The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zuraidah09-538, 2022-05-12 11:47:31

TUGASAN 2 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

TUGASAN 2 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDUP3073)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 5)

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
(EDUP3073)

NAMA DISEDIAKAN OLEH:
ANGKA GILIRAN ZURAIDAH BINTI MOHAMAD
NO. KAD PENGENALAN 2020192340035
010729-11-0546

KUMPULAN/ UNIT PISMP SEMESTER 5 (F2)
KOD DAN NAMA KURSUS BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
NAMA PENSYARAH
(EDUP3073)

PUAN SHARIZAN BINTI ABD HAMID

TARIKH HANTAR 12 APRIL 2022

TARIKH MAKLUM BALAS TARIKH:
DARIPADA PENSYARAH

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDUP3073)

PENGHARGAAN

Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya dapat saya
menyempurnakan dan menyiapkan tugasan bagi subjek Budaya Dan Pembelajaran
(EDUP3073) ini. Tugasan ini amat penting bagi saya memandangkan perkara ini
merupakan sebahagian daripada kerja khusus individu.

Dengan kesempatan yang ada ini saya ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada Puan Sharizan Binti Abd Hamid selaku pensyarah subjek ini kerana
telah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada saya untuk menyiapkan tugasan
yang diberikan.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang
membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah saya Dr.
Azman bin Rahmat kerana memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini
dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan
saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan
usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam
menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala
bantuan yang telah diberikan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan
sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Sekian, terima kasih.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDUP3073)

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT
1
1.0 Pengenalan 1-5

2.0 Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Oleh Guru Dalam 5-6
Menguruskan Bilik Darjah Mesra Budaya 7-8
2.1 Aspek Fizikal
2.2 Aspek Emosi
2.3 Aspek Sosial
2.4 Aspek Sosiolinguistik

3.0 Kesimpulan

Rujukan

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDUP3073)

1.0 PENGENALAN
Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang terdiri
daripada berbilang kaum, bahasa, agama dan pelbagai latar belakang budaya yang hidup
aman dan damai bersama. Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian golongan wujud di
sekolah apabila terdapat murid yang terdiri daripada pelbagai budaya, agama, status
ekonomi, bahasa adat resam, keturunan dan sebagainya. Justeru itu, pengurusan bilik darjah
mesra budaya haruslah diberi penekanan sepenuhnya oleh setiap guru. Persekitaran
pembelajaran yang mesra budaya akan mengembangkan nilai sivik yang menjadi nadi bagi
kehidupan masyarakat yang harmonis dan aman di peringkat nasional dan global demi
memelihara keamanan dan keharmonian negara kita. Oleh itu, guru-guru di sekolah perlu
memastikan elemen mesra budaya disemai di dalam kelas semasa berlangsungnya sesi
pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk mewujudkan suasana yang kondusif dan positif
dalam kalangan murid-murid. Guru memainkan peranan yang penting dalam mendidik
dan menguruskan murid di sekolah kerana guru adalah faktor kritikal yang menentukan
kejayaan dan keberkesanan program-program pendidikan. Justeru, tugasan ini memerlukan
saya untuk mengenalpasti langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru dalam menguruskan
bilik darjah mesra budaya dari aspek fizikal, emosi, sosial dan sosiolinguistik.

2.0 Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Oleh Guru Dalam Menguruskan Bilik
Darjah Mesra Budaya

Guru perlulah bijak dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang menggalakkan interaksi
serta integrasi dalam kalangan murid di samping mengaplikasikan pembelajaran yang
kondusif di dalam pengurusan kelas mesra budaya yang melibatkan murid daripada pelbagai
latar bangsa dan budaya di dalam bilik darjah. Guru bertanggungjawab dalam membuat
perancangan yang rapi dan berkesan khususnya dari aspek yang melibatkan fizikal, emosi,
sosial serta sosiolinguistik supaya pengurusan bilik darjah mesra budaya dapat dilakukan
dengan berkesan serta memberikan impak terhadap pembentukan sosiobudaya dalam
kalangan murid.

2.1 ASPEK FIZIKAL
Menurut Wong & Fraser (1996), persekitaran pembelajaran merupakan penentu utama dalam
pembelajaran murid. Pengurusan fizikal bilik darjah merupakan salah satu aspek yang sangat
penting dalam membentuk suasana serta persekitaran pembelajaran yang kondusif dan
mesra budaya. Justeru, kemudahan dan persekitaran fizikal yang bersesuaian dan selesa
akan merangsang aktiviti intelektual, membentuk suasana mesra budaya, meningkatkan
hubungan sosial, menggalakkan pembelajaran dan pembangunan pelajar serta menghadkan
tingkah laku negatif dalam kalangan pelajar.

