The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

e-Khidmat Pengurusan Edisi November 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KOLEKSI BAHAN PENERBITAN DIGITAL BITK, 2021-12-01 20:52:27

Majalah MARA360 - 11/21

e-Khidmat Pengurusan Edisi November 2021

Keluaran 11/2021

Rafida Ab Manan 1
Pengarah Bahagian Pengurusan
Aset Dan Perolehan MARA

11/2021 - Khidmat Pengurusan

Sidang Editor

Penerbit : Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA

Keluaran 11/2021

PENAUNG Sidang Editor MARA 3600 e-Khidmat Pengurusan
Rohayah binti Mohd Zain berhak meminda mengubah dan menggarap
Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) manuskrip yang dihantar agar bersesuaian dengan
MARA garis panduan yang ditetapkan dan tidak mengubah
isi asalnya. Semua manuskrip yang diterima sama
PENERBIT EKSEKUTIF ada disiarkan ataupun tidak disiarkan tidak akan
Nor Zaini binti Abu Kassim dikembalikan. Manuskrip ini juga boleh digunapakai
Pengarah oleh pihak yang diberi kebenaran untuk masa-
Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA masa akan datang. Kami mengalu-alukan sebarang
cadangan atau komentar, surat menyurat, rencana
PENERBIT dan ulasan ke meja Sidang Redaksi atau email ke
Jamizan bin Baki [email protected]
Timbalan Pengarah II
Sebarang pertanyaan hendaklah dialamatkan
EKSEKUTIF EDITOR kepada:
Zuliana Haslinda binti Anhar Zubir
Timbalan Pengarah I Pengarah
Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA
EDITOR Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA
Rusmawati binti Adam 21, Jalan MARA
Ketua Penolong Pengarah 50609 Kuala Lumpur.
Tel: 03 2613 2401
KREATIF Faks: 03 2691 0075
Nooroha binti Buang Email: [email protected]
Penolong Pengarah Copyright@MARA 2021. All rights reserved

JURUFOTO
Produksi Kreatif

TEKNIKAL & HEBAHAN
Mohd Syazwan bin Mohd Kamis
Pegawai Teknologi Maklumat

2 11/2021 - Khidmat Pengurusan

Integriti Pemangkin Keluarga Malaysia

Program-program pemantapan integriti dalam organisasi perlu diperkasakan
bagi memupuk budaya kerja beretika yang sekali gus akan meningkatkan tadbir
urus baik, mengurangkan kes salah laku dan rasuah khususnya. Dalam jangka
masa panjang, tidak mustahil isu ketirisan dana awam juga dapat dibendung jika
integriti dijadikan pemangkin dalam kita melaksanakan apa jua tugasan yang telah
diamanahkan.

Petikan ucapan
Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali
Pengerusi Institut Integriti Malaysia (IIM)
Sempena Hari Integriti Nasional 2021

11/2021 - Khidmat Pengurusan 3

Seleksi Majalah

Keluaran 11/2021

Edisi Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan MARA

BICARA EKSKLUSIF PENGURUSAN PEROLEHAN
RAFIDA BINTI AB MANAN
Pengarah Bahagian Pengurusan Aset • Kajian Pasaran Dalam Pelaksanaan Perolehan
dan Perolehan (BAP) • Sistem Perolehan Elektronik (SPE) MARA –

PENTADBIRAN KONTRAK Sistem VS Manual: Keberkesanannya
• Jawatankuasa Perubahan Spesifikasi • MARA Electronic Payment System (MARAeps)

MARA - Kisah Dua Sahabat Pendigitalan Kaedah Bayaran Tender/Sebut
• Tahukah Anda? Harga MARA
• Perolehan Darurat - Pencerahan Dan
PENGURUSAN ASET Keperluan Pelaksanaannya
• Pelaksanaan Pengurusan Aset Tak Alih
PENGURUSAN FASILITI
(ATA)
• Cabaran Mendepani • Pengurusan Rumah Rehat MARA - Percutian
Santai, Harga Bajet

• Pengurusan Fasiliti Kuarters Pengarah MARA
Negeri dan Pegawai MARA Daerah

• Pengurusan Aset Alih - Satu Pencerahan
• Pengurusan Rekod Elektronik Document

Digital Management System (DDMS) 2.0 -
Realiti atau Fantasi

4 11/2021 - Khidmat Pengurusan

Bicara Eksklusif

Pengarah Bahagian Pengurusan Aset
Dan Perolehan MARA

Saat negara dikejutkan dengan pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan berikutan
menularnya wabak virus Covid – 19, sepertimana
aktiviti ekonomi dan sosial yang lain, aktiviti bagi
Agensi Kerajaan termasuk MARA turut terkesan
secara keseluruhannya. Walau bagaimanapun,
ucapan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T
kerana sewaktu berada di dalam keadaan yang
kritikal tersebut, Bahagian Pengurusan Aset dan
Perolehan (BAP) masih mampu beroperasi untuk
melaksanakan sebahagian besar daripada fungsinya
dengan berkesan dan lancar meskipun menghadapi
kekangan terutamanya perkara-perkara yang
melibatkan peraturan. Beberapa peraturan serta
kaedah pelaksanaan telah disesuaikan mengikut
situasi semasa serta pelaksanaan norma baharu
berdasarkan kepada panduan yang telah digariskan
oleh Kementerian Kewangan di era pandemik ini.
Kaedah pelaksanaan yang lebih fleksibel turut
diperkenalkan bagi pengurusan perolehan dan
pentadbiran kontrak agar dapat beroperasi secara
optimum tanpa membelakangkan aspek kesihatan
dan keselamatan umum serta pematuhan terhadap
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan
oleh Kerajaan.

BAP juga telah mengambil beberapa inisiatif peluang daripada penerbitan MARA 360 ini, kami
penambahbaikan urusan perkhidmatan yang telah menyediakan beberapa artikel berkaitan
melibatkan tadbir urus aset, fasiliti, perolehan dengan fungsi dan peranan BAP untuk dijadikan
dan pentadbiran kontrak. Pendekatan seperti panduan kepada warga kerja MARA. Artikel-artikel
pendigitalan perkhidmatan MARA meliputi perluasan ini merangkumi penerangan dan pencerahan
perkhidmatan dalam talian bagi pembayaran dengan bahasa yang lebih mudah untuk difahami
dokumen Tender dan Sebut Harga serta pelaksanaan dan diperjelaskan lagi dengan maklumat secara
mesyuarat Pihak Berkuasa Melulus secara maya infografik. Saya berharap dengan penerbitan artikel–
menerusi aplikasi dalam talian yang menepati dan artikel tersebut dapat membantu warga kerja MARA
mematuhi ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab
Kerajaan juga telah diperkenalkan dalam urusan yang diamanahkan terutamanya bagi urusan yang
perolehan MARA. BAP juga selaku pihak yang melibatkan aset, perolehan dan pentadbiran kontrak.
bertanggungjawab mengawal selia urusan aset dan
perolehan MARA telah sebaik mungkin memastikan Sebagai penutup bicara, saya menyeru agar warga
peraturan yang digariskan oleh Kementerian MARA untuk terus berusaha meningkatkan tahap
Kewangan dipatuhi melalui hebahan surat edaran ilmu pengetahuan, kemahiran dan kecekapan
daripada semasa ke semasa. supaya dapat membantu dalam melaksanakan
tugasan dengan lebih terancang, teratur dan
Menelusuri era pasca pandemik Covid – 19, sistematik samping memastikan nilai-nilai integriti
tanggungjawab dalam mengawal selia urusan aset terus disemai dan kekal tersemat di dada.
dan perolehan MARA akan menjadi lebih mencabar.
Kita perlu sentiasa bersedia untuk menerima dan
menyesuaikan diri terhadap sebarang perubahan
yang pastinya akan berlaku terutamanya terhadap
perkara-perkara yang menjadi tanggungjawab dan
amanah kita di organisasi bertuah ini. Mengambil

11/2021 - Khidmat Pengurusan 5

PENGURUSAN

PEROLEHAN

Pesanan Integriti

Mengenai Rancangan Malaysia ke -12 (RMK12) yang dilancarkan baru-baru ini, nilai integriti kerap kali dinyatakan
dalam Bab 13 . Ia berkaitan memperkukuh penyampaian Perkhidmatan Sektor Awam. Walaupun banyak inisiatif
telah dilaksanakan dalam RMK11, namun isu berkaitan integriti masih lagi berlaku. Oleh yang demikian, usaha
pemantapan integriti tetap diteruskan dalam RMK12, antaranya melalui Strategi B3. Memperkukuh ekosistem tadbir

urus ke arah mendukung integriti, ketelusan dan keberkecualian pada semua peringkat.
Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali
Pengerusi Institut Integriti Malaysia
 

