6/2021 MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan 1
SIDANG EDITOR
Penerbit : Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA
PENAUNG
Rohayah binti Mohd Zain
Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan)
MARA
PENERBIT EKSEKUTIF Sidang Editor MARA360° berhak meminda,
Nor Zaini binti Abu Kassim
Pengarah mengubah dan menggarap manuskrip yang
Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA dihantar agar bersesuaian dengan garis
panduan yang ditetapkan dan tidak mengubah
PENERBIT isi asalnya. Semua manuskrip yang diterima
Jamizan bin Baki sama ada disiarkan ataupun tidak disiarkan tidak
Timbalan Pengarah II akan dikembalikan. Manuskrip ini juga boleh
digunapakai oleh pihak yang diberi kebenaran
EKSEKUTIF EDITOR untuk masa-masa akan datang. Kami mengalu-
Zuliana Haslinda binti Anhar Zubir alukan sebarang cadangan atau komentar, surat
Timbalan Pengarah I menyurat, rencana dan ulasan ke meja Sidang
Redaksi atau email ke [email protected]
EDITOR
Rusmawati binti Adam
Ketua Penolong Pengarah
KREATIF Sebarang pertanyaan hendaklah dialamatkan
Noor Leala binti Hussain kepada:
Penolong Pengarah
Pengarah
JURUFOTO Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA
Produksi Kreatif Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA
50609 Jalan MARA, Kuala Lumpur.
TEKNIKAL & HEBAHAN Tel: 03 2613 2401
Iswardy Adha bin Mohamad Faks: 03 2691 0075
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Kanan) Email: [email protected]
Hakcipta Terpelihara©️MARA 2021. All rights reserved
2 | MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan 6/2021
36/2021 MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan
SELEKSI
EDITOR MARA 3600
Data peribadi: apa yang perlu anda tahu? 07
Ketahui tujuh (7) prinsip perlindungan data peribadi 11
16
Undang-undang kontrak: 28
Tujuh (7) elemen asas membentuk kontrak yang sah 35
Cabaran mendepani tuntutan pihak luar terhadap MARA :
Analisa & iktibar tujuh (7) kes
Warga MARA celik undang-undang:
Menelusuri program anjuran Bahagian Perundangan
Segmen Khas: Sekalung budi, seindah kenangan
4 | MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan 6/2021
NUKILAN TINTA
UNIT LITIGASI KORPORAT
BAHAGIAN PERUNDANGAN MARA
Keluaran Majalah MARA360° kali ini telah mendedahkan melaksanakan tugasan dan sentiasa mengamalkan
beberapa kes tuntutan yang memperlihatkan cabaran budaya integriti.
yang dihadapi oleh Bahagian Perundangan MARA Maka besarlah harapan BUU,agar risiko kes-kes tuntutan
(BUU), dalam memastikan kepentingan MARA sentiasa sebegini dapat diminimakan di masa akan datang. Hasil
terjaga dan terpelihara dalam setiap kes. daripada penambahbaikan proses, tatacara, pentadbiran
Melalui kes-kes tuntutan yang berlaku, antaranya; dan pemantauan kontrak termasuk keselamatan
salah laku, kebocoran maklumat sulit, ketidakpatuhan dokumen-dokumen serta penyimpanan rekod dan fail
kepada perjanjian dan proses kerja atau SOP, kecuaian yang kemas dan teratur.
serta penyimpanan rekod fail dan dokumen yang tidak Akhir tinta, hayatilah serangkap pantun ini :-
teratur dan konsisten. Walau bagaimanapun, kelemahan Pekat mengalir darah belitung,
sedemikian masih boleh diatasi dan sentiasa diperbaiki Buat tangkap masaknya berkat,
dari semasa ke semasa ke arah tadbir urus yang baik. Bulat air kerana pembetung,
Di samping itu, BUU turut mengiktiraf dan menghargai Bulat manusia kerana muafakat.
kerjasama serta komitmen penuh daripada semua pihak
yang terlibat bagi memastikan kemenangan berpihak Bahagian Perundangan MARA
kepada MARA dalam kes-kes tersebut. Kejayaan Sumber: Fail kes tuntutan terhadap MARA
BUU dalam mendepani dan mempertahankan MARA dalam kendalian Pegawai Undang-Undang MARA
dalam setiap kes sudah tentunya datang daripada
hasil komitmen serta kerjasama yang padu dan utuh
di kalangan anggota kerja MARA sendiri. Kes-kes
sebegini juga telah membuka mata dan mendidik MARA
serta anggota kerjanya supaya lebih cermat dalam
56/2021 MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan
SELEKSI EDITOR
PANTUN DATA PERIBADI
Pintu pagar jangan diumpil, Pisang masak dibuat lepat,
Jika tidak boleh dibuka, Gaul sedikit si garam kasar,
Data orang jangan diambil, Data diambil wajiblah tepat,
Jika tidak dengan izinnya. Tidak keliru tidak tersasar.
Gadis manis berjalan ke pekan, Bangga hati apabila sukses,
Sampai di pekan terus ke kedai, Tambah bangga ayah dan emak,
Tujuan diambil perlu dijelaskan, Pengguna berhak mendapat akses,
Jangan pula memandai-mandai. Supaya datanya boleh disemak
Buah berangan enak dimakan,
Sebelum dimakan perlu dibelah, Karya khas daripada :
Data orang jangan didedahkan, Kak Cik Seroja / Juariah binti Mansor
Tanpa persetujuan menjadi salah.
Bunga mawar berbau wangi,
Menghidu ia menjadi tenang,
Data pengguna wajib dilindungi,
Tidak diberi sewenang-wenang.
Ramai orang suka memprotes,
Walau tak jelas tingkah dan laku,
Setelah data selesai diproses,
Jangan disimpan melebihi waktu.
6 | MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan 6/2021
DATA PERIBADI:
APA YANG PERLU ANDA TAHU?
KETAHUI TUJUH (7) PRINSIP
PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
Data merupakan suatu komoditi yang berkuasa. Anda Sebarang data mengenai anda boleh dianggap sebagai
semua seharusnya semakin menyedari jejak data yang data peribadi. Data peribadi yang dilindungi di bawah
anda tinggalkan ketika anda berada atas talian (online), PDPA adalah apa-apa maklumat yang berkenaan
membuat panggilan telefon atau menghantar pesanan dengan transaksi komersial; termasuk nama penuh,
teks,termasuk ketika anda melakukan urusan perbankan nombor kad pengenalan atau passport, foto atau imej
atas talian. Bagi menjamin keselamatan data dan privasi video individu, nombor telefon bimbit, alamat e-mel
anda, Kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan Akta peribadi, cap jari, nama dan alamat rumah.
Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
76/2021 MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan
TUJUH (7) PRINSIP PERLINDUNGAN
DATA PERIBADI DI BAWAH PDPA
Berikut adalah tujuh (7) Prinsip Perlindungan Data yang diperuntukkan di bawah seksyen 5 PDPA yang perlu
difahami oleh pengguna data dan juga anda sebagai individu pemilik data peribadi.
1. Prinsip Umum:
Pengguna data tidak boleh memproses data peribadi mengenai seseorang individu melainkan jika individu
itu telah memberikan persetujuannya untuk memproses data tersebut.
2. Prinsip Notis dan Pilihan:
Pengguna data harus memberitahu individu itu melalui notis bertulis bahawa data peribadinya sedang
diproses; dan akan memberikan keterangan mengenai data peribadi tersebut diproses termasuk maklumat
mengenai tujuan penggunaan data, hak individu itu untuk meminta akses atau pembetulan data peribadinya
dan cara individu itu boleh menghubungi pengguna data dengan pertanyaan atau aduan mengenai data
peribadinya itu.
3. Prinsip Pendedahan:
Data peribadi tidak boleh didedahkan tanpa persetujuan individu itu.
4. Prinsip Keselamatan:
Pengguna data harus mengambil langkah praktikal untuk melindungi data peribadi individu itu dari
sebarang kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, pendedahan, perubahan atau pemusnahan yang
tidak dibenarkan atau tidak sengaja.
5. Prinsip Pengekalan:
Data peribadi individu itu yang diproses untuk tujuan apa pun tidak boleh disimpan lebih lama daripada
yang diperlukan untuk memenuhi tujuan tersebut.
6. Prinsip Integriti Data:
Pengguna data harus mengambil langkah yang bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data peribadi
individu itu adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan dikemaskini.
7. Prinsip Akses:
Individu itu hendaklah diberikan akses kepada data peribadinya yang dipegang oleh pengguna data dan
dapat membetulkannya.
8 | MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan 6/2021
Bagaimanakah pemakaian PDPA ke atas
MARA?
Data peribadi adalah aset untuk organisasi. Sebagai
aset yang berharga, terdapat risiko dan ancaman
yang boleh mengganggu nilai tersebut. MARA perlu
menyimpan data peribadi pelanggan-pelanggannya
dengan selamat dan perlu mengambil langkah-langkah
wajar serta menguruskan data peribadi dengan
baik untuk memastikan pematuhan kepada PDPA,
selain menghindari implikasi perundangan berkaitan
perlindungan data peribadi. Justeru, beberapa peraturan
umum yang boleh digunakan adalah seperti yang
berikut:
1. Sentiasa mendapatkan kebenaran untuk
menggunakan data peribadi yang dikumpulkan dan
hanya meminta data yang diperlukan sahaja untuk
menjadikan perkhidmatan yang disediakan dan diminta,
berfungsi dengan cekap atau yang dapat memberikan
lebih banyak nilai kepada pelanggan.
2. Bersikap jujur dan telus tentang bagaimana
data peribadi pelanggan akan digunakan untuk
perkhidmatan yang diberikan dan diminta, dan ini harus
dijelaskan ketika data dikumpulkan.
96/2021 MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan
Apakah tindakan MARA bagi melindungi
data peribadi pelanggannya?
Bagi tujuan tersebut, Surat Edaran Bahagian Undang- Kesimpulannya, PDPA mempunyai implikasi yang luas
Undang Bil. 2/2014 bertarikh 11 November 2014 atas dan mempengaruhi seluruh organisasi, baik daripada
tajuk Pematuhan Kepada Akta Perlindungan Data aspek perniagaan, operasinya hingga individu yang
Peribadi 2010 [Akta 709] (PDPA) telah dikeluarkan mengendalikan data peribadi. Walau bagaimanapun,
yang jelas menyatakan keperluan MARA dan syarikat- PDPA juga memberikan nilai kepada kedua-dua pihak
syarikat subsidiari MARA untuk mematuhi PDPA. Antara iaitu organisasi dan pelanggan kerana tujuh (7) prinsip
lainnya ialah pematuhan kepada tujuh (7) prinsip perlindungan data peribadi yang dilaksanakan oleh
utama perlindungan data peribadi yang diperuntukkan organisasi dapat meningkatkan keyakinan pelanggan.
di bawah PDPA (rujukan seksyen-seksyen 5 hingga Dalam konteks MARA, amalan tujuh (7) prinsip
12 PDPA). Dalam hal ini, MARA telah mengeluarkan perlindungan data peribadai dapat mengukuhkan
Pemberitahuan dan Notis Privasi menurut seksyen 7 reputasi dan integriti organisasi, serta imej MARA
PDPA kepada semua pelanggan MARA melalui laman secara keseluruhan. Dalam erti kata lain, privasi data
sesawang/portal rasmi MARA yang mudah diakses oleh mewujudkan kepercayaan pelanggan dan kepercayaan
semua pelanggan MARA pada bila-bila masa dan di memberi imej baik kepada organisasi.
mana sahaja. Notis Privasi MARA yang telah dikeluarkan
tersebut telah cukup dan memadai bagi maksud PDPA.
Disediakan oleh: Nor Amira binti Ismail
Bahagian Perundangan, MARA
Sumber:
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709]
Nota Seminar Perlindungan Data Peribadi 2014
Nota/Catatan Bengkel Pematuhan Akta Perlindungan
Data Peribadi 2010 Siri 01/2015 & Siri 02/2015
10 | MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan 6/2021
SELEKSI EDITOR
PANTUN INGATAN MESRA
Pokok durian ditebang sakan,
Bawa neraca dan juga alas,
Akta yang jelas sudah disediakan,
Silalah baca janganlah malas.
Karya khas daripada :
Kak Cik Seroja / Juariah binti Mansor
UNDANG-UNDANG KONTRAK:
TUJUH (7) ELEMEN ASAS MEMBENTUK
KONTRAK YANG SAH
Apakah itu kontrak? membolehkan suatu perjanjian dikuatkuasakan.
