@ MARA DIGITAL Januari / 2023
Sidang Editor E-Buletin Keusahawanan berhak meminda, mengubah dan menggarap manuskrip yang dihantar agar bersesuaian dengan garis panduan yang ditetapkan dan tidak mengubah isi asalnya. Semua manuskrip yang diterima sama ada disiarkan ataupun tidak disiarkan tidak akan dikembalikan. Manuskrip ini juga boleh digunapakai oleh pihak yang diberi kebenaran untuk masa-masa akan datang. Kami mengalu-alukan sebarang cadangan atau komentar, surat menyurat, rencana dan ulasan ke meja Sidang Editor atau emel ke [email protected] Sebarang pertanyaan hendaklah dialamatkan kepada: Pengarah Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur. Tel: 03 2613 2401 Faks: 03 2691 0075 Email: [email protected] Copyright@MARA 2021. All rights reserved PENAUNG YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA PENERBIT Jamizan bin Baki Timbalan Pengarah II KREATIF Amirul Asyraf bin Abdul Razak Penolong Pengarah TEKNIKAL & HEBAHAN Hanif Fahmi bin Arshad Pen. Pegawai Teknologi Maklumat (K) Unit IT & Solusi PENERBIT EKSEKUTIF Nor Zaini binti Abu Kassim Pengarah Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA EDITOR Anita binti Kudin Ketua Penolong Pengarah JURUFOTO Produksi Kreatif SIDANG EDITOR Penerbit : Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA @ MARA DIGITAL Januari / 2023
TODAK ACADEMY SDN. BHD. Kini di MARA DIGITAL @ Menara MARA Program Business Growth Bantu Usahawan Kembang Perniagaan Gopeng Glamping Park Terima Pensijilan MS 2910:2015 MUSLIM FRIENDLY HOSPITALITY SERVICES Kunjungan Hormat Delegasi Batam, Indonesia ke Majlis Amanah Rakyat (MARA) Kunjungan Hormat MARA ke Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Delhi MARA – Batam International Exhibition 2023 (MBEX) BUBBLES 02 Sdn. Bhd. Temui Sumber Air Semula Jadi Yang Boleh Dipasarkan MARA Tawar Lokasi Strategik Dan Sewa Berpatutan- LAURA COFFEE ACCELERATOR PROGRAMME FOR CONSTRUCTION ENTREPRENEURS (ACE) PROGRAM XPRENEUR Trend Pemasaran Digital Tingkatkan Upaya Perniagaan Kursus Keusahawanan MARA Negeri Perlis Sesi 2023 Restoran (PROPER) Program Pembangunan Usahawan “Mengoptimumkan Kecekapan Pengurusan, Pemantauan & Penguatkuasaan Usahawan”
TODAK ACADEMY SDN BHD Kini di MARA DIGITAL @ MENARA MARA T odak Academy Sdn. Bhd. yang beroperasi di Tamarind Square, Cyberjaya kini telah membuka cawangan ke-2 di MARA Digital, Menara MARA, Kuala Lumpur. Pelancaran Todak Academy City Center (TACC) telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA, pada 30 Januari 2023. Turut hadir, YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Encik Mohamad Taufik Rizal bin Aminuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Todak Academy Sdn Bhd, barisan pengurusan MARA dan subsidiari serta kakitangan TACC. Todak merupakan pembekal produk hiburan interaktif inovatif yang dipasarkan di bawah Todak Studios (pembangunan permainan), Todak Cultures (merchandising), Todak Fusion (pengurusan acara), Todak Gaming (komuniti permainan Todak Academy (pusat pembelajaran). Todak Academy telah ditubuhkan pada tahun 2020 dengan menawarkan pelbagai kursus sijil professional antaranya seperti Esports dan Game Development. Program yang disediakan telah disusun secara strategik berdasarkan permintaan industri yang semakin pesat bagi memenuhi keperluan profesional seperti eSukan, Pembangunan Permainan Video, Animasi 3D dan Pemasaran Digital. Kumpulan Todak teruja untuk mengembangkan perniagaan dalam bidang pendidikan, dengan harapan untuk menjadi akademi terbaik di Malaysia. Todak Academy turut menawarkan program Diploma Profesional Pembangunan Permainan Video dan Animasi 3D yang diiktiraf oleh UTMSpace. Todak Academy berhasrat untuk menjadi satu-satunya akademi latihan yang menawarkan Profesional Diploma Pembangunan Permainan Video dan 3D Animasi yang kebiasaannya hanya ditawarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta sahaja. Sumber berita & gambar : Bahagian Komunikasi Korporat dan Todak Academy Sdn Bhd 4 e-Buletin Keusahawanan
