Batek Paper #EDISI / FEBRUARI 2022
MAJLIS AMANAH RAKYAT
Denyut Nadi Pertama MRSM
• SEJARAH LAGU MRSM
• BATEK PAPER | DENYUT NADI PERTAMA MRSM
• BAPA MRSM - WAHAB ALWI | MENONGKAH ARUS DEMI ANAK BANGSA
• 14 PELAJAR ACCA KUPTMKL KE GRIFFITH COLLEGE, IRELAND
• TAHNIAH! PUAN NORIHA BINTI KASSIM KINI APPLE PROFESSIONAL LEARNING SPECIALIST (APLS)
• SYABAS! PENARAFAN STATUS GOLD KPM AYER MOLEK OLEH ACCA
• ANUGERAH PLATINUM ASIA PACIFIC ACCREDITATION AND CERTIFICATION COMMISSION
(APACC) | KKTM MASJID TANAH TERIMA PENGIKTIRAFAN TERTINGGI DI ASIA PASIFIK
• SAMBUTAN JUBLI EMAS | TAHNIAH MRSM!!
• SEKITAR MAJLIS GRADUASI MRSM 2021
• 10 BUKU YANG MAMPU BANTU GURU JADI LEBIH INTELEK
SIDANG Sidang Editor e-Berita Pendidik berhak
EDITOR meminda mengubah dan menggarap
manuskrip yang dihantar agar bersesuaian
Penerbit : dengan garis panduan yang ditetapkan
Bahagian Inovasi dan tidak mengubah isi asalnya. Semua
& Teknologi Kreatif manuskrip yang diterima sama ada
MARA disiarkan ataupun tidak disiarkan tidak
akan dikembalikan. Manuskrip ini juga
PENAUNG boleh digunapakai oleh pihak yang diberi
Razlan bin Haji Samsuri kebenaran untuk masa-masa akan datang.
Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA Kami mengalu-alukan sebarang cadangan
atau komentar, surat menyurat, rencana
PENERBIT EKSEKUTIF dan ulasan ke meja Sidang Redaksi atau
Nor Zaini binti Abu Kassim email ke [email protected]
Pengarah
Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA Sebarang pertanyaan hendaklah
dialamatkan kepada:
PENERBIT
Jamizan bin Baki Pengarah
Timbalan Pengarah II Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA
Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA
EKSEKUTIF EDITOR 50609 Jalan MARA, Kuala Lumpur.
Zuliana Haslinda binti Anhar Zubir Tel: 03 2613 2401
Timbalan Pengarah I Faks: 03 2691 0075
Email: [email protected]
EDITOR/WARTAWAN Copyright ©️ MARA 2021. All rights reserved
Tik Shaiza binti Ariffin
Penolong Pengarah
KREATIF
Zulrashdi bin Awang
Penolong Pengarah
JURUFOTO
Produksi Kreatif
TEKNIKAL & HEBAHAN
Hanif Fahmi bin Arshad
Pen. Pegawai Teknologi Maklumat (K)
Unit IT & Solusi
4 Batek Paper
DENYUT NADI
PERTAMA MRSM
BULETIN PENDIDIK | FEBRUARI 2022
Batek Paper merupakan cetak biru kepada penubuhan
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Di awal penubuhannya
dinamakan MARA Junior Science Collage (MJSC). Dokumen setebal
50 muka surat itu mengandungi kerangka terperinci mengenai
penubuhan MJSC.
Isi kandungan Batek Paper mengandungi perkara-perkara berikut:
i) Pengenalan dan Latar Belakang
ii) Objektif Penubuhan
iii) Falsafah Penubuhan
iv) Justifikasi Penubuhan
v) Perancangan dan Organisasi
a) Pembangunan Fizikal Sekolah
b) Implementasi
vi) Jadual
a) Perancangan Keseluruhan
b) Kemasukan Pelajar Menengah Rendah
c) Kemasukkan Pelajar Menengah Atas
d) Bilangan Pelajar
e) Anggaran untuk operasi di Seremban
Batek Paper juga mengandungi maklumat terperinci berkenaan
siapakah key players dalam mewujudkan sebuah sekolah seperti
MJSC. Dalam dokumen ini juga dinyatakan dengan terperinci ciri-
ciri guru yang bagaimanakah yang diperlukan. Guru-guru haruslah
berminat dengan dunia pendidikan dan pengajaran, mereka juga
harus menyenangi pelajar serta mempunyai pemikiran terbuka
untuk mencuba pelbagai kaedah baru bila mengajar. Konsep
MJSC yang menumpukan kepada learning by discovery juga
memerlukan seorang guru itu untuk berani mencuba kaedah yang
mungkin dianggap revolutionary dalam pendidikan arus perdana
pada ketika itu.