Adalah penting untuk pihak-pihak kepada perjanjian
Dari segi bahasa, kontrak atau perjanjian bermaksud memastikan perjanjian tersebut mematuhi dan
persetujuan atau permuafakatan yang dibuat antara memenuhi tujuh (7) elemen yang diperuntukkan di
dua pihak atau lebih. Di Malaysia, rujukan perundangan bawah Akta Kontrak. Jika tidak ada salah satu daripada
utama berhubung kontrak adalah Akta Kontrak elemen-elemen ini, suatu perjanjian itu tidak boleh
1950 (“Akta Kontrak”). Walau bagaimanapun dalam dianggap sebagai kontrak yang sah dan berkuatkuasa.
menyelesaikan pertikaian berhubung isu-isu kontrak, Perkara ini boleh menjejaskan kepentingan pihak-
sekiranya timbul sebarang isu mengenai kontrak yang pihak kepada perjanjian tersebut terutamanya pihak
tidak diperuntukkan di bawah Akta Kontrak, Seksyen yang menanggung kerugian atau kemudaratan akibat
5 Akta Undang-undang Sivil 1956 memperuntukkan dari kemungkiran perjanjian tersebut oleh pihak satu
bahawa rujukan kepada undang-undang Inggeris lagi memandangkan perjanjian tersebut tidak boleh
(common law) adalah dibenarkan. dikuatkuasakan.
Dari segi perundangan, menurut Seksyen 2(b) Akta
Kontrak “Sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan
oleh undang-undang adalah kontrak”. Oleh itu, bagi
116/2021 MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan
Tujuh (7) elemen kontrak yang sah di bawah
Akta Kontrak
1. TAWARAN
Seksyen 2(a) Akta Kontrak memperuntukkan bahawa
apabila seseorang menyatakan kesediaannya kepada
seorang yang lain untuk melakukan atau menahan
diri dari melakukan sesuatu. Dengan maksud untuk
memperolehi persetujuan orang itu untuk melakukan
sesuatu atau menahan diri daripada melakukan
sesuatu. Maka bolehlah dikatakan bahawa orang itu
membuat tawaran. Contohnya: Encik Y memaklumkan
kepada Encik Z ,“Saya ingin menjual satu set televisyen
32 inci jenama Toshiba kepunyaan saya dengan harga
RM1,500.00”. Disini Encik Y telah membuat tawaran
kepada Encik Z.
2. PENERIMAAN
Seksyen 2(b) Akta Kontrak memperuntukkan bahawa
apabila orang kepada siapa tawaran itu dibuat
menyatakan persetujuan dengan tawaran itu, maka
bolehlah dikatakan bahawa tawaran itu diterima.
Penerimaan bermaksud kesediaan seseorang yang telah
menerima tawaran untuk menjalin hubungan kontrak
dengan pihak yang membuat tawaran. Contohnya: Encik
Y memaklumkan kepada Encik Z, “Saya ingin menjual
satu set televisyen 32 inci jenama Toshiba kepunyaan
saya dengan harga RM1,500.00”. Apabila Encik Z
membalas,“Saya bersetuju membeli televisyen tersebut
dengan harga tersebut”, penerimaan telah berlaku dan
Encik Y sudah terikat dengan kontrak untuk menjual
televisyen kepada Encik Z.
3. BALASAN (CONSIDERATION)
Balasan ditakrifkan di bawah Seksyen 2(d) Akta
Kontrak iaitu:- apabila, di atas kehendak pembuat janji,
penerima janji atau orang lain telah membuat atau
menjauhi daripada membuatnya suatu perbuatan atau
larangan atau janji dipanggil balasan kepada janji
tersebut. Secara umumnya boleh dikatakan balasan
adalah perkara yang menjadi tukaran antara kedua
belah pihak dalam sesuatu kontrak. Contohnya, Apabila
Encik Z membeli televisyen dari Encik Y dan membayar
RM1,500.00, kemudian Encik Y menyerahkan televisyen
tersebut kepada Encik Z, maka kedua-dua pihak
iaitu Encik Y dan Encik Z telah menunaikan balasan
masing-masing melalui tindakan mereka. Maksudnya
bagi kontrak jual-beli televisyen ini, wang sejumlah
RM1,500.00 dan set televisyen tersebut adalah balasan
dalam kontrak ini.
12 | MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan 6/2021
Persetujuan yang diberi tanpa balasan tidak boleh membuat rayuan kepada pihak bank atas kelewatan
dianggap sebagai kontrak. Contohnya Puan W bersetuju pembayaran balik dan memohon diberi tempoh
menderma sejumlah RM500.00 setiap bulan selama tertentu menyelesaikan bayaran. Apabila pihak bank
setahun kepada sebuah rumah anak yatim. Puan W bersetuju untuk tidak mengambil tindakan undang-
hanya memberikan derma untuk tiga bulan pertama undang terhadap peminjam dalam tempoh tertentu
dan selepas itu berhenti memberi derma. Pihak jika peminjam membayar hutang berkenaan mengikut
rumah anak yatim tidak boleh menuntut Puan B untuk perjanjian yang baharu, tindakan pihak bank tidak
menunaikan janji Puan W di bawah Akta Kontrak kerana mengambil tindakan undang-undang tersebut (iaitu
tiada balasan diterima oleh Puan B dari rumah anak menahan diri dari membuat sesuatu) adalah merupakan
yatim tersebut bagi derma tersebut. satu balasan yang sah.
Seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 2(d)
“menahan diri dari membuat sesuatu” juga merupakan
suatu balasan. Contohnya apabila pihak peminjam
4. NIAT
Pihak-pihak yang memasuki sesuatu kontrak mestilah
telah berniat, atau dianggap sebagai telah mempunyai
niat untuk mewujudkan hubungan/ikatan undang-
undang. Ini bermaksud setiap pihak dalam kotrak
tersebut bersedia untuk menerima kesan dari segi
perundangan sekiranya gagal atau ingkar untuk
melaksanakan obligasinya di bawah kontrak tersebut.
5. KEUPAYAAN
Keupayaan bermaksud kebolehan pihak-pihak
yang memasuki sesebuah kontrak mengetahui dan
memahami implikasi, risiko dan kesan kontrak ke atas
mereka memandangkan mereka akan terikat dengan
peruntukan-peruntukan di bawah kontrak. Seksyen 11
Akta Kontrak menyatakan setiap orang adalah layak
membuat kontrak sekiranya ia (i) dewasa mengikut
undang-undang yang dia tertakluk, dan (ii) sekiranya
berakal sempurna dan (iii) tidak hilang kelayakan untuk
membuat kontrak menurut mana-mana undang-undang
kepada yang mana ia tertakluk.
(i) Dewasa – di bawah Akta Umur Dewasa 1971:
Seseorang dikatakan mencapai umur dewasa apabila
berumur 18 tahun.
(ii) Walaubagaimanapun peruntukan ini tidak
terpakai dalam kes perjanjian biasiswa (pembiayaan
untuk pendidikan). Perjanjian biasiswa yang
dilaksanakan oleh seseorang yang belum mencapai
usia dewasa adalah sah berdasarkan seksyen 4(a) Akta
Kontrak (Pindaan) 1976. Peruntukan ini antara lain
menyatakan bahawa bahawa perjanjian biasiswa yang
dibuat antara seseorang yang belum mencapai usia
dewasa dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri,
badan berkanun (contohnya MARA) atau institusi
pendidikan yang diiktiraf tidak dianggap batal semata-
mata kerana pelajar itu belum mencapai umur dewasa.
Selain perjanjian biasiswa, kontrak untuk keperluan
atau insurans juga adalah sah jika seseorang yang
belum cukup umur memasuki kontrak tersebut.
136/2021 MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan
6. KETENTUAN
Seksyen 30 Akta Kontrak menyatakan bahawa
perjanjian-perjanjian yang mana maksudnya tidak tentu
atau tidak boleh ditentukan, adalah batal. Setiap kontrak
yang dibuat mesti jelas dan tertentu. Apabila sesuatu
perjanjian itu kabur atau tidak jelas, maka kontrak yang
dibuat itu terbatal dan tidak boleh dikuatkuasakan.
Contoh misalan yang dinyatakan di bawah Seksyen
ini – A bersetuju menjual seratus tan minyak kepada B.
Tiada apa-apa yang boleh menunjukkan jenis minyak
yang dimaksudkan. Perjanjian itu adalah batal kerana
ketaktentuan.
7. KERELAAN BEBAS Seksyen 14 Akta Kontrak menyatakan
bahawa kerelaan adalah dikatakan bebas apabila
Kerelaan bebas bermaksud kontrak itu dimasuki tidak disebabkan oleh (a) paksaan (b) pengaruh tak
dengan penuh kerelaan tanpa sebarang unsur yang berpatutan (c) tipuan (d) salah nyata (e) khilaf.
boleh menjejaskannya seperti paksaan, pengaruh tak Seksyen 19 Akta Kontrak memperuntukkan
berpatutan, tipuan, salah nyata dan khilaf. Seksyen dimana kerelaan untuk membuat perjanjian adalah
10(1) Akta Kontrak memperuntukkan bahawa semua disebabkan oleh paksaan, tipuan atau salah nyata, maka
perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan perjanjian itu adalah kontrak yang boleh dibatalkan atas
bebas pihak yang layak membuat kontrak, untuk pilihan pihak yang kerelaannya disebabkan sedemikian.
sesuatu balasan yang sah, dan dengan sesuatu tujuan Ini bermaksud kontrak tersebut boleh dibatalkan atau
yang sah, dan tidak ditetapkan dengan nyata di bawah masih boleh diteruskan atas pilihan pihak yang dipaksa,
peruntukan Akta ini bahawa ianya batal. dipengaruhi atau diperdayakan. Dalam keadaan kontrak
Seksyen 13 Akta Kontrak pula menyatakan itu diteruskan atau dibatalkan, pihak yang dipaksa,
bahawa dua orang atau lebih boleh dikatakan dipengaruhi dan diperdaya boleh membuat tuntutan
berkerelaan apabila mereka bersetuju mengenai satu ganti rugi kepada pihak lagi satu dalam kontrak tersebut.
perkara yang sama dalam pengertian yang sama.
Kesimpulannya, kontrak yang sah dan boleh dikuatkuasakan hendaklah memenuhi tujuh (7) elemen asas yang
diperuntukkan di bawah Akta Kontrak seperti yang dinyatakan di atas. Dalam erti kata lain, kontrak itu hendaklah
dimasuki di antara dua pihak atau lebih; kontrak itu hendaklah mewujudkan obligasi untuk melakukan atau tidak
melakukan sesuatu; wujudnya niat-niat daripada pihak-pihak terbabit untuk mewujudkan ikatan di sisi undang-
undang yang mana sebarang keingkaran kontrak akan menyediakan remedi/ganti rugi di sisi undang-undang
kepada pihak yang satu lagi; dan kontrak itu hendaklah juga diiringi oleh balasan (consideration).
Disediakan oleh: Nor Haniza binti Saad
Pegawai Undang-undang, Bahagian Perundangan
Sumber: Akta Kontrak 1950 [Akta 136]
Pengenalan Kepada Undang-Undang Kontrak Di Malaysia
14 | MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan 6/2021
SELEKSI EDITOR
PANTUN KES SEBAGAI IKTIBAR
Gulai maman dengan sepat, Duduk sendiri berangan-angan,
Hidangan petang sebagai juadah, Puas berdiri lalu bertinggung,
Dokumen dalaman pastikan selamat, Penamatan kontrak jangan sembarangan,
Sembarang ketirisan membawa padah. Kelak rugi terpaksa ditanggung.
Jalan berdua berpegangan tangan, Isi air ke dalam gelas,
Ke hilir ke hulu mencari Samad, Jangan minum sambil berdiri,
Demi menjaga hak dan kepentingan, Dokumen dibuat perlulah jelas,
Suratcara Perjanjian perlu muktamad. Agar tidak menjerat diri.
Beli sup di luar dewan, Bawa buku ke dalam khemah,
Panas-panas enak dimakan, Bawa juga sarapan pagi,
Bangunkan SOP satu keperluan, Tindakan dibuat biar berhemah,
Untuk menjadi bahan rujukan. Tidaklah banyak menanggung rugi.
Bawa panji bertemu menteri,
Bawa sekali sebotol dakwat, Karya khas daripada :
Selagi janji tidak dimeterai, Kak Cik Seroja / Juariah binti Mansor
Sembarang kerja jangan dibuat.