6 11/2021 - Khidmat Pengurusan

KAJIAN PASARAN DALAM PELAKSANAAN PEROLEHAN

Pelaksanaan Kajian Pasaran dilihat kurang • Perolehan terpaksa dilaksanakan semula yang
dititikberatkan dalam melaksanakan sesuatu akan menyebabkan kerugian kos dan masa
urusan perolehan, walaupun sebenarnya Kajian pelbagai pihak terutamanya di pihak Kerajaan.
Pasaran merupakan salah satu elemen yang penting
dalam melaksanakan perolehan terutamanya bagi Pekeliling yang menyentuh berkaitan keperluan
perolehan Kerajaan. dan kepentingan pelaksanaan Kajian Pasaran
di peringkat Kerajaan dan MARA adalah seperti
Kajian Pasaran bermaksud proses melaksanakan berikut:-
semakan atau membuat rujukan terhadap pasaran • Arahan Perbendaharaan Kementerian Kewangan
sedia ada yang bakal dilaksanakan. Ia merangkumi:-
– AP169.1.
• Faktor harga bekalan/perkhidmatan/kerja sedia • Pekeliling Perolehan Kerajaan – PK 1.1 & PK 2.1.
ada di pasaran. • Pekeliling Perolehan MARA – PPM 1.1 dan PPM

• Ketersediaan bekalan/perkhidmatan/kerja 2.1.
• dalam pasaran. • Surat Edaran Bahagian Pengurusan Aset dan
• Kesesuaianpenggunaanbekalan/perkhidmatan/
Perolehan MARA Bil. 1/2021 bertarikh 24 Februari
kerja. 2021.
• Kaedah perolehan yang perlu digunakan.
Berdasarkan kepada pekeliling perolehan Kerajaan,
Pelaksanaan Kajian Pasaran yang terbaik serta tatacara pelaksanaan bagi Kajian Pasaran tidak
komprehensif dapat memastikan keuntungan dinyatakan/mempunyai kaedah yang khusus untuk
kepada pihak Kerajaan. Secara tidak langsung dipatuhi. Pegawai atau jawatankuasa spesifikasi
memberikan pulangan nilai untuk wang yang telah yang dilantik perlu mendapatkan maklumat berkaitan
dibelanjakan oleh Kerajaan untuk perolehan yang produk/perkhidmatan sedia ada di pasaran sebelum
berkaitan. perolehan dilaksanakan.

Pengabaian pelaksanaan Kajian Pasaran yang teliti Walau bagaimanapun, bagi menyeragamkan
dan terperinci boleh mengakibatkan perolehan yang pelaksanaan Kajian Pasaran di MARA, BAP telah
dilaksanakan akan mengalami masalah seperti menyediakan contoh borang Kajian Pasaran yang
berikut:- boleh dijadikan panduan untuk melaksanakan Kajian
Pasaran seperti dalam Surat Edaran Bahagian
• Harga tawaran oleh petender melebihi daripada Pengurusan Aset dan Perolehan MARA Bil. 1/2021
anggaran jabatan. bertarikh 24 Februari 2021.

• Produk yang ditetapkan tidak lagi dikeluarkan
oleh pihak pengilang.

• Perubahan spesifikasi alatan pada masa
hadapan.

Sumber : Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan MARA

11/2021 - Khidmat Pengurusan 7

SISTEM PEROLEHAN

ELEKTRONIK MARA

SISTEM VS MANUAL : KEBERKESANANNYA

Sistem Perolehan Elektronik (SPE) MARA CIRI DAN KELEBIHAN SPE MARA
membolehkan aktiviti perolehan dijalankan secara
telus untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan Secara keseluruhannya, SPE MARA dibangunkan
MARA. SPE MARA akan menukarkan proses setelah mengambilkira beberapa ciri yang akan
perolehan konvensional iaitu secara manual di dapat memberikan manfaat kepada kedua belah
dalam urusan perolehan MARA kepada perolehan pihak iaitu pengguna MARA dan juga pembekal,
elektronik menerusi internet. seperti berikut:-

Pengguna MARA dan juga pembekal berinteraksi • Titik permulaan mempertingkatkan sistem
secara dua hala di dalam urusan perolehan yang panyampaian pihak MARA secara menyeluruh.
dijalankan. Selain itu, pembekal boleh mempamerkan
produk mereka di dalam jaringan web sedunia, • Proses pendaftaran dan perolehan yang lebih
menerima, mengurus dan memproses pesanan mudah, cepat dan selamat.
pembelian serta menerima bayaran daripada Pusat
MARA secara online. • Urus niaga yang boleh dilaksanakan secara
terus dalam talian pada bila-bila masa dan di
SPE MARA dilaksanakan secara berfasa melalui mana sahaja.
Modul Pembelian Terus dan diikuti dengan Modul
Sebutharga, Tender dan eBidding ke seluruh Pusat
MARA.

Sumber : Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan MARA

8 11/2021 - Khidmat Pengurusan

KELEBIHAN SPE MARA KEPADA PENGGUNA MARA:-

Menawarkan proses perolehan yang lebih efektif dan efisien selari dengan

transformasi Negara ke arah pendigitalan

1 • SPE MARA merupakan jentera kepada MARA untuk melangkah ke dalam

ekonomi baharu dan mempromosikan perniagaan elektronik secara

meluas dalam Negara.



Pengurangan kos operasi berdasarkan masa

2 • MARA akan dapat mengurangkan kos pentadbiran dan kos operasi
melalui penggunaan SPE MARAkerana proses urus niaga dikurangkan

dan diringkaskan.

Pilihan produk dan perkhidmatan yang lebih baik serta yang terkini

3 • Pengguna MARA akan dapat mengakses serta-merta kepada pelbagai

produk dan perkhidmatan yang disediakan menerusi SPE MARA, ia
menjadikan mereka sebagai pengguna yang lebih sedia maklum.

Maklumat dan senarai harga produk terkini disediakan secara dalam talian.

4 • SPE MARA akan sentiasa dikemas kini dengan maklumat terkini

dan membantu pengguna membuat pilihan perolehan yang lebih tepat.

Tenaga kerja yang berkemahiran dan berpengetahuan

5 • Menggalakkan lebih ramai tenaga kerja celik Teknologi Maklumat (IT)

dalam sektor kerajaan dan swasta.

Proses perolehan dan pembayaran akan dapat diproses dengan lebih baik

6 • Pengguna MARA dengan mudah dapat memantau dan menjalankan

proses audit perolehan yang telah dibuat.

Sumber : Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan MARA

11/2021 - Khidmat Pengurusan 9

KELEBIHAN Pembekal akan lebih mudah dihubungi oleh pengguna
SPE MARA MARA pada bila-bila masa atau di mana-mana sahaja.
KEPADA
PEMBEKAL:- Membolehkan peralihan pembekal kepada perniagaan
secara elektronik.

Promosi barangan dan perkhidmatan akan menjadi lebih
murah dan pantas serta dapat meningkatkan jumlah
jualan.
Mengurangkan kos pentadbiran dan kos operasi.

Pembekal akan menerima bayaran yang cepat.

Memperbaiki perancangan dan ramalan perniagaan
sewajarnya dengan proses perolehan yang lebih efisien
dan terancang.

Sumber : Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan MARA

10 11/2021 - Khidmat Pengurusan

SOALAN LAZIM SPE MARA

SOALAN JAWAPAN

Adakah MARA mengeluarkan Ya, MARA telah mengeluarkan Surat Arahan/
arahan pekeliling kepada Pekeliling pada bulan April 2009 dan dikemaskini
pembekal bahawa pihak MARA kepada Pekeliling Perolehan MARA (PPM) 5.1
membuat pembelian barangan Perolehan MARA Secara Sistem Elektronik
/ perkhidmatan melalui Sistem (berkuat kuasa pada 1 Julai 2020).
Perolehan Elektronik (SPE)?

Adakah SPE MARA menggunakan Tidak. URL yang digunakan untuk SPE MARA
alamat URL yang sama dengan adalah berbeza dengan URL eP Kerajaan
alamat URL eP kerajaan ? iaitu http://www.spemara.com.my

Modul Perolehan apakah yang Modul Perolehan dan nilai transaksi untuk setiap
terlibat di dalam penggunaan SPE modul telah ditetapkan, seperti berikut:-
MARA?

