PelaburanBuletin Sektor Jun / 2022
MARA
PELABURAN MARA 55 TAHUN:
MENDOKONG ASPIRASI PENUH
DEDIKASI
PELABURAN PMB DALAM SASARAN
URUS ASET RM 2 BILLION
DIGITAL INKLUSIF MOMENTUM
PERTUMBUHAN EKONOMI MALAYSIA
KERJASAMA STRATEGIK
MARA DALAM PENGAJIAN
BARU BERSAMA UoM
KERJASAMA MARA DAN
IDCA DALAM INDUSTRI DATA
CENTER
MARA TINGKAT SOSIO
EKONOMI BERSAMA OLEON
Nv
PEMERKASAAN MAKMAL
PENGUJIAN PERABOT FITEC
RENTAS NS REMBAU DAN
TAMPIN BERSAMA MARA
LINER SDN BHD
DDEC MENYUSUN STRATEGI
REKA BENTUK PRODUK DAN
PEMBUNGKUSAN BERSAMA
USAHAWAN
www.mara.gov.my
PelaburanBuletin Sektor Jun / 2022
MARA
SIDANG Sidang Editor e-Berita Pendidik berhak meminda
EDITOR mengubah dan menggarap manuskrip yang dihantar
agar bersesuaian dengan garis panduan yang
Penerbit : ditetapkan dan tidak mengubah isi asalnya. Semua
Bahagian Inovasi manuskrip yang diterima sama ada disiarkan ataupun
& Teknologi Kreatif tidak disiarkan tidak akan dikembalikan. Manuskrip
MARA ini juga boleh digunapakai oleh pihak yang diberi
kebenaran untuk masa-masa akan datang. Kami
PENAUNG mengalu-alukan sebarang cadangan atau komentar,
Mohd Diah bin. Abas surat menyurat, rencana dan ulasan ke meja Sidang
Pengarah Kanan (Pelaburan) MARA Redaksi atau email ke [email protected]
PENERBIT EKSEKUTIF Sebarang pertanyaan hendaklah dialamatkan
Nor Zaini binti Abu Kassim kepada:
Pengarah
Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA Pengarah
Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA
PENERBIT Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA
Jamizan bin Baki 50609 Jalan MARA, Kuala Lumpur.
Timbalan Pengarah II Tel: 03 2613 2401
Faks: 03 2691 0075
EKSEKUTIF EDITOR Email: [email protected]
Zuliana Haslinda binti Anhar Zubir Copyright ©️ MARA 2021. All rights reserved
Timbalan Pengarah I
EDITOR/WARTAWAN
Wan Aida Rohana binti Mohammed Salleh
Ketua Penolong Pengarah
KREATIF
Zulrashdi bin Awang
Penolong Pengarah
JURUFOTO
Produksi Kreatif
TEKNIKAL & HEBAHAN
Hanif Fahmi bin Arshad
Pen. Pegawai Teknologi Maklumat (K)
Unit IT & Solusi
4 Buletin Pelaburan Jun 2022
PELABURAN
MARA 55 TAHUN:
MENDOKONG
ASPIRASI PENUH
DEDIKASI
Pelaburan MARA Berhad dan Singapura dimiliki sebahagian
(Pelaburan MARA) telah menerima besarnya oleh orang asing.
pengiktirafan Syarikat Pengurusan
Saham Amanah Paling Lama Dengan tertubuhnya Amanah
Beroperasi dan tersenarai dalam Saham MARA Berhad, orang ramai
The Malaysia Book of Records terutama golongan Bumiputera mula
pada 2017. Satu pengiktirafan yang mengetahui serba sedikit mengenai
membanggakan serta meninggalkan pelaburan saham dan saham amanah.
kesan mendalam kepada semua Kelahiran Amanah Saham MARA
warga Pelaburan MARA serta Berhad dirangsang, bukan sahaja
pemegang taruh. Untuk sampai ke bertindak untuk memasarkan unit-
tahap itu, pastinya Pelaburan MARA unit saham amanah, malah bertindak
telah melalui pelbagai rintangan serta memenuhi kerangka sosial yang
ranjau daripada pusingan pasaran lebih besar iaitu melatih anak-anak
modal dan beberapa penstrukturan Melayu dalam sektor pelaburan dan
korporat untuk kekal beroperasi. sekuriti. Ini adalah selaras dengan
Daripada pelopor pengurusan saham aspirasi Kerajaan dan MARA yang
amanah negara kini setelah 55 tahun, mahu meningkatkan penglibatan
Pelaburan MARA masih mampan serta kemahiran golongan
dan relevan. Bumiputera dalam industri yang
masih asing ini.
Pelaburan MARA Berhad, pada
awal operasinya dikenali sebagai Dana saham amanah yang dilancar
Amanah Saham MARA Berhad. pada awal penubuhan telah
Ditubuhkan pada 24 Jun 1967, merekodkan prestasi cemerlang
Pelaburan MARA melancarkan dana di mana dana seperti Tabung
saham amanah pertamanya pada Kumpulan Modal Bumiputra
9 April 1968 dan dilancarkan oleh Yang Pertama telah meraih
Allahyarham Tun Abdul Razak b. kenaikan modal sehingga 175%
Hussein, Timbalan Perdana Menteri, daripada harga RM1.00 semasa
juga selaku Menteri Pembangunan dilancarkan kepada RM2.75 seunit
Luar Bandar ketika itu. Di sekitar pada tahun 1973. Dana-dana lain
tahun 60-an, dana saham amanah turut berupaya menjana pulangan
yang mula diperkenalkan di Malaysia yang menggalakkan kepada para
Majlis Amanah Rakyat Buletin Pelaburan 5
pelabur dari 133% hingga 145% seunit pada tahun yang mendorong Pelaburan MARA menerusi syarikat
sama. Para pelabur telah mendapat manfaat daripada kumpulannya, iaitu PMB Investment Berhad untuk
pelaburan mereka dan ternyata golongan Bumiputera menawarkan dana-dana berprestasi tinggi yang turut
semakin mempunyai suara dalam ekonomi negara di atas melepasi penanda aras FBM Emas Shariah.
penglibatan mereka dalam pasaran saham amanah.
