The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KOLEKSI BAHAN PENERBITAN DIGITAL BITK, 2023-03-14 03:25:53

Buletin Pelaburan

Edisi Februari 2023

Februari / 2023 Pelaburan Buletin Sektor MARA Kemanakah Hala Tuju Industri Pengangkutan MARA Kini? SEIMBAS LALU Kenderaan Bas MARA (KBM) Bersama Menyelusuri Bahagian Industri Pengangkutan MARA -Moving Forward Ekosistem Pembangunan Industri Kenderaan EV Di Malaysia Kini Majlis Konvokesyen Kesembilan Belas Universiti Kuala Lumpur 2023


SIDANG EDITOR Sidang Editor e-Berita Pelaburan berhak meminda mengubah dan menggarap manuskrip yang dihantar agar bersesuaian dengan garis panduan yang ditetapkan dan tidak mengubah isi asalnya. Semua manuskrip yang diterima sama ada disiarkan ataupun tidak disiarkan tidak akan dikembalikan. Manuskrip ini juga boleh digunapakai oleh pihak yang diberi kebenaran untuk masa-masa akan datang. Kami mengalu-alukan sebarang cadangan atau komentar, surat menyurat, rencana dan ulasan ke meja Sidang Redaksi atau email ke [email protected] Sebarang pertanyaan hendaklah dialamatkan kepada: Pengarah Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA 50609 Jalan MARA, Kuala Lumpur. Tel: 03 2613 2401 Faks: 03 2691 0075 Email: [email protected] Copyright ©️ MARA 2021. All rights reserved PENAUNG Mohd Diah bin. Abas Pengarah Kanan (Pelaburan) MARA PENERBIT Jamizan bin Baki Timbalan Pengarah II KREATIF Zulrashdi bin Awang Penolong Pengarah TEKNIKAL & HEBAHAN Hanif Fahmi bin Arshad Pen. Pegawai Teknologi Maklumat (K) Unit IT & Solusi PENERBIT EKSEKUTIF Nor Zaini binti Abu Kassim Pengarah Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA EDITOR/WARTAWAN Wan Aida Rohana binti Mohammed Salleh Ketua Penolong Pengarah JURUFOTO Produksi Kreatif Penerbit : Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA Februari / 2023 Pelaburan Buletin Sektor MARA


4 Buletin Pelaburan Februari 2023 BIP Kemanakah Hala Tuju Industri Pengangkutan MARA Kini? S ektor Pelaburan MARA meneruskan objektif utamanya selepas Malaysia telah berada pada fasa endemik kesan daripada COVID-19. Lanskap sosio ekonomi negara mengalami perubahan positif selepas fasa pemulihan, terutamanya apabila operasi penjana ekonomi telah bergerak seperti biasa. Sektor Pelaburan MARA memacu ke arah pemerkasaan pelaburan strategik berteraskan keusahawanan, pendidikan dan perkhidmatan. Sebagai pihak yang bertanggungjawab ke atas Teras Ke-3, Pelan Strategik MARA, PSM (2021 – 2025), Sektor Pelaburan MARA bertindak sebagai pelengkap ekosistem MARA yang terdiri daripada elemen keusahawanan dan pendidikan, selain bertujuan untuk meningkatkan tahap sosio ekonomi negara. Peranan Sektor Pelaburan MARA dipertingkatkan melalui empat (4) strategi utama iaitu:- • Meneroka peluang pelaburan berpotensi dalam industri strategik bagi mendaya upaya rantaian nilai industri; • Memperkukuh inisiatif aset bukan kewangan; • Menyumbang kepada kelestarian aktiviti MARA; dan • Memperkukuhkan jaringan perhubungan antara bandar dan luar bandar.


Majlis Amanah Rakyat Buletin Pelaburan 5 Fokus pelaburan ini mengambilkira kapasiti MARA melalui subsidiarinya yang ditubuhkan untuk mendapat tempat di pasaran bagi pencapaian outcome yang dihajati. Selain peningkatan ekuiti Bumiputera di dalam negara, Sektor Pelaburan MARA juga berperanan dalam pencapaian beberapa outcome seperti berikut:- i. Pembangunan empat (4) pelaburan baharu dalam industri strategik. ii. Mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan. iii. Membangunkan 3 pelaburan hartanah. iv. Meningkatkan 15% sumbangan dalam projek/program yang berimpak tinggi. v. Meningkatkan keupayaan mobiliti penduduk luar bandar sebanyak 70%. Sektor Pelaburan MARA yang dimandatkan melalui Akta MARA 1966 bertanggungjawab untuk memastikan outcome utama iaitu meningkatkan ekuiti bumiputera melalui keusahawanan, pendidikan dan perkhidmatan yang difokuskan kepada 6 fokus pelaburan MARA ke arah industri strategik berpotensi tinggi seperti berikut:- • Aeroangkasa (Aerospace) • Perkhidmatan Kewangan (Financial Services) • Hartanah (Property) • Pengangkutan (Transportation) • Teknologi (Technology) • Hospitaliti (Hospitality) Tambahan: Sustainability (Projek berteraskan kemampanan) Sektor Pelaburan MARA memberikan fokus kepada empat (4) strategi utama di dalam mencapai matlamat seperti berikut: i. Meneroka peluang pelaburan berpotensi dalam industri strategik bagi mendaya upaya rantaian nilai industri; ii. Memperkukuh inisiatif aset bukan kewangan; iii. Menyumbang kepada kelestarian aktiviti MARA; dan iv. Memperkukuhkan jaringan perhubungan antara bandar dan luar bandar.


6 Buletin Pelaburan Februari 2023 Bahagian Industri Pengangkutan (BIP) adalah bahagian yang bertanggungjawab ke atas Projek Kenderaan Bas MARA (KBM) iaitu projek perkhidmatan pengangkutan bas awam berbentuk sosial yang beroperasi khususnya di kawasan luar bandar bagi menghubungkan masyarakat luar bandar untuk ke bandar dan sebaliknya termasuk ke kawasan penempatan baharu dan kawasan tanah rancangan. Pada Julai 2013, pengurusan operasi KBM telah dikorporatkan kepada MARA Liner Sdn Bhd bagi melaksanakan cadangan penambahbaikan untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan KBM. Antara objektifnya adalah menyediakan perkhidmatan bas henti-henti dan ekspres yang selamat, cekap dan berkesan termasuk kemudahan sokongan yang diperlukan bagi menghubungkan masyarakat luar bandar dan bandar serta kawasan-kawasan penempatan atau pertumbuhan baharu, tanah rancangan dan kawasan pembangunan wilayah untuk mempercepatkan pembangunan dan perkembangan sosio ekonomi masyarakat. Peranan KBM ini adalah meningkatkan sosioekonomi masyarakat luar bandar, memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat dan memberi khidmat pengangkutan sosial. Penubuhan serta objektif dan peranan yang dipertanggungjawabkan kepada BIP ini tidak hanya di situ sahaja tetapi BIP terus mengorak langkah sederap menuju pembangunan dalam industri pengangkutan negara yang sentiasa bergerak mengikut arus waktu dan peredaran zaman. Teknologi industri telah digalas oleh pengurusan baharu di dalam industri pengangkutan di MARA kini. SEIMBAS LALU Kenderaan Bas MARA (KBM)


