The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KOLEKSI BAHAN PENERBITAN DIGITAL BITK, 2023-04-13 23:12:06

Majalah MARA360 Edisi 3/2023

Edisi 2/2023

2 | 3/2023 Sidang Editorial MARA 3600 berhak meminda, mengubah dan menggarap manuskrip yang dihantar agar bersesuaian dengan garis panduan yang ditetapkan dan tidak mengubah isi asalnya. Semua manuskrip yang diterima sama ada disiarkan ataupun tidak disiarkan tidak akan dikembalikan. Manuskrip ini juga boleh digunapakai oleh pihak yang diberi kebenaran untuk masa-masa akan datang. Kami mengalu-alukan sebarang cadangan atau komentar, surat menyurat, rencana dan ulasan ke meja Sidang Editorial atau emel ke [email protected] Sebarang pertanyaan hendaklah dialamatkan kepada: Pengarah Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur. Tel: 03 2613 2401 Faks: 03 2691 0075 Email: [email protected] Copyright@MARA 2021. All rights reserved PENAUNG Rohayah binti Mohd Zain Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA Jamizan bin Baki Timbalan Pengarah II KREATIF Haliza binti Abdul Hamid Penolong Pengarah TEKNIKAL & HEBAHAN Unit IT & Solusi PENERBIT Nor Zaini binti Abu Kassim Pengarah Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA EDITOR Rusmawati binti Adam Ketua Penolong Pengarah JURUFOTO Produksi Kreatif SIDANG EDITORIAL Penerbit : Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA


MARA 3600 e - Khidmat Pengurusan | 3 Temu Nostalgia MARA Menjadi Tatapan Generasi Kini Dan Akan Datang G A L E R I D I G I T A L M A R A Smugmug - galeri.mara.gov.my


4 | 3/2023 Salam Editor Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Segala puji dan rasa syukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan inayah dan rahmat-Nya mengurniakan kesihatan yang baik dan memberi petunjuk cetusan idea kepada saya untuk terus melaksanakan amanah sebagai editor Majalah MARA 360°. Alhamdulillah saya dapat meneruskan keluaran ke-3 Majalah MARA 360° terbitan tahun 2023 ini dengan perancangan pengisian setiap bulan yang telah diaturkan sejak awal Januari 2023 lagi. Cetusan Ilham ”Warga kerja MARA adalah aset terpenting. Saya amat menghargai mereka dan saya sebenarnya lebih suka Majalah MARA 360° mengetengahkan ‘figura’ yang belum diberi peluang untuk muncul dalam penerbitan MARA sebelum ini”. Ayat daripada Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA yang telah memberi jentikan teguran kepada saya untuk menjadi pemikir bagi menghasilkan karya yang lebih memakna kepada seluruh warga MARA segenap lapisan. ”Jadikan Majalah MARA 360° yang lebih bersifat ’rakyat’. Lebihkan mempromosikan aksi aktiviti dan pencapaian warga MARA serta memberi peluang kepada semua.” Ayat yang diterima daripada Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA yang memberi cetusan ilham dan semangat kepada saya untuk berani menghasilkan sesuatu kelainan setiap pengisian majalah. Lantaran itu, perancangan pengisian majalah MARA 360° tahun 2023 akan mengetengahkan, mempresentasikan dan mengutamakan ‘figura’ muka hadapan serta pengisian majalah kepada warga MARA yang mempunyai bakat tersendiri dan tidak pernah muncul di manamana penerbitan MARA. Inisiatif fokus pengisian majalah MARA 360° adalah memberi peluang kepada yang terpilih sebagai tanda penghargaan kepada seluruh pihak yang telah menyumbang jasa dan bakti, mengerah segala jerih dan payah, menumpahkan segala penat dan lelah bagi memastikan MARA sentiasa mencapai matlamatnya. Terima kasih kepada semua pembaca Majalah MARA 360°, dari awal penerbitan tahun 2021 sehingga kini sentiasa memberi pendapat, pandangan dan kata-kata semangat kepada saya menguruskan dan meneroka idea bagi menghasilkan karya setiap bulan. Saya amat bersyukur atas kerjasama semua rakan yang terlibat dalam menjayakan setiap terbitan. Sikit atau banyak kerjasama, sama besar nilainya. Semoga Allah SWT mengurniakan limpahan rezeki yang melimpah ruah kepada kalian semua. ”Hargai walau sekecil kejayaan dengan menzahirkan rasa kesyukuran atas segala pengorbanan dan dedikasi yang membawa kita semua ke tahap kini.” Rusmawati binti Adam Editor Majalah MARA 360°


MARA 3600 e - Khidmat Pengurusan | 5 “Creativity Takes Courage.” Henri Matisse


6 | 3/2023 Wajah Peneraju Kreatif MARA Superhero di sebalik kejayaan MARA. Kemahiran dan bakat mereka menyediakan perkhidmatan sebagai editor video/ videografi, kawalan sistem teknikal, rakaman audio dan jurufoto telah banyak terbukti dalam pelbagai program MARA. Lihat hasil karya daripada Unit Produksi Kreatif dalam SmugMug Galeri Digital MARA. G A L E R I D I G I T A L M A R A Smugmug - galeri.mara.gov.my Muhamad Aizat bin Bokhari Mohd Shahrul Nizam bin Abd Wahab Ahmad Hafizie bin Md Hasim


MARA 3600 e - Khidmat Pengurusan | 7 Mohd Amri bin Kamarudin (Ketua Unit) Ahmad Khairi bin Yusup Adib bin Abdul Latib Mohd Nor Shafiq bin Idris Muhamad Ramli bin Ab Rahman Wan Muhammad Fadhli bin Wan Musa


8 | 3/2023 Mohd Amri bin Kamarudin Jadilah seperti udara, tidak nampak tapi menyertai kehidupan. Jadilah seperti angin, tidak terlihat tapi mampu menggerakkan. Tidak selalu menampakkan diri, tapi selalu ada memberi manfaat, tanpa harus jadi yang paling terlihat. Jangan bimbang kalau diri tidak dihargai tetapi bimbanglah kalau diri tidak berharga. “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.” (HR. Ahmad, ath-Thabrani, ad-Daruqutni. Hadits ini dihasankan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’no:3289). Sebenarnya bukan kita hebat tetapi Allah SWT yang telah memudahkan urusan kita. Mohd Amri bin Kamarudin Ketua Unit Produksi Kreatif MARA. Berumur 41 tahun yang berasal dari Bandar Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur. Pasti ramai yang mengenai beliau terutama yang bekerja di Ibu Pejabat MARA. Sebut sahaja Bahagian Inovasi dan Teknologi Kreatif, nama ‘Amri’ akan disebut mendahului yang lain. Amri dikenali bukan sahaja sebagai seorang pereka bentuk dan ketua Unit Produksi Kreatif MARA. Malah dikenali sebagai seorang sahabat yang sentiasa menjaga hubungan baik dengan mempengaruhi orang-orang di sekitar dengan cara aura yang positif. Mohd Amri bin Kamarudin adalah seorang yang berkarismatik. Ketua Unit Produksi Kreatif


