Majlis Amanah Rakyat Buletin Pendidik 1
2 Buletin Pendidik Februari 2023 Sidang Editor e-Berita Pendidik berhak meminda, mengubah dan menggarap manuskrip yang dihantar agar bersesuaian dengan garis panduan yang ditetapkan dan tidak mengubah isi asalnya. Semua manuskrip yang diterima sama ada disiarkan ataupun tidak disiarkan tidak akan dikembalikan. Manuskrip ini juga boleh digunapakai oleh pihak yang diberi kebenaran untuk masa-masa akan datang. Kami mengalu-alukan sebarang cadangan atau komentar, surat menyurat, rencana dan ulasan ke meja Sidang Editor atau emel ke infobitk@mara. gov.my Sebarang pertanyaan hendaklah dialamatkan kepada: Pengarah Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur. Tel: 03 2613 2401 Faks: 03 2691 0075 Email: [email protected] Copyright@MARA 2021. All rights reserved PENAUNG Razlan bin Haji Samsuri Timbalan Ketua Pengarah ( Pendidikan ) MARA PENERBIT Jamizan bin Baki Timbalan Pengarah II KREATIF Produksi Grafik TEKNIKAL & HEBAHAN Hanif Fahmi bin Arshad Pen. Pegawai Teknologi Maklumat (K) Unit IT & Solusi PENERBIT EKSEKUTIF Nor Zaini binti Abu Kassim Pengarah Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA EDITOR Tik Shaiza binti Ariffin Penolong Pengarah JURUFOTO Produksi Kreatif SIDANG EDITOR Penerbit : Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA 2 Buletin Pendidik Februari 2023
Majlis Amanah Rakyat Buletin Pendidik 3 Majlis Amanah Rakyat Buletin Pendidik 3
4 Buletin Pendidik Februari 2023 Selamat Bersara diucapkan kepada Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT), Dr. Hamzan bin Omar yang merupakan figura sektor pendidikan yang amat disegani. Sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada beliau, mari kita susur perjalanan cemerlang karier beliau bersama MARA. Beliau bermula sebagai guru sejarah di MRSM Jasin - kini dikenali sebagai MRSM Tun Ghaffar Baba (TGB) - pada tahun 1986. Selama 25 tahun beliau berkhidmat dengan penuh tekun dan dedikasi di pelbagai maktab di seluruh negara, khasnya, Beseri, Muar, Serting dan Terendak. Pada tahun 2006, beliau ditawarkan jawatan sebagai Ketua Jabatan Sains Sosial di MRSM Alor Gajah. Cabaran disahut dan ternyata kecemerlangan terus membawa beliau ke puncak jaya kariernya apabila beliau ditawarkan pula jawatan Timbalan Pengetua di MRSM Pekan. Seterusnya pada tahun 2012 beliau ditukarkan ke MRSM Batu Pahat sebagai pengetua untuk mengetuai program IGCSE yang baru diperkenalkan di sana. Ini disusuli dengan peluang untuk mengepalai program IB-MYP pada pertengahan tahun 2015 di MRSM Pontian. Kemuncak kepada karier beliau hadir pada tahun 2020 apabila beliau ditawarkan jawatan berprestij sebagai Pengarah Bahagian Pengajian Tinggi (BPT). Umum yang mengenali Dr. Hamzan sering menyatakan kekaguman mereka dengan kecintaan serta keterbukaannya kepada ilmu. Beliau mudah serta suka berkongsi ilmu dengan orang SELAMAT BERSARA, Dr. Hamzan 4 Buletin Pendidik Februari 2023 Oleh : TS binti Ariffin
Majlis Amanah Rakyat Buletin Pendidik 5 disekelilingnya, bukan itu sahaja, Dr. Hamzan juga mengamalkan sikap yang sangat terbuka dengan pandangan orang lain, meraikan pandangan yang berlainan daripadanya. Selain daripada itu, susuk father figure yang ditunjukkannya sering membuat bukan sahaja pelajar malahan rakan-rakan serta staf merasa dekat dengannya. Seorang ketua yang memimpin dengan menunjukkan teladan yang baik, beliau menghormati semua lapisan staf dan sangat mudah memberi kerjasama. Ini adalah antara perihal peribadi Dr. Hamzan yang dikongsi oleh mereka yang pernah berkhidmat bersama dengan beliau dengan e-Berita Pendidik. Kepakaran beliau dalam subjek sejarah, kemahiran berfikir dan keterbezaan MRSM adalah merupakan antara beberapa perkara yang menjadikan persaraan beliau satu kehilangan yang bukan kecil kepada dunia pendidikan MARA. Semoga Dr. Hamzan dapat menjalani alam persaraan dengan baik. Jasa bakti serta budi yang ditabur akan dikenang sepanjang zaman. Majlis Amanah Rakyat Buletin Pendidik 5
