Kuih Ketayap
RESEPI KUIH KETAYAP
Cara-cara untuk inti:
1. Masakkan kelapa parut, air, gula merah, gula pasir, garam dan daun
pandan di atas api yang perlahan.
2. Kacau sehingga sebati dan sedikit kering. Sejukkan.
Cara-cara untuk kulit:
1. Bancuh 2 cawan santan bersama tepung gandum, garam, telur dan
beberapa titik perwarna jika mahu, supaya kulit menjadi lebih hijau.
2. Kacau sebati dan tapis supaya tiada ketulan. Bancuhan tepung
sepatutnya menjadi sedikit cair.
3. Panaskan kuali yang di griskan dengan sedikit minyak. Tuang satu
senduk bancuhan tepung dan ratakan dengan memusingkan kuali ke
kiri dan ke kanan supaya mendapat bentuk bulat. Ratakan bahagian
atas menggunakan sudip jika perlu. Anggaran 3-4 minit di atas kuali.
4. Angkat dan gulung bersama inti yang sudah disejukkan.
Bahan untuk inti 1/2 biji
1/4 cawan
Kelapa parut 1/4 cawan
Gula melaka
Gula pasir 2-3 helai
Daun pandan 1/2 sudu kecil
Garam
2 cawan
Bahan untuk kulit 2 cawan
Tepung gandum 1 biji
Santan 4-5 helai
Telur 1 sudu kecil
Daun pandan 2-3 titik
Garam
Pewarna hijau