The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

e-Khidmat Pengurusan Edisi Mac 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KOLEKSI BAHAN PENERBITAN DIGITAL BITK, 2022-04-28 03:11:09

Majalah MARA360 - 03/22

e-Khidmat Pengurusan Edisi Mac 2022

1

S idang Editor 3/2022

Penerbit : Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA

PENAUNG Sidang Editor Majalah MARA360° berhak meminda,
Rohayah binti Mohd Zain
Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) mengubah dan menggarap manuskrip yang
MARA dihantar agar bersesuaian dengan garis panduan
yang ditetapkan dan tidak mengubah isi asalnya.
PENERBIT Semua manuskrip yang diterima sama ada disiarkan
Nor Zaini binti Abu Kassim ataupun tidak disiarkan tidak akan dikembalikan.
Pengarah Manuskrip ini juga boleh diguna pakai oleh pihak
Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA yang diberi kebenaran untuk masa-masa akan
datang. Kami mengalu-alukan sebarang cadangan
Jamizan bin Baki atau komentar, surat menyurat, rencana dan ulasan
Timbalan Pengarah II ke meja Sidang Redaksi atau email ke infobitk@
mara.gov.my
EDITOR
Rusmawati binti Adam Sebarang pertanyaan hendaklah dialamatkan
Ketua Penolong Pengarah kepada:

KREATIF Pengarah
Nor Azmira binti Mohd Azami Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA
Penolong Pengarah Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA
21 Jalan MARA,
JURUFOTO 50609 Kuala Lumpur.
Produksi Kreatif Tel: 03 2613 2401
Faks: 03 2691 0075
TEKNIKAL & HEBAHAN Email: [email protected]
Unit IT & Solusi Copyright@MARA 2022. All rights reserved

2

3

Acknowledgement

“I would like to take this opportunity to thank
everyone who has given me feedbacks

concerning our latest edition of MARA360°
Magazine. I had hoped that this latest edition
would appeal to all MARA employees & retirees.“

From the editor’s desk,
Rusmawati binti Adam

“Creativity

takes courage.”Henri Matisse

“When you have a dream,

you’ve got to grab it and never let go.” Carol Burnett

Expect nothing,

appreciate everything.

4

Don't tell people

your plans.

Show

them your results.

“Enjoying the little things even
when it’s hard to be positive,

being thankful is a great way to
feel better.” Miriam Akhtar

5

BEHIND THE SCENES

Ibarat Membawa Seorang Artis

“Pemimpin hebat menyentuh hati. Mampu
menyemarakkan nyala rasa dan menyuntik inspirasi

dengan cara yang terbaik.”

Ayat daripada Profesor Daniel Goleman iaitu pakar kepimpinan
dan kecerdasan emosi, telah meyakinkan saya untuk memilih
Tuan Nor Hashimi Bin Mahat (pesara MARA) bagi menghiasi
Majalah MARA360° edisi istimewa ‘Senior’s Mindfulness’ keluaran
terkini. Saya percaya ramai lagi sahabat-sahabat masih mengingati,
merasakan aura kepimpinan dan kegembiraan apabila menemui Tuan
Nor Hashimi. Begitulah keadaan semasa sesi temu bual diadakan di
Coffee House Premiera Hotel pada bulan Mac yang lalu.

Ibarat membawa seorang artis kerana ada sahaja staf MARA yang
datang menegur, bergambar dan berbual dengan beliau. Meskipun
memakai pelitup muka dan memakai topi. Masih tetap yang
menyedari, “bos…” panggilan di sana sini dan terpancar wajah ceria
mereka. Mencuit hati mendengar celoteh mesra Tuan Nor Hashimi
sehingga meriuhkan suasana. Bersyukur kepada Allah SWT, tanpa
saya menyedari perancangan untuk mengadakan sesi temu bual
bersama Tuan Nor Hashimi telah memberi ruang kegembiraan
kepada orang lain.

Pada masa yang sama tidak menyangka, tugas saya sebenarnya
dalam pertemuan ini adalah sebagai editor Majalah MARA360°,
bertukar menjadi seperti Personal Assistant (PA). “Bos, ada rezeki saya
merasai menjadi PA kepada seorang artis Kpop lagenda”, ketawa
besar kami berdua. “Boleh buat topik BTS, Behind The Scenes”.