Majlis Amanah Rakyat Buletin Pelaburan 7


8 Buletin Pelaburan Februari 2023 Tahun 2023 akan melihatkan set KPI baharu bagi BIP dan semua Bahagian MARA yang lain apabila elemen teknologi (sistem) dan Latihan diwajibkan oleh pihak Pengurusan MARA. Pada tahun ini juga menyaksikan KPI diterjemahkan kepada Key Result Area (KRA) diselarikan dengan Pelan Strategik MARA (PSM) 2021 -2025. KRA bagi Bahagian Industri Pengangkutan MARA adalah seperti berikut:- KRA 1 - Pengurusan Kenderaan Rasmi MARA Kenderaan Rasmi MARA terdiri daripada beberapa kategori iaitu pengurusan kenderaan penjawatan dan rasmi MARA atau lebih dikenali secara komersial sebagai Fleet Management yang terdiri daripada pengurusan kenderaan yang melibatkan jawatan JUSA ke atas, kenderaan guna sama MARA, kenderaan jabatan atau unit di dalam MARA dan menjurus kepada keseluruhan skop pejabat MARA di dalam dan luar negara. Pusat-pusat MARA merangkumi pejabat MARA Negeri dan Daerah, Institut Pendidikan MARA (IPMa) dan Pejabat MARA Luar Negara. KRA 2 - Pengurusan Kenderaan Bas MARA Pengurusan Kenderaan Bas MARA yang dijenamakan kepada MARA Liner pada tahun 2005 dan kemudiannya dikorporatkan untuk tujuan strategik Pelaburan MARA, kepada MARA Liner Sdn. Bhd. (MLSB) pada tahun 2015. Moving Forward KRA 3 - Pengurusan Bengkel Kenderaan MARA Pengurusan bengkel MARA telah ditambahbaik daripada status quo Bengkel Kenderaan Bas MARA kepada bengkel yang berkonsepkan Maintenance, Repairing and Overhaul(MRO) dan 3 S (Services, Spare Parts & Sales)terutamanya dengan usaha sama industri pembinaan badan bas (coachbuilders) dan enjin bas serta chasis sedia ada. Jenama seperti Man, Scania, Hino, SKS, Pembinaan Badan Bas dan lain-lain adalah di antara pemain industri yang mengawal pasaran bas di Malaysia. Melalui kerjasama strategik ini, hasrat serta outcome Sektor Pelaburan MARA yang berlandaskan keusahawanan dan pendidikan dapat dicapai. KRA 4 - Pemantauan Subsidiari BIP bertanggungjawab di dalam pemantauan terhadap pemain operasi industri pengangkutan yang utama MARA, MARA Liner Sdn. Bhd. (MLSB). Subsidiari yang bernaung di bawah syarikat perbadanan MARA Corp, telah mula bertapak di MARA sejak 2015 dan bertanggungjawab ke atas perkhidmatan bas ekspres, bas henti-henti dan bengkel MRO MARA. Peranan yang dimainkan oleh MLSB bukan hanya berorientasikan keuntungan, tetapi pemegang amanah utama MARA di dalam melaksanakan tanggungjawab sosial (CSR) terhadap masyarakat. BIP berhasrat untuk menjadikan MLSB sebagai salah satu pemain industri pengangkutan dan logistik nasional. Bersama Menyelusuri Bahagian Industri Pengangkutan MARA


Majlis Amanah Rakyat Buletin Pelaburan 9 KRA 5 - Pembangunan Mampan (Sustainability) BIP seiring dengan dasar kerajaan Malaysia yang memperkenalkan konsep MADANI iaitu, kemajuan daripada segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan sebagai salah satu usaha dalam membangunkan masyarakat. Salah satu daripada rukun MADANI ialah Kemampanan yang merujuk kepada kesejahteraan dan keseimbangan, dengan pengertian saling menghormati dan mengasihi sesama manusia, dan juga terhadap alam sekitar keseluruhannya. Di dalam aspek BIP dan MARA, konsep Kemampanan merujuk kepada keseimbangan di antara pembangunan masyarakat dengan mengambilkira aspek kesejahteraan global seperti penggunaan teknologi hijau dan tanggungjawab terhadap alam sekitar. Di antara projek rintis MARA ke arah pembangunan mampan negara ialah bekerjasama dengan pemain industri di dalam usaha teknologi hijau dan sustainability development goal (SDG) seperti Tenaga Nasional Berhad.


10 Buletin Pelaburan Februari 2023 KRA 6 - Peningkatan Kompetensi Pegawai Sebagai pihak yang bertanggungjawab di dalam industri pengangkutan, BIP bukan sahaja memerlukan sokongan daripada industri, tetapi memerlukan juga tenaga kerja yang mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran yang tinggi atau kompeten di dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. BIP telah merancang untuk menyediakan beberapa warga kerja yang kompeten dengan latihan dan pengiktirafan professional, sebagai langkah ke arah pencapaian hasrat MARA serta peningkatan imej Bahagian di mata masyarakat. Program melahirkan dua (2) orang jurutera professional (Ir.), lima (5) orang Professional Technologist (Ts.) serta Certified Technician (Tc.), dan empat (4) orang warga kerja yang akan mengikuti kursus profesional yang diiktiraf oleh The Chartered Transport and Logistic (CILT) di Malaysia, akan dilaksanakan pada tahun ini. KRA 7 - Pemantapan Sistem Penyampaian Keseluruhan usaha dalam meningkatkan mobiliti penduduk luar dan pinggir bandar akan diperkukuhkan lagi dengan pemantapan sistem penyampaian BIP terutamanya daripada aspek inovasi dan teknologi. BIP akan memperkenalkan dua (2) sistem baharu dalam masa terdekat iaitu Sistem Pengurusan Kenderaan MARA (MARA Fleet Management System) dan sistem tempahan bas ala e-Hailing yang dikenali sebagai Mobility on Demand. KRA 8 - Pengurusan Kewangan BIP bertanggungjawab dalam menguruskan Belanja Pembangunan yang diterima setiap tahun daripada rancangan jangka masa panjang Malaysia (RMK) dan Belanja Mengurus yang diperolehi setiap tahun. Selain daripada pengurusan perakaunan kewangan MARA sedia ada, BIP juga diberi amanah untuk menguruskan Akaun Kenderaan Bas MARA (KBM) sebagai sumber untuk pembangunan industri pengangkutan MARA.


Majlis Amanah Rakyat Buletin Pelaburan 11 BIP mengorak langkah seiring dengan kehendak industri pengangkutan negara selain daripada melaksanakan mandat serta peranan asal industri pengangkutan MARA sejak awal penubuhannya yang bergerak sebagai entiti Kenderaan Bas MARA (KBM) pada tahun 1966. Pendekatan yang dimainkan oleh BIP bersama rakan strategik operasi, MARA Liner Sdn Bhd (MLSB) terbahagi kepada dua (2) elemen utama iaitu sosial dan komersial. Keseimbangan fungsi-fungsi ini penting dalam memastikan MARA kekal relevan di dalam salah satu industri penyumbang Keluaran Domestik Negara Kasar (KDNK) negara. BIP membangunkan Pelan Strategik BIP dengan menggabungkan beberapa dasar utama kerajaan dan organisasi MARA seperti Pelan Strategik MARA (PSM) 2021 – 2025, Rancangan Malaysia Ke-12, Dasar Pengangkutan Negara (DPN) 2019 – 2030, Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021 – 2030, Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) dan lain-lain polisi yang mampu mempengaruhi industri pengangkutan dan pembangunan sosio ekonomi negara. Selain menggarab dasar serta polisi sedia ada, Pelan Strategik BIP juga dibangunkan dengan matlamat untuk membangunkan sektor pengangkutan mampan (sustainable) serta memacu pertumbuhan ekonomi dan menyokong kesejahteraan masyarakat terutamanya komuniti luar bandar. Pelan ini terbahagi kepada empat (4) bidang keutamaan (4 Pillars) yang akan memacu industri pengangkutan MARA ke arah matlamat yang ditujui. Bidang keutamaan di dalam Pelan Strategik BIP MARA adalah seperti berikut:- a. Memperkukuh Jaringan Pengangkutan Awam Luar Bandar dan Bandar BIP memberi fokus kepada strategi penggantian serta penambahan perkhidmatan bas henti-henti dan ekspres dalam memenuhi tanggungjawab sosial dan kehendak komersil MLSB. Setelah berkecimpung di dalam sektor pengangkutan darat di Semenanjung Malaysia selama beberapa dekad, BIP dan MLSB bercadang untuk membawa perkhidmatan bas MARA ke pasaran berstatus lautan biru (Blue Ocean) di Sabah dan Sarawak. BIP menerima sokongan daripada kerajaan terhadap cadangan ini apabila kerajaan memperuntukkan sebahagian bajet untuk projek pengangkutan awam di beberapa negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. BIP juga mengambil kesempatan ke atas beberapa peluang yang terbuka luas di Sabah dan Sarawak seperti Projek Lebuh Raya Pan Borneo yang dilancarkan pada tahun 2015. Projek yang menelan belanja sebanyak RM16.1 billion, kini berada pada