1) Modul Pembelian Terus: RM 501.00
2) sehingga RM 20,000.00.
3) Modul Sebut Harga: RM 20,001.00 sehingga
RM 500,000.00.
Modul Tender: RM 500,001.00 dan ke atas.

Pelaksanaannya dijalankan secara berperingkat
dan akan dimaklumkan kepada pihak pembekal
daripada semasa ke semasa.

Berapakah kadar peratus yang Kenaan 0.7% (one time payment) atau 0.4%
dikenakan kepada pembekal (multiple payment) daripada setiap transaksi yang
apabila berjaya membekalkan lengkap kepada pembekal.
kepada pihak MARA menggunakan
sistem SPE MARA? Pusat MARA hendaklah memberi syarat kepada
pembekal/kontraktor agar mengambil kira
Adakah pembekal mengetahui caj caj transaksi ini dalam tawaran harga yang
yang akan dikenakan kepada dikemukakan. Syarat ini hendaklah dinyatakan
mereka? dengan jelas di dalam notis/iklan, dokumen
sebut harga/tender dan dokumen kontrak (rujuk
Adakah pengguna diwajibkan Pekeliling Perolehan MARA (PPM) 5.1 Perolehan
untuk menggunakan Smart Card MARA Secara Sistem Elektronik (berkuat kuasa
untuk mengakses SPE MARA? pada 1 Julai 2020).

Tidak perlu, pembekal hanya menggunakan ID
pengguna dan kata laluan yang disediakan oleh
pihak MARA untuk mengakses SPE MARA.

11/2021 - Khidmat Pengurusan 11

Sekiranya pihak pembekal Sekiranya pihak pembekal bertukar emel, maka
menukar alamat emel baharu, pihak pembekal perlu mengemas kini maklumat
apakah yang perlu dilakukan? emel yang terdapat didalam SENNEGO.

Apakah tindakan yang boleh Ini penting kerana setiap aktiviti perolehan yang
dilakukan oleh pembekal sekiranya menggunakan SPE MARA akan dimaklumkan
terlupa kata laluan? kepada pihak Pembekal untuk tindakan seterusnya
melalui emel yang telah didaftarkan.
Sekiranya pihak Pembekal dan
Pengguna MARA tidak menerima Mereka boleh menghubungi bahagian Khidmat
sebarang notifikasi semasa Pelanggan SENNEGO dan pembekal akan diberi
menggunakan sistem SPE MARA, kata laluan yang baharu.
apakah yang patut dilakukan?
Setiap tindakan yang berlaku, sistem akan
Adakah pembekal atau pihak menghantar satu notifikasi melalui emel
MARA mencipta nota pelarasan pengguna. Sekiranya tidak, pengguna perlu
kredit dan penghantaran separa? memeriksa emel yang dimasukkan adalah betul.
Sekiranya masih gagal, maka perlu menghubungi
Bagaimanakah pembayaran khidmat pelanggan untuk tindakan seterusnya.

kepada pembekal dilakukan Bagi SPE MARA, hanya pembekal sahaja yang
dibenarkan untuk mencipta nota pelarasan kredit
melalui atas talian atau luar talian dan penghantaran separa. Namun kelulusan
perlu diperolehi terlebih dahulu seperti yang telah
(manual)? ditetapkan oleh pihak MARA.

Adakah pihak MARA dibenarkan Pembayaran kepada pembekal masih mengguna
pakai pembayaran secara manual. Sebarang
untuk membatalkan Pesanan perubahan akan dimaklumkan daripada semasa
ke semasa.
Pembelian (PO) ketika membuat
Pesanan Pembelian (PO) boleh dibatalkan
pembelian melalui SPE? sekiranya Pesanan Penghantaran (DO) masih
belum dilakukan. Pembatalan hanya boleh
Adakah katalog yang dicipta oleh dilakukan oleh Pelulus sahaja.
pembekal di dalam sistem SPE
MARA sama dengan eP Kerajaan? Tidak, katalog yang dicipta dalam sistem SPE
MARA hanya boleh digunakan dalam sistem SPE
MARA sahaja, dan tidak mempengaruhi katalog
dalam eP Kerajaan

12 11/2021 - Khidmat Pengurusan

Adakah MARA mengadakan Ya, pihak MARA menyediakan program seminar
program seminar kepada kepada pembekal dari semasa ke semasa. Para
pembekal? pembekal akan dimaklumkan mengenai program
ini, samada melalui emel atau dihubungi terus
Bagaimanakah pembelian nombor melalui telefon. 
pin boleh dibuat semasa pandemik
Covid-19? Pembekal juga boleh menghubungi Khidmat
Bantuan SENNEGO dalam talian +603 78854111
Bagaimanakah pembekal MARA untuk menyertai program seminar pembekal.
boleh menghubungi MARA
sekiranya terdapat sebarang Berikutan Pelaksanaan Perintah Kawalan
masalah berkaitan SPE MARA? Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan
Pergerakan Diperketatkan (PKPD), pihak BAP
dengan kerjasama Rural Capital Berhad (RCB)
mewujudkan sistem pembelian Tender melalui
MARAeps sebagai pilot project dan akan
diperluaskan bagi pembelian sebut harga selain
pembelian melalui kaunter.

Hanya pembekal yang telah mendaftar dalam
laman sesawang www.sennego.com dan berjaya
memasuki pasaran MARA sahaja dibenarkan
untuk membuat pembayaran nombor pin melalui
https://bayar.maraeps.my. Nombor pin tender
akan diproses pada hari bekerja oleh pegawai
Telecenter (Kaunter Tender - Ibu Pejabat MARA).

Mereka boleh menghubungi Unit SPE MARA iaitu
03-261 32226 / 32263 atau
e-mel [email protected]

Sumber : Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan MARA

11/2021 - Khidmat Pengurusan 13

MARA ELECTRONIC PAYMENT SYSTEM
(MARAeps)

PENDIGITALAN
KAEDAH BAYARAN
TENDER/SEBUT HARGA
MARA

PEMBELIAN DOKUMEN TENDER PENDAFTARAN PENGGUNA
MELALUI SISTEM MARAeps
Setiap pengguna yang ingin menggunakan
Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan sistem MARAeps, perlu mendaftar terlebih
MARA bermula dari Mei 2021 telah dahulu. Setiap pendaftaran adalah
melaksanakan pembelian dokumen bagi percuma dan tidak dikenakan sebarang
tender secara dalam talian melalui sistem bayaran. Pengguna hanya perlu mendaftar
MARAeps. Sistem ini menambah baik tatacara sekali sahaja bagi menggunakan sistem
pembayaran sedia ada seperti deraf bank/ ini secara berterusan.
kiriman wang/wang pos, dan ia menjimatkan
masa. Aplikasi MARAeps juga boleh dimuat MUAT TURUN DOKUMEN
turun melalui google play store. TENDER SECARA DALAM TALIAN

KADAR KENAAN BAYARAN (CAJ Melalui MARAeps ini, pengguna
PERKHIDMATAN) BAGI PENGGUNAAN tidak perlu hadir ke Ibu Pejabat atau
PEMBELIAN DOKUMEN TENDER Pusat-pusat MARA bagi pembelian
MELALUI MARAeps dokumen tender. Selesai urusan
pembayaran, emel notifikasi akan
Tiada kadar bayaran yang dikenakan kepada diterima oleh urus setia sebelum
pengguna yang menggunakan MARAeps nombor pin dijana dalam tempoh 24
bagi setiap transaksi. Bahagian Kewangan jam hari bekerja. Pengguna boleh
MARA akan menguruskan pembayaran bagi memuat turun dokumen di laman
caj perkhidmatan kepada pihak penyedia sesawang Sennego.com sebaik
sistem iaitu RCB berdasarkan kepada senarai nombor pin dijana dan diterima oleh
transaksi. pengguna.

PENGGUNAAN APLIKASI MARAeps
BAGI DOKUMEN SEBUT HARGA

Pembelian dokumen sebut harga
menggunakan aplikasi MARAeps ini juga
boleh dilaksanakan oleh pusat-pusat
MARA.