6

Soalan cepumas

Belum sempat saya bertanya semua soalan,
Tuan Nor Hashimi telah menukar rentak,
dengan soalan-soalan cepumas kepada saya.
Sebenarnya itulah cara Tuan Nor Hashimi
yang saya kenali. Sentiasa mahu menguji
minda yang mendorong pekerja sentiasa siap
siaga dengan jawapan yang berilmu, berfakta
dan berfikiran luas bagi menghasilkan kerja
yang berkualiti.

Kadangkala soalan yang diberi menyentap
hati, tetapi itu dengan cara tersendiri beliau
berjaya membuka minda saya agar berfikir
lebih jauh dengan mencari idea baharu, ilham
yang bernas dan lebih menarik.

Tuan Nor Hashimi meneruskan sesi temu
bual dengan memberi banyak klu gambaran.
“Cuba kaitkan kerja yang cikgu Ima usahakan
sekarang dengan apa yang saya kongsikan
(klu), fikir dengan ilmu-ilmu baharu dan
buktikan dengan hasil.” Seperti anak yang
mendengar cerita seorang abah, saya
mengangguk faham.

Sebelum mengakhiri pertemuan, sempat
saya meminta, “bos ada simpan gambar lama
masa mula berkerja?, boleh saya pinjam dan
kongsikan dalam Majalah MARA360°”. Terus
Tuan Nor Hashimi mencari gambar dalam
handphone.

“Saya akan beri beberapa gambar dengan
syarat, sila sebut nama-nama yang cikgu
Ima kenali dalam gambar ini.” Suasana
menjadi kembali riuh dengan gelak ketawa
apabila saya menyebut beberapa insan
yang antaranya telah bersara dan menjadi
Pengurusan MARA kini.

Be kind, be true,
be humble.

Be the best leader
you can be.

7

MARA’s
Think Tank

of the 80’s

8

9

Glimpofstehse Past

10

Glimpofstehse Past

11

DaysThose Were The

12

DaysThose Were The

13

Source :
Jalaluddin Rumi - Turkish Poet

14

Bringing Mindfulness

Day To Day

Here’s a suggested timeline of what activities you could try, and when
to do them. Alternatively, jot your own version down and pin it up.
6.30AM
MEDITATION
As you awake, take a few moments to notice your body, feel your breathing
and empty your mind, but be kind to yourself if it wanders.

7.00AM
EXERCISE
Get those endorphins rushing with a burst of exercise, followed by a good
stretch, then some thoughtful breathing techniques to settle the heart and
mind.

8.00AM
BREAKFAST
Practise mindful eating and drinking with your morning meal.

8.30AM
NOTICE NATURE
On your daily commute, be that to work, place of study, or dropping the
children off at school, etc, take some time to appreciate the natural world.
The sky, clouds, trees and birds. Even noticing things like weeds and rain can
lighten the mind.

10.00AM
SCAN YOUR BODY
Pick one or two times during the day to have a little stretch. Close your eyes
and scan your body for tension and seek to remove it with stretching, even if
it’s just rolling your shoulders or turning your head from side to side.
11.00AM
HOW ARE YOU FEELING?
Take time to pause throughout the day to check in with how you are
emotionally. If something has upset you, give pause to contemplate what it
might be. Is it something you can remedy now? If not, set aside a time later
this evening to think about it.

15

1.00PM
POST-LUNCH CONTEMPLATION
Once you’ve finished your lunch (which you could eat mindfully), take a few
moments to think of five things you are grateful for.

5.00PM
BE KIND
Kindness creates kindness, so as the end of the work day approaches, consider
saying something kind to one of your co-workers or even a stranger on your
way home, and take joy in their reaction.

7.00PM
LET GO OF THE DAY
Use an activity you enjoy that allows you to recall your day’s experiences
and then release them. You could try journalling, sketching, even baking or
gardening, whatever allows you to express yourself.

9.00PM
BEDTIME BODY SCAN
Before you drift off to sleep, scan your body for areas of tension as you lie in
a comfortable position. Isolate any problems and focus on releasing them,
setting the scene for a wonderful and restorative night’s sleep.

