PelaburanBuletin Sektor Mei / 2021
www.mara.gov.my
Bahagian Industri
Pengangkutan (BIP) :
Meneruskan Agenda
Pembangunan Sosio
Ekonomi Bumiputera di Luar
Bandar
Tindakan
PELAKSANAAN
UNDANG-UNDANG
oleh PMN PULAU PINANG
PelaburanBuletin Sektor
SIDANG EDITOR MARA
Penerbit : Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA
PENAUNG Sidang Editor e-Buletin berhak meminda mengubah
Mohd Diah bin Abas dan menggarap manuskrip yang dihantar agar
Pengarah Kanan (Pelaburan) MARA bersesuaian dengan garis panduan yang ditetapkan
dan tidak mengubah isi asalnya. Semua manuskrip
PENERBIT EKSEKUTIF yang diterima sama ada disiarkan ataupun tidak
Nor Zaini binti Abu Kassim disiarkan tidak akan dikembalikan. Manuskrip
Pengarah ini juga boleh digunapakai oleh pihak yang diberi
Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA kebenaran untuk masa-masa akan datang. Kami
mengalu-alukan sebarang cadangan atau komentar,
PENERBIT surat menyurat, rencana dan ulasan ke meja Sidang
Jamizan bin Baki Redaksi atau email ke [email protected]
Timbalan Pengarah II
Sebarang pertanyaan hendaklah dialamatkan
EKSEKUTIF EDITOR kepada:
Zuliana Haslinda binti Anhar Zubir
Timbalan Pengarah I Pengarah
Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA
EDITOR/WARTAWAN Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA
Hasnan bin Harun 50609 Jalan MARA, Kuala Lumpur.
Penolong Pengarah Tel: 03 2613 2401
Faks: 03 2691 0075
Nur Alia Farrahana binti Rushdan Email: [email protected]
Pelajar Praktikal KPTM, Ipoh
KREATIF
Nooroha Buang
Penolong Pengarah
JURUFOTO
Produksi Kreatif
TEKNIKAL & HEBAHAN
Iswardy Adha bin Mohamad
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Kanan)
Pelaburan
Bahagian Industri
Pengangkutan
(BIP) :
Meneruskan Agenda
Pembangunan Sosio Ekonomi
Bumiputera di Luar Bandar
Sejarah Industri Pengangkutan di
MARA:
Bahagian Industri Pengangkutan (BIP) merupakan antara
bahagian atau jabatan yang terawal diwujudkan di MARA.
Sejak dari penubuhan RIDA sehingga sekarang, bahagian ini
turut sama dalam membangunkan bumiputera dalam sektor
perniagaan dan perdagangan khususnya dari aspek mobiliti
rakyat. Pada 1954 sebelum penubuhan RIDA pada 1956, bahagian
ini melalui Kenderaan Bas RIDA telah memulakan operasinya
di Sungai Manik, Perak. Apabila RIDA ditubuhkan secara
rasmi, satu bahagian diwujudkan bagi menguruskan sektor
pengangkutan ini secara lebih tersusun yang dikenali sebagai
Bahagian Kenderaan MARA (BKN). Antara peranan awal adalah
melaksanakan perkhidmatan bas henti-henti dan perkhidmatan
bas sosial seperti bas sekolah.
4 Buletin Sektor Pelaburan MARA Mei 2021
Bas MARA di awal Pada 21 Julai 1961, bas MARA telah djenamakan menjadi
perkhidmatan Kenderaan Bas MARA (KBM). Sejak itu KBM memainkan peranan
penting dalam pembangunan sosio ekonomi masyarakat
bumiputera di luar bandar. Peranan KBM adalah menyediakan
perkhidmatan pengangkutan kepada penduduk luar bandar
terutamanya peneroka Felda untuk berulang-alik dari tanah
rancangan ke bandar. Oleh itu, laluan awal KBM adalah di Pahang
iaitu dari Lurah Bilut ke Bentong. Sejajar dengan perkembangan
semasa, MARA melalui KBM telah mengembangkan
perkhidmatannya ke Sabah dan Sarawak pada tahun 1965 dan
1966.
Pada tahun 1972, peranan KBM terus berkembang selaras dengan
pembangunan negara. Dengan pelancaran Dasar Ekonomi Baru
(DEB), pembangunan ekonomi negara semakin rancak kerana
perkembangan ekonomi sesebuah kawasan dan wilayah bukan
sahaja disebabkan oleh pelaburan dari dalam ataupun luar
negara, bahkan ia berkait rapat dengan keberadaan sumber
manusia di sesuatu tempat di mana peluang ekonomi akan di
jana. Sumber manusia ini yang menggerakkan pelbagai aktiviti
ekonomi yang dirancangkan oleh kerajaan ataupun pihak swasta.
Kemampuan mobiliti di sesuatu wilayah atau kawasan dalam
membawa masuk sumber manusia yang diperlukan ke dalam
wilayah atau tempat berkenaan amatlah penting. Pada April
1972, laluan pertama Bas Ekspres MARA ke utara tanah air telah
dilancarkan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar. Setahun kemudian
pada September 1973, laluan ke selatan tanah air dikembangkan
dengan pengenalan laluan KL-Muar & JB dan laluan JB –
Singapura.
Bas MARA di tahun 1950an
Mei 2021 Buletin Sektor Pelaburan MARA 5
Pelancaran Bas Ekspres MARA KL-Alor Star
Dengan laluan yang semakin banyak dan perkhidmatan
yang bertambah, Bahagian Kenderaan MARA telah distruktur
semula pada 1974 agar perkhidmatan yang diberikan lebih baik.
Perkhidmatan bas oleh BKN telah diklasifikasikan kepada dua
perkhidmatan iaitu sosial dan komersial. Pada 1979 pembahagian
yang dilaksanakan di mana perkhidmatan sosial diletakkan di bawah
Kenderaan Bas MARA(KBM) manakala perkhidmatan komersial
diletakkan di bawah Kumpulan Kenderaan MARA Berhad (KKMB).
Pada tahun 2000, perkhidmatan bas kendalian BKN kemudian
ditambah dengan perkhidmatan bas henti-henti dan ekspres
(Baling-Alor Star, Kulim-Alor Star & Chini-Muadzam Shah-Keratong-
KL). KKMB pada 23 Mac 1985 telah dijenamakan menjadi MARA
Holdings Sdn. Bhd. di mana perkhidmatan Ekspres Nasional ditukar
menjadi Transnasional. Jenama Transnasional sangat rapat dengan
rakyat Malaysia sebelum kemunculan pelbagai syarikat bas eskpres
yang lain. Transnasional akhirnya menjadi NadiCorp pada 1998
apabila MARA melepaskannya untuk dikendalikan secara komersial
melalui Dasar Penswastaan Negara.
Apabila Transnasional dilepaskan oleh MARA kepada Bas Henti-Henti
pihak swasta, ramai yang beranggapan MARA tidak lagi terlibat
dalam sektor pengangkutan sejak penubuhannya, sebaliknya
MARA merangka dan menyusun strategi untuk reinvent sektor
6 Buletin Sektor Pelaburan MARA Mei 2021
BAHAGIAN KENDERAAN (BKN) MARA
Kenderaan Bas MARA Kumpulan Kenderaan MARA
(KBM) Berhad (KKMB)
Perkhidmatan Bas Sosial Perkhidmatan Bas Komersial
Bas Henti-henti
Ekspres Nasional
Kenderaan Bas MARA MARA Holdings Sdn Bhd
(KBM)
Transnasional
Perkhidmatan Bas Sosial
NadiCorp Sdn Bhd
Bas Henti-henti
Laluan Ekspres
(Baling-Alor Setar, Kulim -Alor Setar &
Chini- Muadzam Shah-Keratong-Kuala
Lumpur
Struktur Bahagian Kenderaan MARA (BKN) pada 1980an
pengangkutan MARA agak lebih kompetitif dalam
industri pengangkutan di Malaysia yang semakin
sengit. MARA telah mengkorporatkan Kenderaan
Bas MARA menjadi MARA Liner pada 24 September
2005. Sebanyak 15 laluan ekspres ke utara, selatan
dan pantai timur dikendalikan oleh MARA Liner.