12 Buletin Pelaburan Februari 2023 tahap melebihi 85 peratus dan dijangka siap pada tahun ini. Projek Fasa Kedua Sarawak Sabah Link Road (SSLR) yang akan menghubungkan Miri ke Limbang dan Lawas tanpa melalui Brunei juga akan membuka laluan kepada perkhidmatan pengangkutan MARA menembusi pasaran. Sebagai agensi pelaksana dan peneraju utama pengangkutan awam darat luar bandar di Malaysia, BIP akan terus memainkan peranan untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam luar bandar kelas pertama dalam memenuhi kehendak pengguna, seterusnya menjadi penanda aras terbaik kepada operator perkhidmatan pengangkutan awam darat yang lain. BIP bersama MLSB akan meneruskan agenda MARA dengan menceburi bidang-bidang baharu di dalam industri pengangkutan, dalam konteks yang lebih meluas seperti perkhidmatan pengangkutan dan logistik darat, air (maritim), mahupun udara (aeroangkasa). BIP telah mengadakan perbincangan awal dengan rakan industri dan salah satu Institusi Pendidikan MARA (IPMa) yang terkemuka iaitu Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah program UniKL Asia Rail Centre, dalam usaha meneroka peluang baru di dalam industri pengangkutan dan teknologi keretapi. BIP juga telah mengorak langkah berani dan inovatif apabila mencadangkan kajian awal pelaksanaan perkhidmatan pengangkutan awam air oleh MARA di Pulau Pangkor dan Pulau Langkawi, dan pengenalan projek MRO Maritim dengan kerjasama UniKL Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (MIMET) di dalam permohonan Rolling Plan Ke-4 (RP4), RMKe-12. Melalui pengalaman yang luas di dalam perkhidmatan pengangkutan awam luar bandar, BIP juga telah bersedia untuk mengadakan usaha sama dengan pemain industri pembinaan badan bas (coachbuilders) di Malaysia seperti SKS Coachbuilders Sdn Bhd dan Badanbas Sdn Bhd. dalam penerokaan dan pengwujudan pusat pemasangan badan bas milik MARA (MARA Coachbuilders).


Majlis Amanah Rakyat Buletin Pelaburan 13 Selain daripada bidang pengangkutan awam, industri pengangkutan juga menawarkan peluang yang lebih luas di dalam bidang logistik dan pergudangan (warehousing). Bidang ini mempunyai kaitan secara langsung serta berhubung kait dengan ekosistem keusahawanan MARA, terutamanya di dalam aspek pemasaran, pengagihan (distribution) dan pengurusan rantaian nilai (supply chain management). Usaha ini dapat memastikan MARA berperanan secara lengkap di dalam membangunkan usahawan, bukan sahaja daripada


14 Buletin Pelaburan Februari 2023 aspek latihan keusahawanan dan pembiayaan perniagaan, malah bertanggungjawab dalam memastikan rangkaian pengedaran (distribution network) produk dan perkhidmatan usahawan MARA dapat dipasarkan, bermula daripada kilang (manufacturer), terus ke ruang niaga (shelf). BIP dan MLSB bersedia untuk mengambil cabaran ini dan melengkapkan ekosistem keusahawanan MARA melalui pengwujudan MARA Halal Distribution Network atau MARA Supply Chain Centre dengan kerjasama salah sebuah syarikat logistik dan kontena di bawah naungan MARA, Trili Maju Sdn. Bhd. b) Memperkukuh Keupayaan dan Kepakaran Industri Pengangkutan • Peningkatan/penyediaan kompetensi modal insan untuk memenuhi permintaan industri. • Peningkatan taraf bengkel Kenderaan Bas MARA (KBM) kepada bidang fokus (niche) dan usaha sama dengan rakan industri dalam membangunkan bengkel yang mempunyai pengiktirafan industri. • Pembangunan Pusat Kecemerlangan Industri (CoIE) dan Teaching Factory • Pembangunan terminal sektor pengangkutan mengikut pengkhususan c) Melangkah Maju Ke Arah Pembangunan Ekosistem Mobiliti Rendah Karbon • Transformasi Pengangkutan Awam Mesra Alam Luar Bandar • Pembinaan Stesyen Pengecas Kenderaan Elektrik (EV) Luar Bandar (Electron Hub) • Pengenalan MARA Green Technology Valley (projek rintis di Pulau Langkawi) • Usaha sama dengan Nano Malaysia Sdn Bhd, subsidiari di bawah MOSTI di dalam bidang Hybrid Electric & Hidrogen-based Vehicle). d) Mempercepat Inovasi dan Penerimagunaan Teknologi • Mewujudkan sistem pemantauan dan pengkalan data berpusat • MARA Fleet Management System • Program mengoptimumkan jangka hayat aset MARA (bas) melalui usaha menaiktaraf (refurbishment) kenderaan bas MARA yang berada di dalam fasa pelupusan untuk kegunaan atau sewa khas IPMa, pusat MARA, subsidiari MARA dan pihak luar. Program ini akan dilengkapkan dengan penggunaan aplikasi atau sistem tempahan kenderaan yang akan dikenali sebagai Mobility on Demand (MOD) PerananPeranan Lain BIP Dalam Pengurusan Pembangunan Pengangkutan Masa Kini Bahagian Industri Pengangkutan (BIP) MARA adalah bahagian yang berperanan dan bertanggung jawab menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam darat dan beroperasi khususnya menghubungkan kawasan luar bandar dengan pusat bandar serta kawasan-kawasan penempatan/pertumbuhan baru, tanah rancangan dan kawasan pembangunan wilayah untuk mempercepatkan pembangunan dan perkembangan sosio ekonomi masyarakat. Perkhidmatan pengangkutan awam darat yang disediakan meliputi bas berhenti-henti dan ekspres. BIP turut berperanan mewujudkan


Majlis Amanah Rakyat Buletin Pelaburan 15 bengkel penyelenggaraan kenderaan khususnya pembaikan bas di 16 lokasi seluruh Semenanjung Malaysia dan keseluruhan operasi ini dilaksanakan oleh salah sebuah anak syarikat MARA iaitu MARA Liner Sdn. Bhd. (MLSB). Keseluruhan bengkel tersebut dilengkapi dengan peralatan dan mesin terkini bagi kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan dan baik pulih kenderaan (MRO) untuk bas, kenderaan komersial dan persendirian, selaras dengan Pelan Pelaksanaan Dasar RMKe-12, Bab 6: Mempertingkat Keseimbangan dan Keterangkuman Wilayah, Strategi C1.3 : Mempertingkat ketersambungan dan mobiliti (Mempertingkat perkhidmatan pengangkutan awam). Selaras dengan Pelan Pelaksanaan Dasar RMKe12, Bab 12: Memperkukuh Kecekapan Infrastruktur Pengangkutan dan Logistik, Strategi A1 : Meningkatkan kebolehcapaian kepada pengangkutan awam secara menyeluruh (Mempertingkat kekerapan dan menjajarkan semula laluan bas perantara), MARA telah membuat penggantian 15 buah bas berhenti-henti (midi-bus) berkapasiti 30 tempat duduk dan tujuh (7) buah bas ekspres single deck berkapasiti 40 buah tempat duduk. Kesemua penggantian bas adalah menggunakan peruntukan Rancangan Malaysia Ke-11 dan Ke-12. Penggantian bas sedia ada perlu bagi mengekalkan operasi agar perkhidmatan yang diberikan adalah optimum kepada pengguna. Penggantian bas berhenti-henti yang berusia lebih daripada 15 tahun dan bas ekspres berusia lebih daripada 10 tahun adalah selari dengan syarat khas Lesen Pengendali Bas Berhenti-Henti dan Ekspres Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (APAD). BIP turut melaksanakan kerja-kerja menaik taraf bengkel sedia ada iaitu Bengkel Raub, Pahang; Kuala Nerang dan Sik, Kedah dan Kuala Perlis, Perlis. Kerja-kerja ini perlu dilaksanakan agar bengkel lebih kompetitif dan kondusif sesuai dengan aktiviti pembaikan, penyelenggaraan dan baik pulih kenderaan (MRO). Bengkel turut dilengkapi kemudahan khidmat pelanggan dan peralatan yang terbaik bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.