Apabila dilihat dari segi prestasi dana-dana yang diuruskan
Jika di awal penubuhan Pelaburan MARA, sasaran oleh PMB Investment, ada beberapa dana yang telah
utama ialah untuk memperkasakan kedudukan ekonomi mencapai prestasi menggalakkan seperti PMB Shariah
Bumiputera, kini tumpuan adalah untuk memberi Equity Fund yang merekodkan pulangan sehingga 114%
pulangan berpatutan kepada masyarakat pelabur. bagi tempoh tiga tahun berakhir 31 Disember 2021 dengan
Persaingan sengit dalam industri ini dan para pelabur kadar pulangan purata sebanyak 38% setahun. Selain
yang semakin bijak dalam membuat keputusan pelaburan itu, bagi tempoh yang sama, 12 dana yang diuruskan
6 Buletin Pelaburan Jun 2022
Dana-dana lain turut turut mencapai prestasi pulangan penglibatannya dalam perkhidmatan
berupaya menjana sekurang-kurangnya 10% setahun. nasihat korporat, Pelaburan MARA
pulangan yang Dalam menguruskan dana unit kini menjalinkan kolaborasi
menggalakkan kepada amanah sehingga kini, PMB dengan syarikat kitar semula tenaga
para pelabur dari Investment turut mendapat menerusi kegiatan modal teroka.
133% hingga 145% pengiktirafan pihak ketiga Selain bertindak sebagai penasihat
seunit pada tahun yang menerusi anugerah-anugerah yang kewangan, Pelaburan MARA turut
sama. diterima. Ternyata, pengiktirafan memegang saham syarikat tersebut.
ini mewarnai pencapaian PMB Inisiatif seumpama ini akan terus
Investment. Antara anugerah yang diterokai oleh Pelaburan MARA
diterima dalam tempoh dua tahun dalam memantapkan peranan
kebelakangan ini ialah, antaranya : sebagai konglomerat kewangan dan
pelaburan di bawah agensi Majlis
• Refinitiv Lipper Fund Award Amanah Rakyat.
2022 untuk PMB Dana Mutiara
bagi Anugerah Dana Ekuiti Bagi sebuah syarikat yang matang
Terbaik Pendapatan Malaysia dan terlibat dalam pelaburan saham
(Islamik) untuk tempoh tiga melebihi lima dekad, pastinya
tahun berakhir 31 Disember pengalaman yang ada berupaya
2021 dimanfaat menjadi satu cabang
perniagaan yang baharu. Untuk
• Recommended Unit Trust itu, Pelaburan MARA menceburi
Award 2021/2022 daripada satu lagi aktiviti perniagaan dengan
FSM One Malaysia untuk PMB penubuhan syarikat perkhidmatan
Shariah Premier Fund. data pelaburan, iaitu PMB Analytics
Sdn. Bhd. Syarikat ini adalah hasil
• PMB Investment menerima jalinan kerjasama dengan firma
Best Islamic Asset Management Nasdaq Dorsey Wright (NDW).
Company untuk Global Islamic NDW merupakan sebuah syarikat
Finance Award (GIFA) 2020. konsultansi pelaburan Amerika
Syarikat yang dimiliki sepenuhnya
• PMB Investment menerima oleh NASDAQ, Inc. Usahasama ini
The Excellence Shariah Fund bersesuaian dengan misi syarikat
Management Company yang mahu menyediakan peluang
(Marquis Enterprise) untuk pelaburan kepada para pelanggan
Lang International Corporate menerusi tawaran produk dan solusi
Titan Awards (LICTA) 2020 inovatif.
• PMB Investment menerima Penglibatan Kumpulan Pelaburan
Sustainability & CSR Malaysia MARA dalam sektor kewangan dan
Award 2020 bagi kategori pelaburan diperluaskan menerusi
Company of the Year Award syarikat kumpulannya, PMB
for Promoting Education Tijari Berhad yang menawarkan
and Investment Literacy bagi perkhidmatan pembiayaan kewangan
Program ArifLabur. Syariah. Sejak mula beroperasi
sehingga kini PMB Tijari telah
Kedewasaan sesebuah syarikat tidak membantu ramai usahawan dengan
harus menyekat usaha untuk terus mensasarkan sektor komersial
meneroka dunia dan mencapai terutama SME. Bagi memastikan
tahap yang lebih tinggi. Untuk terus usahawan yang dibiayai berjaya
relevan dan kompetitif serta sejajar dalam memantapkan perniagaan
dengan perkembangan industri mereka, PMB Tijari meletakkan
dan ekonomi negara, Pelaburan syarikat tersebut sebagai rakan
MARA sentiasa melaksanakan
pelbagai inisiatif yang berupaya
meningkatkan pulangan kepada
kumpulan. Dalam meluaskan
Majlis Amanah Rakyat Buletin Pelaburan 7
PMB Tijari berjaya
membantu lebih
daripada 240
usahawan dengan
pembiayaan
pusingan bernilai
RM250 juta.
niaga. Ini membantu mewujudkan keyakinan dan kepercayaan di antara
kedua-dua belah pihak.
Ternyata kaedah ini berkesan dan PMB Tijari berjaya membantu lebih
daripada 240 usahawan dengan pembiayaan pusingan bernilai RM250
juta. Pembentukan PMB Tijari ini adalah sebahagian daripada agenda
transformasi untuk meningkatkan peranan Pelaburan MARA sebagai
institusi pelaburan dan pengurusan dana serta perkhidmatan kewangan
berwibawa.
Sukar untuk diungkapkan setiap detik selama 55 tahun Pelaburan
MARA beroperasi. Namun setiap kejayaan mahupun kegagalan
yang dirakam sehingga kini akan kekal dalam penceritaan Kumpulan
Pelaburan MARA. Bermula dengan enam kakitangan, kini Pelaburan
MARA mempunyai lebih daripada 150 orang kakitangan, hampir 100
ribu pelabur yang datang dan pergi, saluran pengedaran di seluruh
negara, penglibatan perniagaan dalam pelbagai sektor serta kegiatan
pelaburan yang melepasi sempadan negara dan antarabangsa.
Penceritaan ini akan diteruskan oleh generasi kini dan akan datang
dengan dedikasi yang sama dan semangat jitu demi mendokong
aspirasi generasi terdahulu. Amanah yang dipikul menjadi misi dalam
menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada para pelanggan. Demi
mencapai hasrat tersebut, Pelaburan MARA akan melipatgandakan
usaha dan memantapkan diri untuk melepasi garisan sempadan serta
meletakkan Kumpulan ini sebagai konglomerat kewangan yang menjadi
teraju pasaran dan industri serta penanda aras kepada para pesaing.