Pada tahun 2007, perkhidmatan bas henti-henti
MARA Liner dimulakan dengan bas baharu dan
akhir sekali pada 17 April 2012, MARA Liner telah
didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
menjadi sebuah subsidiari MARA dengan nama
MARA Liner Sdn. Bhd. Teras utama perkhidmatan
adalah perkhidmatan bas henti-henti dan ekspres.
Selain itu pemilikan laluan dan aset diletak di
bawah Bahagian Kenderaan MARA yang kemudian
distrukturkan semula menjadi Bahagian Industri
Pengangkutan (BIP) sehingga kini.
Mei 2021 Buletin Sektor Pelaburan MARA 7
Peranan utama
Bahagian Industri
Pengangkutan (BIP
Selepas dibuat penjenamaan semula bahagian pada
tahun 2016, BIP berperanan sebagai bahagian yang memantau
pengoperasian MARA Liner Sdn Bhd (MLSB) untuk kedua-dua
operasi bas iaitu henti-henti dan ekspres. Selain itu juga, BIP
berperanan memantau semua aset MARA yang digunakan
oleh pihak MLSB seperti alatan kerja-kerja pembaikan (tools),
bangunan (bengkel), tanah dan juga bas yang pihak MARA
bekalkan. Dalam RMK-11, MARA diperuntukan sebanyak RM168
juta untuk tiga keperluan utama iaitu perolehan penggantian
bas baharu, membekal alatan pembaikan, menaiktaraf
bengkel-bengkel dan membina beberapa bengkel baharu.
a) Bas:
BIP berperanan membuat penyediaan spesifikasi, memantau Bas baharu MARA Liner
pembinaan dan mentauliah bas baharu berdasarkan
peruntukan yang diterima. Melesenkan bas-bas yang dibekalkan
kepada MLSB, memantau dan memeriksa aset-aset tersebut
bagi mematuhi syarat-syarat pengoperasian (permit dari
pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)). BIP juga
dipertanggungjawabkan dengan peranan yang lebih besar
di mana semua permit bas ekspres dan bas henti-henti yang
didaftarkan atas nama Kenderaan Bas Mara (KBM) adalah di
bawah kawalselia BIP.
8 Buletin Sektor Pelaburan MARA Mei 2021
b) Alatan:
Menyediakan spesifikasi dan memantau
kerja-kerja pembekalan alatan yang
diperlukan oleh bengkel-bengkel MLSB.
Memantau dan membuat pemeriksaan
alatan secara berkala di bengkel-bengkel
MLSB. Dan ia tidak terhenti di situ
sahaja, dalam memastikan kesemua
alatan tersebut digunakan sepenuhnya,
BIP juga memainkan peranan sebagai
pemudahcara dalam padanan perniagaan
atau business matching untuk MLSB
dengan jenama-jenama bas terkemuka
dunia seperti SCANIA, MAN dan HINO
dalam menjalinkan kerjasama pintar
dan secara tidak langsung membantu
melestarikan industri pengangkutan bas
negara.
c) Bangunan Bengkel:
Menyediakan spesifikasi dan memantau
kerja-kerja naiktaraf bangunan bengkel
dan kerja-kerja pembinaan bengkel
baharu berdasarkan peruntukan yang
diterima.
Mei 2021 Buletin Sektor Pelaburan MARA 9
PERKHIDMATAN BENGKEL KENDERAAN
Langkawi Kuala Perlis Kuala Jenis Bas Bas MyBus Jumlah
Kuala Nerang Terengganu Perkhidmatan Ekspres Henti-
Sik henti
Raub
Alor Kuantan Bengkel / 3 16 1 20
Setar Lurah Pusat service Bengkel Bengkel Bengkel Bengkel
Yan Bilut (MRO)
Chini (MRO)
Serdang Muadzam
Shah Pusat Perkhidmatan
Jelapang Bengkel Bas Henti-henti
Bandar Perancangan (2020-2021)
Teluk Intan Tun
Tanjung Razak
Malim
Bandar
Kuala Penawar
Lumpur
Rembau
Alor
Gajah
Bengkel Mergong, Kedah Bengkel Kuala Perlis, Perlis Bengkel Yan, Kedah
Bengkel MARA Liner
10 Buletin Sektor Pelaburan MARA Mei 2021
Aset Kenderaan dikendalikan oleh BIP
BIP telah diberi mandat bagi menguruskan kenderaan rasmi MARA yang sebelum ini dikawal
selia oleh Bahagian Aset dan Perolehan (BAP). Unit Logistik dan Kenderaan telah diwujudkan bagi
mengawal selia semua kenderaan rasmi MARA yang terdapat di ibu pejabat, Pejabat MARA Negeri
dan Institusi Pendidikan MARA.
KENDERAAN IBU PEJABAT MARA 82
KENDERAAN PEJABAT MARA NEGERI 51
KENDERAAN PEJABAT MARA LUAR NEGARA
3 Jumlah
KENDERAAN INSTITUSI PENDIDIKAN MARA
BAS MARALINER 189 656
331
Mei 2021 Buletin Sektor Pelaburan MARA 11
Zon Utara Kangar Changlun Pengkalan Kubu Zon Timur
12 Laluan K. Perlis UUM K. Bharu 8 Laluan
Alor Setar Jitra
Sungai Petani Sik
Butterworth K.Ketil
Kulim Kuala Terengganu
Serdang
Dungun
Parit Buntar
Ipoh
Temerloh Kuantan
Pekan
Teluk Intan
Tg. Malim Rompin
S.Alam Chini
Zon Tengah KUALA LUMPUR M.Shah
13 Laluan
Seremban
A. Gajah
Bdr. Melaka
Laluan Bas Ekspres MARA Liner Johor Bahru Bdr. Penawar
Peranan BIP kepada
MARA Liner Sdn Bhd
(MLSB)
BIP merupakan bahagian yang BIP juga berfungsi dalam menyalurkan
memantau operasi dan perkhidmatan bas dana bantuan ISBSF dari APAD ke MLSB. Dana
yang dijalankan oleh pihak MLSB. Ini kerana tersebut adalah untuk bayaran perkhidmatan
permit setiap bas yang dikeluarkan oleh APAD pengoperasian bas henti-henti yang mana
adalah berdasarkan pemilik aset (bas). Maka, tuntutan dibuat kepada APAD melalui MARA
permit untuk setiap bas dinamakan Kenderaan berdasarkan pemilikan permit. Dalam pada itu,
Bas MARA kerana bas-bas tersebut adalah BIP juga bekerjasama rapat dalam memberikan
milik MARA. Adalah menjadi tanggungjawab nasihat strategik kepada MLSB tentang
BIP untuk sentiasa memantau agar MLSB pembukaan koridor dan laluan baharu yang
menjalankan operasi dengan betul. berpotensi bagi perkhidmatan bas henti-henti
dan ekspres.