MARA 3600 e - Khidmat Pengurusan | 9 Mohd Amri bin Kamarudin Ciri-Ciri Seorang Berkarismatik 1. Lebih banyak mendengar. Orang yang berkarisma sentiasa mengekalkan kontak mata, tersenyum, mengangguk dan bertanya soalan untuk menghormati orang lain. Orang yang berkarisma tidak memberi nasihat jika tidak diminta. Mereka lebih banyak mendengar, untuk menunjukkan bahawa mereka mengambil berat. Mereka tahu bahawa jika mereka memberi nasihat, perbualan akan lebih berkisar kepada mereka. Ingat ketika anda mula memberi nasihat? Anda akan berkata, “Saya akan...” dan bukannya, “Bagaimana jika anda...” 3. Mereka akan memberhentikan aktiviti mereka apabila diajak bercakap. Memang menjengkelkan, jika bercakap dengan bos anda, tetapi dia masih sibuk memeriksa telefon bimbit, komputer riba dan sebagainya. Orang yang berkarisma tahu bahawa mereka tidak akan dapat berhubung dengan orang lain jika mereka masih sibuk menyambung dengan telefon bimbit, komputer atau apa sahaja. 2. Mereka tidak berat sebelah. Ada segelintir orang yang tidak mampu mendengar sesuatu yang diperkatakan oleh seseorang yang dianggap lebih rendah. Ada kemungkinan bahawa kedua-duanya bercakap antara satu sama lain, tetapi orang yang ‘lebih tinggi’ biasanya tidak benar-benar mendengar. Sebaliknya, orang yang berkarisma akan mendengar sesiapa sahaja, tanpa mengira kedudukan atau status sosial. Mereka dapat merasakan mereka mempunyai persamaan dengan sesiapa sahaja, bukan hanya orang dalam ‘kelas’ mereka. 4. Mereka sentiasa memberi dahulu, dan kadangkala tidak pernah menerima kembali. Maknanya mengutamakan memberi dahulu, kemudian menerima kemudian. Inilah yang dilakukan oleh orang berkarisma, dan mereka tidak memikirkan sama ada mereka akan menerima apa-apa sebagai balasan. Mereka memberi tumpuan kepada apa yang boleh diberikan, kerana memberi adalah cara untuk mewujudkan hubungan sebenar dalam hubungan. LENSA EDITOR


10 | 3/2023 5. Mereka membiarkan orang lain bersinar. Sesetengah orang tidak menerima kredit yang mencukupi untuk pencapaian mereka. Lantaran itu, seorang yang berkarisma akan menunjukkan kepada orang ramai bahawa orang ini iaitu rakan sekerja mereka telah menjalankan tugas dengan baik. Pengiktirafan akan membuatkan rakan sekerja merasa telah berjaya. Inilah yang lebih dihargai oleh orang berkarisma, kerana mereka mengambil berat tentang pencapaian orang lain. 6. Mereka memilih perkataan mereka dengan berhati-hati. Mereka sedar, perkataan yang mereka gunakan boleh mempengaruhi tingkah laku orang lain. Sebagai contoh, apabila mereka ingin berkata, “Anda tidak perlu menyediakan persembahan untuk pelanggan baharu.“ Mereka memilih untuk berkata, “anda harus berkongsi beberapa berita menarik dengan rakanrakan di bahagian kami”. Ayat seorang yang berkarisma. Ayat pilihan seseorang boleh membantu orang lain berasa lebih baik. Seorang yang berkarisma mencipta persekitaran yang gembira, bersemangat dan memenuhi keperluan mereka. 7. Tidak suka bergosip. Kita semua suka mendengar gosip. Masalahnya, kita sebenarnya tidak menghargai orang yang mulamula menyebarkan berita bahawa kebenaran itu tidak pasti. Oleh itu, siapa tahu orang yang menyebarkan gosip itu juga telah menyebarkan berita buruk tentang kita?. Kemudian kita ditertawakan di belakang?. Inilah yang orang berkarisma tidak lakukan. Mereka tidak suka mentertawakan orang lain, dan tidak akan mentertawakan diri mereka sendiri. 8. Mereka sanggup mengakui kegagalan mereka. Orang yang berjaya sering dilihat berkarisma kerana mereka berjaya. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu berjaya untuk menjadi berkarisma. Anda hanya perlu ikhlas untuk berkarisma. Orang berkarisma sentiasa merendah diri, bersedia berkongsi tentang kegagalan anda dan mengakui kesilapan. Itulah yang menjadikan orang berkarisma lebih disukai.