Selain daripada itu, Pelaburan MARA mahu menjadi sebuah syarikat
kebanggaan semua pihak termasuk pelanggan, pemegang saham dan
warga kerja agar mampu bersaing dalam memastikan kelangsungan
hidup organisasi Bumiputera selaras dengan hala tuju dan aspirasi
negara.
8 Buletin Pelaburan Jun 2022
Transformasi Logo Pelaburan MARA 1967 – 2007
Berhad sepanjang 55 tahun
Amanah Saham MARA Berhad
Kepakaran. Keyakinan. Rasional Logo – Nama Amanah Saham MARA Berhad ditulis dalam
Ahli Kumpulan tulisan jawi sebagai logo. Di awal penubuhan, pembentukan logo
sebegini adalah relevan dengan audien sasaran, iaitu Bumiputera.
Majlis Amanah Rakyat
2007
Amanah Saham MARA Berhad
Penjenamaan semula Amanah Saham MARA Berhad dengan
memperkenalkan logo baharu sempena Ulang Tahun ke-40, bertujuan
untuk memantapkan kedudukan Kumpulan terutama ASM MARA
Unit Trust Management Berhad dan ASM Asset Management
Sdn. Bhd. yang pada ketika itu kedua-dua syarikat dalam proses
penggabungan dan bakal dikenali sebagai ASM Investment Services
Berhad.
Melambangkan kekukuhan, semangat padu dan kecemerlangan
syarikat setelah empat dekad. Huruf A menunjukkan pergerakan
menaik bagi semua kegiatan perniagaan. Pemilihan warna biru dan
oren, antara lain memaparkan kekuatan, dedikasi dan komitmen
syarikat selain semangat tinggi, kreatif, dan kecekalan kakitangan.
2012
Pelaburan MARA Berhad
Penjenamaan dan Transformasi Amanah Saham MARA Berhad kepada
Pelaburan MARA Berhad merupakan sebahagian daripada Pelan
Strategik MARA (2012 – 2015) di mana Pelaburan MARA bertindak
sebagai cabang pelaburan MARA
Simbol dengan susunan ‘V’ menggambarkan aktiviti utama Pelaburan
MARA iaitu :
1. Pegangan pelaburan
2. Saham amanah
3. Rural bank
4. Pengurusan aset
5. Perkhidmatan kewangan
6. Melambangkan pertumbuhan Pelaburan MARA yang pesat tanpa
sempadan dalam menawarkan perkhidmatan nasihat kewangan
serta pengurusan pelaburan kepada audien sasaran.
2014
Pelaburan MARA Berhad
Penstrukturan korporat dan penjenamaan semula Pelaburan MARA
Berhad adalah sebahagian daripada agenda Transformasi untuk
memantapkan kedudukan dan meningkatkan peranan Kumpulan
ini sebagai sebuah institusi pelaburan dan pengurusan dana serta
perkhidmatan kewangan yang berwibawa milik Majlis Amanah Rakyat
(MARA).
1. Keseluruhan logo melambangkan keyakinan, kestabilan,
kematangan dan kewibawaan Pelaburan MARA Berhad sebagai
sebuah entiti milik MARA dengan pengalaman luas dalam bidang
pelaburan dan perkhidmatan kewangan yang menjadi kegiatan
utama Kumpulan.
2. Melambangkan kekukuhan, semangat padu dan kecemerlangan
syarikat setelah empat dekad. Huruf A menunjukkan pergerakan
menaik bagi semua kegiatan perniagaan. Pemilihan warna
biru dan oren, antara lain memaparkan kekuatan, dedikasi dan
komitmen syarikat selain semangat tinggi, kreatif, dan kecekalan
kakitangan.
Buletin Pelaburan 9
AHLI 3. PMB CONSULTING SDN 6. PMB NOMINEES
KUMPULAN BHD (TEMPATAN) SDN BHD
PELABURAN PMB Consulting Sdn Bhd PMB Nominees (Tempatan)
MARA menawarkan khidmat nasihat Sdn. Bhd (sebelum ini dikenali
korporat kepada pelanggan sebagai ASM Nominees
1. PMB INVESTMENT korporat dan badan-badan (Tempatan) Sdn. Bhd.) telah
BERHAD kerajaan. PMB Consulting diperbadankan pada 19 Februari
PMB Investment merupakan turut menyediakan penyelesaian 1979.
Syarikat Pengurusan Dana Islam strategik dan pendedahan
(IFMC) yang menguruskan dana- kepada pasaran modal tempatan. Di peringkat permulaan
dana patuh syariah yang dibuka penubuhannya, PMB Nominees
kepada umum, dana borong 4. PMB ASSETS SDN BHD menyediakan perkhidmatan
selain menawarkan perkhidmatan PMB Assets Sdn Bhd kepada pelabur skim PMB Bijak
pengurusan portfolio akaun ditubuhkan untuk menerokai (sebelum ini dikenali sebagai
korporat dengan pelaburan dalam peluang dalam sektor hartanah Skim Rancangan Jimat Cermat
tiga kelas aset utama – ekuiti, bagi memperolehi keuntungan Kebangsaan) yang membuat
sekuriti berpendapatan tetap dan optimum daripada pelbagai pelaburan dalam jumlah yang
instrumen pasaran wang. aktiviti pelaburan. kecil serendah RM10.00 bagi
setiap pelaburan ke dalam
2. PMB TIJARI BERHAD 5. PMB ANALYTICS SDN dana-dana unit amanah yang
PMB Tijari Berhad merupakan BHD diuruskan oleh PMB Investment
usaha sama di antara Pelaburan PMB Analytics Sdn. Bhd. (PMB dan didaftar di bawah nama
MARA dengan Islamic Analytics) adalah anak syarikat PMB Nominees (Tempatan)
Corporation for the Development Kumpulan Pelaburan MARA Sdn. Bhd. Ini adalah salah satu
of the Private Sector (ICD), anak dengan kerjasama firma Nasdaq kaedah untuk membolehkan
syarikat Islamic Development Dorsey Wright (NDW) di pelabur melabur menerusi skim
Bank Group. PMB Tijari Malaysia. NDW merupakan potongan gaji bulanan. Walau
menawarkan perkhidmatan sebuah syarikat konsultansi bagaimanapun, PMB Nominees
pembiayaan Islam selain pelaburan Amerika Syarikat menamatkan operasi dan semua
menyediakan penyelesaian yang dimiliki sepenuhnya oleh pelaburan ahli ditukar sebagai
kewangan kompetitif bagi NASDAQ, Inc. PMB Analytics pelaburan tunai berkuat kuasa 1
memenuhi keperluan dan objektif berperanan memperkenalkan Januari 2019.
pelanggan terutamanya kepada dan mempromosi model NDW
perusahaan kecil dan sederhana. secara aktif kepada pelanggan
korporat dan institusi kewangan
selain mengetengahkan produk
bagi memenuhi keperluan
pelabur-pelabur runcit.