12 Buletin Sektor Pelaburan MARA Mei 2021
PERKHIDMATAN BAS HENTI-HENTI LUAR BANDAR
Kampung : 92 Perlis Kampung: 167
Laluan : 10 (Mybas) Laluan: 24
Kedah
Kelantan Kampung : 6
Laluan : 1
Pulau Pinang
Kampung : 58 Perak Terengganu
Laluan : 3
Kampung : 46
Laluan : 3 (Stage)
: 4 (Mybas)
Kampung : 20 Selangor Pahang
Laluan : 8
Kampung : 119
Kuala Lumpur Laluan : 26
Kampung : 3 Negeri Sembilan Johor
Laluan : -
Kampung : 23
Melaka Laluan : 5
LALUAN OPERASI BAS MARALINER Kampung : 55
589 (Keseluruhan Kampung) Laluan : 9
79 laluan (Bas Luar Bandar)
14 laluan (myBAS)
Perkhidmatan Bas Henti-henti MARA Liner
Mei 2021 Buletin Sektor Pelaburan MARA 13
Pembangunan sektor
pengangkutan awam
darat di Malaysia.
Sektor pengangkutan awam darat ‘Negara maju bukan sekadar
Malaysia sedang menuju landasan yang tepat mempunyai ekonomi yang kukuh malah
ke arah menyokong agenda pembangunan memiliki perkhidmatan dan rangkaian
Malaysia menjadi negara maju dan dinamik pengangkutan yang saling berhubung
dengan kepelbagaian ekonomi. Di mana namun tidak membebankan rakyat’ –
pertumbuhan ekonomi Malaysia disokong oleh petikan ucapan YAB Tun Dr. Mahathir bin
pembangunan dalam sektor pengangkutan. Mohamad sewaktu merasmikan Dasar
Malaysia telah membina lebih 200,000 km jalan Pengangkutan Negara 2019-2030.
dan 2,900 km rel ini termasuk 18 pelabuhan
dan 22 lapangan terbang yang menjadi tulang darat menjadi pilihan utama rakyat menjelang
belakang kepada kejayaan Malaysia sebagai tahun 2030.
pemain utama dalam pasaran Asia Tenggara
dan global1. Kerajaan sentiasa menitikberatkan Melalui Rancangan Induk Pengangkutan
pengangkutan awam ini demi menjamin Awam Darat Negara, Wawasan Kemakmuran
kesejahteraan rakyat dalam menggerakkan Bersama 2030 serta Dasar Pembangunan
ekonomi negara. Matlamat akhir kerajaan Luar Bandar Kementerian Pembangunan Luar
pastinya untuk melihat pengangkutan awam
1 Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030 ms 10
14 Buletin Sektor Pelaburan MARA Mei 2021
Bandar, semuanya menggariskan kepentingan dan keutamaan
dalam penyediaan sistem pengangkutan awam kelas pertama.
Menyediakan satu sistem yang berupaya menggerakkan rakyat
dan barangan, membuka kepada akses peluang pekerjaan,
pendidikan, kesihatan, ekonomi dan aktiviti sosioekonomi
penduduk di luar bandar dan bandar.
Industri pengangkutan awam darat negara khususnya
dilihat telah berjaya mencapai peningkatan akses di kawasan luar
bandar yang kurang liputan dan meningkatkan kesalinghubungan
antara kawasan. Dengan tahap perkhidmatan yang berkualiti,
selesa dan selamat, ia juga berjaya memendekkan tempoh
perjalanan serta memberi kesan limpahan yang positif kepada
pendapatan rakyat luar bandar hasil daripada pertumbuhan
aktiviti perniagaan dan ekonomi. Dalam memenuhi apa yang
dihasratkan dalam dasar-dasar terbabit, MARA melalui BIP
senantiasa menambahbaik perkhidmatannya selaras dengan
perkembangan semasa. Selain itu BIP melalui MARA Liner
akan meluaskan capaian perkhidmatannya selaras peranannya
iaitu meningkatkan keupayaan mobiliti / keboleh hubungan
penduduk luar bandar ke bandar dan sebaliknya2 .
2 Direktori Pelaburan MARA 2021 ms 15
Mei 2021 Buletin Sektor Pelaburan MARA 15
Cabaran industri
pengangkutan
awam darat negara
ketika Pandemik
Covid-19.
Penularan COVID-19 sangat pantas ke lebih 200,000 turun mendadak kepada 80,000
seluruh dunia. Dalam beberapa bulan sahaja penumpang untuk enam bulan pertama tahun
memberikan impak negatif terhadap ekonomi ini. Alternatifnya, pengendali pengangkutan
dan sosial. Kepantasan penularan ini sejajar awam dan pengeluar kenderaan mengubah
dengan era ketika ini di mana manusia saling semula susun atur dalaman tempat duduk
berkait membolehkan virus ini tersebar ke serta ruang pergerakan dalam bas dan kereta
seluruh penjuru dunia dalam tempoh beberapa api. Mereka juga memasang sensor pintu tanpa
bulan. sentuh, penggunaan pembersih tangan dan
penyediaan penghadang fizikal antara tempat3.
Bagi memutuskan penularan COVID-19
ini, sekatan pergerakan dikuatkuasakan di Penularan Covid-19 memberikan impak
seluruh dunia mengakibatkan penurunan yang bukan sedikit terhadap ekonomi negara
ketara dalam permintaan dan bekalan khususnya dan dunia secara amnya, beberapa
barangan serta perkhidmatan termasuklah sektor ekonomi terjejas teruk akibat Perintah
pengangkutan awam. Walaupun dari semasa ke Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan
semasa kerajaan membuka secara berperingkat untuk memutuskan rantaian visus ni. BIP
beberapa sektor ekonomi dan sosial, cabaran akan meneruskan dan menyesuaikan semua
paling besar dihadapi kerajaan ialah bagaimana perancangan yang telah dibuat sebelum wabak
mengimbangi kesihatan populasi dengan ini menular. Secara umumnya, BIP selaku
pertumbuhan ekonomi. pemegang permit laluan perlu memastikan
perkhidmatan pengangkutan dapat memenuhi
Penularan COVID-19 juga memberikan keperluan dan permintaan pengguna tidak
kesan kepada pengangkutan awam. Kajian di kira dalam situasi apa yang berlaku, bas yang
United Kingdom (UK) mendedahkan empat selamat, trip operasi yang boleh dipercayai dan
daripada setiap 10 individu disoal selidik responsif, selesa serta efisien untuk menyokong
mengatakan mereka tidak akan menggunakan pertumbuhan sosial dan ekonomi negara secara
pengangkutan awam hingga berasa selamat berterusan.
untuk melakukannya. Kesan sama dapat
dilihat di negara kita apabila Transit Aliran Perancangan semasa yang diteruskan
Massa (MRT) Laluan Kajang yang dahulunya adalah menaiktaraf beberapa bangunan bengkel
merekodkan purata jumlah penumpang harian sedia ada bagi membolehkan bengkel-bengkel
3https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2020/12/763919/teroka-sistem-pengangkutan-mudah-pulih-hadapi-bencana
16 Buletin Sektor Pelaburan MARA Mei 2021
tersebut mempelbagaikan operasi perniagaan Perancangan BIP menjayakan Teras
dan bukan hanya sekadar menjalankan kerja- Ke-4, Prasarana Lengkap dan Canggih
kerja pembaikan bas. Di antaranya adalah di bawah Dasar Pembangunan Luar
pembaikan kenderaan ringan, pusat jualan dan Bandar, KPLB (Penyataan Dasar
membekal alat ganti kenderaan, panel pusat Ketiga: Pengangkutan Awam Luar
penyelenggaraan kenderaan dan beberapa lagi Bandar Yang Efisien Dan Mampan)?
perniagaan yang bersesuaian. Ianya bertujuan
menambahbaik hasil jualan/pendapatan Sebagai agensi pelaksana dan peneraju
MLSB disamping menyediakan lebih peluang utama pengangkutan awam darat
pekerjaan terutamanya kepada lepasan institusi luar bandar di Malaysia, BIP akan
pendidikan MARA sendiri. terus memainkan peranan dalam
mempertingkatkan kualiti perkhidmatan
BIP juga akan membangunkan beberapa pengangkutan awam luar bandar
buah bengkel baharu di Serdang, Kedah; kelas pertama agar memenuhi tahap
Ipoh, Perak dan Rembau, Negeri Sembilan. kepuasan pengguna bagi menjayakan
Selain menjadi bengkel penyelenggaraan bas Dasar Pembangunan Luar Bandar KPLB.