6 Buletin Pendidik Februari 2023 Muhammad Faris Izzuddin, pelajar Kolej Profesional MARA (KPM) Ayer Molek, Melaka mengharumkan nama MARA apabila berjaya memperolehi markah 100% bagi subjek Management Information (FIA) dalam peperiksaan yang dijalankan oleh Association of Chartered Certified Accountants (ACCA). Anugerah ini telah meletakkan beliau sebagai terbaik dunia untuk subjek Pengurusan Maklumat bagi peperiksaan daripada badan berprestij ini. Pelajar berdedikasi ini dilahirkan di Paya Rumput Melaka, telah mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad Melaka sebelum melanjutkan pengajian di bawah PELAJAR KPM AYER MOLEK TERBAIK DUNIA Young Talent Program : Foundation in Accountancy di KPM Ayer Molek. Beliau bercita-cita ingin menyambung pengajian di peringkat Profesional ACCA di Griffith College, Ireland dan bercita-cita menjadi seorang Juru Audit Bertauliah di syarikat Big 4. Semoga apa yang dicita-citakan oleh pelajar ini menjadi satu realiti dan beliau terus berdaya maju untuk melakar nama di puncak dunia. Tahniah! #MARA #hiedumara #aymorian2023 #ACCA #KolejProfesionalMARA Sumber : Kolej Profesional MARA Ayer Molek Suntingan: BITK 6 Buletin Pendidik Februari 2023
Majlis Amanah Rakyat Buletin Pendidik 7 Azlinda Shafie, pensyarah Cemerlang Sains Komputer dari Kolej MARA Banting (KMB), berjaya memenangi Bronze Award di Pertandingan Virtual 3MT (Virtual 3 Minutes Thesis Competition) anjuran UiTM Kelantan baru-baru ini. Beliau membentangkan dapatan kajian beliau di peringkat Doktor Falsafah bertajuk The Effectiveness of Station Rotation Gamification To Increase Motivation, Engagement And Achievement In Computer Science. Azlinda juga turut memenangi anugerah Best Presenter Award di dalam 2nd KMS Colloquium of Knowledge Sharing Among IPMA (2nd CSI 2022) pada 24 November 2022. Guru cemerlang ini telah berkhidmat dengan MARA selama hampir 24 tahun dan telah mengajar pelbagai program di KMB seperti Program Asasi UM, Matrikulasi KPM dan Program International Baccalaureate (IB). Satu perkara yang menarik mengenai Azlinda adalah beliau merupakan bekas pelajar MRSM Jelebu dan MRSM Kota Bharu. Beliau kemudian mendapat tawaran daripada MARA untuk melanjutkan pengajian ke St. Louis University, Missouri, Amerika Syarikat dalam bidang Management Information System. Rentetan daripada minat yang mendalam terhadap dunia penyelidikan dan teknologi, beliau menyambung pengajian sarjana dalam bidang yang sama daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada tahun 2002. Kini, seperti yang dinyatakan di atas, beliau dalam peringkat akhir untuk menyiapkan tesis Doktor Falsafah beliau di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai. Beliau juga pernah memenangi beberapa anugerah inovasi bersama rakan kumpulan dan juga secara individu. Kejayaan beliau ini diharapkan dapat menjadi pendorong kepada warga pendidik yang lain untuk terus lebih cemerlang. Sumber : BPT Olahan : BITK Majlis Amanah Rakyat Buletin Pendidik 7 Bronze Award Untuk Kajian Gamifikasi Azlinda