16 Buletin Pelaburan Februari 2023 Pengendali perkhidmatan bas MARA iaitu MLSB telah menawarkan perkhidmatan pengangkutan awam bas berhentihenti di 589 buah kampung dan laluan bas ekspres merentasi Zon Utara, Zon Timur dan Zon Tengah. Rangkaian perkhidmatan pengangkutan awam darat yang disediakan ini menjadi objektif utama MARA untuk meningkatkan keupayaan mobiliti penduduk luar bandar dengan bandar dan sebaliknya sebanyak 70%. Manakala pencapaian Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti di Negeri Perlis iaitu melalui Projek myBAS hasil kerjasama dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan MLSB telah menampakkan peningkatan jumlah penumpang sebanyak 61.3% iaitu 219,049 orang penumpang pada tahun 2022 berbanding 135,776 orang penumpang pada tahun 2021. Begitu juga jumlah penumpang perkhidmatan bas ekspres dan berhenti-henti menunjukkan peningkatan melebihi 100%. Secara keseluruhan, penambahan bilangan penumpang yang ketara menunjukkan perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan luar bandar amat diperlukan untuk meningkatkan mobiliti sesetengah penduduk serta membantu usaha-usaha kerajaan meningkatkan kualiti hidup mereka dan memperkasakan asas pertumbuhan. Perkhidmatan bas masih diteruskan di beberapa laluan luar bandar atas dasar kesinambungan perkhidmatan bas sosial (CSR) di bawah Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-Henti (ISBSF). Pemantauan berkala turut dilaksanakan oleh MARA bagi memastikan bas yang beroperasi dibuat penyelenggaraan berkala untuk menjamin keselamatan dan keselesaan penumpang serta mengikut undang-undang yang ditetapkan. 265,444 213,604 135,776 657,842 628,690 219,049 0 100,000 200,000 300,000 400,000 500,000 600,000 700,000 BAS HENTI-HENTI BAS EKSPRES myBAS JUMLAH PENUMPANG MENGIKUT JENIS PERKHIDMATAN 2021 2022 Rajah menunjukkan prestasi bilangan penumpang bagi tahun 2021 dan 2022 BUTIRAN 2022 2021 PENINGKATAN Bilangan Penumpang Bas Ekspres 628,690 213,604 294.3% Bilangan Laluan Bas Ekspres 41 39 - Bilangan Penumpang Bas Berhenti-henti 657,842 265,444 247.8% Bilangan Laluan Bas Berhenti-henti 89 79 - Bilangan Penumpang MyBAS 219,049 135,776 61.3% Bilangan Laluan MyBAS 14 14 - Pencapaian BIP


Majlis Amanah Rakyat Buletin Pelaburan 17 (i) Majlis Menandatangani dan Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara MARA dan rakan strategik iaitu HINO Motors Sales (Malaysia) telah diadakan di Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Mohd Dun, Pengerusi MARA pada 21 Mac 2022. Kerjasama dengan HINO bagi mewujudkan bengkel HASO (HINO Approved Service Outlet) merupakan projek bengkel komersil yang pertama di antara MLSB dan HINO iaitu di bengkel Muadzam Shah, Kuantan, Pahang dan memberi impak yang besar kepada MARA secara amnya dan MARALiner Sdn. Bhd. (MLSB) khasnya. Secara jangka panjang, bengkel ini akan menjadi salah satu pusat untuk memberi pendedahan secara praktikal kepada pelajar dalam bidang automotif dan baik pulih kenderaan berat terutamanya pelajar dalam jurusan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (atau TVET). Pelajar daripada Institusi Pendidikan MARA (IPMA) seperti Institut Kemahiran MARA, Universiti Kuala Lumpur atau institusi lain yang menjurus dalam bidang automotif boleh mengambil peluang untuk menimba pengalaman secara praktikal di akhir atau selepas pengajian dengan berkonsepkan teaching factory di sini. (ii) Projek Perkhidmatan Bas Luar Bandar Negeri Sembilan (Rentas NS) telah disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan pada 1 Jun 2022 di Rembau Water Front, Rembau, Negeri Sembilan. Projek Rentas NS ini menggunakan peruntukan kerajaan dalam RMKe-11 dan memberi manafaat kepada 70,000 orang penduduk di Rembau dan Tampin, Negeri Sembilan. Selari dengan Pelan Strategik MARA 2021-2025 iaitu memperkukuh jaringan perhubungan antara bandar dan luar bandar, projek ini membabitkan laluan luar bandar merangkumi 25 buah institusi pengajian (IPMA, sekolah, institusi pengajian awam dan swasta) 47 buah kampung, taman perumahan dan pusat kesihatan. Program Khas YBhg. Dato’ Sri Azhar Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA dan Mr. Atsushi Uchiyama, Pengarah Urusan HINO menandatangani Mou. Sebahagian warga kerja MARA yang menyaksikan majlis tersebut.


18 Buletin Pelaburan Februari 2023 (iii) Majlis Pelancaran Projek Pembangunan Motosikal Jenama Tempatan : AM-2 & Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara MARA dan AFY Mobility Industries Sdn. Bhd. (AMI) telah berlangsung pada 23 Ogos 2022 di Bangunan AFY Mobility Industries Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor dan disempurnakan oleh YB. Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar. AMI merupakan sebuah syarikat pelaburan dalam perniagaan pemasangan dan pengedaran motosikal, basikal, skuter, PWC, All Terrain Vehicle (ATV), Mule, RUV, Power Products, alat ganti dan aksesori. Teras Kerjasama MoU antara MARA dan AMI adalah mengadakan kolaborasi Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di dalam industri permotoran. Pelajar daripada GIATMARA yang menjurus dalam bidang automotif boleh mengambil peluang untuk menimba pengalaman secara praktikal di akhir atau selepas pengajian dengan berkonsepkan teaching factory di sini. YB. Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar.meninjau lokasi pameran motor. YBhg. Dato’ Sri Azhar Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA dan Encik Ahmad Faez Tan Sri Yahaya, Group Executive Chairman AFY Mobility Industris Sdn. Bhd. menyerahkan dokumen MoU.


Majlis Amanah Rakyat Buletin Pelaburan 19 (iv) Seiring dengan matlamat Kerajaan dan Dasar Pengangkutan Nasional untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan dengan selamat, cekap dan berkesinambungan di seluruh Malaysia untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyokong ekonomi yang kompetitif, MARA dan MLSB telah mengadakan Program Retreat bagi membincangkan perkara tersebut. Program yang berlangsung selama satu hari ini telah mencapai matlamat untuk memperkasakan aset-aset Kerajaan dengan mengubahsuai bas-bas yang melebihi usia 5 tahun untuk memenuhi keperluan perkhidmatan pengangkutan bas khusus kepada pusat-pusat MARA, Institusi Pengajian MARA (IPMA), agensi kerajaan dan kementerian. Selain itu, beberapa strategi turut dibentangkan dalam program Moving Forward tersebut bagi menghadapi cabaran industri pengangkutan pada masa-masa yang akan datang. Program Retreat antara BIP dan MLSB yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada 23 November 2022. Program turut dihadiri Encik Md. Diah Abas, Pengarah Kanan (Pelaburan) MARA, Encik Rizal Effendi Razali, Pengarah BIP dan Encik Zachary Ismail Zee Ismail, Pegawai Eksekutif MLSB. Program Retreat antara BIP dan MLSB yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada 23 November 2022. Program turut dihadiri Encik Md. Diah Abas, Pengarah Kanan (Pelaburan) MARA, Encik Rizal Effendi Razali, Pengarah BIP dan Encik Zachary Ismail Zee Ismail, Pegawai Eksekutif MLSB. S elari Pelan Strategik MARA 2021-2025, Menjunjung Amanah dalam Mendepani Cabaran Masa Hadapan, BIP mengambil insiatif ini menyokong Program Dasar Hijau MARA dengan mengadakan bengkel untuk mengkaji kesesuaian penggunaan bas elektrik (EV) di laluan luar bandar bagi menangani isu cabaran perubahan iklim dan keselamatan tenaga yang dihadapi masyarakat dunia hari ini. Bengkel berkaitan EV di antara MARA dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah diadakan pada 10 Ogos 2022 bertempat di Hotel Premiera, Kuala Lumpur. Bengkel tersebut telah disempurnakan oleh Encik Mohd. Diah bin Abas, Pengarah Kanan (Pelaburan) MARA. Aplikasi Teknologi Hijau adalah selaras dengan konsep pembangunan mapan yang perlu dilaksanakan bagi memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan. Sehubungan itu, memastikan generasi akan datang dapat sekurang-kurangnya menikmati kualiti kehidupan yang kita peroleh sekarang atau kualiti yang lebih baik, MARA telah memasukkan elemen Teknologi Hijau dalam prasarana pengangkutan