MARA, bengkel-bengkel ini juga disasarkan
akan menjadi bengkel komersial dan akan
menjalankan kerjasama dengan pemain
industri pengangkutan utama negara serta
aktiviti pembangunan usahawan yang
bersesuaian. Bengkel-bengkel baharu ini
juga akan berperanan sebagai bengkel yang
mempunyai kepakaran atau pengkhususan
seperti gear box, badan kenderaan (body bus)
dan kerangka (chassis). BIP percaya peranan
yang dimainkan ini dapat menambahkan lagi
industry competitiveness pengangkutan awam
darat negara.
Selain itu, terdapat cabaran terbesar
yang menuntut kreativiti dan inovasi dalam
pelaksanaan operasi pengangkutan awam
darat iaitu bagaimana BIP dapat bekerjasama
dengan MLSB khususnya dalam mengurangkan
kos operasi, mencipta sumber pendapatan
baharu dan dalam masa yang sama menjaga
kebajikan setiap pekerja. Perbincangan,
perancangan serta keputusan pantas perlu
dilakukan berdasarkan situasi semasa dan
arahan-arahan yang dikeluarkan pihak kerajaan
dari semasa ke semasa. BIP dan MLSB juga
mengharapkan jalinan kerjasama dan sokongan
padu pihak APAD khususnya amat diperlukan
bagi menambahbaik sistem permit dan
pengoperasian perjalanan yang lebih fleksibel.
Mei 2021 Buletin Sektor Pelaburan MARA 17
BIP bersama MLSB akan terus dibenarkan. Dalam semua proses perolehan
kehadapan membawa bersama hasrat DPLB dan penetapan spesifikasi bas-bas baharu, BIP
untuk mempertingkatkan perkhidmatan memberi keutamaan dalam penyediaan bas-
pengangkutan awam luar bandar kepada satu bas yang berkualiti, selesa, selamat dan mesra
tahap yang diyakini serta menjadi contoh dan penumpang. Selain daripada itu, dengan
penanda aras kepada operator perkhidmatan adanya sistem penjualan tiket menggunakan
pengangkutan awam darat yang lain. Penekanan teknologi dan aplikasi, perkhidmatan dapat
kepada aspek perhubungan dan pengangkutan ditawarkan secara lebih efisien, pantas dan
awam di kawasan luar bandar termasuklah di mengekalkan kadar tambang yang berpatutan
kawasan pedalaman yang akan dihubungkan seperti ditetapkan pihak APAD.
dengan oleh perkhidmatan bas MLSB ke pusat-
pusat bandar berhampiran. BIP bersama MLSB juga sentiasa
mengenal pasti dan bersedia menerima
BIP juga memastikan tahap cadangan-cadangan berkenaan pengoperasian
perkhidmatan, keselamatan dan keselesaan laluan pengangkutan awam darat luar bandar
penumpang ditingkatkan melalui pemantauan, yang baharu untuk dipertimbangkan jika
penguatkuasaan serta penggantian bas-bas terdapat keperluan penduduk.
yang sudah cukup had usia perkhidmatan yang
18 Buletin Sektor Pelaburan MARA Mei 2021
BIP
Way
Forward
Menurut Encik Fazli Rizal selaku
Pengarah di Bahagian Industri Pengangkutan
(BIP), sejak diberikan penjenamaan baharu pada
tahun 2016, BIP berperanan menjadi sebuah
bahagian yang mewujudkan peluang-peluang
perniagaan lain untuk MLSB dalam industri
pengangkutan. Di antara peluang-peluang yang
sedang cuba diusahakan adalah menjadikan
MLSB sebuah hab alat ganti kenderaan bagi
rangkaian jenama seperti HINO, Daihatsu,
Toyota dan PERODUA. Jenama ini merupakan
jenama yang banyak digunakan di Malaysia dan
termasuk negara-negara jiran.
Selain itu, beberapa rangkaian
perniagaan boleh diwujudkan dalam industri
automotif seperti AUTO MART (MARA
Automotive Retails & Technologies) dalam
bidang pengedaran alat ganti kenderaan (ejen
tunggal), kajian dan pembangunan (R&D),
perkhidmatan penyelenggaraan kenderaan
ringan dan komersial serta beberapa bidang
peruncitan automotif.
Selain itu, BIP perlu terus menerajui
industri pengangkutan di luar bandar dengan
menjadi pemain utama atau payung kepada
pengusaha-pengusaha bas luar bandar yang
Mei 2021 Buletin Sektor Pelaburan MARA 19
berskala kecil. Sekiranya pihak kerajaan memberi kepercayaan penuh kepada MARA untuk
melaksanakannya melalui konsep Satu Lesen Berbilang Pengendali, ekosistem pembangunan
keusahawanan yang komprehensif khususnya dalam industri pengangkutan dibawah MARA
berupaya menyokong usaha ini demi kelangsungan perkhidmatan pengangkutan luar bandar
yang semakin mencabar.
Dengan bertambahnya bilangan laluan operasi, secara langsung bilangan pemandu serta
khidmat teknikal di bengkel juga akan bertambah. Dalam memastikan kualiti perkhidmatan
sentiasa pada tahap profesional, elemen sumber manusia yang terlatih, berkemahiran dan pakar
perlu diberi perhatian utama. MARA boleh mewujudkan sebuah Pusat Latihan Memandu sendiri
bagi mengawal piawaian kualiti dan mentauliah perkhidmatan pengendali, pemandu, tenaga
teknikal.
BIP seterusnya menyasarkan untuk menambah bilangan laluan operasi perkhidmatan
pengangkutan awam khususnya di koridor-koridor baharu melibatkan luar bandar dan bandar
serta mana-mana laluan sedia ada yang ingin ditawarkan pihak APAD. Dengan pembangunan
pesat negara, jaringan perhubungan jalan raya juga semakin berkembang dan memerlukan
perkhidmatan pengangkutan awam yang komprehensif, diyakini dan memenuhi keperluan serta
permintaan pengguna.
Pengangkutan Hijau? Adakah Mara Bersedia Dan Akan Turut Sama Dalam Menjayakannya?
Teras Dasar 4 Dasar Pengangkutan negara 2019-2030
Dalam Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030, Teras Dasar 4 adalah Melangkah Maju
Ke Arah Ekosistem Pengangkutan Hijau. Teras ini menggariskan 5 strategi untuk mencapainya.
20 Buletin Sektor Pelaburan MARA Mei 2021
Sebagai antara agensi terlibat dalam sektor pengangkutan di Malaysia, MARA
tidak dapat tidak harus menjadikan dasar ini panduan dalam perancangan
masa hadapan. Dasar ini baik demi menjamin dan memelihara alam
semulajadi. Industri automotif negara kini telah mula memperkenalkan
pengangkutan yang menggunakan sistem elektrik, solar serta hybrid. Apa
sahaja inisiatif ke arah pengurangan karbon yang mencemarkan alam semula
jadi perlu disokong pelaksanaannya.
