The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

e-Khidmat Pengurusan Edisi Oktober 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KOLEKSI BAHAN PENERBITAN DIGITAL BITK, 2021-11-02 23:43:59

Majalah MARA360 - 10/21

e-Khidmat Pengurusan Edisi Oktober 2021

Keluaran 10/2021

Sidang Editor

Penerbit : Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA

Keluaran 10/2021

PENAUNG
Rohayah binti Mohd Zain
Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan)
MARA

PENERBIT EKSEKUTIF
Nor Zaini binti Abu Kassim
Pengarah
Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA

PENERBIT Sidang Editor MARA 3600 e-Khidmat Pengurusan
Jamizan bin Baki berhak meminda mengubah dan menggarap
Timbalan Pengarah II manuskrip yang dihantar agar bersesuaian dengan
garis panduan yang ditetapkan dan tidak mengubah
EKSEKUTIF EDITOR isi asalnya. Semua manuskrip yang diterima sama
Zuliana Haslinda binti Anhar Zubir ada disiarkan ataupun tidak disiarkan tidak akan
Timbalan Pengarah I dikembalikan. Manuskrip ini juga boleh digunapakai
oleh pihak yang diberi kebenaran untuk masa-
EDITOR masa akan datang. Kami mengalu-alukan sebarang
Rusmawati binti Adam cadangan atau komentar, surat menyurat, rencana
Ketua Penolong Pengarah dan ulasan ke meja Sidang Redaksi atau email ke
[email protected]
KREATIF
Nooroha binti Buang Sebarang pertanyaan hendaklah dialamatkan
Penolong Pengarah kepada:

JURUFOTO Pengarah
Produksi Kreatif Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA
Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA
TEKNIKAL & HEBAHAN 21, Jalan MARA
Mohd Syazwan bin Mohd Kamis 50609 Kuala Lumpur.
Pegawai Teknologi Maklumat Tel: 03 2613 2401
Faks: 03 2691 0075
Email: [email protected]
Copyright@MARA 2021. All rights reserved

2 e-Khidmat Pengurusan

Seleksi Majalah

Keluaran 10/2021

4 7 8

Eksklusif ▪ HARI SUKAN NEGARA
MARA SEMANGAT 2021
ASPIRASI ‘KELUARGA ‘KELUARGA
MALAYSIA’ MALAYSIA’

18 22 26

ALAH BISA TEGAL PRODUKTIF 2021 BELASUNGKAWA
BIASA

e-Khidmat Pengurusan 3

“Umpama selembar benang,
dikait, ditenun dan dijalin,
akhirnya menjadi kain yang
sempurna indahnya.”

Eksklusif

ASPIRASI
‘KELUARGA MALAYSIA’

#KeluargaMalaysia #BekerjaBersamaRakyat

Dua (2) tahun kebelakangan ini merupakan tahun
paling sukar. Covid-19 hadir sebagai sesuatu yang
tidak pernah kita duga, dan bersama kesan yang
tidak terbayang dek akal fikiran.
Siapa pernah sangka dalam abad ini, senjata bukan
lagi menjadi benteng pertahanan menentang musuh,
sebaliknya kemanusiaan dan nilai keluarga, menjadi
perisai kita.

4 e-Khidmat Pengurusan

Di sebalik musibah yang menimpa, terselindung rahmat yang
tersirat. Mendepani pandemik Covid-19, kita dapat melihat
kebersamaan petugas barisan hadapan, syarikat-syarikat
milik kerajaan dan swasta, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO),
bahkan individu Keluarga Malaysia berganding bahu memerangi
pandemik.

• Asing saling tidak kenal, tidak kekok

menghulur bantuan.

• Berbeza tidak melihat warna untuk

memberi makan.

• Bahkan yang lawan, bersama

menyubur semangat kekeluargaan.

Di sebalik kepayahan pandemik, inilah semangat yang
menyatukan Keluarga Malaysia.

Idea Keluarga Malaysia yang diilhamkan bukan retorik atau “Keluarga Malaysia
slogan semata-mata, tetapi ia merupakan semangat yang adalah manifestasi paling
diterapkan kerajaan dalam pentadbiran negara, di mana andal sebagai panduan
kepentingan dan kesejahteraan rakyat dipelihara seperti untuk kita memulihkan
menjaga sebuah keluarga. negara.”