156/2021 MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan
CABARAN MENDEPANI TUNTUTAN PIHAK
LUAR TERHADAP MARA: ANALISA &
IKTIBAR TUJUH (7) KES
Pendahuluan
Selain perkhidmatan perundangan korporat yang menambahbaik proses, tatacara, pentadbiran dan
meliputi urusan gubalan/semakan dokumen pemantauan program, projek serta aktiviti termasuk
perundangan, nasihat perundangan serta kajian dokumen-dokumen yang terlibat. Terkini, MARA
perundangan untuk kegunaan MARA dan syarikat- dilihat lebih jelas dan teratur dari aspek tatacara dan
syarikat subsidiari MARA. Bahagian Perundangan MARA pentadbiran kontraknya serta dokumen-dokumen
(BUU) turut mengendalikan tindakan litigasi termasuk seperti surat tawaran, perjanjian, notis-notis yang
mengendalikan kes-kes tuntutan yang diambil oleh dikeluarkan sering ditambahbaik dari semasa ke semasa
pihak luar terhadap MARA. Kes-kes tuntutan terhadap supaya memenuhi keperluan kontrak dan dalam masa
MARA bermula apabila orang awam mulai celik undang- yang sama menjaga kepentingan MARA.
undang dan percaya bahawa tindakan undang-undang Justeru, mari kita soroti secara ringkas beberapa contoh
merupakan pilihan terakhir mereka apabila merasakan kes tuntutan yang dikendalikan oleh BUU berserta
diri mereka teraniaya serta tidak mendapat pembelaan analisanya dan iktibar kes yang boleh dipelajari
sewajarnya. Maka mereka mencari solusi kepada isu supaya perkara serupa tidak berulang atau sekurang-
yang mereka hadapi melalui tindakan undang-undang kurangnya meminimakan risiko MARA dikenakan
yang diambil. tindakan undang-undang di masa hadapan yang boleh
Walau bagaimanapun, dari sudut positifnya kes-kes memberikan implikasi; bukan sahaja dari sudut imej
tuntutan ini memberi hikmah kepada MARA iaitu serta reputasi MARA tetapi juga melibatkan implikasi
pengajaran yang boleh dipelajari supaya MARA kewangan kepada MARA.
KES 1 - PEMBIAYAAN PERNIAGAAN MARA BAGI PROJEK
KIM PULAU PINANG UNTUK PEMBUATAN PERABOT
KAYU
Fakta kes
Pada sekitar tahun 1995, MARA telah menawarkan sebahagian dari Skim SPKPF mahupun penyewaan
pembiayaan Skim Pembiayaan Khas Pembuatan & premis KIK kepada usahawan-usahawan berkenaan.
Francais (SPKPF) dengan had maksima pembiayaan Malangnya PKG tersebut kemudiannya telah gagal
sebanyak RM500,000.00 kepada 10 syarikat usahawan berfungsi dengan baik.
dalam industri pembuatan perabot kayu yang juga Atas kegagalan syarikat-syarikat tersebut
merupakan penyewa premis MARA di Kawasan Industri mengemukakan bayaran balik jumlah pembiayaan
Kecil (KIK) MARA Simpang Ampat,Seberang Prai Selatan. perniagaan mereka, MARA telah mengambil tindakan
Kesemua 10 syarikat ini kemudiannya bergabung saman terhadap mereka. Tindakan saman ini diambil
membentuk satu konsortium bersama anak syarikat berasingan bagi tiap kes dan status tindakan adalah
MARAiaitu Perabot Kembara Sdn Bhd,bagi menghasilkan berbeza-beza bergantung kepada perkembangan kes
perabot kayu dalam skala besar. Memandangkan di mahkamah. MARA telah memperoleh penghakiman
pembuatan perabot kayu ini memerlukan mesin- terhadap setiap syarikat dan penjamin-penjamin
mesin yang besar dan mahal serta berteknologi tersebut (Defendan) dan memulakan tindakan
tinggi, maka bagi membantu projek tersebut, MARA pelaksanaan, namun proses pelaksanaan menjadi
menubuhkan Pusat Khidmat Gunasama (PKG) di mana tertangguh kerana Defendan-Defendan memfailkan
MARA menawarkan perkhidmatan beberapa mesin permohonan untuk ketepikan penghakiman.
milik MARA yang boleh digunakan oleh usahawan
dengan dikenakan kadar sewa yang berpatutan. Namun
penubuhan PKG ini adalah berasingan dan bukanlah
16 | MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan 6/2021
Tuntutan Terhadap MARA
Kesemua syarikat berkenaan telah memfailkan saman gantirugi terhadap MARA pada 27/12/2003. Asas tuntutan
adalah mereka mendakwa MARA mempunyai obligasi kontraktual untuk membangunkan PKG, dan kegagalan
MARA menyediakan PKG menyebabkan syarikat tidak dapat beroperasi dan mengalami kerugian perniagaan. Dua
(2) syarikat telah menarik diri dari tuntutan tersebut, dan lapan (8) syarikat yang meneruskan tuntutan tersebut
adalah:-
Syarikat A Gambar hiasan
Syarikat B
Syarikat C
Syarikat D
Syarikat E
Syarikat F
Syarikat G
Syarikat H
Jumlah keseluruhan tuntutan bagi saman tersebut ialah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mengarahkan supaya
RM380,655,147.00 berdasarkan unjuran pendapatan kes tuntutan Syarikat B dijadikan ‘test case’ di peringkat
setiap Plaintif dikira dari 01/01/1998 sehingga tempoh perbicaraan bagi tuntutan syarikat terhadap MARA.
20 tahun, berserta ganti rugi am, faedah dan kos. Keputusan mahkamah dalam kes Syarikat B mengikat
Proses mahkamah mengambil masa yang panjang. kesemua tujuh (7) kes lain yang difailkan terhadap MARA.
Atas faktor perkara teknikal, termasuk arahan dari Mahkamah Tinggi Pulau Pinang juga mengarahkan
mahkamah bagi pemindahan kes dari Mahkamah Tinggi bagi kes tuntutan MARA terhadap syarikat, supaya kes
Kuala Lumpur ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. tuntutan terhadap Syarikat H dijadikan ‘test case’ di
Akhirnya Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mengarahkan peringkat perbicaraan, di mana keputusan mahkamah
supaya kesemua saman berkenaan digabungkan, dalam kes Syarikat H akan mengikat kesemua kes-kes
memandangkan ianya diambil terhadap pihak-pihak lain yang difailkan oleh MARA.
yang sama dan atas isu yang sama.
Keputusan Mahkamah Tinggi Pulau
Pinang
Syarikat telah memfailkan permohonan untuk MARA sebagai Defendan. Setelah menyedari kesilapan
Penghakiman Terus terhadap MARA pada 07/12/2009. ini, Perayu memfailkan Notis Usul untuk meminda
Pada 03/09/2010 Mahkamah Tinggi Pulau Pinang rayuan tersebut dan memasukkan rayuan terhadap kes
telah menolak permohonan tersebut dan menetapkan MARA sebagai Plaintif. Notis Usul bagi meminda Notis
bahawa terdapat isu-isu yang perlu dibicarakan dalam Rayuan telah ditolak oleh Mahkamah Rayuan Malaysia
kes ini. Keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dengan kos dalam kausa. Oleh itu Perayu tidak dapat
pada 30/03/2011 telah menolak tuntutan pihak- merayu terhadap keputusan kes tuntutan bayaran balik
pihak dalam kes Syarikat B dan oleh itu keputusan pembiayaan MARA terhadap mereka.
ini membuatkan tuntutan MARA terhadap syarikat Perayu kemudian memfailkan permohonan untuk
di mana MARA sebagai Plaintif (‘test case’ Syarikat H) taksiran kos dan taksiran ini didengar secara
adalah dibenarkan. Mahkamah memutuskan bahawa berasingan. Bagi kes yang telah selesai taksiran kosnya
MARA tiada liabiliti kontraktual untuk menyediakan dan perintah telah dikeluarkan, MARA meneruskan
PKG kerana ia tidak terkandung dalam mana-mana tindakan penggulungan terhadap syarikat dan tindakan
perjanjian yang ditandatangani antara MARA dengan kebankrapan terhadap penjamin-penjamin berkenaan.
peminjam dan penjamin-penjamin.
Pihak-pihak tidak berpuas hati dengan Keputusan
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, dan telah memfailkan
Rayuan ke Mahkamah Rayuan Malaysia. Namun atas
kesilapan teknikal, rayuan hanya difailkan dalam kes
176/2021 MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan
Analisa Kes
Semasa proses perbicaraan kes tuntutan syarikat Dalam kes ini, perkara-perkara berikut perlu diberi
terhadap MARA, Ikatan Dokumen Plaintif ada perhatian serius dan dititiberatkan; terutamanya
mengandungi dokumen dalaman MARA iaitu minit berhubung keselamatan/kerahsiaan dokumen dalaman
mesyuarat MARA yang membincangkan isu PKG MARA.
di peringkat MARA. Minit mesyuarat tersebut Peminjam ada dalam simpanannya Minit
mengandungi pengakuan MARA mengenai kegagalan Mesyuarat dalaman MARA yang membincangkan
PKG yang menyebabkan kegagalan keseluruhan projek. tentang penyediaan PKG oleh MARA, di mana MARA
Tidak dapat dipastikan bagaimana plaintif dapat bersetuju melanjutkan tempoh bernafas untuk bayaran
memperolehi dokumen dalaman MARA tersebut dan balik pembiayaan selepas tempoh enam (6) bulan
ianya adalah suatu kejadian ketirisan maklumat dalam PKG mula beroperasi, dan tempoh mula bayaran sewa
MARA. Dokumen tersebut digunakan untuk menyokong premis juga dilanjutkan.
tuntutan plaintif, dan berpotensi untuk menyebabkan Peminjam juga menyimpan surat dari MARA
MARA kalah. yang menyatakan oleh sebab permohonan pembiayaan
Walau bagaimanapun, kekuatan MARA dalam kes ini oleh DASB (konsortium yang ditubuhkan oleh peminjam)
dapat dilihat seperti yang berikut: telah ditolak, maka MARA akan mengambil alih fungsi-
Asas tuntutan MARA terhadap syarikat bagi fungsi DASB.
pembayaran balik pembiayaan perniagaan adalah Perjanjian Penyewaan premis KIK ada
kukuh, di mana dokumentasi pembiayaan adalah menyatakan yang MARA akan menyediakan PKG
sempurna dan obligasi peminjam membayar balik “sekiranya difikirkan perlu”. Ia adalah klausa yang tidak
dinyatakan dengan jelas. jelas dan tertakluk kepada interpretasi.
Isu PKG yang ditimbulkan dalam tuntutan
syarikat terhadap MARA adalah tidak terkandung dalam Iktibar Kes
Perjanjian Pembiayaan atau mana-mana perjanjian lain
yang ditandatangani antara MARA dengan peminjam; Pihak atau Bahagian berkenaan yang menyimpan
Kerjasama yang baik daripada saksi-saksi MARA dokumen dalaman MARA hendaklah lebih berhati-hati
yang merupakan pegawai yang terlibat secara langsung mengenai isu keselamatan, bagi memastikan tiada
dengan projek ini semasa ianya dijalankan, di mana ada ketirisan maklumat dan dokumen berlaku di mana
antaranya telahpun bersara namun komited untuk hadir maklumat/dokumen tersebut mungkin digunakan untuk
perbicaraan bagi pihak MARA. melawan MARA di mahkamah kemudiannya.
Disediakan oleh: Nadzirah binti Othman.
Pegawai Undang-undang, Bahagian Perundangan MARA
Gambar hiasan
18 | MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan 6/2021
KES 2 - KONTRAK PEMBEKAL TEKNOLOGI (TECHNOLOGY
PROVIDER) BAGI KOLEJ KEMAHIRAN XYZ
Fakta Kes Tuntutan Terhadap MARA
Pihak ABC (Kontraktor) telah memfailkan tuntutan Dalam kes ini,Kontraktor menuntut seperti yang berikut:
saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1. MARA sepatutnya tidak mengeluarkan notis
21/3/2011 terhadap MARA bagi menuntut ganti rugi
akibat penamatan perkhidmatan sebagai Pembekal penamatan memandangkan kerja-kerja telah
Teknologi (Technology Provider) bagi Kolej XYZ, Pihak dilaksanakan mengikut arahan MARA.
kontraktor telah menuntut sejumlah RM3,018,305.00 2. MARA telah pun menerima pakai hasil kerja
iaitu sejumlah RM1,637,305.00 (Gantirugi Khas) dan tersebut di Kolej XYZ dan sepatutnya bayaran
RM1,381,000.00 (Gantirugi Am) beserta faedah dan kos. perkhidmatan telah dibuat.
Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Pada tarikh 28/10/2011, Yang Arif Hakim telah membenarkan keseluruhan tuntutan Plaintif dengan kos untuk
ditaksirkan seperti yang berikut:
1. Ganti rugi khas sejumlah RM1,637,305.00 bagi kos kewangan dan kerja-kerja yang telah djalankan.
2. Ganti rugi Am sejumlah RM1,381,000.00 bagi kehilangan pendapatan dari projek tersebut.
3. Faedah pada kadar 4% atas jumlah penghakiman (RM3,018,305.00) dari tarikh penghakiman sehingga
pembayaran penuh jumlah penghakiman.
4. Kos sebagaimana akan ditaksirkan oleh Mahkamah.
Berdasarkan keputusan Taksiran Ganti rugi oleh Mahkamah Tinggi bertarikh 28/5/2014, bayaran yang perlu
dijelaskan oleh MARA kepada Kontraktor adalah sejumlah RM760,000.00.