MARA 3600 e - Khidmat Pengurusan | 11 Sebelum berkhidmat di Majlis Amanah Rakyat (MARA), Amri bekerja sebagai pereka grafik di syarikat Media Platform (M) SDN BHD, Petaling Jaya pada April hingga Ogos 2004. Kemudian, September 2004 hingga Julai 2005 berpindah ke Syarikat KELLAN & CO SDN BHD, Shah Alam. “Pengalaman bekerja di sektor swasta selama setahun setengah telah banyak membina jati diri sebagai pereka grafik di MARA. Antara implementasi budaya kerja swasta yang saya terapkan dalam MARA adalah bekerja dengan sepenuh hati (minat), melaksanakan kerja pada awal waktu, sentiasa up to date perubahan teknologi berkaitan bidang pekerjaan dan sentiasa boleh melakukan perubahan pada saat-saat akhir majlis.” Ujar Mohd Amri bin Kamarudin. 22 Ogos 2005 adalah tarikh keramat kepada Amri memulakan kerjaya sebagai seorang pereka grafik di MARA. Setelah sembilan (9) tahun melaksanakan tugas sebagai pereka grafik, atas kehendak jiwa yang bergolak untuk berekspresi diri. Amri mencabar diri menghasilkan kerja dari rekaan grafik yang pegun (static) kepada rekaan multimedia yang lebih hidup bergerak dan berbunyi (animasi). Alhamdulillah kejayaan mengendalikan multimedia telah membuka luas perkembangan kerjaya sehingga pihak pengurusan MARA telah memberikan kepercayaan kepada beliau untuk mengelola satu pasukan Unit Produksi Kreatif iaitu satu pasukan yang penting di setiap majlis rasmi MARA. Cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan tugas sebagai Ketua Produksi Kreatif? Setiap kerja akhir yang dilaksanakan perlu dipastikan sesempurna yang mungkin dengan melalui pelbagai peringkat tapisan. Ini untuk memastikan tahap kepuasan hati semua pihak yang terlibat adalah pada tahap tertinggi. Maka kemahiran toleransi, kesabaran dan negosiasi yang tinggi amat diperlukan untuk memastikan kualiti hasil kerja mencapai di tahap yang optimum. Kejayaan yang telah dicapai sepanjang berkhidmat di MARA? Setiap kali selesai sesebuah tugasan merupakan sebuah kejayaan, ini adalah kerana setiap tugasan mempunyai cabaran, permasalahan, kerumitan, birokrasi dan kepayahan yang tersendiri. Cara pengurusan dan pengendalian setiap tugasan juga adalah berbeza kerana Person in Charge untuk berurusan adalah berlainan, lokasi dan kehendak sesebuah majlis turut berbeza, sekali gus mempunyai kenangan yang tersendiri untuk kami sepasukan ingati dan kenangi. Pandangan ikhlas berkaitan keutuhan kerja berpasukan dalam Unit Produksi Kreatif. Sentiasa mengamalkan musyawarah (perbincangan) dalam pasukan yang terdiri seramai sembilan (9) orang, agar sesuatu keputusan yang dibuat itu adalah atas persetujuan semua ahli pasukan supaya sesebuah tugasan itu dapat dilaksanakan secara kolaborasi dengan mudah dan lancar. Keakraban yang lahir daripada musyawarah ini akan lebih merapatkan lagi silaturahim di antara kami agar dapat membantu ahli yang lain sekiranya salah seorang ditimpa sesuatu masalah yang tidak dapat dielakkan pada saat-saat majlis hampir berlangsung. Melalui Musyawarah, setiap ahli pasukan akan memahami skop tugasan rakan sekerja. Jadi, sekiranya terdapat kekurangan pada satu ahli, maka sedikit sebanyak ahli yang lain dapat menampung tugasan rakan tersebut kerana sudah diberikan penerangan melalui musyawarah tersebut. Harapan dan impian. Saya berharap agar Unit Produksi Kreatif BITK ini akan menjadi satu hab/pusat media MARA yang berkeupayaan untuk menyalurkan sumber foto dan video berkaitan MARA yang efisyen sesuai dengan perubahan teknologi I.R 4.0.


12 | 3/2023 EDITOR VIDEO MARA


MARA 3600 e - Khidmat Pengurusan | 13


14 | 3/2023 Terkenal bukan sahaja di MARA, malah sangat dikenali di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah kerana mempunyai daya kreativiti tersendiri dalam menghasilkan karya sebagai editor video MARA. Mohd Nor Shafiq bin Idris, lebih mesra dipanggil Shafiq berumur 35 tahun yang berasal dari Muar Johor. Karya kreatif beliau sentiasa menjadi rebutan kerana mempunyai seni kreativiti daya tarikan tersendiri. Lebih mesra dipanggil Shafiq, hasil kerja beliau sentiasa dipuji. “Mana Shafiq …” Ayat yang sentiasa didengari mencari Shafiq dari wakil pelbagai bahagian MARA yang memerlukan khidmat kreatif beliau menghasilkan video yang menjadi tontonan ramai terutama dalam majlis besar MARA. Mohd Nor Shafiq bin Idris “Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan”.


MARA 3600 e - Khidmat Pengurusan | 15 Zero to Pro “Saya mula menceburi bidang multimedia bermula dari bawah iaitu sijil politeknik Johor bahru. Syukur Alhamdulillah, kecemerlangan yang diperolehi dalam bidang sijil Teknologi Maklumat membawa kejayaan dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Media Interaktif di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM). Tamat pengajian peringkat ijazah, rezeki Allah SWT kurniakan kepada saya terus mendapat pekerjaan. Bermula berkhidmat di syarikat animasi MDeC Malaysia dan beberapa syarikat animasi lain sebagai Animator dan editor. Kemudian, tahun 2012 saya mendapat tawaran bekerja dengan MARA sebagai pensyarah animasi di Kolej Profesional MARA Indera Mahkota Pahang selama enam (6) tahun dan seterusnya saya ditempatkan di Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif (BITK) sehingga kini.” Shafiq mengimbau kenangan bermulanya kerjaya sehingga menjadi seorang berpengalaman luas dalam bidang multimedia terutamanya dalam bidang Animasi dan video editor. Cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan tugas? Cabaran utama dalam bidang multimedia ini adalah kekangan masa dan mengejar date line. Selain itu, kekangan dari pihak user juga menyukarkan proses kerja seperti tidak menyediakan bahan lengkap (teks, gambar dan sebagainya) dan tidak memahami terlebih dahulu rangkuman pengisian video sebelum membuat permohonan. Perkara ini menyukarkan kami untuk mendapatkan idea, sekali gus tidak dapat menyediakan projek tepat pada masanya. Multimedia berkait dengan cetusan idea daripada bahan maklumat yang lengkap daripada user (pemohon). Idea kreativiti sangat berharga dan ia bukan mudah seperti disangkakan. Kejayaan yang telah dicapai sepanjang berkhidmat di MARA? Kejayaan mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2020. Saya juga dianugerahkan oleh Adobe MAYA sebagai tenaga pengajar animasi Malaysia. Selain itu, berjaya membuat ikon robot untuk Kolej Profesional MARA (KPM). Pandangan ikhlas berkaitan keutuhan kerja berpasukan dalam Unit Produksi Kreatif. Saya amat gembira apabila bekerja dengan pasukan Unit Produksi Kreatif BITK kerana mereka bekerja dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh apabila diberi arahan. Mereka tidak mengeluh dan sanggup mengorbankan masa tenaga dan keluarga demi menjayakan sesuatu projek yang telah diamanahkan. Harapan dan impian. Harapan dan impian saya adalah akan menerajui Bahagian Inovasi dan Teknologi Kreatif (BITK) selari dengan pemodenan digital dunia.


