semasa lawatan sempena majlis penyampaian Pakej PEMULIH

LEGA

Kami Masih Boleh Berniaga

PERAK : 15 Ogos 2021 - “Lega, kami masih boleh berniaga,” jelas Mohamed Khidzir Baharuddin pemilik Cafe
Kelab Sultan Idris, Kuala Kangsar. Beliau yang merupakan salah seorang penerima kemudahan Pembiayaan
Perniagaan Prihatin Mikro MARA (S3P), menghela nafas lega kerana perniagaan restorannya masih boleh
bertahan. Menurut Khidzir, biarpun kerajaan melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi
sebelum ini, namun peniaga kecil dan sederhana (PKS) tetap diberi peluang meneruskan perniagaan bagi
menampung keperluan hidup sekaligus memberi kelegaan buat beliau.

“Saya menjalankan perniagaan kedai makan yang menyediakan masakan panas dan ala western hampir 10
tahun. Beliau juga menerima tempahan katering. Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan,
ia amat memberi kesan terhadap perniagaan, pelanggan yang datang pun berkurangan berbanding sebelum
ini. Namun perniagaan saya masih bertahan. “Apa yang penting sekarang adalah strategi pertingkatkan
jualan. Setakat ini saya masih lagi mampu untuk membayar gaji 10 orang pekerja saya,” katanya ketika
ditemui semasa simbolik penyerahan cek Skim Pembiayaan Prihatin MIKRO yang berjumlah RM50,000.00 di
Arked Kuala Kangsar.

Manakala bagi pekerja Shayatie Izz Delights Cake, Raayah Kemon berkata, beliau amat bersyukur kerana

masih boleh mencari rezeki memandangkan kedai kek tempat beliau bekerja masih beroperasi seperti biasa.
Beliau yang mewakili majikannya serta penyewa Arked Kuala Kangsar berterima kasih kepada kerajaan dan
MARA atas pemberian diskaun 30 peratus ke atas sewaan premis perniagaan MARA bagi tempoh enam (6)
bulan.

MARA juga turut menyediakan inisiatif tambahan kepada penyewa dengan memberikan pengecualian
sewa selama tiga (3) bulan. Pada majlis tersebut, YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus, Ketua
Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, hadir menyampaikan simbolik penyerahan Surat
Tawaran Moratorium Penyewaan Premis Perniagaan MARA dan Cek Skim Pembiayaan Prihatin Mikro MARA
(S3P) di Arked MARA Kuala Kangsar diiringi oleh Puan Lailatul Asmah binti Mohd Tahir, Pengarah MARA Negeri
Perak.

Sumber berita oleh : eWARTA MARA dan Ahmad Najmi bin Ab. Azais
Pejabat MARA Negeri Perak

“Apa yang“
penting sekarang
adalah strategi
pertingkatkan
jualan. Setakat ini
saya masih lagi
mampu untuk
membayar gaji
10 orang pekerja
saya,

Ogos 2021 Buletin eKeusahawanan MARA 15

INDUSTRI AUTOMOTIF :

EZS Motorsports
FROM ZERO TO HERO

Encik Muhammad Iskandar bin Pathi Centre bagi kenderaan jenama MINI EZS Motorsports mendapatkan
telah menubuhkan syarikat milikan COOPER serta kenderaan jenama bekalan alat ganti, minyak enjin,
tunggal EZS Motorsports pada tahun mewah yang lain. Selama hampir tayar, aksesori serta lain - lain bahan
2011 setelah menimba pengalaman Sembilan (9) tahun penglibatan keperluan daripada beberapa
sebagai pekerja dalam bidang beliau dalam bidang automotif, pembekal utama seperti Bavarian
automotif selama beberapa tahun. pelbagai pengalaman pahit manis Auto, Bayern Auto Parts, Rimbunan
Pemilik syarikat EZS Motorsports yang dilalui termasuk bermula Kuasa, Ishihara Automotif, Prowheels
ini merupakan pelatih GIATMARA dengan sebuah bengkel yang kecil Distributor (M) Sdn Bhd, Sapura
kini mampu membuka pusat servis serta tiada kelengkapan peralatan Automotive Industries Sdn Bhd, AMG
kenderaan jenama mewah yang yang mencukupi. Namun perkara ini Auto Supply Sdn Bhd, SP Racing Sdn
setanding dengan pemain industri tidak melemahkan semangat beliau, Bhd, YHHR Racing Sdn Bhd dan lain -
automotif yang terkenal. Kejayaan malahan pelbagai usaha telah dibuat lain pembekal dari seluruh Malaysia.
syarikat turut mendapat pengiktirafan untuk membawa syarikat ke satu
industri melalui penganugerahan tahap yang lebih baik. Syarikat kini diuruskan bersama 13
yang diterima daripada Malaysian orang pekerja bagi unit pentadbiran
Automotive Industry sebagai Best Pada 1 Julai 2020 beliau telah dan operasi. Syarikat juga memiliki
Workshop In Malaysia pada tahun mengorak langkah dengan mendaftar lebih 10 jenis mesin serta peralatan
2015. syarikat bertaraf Sdn. Bhd. iaitu terkini seperti mesin Dyno yang
EZS Motorsports Sdn. Bhd. yang canggih dalam memeriksa kelajuan
Beliau mempunyai kelulusan menjadi cawangan kedua terletak sesebuah kenderaan.
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 di Kawasan Perusahaan IGB,
dalam bidang automotif dan Sijil Chemor, Perak. Cawangan baru ini Untung kasar syarikat pada tahun
Kemahiran GIATMARA bagi kursus menyediakan perkhidmatan untuk 2020 berjumlah RM1.7 juta dan
membaiki motosikal daripada kenderaan continental sahaja. dijangka meningkat pada tahun 2021
GIATMARA Lekir Sitiawan, Perak. Sehingga kini pemilik perniagaan telah ekoran pertambahan cawangan
EZS Motorsports kini menjalankan mengeluarkan modal permulaan baharu serta pengiktirafan pelanggan
perniagaan dalam bidang servis perniagaan melebihi RM300,000.00 ke atas perkhidmatan yang terbaik
dan membaiki kenderaan serta bagi mengembangkan perniagaan dan cekap diberikan. Pelanggan
menjadi One Stop Specialist Service sedia ada. syarikat ini bukan sahaja dari negeri