Sumber : Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan MARA

14 11/2021 - Khidmat Pengurusan

Sumber : Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan MARA

11/2021 - Khidmat Pengurusan 15

PEROLEHAN DARURAT

PENCERAHAN DAN KEPERLUAN PELAKSANAANNYA

Kuala Lumpur: sebanyak RM593 juta dibelanjakan bagi Perolehan
Darurat peralatan tambahan hospital yang diperlukan bagi merawat kes
Covid-19 sejak dua tahun lalu, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri
Kesihatan YB Khairy Jamaluddin berkata, perolehan yang dibuat pada
tahun 2020 dan 2021 sudah diagihkan mengikut keperluan ke semua
fasiliti kesihatan di seluruh Negara. “Ia termasuk peralatan seperti
katil pesakit biasa, katil pesakit Unit Rawatan Rapi (ICU), ventilator,
ultrabunyi,  body freezer, kontena mayat, silinder oksigen dan lain-lain
lagi. “Ini tidak termasuk sumbangan peralatan yang diterima dari dalam
dan Luar Negara yang bernilai RM148 juta,” katanya menjawab soalan
Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid (PH-Kapar) yang meminta Khairy
menyatakan status kebolehupayaan alatan hospital kerajaan yang
digunakan untuk merawat pesakit Covid-19.

(Sumber: https://www.hmetro.com.my
22 September 2021).

Petikan berita di atas menunjukkan kepentingan bagi agensi kerajaan untuk melaksanakan Perolehan Darurat
sekiranya berlaku sesuatu musibah dan kecemasan. Nilai Perolehan Darurat Kerajaan bagi tahun 2020 dan
2021 telah mencapai hampir setengah bilion ringgit susulan berlakunya pandemik Covid-19. Mengejutkan
bukan?, tetapi, tahukah anda apa itu Perolehan Darurat? Bagaimanakah sesuatu musibah dan kecemasan
itu dikira sebagai darurat? Apakah kaedah untuk melaksanakan Perolehan Darurat? Mari sama-sama kita
dapatkan pencerahannya.

Darurat boleh ditakrifkan sebagai kejadian yang bersifat kecemasan dan/atau luar biasa yang memerlukan
tindakan serta merta supaya tidak menjejaskan kepentingan awam, penyampaian perkhidmatan Kerajaan,
mengekang berlakunya kerosakan berterusan dan menyekat penularan wabak dan seumpamanya. Skop
pembekalan, perkhidmatan dan kerja bagi perbelanjaan/Perolehan Darurat hendaklah setakat untuk
menampung keperluan/keadaan darurat yang berkenaan sahaja (bukan untuk menampung keperluan
pembaikan/pembinaan yang kekal atau sempurna). Contoh keadaan darurat adalah seperti berikut:-

BENCANA ALAM SISTEM BANGUNAN YANG STRATEGIK,
SISTEM KOMPUTER DAN SEUMPAMANYA
Banjir yang luar biasa, jerebu yang luar biasa, gempa
bumi, tanah runtuh, ribut/taufan dan situasi lain yang Mengancam keselamatan atau mengganggu
seumpamanya yang memerlukan kerja-kerja pemulihan, pengoperasian sedia ada dan memerlukan kerja-
pembaikan, pembekalan dan perkhidmatan. kerja pembaikan, pembekalan dan perkhidmatan atau
pencegahan.
WABAK PENYAKIT
KEBAKARAN
Penyakit berjangkit yang luar biasa atau wabak baharu
yang memerlukan pembekalan ubat dan perkhidmatan Mengakibatkan ancaman nyawa atau kerosakan teruk
segera bagi tujuan pembendungan dan kuarantin. yang menjejaskan perkhidmatan kerajaan.

ANCAMAN KESELAMATAN NYAWA DAN
HARTA BENDA

Dari dalam atau luar negara

16 11/2021 - Khidmat Pengurusan

MARA sebagai sebuah Badan Berkanun Persekutuan mempunyai 131 Pusat Tanggungjawab di seluruh
negara. Pusat MARA dibenarkan untuk melantik pembekal/ kontraktor yang dikenal pasti secara Lantikan
Terus/Rundingan Terus bagi melaksanakan pembekalan/perkhidmatan/kerja untuk memenuhi keperluan
darurat tersebut. Pusat MARA setelah mengenal pasti bekalan/ perkhidmatan/kerja yang perlu dilaksanakan
hendaklah serta merta mengeluarkan Surat Arahan Memulakan Bekalan/Perkhidmatan/ Kerja kepada
pembekal/kontraktor untuk melaksanakan pembekalan/ perkhidmatan/kerja dengan segera.

Rujukan lengkap berkaitan Perolehan Darurat adalah merujuk kepada PEKELILING PENGURUSAN
BELANJAWAN PB 3.3 – GARIS PANDUAN PERBELANJAAN. DARURAT (AP 55) DAN PEROLEHAN DARURAT
(173.2) yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan melalui adaptasi Pekeliling Kerajaan atas tajuk yang
sama.

Dalam melaksanakan Perolehan Darurat, Pusat MARA hendaklah membuat pemantauan rapi bagi
memastikan bekalan/perkhidmatan/ kerja darurat disempurnakan mengikut kuantiti bekalan dan skop
perkhidmatan/kerja untuk menampung keperluan darurat yang berkenaan sahaja. Perlu diingatkan, runding
harga antara Pusat MARA dan syarikat pembekal/kontraktor perlu dilaksanakan setelah Perolehan Darurat
selesai dilaksanakan bagi mendapatkan tawaran harga yang munasabah, berpatutan dan mendapat nilai
faedah terbaik kepada MARA.

Bagi memudahkan pemahaman kita sebagai pelaksana bagi Perolehan Darurat, berikut dikongsikan carta
alir ringkas sekiranya berlaku sesuatu insiden yang dikategorikan sebagai darurat.

CARTA ALIR PERBELANJAAN DARURAT DI BAWAH AP 55/
PEROLEHAN DARURAT DI BAWAH AP 173.2

Insiden Darurat Semakan Lengkapkan Sediakan Surat
- Maklum kepada Ketersediaan Laporan Awal Arahan Memulakan
Peruntukan Perbelanjaan
Pengawal (Ap 55/Ap 173.2) Bekalan / Kerja
Program/BAP / Darurat (Lampiran B)
(Lampiran A)
BBS/BKW

Penetapan Tarikh Pengesahan Pemantauan Pembekal /
Mesyuarat Runding Perbelanjaan Pelaksanaan Kontraktor
Darurat oleh Bekalan / Kerja Memulakan
Harga oleh Unit Pengawal Program / oleh Pusat MARA Bekalan / Kerja
Penyelaras
MARA BAP / BBS
(Lampiran C/ D)

Mesyuarat Persetujuan Pembayaran oleh Penyediaan
Runding Harga Harga Tawaran MARA Kepada Laporan Penuh
Antara MARA Pembekal / Oleh Pusat MARA
dan Pembekal / Kontraktor Melalui Pengawal
(14 hari) kepada BKW
Kontraktor

Sumber : Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan MARA

11/2021 - Khidmat Pengurusan 17

PENTADBIRAN
KONTRAK

18 Pesanan Integriti

Penguatkuasaan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) akan terus
dipertingkatkan. Manakala libat urus melalui perkongsian strategik dengan pertubuhan masyarakat sivil
(CSO) dan parti politik akan diperkukuh dalam membanteras rasuah. Rang undang-undang baharu berkaitan
Ombudsman Malaysia juga akan diperkenalkan bagi meningkatkan integriti dan tadbir urus institusi awam.

Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali
Pengerusi Institut Integriti Malaysia

 

11/2021 - Khidmat Pengurusan

JAWATANKUASA

PERUBAHAN
SPESIFIKASI MARA

Kisah Dua Sahabat

Dua (2) orang pegawai yang bertugas sebagai Pentadbir Kontrak telah menerima surat permohonan
perubahan spesifikasi yang dikemukakan oleh kontraktor. Mereka berbincang berkaitan tindakan yang perlu
dilaksanakan.

A Kontraktor hantar surat permohonan perubahan spesifikasi untuk model item yang obsolete. Apa
kita perlu lakukan dengan surat ini?

B Perolehan melalui tender ke?

A Ha ah, tender. Kena sediakan kertas cadangan untuk kelulusan Lembaga Perolehan MARA la kan,
sebab perolehan ini LPM yang luluskan.

B Ye ke?, bukan ke sekarang sudah ada jawatankuasa yang baharu untuk meluluskan perubahan
spesifikasi. Jawatankuasa Perubahan Spesifikasi kan.

A Oh ye ke? Boleh tolong terangkan apa Jawatankuasa Perubahan Spesifikasi MARA tu?

Penubuhan Jawatankuasa Perubahan Spesifikasi MARA diluluskan oleh Majlis MARA pada 20 Mei 2021
bagi mempertimbangkan permohonan perubahan spesifikasi/jenama/model/negara pengeluar/skop dan
katalog bagi perolehan yang diluluskan oleh Lembaga Perolehan MARA (LPM). Skop perubahan spesifikasi
ini diturunkan di peringkat Pegawai Penguasa iaitu MARA berbanding sebelum ini perlu dibentangkan di
Lembaga Perolehan MARA.