Valuing yourself, your time, input and feelings is
vital on the path to self-love

Learn something brand new
“Always be a beginner”. Learning something new leads to
meeting new people, boosting knowledge, self-confidence
and self-esteem.

Share something
“Studies have shown that the act of helping others can
increase happiness and shift your perspective. sharing your
skills with someone who needs a hand. Better yet, your act
of kindness may even inspire someone else to do the same.

Words of positivity
What we think about, we bring about. It’s why words of
positivity, whether they are used as affirmations or in the act
of setting intentions, can have such an impact on our lives.
For those seeking inspiration for affirmations, one way to
get ideas is to ask yourself questions. What do you want to
change in your life? Is there anything you’d like to improve
or work on? The statements you create are truly personal to
where you are in that moment. They can change whenever
you wish, and will slowly but surely help you gain a sense of
inner peace and calm. Equally, setting intentions-ultimately
a wishlist of actions - is a way of helping you to achieve your
16 dreams.

Sembang Santai Bersama

Yang Bersara (YB)

Tuan
Nor Hashimi

Bin Mahat

Tahun 2022, bos akan berusia 62 tahun?
Umur hanya sekadar angka.
Rahsia yang diamalkan, kelihatan sentiasa ceria?
Menunaikan solat lima (5) waktu sehari semalam
tepat waktu. Ini kerana solat adalah jalan petunjuk
Allah SWT untuk membimbing kita supaya sentiasa
menghargai dan menepati masa.
Pendapat bos tentang masa?
Jangan sampai terlalu sibuk mengejar deadline,
sampai lupa dengan deathtime.

17

Apa khabar bos? Lama bos di United Kingdom Washington DC.
(UK), bila kembali pulang ke tanah air? • Projek Green Campus di Jawi Pulau Pinang.
• OISCA Business Forum (2013-15).
Alhamdullilah baik semuanya, saya ke UK pada • Turn around MARA Knowledge Centre di Ibu
akhir bulan Mac 2021. Tarikh keramat pulang Pejabat MARA.
ke tanah air pada 01/01/2022 ketika negara • MARAVoice.
masih pandemik COVID-19. Sampai sahaja di • Projek Intrapreneur Karnival Pendidikan
Malaysia, saya dan isteri kuarantin sehingga MARA 2016-2017.
07/01/2022. Merasalah pakai gelang warna • Pusat Latihan The Mint.
pink masa tu. Alhamdulillah dapat kembali • Pembangunan-pembangunan Selera Johor di
berjumpa dengan anak-anak, sanak-saudara Plaza Larkin dan Arked Segget serta tiga (3)
dan rakan taulan di Malaysia.
lagi Selera Johor di Pekan Francais (Food
Truck), Bukit Gambir dan Bazar Benut Pontian
pada 2019.
• Tidak ketinggalan juga terlibat secara
langsung dengan NGO seperti MAKNA, WWF
dan UNICEF sebagai penyumbang tahunan.

Perkhidmatan terakhir bos adalah sebagai
Pengarah MARA Johor. Pasti banyak program
telah dilaksanakan.

Saya gembira dapat jumpa Cikgu Ima Betul, PMN Johor dengan memberi khidmat,
dan team Majalah MARA3600 yang hebat antaranya :
semuanya. Terima kasih sudi memilih saya • Menguruskan RM43 juta Kemudahan
untuk perkongsian keluaran majalah. Terbaik Pembiayaan Perniagaan (2018), 826 ruang
Bahagian Inovasi dan Teknologi Kreatif (BITK). niaga dan lebih dari 3000 usahawan yang
aktif di seluruh Johor.
Terima kasih, kami juga gembira berjumpa • Menguruskan secara tidak langsung lima (5)
bos. Wah, seronoknya tinggal di UK. Boleh
bos kongsikan pengalaman tinggal di negara MRSM, dua (2) KKTM, sebuah IKM dan sebuah
orang? KPTM serta Pegawai-pegawai Seranta YPM di
Johor.
Sama sahaja hidup dengan tenang bersama • Menguruskan pembangunan 83 staf dalam
keluarga di sana. Selain itu, Alhamdulillah pembentukan kapasiti, kapabiliti dan karektor
rezeki dapat new network with HighComm, supaya sentiasa up-to-date dengan
private biz partners, importers, Malaysians persekitaran.
resides in United Kingdom. • Mewujudkan hubungan yang baik dengan
kerajaan Johor. Pegawai-pegawai Persekutuan
Kongsikan dengan ringkas pengalaman bos dan rakan-rakan niaga di Johor.
sepanjang berkhidmat di MARA.
Sebelum itu, saya pernah berkhidmat sebagai
Mula berkhidmat sejak 1988, telah mendapat Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat,
pendedahan di dalam dua (2) sektor Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan,
keusahawanan dan pendidikan. Selain Ketua Pegawai Operasi FITEC Sdn Bhd.,
dari tugas hakiki, juga berpeluang untuk Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan
membangunkan projek-projek luar, antaranya: Usahawanan dan Pengarah Institut Latihan
• Transit Hostel untuk pelajar Malaysia di Kakitangan MARA.