16 | 3/2023 Adib bin Abdul Latib “Sometimes we just need to do what inspires us most.” “It takes time to master video editing skills so have patience.” Kehadiran Adib bin Abdul Latib dalam dunia seni sebagai editor video di Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak datang dengan ‘tangan kosong’. Sudah pun merencana impian dan visi untuk membawa kerjaya sebagai editor video MARA ke tahap yang lebih tinggi sejak awal pembabitannya pada tahun 2019, pemilik nama Adib bin Abdul Latib yang lebih dikenali dengan panggilan Adeep telah berjaya membuktikan hasrat tersebut bukan omong kosong. Walaupun baharu lima (5) tahun berkecimpung dalam karier sebagai editor video, beliau kini telah mendapat banyak kepercayaan daripada bahagian lain untuk menghasilkan video majlis-majlis utama MARA. Pegawai muda yang berjiwa besar, beliau terus melakar pencapaian membanggakan sebagai salah seorang individu yang penting sebagai penggerak seni dengan melaksanakan tugas di Bahagian Teknologi Kreatif dan Multimedia (BTKM) yang kini dikenali sebagai Bahagian Inovasi dan Teknologi Kreatif (BITK). Beliau dilahirkan pada 23 November 1994 di Perlis. Merupakan graduan yang mempunyai kelulusan dalam bidang Komunikasi Media Baharu Univesiti Malaysia Perlis (UniMAP). Kelulusan Pendidikan secara tidak langsung membantu beliau mudah mengendalikan kerja sebagai editor video MARA.


MARA 3600 e - Khidmat Pengurusan | 17 Pengalaman bekerja sebelum dan sepanjang di MARA? Pengalaman saya sebelum bekerja di MARA ialah selepas tamat pengajian di universiti saya bekerja di Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB). Di MAHB saya bekerja di Bahagian Sumber Manusia. Di samping membuat kerja hakiki, saya juga ditugaskan untuk membuat pembikinan video dan flyers untuk kegunaan dalaman majlis di MAHB. Pada tahun 2019 saya mula berkhidmat di Majlis Amanah Rakyat di BTKM yang kini dikenali BITK sebagai Penolong Pengarah. Sepanjang berkhidmat di BITK, saya melaksanakan pelbagai tugas termasuk pembikinan video montaj, teaser dan kapsul untuk kegunaan majlis rasmi MARA. Saya mempunyai kelebihan dalam mengendali Drone (Aerial) sebagai suatu pengumpulan bahan kepada editing video montaj. Saya juga bertanggungjawab dalam pengumpulan video-video arkib bagi memudahkan pencarian warga MARA khususnya yang disimpan di galeri MARA Smugmug. Cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan tugas? Setiap orang mempunyai idea dan pendapat yang berbeza tentang kehendak dalam penghasilan kerja melibatkan pembikinan video. Kadangkala user tidak memahami kehendak sesebuah video yang perlu dihasilkan. Sebagai editor, cabaran sewaktu melaksanakan tugasan ini dapat mengenal pasti keinginan pelanggan/user dan menasihati apa yang perlu dilaksanakan. Oleh itu, dengan cabaran ini dapat meningkatkan kemahiran komunikasi interpersonal saya. Pandangan ikhlas berkaitan keutuhan kerja berpasukan dalam Unit Produksi Kreatif. Selama saya berada di dalam unit Produksi Kreatif, saya dikurniakan sahabat-sahabat yang banyak membantu saya secara langsung ataupun tidak langsung. Diibaratkan sebuah keluarga kecil di BITK bagi bekerjasama dalam menyiapkan tugasan. Tanpa sahabat-sahabat di Unit Produksi Kreatif, pencapian saya tidak akan mampu berjaya ditahap ini. Harapan dan impian. Harapan agar Unit Produksi Kreatif ini mampu berdiri sama tinggi dengan media luar. Aminn . InsyaAllah.


18 | 3/2023 Muhamad Aizat bin Bokhari “Pada awalnya saya merupakan seorang tenaga pengajar di Institut Kemahiran MARA, Sik dalam jurusan Grafik Design dan mengajar bagi subjek Drawing and Advertising Material (pembuatan signboard biasa dan digital). Selepas itu saya ditukarkan ke Bahagian Teknologi Kreatif dan Multimedia (BTKM) kini Bahagian Inovasi dan Teknologi Kreatif (BITK)  sebagai editor video, juga pembantu teknikal majlis MARA. Perpindahan saya ini tidaklah sesukar mana kerana skop kerjaya saya masih didalam bidang yang sama. Bezanya dahulu saya mengajar kini saya sebagai editor video MARA.” Cerita Muhamad Aizat bin Bokhari atau lebih mesra dengan panggilan Bob Frodo. Pengkarya MARA yang berbakat ini berumur 33 Tahun, berasal daripada Utara, Kampung Batu 17 Guar Chempedak, Kedah. “Jadilah seperti itik, mendayung dan bekerja keras di dalam air, tetapi apa yang dilihat oleh semua orang adalah senyuman, muka yang tenang.”


MARA 3600 e - Khidmat Pengurusan | 19 Pengalaman bekerja sebelum dan sepanjang di MARA?  Pengalaman bekerja sebelum ini saya adalah sebagai Grafik Designer di syarikat swasta, semi government dan korporat selama enam (6) tahun. Selepas itu saya telah menceburi dalam bidang usahawan digital selama tiga (3) tahun di Alor Setar, Kedah. Syarikat yang dibina lumpuh akibat kekangan kewangan. Alhamdulillah pada 25 Januari 2015 saya diterima bekerja di MARA dalam bidang pendidikan MARA di Institut Kemahiran MARA, Sik Kedah. Syukur rezeki yang dikurniakan sepanjang saya berada di dalam organisasi MARA, kini hampir memasuki 10 tahun pengalaman bekerja telah banyak perkara pengalaman baharu yang saya peroleh dan pelajari. Hasil kerja juga telah banyak dihasilkan dengan jayanya. Cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan tugas?. Antara cabaran yang dihadapi adalah kekangan MASA bersama keluarga tersayang kerana masa bersama keluarga itu telah dipinjam ke dalam kerjaya demi merealisasikan impian dan kehendak pengguna. Kejayaan yang telah dicapai sepanjang berkhidmat di MARA?. Saya dapat menyelesaikan masalah pengguna dengan baik.  Pandangan ikhlas berkaitan keutuhan kerja berpasukan dalam Unit Produksi Kreatif.  Pada hemat saya Unit Produksi Kreatif ini merupakan hero yang tidak didendang tapi membuahkan hasil yang memberansangkan. Harapan dan impian.  Dikenali dan disantuni oleh setiap organisasi serta memahami setiap keperitan dan keluhan yang dihadapi demi kebaikan bersama. Ucapan Khas Untuk MARA.  Untuk membahagiakan seseorang, isilah hatinya dengan kasih sayang, pikirannya dengan tujuan, ingatannya dengan ilmu yang bermanfaat, masa depannya dengan harapan. Selamat Hari MARA.