Analisa & Iktibar Kes
1. Tindakan MARA mengarahkan dan membenarkan kontraktor/pembekal melaksanakan kerja-kerja sebelum
perjanjian formal ditandatangani dan dimuktamadkan telah mengakibatkan MARA terpaksa membayar
kontraktor setakat kerja-kerja yang telah dilaksanakan oleh Kontraktor walaupun tiada perjanjian formal
yang ditandatangani oleh MARA dengan Kontraktor.
2. Demi menjaga hak dan kepentingan MARA,surat cara Perjanjian perlulah dimuktamadkan dan ditandatangani
sebelum pelaksanaan sesuatu kontrak kerja bagi memastikan pihak-pihak di dalam sesuatu kontrak
melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebagaimana dipersetujui pihak-pihak di dalam perjanjian.
Disediakan oleh: Majdah binti Abdul Hamid
Pegawai Undang-undang, Bahagian Perundangan MARA
196/2021 MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan
KES 3-
KES TORT (GANTI RUGI ATAS KECUAIAN) PELAJAR
Gambar hiasan
Fakta Kes
Plaintif, seorang pelajar MRSM AA (2013) melalui peguam pada 11/05/2015 telah memfailkan saman terhadap
Defendan-Defendan (iaitu termasuk MARA) atas kecederaan pada tulang belakang dan saraf tunjang/kecacatan
kekal yang dialami oleh pelajar tersebut akibat dihempap oleh tiang gol bola keranjang pada 20/03/2013
sewaktu pelajar mengikuti Kelas Pendidikan Jasmani yang dikendalikan oleh Defendan Pertama (guru). MARA
berpandangan bahawa MARA dan Kementerian DD masing-masing mempunyai liabiliti memandangkan insiden
tersebut berlaku semasa sesi kelas Pendidikan Jasmani yang dikendalikan oleh guru MARA (dalam kawalan MARA)
sementara senggaraan tiang gol bola keranjang tersebut pula adalah di bawah tanggungjawab Kementerian DD
sebagai penyedia fasiliti. Defendan-Defendan pada dasarnya berpendirian bahawa untuk mengelakkan kes ini
daripada diteruskan sehingga ke peringkat perbicaraan penuh di Mahkamah Tinggi kerana mengambil kira risiko
menanggung liabiliti dengan jumlah ganti rugi yang tinggi maka pihak-pihak telah mengadakan beberapa siri
perbincangan sebagai suatu usaha bagi tujuan penyelesaian di luar Mahkamah. Bagi meminimumkan kerugian
yang akan ditanggung oleh pihak MARA dan Kementerian DD maka pihak-pihak akhirnya telah bersetuju dengan
cadangan peratusan liabiliti MARA sebanyak 65% dan Kementerian DD sebanyak 35%.
Tuntutan Terhadap MARA
Kes ini pada mulanya telah difailkan di Mahkamah Sesyen Melaka oleh pihak Plaintif. Namun, memandangkan
jumlah tuntutan yang dibuat oleh pihak Plaintif iaitu sebanyak RM 2,555,948.00 adalah di luar bidang kuasa
Mahkamah Sesyen, kes ini telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Melaka pada 02/02/2016 untuk prosiding
seterusnya. Namun begitu, melalui proses rundingan yang diadakan di antara MARA dan Plaintif, kedua-dua pihak
telah mencapai persetujuan bagi penyelesaian kes di luar mahkamah dan Plaintif menarik balik kes terhadap
MARA.
Keputusan Mahkamah
Penghakiman Persetujuan (tanpa pengakuan ke atas liabiliti dan tanpa kebebasan memfailkan semula) telah
direkodkan di Mahkamah Tinggi pada 07/09/2017, di mana Defendan 1, 2 dan 3 hendaklah membayar kepada
Plaintif jumlah termasuk kos sebanyak RM950,000.00 sebagai penyelesaian penuh dan muktamad.
20 | MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan 6/2021
Analisa
(i) Tiada siasatan dalaman yang dibuat oleh pihak MRSM AA seperti menemubual/merekodkan laporan rakan-
rakan Plaintif yang berada di tempat kejadian berhubung insiden yang berlaku.
(ii) Tiada sebarang gambar tempat kejadian/tiang gol bola keranjang berkenaan yang diambil sejurus selepas
insiden berlaku.
(iii) Pihak MRSM AA juga tidak memaklumkan insiden yang berlaku kepada Ibu Pejabat MARA dengan segera
bagi mendapatkan pandangan untuk tindakan seterusnya yang perlu dibuat. Perkara ini hanya diketahui oleh
Ibu Pejabat MARA selepas tindakan di Mahkamah dimulakan oleh pihak Plaintif.
(iv) Insiden telah berlaku sewaktu kelas Pendidikan Jasmani (latihan bola keranjang). Berdasarkan keterangan
oleh pihak MRSM AA, Plaintif tidak sepatutnya berada di gelanggang pada waktu itu dan sepatutnya berada
di gelanggang bola tampar sepanjang berlangsungnya kelas Pendidikan Jasmani tersebut.
(v) Walau bagaimanapun, didapati bahawa MARA berpeluang untuk mengurangkan peratusan liabiliti di dalam
kes ini memandangkan insiden yang berlaku bukanlah 100% disebabkan oleh kesalahan/kecuaian MARA.
Pihak Kementerian DD, pelajar tersebut dan MARA secara bersama bertanggungjawab terhadap insiden yang
berlaku.
Iktibar Kes
Keperluan supaya MARA membangunkan SOP berkenaan tindakan-tindakan yang perlu dibuat apabila terjadinya
sebarang insiden untuk menjadi rujukan rasmi yang diguna pakai di seluruh pusat MARA bagi meminumkan risiko
tindakan undang-undang diambil terhadap MARA.
Disediakan oleh: Ahmad Muhadah bin Ab Rahim.
Pegawai Undang-undang, Bahagian Perundangan MARA
Gambar hiasan
Gambar hiasan
216/2021 MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan
KES 4- PROJEK PEMBINAAN/PEMBANGUNAN SEMULA
BAZAR CHANGLOON, KUBANG PASU, KEDAH
Gambar hiasan Gambar hiasan
Fakta Kes Tuntutan Terhadap MARA
Perjanjian Penamatan bersama telah ditandatangani Tuntutan difailkan pada 20/10/2015 oleh kontraktor
antara MARA dan Kontraktor pada 18/11/2009 bagi yang mendakwa terdapat sejumlah bayaran terakru
projek pembangunan semula Bazar Changloon, Kubang iaitu sebanyak RM66,647.65 yang perlu dijelaskan oleh
Pasu, Kedah dengan kos projek sebanyak RM1.79 juta MARA.
kerana Kontraktor tidak berupaya untuk menyiapkan
projek berkenaan (masalah kewangan). Melalui Keputusan Mahkamah
Perjanjian Penamatan Kontrak secara bersama tersebut,
kontraktor mendakwa tuntutan tersebut merupakan Mahkamah telah mengenepikan (strike out) kes Plaintif
amaun kerja-kerja pembinaan yang telah dilaksanakan dengan kos.
oleh mereka. Walau bagaimanapun, berdasarkan
Perakuan Bayaran Muktamad, tiada sebarang jumlah
yang terakru terhadap Plaintif yang perlu dijelaskan
oleh MARA.
Analisa Kes Iktibar Kes
(i) Berdasarkan Perakuan Bayaran Muktamad Keperluan supaya MARA tidak membenarkan mana-
tersebut, tiada sebarang jumlah yang terakru terhadap mana Kontraktor untuk melakukan sebarang kerja
Plaintif yang perlu dijelaskan oleh MARA. Secara sehinggalah perjanjian rasmi ditandatangani. MARA
alternatifnya juga, sekiranya terdapat sebarang bayaran juga perlu memantau dengan jitu kerja-kerja perunding
terakru seperti yang didakwa oleh Plaintif, tuntutan yang telah dilantik bagi memastikan kepentingan MARA
tersebut adalah terhalang oleh galang batasan masa sentiasa terjamin.
seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 2 (a), Akta
Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948.
(ii) Dalam kes ini, adalah didapati bahawa tiada Disediakan oleh: Ahmad Muhadah bin Ab Rahim.
Dokumen Kontrak yang telah ditandatangani antara Pegawai Undang-undang,
MARA dengan Kontraktor. Sijil Perakuan Muktamad Bahagian Perundangan MARA
bagi projek tersebut juga telah gagal dikeluarkan oleh
perunding yang dilantik oleh MARA dalam jangka waktu
yang munasabah. Sijil Perakuan Muktamad hanya telah
diperolehi oleh MARA pada bulan Jun 2015.
22 | MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan 6/2021
KES 5-
KONTRAK PEMBINAAN KPM ABC
Fakta Kes Tuntutan Terhadap MARA
Pada 14 Februari 2006, Plaintif (Kontraktor) telah Tuntutan Plaintif berjumlah RM84,013,506.96; seperti
memfailkan Writ Saman terhadap MARA akibat yang berikut:
penamatan kontrak pembinaan KPM ABC. Plaintif (i) Perintah deklarasi bahawa surat penamatan oleh
mendakwa bahawa Notis Penamatan yang dikeluarkan
oleh MARA adalah tidak sah dan tidak berkuatkuasa Defendan bertarikh 20/01/2006 adalah tidak sah
kerana tidak mengikut peruntukan kontrak. Di bawah dan tidak berkuatkuasa;
kontrak binaan (kontrak JKR), Pegawai Penguasa (ii) Wang sebanyak RM13,229,589.99 atas kerja-kerja
hendaklah menandatangani Notis Penamatan; yang yang telah disiapkan;
mana pada ketika itu Pegawai Penguasa bagi semua (iii) Wang sebanyak RM70,783,916.97 yang dituntut
kontrak binaan adalah Ketua Pengarah MARA. Walau oleh Maybank dari Plaintif;
bagaimanapun, Notis Penamatan dalam kes ini telah (iv) Ganti rugi am;
ditandatangani oleh pegawai yang tidak diberi kuasa; (v) Ganti rugi teladan;
iaitu selain Pegawai Penguasa yang mempunyai (vi) Faedah atas jumlah penghakiman pada kadar
kuasa menamatkan kontrak. Justeru, pihak-pihak telah 8% setahun dari tarikh writ saman sehingga
bersetuju dengan usul mahkamah supaya kes ini melalui penyelesaian penuh.
proses mediasi memandangkan kes telah berjalan bagi
suatu tempoh yang panjang dalam proses perbicaraan
di mahkamah.
Keputusan Mahkamah
Setelah melalui proses mediasi, kedua-dua pihak iaitu Kontraktor dan MARA telah berjaya mencapai kata putus dan
bersetuju dengan cadangan penyelesaian luar mahkamah berdasarkan rundingan-rundingan yang diadakan dari
semasa ke semasa. Setelah itu, Penghakiman Persetujuan telah direkodkan pada 9/2/2012 dengan persetujuan
bayaran penyelesaian luar mahkamah sebanyak RM7 juta sahaja oleh MARA kepada kontraktor.
Analisa Kes
(i) Kes ini merupakan ‘clear-cut case’ bagi penamatan kontrak yang jelas tidak mengikut peruntukan/klausa
penamatan yang dinyatakan dalam kontrak. Akibat penamatan tidak sah yang dibuat oleh MARA iaitu Notis
Penamatan tidak ditandatangani oleh Pegawai Penguasa iaitu Ketua Pengarah atau pegawai yang diberi
kuasa semasa ketiadaan Ketua Pengarah telah menjadikan penamatan kontrak tidak sah dan Kontraktor
berhak mendapat pampasan/ganti rugi di sisi undang-undang.
(ii) Proses mediasi yang dijalankan dan rundingan-rundingan yang diadakan di antara kedua-dua pihak dari
semasa ke semasa telah berlangsung secara sihat dan harmoni sehingga kedua-dua pihak berjaya mencapai
penyelesaian akhir dan muktamad. Rundingan-rundingan yang dijalankan mengenai amaun penyelesaian
adalah berkenaan variation orders (VO), material on site (MOS) dan LAD setakat tarikh Notis Penamatan.
(iii) Penyelesaian luar mahkamah berjaya dicapai dengan jumlah pampasan/ganti rugi yang lebih rendah
berbanding tuntutan Kontraktor di mahkamah, mengambil kira juga faktor kelewatan dan kegagalan
kontraktor menyiapkan projek sehingga MARA terpaksa melantik kontraktor penyelamat. Bayaran
penyelesaian telah dibuat oleh MARA kepada Kontraktor pada 7/3/2012 dan kes ditutup.
236/2021 MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan
Iktibar Kes
(i) MARA memandang serius dan melaksanakan proses/tatacara penamatan kontrak dengan lebih teratur; iaitu
mengikut klausa-klausa di bawah kontrak yang ditandatangani bersama. Penamatan yang dibuat dengan
tidak mengikut tatacara yang betul hanya akan memberi kesan/implikasi perundangan kepada MARA dan
terpaksa pula menanggung/membayar ganti rugi kepada pihak yang ditamatkan secara tidak sah tersebut.
