The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KOLEKSI BAHAN PENERBITAN DIGITAL BITK, 2021-12-24 03:05:26

eBerita Pendidik 11

Edisi November 2021

berita

PENGALAMAN

35TAHUN BERSAMA
MARA
Dr. Roselena Mansor

SIDANG EDITOR

berita

Penerbit : Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif

PENAUNG berita
Razlan bin Haji Samsuri
Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA PENGALAMAN

PENERBIT EKSEKUTIF 35TAHUN BERSAMA
Nor Zaini binti Abu Kassim MARA
Pengarah Dr. Roselena Mansor
Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA
Sidang Editor e-berita berhak meminda
PENERBIT mengubah dan menggarap manuskrip yang
Jamizan bin Baki dihantar agar bersesuaian dengan garis
Timbalan Pengarah II panduan yang ditetapkan dan tidak mengubah
isi asalnya. Semua manuskrip yang diterima
EKSEKUTIF EDITOR sama ada disiarkan ataupun tidak disiarkan tidak
Zuliana Haslinda binti Anhar Zubir akan dikembalikan. Manuskrip ini juga boleh
Timbalan Pengarah I digunapakai oleh pihak yang diberi kebenaran
untuk masa-masa akan datang. Kami mengalu-
EDITOR/WARTAWAN alukan sebarang cadangan atau komentar, surat
Tik Shaiza binti Ariffin menyurat, rencana dan ulasan ke meja Sidang
Penolong Pengarah Redaksi atau email ke [email protected]

KREATIF Sebarang pertanyaan hendaklah dialamatkan
Amirul Asyraf bin Abdul Razak kepada:
Penolong Pengarah
Pengarah
JURUFOTO Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA
Produksi Kreatif Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA
50609 Jalan MARA, Kuala Lumpur.
TEKNIKAL & HEBAHAN Tel: 03 2613 2401
Unit IT & Solusi Faks: 03 2691 0075

KAMI MAHU AND A!

SiDANG EDiTOR e-BERiTA PENDiDiK (e-BP)

MENGALU-ALUKAN SEBARANG PERKONGSiAN

DARiPADA WARGA PENDiDiK IPMA UNTUK DiMUATKAN

DALAM MAJALAH e-BP. PERKONGSiAN ADALAH DALAM

BENTUK BERiKUT:

PENULiSAN RENCANA (BUKAN CEREKA) BERKAiTAN DENGAN PENDiDiKAN ATAU
SEBARANG iSU SEMASA YANG DiRASAKAN SESUAi
BEDAH BUKU (BAHASA INGGERiS ATAU MELAYU)
PENULiSAN BERBENTUK PERKONGSiAN /ANEKDOT
KARTUN
SAJAK

JUMLAH PERKATAAN ADALAH TiDAK MELEBiHi 800 PERKATAAN
(FONT 12 TiMES ROMAN)

TELEBiH DAHULU, KAMi MERAKAMKAN RiBUAN TERiMA KASiH ATAS SUMBANGAN ANDA

MRSM TUN GHAZALI SHAFIE BAWA
NAMA MALAYSIA & MARA DALAM
PERTANDINGAN ROKET AIR PERINGKAT
ANTARABANGSA DI VIETNAM

Pasukan Roket Air MRSM Tun Ghazali Shafie dan Pembentangan. Buat julung kalinya, edisi
(TGS) yang telah menjuarai pertandingan Roket pertandingan kali ini diadakan secara maya bagi kedua
Air MRSM Se-Malaysia 2020 telah dipilih untuk – dua acara dengan menggunakan pelantar ZOOM.
mewakili MRSM ke Kejohanan Roket Air Kebangsaan
2021 yang berlangsung pada 7 – 12 Oktober Dalam pertandingan tersebut, pasukan MRSM
2021 yang lalu. Dua orang pelajar tingkatan lima TG S ya n g d i b i m b i n g o l e h En c i k A h m a d Ta r m i m i
yang mewakili MRSM TGS adalah Ahmad Fakhrul bin [email protected] selaku jurulatih dan Cik Rafidah
Amsyar bin Hazri dan Waiz Syahmie bin Ruhaidi. binti Asis selaku pengurus pasukan telah berjaya

meraih tempat ketiga keseluruhan dan sekaligus
Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Planetarium terpilih mewakili Malaysia ke Asia Pasific Regional
Negara dengan kerjasama Kementerian Sains, Space Agency Festival (APRSAF) Water Rocket
Teknologi & Inovasi (MOSTI), Kementerian Pendidikan Eve n t y a n g d i h o s k a n o l e h V i e t n a m N a t i o n a l S p a c e
Malaysia (KPM) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Agency (VNSC) dan Japan Exploration Space Agency

(JAXA) yang berlangsung pada 30 Oktober 2021
Sebanyak 14 pasukan bertanding dalam kejohanan dan 20 November 2021. Turut bersama MRSM TGS
ini, iaitu 10 pasukan daripada sekolah Kementerian untuk membawa panji negara adalah Sekolah Sains
Pelajaran Malaysia (KPM) yang merupakan juara Sultan Ibrahim, wakil negeri Johor dan Sekolah
peringkat negeri ) dan 4 pasukan daripada MRSM Menengah Kebangsaan Singai, wakil negeri Sarawak.
iaitu MRSM TGS, MRSM Sungai Besar, MRSM Jeli
d a n M R S M K u c h i n g . Te r d a p a t d u a ( 2 ) a c a r a y a n g Encik Ahmad Tarmimi sewaktu dihubungi menzahirkan
dipertandingkan iaitu Ketetapan Sasaran 60 meter rasa syukur atas kejayaan yang telah mereka capai

4 e-Buletin Pendidik November 2021

dalam peringkat kebangsaan. Lebih manis lagi, Sumber : MRSM TGS 5
TGS adalah wakil tunggal MRSM / MARA dalam Olahan : BITK
kejohanan ini. Ini juga merupakan kali pertama
pasukan roket air MRSM TGS berjaya ke peringkat
antarabangsa sejak daripada penubuhannya pada
tahun 2002. Beliau seterusnya merakamkan ucapan
penghargaan dan terima kasih kepada pihak Bahagian
Pendidikan Menengah MARA (BPM) , pengurusan
MRSM TGS, guru dan kakitangan maktab dan yang
terlibat secara langsung serta tidak langsung
serta memohon doa semua agar mereka berjaya
mengharumkan nama negara di peringkat seterusnya.