16 Buletin eKeusahawanan MARA Ogos 2021

sebulan bagi jenama MINI COOPER dengan meluaskan segmen
dan kereta continental lain. Rata-
rata tempoh yang diambil untuk pelanggan bagi kenderaan buatan
melengkapkan servis sebuah kereta
mengambil masa 3 hingga ke 4 hari. Eropah seperti Volkswagon, Mercedes

Benz, BMW, AUDI, Volvo, Lexus dan

sebagainya. Pemilik kenderaan

mewah amat mementingkan kualiti

Umum mengetahui bahawa industri dan kuasa tawar menawar pelanggan
servis kenderaan berjenama mewah
dan continental ini amat kurang agak rendah sejajar dengan
diceburi oleh usahawan Bumiputera.
Syarikat ini telah mula bertapak perkhidmatan terbaik yang diberikan
dibidang servis kenderaan sejak 10
tahun yang lalu dan mula memberi oleh EZMS.
fokus kepada kenderaan mewah
Perak, malahan ada yang datang dari sejak tahun 2015. Langkah berani Risiko industri yang diceburi ini
Kedah, Kuala Lumpur dan pelbagai ini telah menunjukkan hasil yang apabila terdapat saingan daripada
negeri lain serta terdiri daripada sangat positif apabila syarikat ini syarikat lain yang telah lama bertapak
pelbagai bangsa. Lokasi syarikat ini mula diiktiraf sebagai syarikat yang di Ipoh namun diyakini ia dapat
yang terletak di Ipoh, Perak juga telah berkepakaran tinggi menyediakan diatasi dengan kelebihan alatan
memberi kelebihan kerana terletak perkhidmatan membaik pulih dan mesin terkini yang disediakan,
di wilayah tengah Semenanjung yang kenderaan jenama mewah. Walaupun prasarana yang kondusif serta
memudahkan pelanggan - pelanggan fokus syarikat tertumpu kepada kualiti perkhidmatan yang terbaik
dari negeri di utara dan selatan untuk kenderaan berjenama MINI COOPER, daripada pekerja - pekerja pakar serta
mendapatkan perkhidmatan daripada namun strategi ini berbaloi kerana berpengalaman.
pakar automotif syarikat ini. ia memberikan margin keuntungan
yang sangat besar. Syarikat ini telah mendapat suntikan
Jumlah kenderaan yang mendapat dana pembiayaan MARA pada tahun
khidmat servis disini dianggarkan EZSM kini telah mengorak langkah 2020 berjumlah RM450,000.00
purata sebanyak 60 - 80 buah kereta bagi ubahsuai dan pembelian stok
menambahbaik perkhidmatan untuk bengkel baharu di Kawasan
Perusahaan Klebang, Chemor, Perak.
Pusat servis yang diusahakan ini

Ogos 2021 Buletin eKeusahawanan MARA 17

lebih eksklusif serta berorentasikan customer based telah
meletakkan EZS Motorsports Sdn. Bhd. pada kedudukan
yang lebih outstanding berbanding bengkel - bengkel yang
lain.

Pepatah Melayu berkata ‘melentur buluh biarlah dari
rebungnya’ dan pencapaian beliau ini menyerlahkan lagi
hasil sentuhan dan didikan MARA dalam membimbing
Bumiputera ke arah mewujudkan usahawan yang
berjaya, kompetitif dan dinamik. MARA akan terus relevan
selamanya dalam membimbing anak bangsa menuju
kejayaan termasuk berupaya melahirkan lebih ramai HERO
INDUSTRI di masa akan datang.

Sumber berita oleh : Muhaini Bt Azhar
Pejabat MARA Negeri Perak

18 Buletin eKeusahawanan MARA Ogos 2021

Ogos 2021 Buletin eKeusahawanan MARA 19

INDUSTRI MARITIM:

USAHAWAN BUMIPUTERA
MENJANJIKAN POTENSI
PERNIAGAAN YANG LESTARI

Industri maritim Daerah Manjung berkembang
pesat apabila Lumut diisytiharkan sebagai
Bandar Tentera Laut, Pelancongan dan
Maritim. Jeti Lumut menjadi penghubung
kepada persisiran pantai dan pulau-pulau
indah yang berdekatan serta menjadi pintu
masuk kepada Pulau Pangkor iaitu pulau yang
telah digazetkan sebagai Pulau Bebas Cukai
yang akan merancakkan lagi aktiviti ekonomi
Lumut dan sekitarnya. Selain daripada itu,
secara geografinya kedudukan Lumut sebagai
sebuah bandar pelabuhan yang menempatkan
Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia yang
terbesar di Malaysia merupakan satu kelebihan
organik untuk muncul sebagai daerah maritim
yang strategik. Di sini juga berlaku aktiviti
pelabuhan aktif yang turut memberi limpahan
ekonomi besar kepada penduduk Daerah
Manjung, seperti wujudnya Lumut Port Terminal,
Sapura Kencana, TNB Janakuasa Manjung dan
Vale Malaysia Minerals Sdn Bhd. Aktiviti-aktiviti
yang berkaitan dengan maritim dan perniagaan
berskala kecil hingga berskala besar terus
berkembang dan telah mengubah landskap
Daerah Manjung ini menjadi sebuah daerah yang
pesat membangun dan dinamik.