(ii) Pegawai Penguasa bagi kontrak binaan MARA telah dipinda daripada Ketua Pengarah MARA kepada Pengarah
Bahagian Binaan & Selenggaraan MARA (BBS) kerana mengambilkira keperluan semasa dan kesesuaian BBS
yang mengawal/mentadbir/memantau projek-projek binaan MARA. Selaras dengan itu, penurunan kuasa juga
telah dibuat dengan jelas dan teratur daripada Ketua Pengarah kepada Pengarah BBS bagi menandatangani
dokumen-dokumen berkaitan kontrak binaan MARA.
Disediakan oleh: Nor Amira binti Ismail.
Pegawai Undang-undang,
Bahagian Perundangan MARA
Gambar hiasan
Gambar hiasan
24 | MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan 6/2021
KES 6 - KES TORT (GANTI RUGI ATAS KECUAIAN)
PELAJAR MRSM ABC
Fakta Kes Keputusan Mahkamah
Plaintif adalah bekas pelajar MRSM ABC. Pelajar (i) Pada 28/6/2015, Mahkamah Tinggi telah
mendakwa bahawa akibat kecuaian MARA dan 4 memutuskan bahawa tuntutan Plaintif dibenarkan
defendan yang lain untuk mengambil langkah wajar dengan tanggungan liabiliti 50-50 di antara MARA dan
semasa pelajar diberi suntikan Anti Tetanus Toxoid (ATT), Kerajaan Malaysia (KKM). MARA kemudiannya telah
pelajar telah mengalami kecacatan kekal iaitu lumpuh memfailkan rayuan atas keputusan tersebut kepada
dari paras dada ke bawah dan telah disahkan sebagai Mahkamah Rayuan pada 8/7/2015.
Orang Kurang Upaya. Writ Saman dan Pernyataan (ii) Pada 26/10/2016, Mahkamah Rayuan setelah
Tuntutan telah difailkan pada 27/3/2013 bagi menuntut meneliti kes ini telah memutuskan bahawa tanggungan
pampasan/ganti rugi atas kecuaian MARA untuk liabiliti sepenuhnya (100%) terletak kepada Kerajaan
memastikan pelajar sihat sebelum diberi suntikan ATT Malaysia (KKM) dan MARA tidak bertanggungan atas
sehingga menyebabkan pelajar mengalami kecacatan insiden yang berlaku tersebut.Hakim Mahkamah Rayuan
kekal. Perbicaraan kes telah berlangsung di Mahkamah mendapati MARA sebagai penjaga Pelajar semasa di
Tinggi Kuala Terengganu. asrama telah melakukan segala tindakan yang perlu
dan wajar dalam menghantar pelajar ke klinik kesihatan
Tuntutan Terhadap MARA bagi mendapatkan suntikan ATT atas arahan pihak klinik
kesihatan serta memadai/mencukupi dengan borang
Pelajar telah menuntut Ganti rugi Am, Khas, Teladan persetujuan yang ditandatangani oleh warden asrama
dan Kos daripada MARA yang akan ditaksirkan oleh sebagai menyatakan persetujuan (consent) pelajar bagi
mahkamah. mendapatkan suntikan tersebut.
Analisa Kes
Melalui kes ini, didapati dokumen seperti surat dan (ii) Selain itu, dokumen-dokumen sedemikian juga
borang-borang yang dikeluarkan oleh pihak MRSM hendaklah menyatakan dengan jelas bahawa
kepada ibu bapa/penjaga pelajar-pelajar untuk pihak maktab tidak akan bertanggungjawab
mendapatkan kebenaran bagi penyertaan atau terhadap sebarang kemalangan atau kecederaan
penglibatan anak-anak mereka dalam sebarang bentuk yang berlaku kepada pelajar di luar kawalan
program yang pihak maktab anjurkan didapati kurang pihak maktab.
kemas, agak longgar dan ringkas. Hal ini membuka
ruang kepada pihak yang menuntut (Plaintif) untuk (iii) Selain memasukkan peruntukan mengenai
bergantung kepada borang-borang tersebut bagi pelepasan liabiliti (disclaimer) dalam dokumen-
meletakkan tanggungan liabiliti ke atas MARA sekiranya dokumen berkaitan, pihak maktab boleh
berlaku apa-apa kejadian/insiden yang tidak diingini. mengeluarkan surat jaminan tanggung rugi (letter
Namun begitu, dokumen-dokumen sedemikian sentiasa of indemnity) untuk ditandatangani oleh ibu bapa/
boleh dipinda dan ditambahbaik bagi memperkemas dan penjaga yang mana mereka melepaskan liabiliti
menjelaskan kandungannya supaya meminimumkan pihak maktab terhadap sebarang kemalangan
ruang dan peluang digunakan oleh pihak lain. atau kecederaan yang berlaku kepada pelajar di
luar kawalan pihak maktab.
Iktibar Kes
(iv) Cadangan solusi yang dinyatakan di atas
(i) Sebarang bentuk dokumen yang digunapakai telah dikemukakan kepada pihak-pihak yang
oleh MRSM sama ada pekeliling, surat edaran, berkenaan dan tindakan juga telah diambil
surat kuasa, manual kerja dan sebagainya yang sewajarnya supaya kes serupa tidak berulang
berkaitan perlu ditambahbaik dari semasa ke lagi.
semasa; dan termasuk dengan jelas pernyataan
bahawa warden mempunyai kuasa penuh untuk Disediakan oleh: Nor Amira binti Ismail.
bertindak bagi pihak ibu bapa pelajar semasa Pegawai Undang-undang,
berada di maktab/asrama. Bahagian Perundangan MARA
256/2021 MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan
KES 7 - PEMBIAYAAN PERNIAGAAN MARA BAGI
USAHAWAN INDUSTRI MEKANIK
Fakta Kes Tuntutan Terhadap MARA
Pinjaman Plaintif (seorang usahawan industri mekanik) Plaintif melalui peguam cara telah memfailkan Writ
dengan MARA adalah sejumlah RM100,000.00 dan Saman dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 17/3/2008
Plaintif turut mencagarkan sebanyak tujuh (7) bidang dan memohon Deklarasi bahawa Notis Kebankrapan
tanah sebagai cagaran kepada pinjamannya. Pada bertarikh 15/7/1998, Permohonan Sipiutang bertarikh
20/1/1998 MARAtelah merekodkan Penghakiman Ingkar 5/12/1998 dan Perintah Penerimaan dan Perintah
terhadap Plaintif bagi jumlah sebanyak RM105,242.56 Penghukuman bertarikh 28/8/1999 adalah terbatal dan
berserta kos sebanyak RM1,609.00 atas keingkarannya tidak sah. Selain itu, tuntutan Plaintif terhadap MARA
membayar balik pinjaman tersebut. MARA seterusnya antara lainnya adalah untuk ganti rugi kecederaan
telah memfailkan Notis Kebankrapan terhadap Plaintif reputasi perniagaan dan kecederaan reputasi diri atas
pada 15/7/1998 dan Perintah Penerimaan dan Perintah tindakan kebankrapan oleh MARA ke atasnya.
Penghukuman telah direkodkan pada 28/8/1999.
Namun begitu, MARA kemudiannya telah memfailkan
Saman Dalam Kamar bertarikh 28/11/2004 untuk
membatalkan Perintah Penerimaan dan Penghukuman
(‘Kebankrapan’) bertarikh 28/8/1999 tersebut. Lanjutan
daripada tindakan MARA/PMN tersebut, pihak Plaintif
telah mengemukakan tuntutan terhadap MARA.
Keputusan Mahkamah
(i) Penghakiman telah direkodkan terhadap MARA (e) Faedah pada kadar 8% setahun ke atas
pada 1/12/2008 dan Plaintif memperolehi RM3,717,360.00 dari tarikh 17/3/2008
deklarasi daripada Mahkmah Tinggi yang (Berdasarkan Penghakiman bertarikh 1/12/2008)
membatalkan Notis Kebankrapan bertarikh sehingga penyelesaian penuh.
15/7/1998, Permohonan Sipiutang bertarikh
5/12/1998 dan Perintah Penerimaan dan Perintah (iv) MARA telah memfailkan Rayuan pada 6/7/2015
Penghukuman bertarikh 28/8/1999 serta ganti terhadap keputusan dan taksiran kos tersebut.
rugi yang dipohon dibenarkan untuk ditaksirkan Plaintif juga telah memfailkan Rayuan Balas.
oleh mahkamah.
(v) Mahkamah pada 23/11/2015 telah menolak
(ii) MARA kemudiannya telah memfailkan rayuan rayuan MARA dan mengekalkan keputusan
di Mahkamah Rayuan pada 31/10/2011 Timbalan Pendaftar. Plaintif telah melaksanakan
terhadap taksiran ganti rugi termasuk ganti rugi tindakan pelaksanaan penghakiman iaitu Writ
kecederaan reputasi perniagaan Plaintif. Rayuan Penyitaan dan Penjualan (WSS) pada 6/12/2015.
MARA telah ditolak pada 14/2/2013 dengan kos MARA telah memfailkan permohonan Stay of
sebanyak RM5,000.00. Execution pada 7/12/2015 dan Notis Rayuan pada
8/12/2015.
(iii) Keputusan taksiran kos pada 17/6/2015
memutuskan bahawa MARA perlu membayar (vi) Pendengaran Permohonan Stay of Execution WSS
seperti berikut: oleh MARA telah didengar pada 9/12/2015 dan
Mahkamah telah membenarkan Permohonan
(a) Ganti rugi Am bagi kehilangan Pendapatan tersebut serta menetapkan pendengaran
sebanyak RM3,627,360.00. Permohonan Stay of Execution untuk keseluruhan
pelaksanaan pada 24/1/2016.
(b) Ganti rugi Kecederaan Reputasi Diri dan
Perniagaan sebanyak RM50,000.00. (vii) Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa
Rayuan MARA dibenarkan sebahagian dan
(c) Ganti rugi Tauladan/Pengajaran sebanyak jumlah Taksiran berjumlah RM3,000,000.00
RM20,000.00. (Ringgit Malaysia Tiga Juta) dikurangkan
kepada RM265,700.00 sahaja; dan ‘Actual
(d) Ganti rugi Teruk (Aggravated) sebanyak
RM20,000.00.
26 | MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan 6/2021
Profit’ merupakan beban pembuktian yang Analisa Kes
perlu dibuktikan oleh responden/Plaintif dan
ianya tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya. (i) Tindakan menarik balik apa-apa Perintah,
Pembayaran telah dibuat oleh MARA pada Penghakiman atau Tindakan Pelaksanaan
12/5/2016 untuk jumlah sebanyak RM769,833.40 Penghakiman perlu terlebih dahulu dirujuk
(perkiraan setakat 12/5/2016) bagi mengelakkan kepada pihak Bahagian Perundangan atau Peguam
tindakan Pelaksanaan Penghakiman diteruskan Panel MARA.Tindakan yang terburu-buru tanpa
oleh peminjam terhadap MARA. penelitian dengan situasi yang berlaku bakal
(viii) Peminjam juga telah mengemukakan bayaran mengundang liabiliti dan boleh dimanipulasi oleh
sebanyak RM85,857.05 sebagai penyelesaian pihak ketiga untuk memprejudiskan hak MARA.
penuh kepada jumlah terhutang pinjaman
perniagaannya kepada pihak MARA pada (ii) Keperluan untuk melantik peguam yang
14/12/2016. Bayaran tersebut dibuat berdasarkan berpengalaman dan berkompetensi tinggi bagi
kepada jumlah terhutang berserta kos yang kes-kes yang rumit.
dibenarkan oleh Mahkamah kepada pihak MARA.
(ix) Seterusnya Peminjam telah memfailkan
rayuan ke Mahkamah Persekutuan untuk
bicara permohonan mendapatkan kebenaran
mendengar rayuan. Permohonan Peminjam untuk
merayu ke Mahkamah Persekutuan ditolak dan
kos sebanyak RM10,000.00 dikenakan untuk
dibayar kepada MARA.
Iktibar Kes
(i) Perincian butiran aset berkaitan pinjaman iaitu gadaian pihak Peminjam kepada MARA perlu dikemaskini
sentiasa dan dimaklumkan oleh pihak yang mengendalikan tindakan penguatkuasaan kepada Peguam Panel
untuk tindakan sewajarnya. Dalam kes ini, kegagalan Pejabat MARA Negeri XYZ untuk mengemukakan fakta
terdapat tujuh (7) keping tanah digadaikan kepada MARA bagi menyokong Pinjaman Perniagaan Peminjam
telah menyebabkan kesilapan material dalam memfailkan Petisyen Pemiutang dan selanjutnya telah secara
salah mendapatkan Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman/ Perintah Kebankrapan.
