The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KOLEKSI BAHAN PENERBITAN DIGITAL BITK, 2022-05-27 00:07:57

Buletin Keusahawanan

Edisi April 2022

1

Sidang Editor

Penerbit : Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA APRIL /2022

PENAUNG Sidang Editor e-Buletin Keusahawanan berhak
Y.Bhg. Dato’ Zulfikri bin Osman meminda, mengubah dan menggarap manuskrip
Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) yang dihantar agar bersesuaian dengan garis
MARA panduan yang ditetapkan dan tidak mengubah isi
asalnya. Semua manuskrip yang diterima sama
PENERBIT EKSEKUTIF ada disiarkan ataupun tidak disiarkan tidak akan
Nor Zaini binti Abu Kassim dikembalikan. Manuskrip ini juga boleh diguna
Pengarah pakai oleh pihak yang diberi kebenaran untuk masa-
Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA masa akan datang. Kami mengalu-alukan sebarang
cadangan atau komentar, surat menyurat, rencana
PENERBIT dan ulasan ke meja Sidang Redaksi atau email ke
Jamizan bin Baki [email protected]
Timbalan Pengarah II
Sebarang pertanyaan hendaklah dialamatkan
EKSKUTIF EDITOR kepada:
Zuliana Haslinda binti Anhar Zubir
Timbalan Pengarah I Pengarah
EDITOR Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA
Anita binti Kudin Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA
Ketua Penolong Pengarah 21 Jalan MARA,
KREATIF 50609 Kuala Lumpur.
Nor Azmira binti Mohd Azami Tel: 03 2613 2401
Penolong Pengarah Faks: 03 2691 0075
Email: [email protected]
JURUFOTO Copyright@MARA 2022. All rights reserved
Produksi Kreatif
TEKNIKAL & HEBAHAN
Unit IT & Solusi

2

“MARA Perlis akan sentiasa mengkaji dan
membuat penambahbaikan dalam setiap program
keusahawanan supaya sentiasa relevan dan
memenuhi aspirasi kumpulan sasar iaitu usahawan
Bumiputera dan dalam masa yang sama akan
mempastikan tahap perniagaan usahawan dapat
“diperkasa dari semasa ke semasa

3

Bicara Eksklusif

Ekosistem
Keusahawanan yang

Holistic Menjamin
Kelestarian Usahawan

Bumiputera

Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan
kesinambungan daripada Rural Industrial
Development Authority (RIDA) yang
ditubuhkan oleh kerajaan pada tahun
1950 untuk memperkasakan lagi usaha
membangunkan masyarakat Bumiputera
di kawasan luar bandar melalui aktiviti
perdagangan dan perindustrian. Selepas
56 tahun tertubuhnya organisasi keramat
ini, jutaan masyarakat Bumiputera telah
mendapat faedah melalui program dan aktiviti
berbentuk keusahawanan dan pendidikan
yang telah dilaksanakan oleh MARA. Moving
Forward, MARA terus merancang dan
merencana pelbagai program keusahawanan
untuk memacu masyarakat Bumiputera dan
negara ke tahap yang lebih tinggi sesuai
dengan amanah rakyat yang tergalas melalui
mandat yang di peruntukkan dalam Akta
MARA 1966.

4

MARA juga merupakan sebuah organisasi yang mempunyai ekosistem
keusahawanan yang lengkap merangkumi pembangunan usahawan,
pembangunan bisnes dan kemudahan fasiliti sokongan. Melalui
ekosistem keusahawanan yang lengkap ini, MARA dapat membangunkan
usahawan dengan lebih “holistic” dan berkesan. Dalam usaha untuk
membangunkan program dan aktiviti keusahawanan dengan lebih
menyeluruh dan berkesan penumpuan dan fokus utama adalah kepada
Teras Pertama dalam Pelan Strategik MARA (PSM) 2021 - 2025 iaitu
membangunkan komuniti usahawan yang dinamik dengan pelaksanaan
lima (5) strategi yang utama iaitu:-

I. Melestarikan usahawan yang mampan,
II. Melonjakkan kapasiti perniagaan

berteraskan industri strategik,
III. Membangunkan usahawan baru yang

kompeten,
IV. Mewujudkan usahawan peneraju industri

dan
V. Memantapkan ekosistem keusahawanan

yang kondusif.