20 Buletin eKeusahawanan MARA Ogos 2021

Dato’ Haji Ireland Mohar bin Abdul Rahman Kejayaan yang dicipta oleh syarikat ini telah
merupakan salah seorang usahawan bimbingan membuka peluang pekerjaan kepada 37 orang
MARA yang terlibat dalam industri maritim melalui anak tempatan terutama belia di sekitar Manjung.
syarikat yang ditubuhkan sejak lima (5) tahun lalu Imar Maju Sdn. Bhd. juga memberi peluang latihan
iaitu Imar Maju Sdn. Bhd. Perniagaan ini berfokuskan dan pendedahan secara hands-on kepada pelajar
kepada perkhidmatan kejuruteraan maritim dan universiti yang menjalani latihan amali di syarikat ini.
mekanikal, baik pulih bot dan kapal, pembinaan bot, Dikategorikan sebagai aktiviti perniagaan essential
pengurusan pelabuhan serta pembekalan barangan dan mendapat kebenaran untuk beroperasi,
hardware. perniagaan syarikat ini tidak terjejas secara langsung
oleh Pandemik Covid-19. Walaubagaimanapun ia
Imar Maju Sdn. Bhd. merupakan penerima Skim bukanlah satu jaminan yang berterusan. Usahawan
Pembiayaan Perniagaan MARA untuk menampung ini terus bekerja keras memastikan perniagaan
keperluan kewangan bagi membina kapal mooring dapat diteruskan dalam norma baharu dengan
serta menyediakan perkhidmatan mooring. Syarikat mengambilkira keperluan ekosistem industri secara
ini adalah satu-satunya syarikat milik usahawan menyeluruh.
Bumiputra di Manjung yang mempunyai kepakaran
untuk membina kapal mooring yang canggih, lengkap Melalui bantuan yang disalurkan oleh MARA, Imar
dan bersistem serta bersifat futuristic yang berfungsi Maju Sdn. Bhd. telah menzahirkan penghargaan
memberi kekuatan untuk menyokong perkhidmatan di atas perhatian yang diberikan oleh MARA dalam
lain selain mooring, seperti kapal penyelamat, kapal membangunkan usahawan dalam industri maritim.
pengangkutan dan lain-lain perkhidmatan dalam Harapan Dato’ Haji Ireland Mohar agar MARA terus
industri maritim. aktif membantu membangunkan ekonomi dan
memperkasakan usahawan Bumiputera melalui
Dengan kejayaan menghasilkan bot mooring, pelbagai inisiatif dan program yang berstruktur
pembinaan kapal serta pengalaman dan kepakaran supaya penglibatan Bumiputera ini dalam industri
yang dimiliki, ia telah berjaya membuka mata syarikat maritim ditingkatkan.
korporat lain untuk mendapatkan perkhidmatan
pelabuhan dan perkapalan sekaligus membuka Sumber berita oleh : Mohamad Afif bin Zainol Bharin
peluang untuk syarikat ini meneroka pasaran Pejabat MARA Negeri Perak
baharu dalam industri maritim. Kualiti perkhidmatan
yang sentiasa dipantau dan dipertingkatkan telah
memberi nilai tambah dan menjadi kekuatan utama
untuk syarikat ini terus kekal bersaing serta membina
nama dalam industri ini.

Hasil suntikan dana yang disediakan oleh MARA,
nilai jualan syarikat ini dijangka berupaya mencecah
sehingga RM15 Juta dalam tempoh lima (5) tahun
yang akan datang melalui kontrak-kontrak yang telah
diperolehi. Syarikat juga sentiasa aktif mengintai
peluang-peluang baharu yang berpotensi untuk
memastikan syarikat terus berdaya maju serta aktif
sebagai pemain industri yang disegani.

Kelestarian industri maritim adalah teras
kemakmuran ekonomi Malaysia melalui peluang
pekerjaan, penjanaan pelaburan dan sebagainya.

Ogos 2021 Buletin eKeusahawanan MARA 21

USAHAWAN WARISAN KRAF:

PERUSAHAAN LABU LEPAP

Kuala Kangsar merupakan satu daerah yang labu menggunakan tangan dan produk tersebut
sangat sinonim dengan perusahaan labu sayong. akan melalui proses pembakaran yang panjang
90 peratus industri pembuatan kraftangan untuk menghasilkan Labu Lepap yang berkualiti
tembikar seperti labu air di Perak khususnya di tinggi. Beliau mempelajari teknik pembuatan labu
Mukim Sayong, Kuala Kangsar iaitu, Kampung ini secara turun temurun. Walaupun kini telah ada
Kepala Bendang masih aktif diusahakan sehingga mesin atau peralatan yang boleh menghasilkan
kini. Kampung Kepala Bendang merupakan produk labu dengan lebih cepat dalam kuantiti yang
kampung tradisi mengusahakan produk labu banyak, beliau masih memilih untuk mengusahakan
sayong. Perusahaan tradisi Kampung Kepala secara tradisional terutama bagi menghasilkan
Bendang pernah menerima anugerah di peringkat produk Labu Lepap.
antarabangsa pada tahun 2020 melalui Projek
Kraf Komuniti Ku (KKK) dalam Majlis Anugerah Kraf Memandangkan produk kraf keluaran KZ Kraf
Antarabangsa (ICA) di New Delhi sebagai Village telah mendapat permintaan yang tinggi daripada
Of The Year. Penganugerahan ini telah menyuntik pelanggan di seluruh Malaysia, Encik Mohd Pareb
semangat para pengusaha kraf labu sayong untuk telah beralih menggunakan kaedah pemasaran
terus bergiat aktif menghasilkan produk-produk digital melalui platform Shoppe di Mycraftshoppe
kraf berasaskan seramik. Labu sayong dihasilkan
dalam pelbagai ciri yang unik dengan nama untuk memastikan produk kraf keluaran
yang tersendiri seperti Labu Gelugur, Labu syarikatnya dikenali ramai dan mudah dibeli
Belalai Gajah, Labu Panai, Labu Bocong, Labu secara atas talian. Beliau telah menyertai
Lepap, Labu Tela dan Labu Pucung. beberapa program anjuran MARA Daerah Kuala
Kangsar, antaranya Kursus Pembangunan
Salah seorang pengusaha yang masih Produk Kraftera 2021. Beliau juga pernah
mengekalkan pembuatan labu sayong ialah menerima bantuan BASE di bawah Program
Encik Mohd Pareb bin Zamari. Beliau telah Penjenamaan daripada MARA Perak. Selain
mengusahakan Kraf Labu Lepap selama itu juga, pernah memperolehi pembiayaan
20 tahun di Kampung Kepala Bendang. di bawah Skim Pengukuhan Perniagaan
Perusahaan ini telah diwarisi dari lima MARA (SPAK) bagi membiayai modal
(5) generasi. Syarikat KZ Kraf yang pusingan sebanyak RM10 ribu pada
dimiliki oleh Encik Mohd Pareb tahun 2020.
ini, adalah antara syarikat
yang aktif menghasilkan Menyedari kurangnya minat
produk kraf Labu Lepap. generasi muda untuk
Produk kraf Labu Lepap mempelajari seni kraf, Encik
adalah satu nama yang tidak Mohd Pareb telah membuka
asing lagi di Kuala Kangsar yang pakej lawatan sambil belajar
mempunyai keunikan tersendiri. Dari kepada pelbagai agensi, sekolah
aspek pembuatan produk, ia masih mengekalkan dan syarikat penerbitan dokumentari
kaedah pembuatan tradisional dengan membentuk untuk menarik minat golongan ini untuk
menghargai seni halus pembuatan kraf Labu Lepap.