8 Buletin Pendidik Februari 2023 Nur Shafifi binti Shapar pelajar semester 2, Diploma in Polymer Composite Processing Engineering Technology (DTP), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Masjid Tanah telah berjaya merangkul gelaran Naib Johan dalam Kejuaraan Silat Terbuka Kebangsaan 2023 Piala Exco Belia & Sukan Negeri Sembilan. Kejuaraan ini membuka gelanggang dengan 1,500 penyertaan daripada 83 buah pasukan dan telah dirasmikan oleh Exco Pembangunan Belia dan Sukan Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani. Piala Naib Johan Kejuaraan Silat Milik Nur Shafifi Kejohanan itu mempertandingkan peserta daripada pelbagai peringkat umur bermula daripada usia enam (6) sehingga18 tahun. Kejayaan Nur Shafifi sangat membanggakan warga MARA. Penyertaan anak muda dalam seni mempertahankan diri warisan bangsa ini perlu diberi lebih galakan agar ia tidak lapuk ditelan zaman. Semoga Nur Shafifi dapat meraih kejayaan yang lebih besar di peringkat dunia. Sumber : BKT Olahan : BITK 8 Buletin Pendidik Februari 2023
Majlis Amanah Rakyat Buletin Pendidik 9 Majlis Amanah Rakyat Buletin Pendidik 9
10 Buletin Pendidik Februari 2023 27 Pelajar TVET Ke Luar Negara Memasang impian untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di dalam atau luar negara adalah umpama motivasi untuk berjaya bagi setiap pelajar. Peluang yang ditawarkan oleh MARA untuk melanjutkan pengajian ke luar negara kepada 27 orang pelajar lepasan TVET MARA dari KKTM dan MJII seperti mimpi yang telah menjadi kenyataan. Tahniah diucapkan kepada mereka, semoga terus cemerlang membina nama negara di mata dunia. University of Canterbury Bachelor of Engineering ( Honours ) , Electrical and Electronics Engineering Nurfirdaus Najwan bin Rozaidy MJII Nurul Izzah binti Azmi MJII Nur Zahirah binti Ismail MJII Mohammad Ferhadee bin Zaidin MJII Mohammad Hazim bin Mohammad Tarmizi MJII Aina Norsyafiah binti Azhar MJII Badrul Amin bin Abdullah MJII The University of Queensland Bachelor of Engineering (Honours) - Mechatronic Engineering Muhammad Arif Safwan bin Abdul Rahman MJII Muhammad Amirul Haziq bin Shamsul Kamar MJII Ahmad Mursyid Ismail bin Abd Hafi MJII Muhammad Sulaiman bin Md Akhir MJII Bachelor of Engineering (Honours) - Software Engineering Airly Harridzuan bin Su'aidi MJII University of New South Wales Bachelor of Engineering (Honours) - Civil Engineering Adi Husaini bin Azahari KKTM Sri Gading Bachelor of Design Nur Atiqah binti Hanizan KKTM Rembau University of Adelaide Bachelor of Engineering (Honours) - Electronics and Electrical Fauzan Syahmi bin Shapi'ei MJII Ameer Aminurharis bin Azman MJII 10 Buletin Pendidik Februari 2023
Majlis Amanah Rakyat Buletin Pendidik 11 The University of Auckland Bachelor of Engineering (Honours) - Electrical and Electronics Engineering Ammar bin Azizul Raheem MJII Muhammad Alif Hafizi bin Muhammad Apandi KKTM Pasir Mas Bachelor of Engineering (Honours) Software engineering Ahmad Amiruddin bin Kamal MJII University of Technology Sydney Bachelor of Engineering (Honours) (Biomedical Engineering) Nur Syazana Aqilah binti Azhar KKTM Ledang Nur Fatini Jamla binti Norlijam KKTM Ledang Nadia binti Sulaiman - KKTM LEDANG Su'aidah Batrisyia binti Saffridin KKTM Ledang Nurfatin Aqilah binti Mohd Long KKTM Ledang Irffan bin Nizam KKTM Ledang Intan Natasha Aziera binti Abdul Rahman KKTM Ledang Balqis binti Muhammad Yusri KKTM Ledang Sumber : BKT Olahan : BITK Majlis Amanah Rakyat Buletin Pendidik 11
12 Buletin Pendidik Februari 2023 KUIZ FALAK DAN ASTRONOMI MRSM GALAK MINAT PELAJAR PADA ILMU FALAK Satu pertandingan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar MRSM tentang ilmu falak telah diadakan baru-baru ini dan telah mendapat sambutan yang amat baik dalam kalangan warga MRSM. Pertandingan Kuiz Falak dan Astronomi MRSM Se-Malaysia 2022 ini adalah anjuran Jawatankuasa Jaringan Institusi, Masyarakat dan Perhubungan Awam (UiTM) dengan kerjasama beberapa bahagian dan agensi berikut; Bahagian Pendidikan Menengah (BPM), MRSM Kuala Klawang, Muafakat Kebangsaan, Islamic Astronomy & Solar Astrophysic (IASA) UiTM Shah Alam, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Shah Alam dan Persatuan Falak Syari'i Malaysia (PFSM). Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar MRSM di Malaysia daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Seramai 3133 orang pelajar daripada 43 buah MRSM telah mengambil bahagian dan pada peringkat permulaannya ia dijalankan pada Disember 2022 secara dalam talian. Para pelajar diuji dengan 40 soalan objektif, yang digubal oleh pensyarah-pensyarah UiTM Shah Alam. Mereka perlu menyelesaikan soalan -soalan ini dalam masa 60 minit. 12 Buletin Pendidik Februari 2023
Majlis Amanah Rakyat Buletin Pendidik 13 Hadiah yang disampaikan adalah merupakan sijil, plak serta wang tunai. Johan pula turut mendapat sebuah Piala Iringan daripada Bahagian Pendidikan Menengah (BPM). Persatuan Falak Syari’e Malaysia telah berbesar hati untuk menyumbangkan hadiah wang tunai kepada 10 orang pelajar yang mendapat markah tertinggi. Majlis penganugerahan ini diserikan oleh barisan VIP berikut ; Profesor Madya Dr. Mohd Afandi Mat Rani (Dekan Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM Shah Alam) , Prof. Madya Dr Nur Nafhatun Md. Shariff (Ketua Unit Islamic Astronomy & Solar Astrophysic UiTM Shah Alam), Encik Mohd Razlan Bin Ahmad (Pensyarah Pengajian Islam Kontemporari UiTM Shah Alam / Exco Persatuan Falak Syari’e Malaysia) dan Datin Datin Molizah Alis Bt Abdul Mal (Pengetua MRSM Kuala Klawang). Semoga pendedahan ini membuka ruang yang lebih besar kepada para pelajar MRSM untuk menerokai ilmu falak. Sumber : MRSM Kuala Klawang Olahan : BITK Majlis Amanah Rakyat Buletin Pendidik 13 Kemenangan adalah berdasarkan siapa yang mendapat markah tertinggi dan yang terpantas menghantar jawapan (dalam tempoh pertandingan). Sebanyak tiga (3) buah MRSM berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir, dan setiap MRSM ini diwakili oleh empat (4) orang pelajar. Peringkat akhir pertandingan ini diadakan di UiTM Shah Alam, bertempat di Business Theatre A, Kompleks AlFarabi. Mereka diberikan soalan-soalan objektif dan subjektif yang menguji serta mencabar minda dan diadili oleh juri-juri yang terdiri oleh barisan para pensyarah serta Profesor Madya UiTM Shah Alam. Pemenang-pemenang kuiz ini adalah seperti berikut: Johan : MRSM Taiping Naib Johan : MRSM Kepala Batas Ke-tiga : MRSM Betong Anugerah Peserta Teramai : MRSM Terendak
14 Buletin Pendidik Februari 2023 Institut Kemahiran MARA (IKM) Melaka -1968 Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Petaling Jaya – 1971 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Seremban - 1972 14 Buletin Pendidik Februari 2023
Majlis Amanah Rakyat Buletin Pendidik 15 Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuantan -2003 (Asalnya adalah MARA Community College (MCC)-1983) Pusat GIATMARA Jitra - 1986 German-Malaysian Institute (GMI)-1991 Majlis Amanah Rakyat Buletin Pendidik 15
16 Buletin Pendidik Februari 2023 Kolej MARA (KM) Seremban – 1994 Kolej Profesional MARA (KPM) Beranang – 1998 Universiti Kuala Lumpur (UniKL)- 2002 16 Buletin Pendidik Februari 2023
Majlis Amanah Rakyat Buletin Pendidik 17 Universiti Poly-Tech Malaysia -2023 (Asalnya adalah Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM), Cheras-2015 dan sebelumnya adalah Maktab Sains MARA (MSM KL) - 1987) MARA Japan Industrial Institute (MJII) Beranang- 2012 (Asalnya adalah KKTM Beranang-2008) Majlis Amanah Rakyat Buletin Pendidik 17
18 Buletin Pendidik Februari 2023 Gala Dinner 50 Tahun MRSM 4 Februari 2023 | Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur
Majlis Amanah Rakyat Buletin Pendidik 19