Dokumen ini juga memperincikan konsep pembelajaran, konsep
reka bentuk bangunan, asrama serta susun atur kelas. Perkara
begini adalah penting kerana ia perlu disesuaikan dengan konsep
pembelajaran yang dibawa. Disertakan juga kajian terdahulu
berkenaan konsep pembelajaran yang diinginkan serta kajian
berkenaan latihan perguruan.
Replika Batek Paper pada ketika ini dipamerkan di Galeri Masa dan
Kejayaan MRSM di Lobi Ibu Pejabat MARA (14-31 Mac 2022) Kuala
Lumpur.
MAJLIS AMANAH RAKYAT 5
6
BAPA MRSM
WAHAB ALWI
MENONGKAH
ARUS
DEMI ANAK
BANGSA
Oleh: Tik Shaiza binti Ariffin
50tahun yang lalu, tepat pada Februari 1972, MRSM membuka pintu kepada kumpulan
pertama pelajarnya. 150 remaja lelaki berumur 13 tahun telah mendaftar di MRSM
Seremban, dan mereka ini telah menjadi perintis kepada 200,00 orang pelajar
daripada seluruh negara yang menuruti dalam masa lima dekad kemudian.
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) disifatkan sebagai permata dalam mahkota MARA (Abdul
Karim, Mohd Tajuddin, Raja Fuziah, Rokiah, 2016) . Apa yang membezakan MRSM daripada yang
lain bukan sahaja pendekatan pembelajarannya yang tersendiri, tetapi akar revolusinya juga.
Pada tahun 2002, sempena dengan sambutan Beliau tersenyum dan mengatakan dia sangat
ke 30 MRSM, Tuan Haji Wahab Alwi telah gembira mendengarnya. Kami di MRSM belajar
dianugerahkan gelaran Bapa MRSM. Saya telah subjek Lateral Thinking garapan Edward de
berpeluang menemubual figura yang sangat Bono, penggal persekolahan dipanggil semester
saya hormati dan kagumi ini di kediaman dan pengiraan peperiksaan pun melalui sistem
beliau di Petaling Jaya. Di usia 80 tahun, beliau CGPA (pada waktu itu hanya MRSM yang
masih lagi sihat dan cergas, dan masih mampu mempunyai sistem sebegini) . Cuti sekolah kami
menyudahkan pembacaan tiga (3) buku di waktu yang berbeza dengan sekolah biasa,
seminggu ! dengan barisan guru yang sangat komited,
memang kami merasakan kami sebagai pelajar
Sewaktu saya menjadi pelajar MRSM di awal MRSM sangat istimewa!
tahun 90 an dulu, sewaktu terserempak dengan
beliau di Bangunan MARA HQ, keterujaan saya MRSM muncul sebagai menyahut seruan
seperti bertemu dengan bintang idola, Sir, you untuk memasukkan lebih ramai Bumiputera ke
made my secondary school days a lot more fun dalam kelas sains. Berdasarkan satu kaji selidik
and meaningful ! Saya pernah memberitahunya, yang dijalankan dan dipersembahkan dalam
sedikit terkejut dengan keberanian saya sendiri. Batek Paper, walaupun terdapat banyak dana
BULETIN PENDIDIK | FEBRUARI 2022
yang telah dikeluarkan oleh kerajaan serta pelbagai Kesedaran ini mendorong Bahagian Latihan
kemudahan telah disediakan di institusi pengajian MARA (BLM) mengemukakan cadangan untuk
tinggi, jumlah kemasukan pelajar bumiputera ke menubuhkan sebuah junior college (inilah yang
aliran sains masih sedikit. Bukan itu sahaja, malah dimaksudkan dengan ‘rendah’ dalam nama Maktab
dalam kalangan mereka yang telah berjaya ke aliran Rendah Sains MARA). Apabila MRSM bermula 50
sains, tidak ramai yang cemerlang. Punca ini telah tahun yang lalu, ia telah diinspirasikan daripada
dikenalpasti, kelemahan pelajar bumiputera dalam penubuhan beberapa kolej/sekolah berasrama dari
aliran sains adalah kerana kurangnya pendedahan serata tempat di dunia. Ia adalah versi terbaik yang
awal mereka kepada pendidikan sains. tumbuh daripada pengamatan beberapa sekolah/
kolej di Amerika Syarikat, United Kingdom, benua
MAJLIS AMANAH RAKYAT 7
8
Eropah, Asia dan juga United World College. Tiga orang yang bertanggungjawab dalam hal ini adalah
(Dato’) Mansor Osman, Encik Tajudin Jali dan Encik Wahab Alwi.