22 Buletin eKeusahawanan MARA Ogos 2021

Usaha ini amat penting dalam memastikan seni kraf
berasaskan seramik ini dikenali dan diteruskan pada
masa akan datang. Dalam merealisasikan impian
ini, beliau sedang dalam proses untuk mewujudkan
sebuah galeri kraf bersebelahan bengkel sedia
ada yang akan menempatkan produk-produk
seperti Labu, Seni Tekat, Golok, Busur dan pelbagai
produk kraf yang lain. Beliau juga telah dijemput
oleh Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) untuk
menjadi tenaga pengajar kepada pelajar USAS
dalam pembuatan Labu Sayong. Harapan Encik
Mohd Pareb agar seni kraf Labu Lepap ini akan
terus mendapat tempat dihati masyarakat terutama
generasi muda agar warisan zaman berzaman ini
tidak lenyap ditelan waktu.

Sumber berita oleh: Ahmad Najmi bin Abd Azais
Pegawai MARA Daerah Kuala Kangsar

Ogos 2021 Buletin eKeusahawanan MARA 23

AURA TAGLINE MOQ 50 PCS

MENJADIKAN ART CREATION

DIKENALI SELURUH MALAYSIA

Art Creation Legacy Sdn. Bhd. yang membawa jenama Art sendiri dengan kos yang rendah.
Creation telah ditubuhkan pada 16 Julai 2020 yang mana
sebelum ini dikenali sebagai Art Creation Printing & Design. Berbekalkan modal RM10,000 yang dipinjam daripada ahli
Perniagaan ini telah ditubuhkan pada 14 Jun 2017 dan keluarga, mereka memulakan perniagaan mereka bentuk
diterajui oleh pasangan suami isteri iaitu Puan Maizatul dan percetakan kotak produk ini di rumah sewa sahaja di
Shakirah binti Amir Hassan dan Encik Mohd Adhar bin Che Hulu Bernam, Selangor dengan dibantu oleh empat (4)
Hussain. orang staf. Sepanjang tempoh tersebut, syarikat telah
menambah bilangan mesin dengan bantuan kewangan
Sebelum menjalankan perniagaan ini, kedua-dua mereka daripada ahli keluarga. Hasil daripada penambahan mesin
pernah melalui pengalaman menjadi founder kepada tersebut, syarikat ini telah mencatatkan jualan mencecah
pelbagai jenama produk. Malangnya hasrat tersebut RM500,000 pada tahun 2019.
terkubur memandangkan kos untuk mengeluarkan produk
pada masa tersebut adalah sangat tinggi. Setiap tempahan Pada Februari 2020, syarikat telah menyewa lot
yang dibuat memerlukan Minimum Order Quantity (MOQ) perniagaan di Medaniaga Tanjung Malim, Perak bagi
yang tinggi dengan kos yang sangat mahal. Ini adalah pain tujuan mengembangkan pasaran dan meningkatkan
point yang dialami oleh mana-mana founder produk yang pengeluaran serta mendapatkan kepercayaan pelanggan
ingin bermula dengan modal yang kecil. Maka, dari situ apabila beroperasi di premis perniagaan. Tahun 2020
tercetuslah idea untuk menjalankan perniagaan mereka juga merupakan tahun yang penuh cabaran apabila
bentuk dan mencetak kotak pembungkusan produk Malaysia dilanda Pandemik Covid-19. Syarikat ini turut
bermula dengan MOQ 50pcs sahaja bagi membantu para menerima kesan akibat pandemik ini. Namun, pemilik
usahawan (founder) untuk mempunyai produk jenama syarikat tidak pernah putus asa untuk mencari inisiatif