(ii) Namun begitu, sebarang tindakan membatalkan atau menarikbalik Perintah yang telah dikeluarkan oleh
Mahkamah perlu dibuat secara berhemah agar dapat meminimakan liabiliti dan kerugian MARA; melalui
cara rundingan dan menandatangani ikatan penyelesaian tanpa perakuan liabiliti dan penepian hak untuk
menuntut selanjutnya di pihak Peminjam atau tawaran ganti rugi minima kepada Peminjam yang telah
disalah bankrapkan.
Disediakan oleh: Mohd Rizal bin Baba.
Pegawai Undang-undang, Bahagian Perundangan MARA
Sumber:
Fail kes tuntutan terhadap MARA
dalam kendalian Pegawai Undang-Undang MARA
276/2021 MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan
SELEKSI EDITOR
PANTUN WARGA MARA CELIK UNDANG-
UNDANG
Kuat suara bila meradang, Mudah marah bila tertekan,
Mudah marah bila tertekan, Apa dibuat serba tak kena,
Warga MARA celik undang-undang, Jangan mudah hendak dipermainkan,
Jangan mudah hendak dipermainkan. Salah hemat di mahkamah kita ber-
jumpa.
Karya khas daripada :
Kak Cik Seroja / Juariah binti Mansor.
WARGA MARA CELIK UNDANG-UNDANG: MENELUSURI
PROGRAM ANJURAN BAHAGIAN PERUNDANGAN
KURSUS ASAS TINDAKAN PENGUATKUASAAN DAN PERUNDANGAN
MARA/KURSUS LITIGASI MARA
Kursus ini telah dikendalikan sebanyak 20 Sesi ice-breaking, ceramah, sesi soal jawab, kuiz,
siri mulai tahun 2006 sehingga 2019 (sebelum fasa kajian kes berkumpulan, pembentangan kumpulan dan
pandemik Covid-19). sesi praktikal termasuk pengurusan kes di mahkamah
Memberi pendedahan dan pengetahuan moot. Para peserta dibahagikan kepada lima (5)
kepada peserta tentang tindakan undang-undang dan kumpulan yang terdiri daripada 5-6 orang bagi satu
penguatkuasaan ke atas peminjam/penyewa MARA, kumpulan.
prosedur mahkamah serta penyempurnaan dokumen- Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
dokumen MARA dan pejabat tanah. Peserta juga serta pelaksanaan oleh peserta dalam mengendalikan
diberikan pendedahan secara praktikal tentang etika tindakan penguatkuasaan dan litigasi di pusat masing-
dan amalan dalam mahkamah termasuk sesi moot court. masing.
Kursus ini menyediakan platform mudah bagi Bahagian Perundangan MARA (BUU) telah
sesi engagement bersama wakil dari setiap negeri menghasilkan dan mengeluarkan Manual Tindakan
terutamanya PMD berhubung tindakan penguatkuasaan Penguatkuasaan yang menjadi panduan kumpulan
dan litigasi. penguat-kuasa dan pelaksana dalam mengendalikan
Kursus ini merupakan jenama (branding) tindakan. BUU juga dalam proses pengemaskini manual
Bahagian Perundangan MARA; diadakan setiap tahun tersebut dari semasa ke semasa supaya selaras dengan
sebanyak dua (2) siri untuk memenuhi keperluan bagi perkembangan perundangan terkini yang berkuatkuasa.
wakil setiap negeri untuk menyertainya. Setiap siri Penulis: Nor Amira binti Ismail
kursus diadakan secara khusus dan intensif dengan Sumber : Nadzirah binti Othman,
penyertaan kumpulan kecil sahaja iaitu 20-30 orang Syuhaida binti Abd. Hamid
setiap siri. & Nor Amira binti Ismail
Kursus ini dikendalikan secara interaktif dalam Pegawai Undang-Undang, Bahagian Perundangan
pelbagai bentuk bagi menggalakkan penglibatan aktif MARA
setiap peserta.
28 | MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan 6/2021
SEMINAR PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2014 DAN BENGKEL
PEMATUHAN AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 SIRI
01/2015 & SIRI 02/2015
Seminar telah dihadiri oleh Pengurusan MARA APDP 2010 memberi perlindungan kepada
termasuk Ketua Pegawai Eksekutif syarikat subsidiari data peribadi orang ramai termasuk maklumat akaun
MARA, Pengarah MARA Negeri serta wakil mereka dan kredit, kad pengenalan serta sejarah kesihatan. Selain
Pegawai Undang-Undang MARA. itu, APDP juga membuatkan proses perdagangan, jual
Bengkel pula disertai oleh kumpulan pelaksana beli atau transaksi komersial secara dalam talian lebih
iaitu terdiri daripada pegawai setiap Bahagian di Ibu selamat. Sebagai sebuah badan berkanun, MARA juga
Pejabat MARA, Pejabat MARA Negeri dan wakil eksekutif tidak terkecuali bertanggungjawab untuk menjaga
syarikat subsidiari MARA. dan melindungi data peribadi pelanggan MARA yang
diperoleh dan diproses bagi tujuan tertentu.
Tujuan utama seminar tersebut diadakan Selaras dengan penguatkuasaan APDP 2010,
adalah bagi memberi kesedaran dan pengetahuan Bahagian Perundangan (BUU) merasa terpanggil
mengenai kepentingan dan tanggungjawab melindungi untuk memberi kesedaran kepada semua warga MARA
data peribadi di peringkat pengurusan tertinggi mengenai kepentingan perlindungan data peribadi.
MARA, supaya dapat disampaikan kepada peringkat Justeru itu,BUU telah mengambil inisiatif menganjurkan
bawahan untuk mengambil tindakan selaras dengan seminar bermula dengan peringkat pengurusan dan
penguatkuasaan PDPA. kepada seluruh warga MARA.
Manakala Bengkel dilaksanakan bagi memberi Sebagai kesinambungan daripada Seminar
pengetahuan tahap pertengahan dan lanjutan yang diadakan tersebut, dua (2) siri bengkel telah
mengenai perlindungan data peribadi dan undang- dilaksanakan bagi menekankan aspek teknikal dalam
undang yang terlibat khususnya PDPA. Selain itu, ia pengendalian data peribadi pelanggan MARA. Bengkel
bertujuan memberi panduan ke arah pematuhan dan tersebut juga memberi pendedahan mengenai
pelaksanaan APDP 2010 dengan analisis praktikal kepentingan perlindungan data peribadi melalui
berdasarkan keperluan perkhidmatan MARA dan analisa kes-kes undang-undang yang berlaku dalam
keperluan pematuhan APDP 2010 yang berkaitan dunia sebenar. Selain itu, dapat menambahbaik dan
dengan persekitaran kerja MARA. meningkatkan pengetahuan para peserta dalam aspek
Akta Perlindungan Data Peribadi (APDP) telah perlindungan data peribadi pelanggan-pelanggan
digubal dan diluluskan oleh Parlimen pada tahun MARA.
2010 selaras dengan usaha kerajaan untuk mengiktiraf Dilaksanakan melalui kombinasi persembahan
kepentingan dan hak individu dalam menjaga multimedia, ceramah, perbincangan berdasarkan kes
dan melindungi data peribadi mereka. APDP 2010 dan kerja berkumpulan.
telah dikuatkuasakan pada tahun 2013 yang mana
perwartaan tarikh mula kuatkuasanya adalah pada 15
November 2013.
296/2021 MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan
Dilaksanakan secara interaktif di mana para BUU dengan kerjasama Bahagian Teknologi
peserta boleh bertanya secara langsung kepada Maklumat (BTM) telah mengeluarkan Notis Privasi di
penceramah sepanjang bengkel berlangsung. laman sesawang MARA dan BUU juga telah menyediakan
Berkongsi pengetahuan dan pengalaman format pemberitahuan mengenai Notis Privasi kepada
di kalangan para peserta berhubung PDP dalam semua Pengawal Pusat dan Pengawal Program.
melaksanakan tugasan profesional sebagai anggota PBUU juga telah memaklumkan Ahli
MARA mahupun sebagai individu. Jawatankuasa Pengurusan MARA mengenai pengeluaran
Menganalisa Polisi Privasi dan Notis Privasi Notis Privasi sebagai mematuhi APDP 2010.
MARA serta pelbagai agensi lain melalui kerja
berkumpulan/perbincangan atas worksheet yang Sumber dan penulisan: Nor Amira binti Ismail
disediakan. Pegawai Undang-Undang,
Dihadiri oleh wakil daripada setiap Bahagian, Bahagian Perundangan MARA
PMN dan syarikat subsidiari bagi mendapat liputan
(coverage) lebih luas.
Perjalanan bengkel berlangsung lancar dan
mendapat penyertaan yang aktif daripada para peserta.
BUU telah mengeluarkan Surat Edaran Bahagian
Undang-Undang Bil. 2/2014: Pematuhan Kepada Akta
Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709] bertarikh
11 November 2014 mengenai penguatkuasaan dan
pematuhan kepada Akta 709 kepada semua Pengawal
Pusat dan Pengawal Program.
30 | MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan 6/2021
SEMINAR
PERUNDANGAN 2018
Secara keseluruhannya jumlah peserta yang Memberikan penerangan berhubung kaedah
menghadiri seminar tersebut adalah seramai 70130 pembayaran melalui BizChannel (CIMB Bank) bagi
orang, yang terdiri daripada Ahli Pengurusan MARA, pemfailan tindakan undang-undang di mahkamah
Pengarah MARA Negeri, wakil daripada Pejabat (e-filing) secara teori dan praktikal.
MARA Negeri, pegawai daripada Bahagian Binaan Pelaksanaan seminar tersebut amat signifikan
dan Selenggaraan, Bahagian Perundangan, Bahagian dengan keperluan pematuhan dan pelaksanaan akta-
Kewangan dan Bahagian Pelaburan dan Pembangunan akta berkaitan yang terlibat yang mana MARA sebagai
Subsidiari serta Ketua Pegawai Eksekutif dan wakil sebuah badan berkanun turut tidak terkecuali daripada
eksekutif syarikat subsidiari MARA. pematuhan undang-undang berkenaan.
Seminar Perundangan 2018 diadakan bertujuan Seminar tersebut telah membantu MARA
untuk memberi pengetahuan dan pendedahan serta dalam mengambil langkah dan tindakan yang perlu ke
kesedaran undang-undang (legal awareness) mengenai arah pematuhan akta-akta berkaitan bagi mengelakkan
pelbagai topik perundangan terkini. risiko berlaku pelanggaran peruntukan akta-akta
Objektif seminar adalah untuk : berkaitan; selaras dengan pindaan undang-undang
Memberi pengetahuan dan memberi kesedaran terkini termasuk Akta Syarikat 2016 dan Akta Insolvensi
undang-undang mengenai pelbagai topik perundangan 1967.
terkini iaitu undang-undang pembinaan (construction Sesi penerangan dan praktikal bagi penggunaan
law), undang-undang syarikat (companies law) dan sistem kehakiman e-filing dan pembayarannya melalui
undang-undang kebankrapan (bankruptcy law). BizChannel memenuhi keperluan pegawai-pegawai
Memberi panduan ke arah pematuhan dan yang terlibat dalam tindakan penguatkuasaan di
pelaksanaan akta-akta berkaitan yang terlibat iaitu Bahagian Perundangan dan Pejabat-Pejabat MARA
Akta Syarikat 2016, Akta Insolvensi 1967 dan Kaedah- Negeri bagi pelaksanaan tugas-tugas harian mereka.
Kaedah Mahkamah 2010 berdasarkan keperluan Sumber : Syuhaida binti Abd. Hamid, Nor Amira binti
perkhidmatan MARA dan keperluan pematuhan akta- Ismail & Mohd Rizal bin Baba.
akta tersebut yang berkaitan dengan pelaksanaan Pegawai Undang-Undang,
program-program MARA. Bahagian Perundangan MARA
Memberi pengetahuan secara teori dan
praktikal berhubung sistem kehakiman e-filing yang
pelaksanaannya telah diwajibkan oleh mahkamah.
316/2021 MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan
SEMINAR
PUNCA KUASA & PERWAKILAN/PENURUNAN
KUASA DI BAWAH AKTA MAJLIS AMANAH RAKYAT
1966 (“AKTA MARA”)
Jumlah peserta adalah seramai 76 orang; iaitu Seminar ini mendapat penyertaan aktif daripada
semua Pengarah Bahagian/Ketua Unit seramai 24 orang, para peserta dan menjadi platform perbincangan dan
14 orang PMN, 24 orang pegawai-pegawai daripada Ibu perbahasan berhubung kuasa-kuasa yang mereka ada
Pejabat MARA dan 14 orang pegawai-pegawai daripada dalam menjalankan tugas dan fungsi MARA.
