SIDANG EDITOR berita
Penerbit : Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA
PENAUNG
Razlan bin Haji Samsuri
Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA
PENERBIT EKSEKUTIF Sidang Editor e-Berita Pendidik berhak meminda
Nor Zaini binti Abu Kassim mengubah dan menggarap manuskrip yang
Pengarah dihantar agar bersesuaian dengan garis panduan
Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA yang ditetapkan dan tidak mengubah isi asalnya.
Semua manuskrip yang diterima sama ada disiarkan
PENERBIT ataupun tidak disiarkan tidak akan dikembalikan.
Jamizan bin Baki Manuskrip ini juga boleh digunapakai oleh pihak
Timbalan Pengarah II yang diberi kebenaran untuk masa-masa akan
datang. Kami mengalu-alukan sebarang cadangan
EKSEKUTIF EDITOR atau komentar, surat menyurat, rencana dan ulasan
Zuliana Haslinda binti Anhar Zubir ke meja Sidang Redaksi atau email ke infobitk@
Timbalan Pengarah I mara.gov.my
EDITOR/WARTAWAN
Tik Shaiza binti Ariffin
Penolong Pengarah
KREATIF Sebarang pertanyaan hendaklah dialamatkan
Nor Azmira binti Mohd Azami kepada:
Penolong Pengarah
Pengarah
JURUFOTO Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA
Produksi Kreatif Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA
50609 Jalan MARA, Kuala Lumpur.
TEKNIKAL & HEBAHAN Tel: 03 2613 2401
Iswardy Adha bin Mohamad Faks: 03 2691 0075
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Kanan) Email: [email protected]
2 MEI 2021
e-Berita Pendidik
ISI KANDUNGAN
Ucapan Hari Pendidik 4
6
Graduasi Maya Pertama IPMA 8
KMS Raih Pengiktirafan Antarabangsa
Lawatan Kerja Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan
(UPE) JPM ke MJII
2 Guru MRSM TMFS Finalis Cikgu Kickstart 9
10
Emas Untuk Inovasi DigiMatics MRSM Mersing 11
di IDIIC 2021 12
Anugerah Merit Antarabangsa (Croatia) Untuk
2 TVET MARA
Salam Perantauan
Pensyarah MARA Pemeriksa Kertas Peperiksaan Antarabangsa 14
18
Wan Rohila Wan Hassan
Pendidik Terbilang
Dari Meja Pengarah BPT 20
26
Digitalisasi dan Inovasi - Hikmah Dalam Musibah 28
Mengurus Kebanjiran Maklumat Rasmi Daripada WhatsApp
Kepada Wakelet
Perkemaskan Isi Rujukan Anda Dengan Wakelet 30
Program E-Learning MARA 2021 32
5 Stress Management Tips for Online Teachers 34
MEI 2021 3
e-Berita Pendidik
4 MEI 2021
e-Berita Pendidik
MEI 2021 5
e-Berita Pendidik
GRADUASI MAYA PERTAMA IPMA
KMS RAIH PENGIKTIRAFAN
ANTARABANGSA
Kekangan mengadakan graduasi Malaysia (KPM) iaitu SK Senawang 3,
secara fizikal akibat COVID-19 dan Seremban juga menggunakan video
Perintah Kawalan Pengerakan (PKP), graduasi ini sebagai rujukan utama bagi
mencetuskan inovasi MARA dan Kolej mengadakan majlis graduasi secara
MARA Seremban untuk menghasilkan maya sekolah tersebut.
Video Graduasi Maya KM Seremban
2020. Menurut Dr. Sa’aidah Abdul Graduasi secara maya oleh KMS
Rahman, Pengarah KMS, cetusan idea ini telah mendapat pengiktirafan besar
inovasi ini dilihat masih mempunyai dalam pertandingan-pertandingan
elemen khusus graduasi secara fizikal inovasi yang disertai oleh KMS. Dalam
seperti perarakan masuk graduan dan pertandingan Innovation, Invention &
pengurusan kolej serta penerimaan Entrepreneur Carnival 2021 (IIEC21), ia
skrol yang secara tidak langsung dapat telah meraih Pingat Emas. Sementara
mencetuskan mood graduasi dalam Pingat Gangsa telah diperolehi dalam
kalangan graduan. “Graduasi maya ini pertandingan The International Virtual
memberi impak yang sangat positif Educational Invention, Innovation, and
kerana dapat memenuhi impian para Design Competition 2020 (iVEDIIC2020),
graduan untuk bergraduasi walau hanya anjuran UITM.
menggunakan platform maya. Kami
berdepan dengan pelbagai cabaran Untuk 20th Malaysia Technology
baharu kerana pembikinan video Expo 2021 (MTE), satu pertandingan
graduasi ini mengambil masa selama inovasi peringkat antarabangsa yang
sebulan dan menuntut pengorbanan sememangnya dinanti-nanti oleh
dan kesabaran.” semua innovators di Malaysia, Graduasi
Maya KMS telah memenangi Pingat
Tidak hanya menjadi institusi Gangsa dalam Kategori Public Service
IPMA pertama yang mengadakan Innovations Awards (PSIA).
graduasi sebegini, Video Graduasi Maya
KM Seremban 2020 yang berdurasi Melalui pertandingan ini, yang
selama satu (1) jam serta proses mendapat penyertaan daripada lebih 30
pembikinan video seperti Timeline buah negara, sebanyak 566 buah inovasi
Video Graduasi dan Voice Over telah dibawa oleh innovators dari serata
dijadikan rujukan kepada 53 Maktab dunia. 3 kategori telah dipertandingkan
Rendah Sains MARA (MRSM). Bukan iaitu International Innovation Awards
sahaja dalam kalangan institusi (IIA), Asian Youth Innovation Awards
Pendidikan MARA, sebuah sekolah (AYIA) & Public Service Innovations
di bawah Kementerian Pengajian (PSIA). Inovasi Graduasi Maya KM
6 MEI 2021
e-Berita Pendidik
Seremban 2020 mempunyai nilai tambah yang boleh dijadikan
rujukan buat institusi pendidikan lain di Malaysia dengan Pingat
Gangsa yang diperolehi.
Impak yang lebih maksima melalui graduasi maya tersebut
adalah apabila KMS berjaya menjimatkan kos keseluruhan
penganjuran graduasi sebanyak 70% (lebih kurang RM90,000.00)
dan penjimatan jawatankuasa bertugas berbanding Graduasi
KMS 2019 yang dibuat secara fizikal.
Graduasi maya yang mempunyai elemen graduasi fizikal
adalah sangat relevan dengan keadaan dunia kini yang sedang
berjuang memerangi penularan Covid-19 dan diharapkan dapat
dijadikan inspirasi kepada Institusi Pendidikan MARA yang lain.
Sumber: Kolej MARA Seremban
Suntingan : BITK
MEI 2021 7
e-Berita Pendidik
LAWATAN KERJA PENGARAH
BAHAGIAN PEMBANGUNAN
MODAL INSAN (UPE) JPM ke
MJII
Pengarah Pembangunan Modal Insan, Unit Perancang
Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Encik Lukman bin Ahmad
telah mengadakan lawatan kerja ke MARA-Japan Industrial
Institute (MJII) pada 12 April 2021.
Tujuan lawatan adalah untuk membuat pemantauan
terhadap projek-projek pembangunan di bawah seliaan
Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Selain daripada Bahagian Kemahiran dan Teknikal
(BKT), lawatan turut disertai oleh wakil Kementerian
Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Pejabat MARA Negeri
(PMN) Selangor dan Yayasan Pelajaran MARA (YPM).
Antara pengisian program adalah taklimat berkaitan
pencapaian dan kejayaan MJII dalam pertandingan yang
disertai seperti inovasi, World Skills dan lain-lain. Di samping
itu, delegasi juga dibawa ke Galeri Narita untuk melihat
beberapa projek inovasi yang telah dihasilkan.
Tempat-tempat lain yang turut dilawati adalah
makmal-makmal seperti RTOS Lab, Labview Academy,
Scada Lab, Pneumatic Lab, Microtik Academy, Robotic Lab
dan Cleanrooom bagi melihat dengan lebih jelas peralatan-
peralatan yang digunakan di MJII.