20 | 3/2023 Mohd Shahrul Nizam bin Abd Wahab “Lakukan yang terbaik dalam setiap perkara yang kita lakukan jika mahu impian tercapai.” “Jika mahu berjaya kita perlu sentiasa berfikiran positif dan jangan sesekali sombong dengan ilmu yang ada.” “Alhamdulillah saya diberi kelebihan yang mana saya boleh dan mampu untuk menyesuaikan diri serta menguruskan masa dengan teratur. Semua kerja diamanahkan diusahakan dilaksanakan sebaik mungkin.” Kata-kata permulaan bicara daripada Mohd Shahrul Nizam bin Abd Wahab yang mesra dipanggil Own oleh rakan-rakan sekerja. Berasal daripada Kedah bermula berkhidmat di MARA pada 17 Januari 2011. Bagaimana boleh menceburi bidang kerjaya sebagai editor video atau audio visual/sistem teknikal di MARA?. Saya menceburi bidang ini setelah bertukar daripada Bahagian Pelaburan dan Pembangunan Subsidari (BPPS) ke Bahagian Teknologi Kreatif & Multimedia (BTKM), kini dikenali sebagai BITK. Tugas-tugas di BITK sangat serasi dengan jiwa saya yang mempunyai latar belakang pendidikan di UNISEL dalam bidang Teknologi Maklumat (Multimedia).


MARA 3600 e - Khidmat Pengurusan | 21 Pengalaman bekerja sebelum dan sepanjang di MARA? Sebelum bekerja dengan MARA, saya telah bekerja dengan Bank Rakyat lebih kurang dua (2) tahun sebagai Executive IT Data Center (2017-2019). Pada Tahun 2010 saya mula berkhidmat dengan MARA sehingga kini. Cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan tugas? Cabaran saya adalah untuk belajar sesuatu proses kerja mengikut aliran kerja/prosedur bagi memastikan gerak kerja berjalan lancar dan menghasilkan sesuatu yang terbaik. Kejayaan yang telah dicapai sepanjang berkhidmat di MARA? Menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) daripada MARA. Pandangan ikhlas berkaitan keutuhan kerja berpasukan dalam Unit Produksi Kreatif. Selama saya bertugas secara berpasukan dengan Unit Produksi Kreatif, mereka banyak membantu saya dan memberi tunjuk ajar dari segi kemahiran teknikal dan kerjasama berpasukan yang sangat baik. Harapan dan impian. Harapan dan impian saya agar dapat meningkatkan lagi kemahiran saya dan dapat menyumbangkan khidmat dan berbakti kepada MARA. Ucapan Khas Untuk MARA. Terima kasih kepada MARA kerana menjadi pemegang amanah rakyat kepada kaum bumiputera dan banyak membantu dalam memberi sumbangan dan bantuan kepada masyarakat Malaysia.


22 | 3/2023 KAWALAN SISTEM TEKNIKAL DAN RAKAMAN AUDIO


MARA 3600 e - Khidmat Pengurusan | 23


24 | 3/2023 Ahmad Khairi bin Yusup “Usaha dan lakukan kerja dengan ikhlas. Percayalah tiap usaha pasti ada hikmah. Setiap pekerjaan memerlukan kerajinan.” Tanggapan awal editor yang menyangka Ahmad Khairi bin Yusup berasal Kuala Lipis, pemuda berumur 40 tahun ini seorang yang sangat tegas kerana memiliki raut wajah serius, berubah sama sekali sejurus beliau adalah orang pertama menjawab soalan wawancara. Keperibadian Ahmad Khairi yang dikenali dengan panggilan Keri yang sebenarnya seorang yang mudah mesra, menepati masa, dan komited sepanjang sesi fotografi berlangsung begitu menyenangkan. Malah beliau memberi idea dan bersama-sama dengan jurufoto ke segenap tempat sesi fotografi. Pembabitan Ahmad Khairi dalam Unit Produksi Kreatif pada 8 Ogos 2011 dengan ditugaskan sebagai teknikal dan terlibat dengan Audio Visual telah memberi laluan kerjaya dan menanam minat mendalami bidang ini. “Belajar dari sifu-sifu dan otai lama (Ashraff, Mizi, Irwan Shah, Kak Mai, Kak Jun dan Arwah Os) iaitu barisan insan yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya.” Ujar Keri mengingati jasa insan yang membantu beliau membina kerjaya di BITK.


MARA 3600 e - Khidmat Pengurusan | 25 Ujarnya lagi, “pengalaman sebelum bekerja di MARA, saya banyak terlibat dalam industri perkilangan elektronik dan semiconductor. Pengalaman sepanjang bekerja di MARA telah banyak peluang mempelajari ilmu audio visual yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Selain itu, pengetahuan semasa bekerja di dalam industri banyak membantu dari segi set up peralatan audio visual. Cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan tugas? Terlalu banyak cabaran, antaranya adalah apabila berlaku masalah berkaitan audio dan video serta peralatan yang tidak sesuai. Cabaran yang paling mencabar apabila berhadapan dengan orang yang tidak faham apa yang mereka inginkan dan banyak pendapat yang menyukarkan sesuatu kerja untuk disiapkan dengan sempurna. Saya perlukan tujuan, penjelasan yang jelas dan bahan-bahan yang mencukupi daripada customer, agar gerak kerja mengikuti masa dan mudah serta lancar untuk saya siap hasilkan yang terbaik. Kejayaan yang telah dicapai sepanjang berkhidmat di MARA? Berjaya membantu setiap Majlis Rasmi dan penting MARA. Pandangan ikhlas berkaitan keutuhan kerja berpasukan dalam Unit Produksi Kreatif. Unit Produksi Kreatif adalah pasukan yang terbaik dan saling membantu antara satu sama lain. Masing-masing mempunyai kepakaran tersendiri. Harapan dan impian. Harapan agar unit ini akan menjadi yang terbaik antara yang terbaik dan dapat memenuhi impian MARA.