Te r k i n i - Wa k i l M R S M TG S t e l a h b e r j aya m e n d a p a t
tempat ke-11 dan ke-20 (daripada 90 orang peserta
dan 12 negara) dalam festival APRSAF yang disertai
pada penghujung Oktober yang lalu. Pencapaian
ini amat membanggakan memandangkan dua anak
muda daripada MRSM TGS itu bersaing dengan 88
o r a n g l a g i p e s e r t a d a r i p a d a 1 2 n e g a r a . Ta h n i a h !

November 2021

KIT Pembelajaran 4IR Dengan

Pendekatan Gamifikasi

Satu Inovasi Guru Dekati Pelajar

Sebuah kit yang menggunakan pendekatan gamifikasi i n i t e l a h d i j a l a n k a n p a d a b u l a n M a c 2 0 2 1 d a n

telah dibangunkan oleh dua (2) orang pegawai diumumkan secara dalam talian melalui FB Live

daripada Bahagian Pendidikan Menengah MARA masing-masing.

(BPM). Kit ini adalah sebuah kit pembelajaran

dan dibangunkan untuk kegunaan pelajar-pelajar i - M A R ATe c H 2 0 2 1 a d a l a h m e r u p a k a n s a t u

sains menengah rendah di MRSM. Dibangunkan pertandingan anjuran BITK pada hari Anugerah

pada 2019, di bawah Dana Penyelidikan dan Inovasi Inovasi MARA 2021 sementara i-EIE 2021 pula

M A R A d a r i p a d a B a h a g i a n I n ova s i & Te k n o l o g i adalah hasil kerjasama UNiKL, Malaysian Spanish

Kreatif (BITK) MARA, Kit ini telah memenangi tiga I n s t i t u t e , Ku l i m H i Te c h b e r s a m a d e n g a n Ku l i m

(3) pingat emas dalam tiga (3) pertandingan inovasi Te c h n o l o g y P a r k C o r p o r a t i o n ( K T P C ) , M a l ays i a

yang mereka sertai sepanjang tahun ini. Innovation Association (MIA), Universitas Syiah

Kuala (USK), IFIA, System Engineering & Energy

Kit hasil idea dan usahasama Puan Noor Laboratory dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Nasriyah bt Abdullah (Ketua Penolong Pengarah

(KPP) Sains BPM) dan Puan Juriah binti Alias Menurut Puan Noor Nasriyah yang merupakan

(Timbalan Pengarah (TP) 1 BPM) telah berjaya ketua projek, idea untuk membangunkan kit

memenangi pingat emas dalam tiga pertandingan ini tercetus sewaktu beliau menghadiri sebuah

i a i t u I n s p i r e To I n n o v a t e ( i 2 i ) , i - M A R ATe c H 2 0 2 1 k u r s u s “ 2 1 s t C e n t u r y P ro g r a m Fo r Te a c h e r s ” ya n g

(kategori Inovasi Staf MARA) dan International dianjurkan oleh pihak MARA. Pendedahan kepada

Eureka Innovation Exhibition (i-EIE 2021) (Kategori D: Google Classroom dan pembinaan video secara

Building, Construction & Materials, Social Science, pendekatan animasi 3D telah membuatkan beliau

Quality & Continuous Improvement, Educational merasa terpanggil untuk menyediakan bahan

Te a c h i n g & Tr a i n i n g ) . Ke t i g a - t i g a p e r t a n d i n g a n berbentuk digital kepada pelajar sains menengah

6 e-Buletin Pendidik November 2021

rendah dalam bentuk gamifikasi. Seterusnya, dua b e r i k u t : Ts . P M D r. M u h a m m a d He l m i b i n No r m a n
lagi kursus yang menguatkan lagi semangat beliau ( T i m b . P e n g a r a h Te k n o l o g i P e m b e l a j a r a n , U K M ) ,
untuk meneruskan projek ini adalah Kursus MRSM Zuraini binti Alias (Ketua Jabatan Sains, MRSM
Plato (Redesigning Thinking, Redesigning Learning) Sungai Besar), ‘Iffah Ilham Khalilah binti Ramlee
dan kursus Open Learning (MOOC). Beliau kemudian ( MRSM Bentong), Norfaida binti Che Musa (Guru
berbincang tentang idea tersebut dengan TP 1 Kanan Sains, MRSM Felda Trolak), Nurul Haniffa
BPM, Puan Juriah Alias dan seterusnya, membentuk binti Muda ( MRSM Felda Trolak), Muhammad
kumpulan projek bersama-sama dengan seorang Firdaus bin Hamzah ( MRSM Felda Trolak), Nurul
pensyarah daripada Fakulti Pendidikan UKM, guru- Asma binti Johari (Guru Kanan Sains, MRSM Tun
guru kanan sains & penyelaras Sains tingkatan dua G h a z a l i S h af i e) d a n A h m a d Ta r m i m i b i n Is m a i l @
(2) daripada MRSM Bentong, Tun Ghazali Shafie dan L i a s ( M R S M Tu n G h a z a l i S h af i e) .
Felda Trolak. Penyertaan daripada pelajar-pelajar
d a l a m k a j i a n p e n i l a i a n a k h i r d a r i p a d a ket i g a - t i g a Ta h n i a h d a n s e m o g a te r u s g i at b e r i n ova s i !
M R S M d i a t a s m e m b a n t u Te a m P u a n No o r N a s r i ya h
mendapatkan maklum balas daripada sudut Sumber : BPM
perspektif berbeza seterusnya melengkapkan Olahan : BITK
lagi kit pembelajaran ini.

Kit tersebut yang diberi nama Kit Pembelajaran
4IR Dengan Pendekatan Gamifikasi Untuk Sains
Menengah Rendah di MRSM turut dibangunkan
bersama-sama dengan tenaga akademik yang

November 2021 7

Dari Meja Pengarah : sebagai tutor di universiti.