20 Buletin Pendidik Februari 2023 MRSM Pengkalan Chepa (PC) telah menyambut ulang tahunnya yang ke-50 pada 3 Februari yang lalu. Sambutan besar-besaran ini telah diadakan pada 4 Februari (Sabtu) di maktab dengan kehadiran seramai 600 orang tetamu. Tarikh ini dipilih kerana pada 3 Februari 1973, kumpulan pelajar pertama telah mendaftar di maktab ini, menjadikannya maktab kedua dalam senarai barisan MRSM (Pada waktu itu ia dikenali sebagai MRSM Kota Bharu (KB) dan ditukar kepada MRSM PC pada tahun 1994,untuk mengelak kekeliruan kerana adanya pertambahan MRSM di bandar Kota Bharu). Majlis yang dinamakan Bekwoh 50T (Bekwoh adalah bermaksud “Kenduri Besar” dalam dialek BEKWOH50T RAI 5 DEKAD USIA MRSM PC Kelantan) bukan sahaja mengumpulkan para alumni, bekas guru dan bekas kakitangan tetapi turut meraikan pelajar dan guru-guru terkini MRSM PC. Majlis bermula pada jam 3 petang, bila bekas pelajar mula membanjiri kawasan maktab usai solat Jumaat. Dalam suasana yang santai dan relaks, komiti, dibantu oleh adik-adik tingkatan 4 menjalankan proses pendaftaran pelajar disamping memastikan acara berjalan dengan lancar. Di Dewan Makan, suasana semakin meriah bila bekas pelajar mula memenuhi ruang untuk beramah mesra dengan bekas guru-guru dan juga bekas kakitangan. Terharu melihat mereka yang rataratanya dalam usia 70-80 tahun tetap bersemangat 20 Buletin Pendidik Februari 2023 Oleh : TS binti Ariffin
Majlis Amanah Rakyat Buletin Pendidik 21 datang untuk bertemu dengan bekas pelajar. Sungguh hebat ukhwah antara mereka. Beberapa reruai turut mempamerkan pelbagai barangan jualan, sebahagiannya merupakan barangan bisnes ahli ANSARA KB dan sebahagian lagi merupakan barangan merchandise ANSARA KB. Alumni teramai yang memeriahkan sambutan ini adalah daripada kumpulan perintis (1973- 1977) dengan kedatangan ahli seramai 82 orang. Kumpulan ini merupakan kumpulan semua lelaki. Mereka turut menaja tiket kapalterbang serta tempat penginapan bekas guru-guru kesayangan mereka. Puan Wan Nasihah Wan Abdullah, bekas pengetua serta guru biologi hadir walaupun beliau terpaksa menggunakan ambulan dan kerusi roda. Hampir menitis air mata melihatkan kesungguhan mantan guru ini serta anak-anak muridnya yang setia mengiringi menghantarnya pulang menaiki ambulan. Tepat pada jam 5 petang, para pelajar berarak masuk ke Dewan Besar, mereka bergerak daripada pagar maktab sambil menyanyikan lagu kegemaran anak-anak MRSM sepanjang zaman - Lagu Maktab! Pada petang itu, di bumi MRSM PC, bergema sekali
22 Buletin Pendidik Februari 2023 lagi lagu maktab, ciptaan Ariffin Pawanchik, yang juga merupakan anak Kelantan dinyanyikan dengan penuh semangat oleh bekas pelajar. 49 tahun sebelumnya, di tempat yang sama lagu maktab dinyanyikan buat pertama kali (untuk seluruh MRSM), dan kini ia bergema lagi, dilaungkan oleh putera-puteri MRSM PC yang sebahagiannya sudah menjangkau usia lebih setengah abad! Di Dewan Besar acara diteruskan dengan ucapan daripada Cik Nuraiza Dato’ Zaharin Ketua Cawangan (KC) ANSARA KB, diikuti oleh Pengetua MRSM KB dan juga Dato’ Wan Abdul Aziz Wan Ariffin bekas KC ANSARA KB yang pertama. Majlis turut menjemput saudara Roslan, mantan Presiden Badan Wakil Pelajar (BWP) pertama MRSM PC . Majlis ini juga turut dimeriahkan dengan pelancaran Batik ANSARA KB yang bakal dipasarkan tidak lama lagi, diikuti dengan peragaan batik tersebut oleh empat (4) orang ahli yang ternyata begitu sporting sekali! Majlis ini diakhiri dengan upacara memotong kek oleh KC ANSARA KB diiringi para mantan guru-guru dan disaksikan sekelian yang hadir. Walaupun majlisnya ringkas namun keriangan dan kebahagian terpancar di wajah setiap tetamu. Sebuah lagi majlis reunion besar-besaran bakal diadakan di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur pada bulan Julai yang akan datang untuk meraikan lebih ramai mantan guru serta mantan pelajar.