Dari semasa ke semasa, program keusahawanan MARA sentiasa
diperhebat dan diperkasa dengan penumpuan kepada pembangunan
usahawan mengikut Teras Strategi iaitu Teras 1 (Protect): Kelestarian
usahawan sedia ada, Teras 2 (Scale Up): Pertumbuhan perniagaan
dan Teras 3 (Start Up): Melahirkan usahawan baharu. Pada masa yang
sama, MARA juga menyediakan pelbagai platform perniagaan sebagai
kemudahan kepada usahawan Bumiputera untuk mempertingkatkan
lagi tahap perniagaan selain memperluaskan pasaran.

Bagi tahun 2022 fokus utama MARA Perlis adalah Pendigitilan dan
Pensijilan kepada usahawan. Program Pendigitilan dan Pensijilan ini
memfokuskan kepada lima (5) industri strategik iaitu Food & Beverages,
Lifestyles, Automotive, Construction dan Services. Melalui pelaksanaan
program ini ianya akan dapat meningkatkan kapasiti perniagaan
usahawan untuk kekal berdaya bersaing dalam pasaran yang semakin
mencabar dari semasa ke semasa selain memberi value-added kepada
perniagaan itu sendiri.

Akhir kata,MARA akan sentiasamengkaji danmembuat penambahbaikan
dalam setiap program keusahawanan supaya sentiasa “relevant”
dan memenuhi aspirasi kumpulan sasar iaitu usahawan Bumiputera
dan dalam masa yang sama akan mempastikan tahap perniagaan
usahawan dapat diperkasa dari semasa ke semasa. Memasuki fasa
endemik bermula 01 April 2022 yang lalu MARA akan terus mara
dalam mempelbagai dan memperkasa program keusahawanan supaya
kelestarian perniagaan dapat dikekalkan dalam tempoh yang amat
mencabar ini.

MOHD AZAM BIN JAMALUDDIN
Pengarah
MARA Negeri Perlis

5

Peranan PUSMA Perlis

PUSMA

NADI USAHAWAN BUMIPUTERA PERLIS

Pusat Latihan Usahawan MARA (PUSMA) Negeri 3. Memilih usahawan sediada yang memenuhi
kriteria dan layak untuk ditingkatkan kapasiti
Perlis menjadi penggerak dalam mengendalikan mereka ke arah pengembangan perniagaan lebih
bersistematik melalui ekosistem keusahawanan
program-program keusahawanan MARA MARA.

Bumiputera Negeri Perlis. PUSMA merangkumi tiga 4. Memberi khidmat nasihat dan menyediakan
perunding/pemudah cara terbaik dalam bidang
(3) Pejabat MARA Daerah merupakan nadi bagi keusahawanan bagi membantu melahirkan
lebih ramai usahawan yang berdaya saing dan
membangunkan aktiviti keusahawanan, meningkat cemerlang.

dan mengukuhkan usahawan Bumiputera melalui Perlis merupakan negeri yang terletak di utara
Semenanjung Malaysia, bersempadan dengan
latihan, galakan perniagaan, khidmat nasihat serta Thailand. Negeri Perlis merupakan negeri terkecil di
utara yang memiliki keluasan kira-kira 810 kilometer
kerjasama strategik. persegi serta mempunyai tiga (3) daerah iaitu
Kangar, Arau dan Padang Besar dengan kepadatan
penduduk seramai 229,632 orang.

PUSMA Perlis berperanan untuk merealisasikan Ketenangan, kehijauan dan keunikan bentuk muka
bumi Perlis menjadi faktor tarikan utama dalam
hasrat usahawan melalui aktiviti-aktiviti, fasiliti- kalangan pengunjung tempatan mahupun asing
untuk menerokai negeri yang memiliki keunikan
fasiliti serta khidmat nasihat dalam membangunkan terutama di beberapa tempat tumpuan seperti
ikan bakar di Kuala Perlis, Padang Besar dan Wang
usahawan Perlis antaranya seperti berikut :- Kelian yang merupakan syurga membeli-belah
popular di utara tanah air. Paling istimewa yang
1. Merancang, menyelaras, melaksana dan tidak terdapat di negeri lain ialah negeri Perlis
memantau program pengwujudan usahawan merupakan pengeluar utama Buah Mangga Harum
baru di bawah program Latihan Keusahawanan/ Manis.
MARA Entrepreneurial Integrated Training
(MERIT) dengan memberi fokus kepada: Negeri yang berdaulat, dinaungi Tuanku Syed
Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra
(i) Usahawan yang memerlukan sokongan Jamalullail ini juga sering menjadi persinggahan
dalam pelbagai aspek untuk BERDAYA TAHAN sementara untuk melancong ke Pulau Langkawi
DAN BERDAYA SAING dalam pasaran PROTECT ataupun memasuki negara jiran, Thailand.
(T1)
Tempoh suku tahun pertama tahun 2022 MARA
(ii) Usahawan yang memerlukan latihan bagi Perlis telah melaksanakan pelbagai program
MENINGKATKAN KAPASITI perniagaan ke keusahawan. Antaranya penganjuran kursus
peringkat yang lebih tinggi SCALE - UP (T2) pendigitalan perniagaan selaras dengan Pelan
Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021 - 2025
(iii) Usahawan yang ingin MEMULAKAN
perniagaan dan di kategorikan sebagai
STARTS-UP( T3).