Sumber : Unit Media BKT
Suntingan : BITK
8 MEI 2021
e-Berita Pendidik
2 Guru MRSM TMFS
Finalis Cikgu Kickstart
Cikgu Kickstart adalah merupakan
pertandingan peringkat kebangsaan yang
dianjurkan oleh Edufication dengan Kerjasama
YTL Foundation, Teach For Malaysia, ECM Libra
Foundation dan Pemimpin.
Dua orang guru MARA daripada MRSM
Tun Mohd Fuad Stephens telah menyertai
pertandingan ini. Mereka adalah Mohammad
Aliff Bin Othman (Guru Geografi) dan Mohamad
Fadzil Bin Rosman (Guru Matematik). Kedua-
duanya telah berjaya menempatkan diri dalam
senarai finalis Top 15 dengan projek mereka
yang diberi nama ‘Kampung-Code’ dan
‘Zetrobah”. Terdapat 200 buah penyertaan yang
diterima daripada guru-guru seluruh negara.
Kedua-dua projek ini telah dibentangkan
pada peringkat akhir secara Live Facebook
pada 20 Mei 2021. Keputusan pertandingan
akan diumumkan pada Jun 2021.
Pertandingan ini memberikan
insentif dalam bentuk Geran Dana untuk
merealisasikan projek yang telah dilaksanakan
oleh guru seluruh Malaysia dalam membantu
meningkatkan pendidikan sama ada di sekolah
ataupun komuniti. Semoga kejayaan cemerlang
mengiringi penyertaan dua guru MARA ini.
Sumber : MRSM TMFS
Suntingan : BITK
MEI 2021 9
e-Berita Pendidik
Emas untuk Enam (6) orang pelajar tingkatan 5 MRSM
Inovasi DigiMatics Mersing telah berjaya meraih emas untuk satu
projek inovasi yang diberi nama Inovasi DigiMatics
MRSM di pertandingan International Digital Innovation dan
Mersing Invention Challenge 2021 (IDIIC), anjuran Kelab Inovasi
Di IDIIC 2021 & Rekacipta Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh,
Kelantan.
10 MEI 2021
e-Berita Pendidik Anugerah Emas ini merupakan antara satu
daripada enam (6) kategori yang dipertandingkan.
Tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Nizam
bin Ismail (Guru), Muhammad Zulkifli Ariffin bin
Mohd Aminudin, Muhammad Syahmie bin Zulazmi,
Nur Aina Shofia binti Norazizoliraman, Nur Nazurah
binti Mohamad Shukri dan Yasmine binti Azam
diatas kejayaan ini. Ciptaan mereka yang merupakan
sebuah bentuk permainan kad matematik yang telah
didigitalkan dan boleh digunakan secara dalam talian
dengan menggunakan aplikasi telegram. Kelebihan
Digimatics juga telah mengurangkan penggunaan
kertas di samping merangsang minat pelajar kepada
matematik.
Pertandingan ini tidak hanya disertai oleh
sekolah-sekolah di Malaysia tetapi juga sekolah-
sekolah dari Indonesia dan Brunei Darulsalam.
Kelab Inovasi dan Rekacipta SM Sains Pasir Puteh
telah bekerjasama dengan Unit Sekolah Berasrama
Penuh, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Fakulti
Pengurusan Maklumat, UITM (Cawangan Kelantan),
Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Bukit Tinggi,
Indonesia dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei
Darussalam untuk menganjurkan pertandingan ini.
Kerjasama antara institusi pendidikan di rantau Asia ini
dilihat mampu mewujudkan satu jalinan persefahaman
yang erat dan mengukuhkan hubungan akademik
serantau.
Sumber : MRSM Mersing
Suntingan : BITK
ANUGERAH MERIT ANTARABANGSA
(CROATIA) UNTUK 2 TVET MARA
Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Kuantan dan
MARA-Japan Industrial Institute (MJII) telah menerima Anugerah
Merit Antarabangsa dari Crotia menerusi Pertandingan Malaysia
Technology Expo (MTE) 2021.
Projek masing-masing adalah bertajuk Flexsilk (KKTM
Kuantan) dan Smart Home Hydroponics System For Low Scale
Cultivation Using Arduino (MJII).
Pertandingan ini dilaksanakan secara maya susulan
penularan Covid-19. Peserta perlu menyediakan video dan
laporan projek inovasi bagi memenuhi penilaian panel. Penilaian
dilaksanakan bermula daripada pengisian borang penyertaan,
laporan projek inovasi, penghasilan dan memuatnaik video ke
youtube, pembentangan dan Q&A oleh panel penilaian.
Projek Fleksilk dari KKTM Kuantan yang diketuai Encik
Firdaus bin Mohd. Noh juga memenangi satu lagi anugerah iaitu
Anugerah Khas MTUN TVET International Inovation Awards.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada KKTM Kuantan
dan MJII.
Sumber: Unit Media BKT
Suntingan : BITK
MEI 2021 11
e-Berita Pendidik
Salam Perantauan
Salam Perantauan
ALUMNI KKTM KUANTAN DI UNIVERSITY OF ADELAIDE, AUSTRALIA
Dari kiri :
Muhamad Fakhrul Adam Mohd Muhayadin | Qayyum Iman Sakri | Arif Fahmi Hisam | Raid Izfan Roslan
Salam Perantauan
ALUMNI KKTM SRI GADING DI UNIVERSITY OF NEW SOUTH WALES,
SYDNEY AUSTRALIA
Dari kiri :
Mohamad Taufiq bin Mohd Salleh | Ahmadi Sufi bin Murtadza | Nurfatin Afiqah binti Muhammad Haris |
Nur Hanin binti Mohd Hamdan
12 MEI 2021
e-Berita Pendidik
Salam Perantauan
Salam Perantauan
ALUMNI KKTM KUANTAN DI UNIVERSITY OF QUEENSLAND, AUSTRALIA
Nurul Huda binti Khairul Nasir | Nurnaimi Amirah binti Azmi
Salam Perantauan Salam Perantauan
ALUMNI KKTM PETALING JAYA ALUMNI KKTM LEDANG DI
DI UNIVERSITY OF CARDIFF, UK. UNIVERSITY OF STRATHCLYDE,
UNITED KINGDOM
Balqis binti Wira Hanun Hamizah binti Zakria
MEI 2021 13
e-Berita Pendidik
Pensyarah MARA
Pemeriksa Kertas Peperiksaan Antarabangsa
Peperiksaan akhir Pemeriksa yang dilantik yang amat berpengalaman
untuk menyedia dan
A-Level dan Diploma merupakan pensyarah yang memurnikan skema jawapan
kertas peperiksaan akhir IB
International Baccalaureate berpengalaman serta pakar yang kemudiannya menjadi
rujukan semua pemeriksa di
lazimnya akan diduduki oleh bagi subjek masing-masing seluruh dunia.
semua pelajar dari seluruh dan telah lulus dalam proses
dunia pada sekitar bulan saringan yang ditetapkan.
Mei dan Jun setiap tahun Semua pemeriksa juga diberi
termasuk pelajar MARA di latihan secara berkala bagi
Kolej MARA Seremban (KMS) memastikan tahap kualiti MARA amat berbangga
dan Kolej MARA Banting penilaian menepati standard dengan kepercayaan yang
(KMB). Peperiksaan yang dunia. Terdapat pensyarah diberikan oleh CIE dan IBO
dijalankan dikawalselia oleh MARA yang bukan sahaja kepada pensyarah yang
Badan Tauliah program dilantik sebagai pemeriksa terlibat. Pelantikan ini bukan
masing-masing iaitu tetapi turut menggalas sahaja menunjukkan pendidik
Cambridge Assessment tanggungjawab sebagai MARA komited menjalankan
International Education Team Leader (TL). Setiap TL aktiviti Pengajaran dan
(CIE) di Cambridge, United merupakan ketua kumpulan Pembelajaran (PdP), tetapi
Kingdom dan International kepada pemeriksa dan perlu juga diiktiraf di peringkat
Baccalaureate Organization membimbing pemeriksa lain antarabangsa. Syabas
(IBO) yang berpusat di Geneva, sepanjang tempoh penilaian diucapkan kepada para
Switzerland. dilaksanakan. pensyarah MARA yang telah
dilantik dan diharapkan akan
Bagi tahun 2021, Selain itu, tiga (3) orang menggalas tanggungjawab
terdapat 45 orang pensyarah pensyarah MARA dilantik oleh
MARA yang telah dilantik oleh IBO sebagai Standardization yang diamanahkan dengan
CIE dan IBO untuk menjadi Team Member (STM). IBO
pemeriksa kertas peperiksaan melantik seramai 3 sehingga cemerlang seiring dengan
bersama-sama pensyarah 4 orang pensyarah bagi setiap
lain dari seluruh dunia. subjek di kalangan pensyarah para pensyarah IB dan A-Level
di pelosok dunia.