Walaubagaimanapun, (Dato’) Mansor Osman telah meninggalkan MARA sebelum MRSM dapat
direalisasikan. Namun, semangat untuk menubuhkan MRSM masih membara, terutama pada Encik
Wahab Alwi dan Encik Tajuddin Jali. Pada tahun 1970, setelah dilantik sebagai Pengarah BLM, Encik
Wahab meneruskan usaha untuk mendapatkan kelulusan Projek MRSM. Beliau tegar dan tetap
tidak mahu mengalah walau pelbagai cabaran dihadapi. Keinginan untuk melihat lebih ramai orang
Melayu dan bumiputera dalam bidang matematik dan sains, mendorong Encik Wahab untuk terus
mendesak penubuhan MRSM. Terdapat banyak wang yang telah diperuntukkan untuk biasiswa,
namun bilangan pelajar yang layak menerimanya adalah rendah. Pada pandangan beliau, MRSM
bukan sahaja penyelesaian untuk mengisi kuota biasiswa bumiputera tetapi mampu menyediakan
keperluan yang lebih memuaskan untuk menangani kekurangan pelajar Melayu dan bumiputera
dalam bidang sains dan matematik.
Usahanya membuahkan hasil apabila beliau berjaya
meyakinkan Tan Sri Thong Yaw Hong yang merupakan
Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan ketika itu
untuk memberikan sokongan terhadap Projek MRSM.
Ironinya, seseorang berbangsa bukan melayu seperti
Tan Sri Thong melihat kewajaran serta menyokong
cadangan mewujudkan sebuah sekolah untuk
mengatasi masalah ketandusan pelajar Melayu dalam
dua subjek penting itu..
Falsafah di sebalik penubuhan MRSM adalah mudah,
untuk mendapatkan pelajar bumiputera (dengan
tumpuan lebih kepada pelajar luar bandar) yang
berpotensi dan memberikan mereka pendedahan awal
terhadap “Pendidikan Berasaskan Sains”. Diharapkan
dengan pendedahan menggunakan makmal dan
bimbingan guru-guru yang dedikasi, akan melahirkan
bumiputera yang sentiasa didorong rasa ingin tahu
(curious), berfikiran saintifik, rational, seterusnya
mendorong mereka ke bidang sains dan teknoloji.
BULETIN PENDIDIK | FEBRUARI 2022
SIAPAKAH BAPA MRSM INI?
Dilahirkan di Banggol, Kota Bharu Kelantan pada tahun 1942, beliau merupakan
keturunan campuran Melayu, Champa, Cina, Aceh dan Yaman. Ibunya
berketurunan Thai-Champa dan Cina daripada Bachok, Kelantan sementara
datuk sebelah bapanya merupakan tukang jahit istana Aceh yang telah merantau
ke Kelantan. Memulakan persekolahan di Kota Bharu dan seterusnya ke Kuantan,
beliau kemudiannya dipilih untuk memasuki sekolah berprestij Maktab Melayu
Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1953.
Pengalaman yang beliau perolehi daripada tahun-tahun beliau di MCKK
membantu beliau memahami keperluan negaranya. Sebagai produk sebuah
sekolah berasrama penuh, Encik Wahab menegaskan bahawa kejayaannya pada
hari ini adalah kerana salah satu faktor ini, iaitu, sekiranya beliau tidak ke sekolah
berasrama penuh, beliau mungkin tidak dapat menjejakkan kaki ke universiti.
Kota Bharu pada tahun 1950-an hanyalah sebuah bandar kecil di Pantai Timur
Malaysia, dengan itu, kemudahan yang disediakan oleh sekolah berasrama seperti
MCKK adalah jauh lebih baik. Ini memberi kesedaran kepada beliau betapa
perlunya sebuah sekolah yang akan membantu pelajar-pelajar bumiputera luar
bandar merealisasikan kemampuan serta kehebatan mereka.
MAJLIS AMANAH RAKYAT 9
10
Di MCKK, Encik Wahab Alwi merupakan dengannya, tentang idea serta visi beliau,
antara pelajar terbaik sekolah elit tersebut. seterusnya meminta beliau membuat
Usai tingkatan satu (1) beliau terus temu janji untuk ditemuduga. Beliau
‘dilompatkan’ ke tingkatan tiga (3) dan walaubagaimanapun diminta untuk terus
berjaya memperolehi keputuan cemerlang melapor diri pada hari Isnin berikutnya dan
dalam Lower Certificate Examnination temuduga itu dijalankan kemudian. Maka,
(LCE). Ini telah membawa beliau ke aliran bermulalah perjalanan karier Encik Wahab
Sains di Tingkatan Empat (4). Sewaktu di MARA, satu suratan takdir yang turut
beliau di Tingkatan Enam (6), beliau telah mencorakkan takdir 200,00 orang pelajar
beralih ke aliran sastera, satu langkah setakat ini.
berani yang terbukti membuahkan hasil
apabila beliau berjaya dalam peperiksaan Apa yang menjadikan MRSM unik, tidak
dengan meraih anugerah pelajar terbaik hanya kerana ia merupakan sekolah
untuk aliran sastera dalam peperiksaan berasrama penuh yang pertama di
Sijil Tinggi Persekolahan (HSC) pada Malaysia yang memberi tumpuan kepada
tahun persekolahan tersebut. Beliau juga sains dan matematik (juga sekolah asrama
merupakan Naib Ketua Murid di MCKK 1961. pertama yang ada pencampuran jantina),
tetapi terdapat beberapa perkara lain juga.