20 Buletin Pelaburan Februari 2023 dan kenderaan pengangkutan jalan awam di bengkel Langkawi, Kedah. Sebaik Projek Kerjasama antara TNB dan MARA di Bengkel Langkawi, Kedah beroperasi, Kursus Pengendalian Bas Elektrik dan Stesen Pengecas Elektrik telah diadakan di bengkel tersebut pada 13 hingga 15 Disember 2022. Kursus ini telah dihadiri oleh empat (4) orang dari BIP, empat (4) orang tenaga pengajar Institut Kemahiran MARA (IKM Jasin, Melaka dan Beseri, Perlis), empat (4) orang wakil SKS, syarikat pengeluar chasis dan empat (4) orang daripada GIATMARA Langkawi. Matlamat kursus ini merupakan tindakan proaktif MARA ke arah peralihan kenderaan elektrik bagi menyokong hasrat kerajaan ke arah Negara Rendah Karbon 2030. Dalam memacu perancangan pada masa hadapan, BIP akan mengenal pasti peluang ke arah penerokaan industri baharu dalam bidang logistik ke arah mempersiaga MARA supaya lebih relevan seiring dengan agenda pembangunan negara. Antara fokus yang akan diberikan adalah untuk meneroka peluang BIP untuk terlibat dalam industri maritim melalui pembangunan modal insan dan perkhidmatan kerja pembaikan, penyelenggaraan dan baik pulih , industri logistik dan pergudangan serta mengenalpasti peluang industri pengangkutan darat di Sabah dan Sarawak. Perancangan juga adalah menyokong hasrat kerajaan untuk membentuk masyarakat luar bandar yang sejahtera dan menyokong Malaysia ke arah Negara Neutral Karbon menjelang tahun 2050. Elemen teknologi hijau ini diperkukuhkan lagi dengan sumber yang didapati melalui research grant paper daripada Dr.Nizam daripada KUPTM. Menurut beliau, memandangkan kesan perubahan iklim yang ketara dan tidak dapat dipulihkan, pengurangan pelepasan karbon telah mendapat perhatian global dalam beberapa dekad kebelakangan ini (Arias et al., 2021). Sebagai tindak balas, banyak kerajaan di seluruh dunia telah mencadangkan program dan pendekatan untuk mencapai pelepasan sifar bersih. Salah satu sektor yang paling diperdebatkan ialah sektor pengangkutan, yang menyumbang kepada pelepasan global (Wang & Ge, 2019). Menurut Gazi dan Van Den Bergh, (2008) dan Stanley et.al., (2011) sektor pengangkutan merupakan salah satu sumber pemanasan global dan perubahan iklim yang paling pesat berkembang. Ini disebabkan oleh sebahagian besar permintaan tenaga untuk pengangkutan dipenuhi oleh bahan api fosil, bukti menunjukkan bahawa industri pengangkutan adalah salah satu pengeluar terbesar pelepasan CO2 di dunia. Sebagai contoh, sektor pengangkutan menggunakan lebih daripada 90% tenaga daripada bahan api fosil dalam tujuh ekonomi dengan pelepasan CO2 tertinggi di seluruh dunia (Solaymani, 2019). Pembakaran bahan api dalam industri ini menghasilkan 8,040 juta tan CO2 pada 2017, meletakkannya di tempat kedua di kalangan semua sektor ekonomi (24.5% daripada jumlah pelepasan CO2) dan menyumbang 18% daripada pelepasan buatan manusia global (Huizenga dan Peet, 2017; Antarabangsa Agensi TenagaIEA, 2019). Pengangkutan jelas memberi kesan kepada unsur-unsur ekosistem dan melalui pelbagai jenis pencemaran, ia juga menyebarkan penyakit dan menyebabkan kemudaratan alam sekitar yang tidak boleh diperbaiki. Penilaian penting tentang cara mengurangkan pencemaran alam sekitar dalam pengangkutan telah dilakukan oleh banyak penyelidik (Solaymani et al., 2015a; Soto et al., 2018; Shen dan Feng, 2020). Untuk mencapai matlamat ini, adalah perlu untuk menggunakan tenaga boleh diperbaharui, kenderaan elektrik dan hibrid, dan untuk meningkatkan kecekapan tenaga dalam sektor ini, terutamanya dalam pengangkutan jalan raya. Akibatnya, pengangkutan boleh memainkan peranan penting dalam mengurangkan pelepasan Gas Rumah Hijau dan mewujudkan Lawatan kerja YBhg. Dato’ Indera IR. Baharin bin Din, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB pada 8 Oktober 2022 bagi meninjau kemajuan kerja di lokasi projek usaha sama antara TNB dengan MARA di bengkel Langkawi, Kedah.


Majlis Amanah Rakyat Buletin Pelaburan 21 bandar karbon rendah di seluruh dunia. Berdasarkan pandangan serta kajian tersebut, MARA telah melancarkan program kenderaan elektriknya sendiri pada awal tahun 2022. Program ini berpusat di Langkawi Kedah. Di bawah program ini, MARA menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam iaitu pengangkutan bas elektrik; untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat dan juga pelancong untuk pergi ke tempat-tempat di Langkawi. Kajian ini akan mengkaji Kesan Alam Sekitar, Kesejahteraan Komuniti, Aspek Kewangan terhadap Kelestarian: Kes Kenderaan Elektrik MARA di Langkawi. Data akan dikumpul daripada komuniti tempatan, pelancong dan kakitangan MARA yang terlibat dalam program Kenderaan Elektrik. Turut melibatkan data sekunder iaitu Rekod Pelepasan Karbon Kenderaan, Rekod Kebisingan Kenderaan daripada pihak berkuasa berkaitan di pejabat negeri dan daerah. Dapatan kajian ini adalah laporan penilaian impak Program Pengangkutan EV MARA. Laporan ini akan dilaksanakan oleh Bahagian Pengangkutan MARA dari segi nilai tambah dan menambah baik dasar semasa dan akan datang yang diprogramkan Di Malaysia, pengangkutan menyumbang kepada bahagian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tinggi dan sumbangan yang tinggi kepada jumlah pelepasan CO2 di Malaysia (Solayamani, 2021). Berbanding dengan intensiti pelepasan KDNK pada tahun 2005, Malaysia mahu mengurangkan intensiti pelepasan KDNKnya sebanyak 45% menjelang 2030. Ini terdiri daripada 35% tanpa syarat dan 10% lagi tertakluk kepada penerimaan wang iklim, pemindahan teknologi dan pembinaan kapasiti daripada negara perindustrian. Kenderaan Elektrik (EV) ialah kenderaan yang menggunakan tenaga elektrik dan bukannya jenis bahan api lain seperti bahan api diesel atau petrol. EV dianggap sebagai komponen penting dalam sistem pengangkutan awam bebas fosil (Johansson et al., 2013; Teske, Arthouros, Muth, Wronski, & Kruger, € 2011; Suruhanjaya Eropah, 2011), yang menyumbang ke arah kemampanan (Bor en & Ny, 2016; Robert, Bor en, Ny, & Broman, 2017). Pengangkutan yang mampan adalah di mana ia menyediakan mobiliti sambil mempromosikan dan melindungi keadilan, kemajuan ekonomi dan kesihatan manusia