26 | 3/2023 Muhamad Ramli bin Ab Rahman Muhamad Ramli bin Ab Rahman, 42 tahun yang berasal Kota Bharu, Kelantan telah berkhidmat dengan MARA sejak 5 Disember 2016. Mencungkil keperibadian beliau yang mempunyai perwatakan perahsia serta pendiam. Mengakui dirinya agak perahsia dan tidak mudah meluahkan perasaan, Ramli hanya selesa untuk bercakap perkara yang berkepentingan dalam kerjayanya sebagai seorang pengelola sistem audio visual BITK MARA. Tunjuk ajar daripada sahabatnya Ahmad Khairi yang dianggap mentor, telah membawa beliau mempunyai kemahiran dan kepakaran tersendiri sebagai pemegang amanah mengelola sistem Audio visual MARA.


MARA 3600 e - Khidmat Pengurusan | 27 Beliau seorang yang sangat merendah diri dan pemalu. Tetapi komitmen yang diberikan telah menghasilkan suasana selesa bekerja bersama beliau. Selain itu, seperti sahabat yang lain dalam Unit Produksi Kreatif, Ramli bukan sahaja mahir dalam audio visual, malah berkemahiran dalam menangkap gambar dan juga sebagai videografi MARA. Pandangan ikhlas berkaitan keutuhan kerja berpasukan dalam Unit Produksi Kreatif. Unit Produksi Kreatif adalah pasukan yang mempunyai semangat berpasukan. Ibaratnya sama-sama merasai penat dan bersama meraikan kejayaan. Selain itu, Unit Produksi Kreatif tidak boleh bekerja berseorangan kerana melibatkan peralatan yang banyak dan kepakaran yang pelbagai. Harapan dan impian. Harapan saya, MARA akan terus maju dan terkenal di seluruh dunia dengan adanya photographer dan videographer mempromosi kejayaan kejayaan MARA kepada dunia. Harapan saya juga supaya MARA terus menyimpan foto dan video MARA, agar akan menjadi kenangan dan rujukan generasi kini dan akan datang. Foto dan video yang dihasilkan sekarang amat berharga untuk masa akan datang. Ucapan Khas Untuk MARA. Semoga MARA sentiasa dalam keredhaan Allah SWT. “Apa yang saya suka tentang fotografi adalah mereka menangkap momen yang hilang selamanya, dan tidak mungkin untuk memproduksinya kembali.“ “Hari ini kamu dapat momen senyuman manis, esok hari mungkin senyuman kamu itu tidak sama hari sebelumnya.”


28 | 3/2023 JURUFOTO


MARA 3600 e - Khidmat Pengurusan | 29


30 | 3/2023 Wan Muhammad Fadhli bin Wan Musa Setiap kali memegang kamera, apa yang dirasai? Hobi saya mengambil gambar. Apabila memegang kamera saya dapat merasakan seronok dan teruja. Getaran kepuasan dirasai apabila berjaya menangkap gambar untuk warga kerja MARA. Saya yakin dengan hasil gambar yang ditangkap akan digunakan dan dapat menyumbang kepada sejarah MARA pada suatu ketika nanti. Hasil gambar hari ini, akan ternilai untuk generasi akan datang. Cuba kita lihat gambar-gambar yang terkumpul di dalam Galeri MARA, SmugMug. Mempunyai arkib gambar-gambar RIDA, gambar berpuluh dan bertahun-tahun dahulu ada sedikit tersimpan di dalam Galeri MARA. Apabila kita melihat gambar-gambar dahulu, imaginasi kita akan terus merasakan keterbezaan cara berpakaian, kehidupan, budaya dan sebagainya. Gambar berbicara tentang sejarah MARA. Lantaran itu, gambar yang ditangkap dan disimpan generasi kini, akan menjadi sejarah dan bernilai untuk generasi akan datang. Gambar yang diambil tahun 2023, InsyaAllah jika disimpan dengan baik, 30 tahun akan datang anak-anak atau generasi baharu melihat era kehidupan yang kita lalui sekarang ini. “Tugas seorang jurufoto bukan sahaja menuntut kesabaran yang tinggi, malah pengorbanan dari segi masa dan tenaga”.


MARA 3600 e - Khidmat Pengurusan | 31 Ahmad Hafizie bin Md Hasim “Gambar tidak cantik, jika kita hanya berpandukan kamera. Gambar yang cantik, jika kita mengambil gambar dari hati dan rasa. Tidak semestinya gambar yang cantik diambil dari tempat yang cantik. Malahan tempat yang biasa boleh juga menghasilkan gambar yang menarik dan luar biasa.” “Menceburi bidang seni fotografi itu bukanlah sesuatu yang mudah, malah memerlukan latihan berterusan serta juga perlu berkemahiran dalam komunikasi.” Setiap kali memegang kamera, apa yang Fizi rasakan? Fizi rasa dikenali. Pegang kamera sahaja terutama dalam program besar atau majlis rasmi, orang akan memanggil Fizi untuk mengambil gambar. Secara tidak langsung dengan memberi khidmat menangkap gambar dapat menjalinkan hubungan dan menambahkan kenalan di MARA. Fizi orang baharu di MARA, tetapi dengan kamera, mereka seperti sudah mengenali Fizi seperti sudah berkerja lama di MARA. Perkara ini menimbulkan rasa yakin semasa menjalankan tugasan.


32 | 3/2023 “ Creativity is a matter of talent – there is nothing you can do about it except get creative live people.” de Bono, 1996.