Edisi Januari 2023 5
KUALA LUMPUR : 6 Januari 2023 – YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA telah mengadakan walkabout ke Program Business Growth-The World of Capital pada 5 Januari 2023 di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur. Program khas membantu usahawan untuk mengembangkan perniagaan dalam tempoh satu hingga lima tahun dan mengenal pasti hala tuju dalam perniagaan Seramai 60 orang peserta dalam kalangan usahawan bimbingan MARA telah menghadiri program tersebut bagi mempelajari cara untuk menarik pelabur yang boleh memberikan pulangan balik kepada perniagaan. “ PROGRAM BUSINESS GROWTH BANTU USAHAWAN KEMBANG PERNIAGAAN “ 6 e-Buletin Keusahawanan
Melalui program ini, MARA berharap agar usahawan di bawah bimbingannya dapat mempelajari konsep Initial Public Offering (IPO) bersama pakar industri yang berpengalaman serta dapat meningkatkan penyertaan bilangan bumiputera dalam pasaran modal. Turut hadir Encik Yahaya bin Sani, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA dan Encik A Razu bin Abdul Razak, Pengarah Bahagian Pembiayaan Perniagaan MARA. BUSINESS GROWTH The World of Capital Edisi Januari 2023 7
8 e-Buletin Keusahawanan
GOPENG : 6 Januari 2022 - Hasrat usahawan muda, Encik Mohd Nor Arif bin Mohd Azmi untuk mendapatkan pensijilan MS 2610:2015 Muslim Friendly Hospitality Services For Accommodation (Glamour Camping Tents), Recreational and Food and Beverages Adventure Activities menjadi realiti apabila pusat perkhemahan yang dibuka itu telah menerima sijil pengiktirafan. Tahniah! Gopeng Glamping Park terletak di Gopeng, Perak ini merupakan camping site ketiga di dunia dalam kategori Glamour Camping Tents yang telah mendapat pensijilan. Sekaligus meletakkan pusat perkhemahan ini sebagai camping site yang mempunyai kelasnya tersendiri dan sudah pasti akan memberikan nilai tambah kepada syarikat ini untuk terus berkembang. Syarikat telah mengambil inisiatif melalui kemudahan geran yang disediakan oleh MARA bagi Program Pensijilan Usahawan - Business Enrichment, Standardization and Transformation (BEST). Ini telah membantu usaha syarikat untuk mendapatkan pensijilan tersebut. YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, telah meluangkan masa ke Gopeng Glamping Park bagi menyampaikan sendiri sijil penghargaan daripada MARA di atas GOPENG GLAMPING PARK TERIMA PENSIJILAN MS 2910:2015 MUSLIM FRIENDLY HOSPITALITY SERVICES kejayaan syarikat menerima pengiktirafan tersebut. Turut mengiringi beliau, Puan Lailatul Asmah binti Mohd Tahir, Pengarah MARA Negeri Perak, Encik Mohd Norhisyam bin Mahayudin, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) MARA serta pegawai-pegawai MARA Negeri Perak. Edisi Januari 2023 9
10 e-Buletin Keusahawanan
Sumber berita dan gambar : Pejabat MARA Negeri Perak dan Gopeng Glamping Park Edisi Januari 2023 11