Tiga teras utama digariskan di bawah lembayung Keluarga
Malaysia iaitu:-

• Keterangkuman.
• Kebersamaan.
• Kesyukuran.

Teras ini akan menjunjung nilai-nilai Keluarga Malaysia
berpaksikan Keluhuran Perlembagaan Persekutuan seperti yang
telah termaktub dalam Rukun Negara.

Pelbagai program dan inisiatif yang telah dan akan dilaksanakan
di bawah payung Keluarga Malaysia. Ini termasuklah Rumah
Ikram Keluarga Malaysia, Skuad Keluarga Malaysia, Pakej
Peranti Keluarga Malaysia, Pakej Penjagaan Covid-19 Keluarga
Malaysia, Keluarga Malaysia Siaga Bencana, Yayasan Kebajikan
Siswa Keluarga Malaysia dan Residensi Rumah Keluarga
Malaysia.

e-Khidmat Pengurusan 5

KELUARGA MALAYSIA

Inilah program dan inisiatif Keluarga Malaysia, di mana setiap kementerian
akan memperkenalkan sekurang-kurangnya satu (1) program dan inisiatif
yang bermatlamat membantu mengurangkan kesan ekonomi yang ditanggung
rakyat.
Dengan integrasi nasional silang budaya, masyarakat Melayu, Cina, India,
Orang Asli, dan lain-lain. 27 etnik Bumiputera Sarawak antaranya kaum Iban,
Orang Ulu, Melanau dan Bidayuh. 42 etnik dan lebih 200 sub-etnik Anak Negeri
Sabah, antaranya suku kaum Kadazan, Dusun, Murut, Rungus dan Bajau.
Ayuh! kita teguh bersama mendepani apa jua dugaan, meraikan perbezaan,
mencari titik persamaan dalam memperkasa perpaduan dan integrasi
nasional dengan semangat Keluarga Malaysia. Ibarat ‘sakit sama mengaduh,
luka sama menyiuk’.
Sumber:
Petikan ucapan,
YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Perdana Menteri Malaysia
Majlis Pelancaran Keluarga Malaysia

6 e-Khidmat Pengurusan

MARA SEMANGAT
‘KELUARGA MALAYSIA’

Seluruh warga MARA bekerja dalam semangat sebuah
Keluarga Malaysia, akan terus konsisten memberi
tumpuan kepada program serta inisiatif yang melimpahkan
kesejahteraan dan manfaat kepada seluruh Keluarga
Malaysia.

“Bersama kita meniti kehidupan dengan iltizam dan semangat
bagi membina Keluarga MARA Sejahtera.”

Sumber:
Petikan ucapan,
YBhg. Dato’ Azhar bin Abdul Manaf
Ketua Pengarah MARA
Sempena Sambutan Bulan Kaunseling MARA 2021

 

#Malaysiaprihatin #MARAprihatin 7
e-Khidmat Pengurusan

HARI SUKAN NEGARA
2021

DISAMBUT 9 OKTOBER
Oleh Helmi Talkah - Berita Harian

KUALA LUMPUR: Hari Sukan Negara (HSN) 2021 “Pandemik COVID-19 mempengaruhi pola dan cara
yang disambut pada 9 Oktober, dilaksanakan secara kita berfikir, hidup bekerja dan bersukan. Ia tidak
hibrid berikutan pandemik COVID-19 yang masih menghalang kita untuk terus kekal cergas dan
belum reda. mengamalkan gaya hidup aktif dengan mematuhi
Prosedur Operasi Standard (SOP) AM Sektor Sukan
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal dan Rekreasi yang sedang berkuatkuasa,” katanya
Azumu berkata strategi yang digunakan untuk ketika berucap pada majlis pra pelancaran HSN 2021
pelaksanaan HSN 2021 adalah dengan memberi secara maya.
penekanan kepada penggunaan teknologi terkini.
Tahun lalu, HSN yang menjadi acara tahunan sejak
Katanya, pelaksanaan HSN 2021 diadakan secara 2015 tidak dapat dilaksanakan susulan peningkatan
menyeluruh sehingga ke peringkat akar umbi dan turut kes COVID -19. Majlis perasmian HSN 2021 dirasmikan
membabitkan golongan profesional seperti social oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin
influencer (personaliti media sosial), pemain industri, Yaakob.
atlet dan ikon sukan bagi menarik pembabitan rakyat
dalam aktiviti yang dianjurkan. “Hari Sukan Negara adalah platform terbaik untuk

8 e-Khidmat Pengurusan

#towardssportingnation #HSN2021
#keluargaMalaysia

#keluargaMalaysiacergasbersama

memupuk dan menyemarakkan lagi semangat
perpaduan dikalangan rakyat pelbagai bangsa.