24 Buletin eKeusahawanan MARA Ogos 2021

terbaik meneruskan kelangsungan perniagaan. Selain usahawan (founder) untuk memiliki kotak pembungkusan
daripada mendapatkan motivasi dan ilmu pengetahuan produk yang cantik dan berkualiti dengan MOQ serendah
tentang perniagaan daripada pakar industri, syarikat 50 pcs sahaja. Tagline MOQ 50 pcs telah menjadi trending
ini sentiasa berhubung dengan Pegawai MARA Daerah dan rata-rata founder syarikat akan mendapatkan
untuk mendapatkan khidmat nasihat perniagaan. Syarikat perkhidmatan mereka bentuk dan mencetak kotak/
turut membuat kajian pasaran ke atas tren permintaan botol produk daripada syarikat ini kerana hasil yang
pelanggan. Justeru, syarikat telah membuat permohonan diberikan setanding dengan reka bentuk produk bertaraf
kemudahan pembiayaan di bawah Skim Pembangunan antarabangsa.
Usahawan Teknikal (PUTEK) berjumlah RM80,000 untuk
pembelian mesin cetak pelbagai permukaan (multiple Sumber berita oleh : Muhammad Nur Taufiq Bin Abdul Wahab
surface) bagi meningkatkan kualiti dan kepelbagaian reka Pejabat MARA Daerah Batang Padang
bentuk percetakan di atas kotak pembungkusan produk
yang dihasilkan. Bagi membantu syarikat untuk membuat
promosi secara agresif untuk perkhidmatan yang
ditwarkan, MARA Perak telah meluluskan bantuan geran
Business Advancement and System Enhancement (BASE)
di bawah pemasaran iaitu Digital Marketing di Facebook
berjumlah RM20,000.00.

Hasilnya, syarikat berjaya mencatatkan jualan pada
tahun 2020 sebanyak RM580,000 iaitu jumlah yang
lebih tinggi berbanding 2019 walaupun diuji dengan
Pandemik Covid-19. Setakat ini syarikat mempunyai
sembilan (9) orang kakitangan termasuk pemilik dan juga
mempunyai 10 buah mesin bagi menyokong operasi
perniagaan syarikat. Syarikat turut merancang untuk
menaiktaraf mesin sedia ada bagi menyokong visi syarikat
untuk menjadi peneraju utama di Malaysia khususnya
dalam bidang mereka bentuk dan percetakan kotak
pembungkusan produk. Syarikat tidak pernah berhenti
untuk sentiasa membantu merealisasikan impian setiap

Ogos 2021 Buletin eKeusahawanan MARA 25

PROGRAM SOCIAL ENTERPRISE

LATIHAN PEMBANGUNAN USAHAWAN MASYARAKAT LUAR BANDAR

Pusat Komuniti Desa (PKD) merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk
membantu meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan masyarakat luar bandar melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan
dan keusahawanan yang dilaksanakan. Selaras dengan motto PKD iaitu Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan, peranan
dan fungsi PKD adalah menjadi Pusat Latihan Komuniti, Pusat Aktiviti Wanita, Pusat Perkhidmatan Setempat, Pusat
Kesukarelawan, dan Pusat Pengumpulan Produk Usahawan.

Pada Tahun 2021 MARA Negeri Perak telah diperuntukkan sejumlah RM143,000.00 bagi melaksanakan Latihan
Pembangunan Keusahawanan kepada komuniti luar bandar melalui 13 Pusat Komuniti Desa. Sepanjang Ogos 2021,
persiapan rapi telah dilaksanakan bagi memastikan Latihan Pembangunan Keusahawanan ini mencapai objektif yang
disasarkan. Beberapa siri perbincangan secara dalam talian telah diselaraskan melibatkan penyertaan Pegawai MARA
Daerah (PMD) dan PKD yang berkaitan. Pelaksanaan program ini telah bermula pada bulan Ogos dan diteruskan
sepanjang September dan Oktober 2021 sepertimana jadual berikut:

Bil Tajuk Kursus Tarikh Bil. Peserta Pelaksana
28 - 29 Ogos 2021 10 PKD Bagan Tiang
1 Kursus Pembungkusan Dan Perlabelan
Produk 16 - 17 Sept 2021 25 PKD Batu 3

2 Program Latihan / Bengkel Atas Talian : 18 -19 Sept 2021 20 PKD Changkat Banjar
Bakeri & Pastri Serta Marketing Pemasaran 21 Sept 2021 15 PKD Perlop 3
Secara 20 PKD Sg Siputeh
21 - 22 Sept 2021 15 PKD Perlop 3
3 Pemasaran Digital Atas Talian 22 Sept 2021 20 PKD Pasir Salak
15 PKD Jelintoh
4 Kursus Asas Fotografi Dan Rekabentuk 24 - 25 Sept 2021
27 Sept 2021 30 PKD Setia
5 Pemasaran Dan Pembayaran Digital 15 PKD Jelintoh
27 Sept 2021 15 PKD Felcra Lekir
6 Video Marketing 28 Sept 2021
15 PKD Felcra Lekir
7 Networking Skills Online Okt 2021 15 PKD Sg Tiram Lekir

8 Kursus Perekodan Urusniaga Dan Teknik Live Okt 2021 10 PKD Sg Tiram Lekir
Marketing Okt 2021
15 PKD Felcra Nasaruddin Belia
9 Rekabentuk Grafik Dan Pemerkasaan Digital Okt 2021
30 PKD Seri Gala
10 Kursus Visual Grafik Berimpak Tinggi Okt 2021
30 PKD Sg. Hj Muhammad
11 Kursus Pemasaran FB (Jana Pendapatan Okt 2021
Melalui Facebook)
Okt 2021
12 Kursus Pembungkusan Dan Perlabelan

13 Kursus Pemasaran Melalui Tik Tok (Boomkan
Perniagaan Anda)

14 Kursus Pencetakan T-Shirt Secara Zoom Dan
Coaching 6 Bulan Selepas PKP

15 Digital Marketing Dan Motivasi Serta
Pengurusan Stress

16 Kursus Quick Win Kemahiran Dan
Pengurusan Wang

17 Kursus Pemasaran Usahawan Digital
Marketing Shopee

26 Buletin eKeusahawanan MARA Ogos 2021

Melalui pelaksanaan program di atas, diharapkan ia dapat membentuk sikap, budaya dan minda keusahawanan di kalangan komuniti
desa dan seterusnya berupaya menjana pendapatan melalui aktiviti keusahawanan yang diceburi.