10 Buletin Pelaburan Jun 2022
PELABURAN Struktur
MARA korporat
BERHAD
Rasional logo
Pelaburan MARA Berhad, sebuah firma
perkhidmatan kewangan dan pelaburan Jalinan warna korporat merah
milik penuh MARA Corporation Sdn. Bhd., dan biru membentuk angka
terlibat secara langsung dalam pelaburan, 55 memaparkan kekukuhan,
pengurusan aset, perkhidmatan pembiayaan semangat padu, dedikasi,
Islamik, nasihat korporat dan perkhidmatan komitmen serta kematangan
data pelaburan. untuk kekal dalam industri
Pelaburan MARA berusaha untuk dengan terus mengatur langkah
mewujudkan nilai berkekalan kepada para strategik dan inovatif menerusi
pelabur, syarikat penerima pelaburan dan pelbagai rangkaian perniagaan
masyarakat umum. Ia merupakan pelabur berasaskan produk berkualiti dan
aktif yang mentransformasi syarikat-syarikat
pelabur menjadi entiti yang kukuh dan perkhidmatan terbaik.
mampan selain menyediakan perkhidmatan
pengurusan aset dan kewangan dengan hasil Buletin Pelaburan 11
menggalakkan kepada para pelabur dan
pelanggan. Portfolio pelaburannya pula
meliputi spektrum perniagaan yang luas
termasuk sektor infrastruktur hartanah,
tenaga dan teknologi.
Prinsip
1. Kemampanan
2. Akauntabiliti
3. Integriti
4. Keusahawanan
VISI
• Untuk menjadi konglomerat pelaburan
dan kewangan terkemuka di Malaysia.
MISI
• Untuk mempertingkatkan kedudukan
sebagai kumpulan pelaburan dan
kewangan utama dengan menyediakan
produk inovatif dan memberikan
perkhidmatan unggul kepada para
pelabur dan pelanggan.
• Untuk mempertingkatkan keuntungan
dan dana pemegang saham melalui
pelbagai aktiviti pelaburan yang menjana
pulangan tinggi.
Majlis Amanah Rakyat
PELABURAN PMB
DALAM SASARAN URUS
ASET RM 2 BILLION
PMB Investment Bhd (PMB Investment), anak syarikat Pelaburan MARA Bhd
(Pelaburan MARA) berada di landasan kukuh untuk mencapai sasaran jumlah aset di
bawah pengurusan (AUM) sebanyak RM2 bilion menjelang 2023.
Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment, Mahani Ibrahim, berkata sasaran itu adalah
berdasarkan beberapa dana terbaharu yang dirancang untuk diperkenalkan pada tahun
ini dan pada 2023. Sasaran AUM
adalah sebanyak RM2 bilion dalam
tempoh setahun akan datang. PMB
Investment yakin dapat mencapai
AUM ini katanya selepas pelancaran
PMB Shariah Greater China Equity
Fund (PSGCEF).
Majlis dilancarkan oleh Menteri
Pembangunan Luar Bandar, Datuk
Seri Mahdzir Khalid.
Menurut Mahani , melalui dana
terbaharu PSGCEF itu, PMB
Investment menyasarkan dapat
mengumpul sebanyak RM20
juta dalam tempoh tiga bulan
pertama ini. PSGCEF adalah dana
global ketiga dan pihaknya akan
melancarkan satu lagi dana global
berkaitan dengan ESG pada suku
keempat tahun ini.
Tambah beliau, pada 2023, PMB
Investment akan melancarkan
sebanyak tiga lagi dana merangkumi
dana global dan tempatan.Sasaran
RM20 juta dalam tempoh tiga bulan
selepas pelancaran PSGCEF dijangka
mampu mencapai lebih daripada
jumlah itu. Hal ini berdasarkan
sambutan beberapa dana global
sebelum ini yang dilancarkan oleh
Kumpulan.
PSGCEF menerusi pelbagai
portfolio pelaburan syariah yang
12 Buletin Pelaburan Jun 2022
tersenarai di Dow Jones Islamic Market (DJIM) Greater
China Index yang meliputi pasaran wilayah China, Hong
Kong, Taiwan dan Macau.
Strategi pelaburan PSGCEF ialah, dengan melabur
di antara 70 hingga 99.5 peratus daripada nilai aset
bersihnya ke dalam ekuti patuh syariah dan sekuriti
berkaitan ekuiti yang tersenarai di Bursa Wilayah
Tanah Besar China dan tidak hanya terhad kepada DJIM
Greater China Index sahaja.
Dana tersebut ditawarkan pada harga 50 sen seunit,
bermula 26 Mei lalu dengan pelaburan minimum
sebanyak RM1,000 untuk pelabur runcit dan RM10,000
untuk pelabur institusi.
Sementara itu, Menteri Menurut Datuk Seri Mahdzir Kalid,
Pembangunan Luar Bandar, China dipilih kerana PMB Investment
Datuk Seri Mahdzir Khalid, belum mempunyai dana yang
berkata, PSGCEF yang juga dana mensasarkan wilayah ini dan PMB
ke-19 PMB Investment bakal berpendapat China adalah pasaran
memberi peluang kepada pelabur yang sangat besar dan berpotensi untuk
memperoleh keuntungan dalam meningkat pesat ekoran pembukaan
jangka masa sederhana dan semula aktiviti ekonominya dan pada
panjang. masa ini saham-saham syarikat yang
tersenarai di bursa tersebut masih
Beliau berkata, dana pelaburan berada pada paras yang menarik.
syariah ini sesuai untuk pelabur
yang mempunyai tahap risiko
sederhana hingga tinggi serta
mencari pelaburan yang mampu
memberi pulangan stabil dalam
tempoh tiga tahun atau lebih.