Dalam Teras 4 strategi 3 Mempercepatkan Pelaksanaan Inisiatif
Mobiliti Rendah Karbon :
Pergerakan penumpang dengan kenderaan persendirian
sememangnya intensif karbon dan pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk
mengurangkan penggunaan bahan api dan pelepasan karbon. Pengeluar
kereta telah menerajui usaha menghasilkan alternatif rendah karbon seperti
kenderaan hibrid dan kenderaan elektrik, dan trend ini kini telah berkembang
ke sektor perdagangan. Dasar di masa hadapan perlu mengambil kira
keperluan untuk meningkatkan pelaksanaan inisiatif rendah karbon dan
perancangan infrastruktur yang meminimumkan penggunaan sumber yang
tidak mampan4.
MARA sentiasa menyokong inisiatif pengangkutan hijau dan bersedia
menjayakannya secara berperingkat. Walau bagaimanapun, program
insentif perlu diwujudkan bagi menggalakkan penggunaan teknologi hijau
dalam kalangan pengendali pengangkutan. Ini kerana peralihan kepada
pengangkutan hijau melibatkan kos atau pelaburan yang tinggi termasuklah
keperluan menyediakan kemudahan infrastruktur sokongan termasuk
menaik taraf bengkel-bengkel penyelenggaraan dan peralatannya. Oleh itu
berdasarkan kepada strategi dan inisiatif kerajaan pada ketika ini, MARA amnya
dan BIP khususnya harus mula merancang dari sekarang proses penggantian
bas-bas lama kepada bas yang mesra alam sekitar atau yang menggunakan
teknologi hijau.
BIP telah mula meneliti dan membuat kajian ke atas penggunaan bas
elektrik yang masih baru diperkenalkan di Malaysia. Dalam masa yang sama,
BIP serta MLSB telah ke arah pelaksanaan teknologi hijau khususnya dalam
penggunaan teknologi aplikasi sistem tiket atas talian dan pemantauan
operasi bas melalui sistem GPS.
Sumber Berita :
Bahagian Industri Pengangkutan (BIP)
Sumber gambar :
BITK, https://www.facebook.com/blogjalanrayamalaysia/posts/nostalgia-bas-mara-tanpa-berhawa-
dingin-pada-tahun-1990-an/917445855017113/, https://www.facebook.com/EvolusiAnakMelaka/
photos/pcb.2297640276952430/2297640226952435/, http://geografismrac.blogspot.com/2018/07/
pengangkurtan-di-malaysia-kenangan-bas.html, Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030,
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Olahan Semula : BITK 4 Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030 ms 61
Mei 2021 Buletin Sektor Pelaburan MARA 21
TINDAKAN
PELAKSANAAN
UNDANG-UNDANG
OLEH PMN PULAU PINANG
Apabila sesebuah institusi kewangan
sama ada bank ataupun agensi kerajaan
berkaitan menerima, menilai, meluluskan serta
mengeluarkan pembiayaan pada sesebuah entiti
perniagaan, ia merupakan satu pelaburan jangka
panjang terhadap sesebuah entiti perniagaan
tersebut. Bergantung kepada matlamat institusi
kewangan atau agensi kerajaan terbabit
semasa memberi pembiayaan itu sama ada
bersifat komersial atau tidak, pulangan ke atas
pelaburan terbabit berkait rapat dengan iklim
ekonomi semasa serta keupayaan usahawan
dalam menguruskan perniagaannya.
Penularan pandemik COVID-19 pada Selain faktor ekonomi, terdapat
dewasa ini memberi kesan yang signifikan pelbagai sebab lain sesuatu perniagaan gagal
terhadapekonomiMalaysiadanglobal. DiMalaysia dalam perniagaannya. Antara sebab yang
antara tindakan di ambil dalam memutuskan ketara adalah kegagalan dalam pengurusan
rantaian jangkitan adalah melaksanakan kewangan, ketiadaan perancangan dalam
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang perniagaan hanya mengikut perkembangan
mengakibatkan ekonomi Malaysia menguncup semasa, persaingan yang sangat kompetitif
secara keseluruhan. Keluaran Dalam Negara dan sebagainya2. Apabila keadaan ini berlaku,
Kasar (KDNK) Malaysia mencatatkan penyusutan entiti perniagaan yang mempunyai tanggungan
3.4% pada suku keempat 2020 dalam keadaan di bank, akan menghadapi masalah untuk
peningkatan ketara kes jangkitan Covid-19 sekali membuat bayaran seperti dijadualkan. Apabila
gus menjadikan prestasi keseluruhan tahun kegagalan membuat bayaran ini berlarutan
kepada -5.6% berikutan perintah sekatan dan untuk satu tempoh tertentu, pinjaman atau
penutupan sempadan di peringkat global1. pembiayaan ini akan diklasifikasikan sebagai
Kesannya terdapat usahawan atau perniagaan Non Performing Loan (NPL). Ia adalah keadaan
di Malaysia mengalami kemerosotan ketara di mana tiada bayaran (pokok dan keuntungan)
dalam pendapatan, yang akhirnya mereka ini bulanan dibuat oleh peminjam untuk jangka
tidak dapat memenuhi tanggungjawab mereka
dalam membayar hutang mereka. Walaupun ada
inisiatif seperti moratorium oleh pihak institusi
kewangan ia mungkin berkesan untuk satu
jangka pendek, tetapi jika usahawan terbabit
tidak dapat menjalankan aktiviti mereka seperti
biasa ia tidak mempunyai sebarang makna.
1 https://www.sinarharian.com.my/article/123464/BERITA/Nasional/Ekonomi-Malaysia-catat-56-peratus-pada-2020-susulan-Covid-19
2 https://www.niagatimes.com/5-punca-utama-perniagaan-gagal/
22 Buletin Sektor Pelaburan MARA Mei 2021
masa yang tertentu.
Biasanya, bank mengklasifikasikan pinjaman sebagai NPL
apabila tiada bayaran pokok di buat kerana ia adalah pembayaran
utama terhadap jumlah asal pinjaman yang terhutang. Dengan
kata lain, pembayaran pokok adalah pembayaran yang dibuat
berdasarkan pinjaman yang mengurangkan baki jumlah pinjaman
yang perlu dibayar, dan bukannya untuk pembayaran faedah
yang dikenakan atas pinjaman tersebut. Sebaik sahaja pinjaman
diklasifikasikan sebagai NPL, ini bermakna kemungkinan untuk
menerima pembayaran jauh lebih rendah3. Tempoh sesuatu
pinjaman diklasifikasikan sebagai NPL adalah berbeza bergantung
kepada jenis pembiayaan atau pinjaman dan industri berkaitan.
Selalunya sesuatu pembiayaan / pinjaman diklasifikasi sebagai NPL
apabila peminjam gagal membuat bayaran dalam tempoh 90
hingga 180 hari4 .
Sebarang pinjaman tidak berbayar (NPL) boleh dikelaskan sebagai
hutang lapuk kerana peluang untuk mendapatkan kembali adalah
minimum. Bagi sesebuah institusi kewangan atau agensi kerajaan
berkaitan, nilai NPL yang tinggi adalah tidak elok dari segi imej
dan tadbir urus korporat. Ia menunjukan ketidakupayaan dalam
mendapatkan kembali wang yang telah dilaburkan pada syarikat
atau peminjam terbabit. Oleh itu, tindakan perundangan adalah
langkah terakhir, selepas semua tindakan rundingan dibuat
gagal mendapat penyelesaian yang memuaskan dalam usaha
untuk mendapatkan kembali sepenuhnya atau sebahagian wang
pembiayaan terbabit.