Sumber berita oleh: Noor Mazni binti Ismail
PUSMA Perak

PROGRAM SOCIAL ENTERPRISE

PENJANA E-COMMERCE LONJAKAN DIGITAL PEMANGKIN KELESTARIAN
PERNIAGAAN PKS

Program PENJANA E-Commerce di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi
(PENJANA) adalah satu inisiatif Kerajaan bertujuan untuk membantu
usahawan sedia ada dan bakal usahawan mempelajari ilmu
pemasaran secara digital / dalam talian untuk memacu pemulihan
ekonomi negara mendepani pasca Covid-19 dengan mendorong/
menggalakkan rakyat untuk berbelanja secara dalam talian.

Justeru, usahawan bimbingan MARA telah diberi latihan dan
pendedahan yang bersesuaian bagi menyediakan mereka untuk
beralih daripada kaedah pemasaran secara konvensional kepada
kaedah pemasaran secara digital / dalam talian. Melalui program ini,
usahawan dapat bersama merebut peluang menikmati limpahan
manfaat daripada ekonomi digital yang bakal dijana melalui
perubahan tingkah laku pengguna yang telah beralih kepada kaedah
pembelian secara dalam talian. Ini merupakan satu norma baharu
dalam meneruskan kelangsungan perniagaan mereka serta berupaya
meningkatkan kecekapan mereka untuk menguruskan platform
jualan secara dalam talian.

Menyahut kempen yang dilaksanakan oleh Kerajaan, MARA Negeri
Perak telah menganjurkan tiga (3) program PENJANA E-Commerce
melalui peruntukan yang disalurkan oleh Bahagian Pembangunan
Usahawan MARA iaitu:

Ogos 2021 Buletin eKeusahawanan MARA 27

1) Nama Kursus : Digital Branding
Perunding : Sifoo International Sdn. Bhd.
Tarikh : 23 Hingga 25 Ogos 2021
Medium : Dalam talian
Bilangan Peserta : 25 Orang

2) Nama Kursus : MARA Digipreneur Development Program

Perunding : Seventeen Networks Sdn. Bhd.

Tarikh : 26 Ogos 2021

Medium : Dalam talian

Bilangan Peserta : 25 Orang

3) Nama Kursus : Facebook Marketing Underground

Perunding : Master Retail Entrepreneur

Tarikh : 30 Hingga 31 Ogos 2021

Medium : Dalam talian

Bilangan Peserta : 40 Orang

Melalui inisiatif e-dagang PENJANA dan program-program lain yang sedang berjalan, MARA Perak berharap ia dapat
memberi lonjakan kepada peningkatan penggunaan e-dagang di kalangan usahawan dan pengguna. MARA akan
melaksanakan usaha secara berterusan bagi mendorong komuniti usahawan melakukan lonjakan digital untuk berdepan
Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan seterusnya mencapai hasrat kemakmuran bersama.

Sumber berita oleh : Noor Mazni binti Ismail
PUSMA Perak

28 Buletin eKeusahawanan MARA Ogos 2021

CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR):

EVOLUSI PEMBANGUNAN
MASYARAKAT KEPADA

STRATEGI PERNIAGAAN DAN
PENJENAMAAN

Pelaksanaan program Corporate Social Responsibilty (CSR) telah dijalankan saban tahun bertujuan untuk membantu
mereka yang memerlukan terutama pelajar-pelajar dalam kalangan kategori B40 dengan kerjasama Yayasan Pelajaran
MARA (YPM) dan Rural Capital Berhad (RCB). Dalam situasi negara yang berhadapan dengan krisis Pandemik Covid-19 ini,
MARA Perak telah menggiatkan lagi usaha dengan melaksanakan Program CSR melalui kerjasama usahawan-usahawan
berjaya Negeri Perak.

Konsep CSR bermula pada 1950-an bertujuan melaksanakan tanggungjawab melalui perniagaan terhadap masyarakat
yang telah melalui pelbagai evolusi. Kini, CSR bukanlah sekadar satu aktiviti sukarela untuk pembangunan masyarakat,
tetapi ia telah dijadikan sebagai satu strategi dalam perniagaan. Amalan tanggungjawab sosial korporat dilihat sebagai
satu nilai tambah yang penting untuk menjadikan sebuah perniagaan itu mempunyai daya saing dan menjadi aspirasi
pembangunan mampan serta berupaya membina jenama yang lebih dikenali.

Berdasarkan aspirasi ini, empat (4) syarikat usahawan berjaya telah bersetuju menjalinkan kerjasama bersama MARA
Perak untuk membantu masyarakat yang terjejas iaitu Syarikat Minyak Afiat Sdn. Bhd., Syarikat Ameen Sdn. Bhd., Suffy
Diary Sdn. Bhd. dan QAP Optometris Sdn. Bhd. Mereka telah menyertai Program Anak Angkat YPM yang mana melalui
program ini mereka akan menaja pengajian pelajar yang diberikan status Anak Angkat syarikat untuk satu tempoh
yang dipersetujui. Melalui usaha ini diharapkan pelajar yang terpilih akan terjaga dari aspek pembangunan pelajar dan
pendidikan seterusnya berupaya merubah nasib keluarga apabila telah berjaya satu hari nanti.

Ogos 2021 Buletin eKeusahawanan MARA 29

MARA Perak berharap agar lebih ramai usahawan yang
bersedia untuk menyumbang semula kepada masyarakat
melalui Program CSR yang dilaksanakan. Sudah tiba
masanya untuk usahawan yang bernaung di bawah MARA
terlibat secara bersama membangunkan masyarakat
terutama untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi
masyarakat Bumiputera.