KUALA LUMPUR : 10 Januari 2023 - Kunjungan hormat wakil pemerintah Batam, Indonesia iaitu Bapak Ardi Winata, Kepala Dinas Pariwisata & Kebudayaan bersama Ibu Maryani Adam, Pengarah Urusan PT Mutiara Paramitha Wisata dan Ibu Shary, Pengarah PT. Sehat, Cantik Djelita ke Ibu pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA) Kuala Lumpur telah membentuk jalinan kerjasama dua negara. Delegasi telah disambut baik oleh YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA dan Encik Yahaya bin Sani, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) MARA. Kerjasama dua hala ini diadakan bertujuan untuk membawa produk- produk makanan & minuman, kosmetik dan kesihatan ke Batam, Indonesia kerana Kota Batam merupakan pulau bebas cukai yang sentiasa menjadi tumpuan pengunjung luar negara. Hasil perbincangan tersebut MARA telah mencapai kata sepakat untuk mengadakan program MARA - Batam International Exhibition 2023. Program berkonsepkan pameran dan jualan bertempat di Batam Mega Mall, Batam Indonesia pada 26 hingga 29 Januari 2023. Penyertaan pempamer adalah sebanyak 50 usahawan terdiri daripada syarikat Bumiputera Malaysia. YBhg. Dato’ Zulfikri amat berharap agar usahawanusahawan Malaysia dapat membuat penyelidikan pasaran dalam memahami kehendak dan keperluan masyarakat Batam melalui produk mereka serta membuat jalinan kerjasama perniagaan bersama pemerintah Batam bagi membantu usahawanusahawan Malaysia dalam pensijilan Badan Pengawas Obat Dan Makanan untuk produk- produk Malaysia mengeksport produk ke Batam. Secara dasarnya, pertemuan ini telah membuka ruang dan peluang kepada usahawan Malaysia untuk meluaskan pasaran dan mewujudkan kerjasama erat dengan pemerintah Batam serta usahawan BATAM sendiri. Kunjungan Hormat DELEGASI BATAM, INDONESIA Ke Majlis Amanah Rakyat (MARA) 12 e-Buletin Keusahawanan
Edisi Januari 2023 13
KUALA LUMPUR : 26 Januari 2023 - Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman mengadakan kunjungan hormat ke atas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India pada 20 Januari 2023. Delegasi MARA disambut oleh Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Encik Amizal Fadzli bin Rajali. Dalam pertemuan ringkas tersebut, Dato’ Zulfikri turut berkongsi maklumat program-program keusahawanan yang dilaksanakan MARA, di samping meneroka peluang pasaran dan rangkaian perniagaan di negara tersebut terutama di bawah program khas Gate To Global (GTG). Pihak Pesuruhjaya menyambut baik usaha yang dilaksanakan MARA dalam membantu usahawan memasarkan produk ke India yang merupakan negara kedua terpadat di dunia. Usaha tersebut selaras dengan misi yang sedang dilaksana Pejabat Kedutaan itu. Turut serta dalam pertemuan ini, Encik Ahmad Zaidi Mohd bin Ilias, First Secretary (Economic Affairs) , Puan Nuramira Akmal binti Mustapa, Counsellor (Political) dan Puan Yuhaniz binti Mohamad Padil, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA. Kunjungan Hormat MARA KE PEJABAT PESURUHJAYA TINGGI MALAYSIA DI NEW DELHI 14 e-Buletin Keusahawanan
Edisi Januari 2023 15
BATAM, INDONESIA : 26 Januari 2023 – Majlis Amanah Rakyat (MARA) yakin pertumbuhan nilai eksport produk dan perkhidmatan syarikat Bumiputera ke pasaran Batam berpotensi berkembang luas pada masa akan datang. Masjid Agung Batam MARA – Batam International Exhibition 2023 (MBEX) Capaian Produk Bumiputera Diperluas Ke Pasaran Batam 16 e-Buletin Keusahawanan