Senarai Examiner bagi program A-Level
Kolej MARA Seremban (KMS)
Physics
Asril Azizan Bin Mosing
Mathematics
Wan Suhaila Binti Wan Nawang
14 MEI 2021
e-Berita Pendidik
Senarai Examiner bagi program Diploma
International Baccalaureate (IB)
Mawarzah Binti Dali @ Mahat Mohd Fadzlanor Bin Abdullah Muhammad Azha Bin Yunos
Business Management Chemistry Malay A
Standardisation Team Member (STM) & Standardisation Team Member (STM) & Standardisation Team Member (STM) &
Team Leader (TL) Team Leader (TL) Examiner
Kolej MARA Banting (KMB) Bhg. Pendidikan Tinggi MARA (BPT) Kolej MARA Banting (KMB)
Mazlina Binti Ab Razak Norsiah Binti Omar
Mathematics: Application and Business Management
Interpretation Team Leader (TL)
Team Leader (TL) Kolej MARA Banting (KMB)
Kolej MARA Banting (KMB)
Senarai Examiner bagi program Diploma
International Baccalaureate (IB)
Kolej MARA Banting (KMB)
English A
Nurulasyiqin Binti Ikhwan Nasir
English B
Nursaidah Binti Mohd Tahir
Azlinawaty Binti Azman Shah
Roziah Binti Adnan
Shereen Binti Nasir (Bhg. Pendidikan Tinggi MARA (BPT)
Senarai Examiner bagi program Diploma
International Baccalaureate (IB)
Kolej MARA Banting (KMB)
Physics
Mazwiyan Binti Amran
MEI 2021 15
e-Berita Pendidik
Senarai Examiner bagi program Diploma
International Baccalaureate (IB)
Kolej MARA Banting (KMB)
Mathematics : Mathematics :
Analysis and Approaches Application and Interpretation
Norhidawati Binti Hussain Surinam Binti Hassan
Jamaliah Binti Jusoh
Senarai Examiner bagi program Diploma
International Baccalaureate (IB)
Kolej MARA Banting (KMB)
Theory of Knowledge
Nur Haziyati Binti Hajarudin
Fazlinda Binti Md Fadzil
Iza Nor Farida Binti Mohd Sarif
Senarai Examiner bagi program Diploma
International Baccalaureate (IB)
Kolej MARA Banting (KMB)
World Religion
Siti Aisyah Binti Musa
Johaina Binti Ab. Jalal
Senarai Examiner bagi program Diploma
International Baccalaureate (IB)
Kolej MARA Banting (KMB)
World Studies
Nurjanah Binti Mahat
Mohana A/P Muniandy
Azlina Hezlin Binti Ramli
Senarai Examiner bagi program Diploma
International Baccalaureate (IB)
Kolej MARA Banting (KMB)
Business Management Information Technology in a Global
Mimi Haidazatul Zuhanaria Society
Azlinda Binti Shafie
Binti Hj Haron
16 MEI 2021
e-Berita Pendidik
Senarai Examiner bagi program Diploma
International Baccalaureate (IB)
Kolej MARA Banting (KMB)
Economics
Melor Binti Masdoki
Nor Aida Binti Abdul Latif
Siti Norashikin Binti Misman
Siti Zaedah Binti Ahmad
Senarai Examiner bagi program Diploma
International Baccalaureate (IB)
Kolej MARA Banting (KMB)
Chemistry
Nor Azizah Binti Ab. Rahman
Mazlina Binti Muhammad
Fazila Binti Zakaria
Mohd Afiq Bin Ridzuan
Nurul Azmira Binti Ibrahim
Satinah Binti Awang
Dr. Punia Binti Turiman
Senarai Examiner bagi program Diploma
International Baccalaureate (IB)
Kolej MARA Banting (KMB)
Biology
Asima Binti Ahmad
Musliza Binti Ali
Norhayatee Binti Ismail
Raihan Binti Mohd Raime
Economics & World Studies
Nor Azizah Binti Iskak
Senarai Examiner bagi program Diploma
International Baccalaureate (IB)
Kolej MARA Seremban (KMS)
Psychology Malay A
Dr. Saai’dah Binti Alida Binti Yunos
Abdul Rahman Biology
Norkhalilie Binti Zulkifli
Physics
Asril Azizan Bin Mosing
Ditulis oleh : Shereen binti Nasir (BPT) MEI 2021 17
Suntingan : BITK
e-Berita Pendidik
Wan Rohila Wan Hassan
Guru Terbilang
Wan Rohila Wan Hassan telah berkhidmat dengan MARA selama 33 tahun, dan
selama tempoh perkhidmatan tersebut pelbagai anugerah telah diterimanya melalui pelbagai
pertandingan yang telah beliau ceburi.
Guru Biologi daripada MRSM Terendak ini adalah salah satu contoh seorang pendidik
yang outstanding bukan kerana pencapaiannya yang pelbagai dari tahun 2011, tetapi juga
kerana kegigihan beliau mendidik para pelajarnya untuk mempunyai sifat berani berdaya
saing dan tidak takut untuk mencuba. Benar, kemenangan-kemenangan ini adalah bukti
akan betapa hebatnya guru-guru dan pelajar-pelajar MARA di pentas antarabangsa, tetapi
ia juga sebagai satu testimoni akan keyakinan dan keberanian seorang guru untuk terus
meneroka pentas inovasi demi ilmu.
ANUGERAH & PENCAPAIAN UTAMA YANG DITERIMA :
1. Penerima Anugerah Ikon Inovasi Malaysia daripada Persatuan Penyelidikan & Inovasi
Malaysia (MyRIS) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan
Hal Ehwal Pelajar, Alumni Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan World Invention
Intellectual Property Association (WIIPA) pada 14 April 2019
2. Pengiktirafan sebagai Peserta Malaysia oleh Persatuan Saintis Penyelidikan Malaysia
(Malaysian Association Of Research Scientist-MARS) ke Pertandingan 47th International
Exhibition Of Inventions Geneva 2019 pada 10 – 14 April 2019 di Geneva, Switzerland
3. Penerima Anugerah Silver Award Dalam Pertandingan 47th International Exhibition Of
Inventions Geneva (IEIG 2019) yang telah berlangsung dari 10 – 14 April 2019 di Geneva,
Switzerland
4. Pencapaian tertinggi Kategori Sekolah Malaysia iaitu penerima Anugerah The Best
International Invention Award & Gold Award daripada negara Thailand dalam Pertandingan
43rd International Exhibition Of Inventions Of Geneva Switzerland (IEIG2015) pada15-19
April 2015
5. Penerima Anugerah Diploma Of Exellence daripada negara Romania dalam Pertandingan
6th Korea Cyber International Genius Inventor Fair (CIGIF 2013) di Seoul, Korea pada 7
November 2013
18 MEI 2021
e-Berita Pendidik
6. Pengiktirafan dari Intel Malaysia sebagai Guru Malaysia Pertama sebagai
Grand Award Jury Pertandingan International Science And Engineering Fair
(Intel-ISEF 2014 ) di Los Angeles Carlifornia USA pada 11-16 Mei 2014
7. Pencapaian tertinggi dalam sejarah MARA. Guru Penasihat/Mentor Kumpulan
Pelajar Pemenang Anugerah 1st Special Award & 3rd Grand Award dalam
Pertandingan International Science And Engineering Fair (Intel-Isef) di Los
Angeles California USA pada 11-16 Mei 2014
8. Penerima Anugerah The Best Invention Instructor Awards dalam Pertandingan
International Youth Invention Exhibition (IYIE 2012) di Taiwan
9. Penerima Anugerah Tokoh Pemimpin Kelab & Persatuan MRSM Se Malaysia
sempena Anugerah Kecemerlangan KoKurikulum MRSM Se-Malaysia 2019
pada 17 Oktober 2019 dwi MRSM Balik Pulau Pulau Pinang
10. Penerima Anugerah TOKOH GURU MRSM Terendak 2020
Sumber : Wan Rohila Wan Hassan
Suntingan : BITK MEI 2021 19
e-Berita Pendidik
DARI MEJA PENGARAH BPT
Dr. Hamzan
Memacu BPT
Melahirkan Modal Insan
Global Berintergriti
Sebelum menemuramah Dr. Hamzan bin Omar, saya telah berpeluang untuk
bertemu secara empat mata dengan beliau. Umpama duduk berbual dengan
bekas guru saya sendiri, saat saya memasuki biliknya, dia sangat warm dan
peramah, setiap patah perkataan sarat dengan kata nasihat daripada beliau.