Majlis Amanah Rakyat Buletin Pelaburan 13
DIGITAL Revolusi Perindustrian
INKLUSIF Keempat (4IR), inovasi dan
MOMENTUM ilmu pengetahuan memacu
PERTUMBUHAN pertumbuhan ekonomi
EKONOMI dan daya saing negara.Namun sejak
MALAYSIA dilanda wabak Covid-19, pengguna
internet telah meningkat sebanyak
lebih 10 peratus dalam masa hanya
setahun. Pendigitalan sentiasa
menjadi kepentingan strategik
kepada Malaysia dalam usaha
negara mencapai pertumbuhan
yang mampan dan inklusif. Susulan
pandemik Covid-19, pembuat dasar
di seluruh dunia telah mengiktiraf
pemantauan dan inisiatif khusus
untuk menyokong evolusinya.
Ekonomi Digital ASEAN kini bernilai
lebih AS$100 Billion. Ekonomi
Digital telah menyumbang sejumlah
25.5 peratus kepada Keluaran
Negara Kasar Negara (KDNK)
negara menjelang 2025.Sumbangan
aktiviti e-dagang terhadap KDNK
pula disasarkan berada pada kadar
10.5 peratus di bawah agenda
memperhebatkan Ekonomi Digital.
Rangka Tindakan Ekonomi Digital
2021-2030 (MyDIGITAL) telah
menggariskan rancangan untuk
mempercepatkan pencapaian
Malaysia sebagai negara ekonomi
maju dari segi teknologi. Rangka
tindakan ini menjadualkan hala tuju
untuk menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara yang berdaya saing di
era baru. Inisiatif MyDIGITAL adalah
penanda aras yang kritikal untuk
merealisasikan Rancangan Malaysia
Kedua belas, 2021-2025 (RMK 12)
Ekonomi Digital inklusif yang
disasarkan melalui 6 teras utama,
22 strategi, 48 inisiatif nasional dan
28 inisiatif sektoral melalui Rangka
Tindakan (Blueprint) Ekonomi
Digital melalui 3 fasa pelaksanaan
14 Buletin Pelaburan Jun 2022
Laporan Akuan jurang pembiayaan Perniagaan
Satelit Teknologi Mikro, Kecil dan Sederhana
Maklumat dan (PMKS) dan juga ekonomi tidak
Komunikasi formal.Tahun 2020 Ekonomi
(ICTSA) 2018, Digital Malaysia membentuk
sektor Teknologi 22 peratus daripada KDNK dan
Maklumat dan dijangka mewujudkan kira-kira
Komunikasi (TMK) 500 ribu peluang pekerjaan pada
menyumbang 18.5 2025.
peratus kepada
KDNK Malaysia Laporan Masa Depan Pekerjaan holistik diperlukan lebih-lebih
yang tertinggi di 2020, dalam Forum Ekonomi lagi apabila kemahiran digital
rantau ini dan 30 Dunia (WEF), di Malaysia, 8 diperlukan dalam hampir semua
peratus kepada daripada 10 pekerjaan yang lapisan dan segmen masyarakat.
ekonomi internet pesat membangun memerlukan
ASEAN kemahiran teknologi digital Bagi merealisasikan Wawasan
termasuk sebagai Penganalisis Kemakmuran Bersama 2030
membawa aspirasi bersasar ke Data, Saintis Data, Pakar (WKB), Ekonomi Digital telah
arah momentum pertumbuhan Internet, Pakar Transformasi dikenal pasti sebagai aktiviti
ekonomi yang lebih aggresif. Digital dan Pakar Keselamatan pertumbuhan ekonomi utama.
Trend pertumbuhan ekonomi Siber. Ini adalah untuk menjadikan
dunia semakin dipacu oleh Malaysia sebuah negara yang
pendigitalan.Penggunaan Laporan Akuan Satelit terus membangun secara
internet dan kemajuan ekonomi Teknologi Maklumat dan mampan seiring dengan
telah menyumbang kepada Komunikasi (ICTSA) 2018, pengagihan ekonomi yang adil
pertumbuhan data yang pesat sektor Teknologi Maklumat serta pertumbuhan yang inklusif
yang merupakan komoditi masa dan Komunikasi (TMK) dan saksama. Persoalannya
hadapan. Namun bagaimana menyumbang 18.5 peratus adakah kita bersedia untuk
negara akan menghadapi jurang kepada KDNK Malaysia yang menghadapinya secara khusus
digital jika usaha pendigitalan tertinggi di rantau ini dan dan aggresif menghadapi
tidak diurus dengan baik. 30 peratus kepada ekonomi gelombang pendigitalan ini?
internet ASEAN. Persoalan Tepuk dada tanya minda.
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju yang timbul sama ada rakyat
Pendigitalan (PMKS) negara Malaysia mempunyai kemahiran
akan berkembang maju melalui yang betul dan seiring dengan
peningkatan sumbangan perubahan dan perkembangan
komuniti perniagaan kepada Ekonomi Digital.
ekonomi negara. Inisiatif
kerajaan dalam merapatkan Modal Insan adalah komponen
penting dalam ekosistem digital
negara kerana kecekapan
digital dalam hal-hal bakat
ini adalah pemangkin
pendigitalan merentas
Perbadanan Perusahaan Kecil
dan Sederhana (PKS),industri
dan dalam hubungan rakyat
secara keseluruhannya. Oleh
yang demikian satu pendekatan
Majlis Amanah Rakyat Buletin Pelaburan 15
KERJASAMA
STRATEGIK MARA
DALAM PENGAJIAN
BARU BERSAMA UoM
Majlis Amanah Rakyat (MARA) merancang untuk memperluaskan kerjasama strategik dengan
universiti luar negara dalam bidang baharu bagi pengajian pelajar tajaannya. Menteri Pembangunan
Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kerjasama strategik itu melibatkan universiti yang
berada di kedudukan terbaik dunia seperti University of Manchester (UoM) United Kingdom (UK)
yang berada di kedudukan ke-35 dunia, kelima di UK dan kelapan di Eropah.
16 Buletin Pelaburan Jun 2022
Majlis Amanah Rakyat Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam lawatan kerja rasminya di UK
itu turut disertai Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Ramlan
Harun serta Ketua Pengarah MARA Datuk Azhar Abdul Manaf.