Kejayaan beliau dalam HSC telah Para pelajar tidak diwajibkan memakai
melayakkannya mendapat biasiswa. Beliau pakaian seragam sekolah, mereka akan
dianugerahkan biasiswa Colombo Plan, menghadiri kelas dengan pakaian kasual,
untuk belajar di University of Western hanya membawa alat tulis dan buku nota
Australia dalam bidang Antropologi dari (buku disimpan di dalam loker). Amalan
tahun 1962 hingga 1965. Sementara itu, ini berterusan sehingga tahun 1983, apabila
di tanah air, minat orang ramai terhadap pakaian seragam akhirnya diperkenalkan.
MARA semakin meningkat. Berita-berita Masih mahu membezakan diri daripada
di surat khabar dipenuhi tentang MARA, yang lain, pakaian seragam MRSM adalah
ini juga menarik perhatian Encik Wahab kemeja /kurung bewarna kuning air
Alwi yang pada ketika itu, baru pulang dari dipadankan dengan seluar/kain /skirt
Australia. Beliau banyak membaca tentang coklat, serta kemeja/kurung biru muda dan
MARA, dan sesuai dengan sikap ingin seluar/ kain/skirt biru tua.
tahunya, beliau menelefon MARA dan telah
berjaya membuat satu temu janji dengan Kelas pula telah direka bentuk menepati
salah seorang daripada Pengarah MARA, konsep kelas terbuka dan konsep bilik
(Dato’) Mansor Osman, iaitu Pengarah darjah terapung. Kelas bermula pada pukul
Bahagian Latihan MARA. 8 pagi dan selesai pada pukul 3 petang
(Dato’) Mansor Osman sangat kagum setiap hari. Pembelajaran pula adalah
BULETIN PENDIDIK | FEBRUARI 2022
berbentuk learning by discovery. Menurut Puan
Hajjah Zaherah Abu Bakar, guru sejarah MRSM
Seremban (1975), pada waktu itu guru-guru akan
mencetak kertas kerja dan pelajar akan berbincang
untuk mencari jawapan. Kesemua guru MRSM
adalah lepasan universiti dan sekiranya mereka
tiada sijil /diploma perguruaan mereka akan
dihantar untuk menyempurnakanya pada waktu
cuti sekolah. Sistem pementoran telah ditubuhkan
untuk membantu pelajar-pelajar ini menghadapi
cabaran hidup berjauhan daripada keluarga
mereka, ia dipanggil sistem Homeroom. Kaunselor
sepenuh masa telah disediakan dan subjek seperti
muzik dan bahasa asing telah diperkenalkan.
Perkara tersebut, jika diamati, seolah memberitahu
kita, MRSM mahu tampil berbeza, dan semestinya
kita berbangga dengan keterbezaan ini.
MRSM kini telah muncul sebagai sebuah institusi
yang memenuhi pelbagai keperluan , selaras
dengan apa yang diperlukan oleh negara. Sehingga
kini, terdapat 55 buah MRSM (6 jenis) dan apabila
ditanya pandangannya mengenai perkara ini,
Encik Wahab tersenyum, kegembiraan terpancar
daripada matanya.
“Perkara yang perlu diingat ialah sentiasa
untuk bergerak maju , berikan apa sahaja yang
termampu untuk membantu bumiputera, tetapi
pastikan untuk bergerak ke hadapan, mengambil
pendekatan yang berbeza sedikit adalah perlu.
Jadilah kreatif, do not be afraid to rock the boat, but
you must instill values too”
Beliau tetap tenang dan yakin benih pokok-pokok
yang disemainya 50 tahun yang lalu sedang
mekar merimbun, tetap tumbuh lebat menghijau,
menyesuaikan diri dengan apa jua perubahan iklim
yang berlaku.