18

Bila tarikh terakhir bos berkhidmat dengan MARA?

Bersara pada tarikh 2 Julai 2020. Selepas bersara sebelum ke UK, BITK ada menjemput saya
memeriahkan Program Facebook Live (Fb live) Joyous Ambiance. Masih saya ingat lagi program
Fb Live Joyous Ambiance yang diselangi dengan iklan video pendek yang penuh makna dalam
hubungan sesama insan. Program Fb Live tetapi seperti sebuah program Televisyen. Sambutan
hebat ketika itu. Tahniah BITK.

Terima kasih bos masih ingat Program ‘Joyous Ambiance’.
Saya bersyukur melihat bos sihat, cergas dan nampak awet muda. Apakah rahsia amalan
kelihatan sihat cergas?

Alhamdulillah saya sihat dan cergas. Nampak awet muda itu rezeki Allah SWT beri. Selepas
bersara ini, setiap pagi saya akan ke masjid untuk solat berjemaah. Selepas itu saya mengambil
masa 30 - 40 minit berjogging berdekatan di taman perumahan saya di Bangi. Selepas jogging,
pengambilan sarapan pagi yang sihat.

Selain itu, selalu ucapkan ‘Kalimah Ajaib’ iaitu La Haula Wala Quwwata illa billahi. Pasti
dengan sibuk mengingati Allah, hati kita lebih sihat!.

19

RENTAS
MINDA
KEPIMPINAN

Bagaimana untuk menjadi seorang
pemimpin yang baik, disegani dan diingati
seperti bos walaupun sudah bersara,
ramai yang masih mencari?

Tip yang saya terapkan semasa saya
berkhidmat adalah seperti berikut :

Kepimpinan melalui teladan
Keberanian adalah antara sifat baik yang perlu dimiliki semua
pemimpin. Kebijaksanaan sahaja tidak memadai kalau tidak ada
keberanian. Tugas utama pemimpin menentukan, memastikan
dan sentiasa bersama pekerja melakukan tugas dengan baik dan
sempurna.

Mematuhi disiplin
Pemimpin mesti mematuhi disiplin. Jika pemimpin mengharapkan
pekerja bekerja dengan bersungguh-sungguh. Dia sendiri harus
terlebih dahulu menunjukkan keseriusan dalam melaksanakan tugas.
Pemimpin bukan hanya menjadi pemerhati dan pemantau projek.
Tetapi pemimpin yang bagus akan turut turun padang melaksanakan
tugas bersama yang lain. Bahkan untuk kerja yang lebih susah dan
mencabar, pemimpinlah yang melakukan dan menyelesaikannya
hingga berjaya.

Pemimpin juga mestilah mematuhi peraturan dan undang-undang di
tempat kerja dengan betul. Kita sebagai pemimpin ada sikap yang
baik, kita dapat memberikan kebaikan kepada orang yang dipimpin.
Sikap kebaikan kita, mereka akan membalas dengan kebaikan
dengan bekerja bersungguh-sungguh, berdisiplin dan mematuhi
peraturan di tempat kerja.

Menghormati masa orang lain
Pemimpin mesti juga menghormati masa orang lain. Jangan
menganggap masanya sahaja yang berharga. Masa pekerja juga
berharga, kerana mereka memerlukan peruntukan masa mereka
sendiri yang menjadi hak mereka untuk melaksanakan tugas khusus
mereka.