2. Meningkatkan kapasiti perniagaan dan daya
tahan dalam persaingan perniagaan melalui
pemberian Program Pensijilan Usahawan MARA
/ Business Enrichment Standardization and
Tranformation (BEST), Program Pendigitalan
Perniagaan MARA (DigitalBiz) dan Program
Teknologi Lanjutan / Advance Technology
Development Programme (ADAPT).

6

Peranan PUSMA Perlis

yang mensasarkan usahawan Bumiputera agar pembangunan perniagaan ini usahawan terus kekal
lebih berdaya saing dalam pasaran pendigitalan berdaya tahan dan berdaya saing dalam pasaran
perniagaan. Selain daripada itu, telah diadakan sekaligus meningkatkan kapasiti perniagaan ke
Kursus Pembangunan Usahawan Pemasaran digital peringkat yang lebih tinggi. Melalui kemudahan
‘Voice Over’ e-Commerce, Pengurusan Inventori geran pembangunan perniagaan ini usahawan dapat
Automotif, Kursus Pendigitalan Professional dan mempertingkatkan kapasiti perniagaan berteraskan
Kursus Kontraktor Pakar Water Proofing. penggunaan teknologi tinggi (Advance Technology).

Manakala bantuan sokongan seperti geran Beberapa usahawan telah menerima kemudahan
pembangunan teknologi, pendigitalan perniagaan antaranya di bawah geran permohonan program
serta geran pensijilan perniagaan di berikan kepada Pensijilan Usahawan MARA/Business Enrichment
mana-mana usahawan yang layak dan memerlukan Standardization and Tranformation (BEST),
bantuan dan sokongan kemudahan MARA. Tambahan Pendigitalan Perniagaan MARA (DigitalBiz) dan
pula terdapat perniagaan usahawan yang terkesan Program Teknologi Lanjutan/Advance Technology
dengan Pandemik Covid-19. Dengan bantuan geran Development Programme (ADAPT).

7

Peranan PUSMA Perlis

PROGRAM

ADVANCE TECHNOLOGY
DEVELOPMENT PROGRAMME
(ADAPT) / TEKNOLOGI LANJUTAN

Antara usahawan yang telah berjaya mengikuti
Program Teknologi Lanjutan adalah Encik Amir
Firdaus bin Mohd Amin. Beliau merupakan bekas
peserta kursus Immobilizer and Smart Key System
Smart Key dan kini telah memiliki perniagaan
sendiri iaitu Dr. Key N Shoe.

8

Peranan PUSMA Perlis

Program
Latihan Keusahawanan / MARA
Entrepreneurial Integrated Training (MERIT)

Kursus Kontraktor Pakar Waterproofing anjuran tempatan tanpa bergantung kepada tawaran
PUSMA Perlis ini merupakan salah satu inisiatif kontrak kerajaan. Melalui kursus ini, usahawan
pihak MARA bagi mentransformasi usahawan dapat menjalani latihan secara berkompetensi
kontraktor sediada ke arah menerokai cabang baru melalui pendedahan ilmu dan latihan demonstrasi
yang berimpak tinggi dalam industri pembinaan. praktikal penggunaan peralatan dan bahan spesifik
untuk melakukan kerja waterproofing di bangunan
20 usahawan kontraktor Bumiputera dalam dan infrastruktur awam dengan mengikut kaedah
bidang industri pembinaan dari seluruh Perlis yang betul.
telah mengikuti program dengan jayanya. Definisi
waterproofing merujuk kepada sistem kalis air untuk Maklumbalas daripada salah seorang peserta iaitu
kawasan basah dalaman yang biasanya terdapat Encik Ismail bin Khamis, beliau amat berpuas hati
di dalam bilik mandi dan bumbung bangunan. kerana ianya menepati aspirasi syarikatnya dalam
Terdapat banyak kemungkinan punca kebocoran meningkatkan kemahiran kepakaran, kualiti dan
termasuk kemerosotan paip, bahan kalis air atau persijilan penyertaan kursus beserta 20 mata CCD
waterproofing yang lama, retakan di dinding luaran daripada pihak CIDB Malaysia untuk menaiktaraf
dan kegagalan konkrit. kompetensi syarikat kontraktor tempatan. Sebagai
kesinambungan daripada kejayaan program ini,
Kursus memberi pendedahan usahawan kontraktor MARA akan terus melaksanakan program dan kursus
sediada yang menceburi bidang kepakaran jangka pendek ini yang mendapat permintaan yang
berimpak tinggi sebagai Kontraktor Waterproofing. tinggi daripada usahawan Bumiputera di negeri-
Disamping mencipta peluang kerja menjanakan negeri seluruh Malaysia.
pendapatan syarikat dalam industri pembinaan