1

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDUP3073)
Rajah 1 di bawah menunjukkan langkah-langkah yang bersesuaian yang boleh
dilakukan oleh guru dalam menguruskan bilik darjah mesra budaya dari aspek fizikal.

Peraturan

Pencahayaan LANGKAH- Kebersihan
& LANGKAH &

Pengudaraan Keceriaan

Susun Atur
Kedudukan

Rajah 1

Seseorang guru perlulah menetapkan peraturan di dalam bilik darjah dan peraturan
tersebut perlulah dipersetujui bersama oleh murid-murid sebagai satu kontrak yang dapat
mengawal tingkah laku mereka. Antara contoh peraturan yang perlu diwujudkan ialah seperti
peraturan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh murid ketika guru mengambil kedatangan
murid, murid tidak boleh bising di dalam kelas, prosedur menjawab pertanyaan guru dan juga
peraturan khusus apabila aktiviti kumpulan dijalankan. Kemudian peraturan kerja sekolah iaitu
murid perlu menyiapkan latihan yang telah diberikan oleh guru. Peraturan seperti meminta
murid untuk beratur di luar bilik darjah juga dapat mewujudkan sikap hormat menghormati dan
menyemai sifat berdisiplin dalam diri setiap murid. Justeru, dengan peraturan-peraturan
tersebut, guru dapat mencorakkan tingkah laku yang positif serta mewujudkan suasana bilik
darjah mesra budaya dan murid akan menjadi lebih aktif untuk mengikuti PdP.

2

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDUP3073)

Rajah 2

Seterusnya, guru juga boleh menyusun atur kedudukan di dalam bilik darjah seperti
tempat duduk meja dan kerusi murid dengan adil dan menarik. Contohnya, dengan
mengaplikasikan kaedah susun atur bilik darjah mengikut Pembelajaran Abad Ke-21.
Berpandukan kepada rajah 2 di atas, kaedah susunan mengikut PAk-21 merupakan salah
satu inisiatif dalam melaksanakan pengurusan bilik darjah mesra budaya. Hal ini adalah
kerana, penyusunan tempat duduk secara berkumpulan dapat menerapkan sikap kerjasama
dan toleransi antara murid meskipun murid tersebut terdiri daripada kalangan sosiobudaya
yang berbeza sama ada dari segi bangsa, agama, keturunan, status ekonomi dan sebagainya.
Dalam pada itu, susunan meja Pak-21 membolehkan guru untuk mengaplikasikan kaedah
klaborasi dalam kalangan murid, meningkatkan kemahiran berfikir serta memberi peluang
kepada murid untuk aktif di dalam bilik darjah. Guru juga perlulah adil dalam menetapkan
susunan tempat duduk murid tanpa mengambil kira status perbezaan mereka.

2.2 ASPEK EMOSI
Selain daripada aspek persekitaran fizikal, aspek emosi murid juga sangat penting untuk
menjamin pengurusan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Nilai pelbagai budaya
seharusnya difahami sebagai satu set nilai yang berjalan seiring dalam sistem sosial
sesebuah masyarakat. Justeru, pengurusan emosi bertindak sebagai perangsang kepada
murid dalam mengekalkan serta membangkitkan minat setiap murid semasa pelaksanaan
aktiviti PdP. Buktinya, (Woolfook, 1990) dalam (Syed Ismail Syed Mustafa & Ahmad Subki
Miskon, 2018) mejelaskan bahawa pengurusan emosi yang berkesan dapat mengawal,
mengarah serta membangkitkan minat dan tingkah laku murid.