22 Buletin Pelaburan Februari 2023 dan alam sekitar pada masa kini dan masa depan secara serentak (Deakin, Curwell dan Lombardi, 2004). Satu-satunya pengurangan emisi berkaitan pengangkutan yang paling ketara ialah mengurangkan penggunaan kereta persendirian dengan beralih kepada mod yang lebih cekap seperti kereta api elektrik atau bas. Bas elektrik ialah alternatif yang lebih baharu kepada bas yang lebih tradisional, tetapi ia menjadi pilihan popular untuk bandar, syarikat pengangkutan persendirian dan daerah sekolah yang ingin memanfaatkan teknologi EV. Kos bas elektrik pada mulanya lebih tinggi daripada jenis lain, tetapi ia boleh menjimatkan wang dari semasa ke semasa. Menurut beberapa kajian penilaian kitaran hayat, jika bas elektrik dikuasakan oleh elektrik boleh diperbaharui, impak alam sekitarnya adalah kurang teruk berbanding bas dengan enjin pembakaran dalaman (Edwards, Larive, Rickeard, & Weindorf, 2014; Hallberg et al., 2013 ; Nordelof, Messagie, Tillman, Ljunggren Soderman, & Van Mierlo, 2014; Nordelof, Romare, & Tivander, 2017). Oleh itu, memandangkan MARA telah pun memulakan program EV di Langkawi, MARA harus mengambil iktibar dan mempunyai pengalaman tersendiri dalam usaha melihat kesan Kenderaan Elektrik MARA terhadap kelestarian di Langkawi dari segi Persekitaran, kesejahteraan Komuniti dan aspek Kewangan. . Dalam mengorak langkah menuju ke hadapan MARA melalui BIP juga telah menandatangani perjanjian usahasama persefahaman dengan AFY Mobility Industries Sdn.Bhd. (AMI) pada Ogos 2022 dalam penghasilan motosikal jenama nasional. Inisiatif ini mendokong agenda nasional meliputi keseluruhan ekosistem Projek pembangunan Motosikal dari R&D (Research and Development), pembangunan vendor dan usahasama sehingga kepada bekalan bakat tempatan ( local talent) melalui TVET MARA. Bersama dengan syarikat KMSB ,MARA telah memulakan kerja-kerja untuk Advanced Design Engineering and Prototyping di Institusi Pendidikan MARA seperti UniKL Spanish Institute dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA. Melalui projek ini satu kejayaan tercapai apabila terjalin kerjasama dengan syarikat pengeluar motosikal jenama terkenal dari Jepun iaitu Suzuki Motor Corporation (SMC) menjadi sebagai rakan teknikal dalam Projek AM-2 . Usaha-usaha moving forward BIP MARA jelas menunjukkan BIP sangat komited dalam memastikan industri pengangkutan MARA tidak terkebelakang malah bersama mengorak langkah menuju pembangunan maju dengan mengekalkan elemen teknologi hijau selaras mendokong aspirasi negara di samping memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara.


Majlis Amanah Rakyat Buletin Pelaburan 23 Ekosistem Pembangunan Industri Kenderaan EV Di Malaysia Kini Pencapaian matlamat hijau perlu diberi penekanan yang sewajarnya sekiranya negara ingin mengorak langkah ke arah pembangunan industri kenderaan EV supaya segala perancangan memenuhi fokus yang ditetapkan oleh kerajaan. Perbincangan pembangunan industri ini bukanlah sesuatu yang baru tetapi merupakan pokok perbincangan yang telah lama disebut di serata dunia. 17 Matlamat Pembangunan Mampan (17 SDGs) yang ditetapkan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 2015 telah membuka minda para pengguna untuk lebih cenderung menggunakan kereta berkuasa bateri atau hibrid. Malah, langkah ini selaras dengan Matlamat Ke-13, iaitu untuk menangani perubahan iklim serta kesannya dengan mengawal pengeluaran gas rumah hijau dan menggalakkan pembangunan tenaga boleh diperbaharui. Disebabkan itu, pasaran kenderaan elektrik global meningkat sehingga USD287.36 bilion pada 2021 dan diramal untuk terus berkembang kepada USD1,318.22 bilion pada tahun 2028. Di Malaysia kini, kerajaan telah mula mengorak langkah dalam penggunaan EV dengan melaksanakan pelbagai dasar untuk merancakkan industri ini. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui NanoMalaysia telah menyediakan satu pelan tindakan yang memberi tumpuan kepada industri tempatan melalui pemberian geran penyelidikan & pembangunan (R&D) berlandaskan EV. Ini secara tidak langsung dapat memacu pertumbuhan ekonomi negara dan mempercepatkan pembangunan ekosistem industri EV di dalam negara.


24 Buletin Pelaburan Februari 2023 Bagi memacu pasaran EV di Malaysia, MOSTI juga telah mengambil inisiatif melalui pelaksanaan program NanoMalaysia Energy Storage Technology Initiative (NESTI). Program ini mensasarkan kepada pembangunan dan pengkomersilan sistem simpanan tenaga untuk kegunaan mobiliti elektrik. Ini termasuk bateri, ultra kapasitor, penyimpanan hidrogen dan reaktor, sistem pengurusan tenaga dan kitar semula bateri. Inisiatif ini sudah pasti akan memperkasakan teknologi EV di Malaysia dan meningkatkan penerimaan terhadap teknologi EV ini sekaligus meletakkan Malaysia sebagai antara pengeksport komponen EV terkemuka di rantau ini. Antara dasar lain yang telah dibangunkan bagi menyokong pembangunan ekosistem industri EV di negara ini adalah Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030 bagi mempercepatkan pelaksanaan inisiatif mobiliti rendah karbon. Namun persoalan yang timbul , adakah Malaysia sudah benar-benar bersedia untuk menerima era EV ini? Apakah persediaan yang dilaksanakan mencukupi dan apakah aspek calculated risk yang perlu diambil kira oleh kerajaan bagi memastikan pelaksanaan yang berkesan? Peralihan kepada industri EV kita seharusnya tidak melihat kepada hasil penjualan dan pengilangan kereta serta bateri semata-mata, tetapi lebih memerlukan pembangunan secara menyeluruh dari aspek pembangunan teknologi, komponen kenderaan, stesen pengecasan, perkhidmatan selepas jualan dan banyak aspek berkaitan lagi yang perlu diambil kira dan diberi penekanan sewajarnya. Jika ingin terus bersaing dalam industri ini, tumpuan yang harus diambil kira adalah dalam aspek membangunkan teknologi dan memainkan peranan sebagai pengeluar komponen EV di rantau ini. Ini akan menjadikan Malaysia mampu untuk bersaing dengan negara serantau yang turut cenderung dalam segmen industri ini. Peredaran teknologi yang dinamik menandakan sudah tiba masanya untuk Malaysia membangunkan satu ekosistem industri kenderaan elektrik yang mampan dan holistik.


Majlis Amanah Rakyat Buletin Pelaburan 25 Pembangunan infrastruktur terhadap stesen pengecasan sudah rancak bermula di seluruh negara. Ini selaras dengan sasaran kerajaan untuk membina hampir 5,000 stesen pengecas EV menerusi Dasar Automotif Nasional 2020 dan bakal menjangkau sehingga 10,000 infrastruktur pengecasan EV pada tahun 2025. Ini secara secara langsung dapat memangkinkan pembangunan ekosistem industri EV pada masa akan datang dengan memiliki kemudahan pengecasan di seluruh negara. Dengan adanya sokongan ekosistem melalui pembangunan teknologi tempatan, potensi Malaysia untuk membangunkan ekosistem industri EV adalah lebih menyakinkan. Komitmen pihak kerajaan akan terus mengukuhkan segala usaha untuk membangunkan ekosistem industri EV melalui pelbagai polisi dan dasar sedia ada dan pada masa hadapan. Kerjasama dan perbincangan bersama semua pemegang taruh seperti penglibatan beberapa kementerian dan agensi berkaitan serta pembangunan syarikat start up amatlah perlu bagi mengukuhkan ekosistem industri EV di Malaysia. Selain itu, sokongan daripada masyarakat juga perlu diambil kira dalam misi menjadikan industri EV sebagai satu industri baharu. Selari dengan proses evolusi Malaysia sebagai pusat serantau bagi penyelidikan dan pembangunan automotif, pembuatan dan teknologi pembangunan yang mampan, ianya akan memastikan industri EV terus berdaya saing dengan pengenalan kepada elemen teknologi termaju baharu. Dasar pada masa hadapan perlu mengambil kira keperluan untuk meningkatkan pelaksanaan inisiatif rendah karbon dan perancangan infrastruktur yang meminimumkan penggunaan sumber yang tidak mampan. Strategi ini dapat membantu objektif bagi meningkatkan penggunaan kenderaan cekap tenaga (EEV) sebagai mod pilihan dan menggalakkan pertumbuhan industri dan penggunaan EEV/EV di Malaysia. Strategi ini selari dengan pembangunan infrastruktur yang mampan dan berdaya maju dari segi ekonomi bagi EEV. Melihat kepada ekosistem industri EV di Malaysia hari ini, industri ini akan mampu berkembang pesat jika dilihat dari aspek sokongan pihak kerajaan melalui inisiatif dan pelaksanaan dasar yang telah diumumkan kerajaan, seperti Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020), Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030 (LCMB) serta pengumuman Bajet 2023 yang akan melibatkan pelepasan cukai jualan, duti import dan duti eksais bagi EV. Kesedaran berkenaan perubahan iklim dan kesan kepada alam sekitar yang semakin meningkat ini sudah pasti akan melengkapkan ekosistem yang diperlukan bagi penggunaan dan penghasilan EV yang berkesan dan mampan di negara ini. Sumber: Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030/ Dasar Automatif Nasional 2020 Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030