9

10

Pemasaran Digital Voice Over E-Commerce

ContentDigital merupakan asas utama dalam dunia diajar secara hands on seperti merakan suara
pemasaran masa kini. Usahawan telah berdepan latar bagi pengunaan konten mereka.
dengan pelbagai cabaran, kini peralihan ke fasa
era endemik, kestabilan perniagaan merupakan
keutamaan bagi usahawan dalam meneruskan
perniagaan.

Untuk memantapkan pengiklanan sesuatu
perniagaan atau produk, suara latar adalah antara
faktor penting dalam meningkatkan jualan dan
hasil impak yang tinggi. Kos bagi merakam suara
latar di produksi komersial agak tinggi di pasaran.
Syarikat-syarikat gergasi sering mengunakan
suara latar bagi memberi impak kepada content
dan iklan mereka.

MARA Perlis telah mengambil inisiatif
menganjurkan kursus Pemerkasaan Content
Digital Melalui “Voice Over” bagi memberi satu
kelainan dalam pembikinan content pasaran

digital. Kursus ini telah dikendalikan oleh Voice

Over Talent, iaitu Encik Khairul Anuar @nuar_

storyteller yang tidak asing lagi dalam bidang

penyiaran di TV3 sebagai suara latar profesional.

Kursus disertai 30 usahawan dari Perlis, Kedah,

Pulau Pinang dan Terengganu. Kursus ini
mengetengahkan content digital secara voice over

ke arah memantapkan pemasaran secara digital

produk-produk usahawan seterusnya usahawan

11

Peranan PUSMA Perlis

Pengurusan

Inventori Automotif

27 orang usahawan automotif telah menyertai Kursus
Pengurusan Inventori Automotif anjuran MARA Daerah
Kangar, Perlis dengan kerjasama Coach Azad MEX. Peserta
didedahkan dengan cara pengurusan inventori untuk industri
automotif bukan sahaja secara manual tetapi juga pendedahan
bagi sistem automotif, SQS.
Pengurusan inventori bagi syarikat servis kenderaan sangat
penting terutamanya bagi syarikat yang mempunyai pelbagai
jenis produk dan perkhidmatan. Pengurusan perniagaan lebih
mudah dijalankan jika pengurusan produk adalah bersistem.
Penambahan produk akan menjadikan lebih rumit jika
pengurusan yang dilaksanakan tanpa menggunakan sistem.
Peserta juga telah dibawa melawat ke premis perniagaan
usahawan MARA yang berjaya didalam bidang automotif iaitu
Perniagaan Mazlan dan Hashimah untuk sesi perkongsian dari
pemilik permis dalam pernigaan automotif khususnya dalam
pengurusan inventori. Semoga ilmu yang diberikan mampu
memberi manfaat kepada semua usahawan dan mampu
memantapkan lagi pengurusan perniagaan mereka.

12

Peranan PUSMA Perlis

Pendigitalan Perniagaan Professional

28 usahawan di sekitar Perlis telah mengikuti Kursus Keusahawanan
‘Digital Presence Specialization’ anjuran bersama MARA Perlis dan
Social Finance. Kursus ini telah banyak membantu para usahawan
mendepani cabaran ketika era Pandemik COVID-19 serta persediaan
dalam menghadapi era peralihan fasa endemik dalam memberikan
pendedahan pengalaman dunia perniagaan pendigitalan, khususnya
media sosial sesuai dengan teknologi semasa.
Di samping memberi peningkatan kemahiran serta kaedah meluaskan
pasaran perniagaan menerusi era digital dengan menggunakan
aplikasi-aplikasi antaranya Whatsapp dan Telegram. Selain itu, kursus
ini juga memberikan pendedahan dari segi strategi perniagaan untuk
mengendalikan urusan harian dengan penggunaan aplikasi seperti
Google yang merangkumi penerapan ‘Google My Business’, Google
form, Canva dan Zoho Books. Peserta akhirnya memperolehi manfaat
dalam mempertingkatkan pasaran, jualan produk serta perkhidmatan
mereka.