Dalam lawatan berkenaan, beliau yang turut melawat UoM, telah
mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi universiti itu
yang diketuai oleh Naib Presiden Pembelajaran, Pengajaran dan Hal
Ehwal Pelajar, Prof April McMohan.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan dan bertukar
pandangan berkaitan pengajian bidang baharu yang boleh diteroka
pelajar tajaan MARA ke UoM. Menurut Datuk Seri Mahdzir
Khalid, MARA membuat keputusan tepat dengan memilih
UoM sebagai destinasi kepada seramai 229 pelajar tajaannya
berdasarkan faktor kedudukan universiti itu, tenaga pengajarnya
serta persekitaran kampus yang terbaik selain kemudahan yang
disediakan.
Menteri KPLB itu berkata sehingga kini MARA mempunyai
sejumlah 3,391 pelajar tajaannya di luar negara dengan jumlah
paling ramai adalah di UK iaitu 1,422 pelajar.
Buletin Pelaburan 17
KERJASAMA
MARA DAN
IDCA DALAM
INDUSTRI
DATA
CENTER Turut terlibat dalam perbincangan
tersebut adalah pegawai-pegawai
daripada Bahagian Pelaburan dan
Pembangunan Subsidairi ( BPPS),
MARA Corp, UniKL dan MARA
Inc.
Pengarah Kanan Pelaburan MARA, IDCA ditubuhkan untuk
Encik Mohd Diah bin Abas pada 23 menyelaras, menstruktur dan
Jun 2022 telah menerima kunjungan menjadi sumber rujukan kepada
hormat daripada Mr. Mehdi pemain industri dengan memberi
Paryavi, Pengerusi International fokus kepada Application
Data Center Authority (IDCA) yang Ecosystem yang merangkumi
berpangkalan di Amerika Syarikat cloud, artificial intelligent (AI),
susulan daripada perbincangan blockchain, cybersecurity,
awal secara online pada 27 April Internet of Things (IoT) dan data
2022 atas saranan Jawatan Kuasa center.
Pelaburan MARA.
Dalam kunjungan hormat tersebut,
kedua-dua pihak mengadakan
perbincangan mengenai Digital
Economy khususnya pelaburan
dan pembangunan Data Center
(DC) di tanah Tecnology Park
Malaysia (TPM), Bukit Jalil serta
kerjasama dalam bidang latihan
antara IDCA dan Universiti Kuala
Lumpur (UniKL). Pengerusi IDCA
menyatakan sokongan dan sedia
memberi bantuan kepada MARA
dalam menyediakan kerangka
perancangan pembangunan
DC yang holistik berpandukan
keperluan industri.
18 Buletin Pelaburan Jun 2022
Majlis Amanah Rakyat Buletin Pelaburan 19
MARA TINGKAT Pengarah Kanan (Pelaburan)
SOSIO EKONOMI MARA, Encik Mohd Diah bin Abas
BERSAMA telah mengadakan pertemuan dan
OLEON Nv perbincangan dengan Ketua Pegawai
Eksekutif Oleon Nv., Mr. Moussa Naciri
bertempat di kilang Oleon, Halal Hub
Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor
pada 27 Jun 2022. Pertemuan ini adalah
susulan daripada perbincangan awal
secara dalam talian antara MARA dan
Oleon Nv. pada 23 Mei 2022 yang lalu.
Oleon Nv. merupakan syarikat biokimia
yang beribu pejabat di Belgium dan
mempunyai lima kilang di seluruh dunia,
termasuk satu di Malaysia. Aktiviti
utama Oleon adalah memproses serta
menukarkan lemak dan minyak semula
jadi kepada pelbagai produk oleokimia
seperti emulsifier bagi kegunaan
pembuatan makanan, kosmetik dan
minyak pelincir kenderaan.
Semasa perbincangan tersebut, Ketua
Pegawai Eksekutif Oleon memaklumkan
syarikat telah merekodkan pertumbuhan
perniagaan yang amat baik dan
merancang untuk membuat pelaburan
tambahan di Malaysia yang melibatkan
pembangunan fasiliti baharu bagi
peningkatan keupayaan pengeluaran.
20 Buletin Pelaburan Jun 2022
Pelaburan Oleon
ini dijangka dapat
menghasilkan
peningkatan sosio-
ekonomi
Pembinaan fasiliti baharu ini akan penggunaan fasiliti secara guna pegawai MARA dan UniKL MICET
memberi manfaat kepada MARA sama turut dibincangkan. Malahan serta pengurusan tertinggi Oleon
melalui cadangan pajakan tanah penambahan pelaburan Oleon Nv. Sesi pertemuan ini diakhiri
milik MARA yang berhampiran ini dijangka dapat menghasilkan dengan sesi lawatan ke infrastruktur
dengan kilang Oleon Port Klang peningkatan sosio-ekonomi dan fasiliti Oleon Port Klang
sedia ada. menerusi pewujudan peluang
pekerjaan, pemindahan teknologi
Sementara itu, Encik Mohd Diah serta pengoptimuman rantaian dan
menyifatkan pelaburan Oleon vendor bekalan tempatan.
ini bukan sahaja akan memberi
penumpuan kepada pajakan tanah Turut hadir bersama dalam
namun beberapa aspek kolaborasi perbincangan tersebut beberapa
yang melibatkan pemindahan
teknologi dan pembangunan modal
insan melalui sektor keusahawanan
dan pendidikan juga turut
dikenal pasti. Bidang kerjasama
seperti peluang untuk latihan
industri, ruang penyelidikan dan
pembangunan produk, peningkatan
ilmu dan kemahiran serta
Majlis Amanah Rakyat Buletin Pelaburan 21
PEMERKASAAN JURUAUDIT TEKNIKAL
MAKMAL KEPADA Entwicklungs- und
PENGUJIAN Prueflabor Holztechnologie
PERABOT FITEC GmbH (EPH) DENGAN
SYARIKAT PT TANJUNG
MEMORANDUM PERSEFAHAMAN KREASI PARQUET INDUSTRY,
KERJASAMA FITEC DAN SIRIM QAS JAWA TENGAH INDONESIA
INTERNATIONAL SDN BHD
FITEC dan EPH (Entwicklungs- und Prueflabor
F.I.T Center Sdn Bhd (FITEC) dan SIRIM QAS Holztechnologie/ Development & Test-Laboratory
International Sdn. Bhd. (SIRIM) telah memeterai for Wood Technology) anak syarikat kepada IHD
Perjanjian Persefahaman untuk bekerjasama dalam (Insitut fur Holztechnologie/ Institute for Wood
bidang Skim Pensijilan Barangan Perabot. Perjanjian Technology) telah bekerjasama selama 11 tahun
Persefahaman ini telah diadakan di Anjung Korporat (2011~2022).