26 Buletin Pelaburan Februari 2023


Majlis Amanah Rakyat Buletin Pelaburan 27 YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah merangkap Pro Canselor Universiti Kuala Lumpur telah menyampaikan ijazah doktor falsafah, sarjana, sarjana muda, diploma dan sijil kepada seramai 5,834 graduan bagi tahun 2022 di sesi pertama Majlis Konvokesyen Kesembilan Belas Universiti Kuala Lumpur. MAJLIS KONVOKESYEN KESEMBILAN BELAS UNIVERSITI KUALA LUMPUR 2023 11 hingga 14 Februari 2023 Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur


28 Buletin Pelaburan Februari 2023 Turut hadir di majlis ini ialah YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah, YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun, Ketua Setiausaha KKDW, YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA merangkap Pro Canselor UniKL, YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKDW, . Dato’ Julainie bin Mohd Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Makro), Kementerian Ekonomi, YBhg. Encik Razlan bin Haji Samsuri, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, YBhg. , Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation Sdn Bhd Encik Luqman bin Ahmad, dan YBhg. Datuk Dr. Roziah binti Omar, Presiden UniKL. MAJLIS KONVOKESYEN Dari jumlah 5,834 orang graduan Tahun 2022 yang diraikan dalam Majlis Konvokesyen ini, terdapat 77 orang graduan antarabangsa dari 26 buah negara, 23 graduan ijazah Doktor Falsafah, 151 graduan Ijazah Sarjana, 4,299 graduan Ijazah Sarjana Muda, 1,360 graduan Diploma, dan seorang penerima Sijil Professional. Selain itu terdapat seorang Graduan Orang Asli (Diploma UniKL MIIT, Sesi 8) ,41 orang Graduan Huffaz Profesional ,43 orang Graduan dari Sarawak dan 52 orang Graduan dari Sabah. Majlis ini menyaksikan graduan sulung bagi 3 program baru dari Program Ijazah Doktor Falsafah (Sains Perubatan), Program Sarjana (Aeroangkasa) dan Program Ijazah Sarjana Muda (Sistem Keretapi). PENERIMA ANUGERAH CANSELOR Penerima Anugerah Canselor, Maryam Farzana Mohamad Sokri, graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Otomotif) dari UniKL Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI), merupakan bekas pelajar MRSM Baling. Selepas memperolehi keputusan 7A sewaktu SPM, beliau menyambung pelajaran di peringkat Diploma di German-Malaysian Institute (GMI), sebuah lagi institusi pendidikan MARA. Beliau kini sedang bekerja sebagai seorang Jurutera Pembangunan Produk di sebuah syarikat multinasional yang berpengkalan di Amerika Syarikat,di dalam kawasan perindustrian Batu Kawan, Pulau Pinang. Pencapaian beliau ini secara tidak langsung, membuktikan kejayaan sistem pendidikan MARA dalam melahirkan modal insan, generasi muda negara yang berkepakaran tinggi, dari seawall peringkat menengah hingga ke pendidikan tinggi. GRADUAN ULUL ALBAB HUFFAZ PROFESIONAL Turut diraikan dalam Majlis Konvokesyen ini ialah Kohort Kedua graduan Program Huffaz Professional iaitu seramai 41 orang yang telah menamatkan pengajian akademik beserta Hafazan Al – Quran mereka dengan jayanya. Disamping memperolehi Ijazah Sarjana Muda dan Diploma, para graduan Huffaz Professional ini juga turut menerima sijil hafazan di akhir pengajian mereka di UniKL yang menyatakan pencapaian juzuk dan hafazan mereka. Setakat ini, UniKL telah melahirkan seramai 111 graduan Huffaz Professional. Nota : Ketika ini seramai 310 orang Huffaz Profesional sedang menyambung pengajian mereka di UniKL. ALUMNI UniKL Dengan jumlah ini, UniKL telah melahirkan seramai 79,151 orang alumni, termasuk para graduan yang diraikan dalam Majlis Konvokesyen kali ini. PENCAPAIAN UniKL Di peringkat global, UniKL berada pada kedudukan 1201-1500, antara 14 universiti terbaik di Malaysia mengikut senarai Times Higher Education World University Rankings 2023. 3 subjek yang ditawarkan UniKL juga tersenarai dalam Times Higher Education World University Rankings by Subject 2023. Subjek tersebut ialah Perniagaan dan Ekonomi pada kedudukan 601–800, subjek Kejuruteraan pada 801–1000 dan Sains Komputer pada posisi 801. UniKL turut tersenarai di kedudukan Top 300 Universiti di Asia oleh QS World University Ranking 2023. UniKL turut memenangi anugerah emas Putra – Aria Brand Award 2022 pada bulan Januari yang lalu, sekaligus mengukuhkan jenama UniKL antara institusi pendidikan tinggi pilihan nombor satu di Malaysia.