Terima ka sih S ir,
200,00 suara bergema
MAJLIS AMANAH RAKYAT 11
12
14 PELAJAR ACCA
KUPTMKL KE
GRIFFITH COLLEGE,
IRELAND
Taahniah dan syabas diucapkan kepada EMPAT
BELAS (14) SISWA & SISWI yang merupakan
pelajar ACCA Kolej Universiti Poly-Tech MARA
Kuala Lumpur (KUPTMKL). Mereka telah berjaya
menyambung pengajian Association of Chartered
Certified Accountants (ACCA) peringkat strategik di
Griffith College, Cork, Republic of Ireland pada 17 Januari
2022.
Tiga Belas (13) orang daripadanya adalah merupakan
graduan program CAT Kolej Profesional MARA Ayer
Molek, dibawah Skim Young Talent Program (YTP)
MARA. Manakala seorang lagi merupakan graduan
program CAT KUPTM yang menyambung pengajian
ACCA peringkat Applied Skill di Institut Pengajian
Profesional KUPTMKL.
BULETIN PENDIDIK | FEBRUARI 2022
1. Raihana Mardiana binti Rosli (graduan CAT-YTP KPM Ayer Molek)
2. Siti Nuratiqah binti Ahmad Norazizan (graduan CAT-YTP KPM Ayer Molek)
3. Muhammad Baqir bin Mohamad Azmi (graduan CAT-YTP KPM Ayer Molek)
4. Muhammad Arif Ikmal bin Mohamad Tajudin (graduan CAT-YTP KPM Ayer Molek)
5. Muhammad Nur Fakhri bin Fazli (graduan CAT-YTP KPM Ayer Molek)
6. Ahmad Fahmi Rastan bin Moohyiddin (graduan CAT-YTP KPM Ayer Molek)
7. Munna Nadhirah binti Ismail (graduan CAT-YTP KPM Ayer Molek)
8. Shamil Azriel bin Shahirudin (graduan CAT-YTP KPM Ayer Molek)
9. Auni Madihah binti Muhammad (graduan CAT-YTP KPM Ayer Molek)
10. Abdullah Luqman bin Ahmad Murad (graduan CAT-YTP KPM Ayer Molek)
11. Muhammad Irfan Fitri bin Sakiran (graduan CAT-YTP KPM Ayer Molek)
12. Umar bin Jimi (graduan CAT KUPTM)
13. Eldryan Joimi (graduan CAT-YTP KPM Ayer Molek)
14. Muhammad Farish bin Sham (graduan CAT-YTP KPM Ayer Molek)
Semoga terus cemerlang!
Sumber : FB Hi-Edu MARA
MAJLIS AMANAH RAKYAT 13
14
Tahniah!
Puan Noriha binti Kassim kini
Apple Professional Learning
Specialist (APLS)
Sekalung tahniah untuk Puan oleh pandemik, semua calon menyediakan sokongan
perlu menghadiri sesi kursus
Noriha binti Kassim Timbalan secara dalam talian pada kepimpinan dan perancangan,
setiap Rabu jam 4 – 6 petang
Pengarah II (Teknologi dan sepanjang bulan Ogos 2021, dan menawarkan bantuan
disamping melengkapkan
Penyelidikan) Bahagian semua tugasan dan mini coaching dan mentoring
projek yang disediakan. Calon
Pendidikan Menengah (BPM) juga mesti melengkapkan secara hands-on kepada
sijil Apple Teacher Portfolio
atas perlantikan sebagai sebagai salah satu syarat untuk guru bagi memantapkan
mendapat APLS. Seramai 18
Apple Professional Learning orang pendidik dari negara kemahiran teknologi guru
Asian yang terlibat dan hanya
Specialist (APLS) bermula pada tiga (3) orang dari Malaysia. dengan penekanan kepada
Januari 2022. inovasi agar dapat melibatkan
APLS merupakan satu pelajar dengan pembelajaran
pengiktirafan dan pensijilan yang lebih mendalam,
daripada pihak Apple yang
diberi kepada pendidik Ini menjadikan bilangan APLS
dalam kalangan pendidik
yang memegang sijil Apple MARA seramai dua orang
selepas Encik Muhammad
Professional Learning Provider Syukri Sulaiman (MRSM
Taiping) yang mendapat
(APLP). pengiktirafan sebagai APLS
pada tahun 2020.
APLS berperanan membantu
Untuk melayakkan diri institusi pendidikan untuk
mendapat sijil ini, calon mesti
mengikuti siri kursus yang mentransformasikan
diadakan selama 18 – 20 jam
dalamtempohtigahari.Namun persekitaran pengajaran
pada tahun 2021, disebabkan
dan pembelajaran dengan
produk Apple. APLS juga Sumber : BPM
Suntingan : BITK
berkemampuan untuk
BULETIN PENDIDIK | FEBRUARI 2022
MAJLIS AMANAH RAKYAT 15
16
SYABAS!!