A Ok. Sekarang kita sudah tau secara ringkas, tetapi apa punca kuasanya?

B Mari saya jelaskan.

Penubuhan Jawatankuasa Perubahan Spesifikasi MARA ini adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat
Lembaga Perolehan MARA Bil. 9 tahun 2020 pada 23 Disember 2020 yang bersetuju dengan perkara berikut:-

i. Lembaga Perolehan MARA telah membincangkan semula isu berkaitan permohonan perubahan
jenama, model dan spesifikasi bagi perolehan pembekalan peralatan yang kerap dimohon oleh
pihak syarikat/pembekal.

ii. Antara justifikasi yang dikemukakan bagi setiap permohonan perubahan jenama, model dan
spesifikasi yang baharu adalah disebabkan oleh perkara berikut:-


• Pengeluaran model asal telah ditamatkan oleh pengilang.
• Model asal telah tiada dalam pasaran semasa.
• Model asal telah ditukar kepada model baharu yang menawarkan spesifikasi yang lebih tinggi.
• Penjualan model asal tidak menembusi pasaran Malaysia (barangan import).

11/2021 - Khidmat Pengurusan 19

iii. Lembaga menegaskan untuk masa akan datang, sebarang permohonan yang melibatkan perubahan
jenama, model dan spesifikasi boleh diputuskan di peringkat MARA sahaja di mana Pegawai
Penguasa boleh mempertimbangkan untuk meluluskan perkara berkenaan dengan mengambil kira
kriteria peralatan/model/jenama baharu yang ditawarkan oleh pihak syarikat/pembekal hendaklah :-
• Menawarkan spesifikasi yang sama atau setara dengan model asal.
• Menawarkan spesifikasi yang jauh lebih tinggi dari spesifikasi model asal.
• Menawarkan harga yang sama atau kurang daripada model asal.
• Tiada sebarang penambahan kos (implikasi kewangan).
• Tidak melibatkan permohonan Lanjutan Kontrak (Extension Of Contract).

iv. Lembaga berpendapat bahawa permohonan perubahan berkaitan jenama atau negara pengeluar
tidak memberi impak kepada sesuatu peralatan. Ia menepati spesifikasi asal yang telah ditetapkan
oleh MARA.

v. Kelulusan permohonan perubahan jenama, model dan spesifikasi bagi perolehan peralatan ini
tertakluk kepada syarat-syarat di dalam dokumen kontrak yang telah ditandatangani dan keputusan
perlu disegerakan bagi memastikan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) pelajar dapat
berjalan dengan lancar dan tidak terjejas.

vi. Setiap Bahagian hanya perlu memaklumkan kelulusan permohonan berkenaan ke Mesyuarat LPM
sebagai rekod dan makluman kepada Ahli Lembaga bahawa telah berlaku perubahan ke atas jenama,
model atau spesifikasi peralatan bagi tender yang telah diputuskan/dipersetujui di dalam Mesyuarat
LPM yang terdahulu.

vii. Lembaga memaklumkan hanya perubahan ketara yang melibatkan permohonan perubahan
terhadap spesifikasi asal (pengurangan kualiti spesifikasi asal yang diluluskan), perubahan yang
melibatkan penambahan kos dan permohonan pengguguran item sahaja yang perlu dibentangkan
semula ke Mesyuarat LPM.

A Ok jelas. Tapi siapa yang mempengerusikan mesyuarat dan ahlinya siapa? Ha lagi satu, kalau kita
dah sediakan kertas cadangan, nak hantar kepada siapa?

B Ooooo… pengerusi dan keahlian ke? Bersemangat ye awak nak siapkan kertas cadangan ni sampai
nak tahu siapa urus setia.

A Mestilah, maklumat terkini kan, siapa tak suka.

20 11/2021 - Khidmat Pengurusan

Keahlian dan korum bagi Jawatankuasa Perubahan Spesifikasi MARA adalah seperti berikut :-

Pengerusi
Timbalan Ketua Pengarah

Ahli
i) Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi
ii) Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah
iii) Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal
iv) Pengarah Bahagian Kewangan
v) Pengarah Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan
vi) Pengarah Bahagian Binaan dan Selenggaraan
vii) Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat

Setiausaha
Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan

Korum
Tiga (3) orang ahli, termasuk Pengerusi.
Kehadiran Pengarah Bahagian yang terlibat dengan
cadangan perubahan spesifikasi adalah wajib dan dikira

A Punca kuasa dan keahlian dan tahu, bidang kuasanya apa pula?

B Nak kena jelaskan terperinci la ni. Ok, saya jelaskan bidang kuasa dan Terma Rujukan la sekali. Awak
jangan tertidur pula.

A Eh taklah, saya tengah bersemangat la nak tahu ni.

Bidang Kuasa bagi Jawatankuasa Perubahan Spesifikasi adalah seperti berikut:-

• Perubahan jenama atau model atau negara pengeluar atau katalog atau mana-mana kombinasi;
atau

• Perubahan model atau negara pengeluar atau katalog atau mana-mana kombinasi tanpa melibatkan
perubahan jenama.

Terma Rujukan yang ditetapkan bagi Jawatankuasa Perubahan Spesifikasi MARA adalah seperti berikut:-

i. Mempertimbangkan Permohonan Perubahan Spesifikasi/Jenama/Model/ Negara Pengeluar/Skop/
Katalog berdasarkan kriteria berikut:-
• Bekalan/perkhidmatan/ICT tiada dalam pasaran (obsolete/ upgrade/out of stock/change of
parts or accessories).
• Spesifikasi/jenama/model baharu yang ditawarkan adalah setara atau lebih baik.
• Katalog asal yang ditawarkan tidak sepadan dengan spesifikasi yang ditawarkan.
• Pengilang telah tutup perniagaan atau diambil alih.
• Spesifikasi/penilaian teknikal MARA tidak tepat.

ii. Wajaran Pertimbangan:-
• Permohonan diterima dalam tempoh penghantaran masih berkuat kuasa.
• Tempoh kontrak masih berkuat kuasa.
• Pengesahan oleh Jawatankuasa Teknikal.

A

11/2021 - Khidmat Pengurusan 21

A Pengarah kita kena hadir kan dalam mesyuarat tu.
B Ye betul, Pengarah Bahagian yang ada kertas cadangan perlu la hadir. Kalau Pengarah kita tak

hadir, urus setia akan membatalkan kertas cadangan walaupun telah disenaraikan dalam agenda
mesyuarat. Dah kena bentang mesyuarat akan datang. Keputusan perlu di buat cepat.
A Tapikan, saya keliru la sikit. Kalau item ni melibatkan perubahan teknikal, spesifikasi yang terkini,
pertimbangan jawatankuasa tu berasaskan apa ye?
B Bagus la soalan awak ni, soalan yang sangat prihatin. Jangan risau, ada penyelesaiannya.
Pertimbangan jawatankuasa adalah berdasarkan kepada ulasan dan sokongan Jawatankuasa Teknikal bagi
tender yang terlibat. Sehubungan itu, kertas cadangan perlu lengkap dengan menjelaskan setiap perbezaan
spesifikasi teknikal yang merangkumi perubahan jenama, model, negara pembuat dan katalog.
Kertas kerja yang lengkap perlu dikemukakan kepada Urus setia dalam tempoh sekurang-kurangnya lima
(5) hari bekerja sebelum mesyuarat bersidang. Timeline ini adalah perlu dipatuhi bagi memastikan kertas
cadangan tersebut dapat dibentangkan dalam mesyuarat mengikut jadual yang ditetapkan.

CARTA - PERMOHONAN PERUBAHAN SPESIFIKASI MARA

1 Penerimaan surat permohonan daripada Kontraktor.

2 Penyemakan surat permohonan.

3 Proses melengkapkan surat permohonan.

Pengemukaan surat permohonan kepada Jawatankuasa Teknikal/

4 Pengguna (User) yang terlibat.

5 Penilaian Jawatankuasa Teknikal.

6 Penyediaan kertas kerja.

Pembentangan oleh Pengarah Bahagian yang berkaitan untuk

7 pertimbangan Jawatankuasa Perubahan Spesifikasi MARA.

Pengeluaran surat Kelulusan/penolakan permohonan perubahan

8 spesifikasi kepada kontraktor.

Sumber : Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan MARA

22 11/2021 - Khidmat Pengurusan

Tahukah
Anda

MARA telah melaksanakan
kerjasama dengan Bahagian

Keselamatan dan Kualiti
Makanan (BKKM), Kementerian

Kesihatan Malaysia (KKM).