3

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDUP3073)

Oleh itu, semasa melaksanakan akvitivi PdP, guru boleh memberikan ganjaran
kepada murid sama ada dalam bentuk hadiah ataupun pujian. Contohnya, guru memberikan
pujian serta galakan kepada murid sekiranya mereka dapat menjawab soalan atau latihan
yang diberikan oleh guru. Hal ini secara tidak langsung akan memberikan semangat dan
motivasi kepada murid untuk terus aktif dalam aktiviti bilik darjah. Kemudian, guru juga boleh
membina hubungan positif di dalam bilik darjah sama ada guru dengan murid ataupun murid
dengan murid. Contohnya, untuk hubungan positif guru dengan murid, guru perlulah bersikap
adil dan saksama serta tidak pilih kasih misalnya semasa pembahagian aktiviti berkumpulan.
Seseorang guru tidak boleh mengamalkan sikap pilih kasih dan mendiskriminasikan murid-
murid dengan tidak mengasingkan murid mengikut etnik dan budaya murid. Oleh itu, guru
harus melibatkan semua murid dalam setiap aktiviti. Dalam bilik darjah pelbagai budaya, guru
perlulah memupuk persefahaman budaya dalam pelbagai cara untuk membolehkan murid
lebih sensitif terhadap murid daripada budaya lain bagi menjadikan mereka tinggal dalam
komuniti yang lebih harmoni.

2.3 ASPEK SOSIAL
Aspek lain yang perlu diuruskan oleh guru ialah hubungan sosial dalam kalangan murid. Guru
bertanggungjawab dalam mendedahkan kepada murid tentang kepelbagaian budaya dan
guru juga perlu memberikan kesedaran kepada murid tentang kepentingan memelihara
hubungan yang positif dengan rakan sekelas. Seperti yang kita tahu, hubungan yang terjalin
dalam suasana persekitaran yang baik dapat merangsang minat murid untuk belajar.

Antara langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru ialah dengan mengaplikasikan
pengajaran dan pembelajaran Abad ke-21 iaitu melalui pendekatan berpusatkan murid
semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Terdapat beberapa elemen yang diterapkan
melalui pengajaran Abad ke-21 seperti komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta
aplikasi nilai murni dan etika. Dalam hal ini, guru boleh membuat satu aktiviti secara
berkumpulan dan melibatkan semua murid di dalam aktiviti tersebut contohnya aktiviti Gallery
Walk. Pemilihan ahli kumpulan akan dilakukan oleh guru dengan adil. Aktiviti berkumpulan
memerlukan murid untuk berbincang dan mengeluarkan idea mereka dan daripada situlah
murid dapat membina hubungan positif melalui pendekatan kolaboratif antara murid.
Pendekatan kolaboratif membolehkan murid bekerja dalam satu kumpulan kecil yang saling
berinteraksi dan bekerjasama.

4

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDUP3073)

2.4 ASPEK SOSIOLINGUISTIK
Akhir sekali, aspek sosiolinguistik bermaksud penggunaan bahasa dalam kalangan individu.
Dalam pengurusan bilik darjah mesra budaya, guru haruslah bijak dalam meneliti penggunaan
bahasa dan aspek sosiolinguistik yang digunakan oleh murid terutamanya di dalam bilik
darjah. Umum mengetahui bahawa, bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang
digunakan di negara Malaysia. Dalam konteks pendidikan, meskipun terdapat beberapa
sekolah yang mempunyai murid dari segi pelbagai kaum, namun aspek sosiolinguistik
haruslah ditekankan dan diperkasakan terutamanya di dalam bilik darjah. Oleh itu, antara
langkah yang boleh dilakukan oleh guru ialah guru perlu menjadi role model atau panutan
kepada murid dengan cara mengamalkan penggunaan bahasa Melayu baku khususnya
semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kemudian, guru juga boleh
menggalakkan murid untuk menggunakan bahasa Melayu di dalam bilik darjah meskipun
murid tersebut terdiri daripada kepelbagaian sosiobudaya. Justeru, pemerkasaan bahasa
dalam kalangan murid yang terdiri daripada pelbagai kaum secara tidak langsung dapat
membentuk jati diri mereka.

Dalam pada itu, dari aspek penggunaan sosiolinguistik, interaksi sosial dalam
kalangan murid dapat mewujudkan sikap mesra budaya dalam kalangan murid. Justeru, guru
wajar menjelaskan kepada murid tentang kepentingan penggunaan bahasa yang baik dan
bertatasusila. Contohnya, guru memberikan pendedahan kepada murid tentang pantang
larang penggunaan bahasa yang kasar dalam berkomunikasi. Oleh itu, guru perlu sentiasa
mengingatkan kepada murid berkenaan dengan perkara-perkara yang tidak boleh dibicarakan
sewenang-wenangnya di di hadapan khalayak ramai misalnya perkataan seperti “tahi”,
“jamban”, “babi” dan sebagainya. Antara insiatif yang boleh diambil oleh guru untuk
membendung masalah ini adalah dengan menetapkan hukuman atau dendaan. Contohnya,
jika terdapat murid menyebut sebarang perkataan yang tidak senonoh, maka murid tersebut
perlu memasukkan duit sejumlah sepuluh sen ke dalam tabung kelas. Dengan cara ini, murid
akan sentiasa mengingati bahawa perbuatan menyebut perkataan itu adalah tidak baik.