20

Pemimpin jangan mengambil terlalu banyak masa pekerja 21
untuk melaksanakan tugas yang bukan menjadi teras
fungsinya.

Contohnya, terlalu mengambil masa yang panjang dalam
setiap kali mesyuarat atau masa mereka banyak dihabis
untuk memenuhi pemintaan pemimpin dalam hal-hal
pengurusan pentadbiran (melaksanakan tugas daripada
arahan dari masa ke semasa). Sehingga menjejaskan masa
mereka melaksanakan kerja hakiki dan lebih buruk lagi jika
terlalu mengambil masa rehat pekerja. Ini tidak baik untuk
kesihatan pekerja.

Sabar
Pemimpin perlu menunjukkan sikap penyabar. Jangan
bertindak mengikut emosi. Jangan sesekali menyelesaikan
masalah dalam keadaan kita sedang dalam emosi negatif,
marah yang sedang meluap-luap, dalam perasaan tidak
tenteram, atau dalam perasaan sedih dan kecewa.

Tenangkan perasaan kita dahulu. Banyak mengingati Allah
SWT dengan beristighfar. Refleksi diri iaitu dengan berkata
kepada diri sendiri, apa yang kita patut dan tidak perlu buat.

Menghargai
Fikirkan dahulu sebelum membuat tindakan. Selalu kenang
kebaikan pekerja terhadap kita, jangan kerana sekali
kesilapannya kita melupakan banyak kebaikan yang telah
disumbangkan oleh pekerja.
Selain itu, hargai program orang terdahulu, yang masih
relevan perlu diteliti dan dikekalkan serta dinaik taraf. Jika
tidak relevan lagi, hasilkan yang lain yang lebih baik.

Menyatukan hati semua pekerja
Pemimpin perlu mempunyai keupayaan dan bakat memikat
dan menambat hati orang yang dipimpin. Pemimpin
yang baik berjaya menyatukan hati semua orang yang
dipimpinnya dengan semangat kerjasama. Semakin
kita berjaya mewujudkan suasana kerjasama dan saling
membantu antara satu sama lain, hasil kerja kita akan
semakin cemerlang.

Selaraskan arahan
Pemimpin yang cemerlang tidak mudah berubah-ubah
arahannya. Arahan yang mudah difahami, jelas dan
selaras. Pemimpin yang mahukan satu perkara hari ini dan
mahu perkara yang bertentangan pada hari berikutnya,
merupakan pemimpin yang sukar membuat keputusan.

Bukanlah pemimpin yang berteladan baik, jika sesuatu
kerja, laporan dan seumpamanya yang memuaskan hatinya
semalam, tidak semestinya diterima olehnya hari ini.
Hingga menyebabkan pekerja sentiasa berasa cuak, takut
perubahan lagi arahan dan terpaksa membuat kerja yang

sama pada keesokannya. Kita memang tidak boleh menjadi pemimpin yang cemerlang jik
Jangan pilih kasih
Sikap pilih kasih akan menimbulkan situasi diskriminasi dan penganiayaan. Seorang
pemimpin yang melayan pekerja dalam keadaan tertentu hari ini dan kemudian cenderung
menukar fikirannya dan memberikan layanan yang berbeza pada hari esoknya. Menimbulkan
suasana tidak selesa bekerja dalam organisasi dan tidak puas hati orang yang dipimpin.
Sikap pilih kasih ini menunjukkan bahawa pemimpin itu lemah kerana tidak tetap pendirian.
Hingga mudah dipengaruhi oleh faktor luaran dan persekitaran orang di sekelilingnya yang
menyebabkan dia menukar keputusan arahan yang telah dilakukan oleh dirinya sendiri.
Bertimbang rasa
Teladan yang baik perlu ditunjukkan oleh pemimpin adalah sikap bertimbang rasa dan jangan
terlalu memaksa. Lebih baik membiarkan pekerja melaksanakan tugasan dengan secara
rela dan bersemangat, daripada bertempik memarahi pekerja membuat kerja. Pemimpin
yang baik hanya perlu memberikan arahan dan kawalan, tanpa salah menyalahkan antara
satu sama lain dalam tindakannya.
Jaga akhlak
Antara perkara yang berat untuk dilakukan oleh seseorang itu adalah mengaku salah.
Tiada siapa suka menjadi orang yang dipersalahkan. Orang yang mampu mengaku salah
ialah orang yang tahu kelemahannya. Mengaku salah bukan bermakna beralah tetapi
tanda hamba kepada Allah. Allah Maha Melihat segalanya yang terang dan yang samar.
Serahkan jiwa sepenuhnya kepada Allah SWT.