Menjalinkan libat urus bersama kontraktor perkhidmatan membekal, menyedia dan menghidang
Makanan Bermasak Islam di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Kolej MARA (KM).

Membentuk Semua spesifikasi Perkhidmatan Kontraktor akan
kontraktor yang yang telah ditetapkan yang diberi oleh dibimbing untuk:
bertanggungjawab, oleh MARA dapat kontraktor setara • Mendapat
berintegriti dan disampaikan secara dengan peraturan,
amanah dalam menyeluruh kepada piawaian dan prosedur markah Penilaian
melaksanakan semua kontraktor dewan Kementerian Kesihatan Perkhidmatan Bulanan
perkhidmatan yang selera di MRSM dan Malaysia (KKM) yang 90% ke atas.
diberikan. KM termasuk pengawal- sedang berkuat kuasa. • Memperolehi Sijil
pengawal pusat secara ‘Bersih, Selamat dan
komprehensif. Sihat’ (BESS).
• Mendapat penarafan
Gred A bagi kebersihan
premis makanan.

Melaksanakan Latihan Keselamatan Makanan & Pentadbiran Kontrak

Memastikan semua kontrak perkhidmatan membekal, menyedia dan menghidang Makanan
Bermasak Islam dilaksanakan mengikut syarat dan spesifikasi yang telah ditetapkan.

Melaksanakan Pemantauan Secara Bersepadu di Dewan Selera Maktab Rendah Sains MARA
(MRSM) dan Kolej MARA (KM)

11/2021 - Khidmat Pengurusan 23

Pemantauan mengejut secara bersepadu melibatkan Bahagian Pengurusan Aset & Perolehan (BAP),
Bahagian Pengurusan Risiko & Inspektorat (BPIN) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke dewan
selera yang dilaporkan bermasalah bagi mengenal pasti punca permasalahan tersebut dan mencadangkan
langkah-langkah penambahbaikan.

PELAPORAN KES KERACUNAN MAKANAN

Membincangkan cara untuk menangani masalah
yang berkaitan dengan isu keracunan bersama KKM.

Laporan lengkap berkaitan kes keracunan makanan
yang telah berlaku di MRSM atau KM akan
dimaklumkan oleh pihak KKM kepada MARA.

24 11/2021 - Khidmat Pengurusan

PENGURUSAN
FASILITI

Pesanan Integriti

Usaha mendukung integriti dan membanteras rasuah terus dipertingkat bagi menambah baik kecekapan dan
keberkesanan perkhidmatan awam. Dalam hubungan ini, semua agensi kerajaan akan melaksanakan Pelan
Antirasuah Organisasi seperti digariskan di bawah Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) untuk menangani isu

tadbir urus, integriti dan rasuah.

Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali
Pengerusi Institut Integriti Malaysia

 

11/2021 - Khidmat Pengurusan 25

PENGURUSAN RUMAH REHAT MARA (RRM)
PERCUTIAN SANTAI HARGA BAJET

26 11/2021 - Khidmat Pengurusan

DI MANA RRM DAN
BERAPA KADAR SEWA?

Kedah Selangor RM30
Langkawi RM50 RM20
Petaling Jaya Bilik Chengal (Bilik Utama) RM20
Perak Bilik Meranti RM20
Bilik Jati RM50
Manjung RM30 Bilik Angsana RM50
Apartment 2 Bilik Tidur : SA1-1-12 RM50
Marina Island Unit 2-16 RM50 Apartment 2 Bilik Tidur : SA1-1-13
Apartment 2 Bilik Tidur : SA1-1-13A

Marina Island Unit 2-17 RM50

Marina Island Unit 2-26 RM50

Kuala Lumpur RM50
Le Chateau

Pulau Pinang RM70 Negeri Sembilan
RM70
Pulau Pinang 42D
Pulau Pinang 42E

Port Dickson Angsana (Tingkat 4 - No.9) RM30

Port Dickson Angsana (Tingkat 4 - No.10) RM30

Johor Port Dickson Angsana (Tingkat 5 - No.7) RM30

Johor Bahru Unit No. 09-07 RM40 Port Dickson Angsana (Tingkat 5 - No.8) RM30
Johor Bahru Unit No. 09-09 RM40
Port Dickson Angsana (Tingkat 8 - No.9) RM30

Port Dickson – Banglo RM50

Terengganu RM25 Pahang RM30
RM25 RM50
Kuala Terengganu-C-5 RM25 Kuantan - Banglo RM50
Kuala Terengganu-C-6 RM25 Swiss Garden Apartment 2 Bilik Tidur : S2-1-16 RM50
Kuala Terengganu-D-1 RM25 Swiss Garden Apartment 2 Bilik Tidur : S2-1-17 RM50
Kuala Terengganu-E-5 RM30 Swiss Garden Apartment 2 Bilik Tidur : S2-2-16 RM30
Kuala Terengganu-E-6 Swiss Garden Apartment 2 Bilik Tidur : S2-2-17 RM50
Pulau Perhentian Swiss Garden Apartment 2 Bilik Tidur : S2-10-23 RM50
Cameron Highland Copthorne Hotel No.441
Kelantan Cameron Highland Copthorne Hotel No.442

Kota Bharu RV-10C RM50 Sabah RM50
Kota Bharu RV-12B RM50 Kota Kinabalu B10-08
Kota Bharu RV-12C RM50
Kota Bharu TV-12B RM50
Kota Bharu TV-12C RM50
Kota Bharu RV-15C RM50

11/2021 - Khidmat Pengurusan 27

Okey, sekarang sudah tahu di mana terletaknya RRM,
barulah anda boleh merancang percutian bersama
keluarga dengan baik. Selamat bercuti!!!

Sumber : e-Rehat tempahan Rumah Rehat MARA

28 11/2021 - Khidmat Pengurusan

PENGURUSAN FASILITI KUARTERS PENGARAH MARA NEGERI

DAN PEGAWAI MARA DAERAH

MARA telah menyediakan rumah kediaman kepada Demi menjamin keselamatan rumah dan penjagaan
Pengarah MARA Negeri (PMN) serta di kebanyakkan terhadap kuarters tersebut terus terpelihara, kuarters
daerah untuk Pegawai MARA Daerah (PMD). Rumah yang telah disediakan ini tidak boleh dibiarkan
kediaman ini adalah untuk kemudahan pegawai serta kosong. Sekiranya rumah kediaman tidak boleh
keluarganya, supaya PMN dan PMD menumpukan diduduki atas sebab-sebab tertentu khususnya dari
perhatian kepada tugas dan memberi perkhidmatan segi keselamatan atau perlu diubahsuai/diperbaiki,
terbaik. maka pertimbangan boleh diberikan supaya
penghuni dibenarkan tinggal di luar dan Imbuhan
Peranan Pengurusan Fasiliti Tetap Perumahan (ITP) dibayar seperti biasa.

BAP berperanan untuk menyelia kerja Setiap kuarters yang disediakan perlu mempunyai
penyelenggaraan bangunan kuarters bagi jadual selenggaraan yang berkala bagi memastikan
memastikan aset ini sentiasa menepati piawaian kegunaan yang berterusan oleh pihak yang berkaitan.
dan fungsi yang telah ditetapkan. Diantara peranan Kawasan persekitaran dan struktur kuarters ini
pengurusan fasiliti adalah seperti berikut:- hendaklah dijaga dengan baik supaya imej MARA
sebagai pemilik bangunan sentiasa terjaga dan
• Menerima dan menyelaras aduan kerosakan mengelakkan daripada diberikan teguran atau
kuarters. tindakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Manakala
bagi pembekalan perabot dan kelengkapan di rumah
• Memantau kerja penyelenggaraan/pembaikan kediaman Pegawai MARA adalah terhad kepada
yang dilaksanakan. almari siap bina di bilik tidur, dapur dan langsir
sahaja.
• Menguruskan permohonan pembaikan kuarters
dan mengawal selia pelaksanaan kerja Rujukan Pekeliling seperti berikut:-
pembaikan.
i. Surat Pekeliling Bahagian Pengurusan Harta,
• Menyelaras peruntukan dan perbelanjaan bagi Bekalan dan Kontrak Bil.1 tahun 2010.
penyelenggaraan kuarters.
ii. Surat Pekeliling Perkhidmatan MARA
Menyedari peranan besar yang dimainkan oleh Bil.9/2008 – Pengklasifikasian Rumah
PMD dalam perkhidmatan MARA sebagai frontliner Kediaman/Kuarters Pegawai MARA Daerah
dan pelaksana kepada strategi serta dasar MARA, sebagai Rumah Khas Jawatan.
maka MARA telah memutuskan agar rumah
kediaman / kuarters PMN dan PMD dijadikan iii. Surat Pekeliling Perkhidmatan MARA Bil.5/99
sebagai Rumah Khas Jawatan. Pelaksanaan ini – Peraturan mewajibkan semua Pegawai
juga amat bersesuaian dengan tanggungjawab dan MARA di Ibu Pejabat MARA dan Institusi
kepentingan imej yang disandang oleh PMN dan Pendidikan MARA untuk tinggal di rumah
PMD. kediaman yang telah disediakan.