PENGALAMAN Institusi MARA yang pertama di mana
beliau memulakan langkahnya adalah MRSM
35 TAHUN BERSAMA MARA Terendak, pada tahun 1986, seterusnya beliau ke
MRSM Balik Pulau pada tahun 1991.Tiga (3) tahun
Dr. Roselena Mansor kemudian beliau bertukar ke Institut Perdagangan
MARA (IPM) Kuala Lumpur dan pada Jun 1998 beliau
Dr.Roselena Mansor memulakan ke IPM Beranang sebagai Penolong Pengetua.
Bermula pada Januari 2003 sehinggalah Disember
perkhidmatannya dengan MARA sebagai guru Sains 2008, beliau bertugas di Ibu Pejabat MARA dan
menjawat jawatan-jawatan berikut : Pegawai Unit
Komputer di MRSM Terendak di kala umurnya baru Kualiti, Bahagian Pendidikan Profesional MARA,
Pegawai Hal-Ehwal Pelajar, Bahagian Pendidikan
menjejak 22 tahun dan kini beliau merupakan antara Profesional MARA, dan Pegawai Naziran, Unit
Naziran & Kualiti MARA. Pada masa yang sama pada
ikon yang disegani dalam sektor pendidikan MARA. Julai 2005 sehingga Mac 2007 beliau menyambung
pengajian Sarjana (Pentadbiran Pendidikan). Pada
Selama 35 tahun berkhidmat dengan MARA, 27 tahun Januari 2009 sehingga Jun 2012 beliau telah dilantik
sebagai Timbalan Penolong Pengarah (Hal Ehwal
perkhidmatannya adalah dalam bahagian Pendidikan Akademik) Kolej Professional MARA Beranang. Pada
Julai 2012-Disember 2014 beliau telah mengambil
Tinggi, oleh kerana itu juga, banyak sumbangan cuti belajar untuk menamatkan pengajian
PhD. Seterusnya beliau kembali semula ke Ibu
baktinya kepada organisasi merangkumi pembinaan Pejabat dan kali ini sebagai Timbalan Pengarah 1
(Pembangunan Pengajian) (April 2015- Disember
pelan pendidikan MARA. 2018). Pada Disember 2018 beliau dilantik sebagai
Pengarah Kolej Profesional MARA (KPM) Indera
Anak Kuala Lumpur ini memulakan Mahkota, kemudian sekali lagi ke ibu pejabat pada
persekolahannya di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Ogos 2019 untuk memegang jawatan Timbalan
Shaw (kini Jalan Hang Tuah) pada tahun 1971. Beliau Pengarah 1 (Khidmat Pengurusan), Bahagian
kemudiannya ditawarkan untuk memasuki tingkatan Pendidikan Tinggi (BPT). Pada Januari 2020
satu di MRSM Kota Bharu (MRSM KB) pada tahun 1977. sehingga kini, Dr. Roselena telah dilantik sebagai
Dr. Roselena menganggap pengalaman di MRSM Pengarah Kolej MARA Banting (KMB).
KB sebagai satu pengalaman berharga dan banyak
perkara yang dipelajarinya selama 5 tahun berada jauh Dr. Roselena bukan sahaja terlibat dengan
daripada keluarga. Seperti kebanyakan pelajar asrama pembangunan program pengajian KPM, malah
yang lain, beliau belajar berdikari daripada usia yang turut memberi latihan kepada pensyarah-pensyarah
muda, menaiki bas atau keretapi berseorangan untuk Kolej MARA dan KPM. Beliau juga terlibat secara
pulang ke Kuala Lumpur dan maktab serta ada kalanya langsung untuk melakukan kolaborasi antara
menyambut hari raya korban di maktab. Pengalaman MARA dengan universiti luar negara serta badan-
yang pastinya membentuk jati dirinya. badan professional seperti ACCA (The Association
of Chartered Certified Accountants) serta ICAEW
Tamat SPM pada tahun 1981 beliau telah (Institute of Chartered Accountants in England
ditawarkan biasiswa MARA dan dipilih untuk and Wales) . Pada tahun 2015 dan 2016 beliau telah
melanjutkan pelajaran ke Purdue University, Amerika dilantik sebagai Ahli Special Group Project untuk
Syarikat (AS) pada tahun 1982, mendalami jurusan Projek UniMARA (2015) dan MARA Next 50 Years
Sains Komputer. Pengalaman selama empat (4) tahun (2016).
di AS digunakan dengan sebaiknya oleh Dr. Roselena.
Beliau tidak hanya ke kelas untuk mendapatkan ilmu Beliau memperolehi sarjana Phd dalam
tetapi juga bekerja untuk memantapkan lagi dirinya bidang Pentadbiran Pendidikan daripada Universiti
dari segi komunikasi serta sebagai persediaan untuk Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2015.
bekerja di tanahair. Pada semester akhir pengajian di
AS, beliau menimba pengalaman berharga bertugas November 2021

8 e-Buletin Pendidik

Beliau bakal menikmati alam persaraan Kerajaan sangat menekankan sektor Pendidikan,

(pilihan) pada 1 Julai 2022, melengkapkan 36 tahun setiap tahun bajet yang besar diperuntukkan untuk

perkhidmatannya dengan MARA. Sewaktu ditanya, sektor ini kerana setiap negara dalam dunia percaya,

tidakkah beliau masih mahu meneruskan khidmatnya dengan (meningkatkan) sektor pendidikan kita dapat

kepada MARA memandangkan masih banyak lagi yang meningkatkan ekonomi negara. Itu juga merupakan

boleh beliau kongsikan dengan sektor pendidikan, pegangan kita, untuk melahirkan tenaga kerja

beliau hanya tersenyum dan berkata bahawa sudah tiba berpendapatan tinggi agar terus menjana ekonomi

masanya untuk beliau memberi peluang kepada muka- negara.

muka baru untuk memimpin dan meneruskan misi dan Oleh kerana MARA mempunyai ekosistem
visi MARA dan sebaiknya beliau mahu bersara ketika pendidikan yang lengkap daripada peringkat menengah
masih sihat. sehingga kepada tertiari, framework MARA sudah

Dr. Roselena kini menetap di Lenggeng, Negri lengkap. Maka dengan itu, the programme provider

Sembilan bersama suami serta anak-anaknya. Beliau mesti jelas dengan framework MARA.

mempunyai 5 orang anak dan 3 orang cucu. Saya nak sentuh peringkat tertiari kerana selama

1) Dr. telah terlibat dengan pelbagai pelan 35 tahun saya berkhidmat dengan MARA, hanya lapan

pembangunan sektor pendidikan MARA, apakah (8) tahun saya di MRSM, selebihnya saya di Pendidikan

faktor yang dirujuki oleh Dr. untuk menterjemahkan Tinggi. Tertiari adalah satu level yang penting sebab

aspirasi MARA? kita nak capture pelajar-pelajar bawah (menengah).