Kita ikuti temu bual Dari Meja Pengarah Bahagian Pengajian Tinggi (BPT),
arah tuju yang ingin beliau kemudi untuk membawa Kolej MARA (KM) dan
Kolej Profesional MARA (KPM) ke mercu gemilang.
1 Boleh Dr. ceritakan serba sedikit tentang latar belakang serta perjalanan karier Dr.?
Saya dilahirkan pada tahun 1963, dalam keluarga yang sekarang diklasifikasikan sebagai
golongan B40, ayah saya bekerja sebagai buruh kasar sementara ibu saya seorang suri
rumah. Saya dibesarkan dalam keadan susah- dari segi material. Tetapi fokus saya satu
saja - adalah untuk berusaha bersungguh untuk berjaya dalam pelajaran agar dapat
membantu keluarga saya. Adik beradik saya lima orang, empat (4) lelaki dan seorang
perempuan. Ayah saya juga berniaga kecil-kecilan.
Saya bersekolah kampung sahaja, Sekolah Kebangsaan Jasin, seterusnya ke Sekolah
Menengah Iskandar Shah, Jasin Melaka, kemudian menyambung pelajaran di Universiti
Malaya (UM) dalam bidang Pengajian Politik Asia Tenggara. Saya memulakan karier saya
di MARA setelah tamat pengajian di UM pada 1986. Saya menjadi guru sejarah hampir 25
tahun sebelum ke MRSM Alor Gajah sebagai Ketua Jabatan, seterusnya sebagai Timbalan
Pengetua di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan. Kemudian saya ditukarkan ke MRSM Batu
Pahat sebagai pengetua untuk mengetuai program IGCSE yang baru diperkenalkan di
sana. Pada pertengahan tahun 2015 saya ditukarkan ke MRSM Pontian untuk mengepalai
program IB-MYP di sana. Pada Januari 2020, saya ditukarkan ke MARA HQ sebagai
Pengarah BPT. Ini adalah suatu rezeki yang saya tidak sangka, tetapi saya terima dengan
hati terbuka takdir dan rezeki Allah dan akan melaksanakan tugas saya sebaik mungkin
dengan kudrat yang saya ada.
Sepanjang saya berkhidmat dengan MARA, saya menjadi pioneer dan berpeluang menjadi
sebahagian daripada kumpulan yang menjalankan program baru yang diperkenalkan oleh
20 MEI 2021
e-Berita Pendidik
MARA antaranya, School Enrichement Model (MRSM Jasin/TGB), Program 1+3 (MRSM
Alor Gajah) Program Holistik (MRSM Bentong), IGCSE (MRSM Tun Abdul Razak). Yang
saya belum rasa menjadi sebahagian daripada Program Ulul Albab. Sebenarnya sebagai
guru MRSM ini banyak cabaran lain, apalagi dalam memastikan anak bangsa berjaya dan
menjadi manusia yang menjadi yang cemerlang bukan sahaja dalam konteks akademik
tetapi juga menjadi penyumbang bermakna untuk agama, bangsa dan negara.
2 Siapakah idola Dr.?
Idola saya ada dua (2). Yang pertama adalah ayah saya. Saya melihat, walaupun ayah saya
seorang buruh tetapi dia sentiasa bersemangat dan bekerja kuat untuk keluarga saya.
Ayahanda dan Bonda saya sentiasa mendorong kami menjadi yang terbaik dan sentiasa
mengingatkan kami agar jangan berputus asa. Mereka mendorong saya agar berpegang
kepada prinsip yang ‘Yang Susah Ialah Peluang’ dan ‘Peluang Datang Sekali’. Jadi buat
yang terbaik dan semampu mungkin.
Idola kedua, seorang tokoh negara, Tun Abdul Razak. Beliau adalah seorang pemimpin
yang tetap tinggi sifat humblenya, walaupun datang daripada keluarga bangsawan.
Beliau sentiasa bersemangat dan memikirkan pembangunan untuk rakyat, khususnya
masyarakat luar bandar. Dalam konteks bidang pendidikan, melalui Penyata Razak, dapat
dilihat kesedaran beliau tentang perpaduan di negara ini. Pada saya Tun telah menyediakan
asas pembangunan negara yang penting, untuk kecemerlangan negara. Pemikiran beliau
yang ke hadapan serta usaha gigih beliau untuk negara tercinta ini amat saya kagumi.
3 Bolehkah Dr. kongsi tentang budaya kerja Dr. yang telah membantu kejayaan Dr.
sekarang dan boleh diteladani?
Pegangan saya bila saya diberi peluang, saya lakukan yang terbaik I do the best dan I Aim
For The Top. Bagi saya, hidup ini hanya sekali, begitu juga sebarang peluang yang datang,
mungkin itu yang pertama dan mungkin yang terakhir. Saya selalu berfikir apa lagi yang
boleh saya tambah baik dan perkukuhkan bila saya diberi peluang. Saya tak kisah dengan
pujian, mungkin kepada orang lain ia biasa sahaja, tetapi kepada saya, bila saya berjaya,
saya mencapai sesuatu, ia satu kepuasan. Ini kerana saya telah buat yang terbaik yang
saya mampu. Inilah budaya kerja saya.
Saya juga mempunyai satu keinginan tinggi untuk terus belajar apalagi jika ia benda baru.
Saya rasa ia menjadikan saya “hidup”. Saya juga suka mencari jalan, saya suka membaca.
Tidak dinafikan sedikit sebanyak budaya kerja saya dipengaruhi apa yang saya baca dan
saya lihat. Di BPT, saya juga galakkan pegawai, staf dan para pensyarah membaca buku,
tak kisahlah (buku) tokoh, motivasi-minimum dua (2) buah setahun pun dah ok. Saya aim
lima (5) saja setahun, biasanya tercapai.
Saya juga sering pesan kepada pegawai-pegawai saya, apa yang kita buat adalah part of
jihad, dan bukan biasa-biasa. Bukan kerja makan gaji saja, kita diberi peluang mendidik
anak bangsa. Apa yang extra kita boleh bagi? Kita tak boleh biasa-biasa saja, kerana
dunia makin mencabar. Pesan saya fokus pada kekuatan bukan kelemahan, fokus pada
penyelesaian bukan masalah. Saya percaya, setiap orang adalah bernilai. Pada saya
semua pegawai, staf dan anak murid saya, mereka semua mempunyai nilai dan potensi
MEI 2021 21
e-Berita Pendidik
yang besar. “Yang Patah Akan Tumbuh”, saya mahu yang tumbuh lebih baik daripada
yang ada sekarang. Inilah legasi kita. Inilah pesan saya pada warga BPT dan warga kolej
BPT bila ada peluang bertemu mereka. Saya juga pesan pada anak pelajar di KM dan
KPM buat yang terbaik bila ada peluang.
4 Banyak kejayaan pelajar serta program yang direkodkan di KM dan KPM. Apakah faktor-
faktor yang telah menyumbang kepada kejayaan ini?
Konsep asas kejayaan pelajar adalah bila mereka boleh menyumbang pada diri, keluarga
dan orang lain, untuk mencapai ini bukan mudah, banyak cabaran yang perlu dihadapi.