Majlis Amanah Rakyat Buletin Pelaburan 29 PENGIKTIRAFAN TEMPATAN & ANTARABANGSA 1. 3 pusat UniKL bagi teknologi rel, robotik dan satelit telah diiktiraf sebagai TCH (TVET Collaboration Hub) di bawah Majlis TVET negara. 2. UniKL BMI menjadi satu-satunya universiti yang ditauliahkan oleh SEDA (Sustainable Energy Development Authority) untuk menjalankan program rekabentuk fotovoltan solar. 3. UniKL MIIT telah diiktiraf sebagai Premier Digital Tech Institution (PDTI) oleh MDEC. 4. Dari segi kebolehpasaran graduan, kesemua 12 kampus UniKL tersenarai di dalam kedudukan 20 tertinggi di kalangan universiti dan kolej swasta di dalam laporan kajian pengesanan graduan (tracer study) yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. 5. UniKL juga telah berjaya memperolehi geran penyelidikan berjumlah RM3.4 juta pada tahun 2022- 2023 (Sehingga Januari 2023). PERKEMBANGAN UNIKL Sebagai pelopor bidang Higher Technical Vocational Education and Training (HTVET) negara, UniKL akan terus unggul membangunkan program – program pendidikan dalam bidang – bidang teknologi baru. UniKL turut menawarkan program dalam bidang teknologi baru seperti tenaga lestari, kenderaan elektrik dan hybrid, industri rel, pembuatan aeroangkasa, data raya dan Internet of Things (IOT) serta teknologi realiti campuran. Selain itu, UniKL juga terus memperkukuhkan jaringan bersama rakan – rakan industri. Antaranya: 1. Pusat Rel Asia Universiti Kuala Lumpur, telah menjadi universiti pertama di Asia Tenggara menjalin kerjasama dengan Institute of Railway Signal Engineers United Kingdom (IRSE) iaitu Badan Perlesenan antarabangsa berkaitan sistem kawalan isyarat pengangkutan rel. 2. Kolaborasi ini membolehkan UniKL menawarkan kursus di peringkat Diploma Lanjutan dan Sijil Kompetensi yang diiktiraf di seluruh dunia. 3. Bagi bidang pembuatan aeroangkasa pula, UniKL Malaysian Institute of Aviation Technology telah menjalinkan kolaborasi baru bersama Cranfield University di United Kingdom dan Turkish Aerospace Industries. 4. Kerjasama ini membolehkan UniKL MIAT meneroka bidang baru di dalam industri pembuatan aeroangkasa dan integrasi sistem di samping program MRO (Maintenance, Overhaul and Repair) yang diperlukan oleh industri membina pusat kecemerlangan serantau program aeroangkasa yang berorientasikan kepada keperluan industri. Penglibatan UniKL MIAT dalam pembuatan pembangunan aeroangkasa ini adalah selaras dengan Pelan Rangka Kerja Industri Aeroangkasa Negara dan Pelan Cetakbiru Industri Aeroangkasa Malaysia 2030. 5. Bagi membantu mengatasi masalah pemanasan global pula di bawah sektor tenaga lestari, UniKL British Malaysian Institute telah menawarkan program berkaitan tenaga lestari termasuk mencatat sejarah melalui pembinaan bangunan pertama di Malaysia berstatus Bangunan Tenaga Sifar Bersih. 6. Manakala UniKL Malaysia France Institute pula menawarkan program berkaitan mikro hidro di samping program berkaitan EV (Electronic Vehicle) yang ditawarkan di UniKL MSI dan UniKL MFI. MASA HADAPAN UniKL telah membuka kampus baru di Perlis dan Pahang dalam bidang Logistik Lestari, Kejuruteraan Air, Teknologi Pertanian dan Teknologi Bangunan. Peruntukan RM141.9 juta di bawah RMK-11 dan RM42.9 juta setakat ini di bawah RMK-12 untuk UniKL serta peningkatan programprogram sedia ada di semua kampus UniKL. Sumber: UniKL Nota : Ketika ini seramai 310 orang Huffaz Profesional sedang menyambung pengajian mereka di UniKL.


30 Buletin Pelaburan Februari 2023


Majlis Amanah Rakyat Buletin Pelaburan 31


32 Buletin Pelaburan Februari 2023 SIARAN MEDIA YAB DATUK SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH UniKL KEKALKAN REKOD KADAR KEBOLEHPASARAN TINGGI GRADUAN KUALA LUMPUR, 11 Februari – Universiti Kuala Lumpur (UniKL) terus mengekalkan kadar kebolehpasaran graduannya yang tinggi sebanyak 91.4% mengikut kajian kebolehpasaran graduan pusingan/fasa pertama yang berakhir pada November 2022. Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, peratusan ini dijangka terus meningkat sehingga 97% menjelang penilaian fasa akhir kelak. Berdasarkan penilaian itu, kesemua 12 kampus UniKL tersenarai di dalam kedudukan 20 tertinggi di kalangan universiti dan kolej swasta di dalam laporan kajian pengesanan graduan yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. “Bagi tahun 2021, UniKL berjaya mencatat kadar kebolehpasaran graduan sebanyak 97.1 peratus walaupun situasi ekonomi global mencatatkan pertumbuhan negatif dalam tempoh itu, akibat COVID-19. Pada masa ini juga,terdapat seramai 280 orang alumni UniKL dari tahun 2016 hingga 2022 yang sedang bekerja di 24 buah negara. Ini membuktikan bahawa graduan yang dilahirkan UniKL diiktiraf dunia dan mampu menyumbang kepada usaha Kerajaan untuk melahirkan masyarakat berpendapatan tinggi daripada pendidikan TVET.” Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa Majlis Konvokesyen Kesembilan Belas Universiti Kuala Lumpur 2023 di Pusat Dagangan Dunia, di sini, hari ini. Turut hadir dimajlis ini ialah Datuk Hajah Rubiah Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah, Dato’ Sri Ramlan Dato’ Harun, Ketua Setiausaha KKDW, Dato’ Sri Azhar Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA merangkap Pro Canselor UniKL, Datuk Che Murad Sayang Ramjan, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKDW, Dato’ Julainie Mohd Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation Sdn Bhd, Encik Luqman Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Makro), Kementerian Ekonomi, Encik Razlan Haji Samsuri, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA dan Datuk Dr. Roziah Omar, Presiden UniKL. Jelas beliau lagi, sebagai pelopor bidang Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional Tinggi (HTVET) negara serta APEX kepada sistem pendidikan MARA, UniKL bertanggungjawab untuk memastikan agar ianya sentiasa relevan, seiring dengan teknologi termaju. Langkah UniKL untuk membangunkan program – program pendidikan dalam bidang – bidang teknologi baharu seperti tenaga lestari, kenderaan elektrik dan hibrid, industri rel, pembuatan aeroangkasa, data raya dan internet of things (IOT) serta teknologi realiti campuran adalah penting. “Syabas kepada pihak kementerian atas inisiatif TVET@KKDW yang mengadakan program artikulasi (pindahan kredit) di antara institusi pendidikan di bawah KKDW. Program ini melibatkan


Majlis Amanah Rakyat Buletin Pelaburan 33 artikulasi di antara program persijilan kepada diploma dan diploma kepada sarjana muda yang akan memberi peluang kepada pelajar- pelajar TVET menyambung pengajian mereka daripada peringkat sijil sehinggalah ke peringkat PhD.” Pada sidang konvokesyen tersebut, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Pro Canselor UniKL telah menyampaikan ijazah doktor falsafah, sarjana dan sarjana muda kepada graduan bagi tahun 2022 di sesi pertama Majlis Konvokesyen tersebut. Beliau turut menyampaikan anugerah pelajar terbaik kepada para graduan cemerlang. Majlis Konvokesyen Kesembilan Belas UniKL ini meraikan seramai 5,834 graduan tahun 2022, termasuk graduan sulung bagi program Ijazah Doktor Falsafah (Sains Perubatan), program Sarjana (Aeroangkasa) dan program Ijazah Sarjana Muda (Sistem Keretapi). Penerima Anugerah Canselor, Maryam Farzana Mohamad Sokri, graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Otomotif) dari UniKL Malaysian Spanish Institute, merupakan bekas pelajar MRSM Baling. Selepas memperolehi keputusan 7A sewaktu SPM, beliau menyambung pelajaran di peringkat Diploma di German-Malaysian Institute (GMI). Beliau kini sedang bekerja sebagai seorang Jurutera Pembangunan Produk di sebuah syarikat multinasional yang berpengkalan di Amerika Syarikat,di dalam kawasan perindustrian Batu Kawan, Pulau Pinang. Pencapaian beliau ini secara tidak langsung, membuktikan kejayaan sistem pendidikan MARA dalam melahirkan modal insan, generasi muda negara yang berkepakaran tinggi, dari seawall peringkat menengah hingga ke pendidikan tinggi. Majlis ini juga meraikan 41 graduan Kohort Kedua program Huffaz Professsional yang telah menamatkan pengajian akademik beserta hafazan Al-Quran dengan jayanya. UniKL telah melahirkan seramai 79,151 alumni termasuk mereka yang diraikan di dalam majlis ini. Hubungan Media: Puan Juraya Haji Dolit Pengurus Kanan Jabatan Komunikasi Korporat Universiti Kuala Lumpur 1016, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur Tel : (603) – 2175 4021 Fax : (603) – 2175 4001 H/P : (013) – 399 6474 Emel : [email protected] Effendi bin Lehan Pegawai Tadbir Jabatan Komunikasi Korporat Universiti Kuala Lumpur 1016, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur Tel : (603) – 2175 4000 samb. 5021 Fax : (603) – 2175 4001 H/P : (013) – 258 4143 Emel : [email protected]


34 Buletin Pelaburan Februari 2023 Majlis Amanah Rakyat


Majlis Amanah Rakyat Buletin Pelaburan 35


36 Buletin Pelaburan Februari 2023 Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA 50609 Jalan MARA, Kuala Lumpur. Tel: 03 2613 2401 Faks: 03 2691 0075 Email: [email protected] Copyright ©️ MARA 2021. All rights reserved


Click to View FlipBook Version