Sebagai perancang serta pembuat dasar, bila Dan satu lagi aim kita adalah- untuk mendapatkan
membuat sesuatu perancangan of course, what we lebih ramai pelajar MARA masuk ke dalam institusi
have at the back of our mind adalah Visi dan Misi MARA. MARA. Setiap tahun seramai 8 ribu orang pelajar MRSM
Untuk sektor Pendidikan kita rujuk kepada Objektif mengambil SPM, tetapi hanya 30% yang masuk institusi
Pendidikan MARA, iaitu untuk melahirkan Modal Insan MARA. Kenapa? Sedangkan ekosistem kita dah lengkap.
Global dan Berintegriti. (Sebagai warga MARA) for ages Bermakna (informasi) perkara itu tidak sampai kepada
kita dah hafal (objektif ini), maka itulah yang menjadi target (pelajar2) kita. Ini adalah sesuatu yang merugikan
rujukan kita, 2 perkara ini - Modal Insan Global dan yang padahal kita ada pelajar-pelajar kita untuk meneruskan
Berintergriti. target kita.

Saya pernah mendapat panggilan telefon

November 2021 9

daripada seorang bekas pelajar ICAEW di kolej-kolej professional MA teruskan.
RA.
MRSM yang bertanyakan tentang Cuma, saya nak sentuh sikit,
pelajar-pelajar yang mengambil
sebarang bentuk bantuan Bilangan akauntan Certified Accounting Technician
(CAT) Programme adalah pelajar
kewangan yang dia boleh mohon bumiputra (pada waktu itu) hanyalah YTP, jadi mereka adalah pelajar yang
cemerlang, tetapi sayangnya, untuk
untuk ke kursus foundation sekitar 3.8% sahaja daripada jumlah 2 batches awal yang mengikuti
program ini, bilangan mereka yang
engineering di sebuah universiti akauntan di Malaysia, sedangkan berjaya memperolehi ACCA adalah
kurang daripada ekspektasi kita.
swasta, iaitu sebanyak RM17,000. kita ada pelajar-cemerlang daripada Kebimbingan kita adalah ramai
tidak berjaya mencapai objektif
Memandangkan jumlah tersebut MRSM (yang berminat dan boleh yang ditetapkan.

agak tinggi, saya mencadangkan kita lorongkan untuk mengambil 2) Apakah tindakan yang boleh
diambil untuk mengatasi masalah
kepadanya untuk mengambil jurusan ini). Kita juga melihat ini?

kursus diploma kejuruteraan kepada awarding body mana Saya berpendapat IPMA
yang menawarkan program ACCA
KKTM (Kolej Kemahiran Tinggi yang kita boleh bekerjasama, dan ini –memandangkan mereka ada
pengalaman dalam menjalankan
MARA) memandangkan KKTM waktu itu, kita nampak ACCA. program ini – perlu buat a rigorous
post mortem (pasca nilai yang teliti).
juga menyediakan pathway untuk Seterusnya daripada situ juga, kita Penaja juga patut ada kebimbangan
kenapa ia berlaku. Kita perlu sentiasa
pelajar cemerlang. Seterusnya, lihat kita mampu atau tidak (untuk kumpul data, qualitative data dan
mengenalpasti kenapa perkara
pelajar itu bertanya samada meneruskan program ini) Kita lihat ini berlaku, ini penting untuk
memastikan objektif kita tercapai.
program itu percuma atau tidak? kepada resources kita- the 3M-
Bercakap tentang kualiti,
Dia tidak tahu, ini menguatkan Manpower (para pensyarah), Money selain daripada melihat kompetensi
tenaga pengajar kita juga perlu
andaian saya bahawa maklumat (kewangan) dan Machine /facilities lihat adakah mereka mempunyai
semangat dan memahami apa yang
tidak sampai sepenuhnya kepada (prasarana). hendak dicapai? Jika tidak, sukar
untuk kita mencapai objektif yang
pelajar. telah ditetapkan dalam pembinaan
program tersebut.
Satu lagi perkara yang diberi Disitulah bermulanya
Bila kita menjalankan
perhatian bila (kami) membina UniMARA, sebuah institusi yang sesuatu program, apakah Outcome
yang terhasil? Outcome dan output
program adalah untuk memikirkan kita rancang untuk melahirkan adalah dua perkara yang bebeza.
Outcome adalah apa yang berlaku
other ways and means supaya ramai professional dalam kalangan selepas output- apa yang berlaku
sebenarnya, capai atau tidak objektif
lebih ramai dapat masuk menyertai bumiputra. Disitu kita bekerjasama bidang pengajian tersebut.

program-program Pendidikan dengan BKT, BPT- skop kita untuk Bila kita memohon untuk
menjalankan sesuatu program, kita
MARA. melahirkan akauntan dan juga
November 2021
jurutera profesional.

Program yang dibina itu Pada masa yang sama,
juga harus selari dengan Wawasan kita juga nampak ramai staff yang
Negara. Sebagai contoh, bila ada kelayakan tetapi belum dapat
kerajaan umumkan menjelang pengiktirafan professional (IR /
2020, kita mesti menjadi negara akauntan bertauliah), jadi kita lihat
berpendapatan tinggi, jadi dari itu juga sesuatu yang kita perlu
situ kita review program kita untuk lakukan juga.
memastikan ia selari dengan hasrat
negara untuk menghasilkan tenaga Saya berpendapat akan
kerja berpendapatan tinggi. Pada
waktu itu MARA menyumbang perlunya kepakaran tenaga
kepada 37% modal insan negara,
satu jumlah yang tinggi. pengajar (di program-program yang

kita bangunkan ini). ACCA adalah

satu program yang susah, jadi untuk

Kita review apa kemudahan memastikan pengajaran berkesan,
kita ada di IPMA, juga skills dan
tenaga kerja professional dalam guru-guru perlu melalui program
kalangan bumiputera serta, apa
masalah yang berlaku – untuk kita ini, untuk lebih memahami apa
create modal insan berpendapatan
tinggi. Bertitik tolak daripada yang bakal dihadapi oleh pelajar.
situ jugalah wujudnya program-
program MARA-ACCA dan MARA- Tetapi sewaktu kita tawarkan