Pejabat MARA Negeri. Sebanyak enam (6) slot ceramah termasuk
Memberi pendedahan dan pengetahuan satu (1) slot ceramah istimewa telah disampaikan oleh
kepada semua PMP dan pegawai mengenai perwakilan PUU KPLB bertajuk “Kuasa Menteri Di Bawah Undang-
kuasa dan ruang lingkup kuasa yang dibenarkan di Undang”. Sesi brainstorming dan group presentation juga
bawah Akta MARA bagi melancarkan pelaksanaan telah dilaksanakan bagi mendapatkan isu/persoalan
tugas dan peranan masing-masing dalam menjalankan dan cadangan solusi dan/atau penambaikan daripada
kewajipan MARA. para peserta terhadap had kuasa supaya selaras dengan
Mesyuarat Majlis Ke–474 (Bil. 15 Tahun 2018) peruntukan Akta MARA.
yang bersidang pada 18 Oktober 2018 telah bersetuju Bahagian Perundangan MARA telah
agar Pengurusan MARA membuat semakan semula ke menyediakan kertas kerja untuk kelulusan Majlis MARA
atas aspek perundangan dan tadbir urus MARA (legal berhubung cadangan untuk mengekal, membatal
and governance review). Selaras dengan keputusan dan meminda kuasa-kuasa sedia ada serta cadangan
tersebut, kajian dan semakan semula ke atas aspek baharu bagi menambah kuasa Ketua Pengarah berserta
perundangan dilaksanakan oleh Bahagian Perundangan justifikasi bagi setiap cadangan.
MARA sebagai urusetia Jawatankuasa Khas melibatkan Majlis MARA telah meluluskan keseluruhan
pembahagian dan had kuasa di antara Menteri, Majlis cadangan tersebut dalam Mesyuarat Majlis MARA Ke-
MARA dan Ketua Pengarah MARA yang diperuntukkan di 503 (Bil. 9 Tahun 2020). Terkini, pihak Unit Penyelaras
bawah Akta Majlis Amanah Rakyat 1966 (“Akta MARA”). MARA sedang dalam tindakan mengemaskini dan
Seterusnya, seminar ini diadakan bertujuan menyelaraskan perwakilan kuasa termasuk surat-surat
memberi pengetahuan dan pendedahan kepada perwakilan kuasa yang dikeluarkan supaya selaras
semua PMP dan pegawai mengenai perwakilan kuasa dengan keputusan Majlis MARA dan Akta MARA.
berdasarkan peruntukan Akta MARA supaya mereka Sumber : Nor Amira binti Ismail,
jelas dengan had lingkungan kuasa yang dibenarkan Pegawai Undang-Undang,
dalam melaksanakan tugasan. Seminar ini juga dapat Bahagian Perundangan MARA
memberikan kesedaran kepada para peserta sekaligus
mereka dapat menyumbang idea kepada cadangan
penambahbaikan terhadap perwakilan kuasa sedia ada
demi melancarkan pelaksanaan fungsi MARA.
32 | MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan 6/2021
PROGRAM-PROGRAM
ENGAGEMENT DENGAN PIHAK LUAR
Sesi libat urus yang BUU laksanakan adalah Sesi libat urus dilaksanakan bagi mendapatkan
dengan PETRONAS, Universiti Malaysia Pahang (UMP), input terkini dan menjalinkan kerjasama serta
Universiti Malaya (UM), MITI, KETENGAH, Yayasan meluaskan jaringan korporat dengan pihak-pihak luar
Sarawak,Yayasan Terengganu, Istana Kehakiman (Palace dalam pelaksanaan perkhidmatan BUU khususnya dan
of Justice), Bank Rakyat, MAYBANK, Affin Islamic Bank, pelaksanaan fungsi MARA amnya.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Jabatan Kerja Raya (JKR), Setiap sesi libat urus yang dilaksanakan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), membawa tujuan dan motif berbeza-beza mengikut
Universiti Teknologi MARA (UiTM), Lexis Nexis, SME keperluan semasa. Sebagai contoh, sesi libat urus
Corp., Jabatan Peguam Negara (AGC), Institut Latihan bersama Jabatan Perlindungan Data Peribadi di
Kehakiman & Perundangan (ILKAP), Kementerian Putrajaya bagi mendapatkan penerangan dan input
Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Pengangkutan mengenai penguatkuasaan Akta Perlindungan Data
(MOT), Jabatan Insolvensi Malaysia, Lembaga Kemajuan Peribadi 2010.
Wilayah (LKW), Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Selain itu, sesi libat urus bersama Jabatan
Indah Water Konsortium (IWK), Lembaga Penduduk Imigresen dan Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit
& Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Lembaga (AKPK) bagi menjalinkan kerjasama dalam pengurusan
Tabung Haji, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), kredit peminjam/penjamin yang di bawah tindakan
Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Kaunseling & undang-undang.
Pengurusan Kredit (AKPK), Jabatan Perlindungan Data BUU juga telah mengadakan sesi libat urus
Peribadi, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, bersama Jabatan Insolvensi Malaysia berhubung
Centre of Arbitration, Court Registrar dan Kuala Lumpur pengurusan orang bankrap iaitu peminjam/penjamin
Centre of Mediation. yang dikenakan tindakan kebankrapan.
Setiap sesi libat urus BUU bersama pihak Sumber: Laporan Key Performance Index (KPI)
luar termasuk agensi-agensi kerajaan, badan-badan Bahagian Perundangan MARA 2015-2020
korporat dan pihak-pihak lain dihadiri oleh Pengarah,
Timbalan Pengarah, Ketua Pegawai Undang-Undang,
Pegawai-Pegawai Undang-Undang dan warga kerja
BUU yang berkenaan dengan tugasan masing-masing.
336/2021 MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan
PROGRAM/KURSUS
FASA PANDEMIK (VIRTUAL/OFFLINE):
Sesi Webinar Program Legal Literacy: bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga
Introduction To Personal Data Protection Act 2010 (PDPA) kerja BUU mengenai kesihatan umum dan pemakanan
And Effect Of Covid-19 On The PDPA. seimbang, mewujudkan dan mempromosi persekitaran
Ceramah Kesihatan: Keseimbangan Fizikal & sihat di BUU bagi menyokong gaya hidup aktif dan
Mental Di Tempat Kerja. sihat dan memberi kesedaran mengenai kepentingan
Kursus Pengurusan Litigasi 2021: penjagaan kesihatan diri kepada warga kerja BUU ke
Perkembangan Terkini Sistem e-Filing Mahkamah, Isu arah perubahan tingkah laku sihat.
dan Permasalahan. Manakala objektif Kursus Pengurusan Litigasi
Kursus Pentadbiran Kontrak Binaan (Analisa 2021 adalah untuk memberikan pendedahan kepada
dan Iktibar Kes Tuntutan terhadap MARA). pegawai penguatkuasa MARA berkenaan perkembangan
Dilaksanakan secara virtual/atas talian terkini pelaksanaan sistem e-Kehakiman Mahkamah
dan/atau perjumpaan secara fizikal/offline dengan serta Pindaan terhadap Kaedah-Kaedah Mahkamah
pematuhan kepada SOP. 2012.
Sesi Webinar Program Legal Literacy telah Selain itu, Kursus Pentadbiran Kontrak Binaan
disertai oleh Pegawai-Pegawai Undang-Undang (Analisa dan Iktibar Kes Tuntutan terhadap MARA)
termasuk Pengarah dan Timbalan Pengarah BUU. diadakan bertujuan memberi pengetahuan dan
Bagi program kesihatan termasuk ceramah memberi kesedaran undang-undang (legal awareness)
kesihatan, penyertaan adalah daripada warga BUU kepada pegawai MARA berkenaan undang-undang
sendiri. kontrak binaan serta isu-isu perundangan dalam
Kursus Pengurusan Litigasi 2021 pula pengurusan dan pentadbiran kontrak binaan yang
telah disertai oleh seramai 74 orang peserta terdiri melibatkan MARA.
daripada Pegawai Undang-Undang, Timbalan Pengarah Program/kursus atas talian dijalankan juga
MARA Negeri, Pen. Pegawai Tadbir Kawalan Kredit & berdasarkan keperluan dan permintaan daripada
Penguatkuasaan, serta Penolong Pegawai Tadbir yang warga MARA yang berkenaan selain diteruskan bagi
terlibat secara langsung serta tidak langsung dalam terus memberikan kesedaran undang-undang (legal
melaksanakan tindakan penguatkuasaan. awareness) kepada warga MARA.
Bagi Kursus Pentadbiran Kontrak Binaan Ceramah secara atas talian/offline.
(Analisa dan Iktibar Kes Tuntutan terhadap MARA), Penyampaian ilmu termasuk kesedaran
15 orang peserta telah menghadirinya; iaitu mereka undang-undang (legal awareness) masih boleh
yang terlibat secara langsung serta tidak langsung diteruskan dengan mengadaptasi norma baharu dalam
dalam kes-kes yang melibatkan kontrak binaan terdiri fasa pandemik.
daripada Pegawai Undang-Undang, Ketua Jurutera,
Jurutera, Penolong Jurutera serta Juruukur Bahan. Penulis : Nor Amira binti Ismail
Pelbagai mengikut objektif tertentu Sumber : Majdah binti Abdul Hamid
yang ditetapkan bagi setiap program/kursus yang Nor Haniza binti Saad
dilaksanakan; mengambil kira keperluan semasa Pegawai Undang-Undang
walaupun sedang melalui fasa pandemik Covid-19. Bahagian Perundangan MARA
Sesi webinar tersebut merupakan platform
pihak peguam panel dalam menyediakan perkhidmatan
kursus atas talian kepada pelanggan semasa fasa
pandemik Covid-19 bertujuan menyampaikan
perkembangan terkini perundangan semasa.
Objektif program kesihatan yang dilaksanakan
oleh BUU termasuk ceramah kesihatan tersebut adalah
34 | MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan 6/2021
SEGMEN KHAS
SEKALUNG BUDI, SEINDAH KENANGAN
Puan Rabiatul Adawiyah Binti Ismail
Pengarah Bahagian Perundangan MARA
356/2021 MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan
SUDAH ADAT BERTEMU,
TENTU ADA PERPISAHANNYA
Sesosok tubuh segak berdiri,
Berkarisma bergaya berintegriti,
Rabiatul Adawiyah nama diberi,
Puan Ruby mesra dikenali.
30 tahun bersama MARA,
Dari Taiping tempat asalnya,
Belajar undang-undang di Universiti Malaya,
Lulus cemerlang belajar dan kerjaya.
Bersamamu Puan MARA ternama,
Di bidang undang-undang sudah semestinya,
2020 Sijil MSO digapai bergaya,
Bukti kerja dengan sesungguhnya.
Pesanmu Puan tetap diingatan,
Ambil yang baik, buruk ditinggalkan,
Integriti dijaga seiring wawasan,
Majulah MARA tanpa ketinggalan.
Selamat bersara Puan yang budiman,
Jasa dan bakti jadi sebutan,
Walau apa yang bakal dilakukan,
Sejahteralah Puan dikasihi Tuhan.
Karya khas daripada :
Kak Cik Seroja / Juariah binti Mansor
36 | MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan 6/2021
SALAM PERSARAAN.
PUAN RABIATUL ADAWIYAH BINTI ISMAIL
PENGARAH BAHAGIAN PERUNDANGAN MARA
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Jika diturutkan hati, tentu berat melepaskan pergi, tetapi apakan daya, sudah tertulis
suratan ILAHI. Walau khidmat bakti setakat ini, namun yang penting hubungan
silaturahim akan terus kekal abadi.
Saya mewakili warga kerja Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) MARA merakamkan
ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Puan Rabiatul Adawiyah binti Ismail, atas
segala sumbangan bakti dan baik budi sepanjang berkhidmat dengan MARA. Mohon
maaf sekiranya terdapat kekhilafan sepanjang tugas bersama memegang amanah di
MARA. Kami juga mendoakan semoga Puan Rabiatul Adawiyah & Keluarga terus diberi
kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan yang baik dan sentiasa dalam perlindungan
dan rahmat ALLAH SWT. Semoga silatulrahim akan kekal berpanjangan. Insha Allah
dengan izinNya dapat kita bersua kembali.
Yahaya bin Sani
Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan
MARA
Assalamualaikum wbt.
Pihak Bahagian Pendidikan Menengah MARA , BPM merakamkan setinggi-tinggi ucapan
penghargaan dan terima kasih kepada Puan Rabiatul Adawiyah binti Ismail, Pengarah
Perundangan MARA atas khidmat nasihat dan bantuan beliau kepada pihak BPM
sepanjang perkhidmatan beliau.
Salam persaraan daripada seluruh warga BPM diucapkan kepada beliau, agar Allah SWT
memberikan kesihatan dan kebahagiaan berpanjangan kepada beliau kelak.
Tiada kata seindah bicara
Dapat dilafaz seiring jasa
Tiba ketika puan bersara
Bakti dalam ingatan sentiasa.
Wan Ainizah binti Ariffin
Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA
376/2021 MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan
Assalamualaikum wbt.