Saya percaya hasrat ini boleh dicapai jika semua pihak yang berkepentingan; warga
IPMA, BPT, ibu bapa dan para pelajar, memahami dasar yang jelas dan mampan daripada
MARA dan BPT. Jika ‘loose’ dimana-mana, mungkin ia akan memberi kesan kepada apa
yang dihasratkan. Sebenarnya kejayaan merealisasikan hasrat murni ini selari dengan
slogan “Amanah Rakyat” dan fungsi MARA pada rakyat. Untuk itu dasar-dasar kita juga
mesti jelas dan berfokus, contohnya, kalau kita kata semua pelajar mesti melanjutkan
pelajaran ke peringkat tertinggi dan bila mereka keluar laku dipasaran. Apa yang boleh
kita buat untuk mencapai ini? Dengan sebab itu semua orang perlu jelas tentang perkara
ini. Pelajar-pelajar ini adalah aset kepada agama, bangsa dan negara, jadi kita mesti
bantu berikan mereka segala peluang yang ada. Merekalah yang akan memimpin negara
pada masa hadapan.
Saya fikir, para pensyarah MARA juga bukan orang biasa, dan saya sering beritahu mereka
kita ada tanggungjawab yang besar pada agama, bangsa dan negara, maka rebutlah
peluang itu. Pegang betul-betul dan faham “Amanah Rakyat”, bukan hafal slogan tetapi
buat atau bertindak untuk realisasikan slogan itu. Jangan mudah terkucil, kuatkan hati
dan pujuk diri sendiri untuk terus bersemangat, yang penting kesabaran dan keikhlasan
kita.
5 Apakah fokus serta kekuatan program-program yang dikendalikan di kolej-kolej di bawah
BPT?
Kalau tanya fokus, sekarang ini BPT fokus untuk memprofesionalkan program diploma
yang ada di KPM dan memperkukuhkan Program Asasi di Kolej MARA. BPT melihat
22 MEI 2021
e-Berita Pendidik
perlunya memperkasakan para pensyarah kita di KM dan KPM dengan PdP (Pengajaran
dan Pembelajaran), meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pendigitalan, kaedah
penilaian dan pentaksiran, program yang membina towering personality, yang boleh
membawa global kedalam institusi kita. Bagaimana nak capai ini, kena fikir dan dan cari
kaedahnya. Kita tak boleh selesa dengan apa yang ada dan mengenang kejayaan lepas.
Bukanlah salah mengimbau kejayaan lepas, tetapi masa dan tuntutan telah berubah
dengan sebab itu kita perlu set minda untuk berhadapan dengan cabaran terkini untuk
mencapai kejayaan yang kita hasratkan.
Saya selalu menekan, pentingnya membina insan yang boleh menghadapi masa depan.
Kita patut membina pelajar yang boleh hidup pada zamannya, bukan membina mereka
untuk hidup zaman kita. Dengan sebab itu penting semua yang berkepentingan perlu one
step ahead, jadi mereka tak perlulah tunggu arahan saja, tetapi berfikir dan mencadang.
Yang penting jangan putus asa. Berfikir, berfikir, berfikir dan teruskan usaha, usaha dan
usaha. Insya Allah kejayaan sedang menanti kita semua.
Di bawah BPT ada KM dan KPM. Di Kolej MARA ditawarkan Program Asasi MARA,
A-Levels dan IB dan Kolej Profesional MARA (KPM) menawarkan 14 program Diploma dan
2 program pensijilan profesional FIA/ CAT ( KPM Air Molek) dan CFAB (KPM Beranang).
Sebelum ini di KPM, saya boleh kata, kita menawarkan diploma biasa, tetapi bermula dari
tahun lepas, kita sudah mula fokus kepada penawaran dwisijil dan memprofesionalkan
semua diploma di KPM dan kita sangat komited terhadap usaha-usaha ini.
Soalan yang sering saya tanya kepada para pegawai saya, sekarang ini adakah diploma
kita di KPM laku? Laku dalam konteks untuk masuk pasaran kerja atau hanya sebagai
satu status sosial? Jika status sosial sahaja, kurang bermaknalah diploma itu untuk
pelajar, sedangkan masa dan wang telah dilaburkan oleh mereka. Mereka adalah harapan
keluarga. Bolehkah pelajar kita mendapat gaji lebih mahal apabila mereka ke luar sana?
Macam mana nak jadikan pelajar yang keluar menjadi rebutan?
Aim saya dalam masa satu setengah (1½) tahun ini kita dapat memprofesionalkan
sekurang-kurangnya, minimum 30% kursus di KPM. Mengikut Pelan Strategik MARA, aim
adalah lebih 50% untuk 5 tahun. Mungkin ada juga kursus-kursus yang boleh ditamatkan
yang tidak selari dgn keperluan semasa atau tak boleh diprofessionalkan. Ini adalah satu
cabaran kerana ia melibatkan banyak perkara seperti upskilling pensyarah-pensyarah
dan sebagainya.
Pada saya cabaran paling besar adalah nak ubah minda pensyarah di kolej. Di peringkat
Ibu Pejabat tak ada masalah, semua faham yang kita akan bergerak ke arah kursus
professional. Kita bergerak ke hadapan, ini perlu perubahan, perlu keluar daripada zon
selesa. Itu penting.
Setakat ini saya dapat sokongan yang mantap daripada semua pihak termasuk pihak
pengurusan tertinggi. Lambat ke cepat bukan isunya, yang penting bergerak mencapai
sasaran. Insya Allah budget pun positif, ini memudahkan kita bergerak. Sokongan
daripada pegawai-pegawai juga sangat positif. Saya percaya, dengan kekuatan yang
MEI 2021 23
e-Berita Pendidik
ada, komitmen yang ada dan dengan objektif yang jelas, sangat mudah untuk kita
bergerak ke hadapan. Cuma cabaran-cabaran pasti ada.
Untuk Kolej MARA pula, para pelajarnya adalah mereka yang tergolong dalam 20% -
25% terbaik daripada generasi mereka sekurang-kurangnya dalam konteks akademik,
maka itu, adakah kita mahu mereka lulus sahaja? Bolehkah mereka ditempatkan di
universiti terbaik dunia? Kursus-kursus terbaik? Inilah cabaran kepada warga BPT.
Pada saya kepintaran mereka satu bonus, mereka ini bakal pemimpin pada masa
hadapan, orang yang boleh ubah masa kini untuk bergerak ke hadapan. Jadi apakah
yang kita boleh sediakan kepada mereka? Inilah yang kena fikir dan menjadi tugas kita
Seperti yang saya sebut tadi kita perlu one step ahead.
6 Pada Jun ini Program Asasi Kolej MARA akan menyambut ulang tahun pertamanya –
Tahniah Dr.! Ini adalah satu milestone untuk MARA dan saya pasti Dr. dan pihak BPT
sangat berbangga dengan kejayaan ini. Boleh Dr. berikan serba sedikit komen tentang
program ini?
Program Asasi masih baru, banyak lagi yang perlu dibuat untuk pemerkasaannya dan
diterima oleh semua institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. Program Asasi
Sains MARA; kita ada Asasi Sains, Kejuruteraan dan Teknologi dan Asasi Perniagaan.
BPT juga sedang meneroka bidang bidang baru yang boleh ditawarkan pada pelajar
dan laku pada masa hadapan.
Yang menariknya program ini walaupun baru, tetapi diterima oleh IPTA dan IPTS.
Pada saya ini, satu kejayaan. Insya Allah lepasan Asasi kita diterima oleh universiti
luar negara. Kita juga telah menghubungi universiti-universiti di UK dan US, untuk
mendapatkan peluang untuk pelajar lepasan Asasi kita. Jika ada rezeki pelajar kohort
2 mungkin berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan sijil Asasi kita.
Pendek kata pelajar cemerlang lepasan Asasi boleh terus belajar di universiti luar
negara. Apa maksudnya disini adalah Asasi kita diperakui bukan sahaja oleh institusi
dalam negara tetapi oleh universiti luar negara.
7 Apakah perubahan (jika ada) yang Dr. ingin lakukan lagi di BPT sebelum Dr. bersara?
Sebelum saya bersara, saya berharap BPT mempunyai makna dan kedudukan yang
tersendiri dalam mengangkat martabat pendidikan tertiary MARA dan menjadi vehicle
penting dalam mengangkat martabat bangsa serta merealisasikan “Amanat Rakyat”.