MARA pada 21 Mac 2002.
Perkhidmatan pemeriksaan audit secara dalam
Melalui kerjasama ini, FITEC akan membuat pengujian talian dilaksanakan disebabkan Malaysia dan
ke atas produk perabot melalui SIRIM QAS dan setelah Indonesia masih dalam usaha membendung
memenuhi semua keperluan standard, produk akan penularan wabak pandemik Covid-19. Pelaksanaan
diberi tanda pensijilan Top Mark oleh SIRIM. Kejayaan pemantauan secara talian adalah perkara yang
syarikat memperoleh Top Mark ke atas produk mereka melibatkan Factory Production Control (FPC) dan
akan menjadi simbol penghasilan syarikat yang juga membuat pengesahan dan bukti bagi sampel
berkeupayaan dan memberi nilai tambah ke atas produk dari segi ketahanan, tekstil dan laminasi lantai kayu
perabot mereka. berdasarkan EN 14342 dan keperluan label TUV
PROFiCERT. Bagi pemeriksaan fizikal sampel
Kejayaan memeterai Memorandum Persefahaman produk,sampel tersebut perlu dihantar oleh kilang
(MoU) bersama SIRIM QAS akan menjadi titik ke German dalam tempoh mengikut spesifikasi
permulaan untuk menjamin pengeluar menghasilkan yang telah ditetapkan.
perabot berkualiti dan pengguna mendapat keselamatan
dalam membeli kerana telah disahkan oleh agensi
yang diiktiraf. Kejayaan MoU ini seterusnya akan
menyumbang kepada peningkatan imej industri perabot
negara dalam memastikan produk keluaran Malaysia
adalah pada tahap berkualiti tinggi.
22 Buletin Pelaburan Jun 2022
KERJASAMA FITEC DAN SYARIKAT KONSULTANSI KEPADA
SGS MALAYSIA SARAWAK TIMBER INDUSTRY
DEVELOPMENT CORPORATION
SGS Malaysia merupakan syarikat yang membuat (STIDC)
piawaian bagi pemeriksaan, pengujian dan pensijilan
kepada pelbagai perkhidmatan. Bagi mengembangkan Sarawak Timber Industry Development
skop dalam bidang perabot, SGS telah bekerjasama Corporation merupakan agensi Negeri Sarawak
dengan FITEC untuk melaksanakan pengujian ke atas yang menjalankan aktiviti pembangunan industri
produk perabot pelanggan mereka. perkayuan di negeri tersebut termasuk juga
pembangunan usahawan perabot. Salah satu hasrat
Antara produk yang telah dijalankan pemeriksaan dan STIDC adalah menyediakan makmal pengujian bagi
pengujian oleh FITEC adalah sofa daybed , katil, meja kemudahan usahawan Negeri Sarawak. STIDC
solek dan almari. secara dasarnya telah bersetuju untuk mendapatkan
konsultansi daripada FITEC untuk membangunkan
KONSULTANSI FITEC KEPADA makmal pengujian perabot yang diiktiraf.
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN
MALAYSIA (UTHM) Secara tidak langsung, STIDC juga mempunyai
perancangan untuk meningkatkan kemahiran
Hasrat UTHM adalah menyediakan sebuah makmal tenaga kerja industri perabot di Negeri Sarawak
pengujian perabot bagi tujuan pembelajaran dan dalam bidang yang berkaitan seperti pembuatan
perkhidmatan kepada industri perabot melalui kabinet dan pembuatan produk upholsteri. Bagi
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaannya. merealisasikan hasrat tersebut, kedua-dua pihak
Dengan wujudnya makmal pengujian perabot tersebut, sedang merangka Memorandum Persetujuan
kakitangan makmal UTHM akan mendapat latihan untuk melaksanakan cadangan program ini dan
secara hands-on dan dapat menyediakan perkhidmatan dijangka akan bermula pada suku ketiga tahun ini
pengujian kepada usahawan perabot di sekitar Muar dan (September 2022).
Batu Pahat.
CADANGAN AKREDITASI
FITEC telah menawarkan perkhidmatan mereka kepada MAKMAL PENGUJIAN PERABOT
UTHM bagi membantu UTHM mendapat khidmat FITEC BAGI MEMENUHI
nasihat dalam penyediaan dokumentasi makmal. KEPERLUAN PASARAN
Perkhidmatan konsultansi kepada UTHM merupakan AMERIKA SYARIKAT
program sambungan dari tahun sebelum ini yang
telah tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan. FITEC juga dalam proses pengembangan skop
FITEC telah membantu UTHM untuk menyediakan pengujian bagi pasaran produk perabot ke negara
dokumentasi bagi melayakkan makmal pengujian Amerika Syarikat dengan menambah skop piawaian
perabot di UTHM diiktiraf oleh Jabatan Standard bagi memenuhi kehendak negara tersebut termasuk
Malaysia. Konsultansi dalam 5 modul telah diadakan penambahan mesin yang diperlukan untuk menguji
secara berperingkat dan modul 5 telah disempurnakan produk yang hendak dieksport ke Amerika Syarikat.
pada November 2021dan berjalan dengan lancar. Bagi merealisasikan hasrat ini, MARA telah
meluluskan peruntukan sebanyak RM 2.6 juta
bagi tujuan pengembangan skop ini dan usahawan
dijangka akan mendapat manfaat daripada skop
tambahan ini pada hujung tahun 2023
Majlis Amanah Rakyat Peruntukan sebanyak RM 2.6 juta diperolehi
melalui kelulusan Mesyuarat Majlis MARA ke-524
(Bil 8 tahun 2021) pada 25 Februari 2021. Pelan
tindakan pelaksanaan adalah melibatkan kelulusan
skop pengujian perabot bagi pasaran Amerika
Syarikat daripada Business and International
Furniture Manufacturer Association (BIFMA)
sebagai Service Member. Selain itu, FITEC juga
dalam proses untuk menaiktaraf infrastruktur
sedia ada bagi memastikan makmal mempunyai
ruang fasiliti simpanan /stor produk dan pembelian
mesin-mesin pengujian tambahan yang mencukupi
untuk menangani permintaan pelanggannya.