Majlis Amanah Rakyat Buletin Pendidik 23 Majlis Amanah Rakyat Buletin Pendidik 23
24 Buletin Pendidik Februari 2023 MCC Kuantan- The Early Days Recollections by Mr. Aw Dai Kooi Mr. Aw Dai Kooi, was one of the pioneer teachers of MRSM. He began his teaching career in MRSM KB on 1st January 1973, 2 months and 3 days before the college was officially opened. Currently residing in Petaling Jaya with his wife Mrs. Joyce Aw who was also an MRSM teacher, Mr. Aw actively writes of his recollections of his teaching days in MRSM. In this article, he talks about the birth of MARA Community College (MCC) Kuantan, which is now known as Kolej Poly-Tech MARA (KPTM). 1st January : a date of significance, a new beginning. For me, it is the first page of my career life. 1st Jan 1973, I went in search for the physical existence of MRSM KB to report for duty as Guru MRSM. I was there for 10 Years, to play my role as a cog in the wheels of the life of my students. It ended in Dec 1982, when I was transferred to MARA HQ KL. The page turned in 1983. 1st Jan 1983, I reported for duty as Pegawai Penyelaras Kimia at Bahagian Pelajaran Menengah (BPM) MARA KL (now known as Bahagian Pendidikan Menengah). The person who welcomed me to BPM was none other than my former boss at MRSM KB, Arwah Pak Din; small world indeed! From chalk-talk to desk-bound, a big shift in my role as an educator, person to person contact with students and fellow teachers to an environment of far and remote person-less other than fellow office colleagues. In the middle of the 1st Quarter of 1983, I came across a book on the Community Colleges and the American Associate Degrees (AAD) of USA. And, about that time, through the breeze of the office 24 Buletin Pendidik Februari 2023
Majlis Amanah Rakyat Buletin Pendidik 25 grapevines, I heard that MARA, rather BPM, was considering setting up a 2-year transfer programme for the American degrees in USA. Somehow, I didn’t link the two (2) incidents together. In April/May 1983, Dato’ Jamaluddin Abd Hamid, the then Pengarah of BPM, called the 5 of us : Dato’ Mydin Sharif (the then Pengetua MRSM Kulim), Cikgu Ismail Mat Piah (Maths Teacher MRSM Kulim), Cikgu Shahein Mahmud (Biology Teacher MRSM KB), Cikgu Tiang Chi Long (Pegawai Penyelaras Fizik BPM) and I for a meeting in BPM. He briefed us on the American Transfer Programme and tasked us in setting an AAD Programme modelled after the Lincoln Land Community College of Springfield, Illinois, USA. Dato’ Jamaluddin had liaised with the then President of LLCC, Springfield, Dr Robert Poorman on the setting up of this programme. In May 1983, the five of us flew to Springfield, Illinois, USA for a work-visit to LLCC to look into the set-up of a Community College, i.e., administration and pedagogy. I looked into the curriculum and teaching material, the laboratories and the classrooms of the Chemistry course in LLCC. Majlis Amanah Rakyat Buletin Pendidik 25
26 Buletin Pendidik Februari 2023 Through the good office of Dr Poorman and his arrangement, we were able to visit universities in Illinois and Ohio that MARA has been sending students to study there : SIU Carbondale, NIU Dekalb, Illinois Central University Peoria, University of Illinois Urban-Cabana, State University of Ohio Columbus, University of Ohio Athens. Our mission was to make known to them of our transfer programme ala AAD. We were received with good positive response. As we were new and of foreign origin, they would consider our students’ applications on a case to case basis in lieu of total transfer of credits. As we were there during the Summer Break of these universities, we were not able to look into the academic aspects of these universities. Back in BPM, after a month’s visit to USA, I became the unofficial co-ordinator of the AAD Programme. We had a series of meetings to lay the foundation of the Programme focusing mainly on the academic aspects of the Programme. It would be a 2-year American Degree Transfer Programme