24 MEI 2021
e-Berita Pendidik
MEI 2021 25
e-Berita Pendidik
DIGITALISASI DAN INOVASI –
HIKMAH DALAM MUSIBAH
Siapa sangka, tahun secara jarak jauh dan tidak Kesemua tugasan
2020 telah mencipta lembaran tercicir dalam pembelajaran. dilaksanakan secara dalam
sejarahnya yang tersendiri. talian dengan menggunakan
Satu fenomena baru dalam Baru-baru ini saya fungsi kolaborasi dan
dunia pendidikan khususnya berpeluang untuk mengikuti perkongsian fail seperti
dicetuskan akibat daripada kursus Jurulatih Inovasi MARA OneDrive Microsoft, Online
pandemik COVID-19 di anjuran Bahagian Inovasi Microsoft Powerpoint dan
Malaysia. dan Teknologi Kreatif MARA Words, serta kumpulan kami
(BITK). Kursus yang dijalankan telah mengambil initiatif untuk
Maka bermulalah sepenuhnya secara dalam mengumpulkan kesemua
talian menggunakan platform tugasan di Wakelet dan
episod di mana guru-guru Zoom, Telegram serta laman Thinklink, aplikasi percuma
interaktifnya yang tersendiri yang saya percaya sangat
dan para pensyarah harus telah berlangsung selama berbaloi dan mesra pendidik.
sebulan. Melalui kursus ini,
memikirkan cara untuk pelbagai ilmu baharu telah Cara penyampaian
dipelajari dan kini saya lebih yang santai, nasihat serta
melaksanakan pengajaran jelas mengenai dunia inovasi dorongan yang membina
ini. Ia juga satu peluang untuk yang diberi oleh Coach Khairul
dan pembelajaran (PDP) berkenalan dan bertemu Anwar kepada kesemua
dengan rakan pendidik yang peserta telah menyuntik
secara dalam talian, modul- lain walau hanya di alam semangat kepada para
maya. peserta untuk mengikuti
modul sedia ada perlu diubah kursus ini dengan jayanya.
dan ditambah baik agar lebih
interaktif, dimuat naik ke
platform atas talian seperti di
YouTube, Google Classroom,
Microsoft Teams dan lain-lain
bagi memastikan para pelajar
dapat mengikuti pengajian
26 MEI 2021
e-Berita Pendidik
Menggunakan kaedah E-D- dan institut pengajian tinggi Aslina Binti Asmoni bahawa
I-P-T (Empathy, Define, mengenai Design Thinking amat besar dan mencabar
Ideate, Prototype, Test) dalam dunia inovasi. Semua tanggungjawab yang digalas
yang merupakan asas ilmu dan pengalaman yang oleh para pendidik dalam
kepada Design Thinking, terbaik ini hanyalah demi mendidik generasi baharu ini.
melaksanakan inovasi mempertingkatkan lagi Beliau sentiasa menggalakkan
bukanlah satu perkara kualiti diri agar dapat menjadi idea-idea baharu, menyokong
yang mustahil lagi. Kami pendidik yang cemerlang sepenuhnya program-
juga berpeluang untuk serta dapat berikan yang program yang dapat memberi
memahami dengan lebih terbaik buat anak didik. tambah nilai dan impak positif
jelas lagi mengenai Business kepada para pensyarah.
Model Canvas, Sustainable Peranan pihak Beliau sendiri sering
Development Goals (SDGs), pengurusan, pengarah berkongsi idea-idea serta
Module Development dan kolej misalnya, memainkan pendapat yang bernas dan
lain-lain pengetahuan peranan penting dalam futuristik dalam memastikan
inovasi. Hasil daripada kursus menggalakkan amalan warga kerja Kolej Profesional
ini juga, kami telah berjaya inovasi dalam kalangan MARA Seri Iskandar sentiasa
membina sebuah modul baru pendidik. Saya masih teringat inovatif, berdaya saing, kreatif
bagi mendedahkan kepada kata-kata Puan Pengarah dan proaktif.
pelajar sekolah menengah KPM Seri Iskandar, Puan
Antara usaha-usaha yang telah dilaksanakan dalam membudayakan inovasi di
kalangan para pensyarah Kolej Profesional MARA Seri Iskandar adalah seperti berikut :
1 Unit Pembangunan dan Penyelidikan telah menggunakan platform Google Meet dalam
menganjurkan Bengkel Penulisan Kajian-Langkah Permulaan secara dalam talian untuk
para pensyarah dalam membantu meningkatkan pengetahuan untuk menulis kajian.
2 Unit Jaminan Kualiti Akademik (UJKA) yang diketuai oleh Puan Jun Juhaizi, menggunakan
Padlet sebagai ruangan menyampaikan maklumat terkini mengenai dokumentasi Jaminan
Kualiti akademik dan manual Sistem Pengurusan Kualiti di kolej.
3 Unit Kokurikulum yang diketuai oleh Encik Faizilnizam telah mewujudkan platform
pendaftaran persatuan/kelab pelajar di kolej bagi memastikan setiap penubuhan persatuan/
kelab pelajar serta aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dapat dikawal selia dengan lebih
mudah, efisien dan sistematik.
4 Unit Green Campus yang diketuai oleh Puan Marini giat mempromosikan amalan inovasi
dengan menganjurkan pertandingan-pertandingan yang menarik seperti pertandingan kuiz
dalam talian, Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Bumi Hijau yang terbuka kepada warga
kerja serta para pelajar di kolej ini. Semua usaha ini dilaksanakan secara dalam talian
dengan mengikut norma baharu.
MEI 2021 27
e-Berita Pendidik
Hikmah dari PKP ini sebenarnya membolehkan segala usaha dan impian mengenai
transformasi pendidikan abad 21 dapat direalisasikan. Jika sebelum ini, para pensyarah lebih
selesa menggunakan kaedah chalk and talk, kelas dijalankan secara bersemuka di dalam
bilik kuliah, namun, kehadiran pandemik ini sebenarnya telah membuka mata serta mencetus
perubahan dalam kalangan pendidik mengenai kepentingan menguasai teknologi dalam
pendidikan. Digitalisasi dalam dunia pendidikan telah memberikan pengalaman baru buat para
pensyarah dan secara tidak sedar, pelbagai kemahiran terutamanya kemahiran teknikal telah
dapat dipertingkatkan.
Pensyarah kini lebih kreatif dalam melaksanakan PDP bagi kelas dan subjek masing-
masing. Kelas dalam talian kini penuh dengan warna warni, visual yang menarik, aplikasi
permainan dalam talian berteraskan pendidikan demi untuk menarik minat para pelajar dalam
menuntut ilmu dalam situasi pandemik ini. Walaupun pada permulaannya perubahan ini telah
memberi pengaruh dan kesan yang besar, meningkatkan tekanan dalam kalangan pendidik
namun, hari berganti hari, pendidik kini lebih mahir menggunakan segala platform di dalam
talian dalam nawaitu untuk menyampaikan ilmu kepada para pelajarnya. Semuanya hanyalah
yang terbaik buat anak bangsa!
Ditulis oleh :
Nor Bazlinda Binti Kamaruddin (KPM Sri Iskandar)
Suntingan : BITK
Mengurus Kebanjiran
Maklumat Rasmi Daripada
WhatsApp Kepada Wakelet
Sebahagian daripada kita masih tercari-cari kaedah terbaik
bekerja dari rumah terutamanya dengan cabaran menguruskan
pembahagian masa dan menyusun maklumat serta arahan demi
arahan daripada pihak majikan. Untuk para warga pendidik yang
sedang bergelut dengan PdPr serta kebanjiran maklumat daripada
pihak pejabat kerana kekangan BDR (Bekerja Dari Rumah) saya
ingin kongsikan bagaimana Wakelet menjadikan urusan kerja kita
lebih tersusun dan sistematik.
Antara yang menjadi pilihan pihak majikan mahupun
pekerja untuk berkongsi maklumat ialah aplikasi WhatsApp.