Sumber berita : PUSMA Perlis

13

Gate To Global

MEDIC PETS

14

PENUBUHAN

MEDIC PETS (M)

SDN BHD

MEDIC PETS bermula tahun 2014 di bawah daripada kumpulan doktor haiwan, groomer
pendaftaran perniagaan Medic Pets Lab. dan penyelamat. Ia bertujuan untuk membantu
Cabaran terbesar yang dihadapi oleh pencinta menyembuhkan haiwan peliharaan dengan
dan penyelamat haiwan ialah kos yang tinggi bekerjasama doktor haiwan di seluruh Malaysia.
untuk memberi makan haiwan peliharaan
dan rawatan perubatan seperti vaksinasi dan Menyedari terdapat permintaan tinggi untuk
neutering atau mengebiri untuk penyakit atau produk penjagaan dan rawatan luka haiwan
kecederaan. Sebagai pemilik, pencinta haiwan peliharaan, maka pada tahun 2016, MEDIC
dan pengasas MEDIC PETS, Dr. Siti Sofiah binti PETS (M) Sdn Bhd telah mengeluarkan
Ramli bersama rakan niaga, Suliahanis binti rangkaian produk penjagaan haiwan peliharaan
Nasuha, merasakan satu-satunya cara untuk menggunakan minyak sawit dan minyak
mengurangkan kos pengendalian rawatan kelapa dara sebagai bahan asas untuk produk
dan penjagaan haiwan peliharaan adalah pengurusan luka dan jangkitan kulat. Dengan
dengan mewujudkan komuniti pemilik haiwan kemudahan dan bantuan rakan niaga serta
peliharaan, penyelamat dan doktor haiwan di bersama 17 doktor haiwan dan tiga (3) doktor
kalangan peminat haiwan. perubatan yang berpengalaman, beliau telah
mencipta produk penjagaan luka sendiri.
Tahun 2016 MEDIC PETS mengikuti latihan serta Gabungan bersama tenaga pakar mencipta
kursus anjuran MARA Perak. Seterusnya berjaya inovasi dalam menghasilkan produk penjagaan
mendapatkan pinjaman melalui skim PUTRA dan dandanan haiwan dengan menggunakan
sebanyak RM10,000 untuk mengembangkan 100% bahan berasaskan semula jadi.
rangkaian produk. Pada ketika itu, MEDIC PETS
beroperasi di premis perniagaan MARA iaitu KIM Hasil kajian sembilan (9) dari 10 ekor kucing
Halal Park Tambun dengan dibantu oleh lapan
(8) pekerja. Dr. Siti Sofia telah menubuhkan yang sakit adalah disebabkan oleh penyakit
program Sickpet Treatment pada tahun 2014.
Melalui program tersebut, komuniti haiwan kulat dan jangkitan bakteria. Penyakit ini boleh
peliharaan boleh mendapatkan khidmat nasihat
secara percuma berkaitan penjagaan haiwan menjangkiti manusia jika tidak dirawat dengan
dan cara menyelamatkan haiwan peliharaan
dari kecederaan dengan perkhidmatan betul. Penularan boleh berlaku melalui udara
vaksinasi serta rawatan di bawah kadar harga
pasaran. Program Sick Pet adalah terdiri dan sentuhan. Sebagai contoh, jika menyentuh