Hasil kerjasama dan kesepakatan antara MARA dan Batam, satu program telah diadakan bagi memenuhi hasrat dua negara iaitu MARA – Batam International Exhibition 2023 (MBEX) yang telah diadakan pada 26 hingga 29 Januari 2023 selama empat (4) hari bertempat di Batam Mega Mall, Batam, Indonesia. MARA menerusi MBEX23 memberi fokus dalam membantu usahawan Gate To Global (GTG) bagi meluaskan pasaran ke kepulauan tersebut yang merupakan pulau bebas cukai dan menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. MARA juga melihat Kepulauan Batam, merupakan pintu masuk untuk pasaran halal seluruh Indonesia kerana mempunyai penduduk muslim berjumlah 237 juta orang disamping lokasi pulau berdekatan dengan Malaysia bagi memudahkan para usahawan MARA mengembangkan perniagaan dan uruniaga mereka kelak. Edisi Januari 2023 17
Pameran itu menyaksikan 50 usahawan dari Malaysia yang berpotensi dan mempunyai kapasiti eksport dalam kluster makanan & minuman, kluster kecantikan & kesihatan, kluster gaya hidup bagi menerokai pasaran baru di Kepulauan Batam khususnya dan seluruh Indonesia amnya. Usahawan-usahawan yang telibat telah pun mendapat persijilan daripada Badan Pengawasan Obat dan Makanan (BPOM) dan trademark Indonesia untuk mengeksport produk di kepulauan tersebut. Untuk tujuan tersebut MARA telah pun mengadakan kerjasama dengan PT Sehat Cantik Djelita serta Pejabat Walikota Batam pada 27 Januari 2023 bagi membantu para usahawan MARA mendapatkan pensijilan BPOM dan trademark Indonesia. 18 e-Buletin Keusahawanan
Inisiatif dua negara ini telah membuka peluang kepada usahawan tempatan maupun Indonesia untuk saling bekerjasama memasarkan produk masing-masing ke Malaysia dan Indonesia. Majlis perasmian pembukaan MBEX23 telah disempurnakan oleh Bapak H.Mohamad Rudi S.E.M.M, Wali Kota, Batam bersama YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA. Turut hadir, Wakil Gabenor Kepulauan Riau, Ibu Hj. Marlin Agustina Rudi, Encik Yahaya bin Sani, Pengarah, Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) MARA, Encik Wan Alwi bin Wan Bujang, Timbalan Pengarah MARA (Pembangunan) Negeri Johor, Encik Mohammad Radif bin Haji Kosnin, Pengurus Besar Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd, Bapak H. Jefridin. M.Pd, Sekretaris Daerah Kota Batam, Bapak Jadi Rajagukguk, Ketua Kadin Kota Batam, Bapak Drs. Ardiwinata, Kepala Dinas Kebudayaan & Pariwisata Kota Batam serta pegawaipegawai pemerintah Kepulauan Batam. Sumber berita dan gambar : Muhd Zul Faisal bin Mohamed Zain dan Mohd Fairos bin Mohd Aris, Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) Jembatan Raja Haji Fisabililah Barelangw Edisi Januari 2023 19
BUBBLES 02 SDN BHD TEMUI SUMBER AIR SEMULA JADI YANG BOLEH DIPASARKAN RANTAU, NEGERI SEMBILAN : 12 Januari 2023 - Kisah bermula daripada penemuan punca sumber air jernih ketika menggali telaga di Kampung Kanchong bagi mengatasi masalah bekalan air yang dihadapi oleh Yayasan Al-Ammar merupakan pencetus idea bagi penubuhan Syarikat Bubbles O2 Sdn Bhd. Hasil dari penggalian tersebut syarikat telah menemukan sumber air yang mempunyai gelembung buih pada permukaan air. Pengasas Yayasan, Encik Ariffin telah menghantar sampel air ke makmal bagi ujikaji dan mendapati bahawa gelembung buih tersebut, merupakan gelembung oksigen terlarut yang tinggi. Ujian air mineral semulajadi dari telaga juga telah menunjukkan bahawa air yang belum ditapis dan dirawat tersebut, telah memenuhi spesifikasi air mineral semula jadi yang boleh dipasarkan. Air minuman beroksigen semulajadi Bubbles O2 mempunyai kandungan oksigen terlarut yang sangat tinggi mencapai 12.4 mg/L atau tahap ketepuan yang tinggi sehingga 162% juga dapat membantu mempercepatkan penyembuhan luka bagi pesakit diabetis, meningkatkan imunisasi, meningkatkan tahap penyahoksidaan, detoxifikasi, dan menyembuhkan sel dalam badan. 20 e-Buletin Keusahawanan
YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah Keusahawanan (TKPU) MARA, telah mengadakan lawatan kerja ke Syarikat Bubbles O2 Sdn Bhd bagi meninjau sendiri operasi syarikat. Beliau telah dibawa melawat ke kawasan kilang, ruang penyimpanan stok, kawasan penapisan dan rawatan air. Delegasi lawatan turut diberikan taklimat mengenai perniagaan air minuman beroksigen berkenaan. Dalam sesi lawatan tersebut, penyerahan Surat Lantikan Perunding telah diserahkan oleh YBhg. Dato’ Zulfikri bagi mendapatkan persijilan GMP dan HACCP kepada syarikat Bubbles O2. Turut bersama sepanjang sesi lawatan, Encik Zahari bin Aziz, Pengarah Bahagian Infrastruktur Komersil, dan Encik Zahrail Affenday bin Mohamed, Pengarah MARA Negeri Sembilan serta pegawaipegawai daripada Ibu Pejabat MARA dan Pejabat MARA Negeri Sembilan. Edisi Januari 2023 21
KUALA TERENGGANU : 16 Januari 2023 - Lokasi yang strategik dan kadar harga sewa berpatutan di Arked MARA Sri Pantai menjadi asas pemilihan lokasi Laura Coffee untuk mengembangkan perniagaan. Pemilik Laura Coffee, Puan Nurjiddah binti Mohd Fauzi berkata, sejak beroperasi pada 9 Januari 2023, sambutan daripada orang ramai sangat menggalakkan dan hasil jualan juga meningkat. Beliau telah mengikuti beberapa kursus anjuran MARA antaranya kursus Resizing Your Product. Selain daripada itu, Laura Coffee juga telah menerima pembiayaan SPiM iaitu DanaNita bagi mengukuh dan mengembangkan perniagaan. “Saya berterima kasih kepada pihak MARA yang memberi peluang menyewa di premis MARA dan akan menggunakan peluang sebaiknya bagi meningkatkan prestasi perniagaan” ujar Nurjiddah. Laura Coffee mengetengahkan konsep restoran moden terkini yang menawarkan sajian enak dari barat, asia serta aneka pastri yang pasti membuka selera para pelanggan. Kini Laura Coffee mempunyai empat (4) orang pekerja tetap dan dua (2) orang pekerja sambilan bagi melancarkan operasi perniagaan. Majlis perasmian pembukaan Laura Coffee telah disempurnakan oleh Encik Abdul Wahab bin Mustaffa, Pengarah MARA Negeri Terengganu. Sumber berita : Pejabat MARA Negeri Terengganu Pemilik Laura Coffee Puan Nurjiddah binti Mohd Fauzi Perasmian Laura Coffee telah disempurnakan oleh Encik Abdul Wahab bin Mustafa, Pengarah MARA Negeri Terengganu MARA Tawar Lokasi Strategik dan Harga Sewa Premis Berpatutan 22 e-Buletin Keusahawanan
LAURA COFFEE Edisi Januari 2023 23
ACCELERATOR PROGRAMME FOR CONSTRUCTION ENTREPRENEURS (ACE) Kerjasama bersama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Dan MARA KUALA LUMPUR : 27 Januari 2023 - Pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah mengadakan kunjungan hormat ke Bahagian Infrastruktur Komersial (BIK). Kunjungan tersebut diadakan bertujuan mewujudkan usahasama antara MARA dan juga CIDB. Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani sebelum ini adalah sebagai inisiatif bersama dalam meningkatkan keupayaan dan kemampanan kontraktor Bumiputera supaya lebih berdaya saing di dalam industri pembinaan. Pada awal perbincangan tersebut pihak CIDB memperkenalkan PROGRAM ACE iaitu singkatan kepada Accelerator Programme For Construction Entrepreneurs. Program ini merupakan program pembangunan usahawan kontraktor generasi baru hasil daripada inisiatif Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia di bawah Pelan Belanjawan Negara 2022, khusus kepada graduan Bumiputera TVET dan kontraktor belia Bumiputera (gred G1 hingga G4) melalui kursus peningkatan kapasiti dan On the Job Training (OJT). Program ini dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu kontraktor biasa dan juga graduan TVET pembinaan. Bagi kontraktor biasa