MARA 3600 e - Khidmat Pengurusan | 33 Kata dua Sepintas nasihat LENSA EDITOR


34 | 3/2023 Tinggalkan Perkataan Tidak Elok 1. Dalam berpuasa ini, barangkali ada kawan yang mencetuskan sesuatu yang boleh menyebabkan kita ingin membalasnya dengan kata-kata yang tidak elok. Tahanlah diri dan ucapkanlah: “Aku berpuasa.” 3. Perkara ini tidak terhad kepada ucapan yang terpacul dari mulut sahaja malah dari tulisan jari-jemari kita juga. Tahan diri kita dari menulis komen yang tidak baik dalam Facebook, WhatsApp, Twitter dan sebagainya. Kerana luahan jari-jemari kita juga adalah lahir dari jiwa yang sedang berpuasa tersebut. 4. Malah luahan dari jari-jemari ini lebih membimbangkan. Ia terkadang lebih laju dari apa yang terpacul dari mulut sekaligus memberi indikator tentang hati dan jiwa seseorang. 5. Ingatlah bahawa Allah SWT tidak melihat kepada amalan puasa kita andai ia gagal mendidik diri dari perkataan yang tidak baik. Sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan beramal dengannya (pendustaan dan pembohongan), maka Allah SWT tidak memerlukan ke atas perbuatannya yang meninggalkan makan dan juga minum.” (HR al-Bukhari) Sumber: Profesor Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi Timbalan Dekan (Inovasi dan Penyelidikan) Fakulti Pengajian AL-Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) https://telegram.me/drahmadsanusiazmi 2. Ini kerana puasa adalah proses tarbiah, mendidik jiwa kita dari terjerumus dalam melakukan perkara yang tidak baik. Latih diri untuk melakukan sedemikian kerana ia adalah sunnah. Semoga Allah membimbing kita.


MARA 3600 e - Khidmat Pengurusan | 35 Tips Istiqamah Selepas Ramadan Sumber: Profesor Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi Timbalan Dekan (Inovasi dan Penyelidikan) Fakulti Pengajian AL-Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) https://telegram.me/drahmadsanusiazmi 1. Apakah kita akan meninggalkan semua amalan ibadah yang telah kita lakukan sepanjang Ramadan ini?. Kekuatan berpuasa 30 hari, tarawih lapan (8) rakaat dan bacaan Al-Quran yang banyak seharusnya diteruskan. 2. Beberapa hadis yang dinukilkan daripada Rasulullah SAW seharusnya menjadi pemangkin buat kita untuk terus konsisten dalam melakukan amal ibadah seusai Ramadan. 3. Bagi bacaan Al-Quran, Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa kedudukan seseorang di akhirat kelak adalah bergantung kepada akhir ayat yang dibaca. Lagi banyak dibaca, lagi tinggi kedudukan kita. Justeru, bacaan Al-Quran mesti diteruskan setelah Ramadan. Sabda Rasulullah SAW: “ Di akhirat kelak, ahli Al-Quran akan dikatakan kepada mereka: “Bacalah (Al-Quran) dan naiklah (ke syurga) serta tartilkanlah (bacaanmu) sebagai mana engkau membacanya secara tartil sewaktu di dunia. Sesungguhnya kedudukan dan tempat tinggalmu (di syurga) berdasarkan akhir ayat yang engkau baca”. (HR. Tirmizi dan Abu Daud). 4. Bagi amalan puasa pula, Rasulullah SAW dikatakan konsisten berpuasa tiga hari setiap bulan (selain Ramadan). Berpuasa tiga hari ini hanyalah 10% sahaja daripada jumlah puasa Ramadan kita sebanyak 30 hari. Perkara ini diceritakan oleh Aisyah dalam sebuah hadis: Maksudnya: Muazah pernah bertanya kepada Aisyah: Apakah Rasulullah SAW berpuasa tiga hari pada setiap bulan?. Aisyah menjawab: “Ya.” Muazah kemudian bertanya: Rasulullah berpuasa pada hari apa (berkenaan 3 hari tadi)? Aisyah menjawab: Baginda tidak kisah dari hari apa pun.” Ini bermakna, Baginda SAW akan meneruskan amalan berpuasa ini sebanyak tiga hari setiap bulan, tidak kira hari apa pun. Yang penting konsisten meneruskan amalan berpuasa yang telah kita lakukan sepanjang bulan ini. Semoga Allah membimbing kita untuk konsisten dan istiqamah melakukan amalan setelah Ramadan.


36 | 3/2023 Ucapan Para Sahabat Di Aidilfitri 1. Al-Imam Ibn Hajar menjelaskan bagaimana para sahabat Nabi Muhammad SAW akan mengucapkan doa sesama agar segala amalan mereka pada bulan Ramadan ini diterima. Lafaz ini disebarkan pada hari raya. Kata Ibn Hajar: “Sesungguhnya para sahabat Nabi ketika mana mereka berjumpa di hari raya akan mengucapkan: Taqabballahu Minna Wa Minka (Mudah-mudahan Allah menerima amalan kami dan kamu semua). (Fath al-Bari). 2. Begitu juga Muhammad bin Ziyad al-Alhani menjelaskan bagaimana Saidina Abu Umamah turut mengucapkan ucapan tersebut pada hari raya. Kata beliau: “Aku melihat Abu Umamah al-Bahili mengucapkan pada hari raya: Taqabballahu Minna Wa Minkum.” (al-Mughni Ibn Qudamah) 3. Oleh itu adalah satu amalan yang baik untuk kita ucapkan di hari lebaran ini: “Taqabbalallhu Minna Wa Minkum, semoga Allah SWT menerima segala amal soleh kita.” Sumber: Profesor Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi Timbalan Dekan (Inovasi dan Penyelidikan) Fakulti Pengajian AL-Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) https://telegram.me/drahmadsanusiazmi


MARA 3600 e - Khidmat Pengurusan | 37 Salam Aidilfitri Syawal Dirai, Nikmat Disyukuri. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin. Daripada sidang editorial Majalah MARA 360°