3 https://ms.livingeconomyadvisors.com/970-what-is-a-non-performing-loan-npl
4 https://www.investopedia.com/terms/n/nonperformingloan.asp
Mei 2021 Buletin Sektor Pelaburan MARA 23
Selepas sesuatu tindakan perundangan
dimulakan oleh plaintif dan peminjam masih
gagal melunaskan pinjaman yang tertunggak,
pihak mahkamah boleh menjatuhkan
hukuman iaitu penghakiman pada peminjam
terbabit. Apabila defendan gagal melaksanakan
perintah atau penghakiman yang diputuskan
oleh Mahkamah di dalam sesuatu kes, plaintiff
boleh mendapatkan pelaksanaan perintah
atau penghakiman melalui pelbagai cara
yang diperuntukan dalam undang-undang.
Antaranya tindakan boleh diambil adalah
kebankarapan, seizure & sale (penyitaan dan
penjualan) dan tindakan garnishee. Tindakan
kebankrapan hanya boleh dilaksanakan bagi
tuntutan melebihi RM50,000.00 sahaja.
Memandangkan di kala ini pandemik COVID-19
menggugat ekonomi Malaysia, had kebankrapan
ini dinaikkan menjadi RM100,000.00 selaras
dengan Akta Langkah-Langkah Sementara
Bagi Mengurangkan Penyakit Coronavirus
(Covid-19) 2019 (Akta 829) yang berkuatkuasa 23
Oktober 2020. Peruntukan ini sah sehingga 31
Ogos 20215. jika tiada tindakan diambil dalam tempoh 6
tahun tetapi masih belum mencapai had masa
12 tahun. Ini selaras dengan Aturan 46 Kaedah
2(1)(a) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
Dalam menjaga kepentingan
semua pihak, segala tindakan perundangan
mempunyai limitasi masa di mana ia boleh
dilaksanakan. Jika plantiff ingin mengambil Dalam melaksanakan tindakan
tindakan penyitaan, seperti di bawah Aturan perlaksanaan seperti WSS (Writ Seizure & Sale)
47 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, Writ
pelaksanaan bagi penyitaan dan penjualan ini & garnishment, ia adalah sesuatu proses yang
panjang dan memakan masa kerana mesti
hanya sah untuk tempoh dua belas (12) bulan memenuhi pelbagai peraturan yang ditetapkan.
dari tarikh ia dikeluarkan. Begitu juga dengan Sepanjang tahun 2020, Pejabat MARA P.Pinang
penghakiman yang telah diperolehi oleh plaintiff, melaksanakan 7 tindakan perlaksanaan
ia tertakluk kepada tempoh had masa di bawah penghakiman iaitu 2 WSS (Writ Seizure &
Akta Had Masa 1953. Tempoh had masa bagi Sale) & 5 garnishment. Jumlah bayaran yang
penguatkuasaan/pelaksanaan perintah atau
diperolehi oleh PMN P.Pinang dari tindakan ini
penghakiman yang diperuntukkan di bawah adalah RM16 ribu. RM2 ribu dari tindakan WSS
Seksyen 6(3) Akta Had Masa 1953 adalah 12 (Writ Seizure & Sale) dan RM14 ribu dari tindakan
tahun. Oleh itu jika plaintiff gagal melaksanakan
garnishment. Seperti dinyatakan di atas tadi,
sebarang tindakan dalam masa diperuntukan, tindakan perlaksanaan adalah langkah terakhir
tiada sebarang perlaksanaan penghakiman yang dibuat oleh MARA. Ruang untuk rundingan
atau perintah boleh dibawa selepas itu. antara peminjam dan MARA sentiasa terbuka
luas dalam usaha MARA membantu usahawan
Bagaimanpun jika terdapat sebab yang yang mungkin menghadapi masalah. Pun
munasabah tindakan penghakiman tidak
dapat dilaksanakan, Mahkamah masih boleh begitu MARA sentiasa memastikan pilihan
memberi kebenaran kepada plaintiff untuk
melaksanakannya. Kebenaran ini boleh di buat melaksanakan tindakan perundangan tidak
tertutup dan akan melaksanakan jika perlu.
5 http://www.mdi.gov.my/index.php/ms/utama/soalan-lazim/103-bankruptcy-faq/1641-2-adakah-terdapat-amaun-minimum-yang-
terhutang-oleh-seseorang-individu-untuk-menjadikannya-bankrap
24 Buletin Sektor Pelaburan MARA Mei 2021
Wakil Mahkamah & MARA menampal notis untuk tindakan
penyitaan & penjualan
Pemeriksaan harta untuk tindakan penyitaan & jualan (WSS)
Setakat Mei 2021 ini, PMN P.Pinang telah melaksanakan 27 WSS (Writ Seizure & Sale) dan 7
garnishment terhadap defendan. Seperti nyatakan tadi tindakan ini berjaya dilaksanakan selepas
melepasi pelbagai syarat, serta secara umumnya tindakan saman bagi 34 kes in telah dilaksanakan
sejak tahun 2020 lagi dan pelaksanaan dapat dibuat pada tahun ini. Tindakan pelaksanaan PMN P.
Pinang pada tahun 2021 dalam mendapatkan kembali pelaburan MARA dalam bentuk pinjaman
ini menunjukan peningkatan ketara di mana RM28 ribu telah diperolehi melalui WSS (Writ Seizure
& Sale) dan RM19 ribu melalui garnishment.
Pulau Pinang merupakan antara negeri utama di Malaysia dari aspek pembangunan dan
pertumbuhan ekonomi. Negeri yang digelar ‘Pulau Mutiara’ ini merupakan salah satu nadi utama
industri pembuatan dalam negara yang mana telah menarik pelbagai pelaburan antarabangsa,
menjadikan Pulau Pinang antara penyumbang utama dalam pelaburan langsung asing (FDI)
negara6. Pulau Pinang antara 6 negeri yang menyumbang KDNK nasional sebanyak 72.3%7. Ini
dapat dilhat berdasarkan merekodkan pertumbuhan sederhana pada kadar 3.8% pada tahun 2019
berbanding 5.1% pada tahun 2018. Ia dipengaruhi oleh sektor perkhidmatan yang berkembang
sederhana kepada 5.5% (2018: 6.2%). Subsektor perdagangan borong & runcit dan komunikasi
merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan sektor ini. Selain itu, subsektor produk
elektrik, elektronik & optikal dan produk mineral bukan logam yang bertumbuh lebih rendah pada
tahun 2019 mempengaruhi prestasi Sektor Pembuatan dengan bertumbuh sebanyak 2.7% (2018:
5.4%)8.
6 Laporan Sosioekonomi Pulau Pinang 2019 terbitan Jabatan Perangkaan Malaysia pada Ogos 2020 ms 46
7 Ibid, ms 36
8 Ibid, ms 39
Mei 2021 Buletin Sektor Pelaburan MARA 25
Laporan SosioEkonomi Pulau Pinang pada 2019
Berdasarkan situasi diatas Pulau Pinang Wakil MARA dan Bailif mahkamah sewaktu
sememangnya pesat membangun dan sangat tindakan perlaksanaan dijalankan
kompetitif menyebabkan ada perniagaan yang
menerima pembiayaan yang gagal untuk terus 9 https://legal-dictionary.thefreedictionary.com/garnishment
kekal dalam perniagaan. Tindakan perlaksanaan
ini jika di lihat banyak tertumpu di kawasan pulau
iaitu di daerah Timur Laut dan Barat Daya. Ini
kerana kawasan pulau adalah antara kawasan yang
pesat membangun di Pulau Pinang. Tindakan
WSS daerah Timur Laut mendahului dengan 18 fail
diikuti dengan Barat Daya dengan 10 fail dan akhir
sekali Seberang Prai Selatan dengan 1 fail.