disasarkan kepada 170 orang kontraktor Bumiputera Gred G1 – G4 yang mempunyai perakuan pendaftaran kontraktor (PPK), sijil perolehan kerja kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB). Program ini dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu kontraktor biasa dan juga graduan TVET pembinaan. Bagi kontraktor biasa disasarkan kepada 170 orang kontraktor Bumiputera Gred G1 – G4 yang mempunyai perakuan pendaftaran kontraktor (PPK), sijil perolehan kerja kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB). Kontraktor Belia Bumiputera warganegara Malaysia berumur 25 hingga 40 tahun. Bagi graduan TVET pembinaan pula syarat penyertaan adalah belia Bumiputera berusia 21 hingga 30 tahun, tidak pernah berdaftar sebagai kontraktor atau dilantik sebagai pemilik atau Ahli Lembaga Pengarah oleh mana-mana syarikat yang berdaftar dengan CIDB. 24 e-Buletin Keusahawanan
Tempoh pelaksanaan program adalah dua bulan setengah dan 2 hingga 3 bulan On Job Training (OJT). Manfaat daripada program ini peserta didedahkan dengan latihan kondusif, mendapat Projek Carve-Out melalui perolehan kerja melalui cabutan undi (Lantikan Terus/ Sebutharga / Tender) dan juga diberi elaun. Pembangunan usahawan dalam industri pembinaan di MARA telah lama dilaksanakan. Usaha berterusan diadakan bagi memastikan kontraktor dan graduan Bumiputera lebih berdaya saing melalui program latihan komprehensif dan berstruktur MARA untuk meningkatkan kemahiran teknikal dan pengurusan. Sumber berita : Hasneeza Binti Harith Bahagian Infrastruktur Komersial (BIK) Edisi Januari 2023 25
Batu Muda, Kuala Lumpur : 25 Januari 2023 - Seramai 26 orang Felo dan Majlis Eksekutif pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan lawatan ke Kompleks Industri Makanan MARA (KIMAR) bagi melihat sendiri salah satu kemudahan yang Majlis Amanah Rakyat (MARA) sediakan untuk usahawan menjalankan perniagaan. MARA menawarkan ekosistem keusahawanan yang lengkap merangkumi pembangunan usahawan, pembangunan perniagaan dan kemudahan sokongan serta menyediakan fasiliti ruang perniagaan termasuk perkilangan untuk pemprosesan makanan dan minuman. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi berkaitan latihan keusahawanan, mencungkil bakat-bakat keusahawanan yang terpendam dalam kalangan mereka khususnya dalam urusan perniagaan, membimbing dan meneroka dunia perniagaan dengan lebih meluas. Memberi pendedahan kepada mereka mengenai landskap kewangan negara. PROGRAM XPRENEUR: MENJENGAH PELUANG DAN RUANG OLEH Wakil Eksekutif Pembangunan Keusahawanan Kolej Dato’ Onn, Universiti Kebangsaan Malaysia Ke KIMAR 26 e-Buletin Keusahawanan
Sesi taklimat dengan tema Memperkasa Jiwa Usahawan telah disampaikan oleh Tuan Haji Saiffatullah bin Ahmad, Ketua Pusat Usahawan MARA (PUSMA) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebelum lawatan ke kilang, Encik Mohd Hambal bin Mohd Ani dan Encik Wafiy bin Abd Rahman telah memberi perkongsian berkaitan kemudahan sewaan premis kilang dan infrastruktur serta fungsi Pejabat MARA Daerah serta aktiviti yang dilaksanakan seperti kemudahan pembiayaan, latihan dan khidmat nasihat kepada usahawan-usahawan terutama di dalam kawasan Kepong, Batu dan Segambut. Majlis penutup disempurnakan oleh Tuan Syed Saifuddin bin Syed Ahmad, Pengarah MARA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Turut serta dalam program ini ialah Encik Hishamudin bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah MARA Wilayah, Encik Syaiful Bahari bin Sharoni, Pengurus KIM dan KIMAR, Puan Wan Nor Izwani binti Jamaludin, Puan Norayu binti Ahmad Jamal, Pusma MARA Wilayah. Sumber berita: Mohd Hambal bin Mohd Ali Pegawai MARA Daerah (PMD) MARA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Edisi Januari 2023 27