“Dapatan awal yang diperolehi menerusi 36 sesi libat
urus Visi Sukan Negara (VSN) 2030 di peringkat negeri
dan daerah yang dilaksanakan oleh Jabatan Belia dan
Sukan Negara antaranya adalah untuk menjadikan
sukan sebagai sebahagian daripada gaya hidup dan
budaya rakyat Malaysia melalui penambahbaikan
ekosistem yang lebih inklusif dan mesra pengguna,”
kata Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Sumber : Foto Majlis Sukan Negara Malaysia 9
e-Khidmat Pengurusan

HARI SUKAN
NEGARA 2021

PERINGKAT

KEMENTERIAN
PEMBANGUNAN LUAR
BANDAR

Oleh Subkhi Sudarji – Utusan Online

PUTRAJAYA: Masyarakat di luar bandar diseru untuk menyahut sambutan
Hari Sukan Negara yang disambut setiap tahun, dengan aktif bersukan
setiap masa.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
berkata, aspek penjagaan kesihatan diri melalui bersukan, amat penting
bagi memastikan kehidupan seharian lebih baik.
“Ayuh seluruh rakyat Malaysia terutamanya warga luar Bandar dan

10 e-Khidmat Pengurusan

keluarga kementerian, kita laksanakan aktiviti riadah #KeluargaMalaysia
dan teruskan bersukan pada hari akan datang bagi #LuarBandarSejahtera
membudayakan gaya hidup sihat,” katanya ketika #HariSukanNegara
berucap merasmikan Hari Sukan Negara (HSN)
2021 peringkat Kementerian Pembangunan Luar Hari ini saya meregangkan otot sikit menyertai
Bandar (KPLB), 9 Oktober 2021. acara senamrobik bersama warga KPLB sempena
perasmian Hari Sukan Negara peringkat KPLB
Menurut YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid, KPLB 2021.
bersama jabatan dan agensinya, menyokong
penuh usaha Kementerian Belia dan Sukan Bersukan itu amat penting untuk menjaga
dalam menyahut cabaran dan laungan semangat kesihatan tubuh badan kita.
kesukanan demi menjayakan misi.
Justeru, saya menyeru seluruh warga KPLB
“Kita perlu seimbangkan hidup kita dengan dan juga masyarakat di luar bandar untuk
bersukan. Oleh kerana kita sudah makan pelbagai terus mengamalkan budaya dan gaya hidup
makanan termasuk yang mempunyai kandungan sihat dengan bersukan serta menjaga aspek
gula yang tinggi, seharusnya bersenam itu menjadi pemakanan.
keutamaan kita untuk mengelakkan komplikasi
penyakit”. Sesungguhnya nikmat kesihatan itu tiada nilai
harganya.
“Amalan bersukan itu tidak rugi, cuma kita perlu
tahu cari ruang masa dalam seminggu, mungkin YB Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid
dua atau tiga hari kita perlu bersenam untuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar
menjaga kesihatan badan,” ujarnya.
Sumber : Foto Kementerian Pembangunan
HSN KPLB 2021 diadakan secara hibrid, disertai 100 Luar Bandar (KPLB)
warga kementerian menyertai acara senamrobik
secara fizikal, manakala 600 lagi warga kerja
daripada 10 agensi KPLB menyertai senamrobik
secara dalam talian di seluruh negara.

Sumber:
Foto Kementerian Pembangunan Luar Bandar

e-Khidmat Pengurusan 11

12 e-Khidmat Pengurusan

Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2021 peringkat
ibu pejabat MARA telah diadakan dengan pelbagai
aktiviti sukan antaranya senamrobik, badminton, ping
pong, larian dan kayuhan santai.

Warga MARA turut mendengar ucapan perasmian
Menteri KPLB, YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
sempena HSN 2021 peringkat KPLB secara dalam
talian.