Sumber Foto: Sumber Foto:
PMD Batu Pahat PMN Kedah

Sumber Foto:
PMD Kuala Kangsar

Sumber
Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan MARA

11/2021 - Khidmat Pengurusan 29

PENGURUSAN ASET ALIH
– SATU PENCERAHAN

Anda tidak jelas dan faham tentang peranan Ke mana perginya aset yang telah tiada? Walhal
pegawai aset? Ini antara perkara pokok yang perlu di dalam daftar masih lagi wujud. Apakah
diberi penekanan sekiranya menjadi Pegawai kebarangkalian yang berlaku?.
Aset yang dilantik oleh Pusat Pentadbiran MARA.
Peranan Pegawai Aset seperti di bawah:- Aset yang tidak lagi wujud dari segi fizikal perlu
dibuat hapus kira dan tanggungjawab Pegawai Aset
• Penerimaan. memastikan setiap kehilangan aset perlu dilaporkan
• Pendaftaran. dengan serta merta kepada Pengawal Pusat dan
• Penggunaan, penyimpanan dan pemeriksaan. laporan polis hendaklah dibuat dengan segera
• Penyelenggaraan. dalam tempoh kurang daripada 24 jam dari masa
• Pelupusan. kehilangan diketahui.
• Kehilangan dan hapus kira.
• Menguruskan pelantikan Pegawai Pemeriksa Selain itu, aset sedia ada perlu dibuat pemeriksaan
secara berkala bagi memastikan:-
Aset Alih, Pegawai Pemeriksa Pelupusan dan
Jawatankuasa Penyiasat. • Keadaan/keupayaan suatu aset dalam
• Menjadi urus setia kepada Mesyuarat keadaan baik dan sempurna.
Jawatankuasa Pengurusan Aset Peringkat
Pusat. • Aset sentiasa diselenggara
• Menyedia dan menyelaras laporan suku • Memastikan setiap aset mempunyai daftar/
tahun untuk dibentangkan dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Pengurusan Aset Peringkat rekod yang lengkap, tepat dan kemas kini.
Pusat yang diadakan setiap tiga (3) bulan • Memastikan setiap aset berada di lokasi sama
sekali.
• Menyedia dan mengemukakan Laporan seperti yang tercatat dalam daftar.
Tahunan ke BAP.
Arahan dan pekeliling yang jelas seperti yang
Mudah bukan? termaktub di dalam Surat Pekeliling Am MARA
Bil. 2/2015 - Tatacara Pengurusan Aset Alih
Kenapa kita perlu segera buat pelupusan? Kenapa MARA dan Surat Pekeliling Am MARA Bil. 3/2015 -
tidak dibiarkan sahaja? Itu adalah persoalan yang Tatacara Pengurusan Stor MARA diguna pakai bagi
sentiasa berlegar dalam pemikiran sekiranya tidak memastikan pengurusan aset di Pusat Pentadbiran
ambil berat tentang perkara ini. Semua aset yang MARA berjalan lancar dan mengikut tatacara yang
memenuhi syarat dan justifikasi perlu disegerakan telah ditetapkan.
proses pelupusan bertujuan untuk:-

• Memastikan Pusat MARA tidak menyimpan
aset alih yang tidak boleh diguna atau tidak
diperlukan.

• Menjimatkan ruang simpanan/pejabat.
• Memastikan pelupusan boleh menjana hasil

kepada MARA.
• Proses perolehan aset boleh dilaksanakan.

Sumber : Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan
MARA

30 11/2021 - Khidmat Pengurusan

PENGURUSAN REKOD ELEKTRONIK DOCUMENT DIGITAL
MANAGEMENT SYSTEM (DDMS) 2.0

Pengurusan Rekod Elektronik atau DDMS 2.0 Penggunaan DDMS 2.0 akan membantu warga
dilaksanakan adalah untuk memastikan fungsi MARA dalam membudayakan pengurusan rekod
pewujudan, penawanan, penyimpanan, pengedaran elektronik serta dapat menangani peralihan dan
dan pelupusan rekod dilaksanakan secara perubahan dari persekitaran konvensional kepada
sistematik dan terkawal. Ia mengikut peraturan dan persekitaran elektronik. Capaian rekod yang lebih
prinsip-prinsip pengurusan rekod yang digariskan pantas, sistematik dan menjimatkan masa juga
dalam Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629), Pekeliling membantu memudahkan pemantauan kerja di
Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007: Panduan peringkat semua penyelia. Pelaksanaan DDMS 2.0
Pengurusan Pejabat, MS 2223:2009 - Information juga dapat menyokong pelaksanaan ICT Hijau ke
and Documentation – Records Management Part arah penjimatan dan pengurangan kertas.
1 – General dan MS 2223:2009 - Information and
Documentation – Records Management Part 2 –
Guidelines.

Penyimpanan Pelbagai Jenis Rekod Pada Platfrom
Secara Cloud Computing

Sumber : Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan MARA

11/2021 - Khidmat Pengurusan 31

PENGURUSAN
ASET

32 Pesanan Integriti

Agensi kerajaan, badan korporat dan sektor swasta juga perlu meneruskan segala usaha pemantapan
integriti dan tadbir urus. Ini kerana keterlibatan semua pihak sangat kritikal dalam memastikan
pengamalan budaya integriti dapat dijayakan dengan sempurna. Usaha menambah baik sistem

pengurusan dalaman organisasi dan mengadakan program dan aktiviti bertemakan integriti, etika
dan tadbir urus baik bukan sekadar setiap tahun pada Hari Integriti Nasional, namun perlu berterusan

dilaksanakan oleh setiap organisasi.
Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali
Pengerusi Institut Integriti Malaysia
 

11/2021 - Khidmat Pengurusan

PELAKSANAAN
PENGURUSAN ASET
TAK ALIH (ATA)

Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA mengadakan lawatan ke Pengkalan Chepa, Kota
Bharu, Kelantan.

Aset Tak Alih (ATA) bermaksud aset yang kekal
dan tidak boleh dialih dari tempatnya iaitu tanah,
infrastruktur dan bangunan.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ‘TANAH’?

Merujuk kepada Kanun Tanah Negara 1965, tanah
termasuklah:
• Permukaan bumi dan segala benda yang menjadi

permukaan bumi tersebut.
• Bumi di bawah permukaan bumi dan segala

benda di dalamnya.
• Segala tumbuhan dan lain-lain keluaran

semulajadi, sama ada atau tidak memerlukan
penggunaan buruh secara berkala atau
pengeluarannya, dan sama ada di atas atau di
bawah permukaan bumi.
• Segala benda yang bercantum kepada bumi
atau yang terpasang dengan kekal kepada apa-
apa benda yang bercantum kepada bumi, sama
ada di atas atau di bawah permukaan bumi.
• Tanah yang diliputi air.

Sumber : Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan MARA

11/2021 - Khidmat Pengurusan 33

APAKAH KAEDAH YANG DIGUNAKAN UNTUK PEROLEHAN TANAH?

Proses ringkas bagi kaedah yang dilaksanakan seperti berikut:

a Pengambilan Tanah

Terima Cadangan Isi Borang Terima Notis Bayaran
Perolehan Jadual 1 Pampasan & Notis
5A
(Kembaran A)

Kelulusan Kelulusan Majlis Bayar Pampasan dan
Kembaran A MARA Notis 5A

Permohonan Perakuan Suratan Hakmilik
Pengambilan Tanah Jawatankuasa
Pengurusan MARA Suratan Hakmilik
ke Pejabat Tanah
Bayar Notis 5A Makluman kepada
b Pemberimilikan Tanah Kerajaan Majlis MARA (bagi
Terima Notis 5A kelulusan muktamad
Terima Cadangan
Perolehan harga)

(Kembaran A) Persediaan Dokumen
Perjanjiian (S&P)
Kelulusan Persediaan untuk
Kembaran A
bayaran sepertimana
Perakuan Kelulusan Majlis pecahan bayaran
Jawatankuasa MARA rujukan PK2.1
Pengurusan MARA

c Pembelian Tanah Orang Perseorangan, Syarikat dan Perbadanan

Terima Cadangan Lembaga
Perolehan Perolehan MARA
(memuktamadkan
(Kembaran A)
harga)

Kelulusan Jawatankuasa Runding
Kembaran A Harga (rundingan bg
mendapatkan harga
yang munasabah)

Perakuan Kelulusan Majlis
Jawatankuasa MARA
Pengurusan MARA

34 11/2021 - Khidmat Pengurusan

ADAKAH ANDA TAHU PROSES PEROLEHAN TANAH?