3.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah mesra budaya mendatangkan impak yang sangat
besar kepada murid. Oleh itu, guru perlulah memahami keadaan dan cara yangterbaik untuk
mewujudkan iklim yang boleh memupuk semangat murid untuk melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti PdP melalui pengurusan bilik darjah mesra budaya. Suasana bilik darjah yang
mesra budaya sememangnya merupakan suatu medium yang terbaik yang perlu disediakan
kepada murid-murid agar mereka boleh memaksimumkan penglibatan semasa PdP. Oleh itu,
guru-guru perlulah proaktif untuk memastikan konsep bilik darjah mesra budaya boleh dicapai

5

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDUP3073)
dan seterusnya mampu melahirkan modal insan minda kelas pertama dan dapat mewujudkan
pelaung yang sama rata kepada setiap murid untuk menikamti pembelajaran yang kondusif
dan berkesan.

6

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDUP3073)

RUJUKAN

Ab Halim Tamuri, & Nur Hanani Hussin. (2017, September). Pendidikan abad ke-21 dalam
kepebagaian budaya: cabaran dan harapan. Seminar Pedagogi Antarabangsa ke-8
(PEDA8) , Putrajaya.

Noriati A. Rashid, Boon, P.Y, & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid dan
Pembelajaran. Selangor: Herald Printers Sdn.Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon, P.Y, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, & Zuraidah A. Majid. (2018).
Budaya dan Pembelajaran. Herald Printers Sdn.Bhd.

Ab. Halim Tamuri & Nur Hanani Hussin. (2017). Pembelajaran Abad ke 21 dalam
Kepelbagaian Budaya: Harapan dan Cabaran. Conference: Seminar Pedagogi
Antarabangsa ke-8 (PEDA8).
https://www.researchgate.net/publication/320858903_Pendidikan_Abad_ke_21_Dala
m_Kepelbagaian_Budaya_Cabaran_dan_Harapan

Ainun Rahmah Iberahim, Zamri Mahamod & Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad. (2017).
Pembelajaran Abad Ke-21 Dan Pengaruhnya Terhadap Sikap, Motivasi Dan
Pencapaian Bahasa Melayu Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu. Vol. 7, Bil. 2, 77-88. http://journalarticle.ukm.my/11357/1/152-296-1-SM.pdf

Haliza Hamzah & Nesamalar Samuel. (2016). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
Edisi Kedua. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017) Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 18. Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Noraini Mohamed Noh, Che Nidzam Che Ahmad, Mazlini Adnan, Marzita Puteh & Mohd Hairy
Ibrahim. (2013). Pengaruh keselesaan terma bilik darjah terhadap keselesaan
pembelajaran pelajar bermasalah. Proceedings of International Conference on Special
Education 2013, Banda Acheh Indonesia.

Syed Ismail Syed Mustafa & Ahmad Subki Miskon. (2018). Budaya dan Pembelajaran.
Sasbadi Sdn. Bhd.
7

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDUP3073)
Tengku Nor Rizan Tengku Mohd Maasuma. Nooreiny Maarof & Manisah MOhd Ali. (2014).

Addressing student diversity via culturally responsive pedagogy Procedia-Socialand
Behavioral Sciences 134, 101-108.
https://www.researchgate.net/publication/339842393_Nurhijrah_et_al2017_-
_Pedagogi_Responsif_Budaya
Wong, A.F.L., & Fraser, B.J. (1996). Environment-attitude associations in the chemistry
laboratory classroom. Research in Science and Technological Education, 14(1), 91-
102. https://www.researchgate.net/profile/Che-Nidzam-Che
Ahmad/publication/294886469_PENGARUH_PERSEKITARAN_FIZIKAL_BILIK_DA
RJAH_TERHADAP_TAHAP_KESELESAAN_PENGAJARAN_DAN_PEMBELAJARA
N/links/56cb9c0508aee3cee5419155/PENGARUH-PERSEKITARAN-FIZIKAL-BILIK-
DARJAH-TERHADAP-TAHAP-KESELESAAN-PENGAJARAN-DAN-
PEMBELAJARAN.pdf

8


Click to View FlipBook Version