Sumber berita oleh : Hasniza binti Hassan
Pegawai Latihan dan Kerjaya
Pejabat MARA Negeri Perak

30 Buletin eKeusahawanan MARA Ogos 2021

PROGRAM SMART KONTRAKTOR:

Meningkatkan Keupayaan
Kontraktor Bumiputera
melalui e-Perolehan

Sistem e-Perolehan adalah sistem perolehan de facto Kerajaan Persekutuan dan menjadi pendorong kepada
perkembangan e-commerce serta telah melonjakkan Malaysia ke era ekonomi digital dan sebagai peneraju sistem
perolehan Kerajaan elektronik. Sistem e-Perolehan telah dilancarkan pada September 1999 sebagai salah satu Aplikasi
Perdana Kerajaan Elektronik dibawah inisiatif MSC Malaysia selaras dengan keperluan bagi mewujudkan satu sistem
perolehan Kerajaan yang lebih telus, saksama dan berintegriti. Ini adalah selari dengan perkembangan teknologi
maklumat dan kepesatan K-based economy negara. Sistem ini telah beroperasi lebih daripada 15 tahun dan telah berjaya
mentransformasikan perolehan Kerajaan Persekutuan daripada proses secara manual kepada sistem yang lebih mesra
pengguna, cepat dan telus. Pada masa kini, Sistem e-Perolehan memiliki lebih daripada 170,000 pengguna dan ini telah
menjadikannya komuniti e-commerce yang terbesar di Asia Tenggara.

Mengambilkira kepentingan dan keperluan kontraktor Bumiputera untuk terlibat secara aktif dalam sistem
e-Perolehan Kerajaan, MARA Perak telah menganjurkan kursus S.M.A.R.T Contractor : Informasi Sistem e-Perolehan dan
e-Data Pelanggan dengan jayanya selama dua (2) hari secara dalam talian bermula 5 Ogos 2021 sehingga 6 Ogos 2021.
Program ini telah melibatkan 20 orang peserta terdiri daripada usahawan kontraktor Bumiputera. Peserta kursus ini telah
diberi pendedahan berkaitan Modul Perolehan Elektronik Kementerian Kewangan Malaysia (e-Perolehan) yang meliputi
bimbingan secara hands-on demonstrasi penggunaan sistem termasuk pengenalan pengurusan pembekal, pendaftaran
akaun asas, mengemaskini profil, pengurusan katalog, tatacara perolehan secara pembelian terus, carian katalog
pelawaan Sebut Harga dan Tender oleh Pakar yang berpengalaman dalam penggunaan sistem e-Perolehan.

Ogos 2021 Buletin eKeusahawanan MARA 31

Selari dengan norma baharu, penggunaan pendigitalan secara menyeluruh telah digunapakai oleh kebanyakan
agensi kerajaan dan swasta termasuk MARA. Melalui kursus ini, peserta turut didedahkan dengan pendaftaran dan
penggunaan portal Sennego dan aplikasi CRM (e-Data Pelangan). Selaras dengan arus pemodenan The Fourth Industrial
Revolution (IR 4.0) di Malaysia, amat penting untuk para usahawan membuat transformasi dari kaedah pengurusan data
pelanggan secara manual kepada pendigitalan melalui aplikasi e-Data Pelanggan kerana ini dapat membantu meluaskan
pasaran syarikat melalui platform dalam talian.

Melalui inisiatif ini, MARA Perak berharap kontraktor Bumiputera dapat memantap dan mengukuhkan
kedudukan perniagaan mereka melalui penglibatan aktif dalam sistem e-Perolehan dan seterusnya berupaya
meningkatkan produktiviti dan menjana pendapatan yang lestari untuk perniagaan mereka. Justeru itu, kontraktor
Bumiputera harus bersedia untuk melakukan perubahan ke arah pendigitalan bagi meningkatkan kecekapan
pengurusan syarikat, mengoptimumkan produktiviti serta terlibat secara langsung dalam k-based economy negara
termasuk merebut peluang yang ditawarkan dalam sistem perolehan Kerajaan.

Liputan berita oleh : Mohd Fadli bin Mohd Razali
Pejabat MARA Negeri Perak

32 Buletin eKeusahawanan MARA Ogos 2021

PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN SPA :

Masterclass SPA & Wellnes
2.0 : SPA Operation Software
(FRESHA)

1 Julai 2021 dengan melibatkan peserta seramai 25 orang
pengusaha SPA. Melalui program ini, pengusaha telah didedahkan
dengan kaedah pengurusan data pelanggan yang lebih teratur
dan kaedah pemasaran yang lebih kemas, selari dengan
keperluan pemasaran dalam situasi semasa.

SPA Operation Software (FRESHA) pula merupakan modul kedua
yang juga telah dijalankan pada 20 Ogos 2021 sehingga 22
Ogos 2021 dengan peserta seramai 25 orang pengusaha.
Peserta telah diberi latihan secara terus untuk mendaftar dan
menggunakan aplikasi khas yang digunapakai oleh industri SPA
di peringkat antarabangsa iaitu melalui aplikasi FRESHA. Sistem
ini menawarkan modul pengurusan perniagaan SPA yang efektif
dan efisyen meliputi pengurusan tempahan dan pelanggan,
pengurusan stok, pengurusan kewangan dan pekerja serta
berupaya menjana laporan-laporan yang diperlukan.

Industri SPA adalah antara salah satu industri yang paling terkesan Melalui dua (2) modul yang dilaksanakan, ia dapat meletakkan
dalam tempoh Pandemik Covid-19. Sehingga kini industri ini usahawan SPA Bumiputera lebih maju dan setanding dengan SPA
masih tidak boleh beroperasi dan ini menjejaskan pendapatan berjenama terkenal dipasaran. Selain daripada itu, pengusaha
pengusaha SPA. Menyedari situasi ini, MARA Perak mengambil juga akan lebih bersedia untuk melaksanakan operasi perniagaan
inisiatif menganjurkan kursus khas untuk memantapkan yang lebih sistematik pada masa akan datang. Kedua-dua modul
pengusaha di dalam industri SPA supaya lebih bersedia untuk ini dikendalikan sepenuhnya secara atas talian oleh Puan Noliza
menjalankan perniagaan sebaik sahaja dibenarkan beroperasi binti Othman yang merupakan PAKAR Industri SPA daripada
semula. Selari dengan Pelan Strategik Sektor Keusahawanan Syarikat TES Consultancy Sdn Bhd.
MARA dalam memastikan kelangsungan usahawan sedia ada
untuk terus kekal di dalam perniagaan, MARA Perak telah Liputan berita oleh: Mohd Fadli bin Mohd Razali
menganjurkan dua (2) kursus khas untuk pengusaha di dalam Pejabat MARA Negeri Perak
industri ini melalui program Masterclass SPA & Wellness 2.0 ini iaitu
SPA SMART Database & Marketing Strategies dan SPA Operation
Software (FRESHA).
SPA SMART Database & Marketing Strategies adalah merupakan
modul pertama yang telah dijalankan pada 28 Jun 2021 sehingga