PENARAFAN
STATUS GOLD
KPM AYER
MOLEK
Sekalung TAHNIAH kepada Kolej Profesional (KPM)
Ayer Molek di atas pengiktirafan dan penarafan
GOLD (Emas) oleh Association of Chartered
Certified Accountants (ACCA).
Melalui sijil pengiktirafan yang dianugerahkan,
ACCA telah memberi penarafan kepada KPM Ayer
Molek sebagai Approved Learning Partner (ALP).
Pengiktirafan rasmi ini berdasarkan penilaian
ACCA terhadap penyediaan pembelajaran terbaik
merangkumi kaedah penyampaian tuisyen dan
sokongan berkualiti kepada pelajar. Penilaian ACCA
juga meliputi kedua-dua peringkat kelayakan sebagai
akauntan dan di Foundation Level.
Program ALP yang dilaksanakan oleh ACCA adalah
bertujuan untuk
• mengiktiraf kepada penyedia pembelajaran
akauntasi berkualiti tinggi .
• melahirkan graduan cemerlang dalam bidang
akauntasi samada diperingkat persijilan atau
foundation
Selain itu, ACCA juga mengambil kira beberapa
kriteria sebelum memberi penarafan kepada institusi
yang melaksanakan program persijilan profesional
akauntasi mereka. Pengalaman dan prestasi pelajar,
BULETIN PENDIDIK | FEBRUARI 2022
penambahbaikan sistem, cabaran yang dilalui dan
peningkatan fasiliti yang berterusan.
KPM Ayer Molek telah dinilai serta memenuhi kriteria-
kriteria berstatus emas mengikut spesifikasi ACCA.
Penarafan ini dipantau oleh ACCA sekali setiap tiga (3)
tahun. Terdapat dua peringakat penarafan oleh ACCA,
iaitu:
• Gold Approved Learning Partner (Gold ALP).
• Platinum Approved Learning Partner (Platinum
ALP).
ACCA adalah sebuah badan perakaunan professional
global yang beribu pejabat di United Kingdom. Dikenali
sebagai “The global body for professional accountants”,
ACCA berfungsi sebagai platform yang memberi latihan
kepada pelajar perakaunan dan menawarkan sijil
kelayakan atau gelaran Akauntan Bertauliah ataupun
Chartered Acountant. Pada hari ini, ACCA diiktiraf oleh 180
buah negara termasuk Malaysia. ACCA telah mempunyai
170,000 ahli dan 436,000 penuntut di seluruh dunia.
Sumber : BPT
Suntingan :BITK
MAJLIS AMANAH RAKYAT 17
18
ANUGERAH PLATINUM
ASIA PACIFIC
ACCREDITATION
AND CERTIFICATION
COMMISSION (APACC)
KKTM MASJID TANAH TERIMA PENGIKTIRAFAN
TERTINGGI DI ASIA PASIFIK
TVET MARA terus melakar kejayaan
dalam mengharumkan nama
negara di persada antarabangsa
apabila Kolej Kemahiran Tinggi
MARA (KKTM) Masjid Tanah, Melaka
telah menerima Anugerah Platinum
daripada Asia Pacific Accreditation
and Certification Commission
(APACC). Lebih membanggakan
lagi, KKTM Masjid Tanah merupakan
institusi TVET pertama dalam sejarah
yang telah dianugerahkan Platinum
oleh APACC di rantau Asia Pasifik.
Secara keseluruhannya sebanyak 33
buah institusi di rantau Asia Pasifik
telah menerima akreditasi APACC
bertaraf EMAS, PERAK, GANGSA
(+) dan GANGSA dari Malaysia,
Filipina, Thailand, Mongolia dan
Pakistan. Malaysia mengungguli
carta penerima apabila sebanyak 15
institusi telah menerima akreditasi
APACC terdiri daripada Politeknik,
KKTM dan MJII
Ketika ini 6 (enam) institusi di bawah
BULETIN PENDIDIK | FEBRUARI 2022
KKTM, MJII dan IKM telah berjaya meraih Anugerah
Emas atau Gold Award yang diiktiraf bersama-sama
32 pusat Institusi TVET lain di peringkat Asia Pasifik.
Institusi tersebut adalah:
a. MARA-Japan Industrial Institute (MJII)
b. Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Kuantan
c. KKTM Ledang
d. KKTM Sri Gading
e. KKTM Rembau
f. KKTM Kemaman
Pengikitrafan ini bagi menyokong Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015-2025)
Pendiikan Tinggi dibawah inisiatif C2, Mendapatkan
Pengiktirafan Dan Akreditasi di Peringkat
Antarabangsa. Di bawah inisiatif ini, pengiktirafan
dan akreditasi antarabangsa ini akan menambahbaik
jenama penyedia TVET tempatan, memudahkan
artikulasi kelayakan dan memberikan pengiktirafan
MAJLIS AMANAH RAKYAT 19
20
global untuk tujuan pengajian serta
memudahkan mobiliti pelajar.