TREND PEMASARAN DIGITAL TINGKATKAN UPAYA PERNIAGAAN Program Pembangunan Usahawan Resort (PURE) Kelestarian dan kemampanan sesuatu perniagaan perlu diberi tumpuan serta fokus yang berterusan dalam menghasilkan jualan yang positif. Alaf pemasaran pada era baru memerlukan setiap pengusaha bertindak lebih agresif mengikut keperluan dan trend terkini kepada pelanggan. Pengaruh kuat daripada dimensi pelanggan melalui pemasaran secara digital kini memainkan peranan besar dan penting dalam membina rangkaian serta menerokai peluang mencipta pasaran yang lebih meluas. Kursus Pemasaran Atas Talian di Live Biz Network kepada usahawan program khas MARA iaitu Program Pembangunan Usahawan Resort (PURE) telah diadakan selama (3) tiga hari mulai 10 hingga 12 Januari 2023 di Bagas Zakariah Orchard Resort, Gopeng, Perak. Kursus ini memberi pendedahan dan tumpuan khusus mengenai pasaran digital serta teknik-teknik dalam mengatur strategi dan elemen menarik kepada pelanggan. Kaedah penyampaian secara praktikal melalui Live BizNetwork disusun dan diatur bagi memahirkan peserta dalam teknik komunikasi secara langsung untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan kepada pelanggan. Selain itu juga, peserta diberi beberapa langganan aplikasi yang berkesan bagi menembusi pasaran pengguna di medium media sosial seperti FB Boom (FB Booster), Waboost (WhatsApp Booster) dan Quiky (Copywriting). Seramai 10 orang pengusaha resort dan hotel di bawah PURE seluruh negara telah menghadiri kursus ini yang dibimbing oleh pemudahcara B Digital Media. Testimoni yang dilaksanakan semasa hands-on kursus telah menghasilkan outcome jualan dan rangkaian baru pelanggan yang tinggi serta memberangsangkan. Kursus ini telah dirasmikan oleh Puan Lailatul Asmah binti Mohd Tahir, Pengarah MARA Negeri Perak dan turut dihadiri pegawai PUSMA Negeri Perak . Sumber berita : Hasnor bin Ahmad Taha, Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) 28 e-Buletin Keusahawanan
Edisi Januari 2023 29
Pejabat MARA Negeri Perlis ingin menjemput tuan/puan untuk menyertai kursus yang akan diadakan sepanjang tahun 2023 dengan pilihan kursus yang menarik dalam pelbagai kluster industri iaitu: 1.Gaya Hidup 2.Automotif 3.Pembinaan 4.Perkhidmatan 5.Makanan dan Minuman Tuan/puan boleh mengisi link di bawah ini untuk memilih kursus yang Ingin disertai https:// forms.gle/bEmHSk2NxSgLLKwQ7 KURSUS KEUSAHAWANAN MARA Negeri Perlis Sesi 2023 30 e-Buletin Keusahawanan
Kursus Pemasaran Bitznetwork Seberang Jaya, Pulau Pinang: 2023 - Seramai 20 usahawan di bawah Program Pembangunan Usahawan Restoran (PROPER) telah menghadiri Kursus Pemasaran BIZNETWORK di Hotel Sunway Seberang Jaya Pulau Pinang, selama tiga (3) hari Objektif program ini bagi membantu usahawan dalam strategi pemasaran digital secara atas talian yang merangkumi modul teknik LIVE. Usahawan juga dibekalkan dengan software FBOOM, WABOOST dan QUIKY sebagai “Marketing Booster”. Turut hadir bagi menyempurnakan majlis penyampaian sijil adalah Encik Mohamad Hairi bin Salim, Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) MARA. RESTORAN (PROPER) Program Pembangunan Usahawan Edisi Januari 2023 31
Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA 50609 Jalan MARA, Kuala Lumpur. Tel: 03 2613 2401 Faks: 03 2691 0075 Email: [email protected] Copyright ©️ MARA 2021. All rights reserved