Ogos 2021 Buletin eKeusahawanan MARA 33

Bas ekspress MARA Liner Sdn Bhd telah diubahsuai menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak bagi mempercepatkan proses vaksinasi di Negeri Johor

Johor Lantik MARALiner
Sebagai PPV Bergerak

Johor, 11 Ogos- Kerajaan Negeri Johor menerusi program Program vaksinasi komuniti untuk dos pertama ini telah
Prihatin Johor telah melantik MARA Liner Sdn Bhd (MLSB) bermula pada bulan Ogos 2021 dan dijangka berakhir
sebagai operator bagi melaksanakan Program Pemberian pada September 2021. Antara lokasi pemberian vaksin
Vaksin Bergerak di beberapa kawasan sekitar Negeri Johor. di bawah Program Prihatin Johor adalah seperti PPR Sri
Tulang, Taman Ungku Tun Aminah, Felda Kahang Barat,
Bas ekspress MARA Liner Sdn Bhd telah diubahsuai Kempas dan Pasir Gudang.
menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak bagi
mempercepatkan proses vaksinasi di Negeri Johor Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan
MLSB yang merupakan subsidiari kepada Majlis Amanah MARA komited memastikan komuniti luar bandar
Rakyat (MARA), bekerjasama dengan kerajaan pusat dan mendapat akses kepada vaksin Covid- 19. Pogram
negeri menjayakan Program Vaksinasi Kebangsaan bagi sedemikian dan kerjasama agensi kerajaan, Malaysia
mencegah penularan wabak Covid-19. PPV Bergerak mampu mencapai imuniti kelompok sebagaimana yang
MARALiner ini merangkumi kaunter pendaftaran, dirancang.
konsultasi dan pemerhatian serta kaunter pemberian
vaksin. Sumber Berita: eWARTA

34 Buletin eKeusahawanan MARA Ogos 2021

BEST : MARA Tawar Usahawan
Penuhi Standard Produk

syarikat dengan memenuhi syarat-syarat dalam
mendapatkan sijil pengiktirafan daripada pihak
berautoriti. Seterusnya, program ini dilaksanakan
bagi memastikan produk mempunyai kualiti
standard yang diiktiraf melalui penjenamaan,
pembungkusan dan lain-lain.”

Kuala Lumpur, 24 Ogos 2021 – Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah Program ini mensasarkan usahawan yang memiliki
memperkenalkan satu lagi program bagi meningkatkan kualiti perniagaan yang berpotensi untuk berkembang
dan standardisasi produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan serta boleh memberikan komitmen sepenuhnya
oleh usahawan Bumiputera melalui pensijilan dan pengiktirafan terhadap syarat-syarat bagi pensijilan perkhidmatan
daripada pihak berautoriti yang berkaitan. Program Business yang berkaitan. Usahawan yang berhasrat untuk
Enrichment, Standardization and Transformation (BEST) yang telah memiliki pensijilan atau pengiktirafan daripada pihak
diperkenalkan pada awal Januari tahun ini, merupakan satu Agensi Kerajaan atau industri yang memberi impak
platform khusus kepada usahawan yang ingin meningkatkan tinggi kepada usahawan/syarikat akan diberi pilihan
standardisasi dan produktiviti produk serta syarikat seterusnya untuk mendapatkan kemudahan yang disediakan
menembusi pasaran yang lebih luas di peringkat tempatan merangkumi Program Latihan Pensijilan, Progam
mahupun antarabangsa. Khidmat Pemudah Cara Pensijilan dan Program
Business Coaching Pensijilan.
Menurut kata, Encik Yahaya bin Sani, Pengarah Bahagian
Pembangunan Usahawan (BPU), “Kita memerlukan lebih ramai Encik Yahaya turut menjelaskan,“Untuk tempoh Pandemik
usahawan Bumiputera yang telah mencapai standardisasi Covid-19, MARA menawarkan insentif dimana usahawan hanya
produk dan perkhidmatan bagi meningkatkan daya saing dan perlu membiayai 5% daripada keseluruhan kos pensijilan atau
pertumbuhan ekonomi usahawan untuk ke peringkat seterusnya. pengiktirafan, manakala baki 95% akan dibiayai sepenuhnya
Ia juga bagi meningkatkan nilai tambah kepada produk dan oleh MARA. Kita juga membenarkan perniagaan yang beroperasi
kurang daripada enam (6) bulan untuk memohon kemudahan
ini. Akhirkata, beliau menyeru kepada para usahawan di luar
sana untuk merebut peluang bagi meningkatkan kualiti produk
dan perkhidmatan agar boleh bersaing di pasaran domestik dan
antarabangsa. Sehingga Julai 2021, MARA telah melaksanakan
235 program merangkumi Latihan Pensijilan dan lebih 800
permohonan untuk program ini telah diterima oleh MARA yang
mana sebahagian daripadanya telah diluluskan,”

Sumber berita : eWARTA

Ogos 2021 Buletin eKeusahawanan MARA 35

Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA

Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA
50609 Jalan MARA, Kuala Lumpur.

Tel: 03 2613 2401
Faks: 03 2691 0075

Email: [email protected]

Copyright ©️ MARA 2021. All rights reserved


Click to View FlipBook Version