kucing terbiar yang mempunyai kurap dan

sebagainya, bakteria boleh dipindahkan ke

tangan sesiapa yang menyentuhnya akan

memberi kesan bintik merah pada kulit. 15

Natural Ingredient MEDIC PETS

Teknologi inovasi menggunakan ekstrak sawit

MEDIC PETS mencipta produk berbentuk krim MIHAS, KUD, MAHA, Ekspo Dubai dan untuk
yang boleh memberi kesan penyembuhan cepat pasaran eksport ke Brunei, Indonesia serta
dalam tiga (3) hari. Pada kebiasaan haiwan kerap Kemboja. MEDIC PETS komited dan berhasrat
menjilat luka dan mengambil masa penyembuhan untuk mengembangkan produk ke luar negara
sekitar tujuh (7) hingga ke 10 hari tetapi dengan khususnya dengan pelaburan dan peluang
menggunakan krim MEDIC PETS luka akan perniagaan. Untuk tahun 2022 MEDIC PETS akan
sembuh dalam waktu yang seingkat. MEDIC menyertai ekspo ke Canada dan Germany bagi
PETS menggabungkan perahan minyak sawit tahun 2022 bersama MARA. 70% daripada produk
dengan formulasi dan kini mempunyai dua (2) penjagaan haiwan peliharaan MEDIC PETS di
jenis produk MEDIC PETS iaitu krim berasaskan pasarkan ke luar negara dan dengan peningkatan
air, krim berasaskan sabun dan krim berasaskan dalam permintaan untuk produk semulajadi dan
minyak. Selain daripada itu rumusan produk mampan telah meningkatkan permintaan untuk
untuk virus imunodefisiensi kucing dan luka rangkaian produk.
sporotrichosis juga hasilkan bagi pasaran di
dalam dan luar negara. Terima kasih MARA. MARA memberi peluang
dan kepercayaan kepada usahawan belia khusus
Produk telah diuji secara klinikal dan disahkan dalam bidang penternakan haiwan dan ucapan
oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. penghargaan kepada setiap individu MARA
Rangkaian produk MEDIC PETS dicipta tanpa yang sejak dari mula memberi dorongan serta
mengandungi bahan kimia atau dadah. Hasil membantu MEDIC PETS untuk berada pada tahap
kejayaan dari penyelidikan yang dilakukan, MEDIC ini. Ini adalah hadiah syarikat kepada MARA.
PETS terus berkembang dengan mengeluarkan
rangkaian produk kebersihan lain seperti shampo
dan semburan pencegahan kutu serta penjagaan
bulu bagi memenuhi keperluan insdustri ternakan
tempatan , Selain daripada itu, MEDIC PETS juga
telah menghasilkan multivitamin (Vetomin-M)
2022 untuk ternakan lembu dan kambing serta
produk kebersihan untuk haiwan bersaiz besar.

Pelbagai latihan dan kursus telah diikuti anjuran “This is our
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak success
dan Jabatan Pertanian Perak. MEDIC PETS
juga telah mendapat pengiktirafan Agropreneur together”
oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas
Tani, MEDIC PETS melalui platform MARA Siti Sofiah Ramli
telah mengikuti pelbagai program antaranya

Sumber berita :

Dr. Siti Sofia binti Ramli

MEDIC PETS (M) Sdn. Bhd.

16

SABAH INTERNATIONAL WOMEN
ENTREPRENEUR (SIWE)

Sabah International Women Entrepreneur (SIWE) telah diadakan
pada 10 hingga 14 Mac 2022 bertempat di Sabah International
Convention Center (SICC). Ia merupakan program ekspo yang
dilaksanakan oleh NGO Negeri Sabah, yang melibatkan 190
pemamer dari pelbagai negeri dan pelbagai industri. 10 usahawan
di bawah program khas MARA Gate to Global (GTG) Sabah telah
menyertai program dengan mendapat tajaan penuh dari MARA.

Mereka adalah daripada pelbagai kluster perniagaan perkhidmatan
dan produk dari Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Johor
dan Terengganu. Ini merupakan ekspo kali ke 2 anjuran Persatuan
Industri Kecil Sederhana Usahawan Wanita Bumiputera Sabah
(IKSnita Sabah) dan telah disempurnakan oleh, YBhg. Datin Seri
Panglima Juliah Salag, isteri Ketua Menteri Sabah.

Hasil keseluruhan pendapatan usahawan MARA Sabah dalam
program GTG mencecah RM32,500.00 sepanjang empat (4) hari
diadakan. Program seumpama ini adalah untuk meningkatkan
jaringan kerjasama antara usahawan tempatan dengan usahawan
dari negeri lain. Anggaran kehadiran pengunjung tempohari adalah
kira-kira 2000 pengunjung.

17

Usahawan yang terlibat: KLUSTER
Lifestyle/ Wellness
BIL NAMA
1. LZ INDUSTRY SDN BHD Lifestyle/ Wellness

(Kilang OEM Produk) F&B
F&B
2. Lisa Ratu Jamu
( Produk Jamu/ Kesihatan) F&B
Lifestyle/ Wellness
3. Jalinan Millonaire Resources
4. Panda Bytes F&B
Lifestyle/ Wellness
(Produk Chocojar)
5. Hajah Yanong Frozen Food Industry Lifestyle
6. Brutti & Besi Lifestyle
7. Raja Dimsum
8. Norcy Beauty Lab Sdn Bhd Sumber berita :
Razimah binti Mohamad,
(Kilang OEM Produk) Pejabat MARA Sabah
9. MJ by MUS
10. SDS Advanvce Sdn Bhd