10 e-Buletin Pendidik kepada pensyarah pada waktu

itu mereka tidak bersedia, cuma

sekarang mereka nyatakan mereka

telah bersedia, maka MARA patut

mendapat dana daripada pihak dah dapat dan kita sudah dapat subjek – menyediakan asas yang
kerajaan. Outcome yang kita dapat bersemuka, komponen tersebut baik untuk pelajar bawa ke peringkat
daripada program yang dijalankan dimasukkan kembali kerana seterusnya.
haruslah ada impak kepada komponen itu penting untuk subjek
negara,berbaloi dengan duit yang tersebut. Saya percaya MARA patut
dibelanjakan. teruskan IB, kerana ia adalah
IB memang menyediakan sebuah program cemerlang
3) KMB telah lama bertapak yang menghasilkan pelajar yang
sebagai pusat IB (International pelajar ke peringkat pembelajaran cemerlang. Pelajar-pelajar ini adalah
Baccalaureate) di Malaysia. harapan kita untuk our successors,
Bagaimanakah Dr. melihat yang seterusnya kerana IB kerana pelajar yang masuk program
relevansi IB dalam sistem IB bukan yang calang-calang, dan
Pendidikan MARA? membantu membina skil yang mereka juga adalah hasil daripada
satu program yang mencabar.
IB bagi saya masih relevan. bukan sahaja akademik. Sebagai
Ini antaranya adalah kerana IBO 4) Berdasarkan pengamatan Dr.
(awarding body IB) sangat rigorous contoh,dalam melengkapkan apakah atribusi paling unik yang
untuk memastikan kecemerlangan dimiliki oleh komuniti pendidik
IB terpelihara. Mereka bukan sahaja Extended Essay (mini thesis MARA?
review peringkat makro tetapi juga
melakukan review di peringkat yang perlu pelajar Diploma IB Sebenarnya Phd saya adalah
micro- dari segi assessment, isi berkenaan succession planning-
kandungan pembelajaran. Mereka siapkan dalam tempoh dua tahun dalam objektif penyelidikan saya,
review setiap tahun saya rasa. ditanyakan apakah kompetensi
Sebagai contoh, pada peringkat pengajian) pelajar mempelajari yang mesti ada untuk menjadi
awal pandemik tahun lepas, mereka seorang pemimpin yang berkualiti.
menarik keluar komponen dalam pelbagai perkara. Bukan sahaja Dalam domain Keperibadian Yang
satu subjek, mungkin kerana Positif (responden kajian saya adalah
kesukaran mengajar subjek itu mereka didedahkan dengan proses pensyarah, Ketua Jabatan, Timbalan
secara dalam talian, dan kini bila Pengarah dan Pengarah KPM)- dua
keadaan sudah sedikit reda, vaksin penulisan thesis, tetapi skill-skill atribusi unik ini muncul iaitu, 1) sihat
dan 2) bersemangat tinggi. Ini dua
sampingan yang datang dengan

proses tersebut seperti pengurusan

masa, komunikasi, sosial dan

sebagainya.

Universiti Oxford juga dalam
satu kajiselidik mereka mendapati
program IB mampu membina
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(HOTs) seseorang. Subjek-subjek
pembelajaran yang terdapat dalam
komponen program IB – kombinasi

November 2021 11

sikap yang disebut-sebut (selain dari Kita mesti beritahu pelajar 4) Apakah lagi yang ingin Dr.
beberapa sikap baik dan elemen apa expectations kita, mereka masih lihat untuk diterokai oleh sektor
kepimpinan yang lain). Staf mesti anak-anak. Kita mesti memberitahu pendidikan MARA?
sihat, yes itu saya faham, bila anda mereka apa yang betul, apa yang
tidak sihat, anda perlu mengambil salah, apa yang kita harapkan Pada pandangan saya,
Cuti Sakit (MC), dan tiada di pejabat (expect) daripada mereka. MARA patut melakukan kaji selidik
dan ini menyukarkan untuk orang untuk melihat apa bidang yang
berurusan dengan anda. Sebagai guru juga, kita diperlukan dalam masa lima (5)
tahun akan datang. Yang itu kita
Yang kedua ialah – mesti sentiasa cemerlang dan perlu buat studies, tak boleh tunggu.
semangat, atau lebih tepat lagi Kita perlu teliti, kemaskini dan kaji
berjiwa Melayu. Dan yang ini saya berkualiti, mempunyai kompetensi semula, from time to time sebaiknya
percaya kerana kalau kita lihat staf tinggi dan semangat juga mesti setiap tahun. Dengan pandemik
MARA, mereka sangat berbeza tinggi kalau tidak macam mana ini, banyak perkara telah berubah,
dengan staf lain. Ini adalah kerana kita mahu hasilkan pelajar yang bidang yang diperlukan selepas
kita (sebagai staf MARA) tahu berkualiti. Imej dan pembawakan pandemik mungkin berbeza dengan
sasaran kita, visi kita untuk memberi kita sebagai guru mesti jitu, bukan sebelum pandemik. Ekonomi, sosial
pendidikan kepada bumiputra dan itu sahaja, perkara yang intangible – dan teknologi telah berubah.
apa yang ingin kita bentuk dengan supaya orang percaya dengan ilmu
modal insan bumiputera. Perkara yang diberi- ilmu kita mesti sentiasa Kita kena tengok apa yang
ini perlu dikongsi, semangat itu up to date, semasa dan kita juga kita nak capai, dalam masa empat
perlu dikongsi agar ‘roh’ itu sampai mesti responsive, kita cepat tackle (4) tahun negara nak macam mana
(kepada para pendidik yang lain the matter dan juga menanda dan Kita tidak boleh menggunakan
dan juga kepada para pelajar). memulangkan assignment pelajar sembilan (9) bidang yang sama
Ini juga dapat menjadikan kita dengan cepat. yang telah dikenalpasti sebelum
(tenaga pengajar) datang mengajar ini. Mungkin ada bidang yang perlu
dengan semangat berbeza, bukan Untuk impak yang cemerlang, ditambah, ada sub-bidang yang
hanya mengajar dengan bahan prosesnya mesti cemerlang, perlu diperhalusi.
pengajaran sahaja, tetapi dengan pemberi pendidikan juga mesti
niat untuk mendidik. cemerlang. Waktu saya di BPT kami
memulakan satu program asasi dan