38 | 3/2023 Sempena Hari Pekerja 2023, Majalah MARA 360° ingin berkongsi penulisan daripada Almarhumah Datuk Wira Dr Maznah binti Hamid berkaitan panduan membina kejayaan dalam kerjaya. Sebuah perkongsian yang memberi motivasi dan inspirasi kepada warga kerja seluruhnya. 1. Jangan stres. Stres apabila sesuatu kerja itu tidak dapat diselesaikan, risau dengan sesuatu dan banyak lagi faktor-faktor yang mendatangkan stres. Stres ini tidak memberi kebaikan ke dalam diri kita. Malah, jika tidak dikawal akan membawa banyak penyakit. Apabila kita gembira dan senang hati, lebih mudah untuk kita mencapai apa-apa sahaja cita-cita yang kita impikan. Stres ini akan membuatkan diri kita lemah dan malas untuk melakukan semua kerja. Kerja yang kita lakukan akan menjadi huru-hara kerana kita membuat dalam keadaan tekanan. 2. Berkongsi idea dan maklumat. Satu penyakit manusia pada hari ini ialah takut. Takut untuk berkongsi idea yang mereka miliki. Sebagai contoh, apabila mereka mempunyai idea yang hebat. Idea tersebut disimpan kerana takut orang lain pula yang dapat dan menggunakan idea tersebut. Sebenarnya, jika berkongsi idea kepada orang lain, kita akan menjadi lebih kreatif untuk berfikir. Secara psikologi, akan membawa kita mencari idea yang lebih hebat lagi daripada idea asal dan bertindak dengan pantas untuk merealisasikan idea tersebut. 3. Kelilingi diri anda dengan mereka yang hebat. Tahukah anda? 85% kejayaan kita bergantung kepada mereka yang berada di sekeliling kita. Lantaran itu, kelilingi diri dengan mereka yang hebat dan mempunyai visi serta matlamat, maka anda akan menjadi seperti mereka. Beranikan diri untuk meninggalkan kelompok yang lama dan binalah kelompok yang baharu yang akan membawa kita lebih maju ke hadapan. Seterusnya menjadi berjaya seperti mereka dan bawalah rakanrakan lain berjaya bersama kita. 4. Cuba perkara baharu. Ramai pekerja mempunyai tabiat yang suka mengulangi perkara yang sama. Mereka takut untuk mencuba sesuatu yang baharu. Perkara ini berlaku apabila mereka sudah berada di tahap yang selesa, akan ‘sahaja di situ’ dan terus melakukan perkara yang sama. Mereka takut akan kegagalan apabila mencuba sesuatu yang bukan bidang mereka. Sikap ini yang menyebabkan seseorang itu tidak maju dan terus ketinggalan. Tidak salah untuk mencuba sesuatu kerana ini akan mencerna minda untuk mencuba sesuatu di luar zon selesa. Keluar dari zon selesa ialah antara langkah-langkah awal untuk mencapai kejayaan yang lebih hebat. Selamat Hari Pekerja 2023 Orang Berjaya Cintakan Kerja


MARA 3600 e - Khidmat Pengurusan | 39 5. Kekalkan motivasi diri. Kebiasaannya, anda akan merasa tahap untuk memotivasikan diri sangat tinggi. Anda akan rasa motivasi itu sangat penting untuk diri setiap individu. Tetapi percayakah anda?, motivasi diri ini akan hilang lama-kelamaan. Bagaimanakah caranya untuk anda kekalkan motivasi di dalam diri?. Jawapannya ialah kekalkan momentum anda. Kekalkan momentum dan usaha anda yang sedang berkobar-kobar itu. Jika anda sedang berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu pekerjaan itu, jangan berhenti sehingga dua (2) atau tiga (3) hari kerana momentum anda akan berkurang. Motivasi diri juga akan berkurang dan akhirnya semuanya akan menjadi sia-sia sahaja. Oleh itu, sentiasalah memikirkan tentang kerja yang dilakukan itu supaya momentum anda terus kekal dan tidak berkurangan. 6. Kurangkan rasa malu. Rasa malu yang berlebihan sering kali membuat anda menjadi tidak berani menampilkan potensi yang sebenarnya. Berlakon macam anda tidak malu. Orang lain sebenarnya tidak tahu yang anda malu. Oleh itu, tidak perlu tunjukkan yang anda pemalu. Anda akan mendapati dalam sedang berlakon itu, perasaan malu akan hilang tiba-tiba. Disusuli dengan keyakinan dan kesungguhan. 7. Menulis matlamat. Setiap individu mempunyai matlamat. Matlamat untuk berjaya mencapai kejayaan. Tetapi kalau sekadar hanya mempunyai matlamat tidak mencukupi, ibarat angan-angan kosong. Dengan menulis matlamat, akan menjadi sesuatu yang boleh dilihat dan dipegang. Matlamat adalah kompas kehidupan. 8. Jangan sombong bertanya. Sesetengah individu yang sudah berada di tahap yang selesa dan hebat. Mereka malu untuk bertanya kerana risau Kredibiliti mereka akan jatuh. Walau di tahap mana pun anda, tahap mana pun kepakaran anda, anda masih perlu untuk menuntut ilmu. Cara termudah untuk mendapatkan ilmu adalah dengan bertanya. Dengan bertanya, boleh memudahkan pembelajaran kerana anda akan mendapat jawapan yang tepat dalam masa yang singkat dengan apa yang kita cari dan inginkan. 9. Pengurusan masa. Pengurusan masa sangatlah penting untuk menjadi seorang yang berjaya. Namun, setiap individu terlalu banyak tugasan yang perlu diselesaikan sehingga banyak perkara yang terabai dan sering berkata ‘tidak ada masa’. Pengurusan masa itu sangat penting dan salah satu ciri-ciri orang yang berjaya adalah dengan mengambil kira dalam kehidupan seharian. Manakah anda perlu lakukan dahulu?. Ramai di antara kita yang suka melakukan tugasan yang kecil dan senang dahulu berbanding dengan kerja yang besar dan susah. Melakukan kerja yang susah dan besar dahulu adalah jalan terbaik. Kerana melakukan kerja yang besar dan susah di awal pagi menjadikan kita lebih bersemangat jika dibandingkan kita melakukan kerja yang susah di waktu tengahari dan petang. Kerja yang susah apabila dilakukan pada waktu petang, menjadikan kita amat malas dan semua kerja yang dilakukan menjadi tidak berkualiti. • Jangan membazir masa kerana masa tidak boleh diundur. • Usaha, doa dan tawakal. • Orang yang berjaya sanggup melakukan apa sahaja dan sanggup belajar dari kesilapan. Bukan berputus asa apabila menemui kegagalan. • Sekiranya kita mahu sesuatu, kita sebenarnya ada seribu jalan tetapi kita tidak mahu, kita ada sejuta alasan. • Rajin itu adalah punca segala kejayaan dan malas pula punca segala kegagalan. • Kita mesti ingat bahawa kunci kecemerlangan kerjaya, kemajuan, kualiti dan produktiviti datangnya dari keseronokan bekerja. Keseronokan bekerja adalah rahsia kejayaan dan kekayaan. Sumber: Penulisan Almarhumah Datuk Wira Dr Maznah Hamid


Terbitan Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA 50609 Jalan MARA, Kuala Lumpur. Tel: 03 2613 2401 • Faks: 03 2691 0075 Email: [email protected] www.mara.gov.my


Click to View FlipBook Version