APACC merupakan sebuah badan akreditasi
pensijilan antarabangsa di bawah ‘Colombo
Plan Staff College For Technician Education’
(CPSC) yang berpusat di Manila, Filipina. Ia
dianggotai oleh 17 negara di rantau Asia Pasifik
dan merupakan akrediasi tunggal bagi menilai
sistem pengurusan dan kualiti institusi TVET di
Asia Pasifik.
Tujuh (7) kriteria penting yang dinilai bagi
pengiktirafan APACC ini adalah Govenance &
Management, Teaching and Learning, Human
Resources, Reserch and Development, Image
and Sustainability, Others Resources dan
Support to Student.
Pengiktirafan tertinggi ini membuktikan bahawa
sistem pengajian di TVET MARA terutama di
KKTM, MJII dan IKM telah mencapai piawaian
TVET yang telah ditetapkan di peringkat
antarabangsa dan seterusnya membuktikan
graduan dari sistem pendidikan dan pengajian
TVET yang ditawarkan oleh MARA dapat bersaing
sehingga di persada antarabangsa.
Ini juga selaras dengan objektif Pelan Strategik
BKT 2018 – 2028 iaitu untuk menjadikan KKTM,
MJII dan IKM sebagai institusi rujukan dan pilihan
utama dalam pendidikan TVET di Malaysia.
Pengiktirafan ini merupakan satu strategi
penjenamaan KKTM, MJII dan IKM di mana
pengiktirafan APACC ini akan menaikkan imej
ketiga-tiga IPMA ini di peringkat antarabangsa
serta meningkatkan tahap keyakinan masyarakat
terhadap kualiti program TVET yang ditawarkan.
Ia juga akan membuka ruang dan peluang
yang lebih luas kepada pelajar serta pensyarah
institusi ini dalam kerjasama TVET di peringkat
negara anggota.
Sumber : BKT
Suntingan : BITK
BULETIN PENDIDIK | FEBRUARI 2022
MAJLIS AMANAH RAKYAT 21
22
BULETIN PENDIDIK | FEBRUARI 2022
Sempena menyambut Ulang tahun MRSM yang ke -50, Kolej MARA Banting (KMB) ingin
turut sama meraikan detik istimewa ini. Ramai rupanya dalam kalangan tenaga pendidik
KMB yang merupakan bekas pelajar MRSM. Tahniah, anda tidak mengecewakan MRSM!
MAJLIS AMANAH RAKYAT 23
24
SEKITAR
MAJLIS
GRADUASI
MRSM 2021
Tahniah! Walaupun dunia masih lagi berdepan
dengan pandemik dan pelbagai aktiviti perlu
melalui norma baru, ia tidak menghalang
beberapa MRSM untuk menyambut Graduasi
secara meriah, meraikan kejayaan -kejayaan
pelajar. Berikut adalah beberapa MRSM yang
telah berkongsi sambutan graduasi maktab
mereka dengan e-Berita Pendidik.
Sumber : FB MRSM Sungai Besar, Pengkalan
Chepa, Kuching dan Muafakat MRSM
Terendak
BULETIN PENDIDIK | FEBRUARI 2022
MAJLIS AMANAH RAKYAT 25
26
10 BUKU Kata awalan “gu” untuk “guru”
YANG adalah berasal daripada bahasa
MAMPU Jawa “digugu”. Perkataan
BANTU GURU tersebut membawa maksud tutur kata
JADI LEBIH seorang guru itu bisa dijadikan pedoman
INTELEK atau dasar perbicaraan. Maka, secara
alaminya, kita memahami bahawa
Artikel ini dipetik daripada laman untuk seseorang guru itu mahir dalam
sesawang The Vocket penyampaiannya, intipati percakapannya
haruslah berisi dan bernas. Membaca
mampu membantu para guru untuk
melakukan perkara ini.
Berikut disenaraikan 10 buah buku yang
dicadangkan oleh Encik Muhammad
Yusof, seorang guru yang juga merupakan
influencer media sosial (beliau boleh
diikuti di FB Muhammad Yusof).
BULETIN PENDIDIK | FEBRUARI 2022
Azam 2022 masih menyala, ayuh pendidik, kita semata-mata mahu melibatkan diri dengan
semarakkan pembacaan kita pada tahun ini. aktiviti sosial membantu kanak-kanak
buta huruf seluruh dunia untuk mendapat
1. LASKAR PELANGI pendidikan yang sempurna. Edisi bahasa
Melayu diterbitkan oleh PTS.
Sebuah buku yang hebat karya Andre Hirata.