Ucapan penghargaan yang tidak terhingga ditujukan buat Puan Rabiatul Adawiyah binti Ismail,
Pengarah Bahagian Perundangan (BUU) atas khidmat nasihat, komitmen, bantuan dan baik budi
yang dihulurkan kepada BAP sepanjang perkhidmatan beliau.
Melewati perjalanan karier yang panjang, pastinya banyak pengetahuan yang ditimba,
pengalaman yang dikutip dan panduan yang diperolehi yang melengkapkan beliau sebagai
rujukan utama dalam aspek perundangan. Dalam menggalas amanah dan tanggungjawab di
organisasi yang bertuah ini, sudah pasti ada perjuangan, luka, tangisan, tawa dan tentunya
ada bahagia. Sesungguhnya segala komitmen, usaha dan sumbangan yang ditunjukkan wajar
dijadikan panduan dan contoh kepada kami semua.
Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Walaupun berat, persaraan dan perpisahan adalah
hakikat yang perlu dihadapi. Doa kami semoga puan akan terus diberi kesihatan yang baik dan
sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah SWT. Dan semoga silaturrahim antara kita akan
kekal berpanjangan. Insya allah.
Berdayung sampan ke tanah semenanjung,
Hendak membeli tikar rotan,
Budi dikenang bakti disanjung,
Kekal subur dalam ingatan.
Hendak membeli tikar rotan,
Untuk mengalas tempat beradu,
Kekal subur dalam ingatan,
Kenangan bersama pengubat rindu.
Untuk mengalas tempat beradu,
Dari malam hingga ke pagi,
Kenangan bersama pengubat rindu,
Diizin Allah bersua lagi.
Rafida binti Ab Manan
Pengarah Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan
MARA
38 | MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan 6/2021
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kami di Bahagian Kawalan Kredit (BKK) MARA ingin merakamkan setinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada Puan Rabiatul Adawiyah Ismail, Pengarah Bahagian Perundangan
(BUU) MARA di atas sumbangan khidmat bakti serta jasa yang telah ditaburkan kepada MARA
dan Bahagian ini khususnya.
Puan Ruby, dengan menggunakan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman beliau, telah
banyak membantu BKK dalam memastikan operasi serta tanggungjawab Bahagian dilaksanakan
dengan jayanya. Sumbangan yang besar ini juga telah mendorong BKK meningkatkan sistem
penyampaian kepada pelanggan dan pemegang taruh (stakeholders) MARA.
Persaraan beliau daripada arena pembangunan Bumiputera ini merupakan satu kehilangan
besar buat MARA, terutamanya dalam aspek perundangan dan litigasi, yang selama ini bertindak
sebagai benteng pertahanan serta tempat rujukan komuniti MARA.
Harapan kami agar Puan Ruby berbangga dan memperolehi satu tahap kepuasan yang sukar
untuk digambarkan hasil daripada ketekunan, ketelusan, keikhlasan dan pengorbanan yang
pernah disumbangkan terhadap organisasi seperti MARA. Secara zahirnya, kami turut berbangga
dengan pencapaian dan sumbangan ikhlas Puan Ruby selama ini.
Kami doakan agar Allah SWT merahmati segala usaha Puan Ruby selama ini dalam memikul
amanah serta tanggungjawab yang besar dengan amanah dan penuh dedikasi. Bak kata pepatah,
“Gajah mati meninggalkan gadingnya, harimau mati meninggalkan belangnya dan manusia
mati meninggalkan namanya” . Semoga apa yang ditinggalkan oleh Puan Ruby akan menjadi
jasa yang menjadi ukuran pihak yang merasainya.
Diakhiri dengan rangkap pantun berikut:
“Di sana padi, di sini padi,
Itulah nama sawah dan bendang,
Di sana budi, di sini budi,
Baru sempurna bernama orang;
Kalau ada pauh didaik,
Bawa sebiji ke tanah seberang,
Kalau ada budi yang baik,
Sampai mati dikenang orang.”
Kami memohon ampun dan maaf jika ada kekhilafan yang tidak disengajakan.
Salam Persaraan dan semoga dikurniakan kesihatan yang baik.
Wasalam.
Rizal Effendi Razali
Pengarah Bahagian Kawalan Kredit
MARA
396/2021 MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan
Assalamualaikum wbt.
Pada kesempatan ini saya ingin menzahirkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih
tak terhingga kepada Puan Rabiatul Adawiyah binti Ismail, Pengarah Bahagian Perundangan
MARA, di atas segala tunjuk ajar dan bimbingan yang telah beliau berikan sepanjang saya
berkhidmat di bawah kepimpinan beliau selama 14 tahun mulai tahun 2007 sehingga 2021.
Saya amat berbangga dan berasa bertuah serta menjadi satu penghormatan bagi saya kerana
dapat berkhidmat di bawah kepimpinan beliau yang sentiasa memberi semangat, bimbingan
dan dorongan untuk saya terus melaksanakan tugas dengan cemerlang selain dari memberi
kata nasihat dalam menjalani kehidupan seharian.
Beliau merupakan seorang pemimpin yang hebat, mempunyai daya ingatan yang kuat, berfikiran
analitik, mempunyai pemikiran strategik dan seorang yang berpandangan jauh. Beliau sentiasa
memberi pendapat dan pandangan bernas dalam melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai
seorang pemimpin. Beliau seorang yang tegas, berdisplin dan komited dalam membimbing
anggota kerja di bawah pimpinan beliau bagi meningkatkan keupayaan dan kompetensi serta
memastikan anggota kerja di bawah pimpinan beliau sentiasa memberi perkhidmatan yang
terbaik. Beliau juga seorang yang prihatin yang sentiasa mengambil berat akan kebajikan
anggota kerja. Beliau merupakan contoh dan menjadi sumber inspirasi kepada pegawai-pegawai
muda yang suatu hari nanti akan mengambilalih kepimpinan. Beliau adalah seorang pemimpin
yang disegani dan ‘one of a kind’.
Suka saya berkongsi bahawa semua perkara yang saya nyatakan ini juga sememangnya
diakui oleh para pegawainya. Beliau sentiasa mewujudkan suasana harmoni dengan pegawai-
pegawainya serta memupuk semangat kerja berpasukan di kalangan para pegawai supaya
tugasan dapat disempurnakan dengan baik dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Melalui ruangan khas Majalah 360º e-Khidmat Pengurusan ini, saya secara peribadi mengambil
kesempatan memohon maaf atas sebarang kekhilafan yang telah saya lakukan sepanjang
berkhidmat di bawah kepimpinan beliau. Begitu juga bagi pihak Pegawai-Pegawai Undang-
Undang MARA mohon dihalalkan segala tunjuk ajar, makan minum dan mohon dimaafkan segala
kekurangan dan kesilapan di sepanjang perkhidmatan bersama beliau. Sesungguhnya segala
sumbangan dan bakti beliau hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Akhir kata, selamat
menjalani hidup baru sempena persaraan dengan diiringi doa semoga beliau dan keluarga
akan sentiasa dirahmati dan diberkati Allah SWT.
Jasamu akan sentiasa dikenang,
Budimu sehingga kini tidak terbilang,
Semangat jitumu sentiasa dijulang,
Kepimpinanmu nyata gemilang.
Sekian. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Siti Hajar binti Abd. Khalid
Timbalan Pengarah
Bahagian Perundangan MARA
40 | MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan 6/2021
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi di atas limpah kurnianya diizinkan kita untuk ke saat ini.
Pertamanya, terima kasih di ucapkan buat sidang redaksi di atas ruang yang diberikan kepada
saya mewakili warga kerja Bahagian Perundangan MARA untuk menulis selembar dua ucapan
bagi persaraan Pengarah kesayangan kami, Puan Rabiatul Adawiyah binti Ismail.
Bagi saya, terdapat dua pandangan dari sudut yang berbeza, pertamanya dari sudut tugas/
kerja hakiki dan yang keduanya dari sudut Badan Kebajikan BUU (BKBUU) yang mana beliau
merupakan penasihat tetap Badan Kebajikan BUU bermula dari tahun 2005 sehingga tarikh
persaraan beliau.
Pertamanya, nama Puan Rabiatul Adawiyah atau lebih mesra disapa ‘Puan Ruby’, adalah cukup
dikenali di kalangan warga kerja MARA. Ketegasan dalam berbicara berkenaan integriti, komited
dan fokus dalam melaksanakan tugas dan semua sudut positif yang baik amat cocok dengan
susuk tubuh ini. Tiada istilah sambil lewa, bertangguh, lambat atau apa-apa sikap negatif yang
boleh dijadikan alasan bagi warga kerja yang pernah ataupun yang sedang berkhidmat dengan
beliau. Hasilnya kami, warga BUU telah terdidik dan dengan sendirinya dapat melaksanakan
tugasan dengan baik berserta ‘outcome’ yang terbaik. Ini terbukti dengan jayanya bilamana
Bahagian Perundangan MARA telah mendapat pengiktirafan Sijil MSO dan Pengiktirafan
Inovasi Kreatif MARA dan kejayaan dalam mencapai sasaran kutipan bagi tahun 2020. Bagi
kami di Unit Penguatkuasaan, khidmat nasihat dan saranan yang sentiasa diberikan oleh beliau,
menjadi panduan dan rujukan dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Beliau seorang
yang cukup optimis menerima pandangan dan cadangan daripada warga kerjanya demi
memastikan pelaksanaan tugas yang cekap, kemas dan teratur serta berjaya mencapai sasaran
yang ditetapkan.
Pesan beliau yang cukup diingati buat semua warga kerja BUU terutamanya kepada mereka
yang berpindah bahagian atau dinaikkan pangkat, “ Jagalah integriti, ambillah yang baik dari
sini dan tinggalkan yang buruk buat pedoman kalian dalam melaksanakan tugasan nanti’.
Bagi sisi kedua pula, bermula dari pertengahan tahun 2019, saya telah diberikan mandat
untuk menjalankan tugas sebagai pengerusi Badan Kebajikan BUU ataupun BKBUU. Semua
sedia maklum, tanggungjawab selaku pengerusi di mana-mana bahagian di MARA adalah satu
tugas di luar hakiki yang memerlukan komitmen, kesungguhan dan perlu mendapat sokongan
dan mandat yang penuh dari Pengurusan Bahagian itu sendiri. Selaku Penasihat tetap Badan
Kebajikan BUU, beliau amat komited berkenaan urusan kebajikan ahli terutamanya bagi mereka
yang diuji dengan musibah. Bagi mereka yang kehilangan ahli keluarga, ditimpa musibah
bencana alam dan juga keuzuran/kemalangan warga kerja semasa dalam tempoh bertugas,
keprihatinan beliau tidak lain seperti ibu yang menjaga dan mengambil berat berkaitan hal
anak-anaknya.
Sebutkanlah di mana, pastinya beliau akan meminta jawatankuasa BKBUU untuk terus hadir
menziarahi mereka, mengenalpasti bantuan atau pun sumbangan yang perlu diberikan bagi
mereka yang ditimpa musibah. Selain itu, beliau juga amat cenderung untuk semua warga
BKBUU untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan menganjurkan program kesihatan
seperti ‘Water Intake Challenge’, ‘Body Fat Loss Challenge’ dan ‘Kempen Suku Suku Separuh’ bagi
tiga (3) tahun berturut-turut . Beliau juga amat menggalakkan warga kerjanya untuk menyertai
416/2021 MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan
mana-mana aktiviti riadah anjuran MARA mahupun luar seperti ‘Fun Run’ yang mana yuran
penyertaaan akan ditaja sendiri oleh beliau, yang tidak lain hanyalah untuk memastikan warga
kerja beliau menjalani gaya hidup sihat dan aktif.
Keseimbangan beliau dalam ruang lingkup tugasan rasmi dan tidak rasmi amatlah praktikal
dan berkesan dalam membentuk warga kerja yang baik dan komited dalam menjalankan tugas.
Hampir pasti beliau tiada duanya. Serangkap pantun dari saya;
Sampai masa kita berpisah,
Mengikut jalan hala berbeza,
Terima kasih bakti dicurah,
Semoga berjumpa di lain masa.
Akhir kata dari saya, terima kasih Puan Ruby di atas semua ilmu, teguran dan tunjuk ajar
puan kepada kami warga kerja BUU selama ini. Terima kasih juga untuk semua sumbangan,
keringat dan jasa yang telah diberikan kepada kami khususnya ahli-ahli Badan Kebajikan
BUU. Hanya Allah sahajalah dapat membalasnya. Semoga puan terus kekal sukses dalam
menyumbang khidmat bakti kepada masyarat di luar sana nanti.
Wishing U All the Best Bos!!
Ikhlas dari saya;
Muhamad Salim Bin Hashim,
Pengerusi Badan Kebajikan
Bahagian Perundangan MARA
42 | MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan 6/2021
DETIK-DETIK EKSKLUSIF BERSAMAMU
436/2021 MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan
44 | MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan 6/2021
456/2021 MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan
46 | MARA 3600| e- Khidmat Pengurusan 6/2021