Buletin Pelaburan 23
24 Buletin Pelaburan RENTAS NS
REMBAU
DAN TAMPIN
BERSAMA
MARA LINER
SDN BHD
Jun 2022
MARA dan kerajaan Negeri pergerakan masyarakat desa ke pembaikan dan selenggaraan
Sembilan melalui MARA bandar. Projek ini melibatkan laluan kenderaan ringan dan berat
Liner Sdn Bhd telah melancar bukan komersial bagi memenuhi termasuk Pusat MRO (Maintenance,
dan memperkenalkan Projek permintaan penduduk setempat Repair dan Overhaul) serta alat ganti
Perkhidmatan Bas Luar Bandar seperti Bukit Rokan. RENTAS NS dengan peruntukan RM4.5 juta.
Negeri Sembilan (RENTAS NS) dijangka memanfaatkan 70,000 MTEC ini dijangka siap dibina dan
yang melibatkan daerah Rembau orang penduduk sekitar yang beroperasi pada pertengahan tahun
dan Tampin. merangkumi 25 institusi pengajian 2023.
dan sekolah serta 47 kawasan
RENTAS NS telah dilancarkan oleh perkampungan, taman perumahan Kerajaan Negeri percaya projek
Menteri Besar Negeri Sembilan, dan fasiliti kesihatan. RENTAS NS merupakan salah satu
Dato’ Seri Aminuddin Harun dan usaha menjaga kepentingan rakyat
beliau menyatakan projek tersebut Menurut Encik Mohd Diah Abas, khususnya golongan B40 dan bakal
adalah inisiatif Kerajaan Negeri Pengarah Kanan Pelaburan MARA, merancakkan ekonomi penduduk
Sembilan membabitkan peruntukan sebanyak lapan unit bas midi setempat di sepanjang laluan baharu
sebanyak RM 1 juta di bawah berkapasiti 30 orang penumpang ini. Kerajaan Negeri juga sentiasa
inisiatif Bas Luar Bandar yang mula disediakan bagi memenuhi menyelia pengurusan perkhidmatan
beroperasi pada 16 Mei yang lalu perkhidmatan ulang alik di dua pengangkutan awam di negeri ini
dan turut memberi manfaat kepada laluan daerah Rembau dan Tampin dengan lebih efektif agar dapat
lebih 7000 orang penumpang yang dengan peruntukan RM3 juta. membantu penduduk setempat
telah menggunakannya. MARA juga dalam perancangan terutamanya kawasan luar bandar.
untuk membangunkan sebuah
RENTAS NS ini bertujuan bengkel Pusat Kecemerlangan
memperkasakan mod sistem Pengangkutan MARA (MTEC)
pengangkutan awam, meningkatkan di Rembau yang lengkap dengan
mobiliti serta memudahkan penyediaan kepakaran kerja
Majlis Amanah Rakyat Buletin Pelaburan 25
DDEC MENYUSUN Palm Hotel, Seremban, Negeri Sembilan.
STRATEGI Kursus yang berlangsung selama 3 hari ini
REKA BENTUK melibatkan seramai 26 orang peserta terdiri
PRODUK DAN daripada pelbagai latar belakang usahawan
PEMBUNGKUSAN daripada seluruh Negeri Sembilan.
BERSAMA
USAHAWAN Objektif Kursus Strategi Reka Bentuk
Produk dan Pembungkusan adalah bertujuan
Menyedari hakikat cabaran negara memasuki fasa memberi pendedahan kepada para usahawan
endemik dan keperluan untuk berdaya saing dalam mengenai reka bentuk pembungkusan yang
kelompok masyarakat umum, Majlis Amanah Rakyat bersesuaian dengan produk yang dipasarkan
(MARA) Negeri Sembilan dengan kerjasama Pusat serta mematuhi piawaian pelebelan dan
Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC) dan pembungkusan yang ditetapkan oleh pasaran.
Pejabat MARA Daerah Jelebu telah menganjurkan
Kursus Strategi Reka Bentuk Produk dan Pembungkusan Di samping itu, program ini selaras dengan
pada 30 Mei 2022 sehingga 1 Jun 2022 bertempat di aspirasi MARA untuk membantu usahawan
yang mampu berdaya saing dengan lebih
efisien dan menyiapkan mereka ke pasaran
antarabangsa.
Sepanjang 3 hari program berlangsung,
pelbagai pengisian telah diaturkan kepada
para peserta. Antaranya sesi bersama
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO),
Pusat Penyelidikan Sains & Teknologi
Makanan (MARDI) dan juga Pusat
26 Buletin Pelaburan Jun 2022
Objektif Kursus Strategi
Reka Bentuk Produk dan
Pembungkusan adalah
bertujuan memberi
pendedahan kepada para
usahawan mengenai reka
bentuk pembungkusan
yang bersesuaian
dengan produk yang
dipasarkan serta mematuhi
piawaian pelebelan dan
pembungkusan yang
ditetapkan oleh pasaran.
Majlis Amanah Rakyat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC). Bagi
melihat keberkesanan program yang dijalankan,
pihak DDEC mengaturkan beberapa aktiviti
kumpulan kepada para peserta yang berasaskan
input yang diterima daripada sesi sebelumnya dan
hasilnya amat memberangsangkan kerana para
peserta berjaya mengaplikasikan ilmu yang diterima
di dalam aktiviti yang diaturkan.
Program diakhiri dengan Majlis Penyampaian
sijil kepada para peserta oleh Pengarah MARA
Negeri Sembilan, Encik Zahrail Afenday Bin
Mohamed dan taklimat khas daripada Pengarah
Bahagian Pembangunan Usahawan MARA, Encik
Yahya Bin Sani. Semoga para peserta memperoleh
seribu manfaat daripada program ini dan
menggunakannya dalam mengembangkan jenama
mereka ke satu tahap yang lebih baik.
Buletin Pelaburan 27
Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA
Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA
50609 Jalan MARA, Kuala Lumpur.
Tel: 03 2613 2401
Faks: 03 2691 0075
Email: [email protected]
Copyright ©️ MARA 2022. All rights reserved
28 Buletin Pelaburan Jun 2022