Filem Indonesia dengan tajuk yang sama 3. IMAM
adalah diangkat daripada buku ini. Kemiskinan
atau kekurangan infrastruktur bukanlah Novel yang sangat power ini adalah karya
penghalang kepada proses pembelajaran dan SN Abdullah Hussain. Guru-guru yang
pengajaran. ingin turun ke lapangan masyarakat mesti
Banyak benda boleh kita dapat dan belajar membaca kisah Haji Mihad ini. Bahkan saya
melalui buku ini. Versi Bahasa Melayu merasakan bahawa buku ini semestinya
diterbitkan oleh PTS Media Group (PTS). dibaca oleh semua Muslim di Malaysia.
2. LEAVING MICROSOFT TO Novel tebal ini bukan novel cincai kerana ia
CHANGE THE WORLD mengambil masa 3 tahun untuk dihasilkan.
Buku ini sangat menginspirasikan saya. Ia 3. SEKOLAH BUKAN PENJARA,
adalah catatan John Wood yang sanggup UNIVERSITI BUKAN KILANG
meninggalkan jawatan besarnya di Microsoft
Sebuah buku yang menjadikan anda
nampak intelek jika anda hadam segala
apa yang ada dalam buku ini. Sebuah buku
yang kritikal dan bervariasi untuk kita baca.
Sebuah adikarya berkualiti ZF Zamir.
5. SOPHIE’S WORLD
Anda berminat dengan falsafah tetapi
merasakan semuanya agak overwhelming?
Buku ini mempersembahkan idea-idea
falsafah dunia secara perceritaan yang
sangat menarik.
Buku ini telah diterjemah lebih daripada
30 bahasa dan jutaan terjual serata dunia.
Ditulis oleh Jostin Gaarder, seorang guru
falsafah di salah sebuah sekolah menengah
di Norway. Cubalah baca buku ini.
ITBM ada menterjemah novel ini dengan
tajuk ‘Menguak Tingkap Dunia Sophie.’
MAJLIS AMANAH RAKYAT 27
28
6. MANUSIA DAN PENDIDIKAN
Buku ini adalah antara buku terbaik
Prof. Dr. Hasan Langgulung. Cikgu-
cikgu kenal tak dengan nama Prof. Dr.
Hasan Langgulung?
Beliau adalah antara tokoh pemikir
berkaitan pendidikan tersohor di
Malaysia dan Indonesia. So, saya kira
buku ini pun buku yang wajib jadi play-
list bagi setiap yang bergelar guru.
7. TOTTO CHAN: GADIS KECIL
DI JENDELA
Sebuah buku yang memberi saya
inspirasi tentang cara mengenal dan
mengajar anak-anak muda dan pelajar.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ada
terjemah buku ini rasanya. (nota Editor
: Ada, Namanya Totto Chan : Gadis Kecil
Di Jendela, malangnya sudah tidak
diulang cetak)
8. MEMOIR SEORANG GURU
Atas cadangan beberapa orang rakan,
saya terus pergi cari buku ini. Tak susah
mencari buku ini. Allahyarham Azizi
Haji Abdullah adalah satu nama yang
tidak asing dalam dunia penulisan di
Malaysia.
Saya membaca sekali lalu dan
saya dapati novel ini memberikan
BULETIN PENDIDIK | FEBRUARI 2022
persepsi yang sangat luas kepada dunia
pendidikan. Ia adalah Terbitan Alaf 21.
9. PEDAGOGY OF THE
OPPRESSED
Sebuah buku yang power dalam
memaknakan pendidikan. Penulisnya,
Paulo Freire adalah seorang tokoh
pendidikan terkenal seantero dunia.
Beliau adalah seorang doktor dalam
bidang falsafah dan berpengalaman
mengajar di beberapa universiti tersohor
di dunia. Karya ini mengajar tentang
ertikata pendidikan yang sebenar iaitu
‘memanusiakan’ manusia.
10. AL-QURAN
Semestinya Al Quran sarat dengan
pelbagai pengajaran dalam mendidik
manusia, juga mendidik para guru untuk
sentiasa menanamkan sifat sabar dan
tekun dalam memberi ilmu dan tunjuk
ajar kepada para pelajar.
Sumber : https://www.thevocket.com/10-
buku-ini-boleh-bantu-cikgu-jadi-lebih-
intelek/
Olahan : BITK
MAJLIS AMANAH RAKYAT 29
30
Nota
BULETIN PENDIDIK | FEBRUARI 2022
MAJLIS AMANAH RAKYAT 31
Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA
Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA
50609 Jalan MARA, Kuala Lumpur.
Tel: 03 2613 2401
Faks: 03 2691 0075
Email: [email protected]
Copyright ©️ MARA 2021. All rights reserved