Selain tindakan WSS (Writ Seizure & Sale),
tindakan lain adalah garnishment iaitu menahan
harta defendan yang berada di pihak ketiga.
A legal procedure by which a creditor can collect
what a debtor owes by reaching the debtor’s
property when it is in the hands of someone
other than the debtor9.
Untuk melaksanakan proses ini plaintiff
perlu membuat semakan dengan pihak berkaitan
di mana serta nilai harta yang defendan ada di
pihak ketiga. Untuk menahan harta di pihak
ketiga, mestilah mendapat perintah mahkamah.
Sebanyak 12 tindakan garnishment dilaksanakan
oleh PMN P.Pinang untuk iaitu 8 fail di Seberang
Prai Utara, 1 fail di daerah Timur Laut dan 3 fail
di daerah Barat Daya. Kebanyakan tindakan
perlaksanaan di ambil oleh PMN P.Pinang adalah
26 Buletin Sektor Pelaburan MARA Mei 2021
fail pembiayaan perniagaan. Keseluruhan fail di ambil tindakan
perlaksanaan dalam tahun 2020 & 2021 ini 29 fail adalah tindakan
WSS manakala 12 fail untuk garnishment. Hanya 1 fail penyewa
yang di ambil tindakan garnishment.
Perlaksanaan tindakan undang-undang oleh institusi
kewangan terhadap mana-mana pembiayaan ini tidak
menjanjikan akan mendapat pulangan seperti diharapkan. Bahkan
ia memakan masa dan kewangan yang bukan sedikit. Pun begitu
tidak bermakna tindakan undang-unadang boleh diketepikan
bila berhadapan dengan pembiayaan yang gagal dilunaskan
oleh peminjam. Oleh itu cara mengurangkan tindakan undang-
undang adalah dengan membuat pemantauan berterusan dan
intervensi dari institusi kewangan bagi mengelakkan perniagaan
untuk gagal dalam perniagaan dan tindakan perundangan
terpaksa dilaksanakan. Akhir sekali ingatan pada semua
usahawan yang menerima kemudahan kewangan, agar sentiasa
berhubungan dan berbincangan dengan institusi kewangan
bukannya mengelakkan diri.
Sumber Berita & Gambar :
Mohamad Fadzli bin Mohamad Akib, Penolong
Pengarah, Unit Kawalan Kredit & Kutipan, PMN
Pulau Pinang.
Gambar :
https://richworks.com/3-sebab-utama-bisnes-
gagal/,
Rujukan :
https://ms.livingeconomyadvisors.com/970-
what-is-a-non-performing-loan-npl, https://
www.sinarharian.com.my/article/123464/
BERITA/Nasional/Ekonomi-Malaysia-catat-
56-peratus-pada-2020-susulan-Covid-19,
www.livingeconomyadvisor.com, Laporan
SosioEkonomi Pulau Pinang 2019 terbitan
Jabatan Perangkaan Malaysia
Olahan semula : BITK
Mei 2021 Buletin Sektor Pelaburan MARA 27
Penghantaran Pelajar
IPMA Pulang ke
Kampung oleh MARA
LINER
Tuan Haji Zachary Ismail Zee Ismail CEO MARA Liner Sdn. Bhd.
Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama
lagi, MARA Liner dengan kerjasama MARA telah mengadakan
perkhidmatan penghantaran pulang pelajar IPMA ke kampung.
Bas MARA Liner digunakan bagi penghantaran pelajar Institut
Pendidikan MARA (IPMA) pulang ke kampung halaman untuk
meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga. Ia melibatkan 37
laluan, trip bermula pada 6 Mei 2021, antara IPMA yang terlibat
adalah Kolej Kemahiran Teknologi MARA (KKTM) Petaling Jaya,
Institut Kemahiran MARA (IKM) Kuala Lumpur, Maktab Rendah
Sains MARA (MRSM) Batu Pahat, MRSM Merbok dan KKTM
Ledang. Sesi flag off telah diadakan di perkarangan IKM Kuala
Lumpur, MRSM Batu Pahat dan MRSM Merbok, Kedah sebagai
simbolik penghantaran pelajar IPMA pulang ke kampung
halaman.
28 Buletin Sektor Pelaburan MARA Mei 2021
Para pelajar IPMA menaiki bas MARA Liner untuk pulang ke kampung halaman
Tuan Haji Rusli Abd. Rahman Pengarah IKM KL
Sesi flag off penghantaran pelajar pulang
Mei 2021 Buletin Sektor Pelaburan MARA 29
Bacaan suhu badan serta rekod di ambil untuk rujukan
Bagi mengelak penularan
Covid-19, operasi sanitasi bas telah
dilaksanakan pada setiap bas yang
beroperasi bagi penghantaran
pelajar IPMA. Selain itu, rekod
suhu dan pendaftaran pelajar
melalui aplikasi mySejahtera
dan buku log juga telah diambil
bagi memastikan semua pihak
yang terlibat patuh dengan SOP
Covid-19 yang telah dilaksanakan.
Bagi penghantaran pelajar Keselesaan pelajar IPMA diutamakan semasa penghantaran pulang
MRSM Kepala Batas, MRSM Tun
Ghazali Shafie Kuala Lipis, MRSM
Balik Pulau, MRSM Transkrian,
German-Malaysian Institute (GMI)
dan KKTM Kuantan pada 7 Mei
2021. Diikuti pula pada 8 Mei 2021,
bas MARA Liner telah menghantar
pelajar KKTM Kuantan dan MARA
Proses sanitasi bas sebelum
dan selepas menghantar
pelajar pulang
30 Buletin Sektor Pelaburan MARA Mei 2021
Pengetua MRSM Batu Pahat Puan Molizah binti Abdul Malek (kiri) Pengerusi MARA Liner Encik
Mazlan bin Othman (tengah) dan Timbalan Pengetua MRSM Batu Pahat Encik Mohd Firdaus bin
Abdl Razak bersama wakil MARA Liner sebelum sesi flag off
Japan Industrial Institute (MJII) Beranang ke Zon
Selatan dan Zon Timur.
Pengurusan MARA Liner ingin
merakamkan penghargaan dan terima kasih
kepada pihak pengurusan MARA, IPMA dan
wakil persatuan ibu bapa pelajar IPMA yang
memberi kepercayaan dan peluang kepada
MARA Liner bagi menguruskan perkhidmatan
penghantaran pelajar IPMA pulang ke kampung
halaman bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri
bersama keluarga. MARA Liner amat berbesar
hati untuk menjayakan program-program
seperti ini pada di masa akan datang.
Sumber Berita & Gambar :
Nurul Ashikin binti Kushairi, Eksekutif Sektor
Komersial, MARA Liner Sdn. Bhd.
Gambar :
MARA Liner , Encik Mohd Firdaus bin Abd Razak,
MUPDATES,
Olahan semula : BITK
Mei 2021 Buletin Sektor Pelaburan MARA 31
Pejabat MARA Negeri
Pahang Laksana
Ops Jejak Usahawan
Bagi membantu serta membangunkan masyarakat bumiputera
dalam perniagaan dan perdagangan, MARA memperkenalkan
pelbagai kemudahan pembiayaan dengan kadar yang
kompetitif di pasaran. Kemudahan ini dibuka pada mereka yang
sudah berniaga ataupun baru hendak memulakan perniagaan.