18

MUAZZ TRADING

Memulakan perniagaan ketika negara sedang Mata Ayer, Perlis. Peluang ini telah dimanfaatkan
berdepan dengan Pandemik Covid-19 adalah sepenuhnya dengan pembukaan rasmi cawangan
satu cabaran yang terpaksa diharungi oleh Mohd pertama Muazz Gadget. Dengan sambutan yang
Hazim Muaz bin Halim, 27, pemilik perniagaan diluar jangka, kini Mohd Hazim dalam proses
Alat Telekomunikasi. Beliau menjalankan mengenalpasti lokasi baharu sebagai cawangan
perniagaan menyediakan perkhidmatan kedua dan dijangka akan dibuka sebelum akhir
penjualan alat telekomunikasi (telefon dan gajet) tahun 2022.
termasuk jualan aksesori dan perkhidmatan
membaiki telefon. Perniagaan ini berhadapan Kini, setelah sektor ekonomi negara dibuka
cabaran apabila perniagaannya kehabisan stok. sepenuhnya, jualan Muazz Gadget dilihat
Manakala stok yang dipesan tidak dapat dihantar mampu mencapai nilai jualan kasar sehingga
oleh pembekal menyebabkan proses jual beli dan RM40,000.00 sebulan dengan sambutan yang
permintaan pelanggan tidak dapat dipenuhi. amat memberansangkan dari pelanggan. Banyak
peluang dan kursus anjuran MARA telah dihadiri
Ibarat perumpamaan bulan jatuh ke riba, MARA beliau bagi mengukuhkan lagi perniagaan Muazz
Perlis telah menawarkan lot perniagaan di Gadget. Terima kasih MARA atas peluang yang
premis perniagaan MARA iaitu Arked MARA diberikan.

Sumber berita : PUSMA Perlis

19

20

EDaSriRHobMi laOhirTnyOa R

Memulakan sebagai hobi dalam dunia permotoran, beliau membaiki dan
mengubahsuai kereta/motosikal sendiri di rumah bersama kawan-kawan,
kini Adib Affandi bin Mohamad, 36, boleh berbangga kerana sudah memiliki
bengkel automotif sendiri. Beliau tidak mempunyai pendidikan formal dalam
bidang automotif namun minat yang sangat tinggi, ditambah sukan permotoran
sudah sebati dalam dirinya maka beliau bertekad untuk berjaya dalam bidang
ini. Bermula dengan membaiki, mengubahsuai kereta/motosikal sendiri dan
kawan – kawan serta sambutan baik pelanggan, Adib memberanikan diri
membuka bengkel kereta ESR Garage di Kampung Seriab Jalan Kangar, Alor
Setar pada tahun 2013.

21

22

Pada 2017 Adib melangkah setapak lagi dalam bidang automotif dengan membuka bengkel
motosikal ESR Motor di Bazar Behor Lateh, Perlis dengan modal permulaan sebanyak
RM50,000. Atas dasar ingin mengembangkan perniagaan, beliau membuka bengkel yang
dilengkapi dengan peralatan terkini yang diperlukan termasuk mesin untuk mengenal
pasti kerosakan motosikal untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Beliau
dibantu oleh 13 kakitangan termasuk mekanik yang berpengalaman dan professional. ESR
Motor menawarkan alat ganti dan aksesori motosikal berprestasi tinggi serta perkhidmatan
naik taraf prestasi motosikal untuk semua jenis motosikal pada harga yang berpatutan. Alat
ganti ESR Motor boleh didapati dalam dua (2) jenama iaitu REDLEO (jenama perlumbaan
motosikal yang terkenal dan dipercayai) dan ESR Motor (jenama sendiri). Peralatan dan
komponen baru ini telah dibangunkan oleh mekanik profesional ESR Motor sendiri. ESR juga
menjadi pembekal utama alat ganti jenama Redleo di Malaysia.
Beliau amat berterima kasih kepada pihak MARA kerana memberi peluang kepada usahawan
muda sepertinya untuk menyewa di premis perniagaan MARA Bazar Behor Lateh dan juga
menerima kemudahan dari PUSMA Perlis bagi kategori Perlindungan Harta Intelek (MyIPO).
serta MARA sentiasa turun padang dan dari memantau premis perniagaan dan memberi
khidmat nasihat serta pandangan dalam perniagaan. Beliau juga amat berpuas hati dengan
segala perkhidmatan yang diberikan oleh MARA Perlis sama ada dari segi penyewaan kedai,
kemudahan pembiayaan, kursus dan lain-lain perkara yang berkaitan.