Segala macam bentuk dokumen, teks, arahan daripada pihak
atasan atau pun perkongsian bahan seperti video, PDF, gambar,
pautan daripada internet dan sebagainya disebarkan dalam
group rasmi WhatsApp. Aplikasi ini telah pun diterima umum
28 MEI 2021
e-Berita Pendidik
sebagai platform rasmi dalam menjalankan pada bila-bila masa melalui komputer, tab/
tugas semasa kita kerana semua orang ada pad mahupun telefon pintar dengan akses
WhatsApp dan ia mudah digunakan. internet. Anda juga boleh berkolaborasi
membina satu-satu koleksi bersama rakan
Namun ada beberapa kekurangan sekerja atau pihak majikan bagi koleksi yang
terutamanya apabila dari sehari ke sehari, bersifat rasmi atau pun boleh juga menjadikan
semakin bertimbun maklumat daripada koleksi sebagai milik peribadi untuk simpanan
WhatsApp rasmi sehingga menjadi timbunan sendiri sahaja.
maklumat yang sukar untuk diuruskan.
Secara ringkasnya, langkah pertama
Bagi menyelesaikan masalah ini, kami yang perlu anda ambil ialah mewujudkan
mencadangkan kepada rakan-rakan untuk akaun Wakelet terlebih dahulu dengan
cuba menggunakan Wakelet. Ia merupakan melayari wakelet.com. Sebagai cadangan, pilih
satu platform dalam talian yang boleh untuk Sign Up atau log masuk menggunakan
digunakan untuk menyusun semua pautan akaun Office 365 (@mara.gov.my). Selepas
daripada internet berbentuk URL, video sesi pendaftaran pantas (tidak sampai 5
Youtube, video Flipgrid, Google Drive, Onedrive minit), anda sudah boleh memulakan koleksi
ataupun pautan daripada peranti anda sendiri pertama. Hanya perlu copy pautan internet
seperti teks, gambar dan dokumen dengan daripada mana-mana URL, Youtube, Google
format PDF. Semua pautan ini boleh disusun Drive dan Onedrive dan paste-kan ke dalam
dalam satu koleksi yang sama atau beberapa koleksi Wakelet. Bagi fungsi teks, gambar
koleksi terpulang kepada keperluan masing- atau PDF, anda boleh muat naik daripada
masing. mana-mana peranti sama ada telefon pintar
atau komputer. Wakelet akan menjana pautan
Sebagai contoh, pelbagai jenis pautan tadi dan memunculkan pautan tersebut dalam
bercampur-campur yang ada dalam group bentuk blok bergambar yang boleh diubahsuai
WhatsApp, anda susun semula mengikut dan disusun semula. Setelah siap, koleksi
kategori berbeza dengan menggunakan anda akan muncul tersusun dengan elok
Wakelet, supaya mudah untuk dijadikan seperti paparan blog, laman web dan media
rujukan. Proses penyusunan koleksi ini boleh sosial.
diumpamakan seperti kaedah menyusun
fail-fail dalam folder berbeza yang biasa Sila rujuk pautan ini https://wke.
kita lakukan dalam tugas seharian kita lt/w/s/wTjkWD atau imbas QR Code berikut
menggunakan komputer. untuk mendapatkan tutorial asas yang
lengkap dengan gambar-gambar, langkah
Beberapa kelebihan Wakelet ialah demi langkah bagaimana membina koleksi
pautan-pautan ini akan disusun secara Wakelet pertama anda. Selamat mencuba!
automatik dengan paparan antara muka yang
cantik dan disimpan dalam awan (cloud). Ia
juga tanpa had setoran, serta boleh diakses
Ditulis Oleh :
Mohd Faisal bin Fadzil ( MRSM Balik Pulau)
Suntingan : BITK MEI 2021 29
e-Berita Pendidik
PERKEMASKAN ISI
RUJUKAN ANDA DENGAN
WAKELET
Setiap kali kita ingin mencari rujukan untuk sesuatu perkara, sudah tentu kita akan
menggunakan pelbagai enjin carian seperti Google, Bing!, Yahoo dan sebagainya. Kita akan
menemui pelbagai isi maklumat yang baik untuk kita jadikan sebagai rujukan. Seringkali kita
terjumpa isi penting di blog, laman web, Youtube, Facebook, Twitter dan sebagainya.
Namun, dimanakah kita menyimpan semua link dan isi kandungan tersebut? Adakah
pada Notes semata-mata? Pada pandangan penulis, kaedah sebegini tidak efektif dan
menyukarkan pengguna pada masa hadapan di samping segala isi dalam nota tersebut
kelihatan serabut kerana dipenuhi huruf semata-mata.
Nah, di sini adalah satu lagi fungsi Wakelet. Ia diasaskan oleh bekas staff Airbus, Jamil
Khalil. Tujuannya adalah untuk memudahkan urusan penyimpanan dan perkongsian maklumat.
Aplikasi ini terbuka kepada semua dan ia adalah percuma.
Rajah 1: Contoh penyimpanan E-Teaching Portfolio dalam Wakelet
WAKELET juga amat berguna untuk dijadikan sebagai penyimpanan portfolio . Portfolio
amat penting untuk tujuan pengembangan kerjaya dan dijadikan sebagai bukti pencapaian
terdahulu.
Salah satu fungsi yang penting dan menjadi tarikan di WAKELET ialah IMMERSIVE
READER. Immersive Reader merupakan salah satu alat digital bagi memberikan keupayaan
pembacaan ayat dan perkataan pada skrin secara jelas dan berkualiti. Immersive Reader juga
boleh didapati di Microsoft One Note, Microsoft Word, Flipgrid dan pelbagai aplikasi lain.
Pada hemat penulis, guru Bahasa Inggeris seharusnya memanfaatkan kelebihan pada
30 MEI 2021
e-Berita Pendidik
Immersive Reader ini memandangkan ia dapat 2. Di samping itu, penulis mengumpulkan
menambahbaik pembacaan dan penguasaan soalan-soalan latihan dalam ‘Collection’
Bahasa Inggeris. Terdapat beberapa ciri yang khas untuk mudah diakses oleh pelajar-
menarik pada Immersive Reader antaranya pelajar. Kaedah ini lebih menjimatkan masa
‘Parts of Speech’ yang boleh dipecahkan berbanding cara penulis yang terdahulu iaitu
kepada ‘Nouns’, ‘Verbs’, ‘Adjectives’ dan menghantar soalan secara e-mail kepada
‘Adverbs’. Ciri lain seperti ‘Focus Mode’, pelajar-pelajar tertentu.
‘Immersive Reading’, ‘Comprehension Mode’
dapat memudahkan lagi tugasan guru bahasa Memandangkan WAKELET seperti
inggeris untuk membantu pelajar menguasai media sosial yang lain, anda boleh menjadi
beberapa perkataan dan ayat. pengikut (follower) kepada mana-mana
individu yang mempunyai akaun WAKELET.
Wakelet boleh dimuaturun secara Bagi guru-guru yang telah bergelar Microsoft
percuma di telefon pintar, tablet dan PC pada Innovative Educator (MIE), terdapat satu
saluran App Store dan Google Play Store kursus khas berkenaan Wakelet secara
secara percuma. online di laman sesawang Microsoft Educator
Community. Guru-guru yang berminat untuk
Untuk warga pendidik, saya syorkan menjadi MIE serta mengikuti pelbagai kursus
agar WAKELET digunakan sebagai satu online, anda boleh boleh layari education.
medium perkongsian nota dan idea projek Microsoft.com. Segalanya percuma disana!
kepada pelajar. Muatnaik segala nota,
keterangan, link idea, link FLIPGRID (sebuah Untuk mendapatkan perkembangan
aplikasi pendidikan) ke ‘Collection’ dan terkini berkenaan WAKELET, anda boleh
‘Set’kan ianya sebagai ‘Public’ supaya pelajar ikuti WAKELET di facebook, twitter dan
dapat melihatnya. Instagram. Gunakan hashtag #WakeletWave
dan #TheHumansAreComing di media
Bagi mencapai rubrik tertinggi sosial. Selain itu, anda boleh menyertai
kolaborasi dalam Pengajaran Abad ke- Wakelet Community di https://community.