Sumber: Facebook Rasmi
Majlis Amanah Rakyat

e-Khidmat Pengurusan 13

2021

MARA NEGERI SEMBILAN

Sumber : Facebook MARA Negeri Sembilan

14 e-Khidmat Pengurusan

2021

MARA
NEGERI SELANGOR

Sumber : Facebook MARA Negeri Selangor

e-Khidmat Pengurusan 15

2021

MARA NEGERI PERAK

Sumber : Facebook MARA Negeri Perak

16 e-Khidmat Pengurusan

2021

MARA NEGERI MELAKA

Sumber : Facebook MARA Negeri Melaka

e-Khidmat Pengurusan 17

ALAH BISA
TEGAL BIASA

AMALKAN NORMA BAHARU

Oktober 2021 - Kebanyakan negeri telah beralih ke
Fasa Empat (4), iaitu fasa terakhir Pelan Pemulihan
Negara (PPN). Sejajar dengan saranan kerajaan,
warga MARA telah kembali bertugas di pejabat
dengan mengamalkan cara kerja norma baharu
dalam meneruskan wadah perjuangan menjunjung
amanah rakyat.

Usaha MARA memastikan warga MARA sentiasa
mematuhi setiap Prosedur Operasi Standard (SOP)
Pelan Pemulihan Negara (PPN), dimanfaatkan
sepenuhnya dengan penuh disiplin dan rasa
tanggungjawab.

18 e-Khidmat Pengurusan

Patuhilah setiap SOP yang ditetapkan, pakai pelitup
muka, amalkan penjarakan fizikal dan sentiasa
menjaga kebersihan dan keselamatan diri.

Kita semua mahu menjalani kehidupan normal
kembali, oleh itu janganlah leka. Pastikan SOP
sentiasa dipatuhi bagi memutuskan rantaian jangkitan
COVID-19.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara
Sumber : Foto Galeri MARA.

e-Khidmat Pengurusan 19

KEBIASAAN BAHARU
DI PEJABAT

DALAM SEMUA KEADAAN

MySejahtera bukan sekadar check-in & check-out.
Amalkan budaya membaca semua info dalam aplikasi
MySejahtera. Ia mempunyai pelbagai maklumat
terkini dan sebagai Keluarga Malaysia, amalkan
norma baharu demi kesejahteraan bersama.
Sumber: Aplikasi MySejahtera

20 e-Khidmat Pengurusan

Segmen Editor

e-Khidmat Pengurusan 21

PRODUKTIF 2021
2021

adalah tahun yang sangat perlahan.

Dan banyak perkara
tidak berlaku seperti yang dirancang.

Tiba-tiba sahaja,

sudah masuk bulan November.

Sumber: Motivasi Jatuh Bangun

22 e-Khidmat Pengurusan

Mana semua masa

berlalu?

Cuba fikirkan dan
berhenti risau tentang masa yang telah

terbazir.

e-Khidmat Pengurusan 23

Dan fikirkan masih ada
beberapa hari sahaja lagi tinggal bagi tahun

2021.
Fokus pada yang hendak anda lakukan dan

mula daripada sekarang.

24 e-Khidmat Pengurusan

Hari ini kita Selangkah dari Impian

yang ingin dicapai.

Tiada siapa yang akan mengejar

kejayaan melainkan diri kita sendiri.

e-Khidmat Pengurusan 25

BELASUNGKAWA

Takziah kepada seluruh ahli keluarga
Allahyarham Tuan Haji Hasan Nudin bin Yeop
Mantan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA
yang telah kembali ke Rahmahtullah pada 16 Oktober 2021.

Salam Takziah

kepada seluruh Keluarga MARA
yang telah kembali ke Rahmatullah.
Semoga seluruh keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan
dan kesabaran atas dugaan yang menimpa.

Al-F atihah

Dari Nya kita datang,
kepada Nya kita kembali.
Sesungguhnya tiada kuasa yang lebih besar dari
kuasa Allah yang Maha Besar.

26 e-Khidmat Pengurusan

HASRAT MARA

Insya-Allah, atas izin Allah Yang Maha Esa,
MARA akan dapat merealisasikan hasrat negara dengan kebahagiaan yang

lebih tersulam, dengan semangat Keluarga Malaysia.

Keterangkuman (inclusivity),
Kebersamaan (common ground) dan
Kesyukuran (contentment).

e-Khidmat Pengurusan 27

Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA
Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA

50609 Jalan MARA Kuala Lumpur
Tel: 03-2613 2401 Fax: 03-2691 0075

Email: [email protected]

www.mara.gov.my


Click to View FlipBook Version