12 e-Buletin Pendidik November 2021

pada waktu itu juga kami berpeluang ke New Zealand yang Top 10 mesti ada. Kita ada pelajar yang ke UCL
bersama pegawai BPP serta beberapa pengarah MARA (University College London) dan sebagainya, tetapi, saya
yang lain. Dan hasil daripada perbincangan dengan harap lebih ramai lagi akan ke Ivy league seperti Oxford,
mereka, saya sedar satu perkara, (institusi) negara luar, Cambridge, Stanford dan sebagainya.
mereka sangat terbuka untuk bekerjasama dengan
kita, Cuma mereka tidak tahu program apa yang kita Walaupun bakal bersara pada Julai nanti,
jalankan, kitalah yang perlu membuat promosi program semangat Dr. Roselena untuk memberikan yang
kita. Bila kami ceritakan tentang program -program terbaik kepada MARA tidak pudar, she does not seem
MARA dari level bawah sehingga kepada yang tertinggi, to be slowing down. Cintanya kepada dunia pendidikan
serta program asasi yang bakal kami jalankan, mereka tidak hanya terhad kepada pendedahan kaedah
sangat berminat untuk tahu lebih lanjut. pembelajaran atau cara pengajaran terbaik sahaja,
tetapi juga terbukti dengan setiap intaian peluang
Program Asasi MARA telah dijalankan di dua (2) pendidikan yang dicarinya demi kelangsungan anak
kolej MARA di utara tanahair. Kita boleh beri silibus kita bangsa.
untuk dilihat dan dinilai oleh universiti luar negara, dan
mugkin satu kerjasama boleh dijalankan agar mereka
dapat menerima pelajar kita untuk degree tanpa pelajar
perlu melalui foundation mereka (universiti tersebut).

Amerika Syarikat (AS) contohnya, tidak ada
foundation, dahulu pelajar boleh masuk dengan SPM,
jadi mungkin (kolaborasi ini) lebih mudah dengan
universiti di AS, berbanding di United Kingdom(UK)
misalnya kerana mereka ada A-levels (dan mereka
masih memegang kuat kepada A-Levels mereka). Kalau
kita nak buat twinning juga boleh, pendek kata, saya
nampak jalannya di situ di mana kita boleh penetrate
dan collaborate .

Saya sangat berharap perkara ini dapat
dilaksanakan. Insya Allah.

5) Akhir kata, apa harapan Dr. untuk KMB?

Perancangan lima (5) tahun BPT (2021-2025)
antara lainnya adalah menjadikan KMB sebagai pusat
kecemerlangan (excellent centre) untuk IB menjelang
2023. Ini juga selari dengan visi kami untuk menjadikan
KMB sebagai an excellent centre for IB. Di Malaysia,
saya rasa KMB sudah menjadi an excellent centre, jadi,
seperti yang telah saya beritahu staf saya, beranikah
untuk kita target untuk menjadi an excellent centre for
IB di peringkat Asia?

Oleh kerana IBO tidak buat ranking, kita boleh 13
tengok beberapa perkara (sebagai paras penilaian). Satu,
our world average (purata dunia) setiap kali keputusan
peperiksaan IB diumumkan adalah membanggakan
(purata yang dicapai oleh pelajar KMB sering mengatasi
purata markah dunia) atau boleh juga kita tengok
daripada segi inovasi kita- apa yang kita lakukan untuk
memastikan pelajar kita diterima masuk ke universiti
terbaik dunia. Untuk tahun ini, 55% berjaya memasuki
antara 30 buah universiti terbaik dunia (Top 30), maka

November 2021

Jejak Jaya Anak MARA
DR.JUITA ANAK MARA WANITA PERTAMA

MILIKI LESEN DRON

Perjalanan Dr. Siti Juita Mastura binti Mohd Saleh, anak kelahiran Kedah, menjadi wanita
pertama Malaysia miliki lesen dron bermula di Melbourne, Australia pada musim panas 2019. Beliau
ke Melbourne untuk mengambil lesen Remote Pilot License (RePL) bagi dron sub-7kg dan kemudian
ke Brisbane bagi mengambil RePL bagi dron sub-25kg. Beliau merupakan satu-satunya peserta wanita
yang mengambil latihan ini pada ketika itu untuk kedua-dua kategori tersebut.

Mesra disapa dengan panggilan Dr Juita,
beliau kini merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan
Kejuruteraan Aeronautik, Fakulti Kejuruteraan
Mekanikal dan Pembuatan, Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor. Minat yang
mendalam terhadap ilmu sains dan teknologi, gajet
serta bidang permotoran (motorsport) semenjak di
bangku sekolah rendah melayakkan beliau digelar
wanita Malaysia pertama miliki Lesen Juruterbang
Kawalan Dron Profesional.

Puteri bongsu daripada tiga (3) beradik ini
merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains
( M A R A ) Ta i p i n g . Ac t i o n s s p e a k l o u d e r t h a n wo rd s
merupakan moto hidup beliau yang dipegang
sehingga kini.

14 e-Buletin Pendidik November 2021

MENGEJAR CITA-CITA MENJADI menamatkan pengajian di peringkat (UniMAP). Kumpulan UTHM berjaya

DOKTOR FALSAFAH Ijazah Sarjana Muda. mendapat tempat kedua dalam

pertandingan drone racing ini. Sejak

Sekembalinya Dr. Juita ke tanah air, i t u , b e l i a u te r u s a k t i f b e r s a m a -

b e l i a u t e l a h d i t a w a r k a n j a w a t a n sama dengan pasukan dron (Team

tutor di Jabatan Kejuruteraan Drone) UTHM dalam perlumbaan

Aeronautik, Fakulti Kejuruteraan (racing), penyelidikan dan juga

Mekanikal dan Pembuatan di UTHM. p r o g r a m k h i d m a t m a s y a r a k a t .

Seterusnya, Kementerian Pengajian Pihak pengurusan UTHM sentiasa

Tinggi (KPT) melalui Skim Latihan memberi sokongan kepada aktiviti

Akademik Bumiputera (SLAB) berkaitan dron, penyelidikan dan

pula menawarkan peluang untuk pembangunan teknologi dron.

beliau melanjutkan pengajian di

p e r i n g k a t P h D m e n j u r u s i b i d a n g PROJEK YANG SEDANG DIJALANKAN

Aerospace di Universiti Cranfield.

Cabaran kepada beliau di peringkat

ini adalah untuk melengkapkan

kertas kajian Modelling and

Analysis of Thin-Walled Structures

Minat yang mendalam dalam for Optimal Design of Composite
bidang sains dan motorsport Wing. Beliau adalah satu-satunya
membuatkan beliau memilih wanita Malaysia dalam kumpulan
untuk melanjutkan pelajaran di penyelidikan tersebut dan berjaya
peringkat Diploma in Aerospace menamatkan tempoh pengajian
Engineering di Universiti Teknologi PhD dalam masa yang ditetapkan.
MARA (UiTM) Shah Alam. Menjadi Subjek kegemaran beliau dalam
golongan minoriti perempuan pengajian ini adalah Composite
dalam jurusan tersebut merupakan Aerostructure, Aircraft Design
cabaran utama yang dihadapi. dan Aircraft Structure.