22

Editor sentap

Semasa mendengar pandangan Tuan Nor Hashimi berkaitan topik ‘menjadi
seorang pemimpin yang baik dan disegani’. Saya terdiam dan termenung
seketika. Keadaan saya disedari oleh Tuan Nor Hashimi.

Tuan Nor Hashimi: Kenapa Cikgu?.

Editor: Bos, nanti saya dah bersara mesti keadaan berbeza dengan bos.
Mungkin ada yang lari bila nampak saya atau terus lenyap dalam ingatan
semua.

Tuan Nor Hashimi: Ya Allah, kenapa pula Cikgu Ima berkata begitu?

Editor: Sebab saya ‘garang’.

Tuan Nor Hashimi tergelak besar dengan jawapan saya.

“Pandanglah semua orang 23
dengan sayang tanpa bias dan
lazimi istighfar sekiranya sesuatu
itu tidak berkenan dengan

citarasa dan apa yang kita
mahukan.”

MARA Knowledge Centre

Our Own Green Library

Green Library adalah ilham daripada Tuan sudut terapi tema hijau.”
Nor Hashimi Bin Mahat. Tahun 2015,
semasa beliau berkhidmat sebagai Pengarah “Saya menggunakan tema hijau kerana
Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) yang warna hijau membawa maksud warna
sekarang dikenali Bahagian Inovasi dan identiti alam dan mempunyai nilai tersendiri.
Teknologi Kreatif (BITK). Taman hijau ini Ia melambangkan kesegaran, kedamaian,
terletak di MARA Knowledge Centre (MKC) di ketenangan dan relaksasi santai. Warna
tingkat 4 bangunan Ibu Pejabat MARA. hijau sangat membantu seseorang
yang berada dalam situasi tertekan
Asal aras koridor yang kosong menjadi Taman menyeimbangkan emosi dan memudahkan
Hijau (Green Library). Nama perpustakaan keterbukaan dalam berkomunikasi.”
MARA juga dinamakan baharu iaitu MARA
Knowledge Centre. Peninggalan dan hasil Ringkasnya, apabila manusia mengalami
kreatif Tuan Nor Hashimi yang mengagumkan tekanan, imej alam dengan cepat dapat
dan menjadi sumber ilham dan terapi minda menghasilkan kesan yang menenangkan.
oleh warga MARA, kekal sehingga ke hari ini. Hal ini kerana, dengan menikmati dan
menghayati keindahan alam semula jadi,
“Saya akan meninggalkan sesuatu yang tekanan darah, kadar pernafasan, aktiviti
unik dan bermanfaat pada setiap bahagian otak, dan pengeluaran hormon tekanan
dan pusat yang pernah saya berkhidmat menurun dan semua ‘mood’ bertambah baik.
sebagai pengarah. Paling saya suka adalah

24

Our Own Green Library

25

Thank you Boss

For listening For inspiring

For guiding For encouraging

Sidang Editorial Majalah MARA360°, merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada semua pesara MARA terutama

kepada Tuan Nor Hashimi bin Mahat yang memberikan sokongan
padu dan kerjasama yang sangat baik.

Segala jasa dan bakti dalam menjayakan Majalah MARA360° edisi
khas ‘Senior’s Mindfulness’ ini, sangatlah bermakna dan akan

dikenang sebagai satu sumbangan yang amat dihargai. Semoga apa
yang diberikan mendapat redha Allah SWT dan digantikan dengan

yang jauh lebih baik dan melimpah.

26

.

27

TERBITAN
Bahagian Inovasi dan Teknologi Kreatif MARA

Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA,
50609 Jalan MARA, Kuala Lumpur.

28


Click to View FlipBook Version