21, guru boleh menekan butang ‘Add wakelet.com, and juga boleh mendaftar
Contributor’ dan pilih pelajar-pelajar yang untuk menjadi Wakelet Ambassador kerana
boleh menyumbangkan sebarang bahan banyak manfaatnya. Sekiranya terdapat apa-
untuk ‘Collection’ tersebut. ‘Collection’ ini apa pertanyaan teknikal berkenaan Wakelet,
boleh digunakan sampai bila-bila. Sebagai anda boleh menghubungi Wakelet pada email
contoh, penulis menggunakan ‘Collection’ [email protected].
dalam WAKELET untuk mengumpulkan nota,
perkongsian, video dan bahan lain daripada Ditulis oleh :
warga pendidik seluruh Malaysia untuk bab ARIF ZAKWAN BIN ASH’ARI (MRSM Johor Bharu)
‘Aquaponik’ yang terdapat dalam subjek Suntingan : BITK
RekaBentuk dan Teknologi (RBT) Tingkatan
MEI 2021 31
e-Berita Pendidik
PROGRAM E-LEARNING MARA 2021
Program e-learning merupakan (PdP) yang membawa kepada penghasilan
satu keperluan yang berimpak tinggi bahan pembelajaran yang berimpak serta
untuk kemudahan pengajaran dan memenuhi keperluan dan kehendak MARA
pembelajaran yang mana pelaksanaannya dan masyarakat. Selain itu penghasilan
adalah menerusi sumber digital. Bahan bahan atau produk e-learning juga boleh
pembelajaran e-learning merupakan satu dikomersialkan di peringkat tempatan dan
proses pengajaran dan pembelajaran yang antarabangsa. Bahan bantu pembelajaran
memberikan konsistensi dalam kandungan ini akan memberikan pendedahan
silibus bagi kegunaan guru serta pelajar pembelajaran secara effektif dari segi
dalam menghadapi era digital masa kini kos dan keberkesanan pengajaran dan
yang semakin mencabar. Penggunaan bahan pembelajaran mengikut keperluan semasa.
pembelajaran e-learning sebagai bahan Menerusi bahan pembelajaran e-learning ini
sokongan dapat memperkenalkan pengajaran dapat menghasilkan produk yang membawa
secara lebih efektif dan berdaya saing dalam impak personal kepada keperluan dan
merancakkan pembelajaran masa kini. kehendak MARA dan masyarakat. Tidak
ketinggalan juga menerusi program ini akan
Penyediaan readymade content menghasilkan bahan produk atau teknologi
menerusi bahan pembelajaran e-learning yang memberi impak kepada komuniti
merupakan satu proses transformatif yang khususnya kepada warga MARA dengan
lebih menarik supaya proses pengajaran mengambil kira implikasi pelaksanaan sejajar
dan pembelajaran akan lebih berkesan. dengan agenda MARA.
Pelaksanaan bahan pembelajaran e-learning
merupakan satu proses penyediaan asas Inisiatif yang dilakukan oleh pihak
bahan bagi menghasilkan teori, konsep dan Bahagian Inovasi dan Teknologi Kreatif (BITK)
atau idea baharu yang mampu menyumbang dengan kerjasama Bahagian Pendidikan
terhadap peningkatan tahap intelektual, Menengah (BPM),BahagianPendidikan Tinggi
perkembangan sempadan ilmu dan atau (BPT) dan Bahagian Kemahiran Teknikal (BKT)
penciptaan teknologi baharu. telah berjaya menghasilkan video kapsul
yang lebih menarik sebagai salah satu bahan
Penggunaannya akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang akan
pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus digunapakai oleh institusi pendidikan MARA
dan seterusnya akan dapat memberikan dalam mendepani arus globalisasi masa kini.
impak kepada MARA dalam bidang Bahan pembelajaran berbentuk video kapsul
pendidikan khasnya. Hasil pelaksanaan ini diharap dapat membawa satu perubahan
bahan pembelajaran ini akan dapat membantu baru dari segi pengajaran dan pembelajaran
meningkatkan produktiviti MARA dalam pelajar yang lebih gemarkan sesuatu yang
menyediakan perkhidmatan dan sokongan berunsur interaktif, dengan penambahan
kepada bumiputera serta menyumbang audio visual yang jelas dan terang di samping
kepada pengkomersialan harta intelek dan pengajaran guru di dalam kelas akademik.
produk warga MARA.
Secara objektifnya, pelaksanaan Kepakaran guru yang dipilih adalah
program ini dapat menyokong pembangunan berdasarkan kepada bidang-bidang yang
dari segi Pengajaran dan Pembelajaran diyakini oleh pihak MARA yang akan
32 MEI 2021
e-Berita Pendidik
membawa cabaran baru dan tuntas yang mampu
membawa MARA selangkah ke hadapan dalam
mendepani era digital masa kini. Kajian pasaran
bidang-bidang ini seperti bidang Fizik, Kimia,
Matematik Tambahan, IT , Teknikal dan Ekonomi
menjadi keutamaan dalam penghasilan video
kapsul ini yang bakal membantu guru dan pelajar
dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.
Konsistensi kandungan yang terkandung di
dalam video kapsul akan dapat sentiasa menjadi
rujukan kerana kandungannya adalah diiktiraf
dan tidak berubah-ubah serta boleh diakses
oleh pengguna pada bila-bila masa sahaja dan
di mana-mana sahaja yang dapat dicapai oleh
capaian internet pada masa kini.
Adunan kepakaran guru serta kemahiran
teknikal yang digarapkan bersama oleh Unit AV
daripada Bahagian Inovasi dan Teknologi Kreatif
(BITK) di dalam video kapsul ini mampu membuat
pelajar semakin berminat untuk mendalami
subjek-subjek yang digemari mereka pada masa
kini yang lebih berorientasikan kemahiran IT.
Malah penghasilan bahan pembelajaran yang
berbentuk video kapsul ini dijangka mampu
merancakkan arena pendidikan MARA khasnya
serta mendokong mandat bumiputera dalam
persaingan era globalisasi yang semakin
mencabar dan sentiasa berubah mengikut
peredaran masa serta zaman teknologi industri
4.0 yang melanda negara.
Ditulis oleh :
Wan Aida Rohana binti Mohammed Salleh (BITK)
Suntingan : BITK
MEI 2021 33
e-Berita Pendidik
5 Stress Management Tips
for Online Teachers
Online teaching giving you the stress?
Follow the tips below to manage your stress level as we brace another
round of online learning!
Get Moving
You Got to Move it, Move It!
Regular exercise is a great way to reduce stress and improve
your mood. If you can get out in the fresh air and walk outside,
or even go to the gym, you’ll be much happier. It doesn’t
matter what it is you choose to do, as long as it gets your
blood pumping and gives you a break from all the screen time
(taking a break from Screen Time is VERY IMPORTANT!).
Get Enough Sleep
Hit the pillow before the clock strikes 11 PM
A lack of sleep can increase your stress levels, and having
high-stress levels can make it that much harder to fall and
stay asleep. Make quality sleep a priority; it is one of the
essential ways to look after yourself and prevent any future
health problems. Your body needs to rebuild and recharge.
Build A Strong Network
Have a strong support system
Make sure you have a secure and supportive network in place.
One of the best ways to reduce your stress levels is to talk
to someone who will listen. Since you don’t have the face to
face support of colleagues around you, you should connect
with those in your personal and professional life to talk about
things you may be carrying on your shoulders.
Get Away From The Computer
Too Much of Screen Time Is Bad for You
When much of your work revolves around interacting with
students using computers, you may find that you spend
inordinate amounts of time bathed in the blue glare of screens.
Make sure you build time into every day to shut down your
digital life. Try reading a physical book, listen to music, play
with your kids and get enough sunshine and vitamin D.
34 MEI 2021
e-Berita Pendidik
Accept Change
Change Is Good!
Accept that there are things in your teaching life that you may not be able
to change. For example, you may not be able to provide the perfect lesson
when technology mishaps occur. Or perhaps you can’t exert the influence
over your students that you could if you were to meet with them in a regular
classroom. Move away from complaining and negativity ,and try to find
solutions that work around any changes you may face working and teaching
in a digital environment.
Source :
Education News Daily (https://www.ednewsdaily.com/5-ways-online-teachers-
can-manage-stress/) 26May2021
Edited by : BITK
MEI 2021 35
e-Berita Pendidik
TERBITAN
Bahagian Inovasi dan Teknologi Kreatif MARA
Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA,
50609 Jalan MARA, Kuala Lumpur.
36 MEI 2021
e-Berita Pendidik