Memandangkan MARA sememangnya dikenali dekat dengan
masyarakat bumiputera sejak penubuhannya, permohonan
pembiayaan yang diterima oleh MARA melalui Pejabat MARA
Daerah (PMD) cukup memberangsangkan.
Oleh itu setiap permohonan diterima akan ditapis, dinilai,
disokong akhirnya diluluskan oleh MARA berdasarkan peraturan
semasa dan jawatankuasa kelulusan sama ada di peringkat
Negeri ataupun peringkat Ibu Pejabat. Semua pembiayaan
yang dikeluarkan oleh MARA akan sentiasa di pantau secara
berkala oleh Pegawai MARA Daerah (PMD) bagi memastikan
32 Buletin Sektor Pelaburan MARA Mei 2021
usahawan menggunakan wang tersebut dan Daerah Jerantut
dapat membayar balik seperti syarat kelulusan.
Bilangan permohonan pembiayaan diterima oleh
setiap Pejabat MARA Daerah Pahang khususnya
dan di negeri lain umumnya adalah berbeza antara
satu sama lain. TIdak dapat dinafikan terdapat
pelbagai cabaran dalam mengendalikan beratus
fail pembiayaan dengan kekangan tenaga kerja di
peringkat daerah. Namun begitu ia bukan alasan
untuk tidak menjalankan tugas yang diamanahkan.
Setiap Pegawai MARA Daerah (PMD) seringkali
diingatkan oleh Pengurusan MARA diperingkat
Negeri ataupun Ibu Pejabat agar sentiasa
memantau pembayaran oleh usahawan yang
menerima pembiayaan MARA, bagi mengelakkan
fail pembiayaan memasuki status Galang Batasan
Masa (GBM). Ia adalah satu keadaan di mana hak
untuk menuntut janji yang dimeterai oleh pihak
yang berkontrak telah terbatal disebabkan melepasi
tempoh masa yang diperuntukkan dalam undang-
undang kerana tiada tindakan menguatkuasakan
perjanjian tersebut. Secara ringkasnya berdasarkan
Akta Had Masa 1953 di seksyen 6 menyatakan
tindakan menguatkuasakan perjanjian mesti
dilaksanakan dalam tempoh 6 tahun bermula
nya kemungkiran itu. Hak akan terbatal jika tiada
tindakan dibuat dalam tempoh 6 tahun itu1.
Satu Skuad Elit merupakan skuad khas dari Unit
Kawalan Kredit Pejabat MARA (PMN) Pahang yang
ditugaskan untuk turun padang bagi membantu
Pejabat MARA Daerah dalam memulihkan
pinjaman / pembiayaan yang telah memasuki
status Galang Batasan Masa (GBM). Pegawai
dari Unit Kawalan Kredit bersama-sama Pegawai
MARA Daerah berkaitan akan membuat lawatan
dan susulan ke atas peminjam bermasalah
yang telah dikenalpasti dalam usaha membuat
kutipan bagi tujuan pemulihan GBM serta
mengemaskini dapatan lawatan bagi tujuan
tindakan selanjutnya. Antara PMD yang terlibat
adalah Kuantan, Pekan, Rompin serta Jerantut.
Sebanyak 60 fail daripada 4 daerah yang
terlibat iaitu daerah Jerantut, Pekan , Kuantan
dan Rompin telah dibuat lawatan dan 38
daripadanya berjaya dikeluarkan dari GBM
dengan nilai kutipan keseluruhan sebanyak
RM37,778.51 setakat 30 April 2021.
1 http://www.hba.org.my/laws/limitation_act_1953.htm
Mei 2021 Buletin Sektor Pelaburan MARA 33
Fail yang dikeluarkan dari status GBM akan dipantau rapi oleh Pejabat MARA Daerah bagi
memastikan ia tidak lagi kembali ke status lama. Baki fail yang lain yang masih berada dalam status
GBM. Lawatan susulan akan terus dibuat oleh Pejabat MARA Daerah bagi memastikan fail yang
masih berada dalam status GBM berjaya dikeluarkan dari status GBM. Matlamat akhir MARA agar
tiada lagi fail yang masuk dalam status GBM akibat lambat mengambil tindakan sewajarnya.
Daerah Kuantan
34 Buletin Sektor Pelaburan MARA Mei 2021
Daerah Pekan
Mei 2021 Buletin Sektor Pelaburan MARA 35
Daerah Rompin
36 Buletin Sektor Pelaburan MARA Mei 2021
Case Review
Bersama Peguam Panel
Selain memulihkan fail yang memasuki
GBM, MARA Pahang melalui Unit Kawalan
Kredit telah menyusun gerak kerja dalam
memaksimumkan tindakan penguatkuasaan
ke arah meningkatkan kutipan melalui sesi
perbincangan dengan peguam panel secara
micro manage. Kesan daripada perbincangan
yang telah dilaksanakan, arahan secara terus
dapat dikeluarkan kepada pihak peguam panel
dalam meneruskan tindakan penguatkuasaan
ke atas peminjam tegar serta amat memberi
impak dalam meningkatkan kutipan.
Setakat April 2021, 12 sesi perjumpaan
telah diadakan melibatkan 391 fail telah
diperhalusi tindakan yang akan dan telah diambil
dalam memastikan MARA mendapatkan
semula wang yang telah dikeluarkan kepada
peminjam bermasalah. Daripada keseluruhan
391 fail yang telah di ‘review’, sebanyak 139 fail
telah diteruskan tindakan penguatkuasaan
oleh pihak peguam panel melibatkan nilai
keseluruhan tunggakkan RM3.4 juta.
Mei 2021 Buletin Sektor Pelaburan MARA 37
File Cleansing
Tidak dapat dinafikan fail pembiayaan yang aktif di
MARA Pahang sangat signifikan, berbanding tenaga kerja yang
terhad sama ada di peringkat daerah atau pun negeri. Namun ia
bukan satu alasan untuk MARA Pahang sentiasa mengemaskini
tindakan bagi membolehkan pihak pengurusan MARA Negeri
& Ibu Pejabat mengetahui setakat mana sesuatu fail telah di
ambil tindakan. Oleh aktiviti File Cleansing dilakukan dengan
tujuan bagi mengenalpasti tindakan terakhir yang telah dibuat
atau diambil ke atas fail pinjaman / pembiayaan di daerah
serta mengemaskini segala tindakan yang telah dibuat bagi
membolehkan tindakan seterusnya dapat dirancang dan diambil
bagi memastikan fail peminjam sentiasa aktif dengan tindakan
terkini.
38 Buletin Sektor Pelaburan MARA Mei 2021
Proses ini juga membolehkan Unit
Kawalan Kredit dan Pejabat MARA Daerah
dapat mengenalpasti dan mengawal stok
fail di daerah masing-masing disamping
dapat mengetahui status tindakan terkini
bagi keseluruhan fail yang terlibat.
Start Up
Sumber Berita & Gambar :
Ahmad Nazi bin Mahmud, Penolong Pengarah, Unit Kawalan Kredit,Pejabat MARA Negeri Pahang
Olahan Semula : BITK
Mei 2021 Buletin Sektor Pelaburan MARA 39
Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA
Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA
50609 Jalan MARA, Kuala Lumpur.
Tel: 03 2613 2401
Faks: 03 2691 0075
Email: [email protected]