Cabaran tersebut tidak menjadi PENDORONG KEJAYAAN Pasukan beliau kini sedang
halangan kerana seterusnya beliau mengusahakan beberapa projek
berjaya melanjutkan pengajian Bermula pada tahun 2018, beliau antaranya Board of Director
dalam peringkat sarjana, Master mula menyertai Dr Mohammad AVITEX Solution (UTHM spin-off
of Engineering in Aerospace di Zulafif, rakan di Jabatan Kejuruteraan company), Pinexri-20 Smart Farming
Universiti Sheffield. Sekali lagi Aeronautik dalam Drone Racing Agriculture Drone (Southern Drone
beliau merupakan satu-satunya Te a m U T H M . K a l i p e r t a m a b e l i a u Solution), UTHM Drone Academy
pelajar tunggal Malaysia dan menyertai pasukan ini ke pertandingan (Southern Drone Academy), STEM
perempuan dalam pengajian University Robot Competition (Southern Drone School), Cargo
ini. Perbezaan budaya bukanlah (U-Rock) 2018 yang berlangsung Drone (C-Drone) Project serta
halangan kepada beliau untuk di Universiti Malaysia Perlis
15
November 2021

universiti saling memerlukan. b e l i a u m e m b e r i k r e d i t ke p a d a

Menceritakan pengalamannya M R S M . “ P e n g e t a h u a n d a l a m

m e n g a m b i l l e s e n d r o n bidang sains adalah teras kepada

di Melbourne, Dr. Juita pembangunan teknologi. MRSM

menjelaskan terdapat dua telah mengembangkan minat saya
(2) jenis latihan dan ujian
praktikal yang perlu diambil. kepada dunia tersebut. Kepada
Ujian teori merangkumi pelajar-pelajar MRSM,
gunalah peluang yang diberi

subjek-subjek di dalam sebaik mungkin. Belajarlah

silibus Civil Aviation Safety bersungguh-sungguh.
Authority (CASA). Bagi ujian MARA telah menyediakan
praktikal, peserta perlu tempat belajar yang sangat
menjalani latihan sekurang- selesa dan guru-guru yang
kurangnya 300 minit sebelum sangat komited. Grab all the
layak mengambil ujian. knowledge and opportunities.
Untuk layak mendapat RePL MRSM adalah titik permulaan
peserta perlu lulus dalam kepada peluang-peluang

khidmat masyarakat bersama kedua-dua peperiksaan ini. yang lebih besar selepas
komuniti di sekitar Johor dan NGO Sewaktu ditanya bagaimanakah ini. Saya sangat bersyukur dengan
seperti Yayasan Amal Malaysia minatnya terhadap dunia penerbangan
dan Pertubuhan Masyarakat Orang dan teknologi ini mula berputik, peluang yang diberikan oleh
semua pihak dan kini, sebagai
Asli Kuala (Dessit Duanu). “Sewaktu ditanya pensyarah kanan di UTHM saya
bagaimanakah berpeluang untuk berkongsi ilmu
yang ada kepada generasi akan
Dr. Juita juga merupakan salah minatnya “ datang serta berpeluang berbakti
seorang ahli penyelidik di Research terhadap dunia s e m u l a ke p a d a m a sya r a k at ,”
Centre for Unmanned Vehicles penerbangan dan ujarnya. Beliau turut menambah
(ReCUV). Fokus utama centre teknologi ini mula , kenangan manis sewaktu di
of research (CoR) ini adalah berputik, beliau MRSM adalah ketika beliau
berkaitan dengan dron dan lain- memberi kredit mempersembahkan permainan
lain jenis UAV multirotor, fix wing, kepada MRSM. piano di hadapan Sultan Nazrin
struktur dan composite design. “Pengetahuan Muizzuddin Shah ibni Almarhum
Pihak universiti sentiasa memberi dalam bidang Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
sokongan kepada pembangunan sains adalah Al-Maghfur-Lah sewaktu baginda
produk dan teknologi dron di teras kepada berangkat mencemar duli di Majlis
U T H M . Te r d a p a t r a m a i p e s a i n g pembangunan Konvokesyen M RSM Ta i pin g 1 998 .
industri di dalam industri dron teknologi.
ini, tetapi pihak universiti tidak MRSM telah Dr. Juita sentiasa bersedia menerima
menganggap mereka sebagai mengembangkan sebarang jemputan untuk sesi
pesaing, sebaliknya sebagai minat saya kepada perkongsian ilmu dan galakan
pelengkap kerana industri dan dunia tersebut. kepada pelajar khususnya untuk

16 e-Buletin Pendidik November 2021

melopori bidang teknologi dron yang semakin berkembang pesat di Malaysia selaras hasrat negara
memperkasakan industri aeroangkasa menjelang tahun 2030. Beliau boleh dihubungi melalui talian
013-4866685, WhatsApp: +44 78085 46176 serta melalui e-mel: [email protected]

Disediakan oleh: Nur Salim
Sumber: Dr. Siti Juita Mastura binti Mohd Saleh
Ihsan foto: Dr. Siti Juita Mastura binti Mohd Saleh

November 2021 17

PESTA SUKAN MAYA
KOLEJ-KOLEJ MARA

Pandemik Covid-19 yang kelihatannya tidak akan surut dalam masa terdekat ini telah membulatkan
tekad pelajar-pelajar daripada Kolej Profesional MARA (KPM) dan Kolej MARA untuk meneruskan
kecemerlangan dalam apa jua situasi yang berlaku. Maka, dengan itu lahirlah e-KASUKMA,
acara sukan yang dipertandingkan secara dalam talian antara pelajar-pelajar 10 buah kolej ini.

Kolej-kolej yang terlibat adalah KPM Beranang, Ayer Molek, Indera Mahkota, Seri Iskandar,
Bandar Penawar , Bandar Melaka serta KM Kuala Nerang, Kulim, Banting dan Seremban.

Bermula pada 30 Oktober 2021, dimana taklimat pengurus pasukan diadakan secara dalam talian.
Pada tarikh yang sama sehingga 2 November 2021, dua acara dipertandingkan iaitu Virtual Run
dan Virtual Ride. Pada 5 November pula, bermula acara permainan dalam talian seperti PUBG,
Mobile Legend, FIFA21, virtual Orienteering serta Online Chess.