Sumber berita : PUSMA Perlis

23

EFIEYA GLOBAL
SDN BHD

Efieya Global Sdn. Bhd. merupakan sebuah
syarikat Bumiputera yang ditubuhkan pada
Mac 2021. Produk utama syarikat adalah
kategori Food and Beverages berasaskan
herba yang memberi fokus kepada
pengeluaran produk Daun Senna kering di
bawah jenama T-HOUZ .

Pengasas kepada syarikat merupakan pasangan suami isteri iaitu Noor Hanifi
bin Ibrahim, 37, dan isteri, Nur Suraya binti Abdullah, 30. Noor Hanifi bin Ibrahim
merupakan lepasan GiatMARA Kangar. Memulakan perniagaan sendiri hanya dari
rumah sebelum memiliki premis perniagaan.

Dengan bermodalkan RM1000.00 tanpa sebarang mesin atau peralatan canggih,
mereka berjaya menghasilkan produk Daun Senna yang berkualiti yang mendapat
sambutan serta diterima baik dalam pasaran. Semua proses dari penggredan dan
pembungkusan diusahakan secara manual sebelum berjaya membeli mesin serta
mendapat bantuan dari agensi berkaitan.

Perpatah Melayu berkata ibarat ‘bulan jatuh ke riba’, pada tahun 2021, Efieya Global
Sdn. Bhd. telah menerima bantuan daripada MARA Perlis, iaitu mini forklift dibawah
Skim PUTEK. Bagi memenuhi piawaian pengeluar produk makanan, beliau telah
mendapatkan pensijilan HALAL syarikat melalui Skim BEST (Pensijilan Usahawan).
Maka tahun 2022, Efieya Global Sdn. Bhd. berjaya mendapat Pengiktirafan HALAL
daripada JAKIM dan ini sangat membantu sebagai pengeluar produk berasaskan
bahan makanan yang terjamin pengeluaran produknya.

24

Selain daun yang dijual secara loose, ia turut dijual
dalam bentuk uncang. Pengeluaran produk Daun Senna
ini mengambil masa hampir tiga (3) tahun sebelum ia
diterima dan dipercayai oleh pengguna dengan mencipta
nama sebagai salah sebuah syarikat yang dipercayai
ramai. Lokasi premis perniagaan Efieya Global terletak di
No 3, Jalan 3, Pusat Perniagaan Pengkalan Jaya, 01000
Kangar, Perlis dan gudang penyimpanan barang terletak
di Medan Chuping Jaya, Perlis. Selain jualan terus kepada
pengguna Efieya Global Sdn Bhd. juga turut berperanan
sebagai pemborong dan pembekal kepada syarikat-
syarikat lain yang turut mengusahakan daun senna.
Produk T-HOUZ turut dijual di laman sesawang https://
www.t-houz.com/dan SHOPEE https://shopee.com.
my/thouzhq. Pembeli atau pemborong juga boleh
mendapatkannya terus di premis perniagaan. Hasil
pembangunan beberapa produk keluaran syarikat
ini diharap dapat membantu industri makanan halal
seterusnya membantu rakyat dalam mendapatkan produk
muslim. Terdapat beberapa produk keluaran T-Houz yang
diusahakan iaitu Senna Care, Semonex, Senergy, Senna
Mumtaz dan Senna Jayyid.

Sumber berita : PUSMA Perlis

25

FOOD & HOTEL MALAYSIA

2022 (FHM)

Lapan (8) usahawan Gate To Global telah dipilih oleh Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU)
untuk menyertai pameran antrabangsa iaitu Pameran Food & Hotel Malaysia 2022 yang telah
diadakan di Kuala Lumpur Convetion Centre (KLCC). Pameran telah berlangsung pada 29 Mac
hingga 1 April 2022.
Booth MARA merupakan booth yang dipilih oleh pihak penganjur bagi sesi Walkabout YB. Dato’
Sri Hajah Nancy binti Shukri, Menteri Pelancongan Seni Budaya untuk dilawati. YB. Menteri telah
berkesempatan meluangkan masa menandatangani plak Walkabout di booth MARA dan beramah
mesra bersama usahawan-usahawan MARA. Turut mengiringi YB. Menteri ialah Encik Yahya bin
Sani, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan.
Sesi Live Biznetwork juga telah diadakan bagi mempromosi produk-produk usahawan secara atas
talian. Penganjur pameran FHM ini telah menyediakan lebih kurang 230 booth dan disertai oleh
usahawan dari negara luar antaranya Australia, Korea, Jepun dan Germany.

26

27

TERBITAN
Bahagian Inovasi dan Teknologi Kreatif MARA

Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA,
50609 Jalan MARA, Kuala Lumpur.

28


Click to View FlipBook Version