Empat (4) elemen penting dalam proses perolehan viii. Borang H - Pemberitahuan dan Tawaran
hartanah iaitu: Pampasan

1 CADANGAN PEROLEHAN (KEMBARAN A) Pemberitahuan perbicaraan dan tawaran
pempasan berhubung tanah yang
Borang Kajian Cadangan Perolehan Tanah dicadangkan.
(Kembaran A) adalah merupakan proses pertama
dalam perolehan tanah. Justeru, ia merupakan ix. Borang K - Pemberitahuan Bahawa Tanah
perkara yang penting dalam setiap proses Telah Diambil Milik
perolehan hartanah. Kembaran A perlu disedia dan
disempurnakan oleh Pejabat MARA Negeri dan Notis bahawa milikan tanah/peletakhakkan
disalinkan oleh pengguna (user) sekiranya MARA petak tanah yang dicadangkan secara
berhasrat untuk memiliki hartanah bagi tujuan rasminya telah diambil dan diisytiharkan
pembangunan projek-projek khususnya di dalam hakmilik kerajaan
bidang pendidikan dan komersial (usahawan).
3 KELULUSAN
2 TERMINOLOGI/BORANG BERKAITAN
Kelulusan perlu diperolehi terlebih dahulu bagi
i. Jadual 1- Jadual Pertama membolehkan urusan perolehan hartanah
Permohonan bagi mana-mana tanah diteruskan sepertimana peruntukan kuasa yang
diberikan seperti berikut:
Kerajaan yang dihasratkan.
i. Ketua Pengarah – Kembaran A
ii. Notis 5A – Notis Bahawa Hasil Tanah Harus ii. Jawatankuasa Pengurusan MARA –
Dibayar
Perakuan Cadangan Perolehan
Notis arahan menjelaskan sejumlah iii. Jawatankuasa Runding Harga – Rundingan
bayaran kepada Pentadbir Tanah sebelum
hakmilik dikeluarkan. untuk mendapatkan harga yang munasabah
(bagi pembelian secara rudingan terus)
iii. Borang 12A - Penyerahan Balik Tanah iv. Majlis MARA – Kelulusan Perolehan
(Keseluruhan Tanah) v. Lembaga Perolehan MARA – Kelulusan
bagi memuktamadkan harga rundingan
Apa-apa permohonan untuk kelulusan oleh (bagi pembelian secara rundingan terus)
tuanpunya tanah yang ingin menyerah balik
seluruh tanah kepada Pentadbir Tanah. 4 SURATAN HAKMILIK (GERAN)

iv. Borang 12B - Penyerahan Balik Tanah Merupakan proses terakhir bagi perolehan tanah
(Sebahagian Tanah) selepas menjelaskan bayaran Notis 5A yang
telah ditetapkan oleh Pentadbir Tanah. Seksyen
Apa-apa permohonan untuk kelulusan oleh 87 Kanun Tanah Negara 1965 memperuntukan
tuanpunya tanah yang ingin menyerah balik bahawa tanah yang dimohon hendaklah diberi
satu bahagian sahaja kepada Pentadbir milik di bawah hakmilik Pejabat Pendaftaran sama
Tanah. ada di bawah Pajakan Negeri atau Mukim atau
Geran Kekal yang mengandungi butiran pemilikan
v. Borang 14A – Pindahmilik Tanah seperti pelan tanah yang diperakui oleh Pihak
Pindahmilik tanah secara keseluruhan/ Pengarah Ukur dan Pemetaan.

sebahagian bagi mana-mana tanah yang
diberimilik.

vi. Borang 15A - Pajakan Tanah
Tuanpunya mana-mana tanah berimilik

bolehlah memberi pajakan seluruh atau
mana-mana bahagian dari tanah tersebut.

vii. Borang E - Pengambilan Yang Dicadangkan: Sumber : Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan MARA
Notis Siasatan

Pemberitahuan Siasatan berhubung
pengambila tanah yang dicadangkan.

11/2021 - Khidmat Pengurusan 35

CABARAN MENDEPANI

SENARIO 1: PENCEROBOHAN

PENYERAHAN SEBAHAGIAN DAN PEMBERIMILIKAN SEMULA TANAH DISEBABKAN
PENCEROBOHAN

FAKTA
Tanah pajakan Kerajaan Negeri kepada MARA selama 60 tahun seluas 30 ekar telah dibangunkan premis
perniagaan seluas 10 ekar dan Institusi Pendidikan MARA seluas 5 ekar.
ISU
Terdapat sebuah rumah ibadat terletak bersebelahan tanah tersebut dan ia telah wujud di tapak berkenaan
sebelum MARA membangunkan tanah tersebut. Walau bagaimanapun, hasil daripada pemantauan MARA,
didapati rumah ibadat tersebut telah membuat pembesaran struktur bangunan yang melibatkan sebahagian
tanah MARA.
SOLUSI
Lanjutan itu, MARA membuat penyerahan sebahagian tanah terlibat kepada Kerajaan Negeri melalui
tindakan pelupusan aset MARA mengikut Seksyen 200 melalui Borang 12B beserta dokumen-dokumen lain
yang diperlukan oleh Pentadbir Tanah. Seterusnya pengukuran semula perlu dilaksanakan bagi mendapat
hakmilik dengan keluasan baharu.

SENARIO 2: TANAH GANTIAN (SWAP)

PELUPUSAN TANAH TAPAK KUARTERS PEGAWAI MARA DAERAH

FAKTA
MARA telah diberi pemilikan satu (1) bidang tanah di atas nama Rural and Industrial Development Authority
(RIDA) yang berstatus milik bebas. Tapak ini pada asalnya telah dibangunkan rumah banglo papan setingkat
pada tahun 1959.
ISU
Tanah ini telah terlibat dalam pembinaan pembesaran sebuah pusat keagamaan. Lanjutan itu, MARA diminta
menyerahkan balik tanah berkenaan dan akan digantikan (swap) dengan tapak baharu.
SOLUSI
Pejabat Daerah dan Tanah memaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah
meluluskan cadangan tapak gantian (swap).

36 11/2021 - Khidmat Pengurusan

SENARIO 3: PELUPUSAN TANAH

PENYERAHAN DAN PELUPUSAN TANAH TAPAK KUARTERS PEGAWAI MARA DAERAH SELUAS
0.5 EKAR

FAKTA

Tanah pajakan Kerajaan Negeri kepada MARA selama 60 tahun yang akan berakhir pada 21 Mei 2021
berkeluasan 0.5 ekar untuk dibangunkan kuarters Pegawai MARA Daerah. Syarat nyata bagi tanah ini adalah
bangunan kediaman.

ISU

Pada 29 Jun 2020, tanah tapak kuarters tersebut telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri dengan tempoh
pelanjutan pajakan selama 99 tahun yang akan berakhir pada 20 Mei 2119. Sehubungan itu, MARA perlu
menjelaskan sejumlah bayaran premium bagi tempoh pajakan tersebut. Walau bagaimanapun, MARA tidak
berhasrat untuk meneruskan pajakan tanah tersebut disebabkan lokasi tanah yang tidak bersesuaian dan
keluasan terhad untuk pembangunan. Justeru, dicadangkan untuk diserahkan kepada Kerajaan Negeri dan
seterusnya dilupuskan dari aset MARA.

SOLUSI

MARA telah membuat penyerahan balik tanah seluas 0.5 ekar kepada Kerajaan Negeri di bawah tindakan
pelupusan aset MARA mengikut Seksyen 197 Kanun Tanah Negara 1965 melalui Borang 12A beserta
dokumen-dokumen lain yang diperlukan oleh Pentadbir Tanah.

Sumber : Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan MARA

11/2021 - Khidmat Pengurusan 37

Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA
Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA

50609 Jalan MARA Kuala Lumpur
Tel: 03-2613 2401 Fax: 03-2691 0075

Email: [email protected]
www.mara.gov.my

38 11/2021 - Khidmat Pengurusan


Click to View FlipBook Version