M a j l i s P e n u t u p d i a d a k a n p a d a 8 h b N ov 2 0 2 1 j a m 1 0 . 0 0 p a g i d i p l a t fo r m L I V E Yo uTu b e
KMKN Official dan dirasmikan oleh Dr. Hamzan bin Omar, Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi
MARA .

Sumber : KM Kuala Nerang
Olahan : BITK

18 e-Buletin Pendidik November 2021

November 2021 19

Mara Jalin Kerjasama Lahir Bumiputera

M a j l i s A m a n a h R a k ya t ( M A R A ) Abdul Jalil serta Naib Presiden “Sebagai sebuah badan profesional

memeterai memorandum persefahaman M I C PA , D a t u k G a n A h Te e . global yang telah bertapak

(MoU) dengan Persatuan Akauntan melebihi sedekad lamanya, ACCA

Bertauliah Berkanun (ACCA) dan Menurut Azizah, kerjasama yang mempunyai pengalaman yang luas

Institut Akauntan Awam Bertauliah mempunyai nilai tambah kepada dan kepakaran yang mendalam bagi

Malaysia (MICPA) bagi melahirkan pelajar di bawah tajaan MARA ini melahirkan akauntan profesional

lebih ramai pelajar profesional di akan memberi peluang pekerjaan yang tidak hanya tertumpu pada

samping memastikan kebolehpasaran berimpak tinggi untuk meningkatkan kelulusan akademik semata-mata,”

graduan membina kerjaya dalam taraf hidup Bumiputera terutamanya jelasnya.

bidang perakaunan. golongan B40.

Sementara itu, menurut Hishamuddin

Kerjasama ini dimeterai melalui Katanya, kolaborasi bersama ACCA A C C A j u g a s e n t i a s a m e l i h a t

MoU oleh Ketua Pengarah MARA, dan MICPA ini turut fokus dalam keperluan terkini sama ada yang

Datuk Azhar Abdul Manaf; Pemangku memantau proses pembelajaran m e l i b a t k a n p e l a j a r, p e n d i d i k ,

Ketua Portfolio ACCA Maritim Asia dan prestasi para pelajar bagi institusi pendidikan mahupun para

Te n g g a r a , A n d rew L i m d a n Ke t u a mencapai objektif, memberi latihan m a j i k a n d i s a m p i n g m e m b e r i k a n

Pegawai Eksekutif MICPA, Novie s o k o n g a n d a n p e m b a n g u n a n penekanan terhadap pembangunan

Ta j u d d i n . bagi persediaan kerjaya serta modal insan.

menggunakan rangkaian perhubungan

Turut hadir menyaksikan majlis industri badan profesional dalam “Kami percaya penerapan nilai-nilai

i t u , P e n g e r u s i M A R A , D a t u k S e r i k e b o l e h p a s a r a n p e l a j a r- p e l a j a r kepimpinan dan kebertanggungjawaban

Azizah Mohd Dun; Pemangku Ketua di bawah tajaan MARA. di peringkat awal ini meningkatkan

ACCA Malaysia, Hishamuddin kebolehpasaran mereka apabila

20 e-Buletin Pendidik November 2021

putera Profesional Perakaunan

m e n a m a t k a n p e n g a j i a n . M a l a h Ah Tee pula menyifatkan, kerjasama M I C P A k i n i m e m p u n y a i l e b i h

ada yang telah disunting majikan dengan MICPA kali ini lebih kepada d a r i p a d a 3 , 2 0 0 a h l i d a n l e b i h

meskipun belum menamatkan penggalak dan pendorong untuk 1,000 calon yang berdaftar.

pengajian mereka,” katanya. meningkatkan kerjasama yang

telah sedia berlangsung. Untuk rekod, pada tahun ini, MARA

Sebelum ini, MARA melalui Kolej telah memperuntukkan sebanyak

Profesional MARA Ayer Molek “Menerusi penajaan sepenuh RM80 juta yang telah memberi

dan ACCA, berkolaborasi dalam masa pada tahun 2019 di bawah m a n f a a t ke p a d a 7 0 4 p e l a j a r

melaksanakan program ACCA-X seliaan MICPA, lebih 100 bakat- tajaan yang sedang mengikuti

sebagai “blended learning” sehingga bakat akauntan telah menerima pengajian dalam bidang perakaunan

melahirkan pelajar yang melakar manfaat dan kini ada di antaranya profesional di pelbagai institusi

ke j a y a a n d a l a m p e p e r i k s a a n telah berkhidmat di firma-firma diiktiraf oleh ACCA dan MICPA.

bukan sahaja di Malaysia, malah Akauntan utama seperti BDO,

di pentas dunia. Deloitte, Ernst & Young (EY), KPMG D i p e t i k d a r i : h t t p s : // w w w. m s n .

dan PwC,” katanya. com/en-my/news/berita/mara-

Beberapa pelajar CAT telah jalin-kerjasama-lahir-bumiputera-

menduduki senarai “World Prize Melalui program MICPA, graduan p r o f e s i o n a l - p e r a k a u n a n / a r -

Winners” dalam beberapa sesi program akan mendapat dua AAQQ1hw

peperiksaan ACCA dengan kadar kelayakan profesional iaitu CPA

kelulusan peperiksaan melebihi (Malaysia) dan CA (ANZ) hasil

90%. kerjasama antara MICPA dengan

Akauntan Bertauliah Australia

dan New Zealand (CAANZ).

November 2021 21

Sumber : Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kuala Selangor November 2021

22 e-Buletin Pendidik

Tahniah!

LENTERA KESUMA sekali lagi membuat kita bangga.
Tempat Pertama untuk Kategori Ensembel di
FESTIVAL KESENIAN MUZIK MALAYSIA 2021

Semoga terus melakar nama di persada antarabangsa dalam
membawa alunan irama tradisional.

November 2021 23

Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA

Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA
50609 Jalan MARA, Kuala Lumpur.

Tel: 03 2613 2401
Faks: 03 2691 0075

Email: [email protected]

Copyright ©️ MARA 2021. All rights reserved


Click to View FlipBook Version
Previous Book
การเรียนการสอนสัปดาห์ที่ 5 วิชาภาษาไทย เรื่องหลักการใช้ภาษา
Next Book
Prospektus MEX 2022