using 4-point GPA system for evaluation with 2 semesters for each academic year. Each semester had a 19-week duration with one week of mid-term break. MARA had decided that the Programme would only offer courses in engineerings and accountancy. We were not involved in the administration, management and student intake of the Programme. The College, known at that time as MARA Community College (MCC), would be housed at the existing Pahang Agricultural Training Centre at Batu 6, Jalan Gambang, Kuantan, Pahang. Because of administrative and management matters, MCC was placed under the management of Yayasan Pelajaran MARA. The five of us were then seconded to YPM. Other MRSM teachers then joined us : Cikgu Zakaria Md Noor (MRSM Kulim for Malay Language Studies), Cikgu Selvarajah (MRSM Seremban for Geography) and Ustaz Yusoff (MRSM Kuantan for Islamic Studies). YPM also hired some locals 26 Buletin Pendidik Februari 2023
Majlis Amanah Rakyat Buletin Pendidik 27 and expatriates for other courses required in the Programme. Due to construction issues in converting the Training Center to MCC, the intake of students could only be done in late September 1983. Enrollment of students and courses had to be done manually as the digital and electronic technology were not so advanced at that time. We were still in the analogue environment. My role in MCC was strictly academic, not that of an educator as I was in MRSM. I started from scratch producing a booklet covering the coursework of Chemistry 101 modelling that of LLCC Spring, Illinois, USA. It outlined the behavioural objectives and outcomes expected for all the 18 lectures of Chemistry 101 and the lab worksheets for one semester. It also included the mode of evaluation for the course: percentage weightage for class attendance, lab work, pop quizzes, Mid-Term Exam and Final Exam. In addition, there was an audit session with the students. This booklet was ready at the end of Semester 1 of Session 1983/84 and was implemented in Semester 2 of Session 1983/84. The purpose of this booklet was to enable and to empower the student to manage and prioritise his/her time and study schedules. It may have worked. Almost all the students who took CHE 101 for Semester 2 Session 1983/84 did not have to sit for the Final Exam and got Grade A for CHE 101. My term of service at MCC/AAD Kuantan came to an end in September 1984 as YPM did not extend our service at in the College. I was transferred to MRSM Kuantan as Guru Fizik. Although Chemistry was my major study in the university, I took Physics up to Year 2 at uni. But, it was a challenge for me to teach SPM Fizik in Bahasa Malaysia. I was learning about the subject at the same time teaching it to the students! This new assignment caused an amusing social media argument, even today, between students of MRSM KB/PC and MRSM Kuantan. The MRSM KB/PC students would claim I was their Cikgu Kimia while Kuantan students would insist I was their Cikgu Fizik! At MCC, other than seeing them during lectures and lab work, I had the barest minimal contact with the students. There was no person to person interaction. The students, as young adults, were able to fend for themselves, taking care of their own needs and wants. They were finding their footing in the world and would not prefer other older adults to interfere with their way of life. This was in contrast to my time in MRSM KB/PC. The students, young adolescents in growing and developing, needed emotional and psychological support from the adults around them, thus developing strong bonds with their teachers. And so on 1st January 1985, I was back to the ecosystem of MRSM as an educator till my retirement in 2003. Aw Dai Kooi 15 Feb 2023 Majlis Amanah Rakyat Buletin Pendidik 27
28 Buletin Pendidik Februari 2023 Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA 50609 Jalan MARA, Kuala Lumpur. Tel: 03 2613 2401 Faks: 03 2691 0075 Email: [email protected] Copyright ©️ MARA 2022. All rights reserved