The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aiman07-442, 2022-03-18 11:06:12

SI BADAK BESAR

SKRIP DRAMA

TAJUK: SI BADAK BESAR

PENULIS: AIMAN BIN ZAIFULSHAM

SINOPSIS:

Kisah seekor badak sumbu besar yang merasakan dirinya tarlampau besar dan
tidak cukup hebat berbanding haiwan-haiwan lain yang berada di hutan. Pada suatu
hari, badak terpegun melihat kelincahan harimau semasa sedang berburu. Ekoran
daripada itu badak pun mula mendekati harimau untuk mengetahui cara-cara untuk
menjadi hebat seperti harimau. Sejak daripada itu harimau dan badak menjadi kawan
yang sangat rapat

Anak kepada kijang yang diburu oleh harimau berasa tidak berpuas hati. Kijang
meminta tolong monyet untuk membantunya membunuh harimau. Monyet bersetuju
untuk membantu kijang dan mereka pun mula berkomplot. Pada hari pembunuhan,
sedang harimau lena tidur, monyet dan kijang menolak batu yang besar dari atas bukit
untuk menimpa harimau. Badak yang kebetulan ingin berjumpa dengan harimau
ternampak batu besar tersebut. Lalu badak pun berlari dan menyondol batu tersebut
dengan kuat. Harimau terjaga lalu mengucapkan terima kasih kepada badak dan
memberitahu badak bahawa sebenarnya sudah lama kagum dengan badak tersebut.

WATAK DAN PERWATAKAN:

Badak: - Berbadan besar dan mempunyai sumbu.

- Sentiasa berasa tidak yakin dengan dirinya.

- Cuba mencari kawan untuk menjadi seperti yang diimpikan.

Harimau: - Laju dan lincah berburu.
- Menerima badak sebagai kawan dan ingin membantunya.

Kijang A: - Mangsa kepada harimau.
- Ayah kepada Kijang B.

Kijang B: - Tidak memaafkan sesiapa yang membuat perkara tidak elok kepadanya.
- Anak Kijang A

Monyet: - Suka mendapat hadiah.
- Suka terhadap perkara yang akan memberikannya keuntungan yang besar.

Babak 1

Badak berjalan bersendirian di tengah hutan dalam keadaan sedih.

Monolog badak: Kenapalah aku ni besar dan lambat. Sudahlah dengan hidung bersumbu
lagi, penat aku nak bawaknya ke hulu ke hilir. Tak bolehkah aku jadi seperti haiwan-haiwan
lain, semua seronok bergerak laju.

(Bunyi monyet bergayut antara pokok ke pokok dengan laju)

Monolog badak: Tengok tu, seronok sahaja nampak monyet bergayut dengan laju. Tidaklah
lambat seperti aku ni. Kalaulah aku boleh jadi laju seperti monyet... (mengeluh)

(Kijang berlari-lari mengejar rama-rama)

Monolog badak: Jadi seperti kijang juga seronok. Kurus sahaja, mudah untuk menyelinap di
kawasan-kawasan yang sempit. Aku yang besar ini nak lalu celah pokok pun kadang-kadang
tidak lepas. Alangkah bagus jika aku ini laju dan kurus.

Babak 2

Badak sedang berjalan, tiba-tiba ternampak harimau berada di dalam semak-samun sedang
menyorok.

Monolog badak: Eh, apa yang sedang harimau itu lakukan. Mengapa dia menyorok dalam
semak pula?
Monolog harimau: Hehehe, tunggu kau kijang. Hari ini kau akan jadi makanan aku. Sudah
lama aku tak rasa daging kijang. (sambil menjilat bibir)

Harimau pun keluar dari semak-samun dengan laju menuju ke arah kijang

Harimau: Sini kau kijang, aku hendak makan kau!
Kijang A: Jangan! Tolonglah jangan makan aku harimau! (berlari lintang-pukang) Aku mahu
hidup lagi, kau carilah makanan lain!

Harimau: Ah, tidak kira! Harini aku ingin makan daging, aku akan kejar kau sampai dapat.
Warhhhh! (harimau membaham kijang)
Kijang A: Tidak guna kau harimau, aku akan pastikan kau ditimpa balasan atas perbuatan
kau ini. (suara serak sambil terkapai-kapai kehabisan nafas)
Monolog badak: Wah hebatnya jika aku dapat jadi seperti harimau. Sudahlah laju, ditakuti
oleh binatang lain pula. Kalaulah aku dapat jadi seperti harimau mesti aku juga dapat
menikmati apa sahaja makanan yang aku mahu. (sambil memerhatikan harimau daripada
jauh)

Babak 3
Badak berjalan mendekati harimau yang sedang menjilat tapak tangannya setelah
kekenyangan memakan Kijang A
Badak: Apa… apa khabar harimau? (suara menggeletar kerana gerun)
Harimau: Ya, apa kau mahu badak? (tanya harimau dengan nada biasa sambil menoleh ke
arah badak)
Badak: Aku sebenarnya kagum melihat kelincahan kau memburu kijang sebentar tadi. Kalau
tidak keberatan bolehkah kau ajarkan aku untuk menjadi laju dan kurus seperti kau.
Harimau: Kenapa pula kau hendak menjadi laju seperti aku? (muka hairan)
Badak: Aku juga ingin berlari laju supaya dapat mengejar dan makan apa yang aku mahu
seperti engkau. Tetapi dengan badan aku yang besar ini, aku rasa sukar untuk aku berlari
dengan laju, aku rasa malu. Bolehlah harimau, kau latihlah aku sehinga aku kurus dan laji.
(pujuk badak lagi)
Harimau: Ermm, apa yang aku dapat jika aku ajar kau untuk berlari dengan laju dan berjaya
menguruskan badan kau?
Badak: Kalau kau tolong aku, aku akan jadi kawan kau. Kau boleh minta tolong apa sahaja
daripada aku. (suara gembira kerana mengharapkan harimau ingin menjadi kawannya)
Harimau: Hmm, betul ni? Kalau begitu baiklah, kita boleh jadi rakan dan aku akan ajarkan
engkau sehingga kau menjadi kurus dan laju. Mula-mula kita akan pergi dahulu ke kawasan
yang lapang.

Harimau dan badak pun berjalan menuju ke kawasan yang lapang.

Monolog harimau: Hmm pelik aku, mengapa badak ingin mengecilkan badannya sedangkan
tubuhnya yang sasa ini boleh dilakukan pelbagai kerja. Kalaulah aku boleh menjadi sasa
seperti ini mesti haiwan lain lebih gerun dengan aku.

Harimau pun melatih badak untuk berlari di kawasan yang lapang

Babak 4
Monyet bergayut dari satu pokok ke pokok yang lain dengan laju kerana ingin mencari Kijang
B
Monyet: Kijang! Kijang! Aku ada sesuatu hendak beritahu kau ni! (jerit monyet termengah-
mengah kepenatan)
Kijang B: Ya monyet apa dia?
Monyet: Bapak kau… Bapak kau… (tercungap-cungap)
Kijang B: Kenapa dengan bapak aku? (nada hairan)
Monyet: Bapak kau kena baham dengan harimau sebentar tadi!
Kijang B: Apa dia! Kau biar betul monyet. Kau jangan main-main dengan aku!
Monyet: Ya betul. Baru sahaja tadi aku nampak bapak kau dikejar oleh harimau lalu dibaham.
Kijang B: Tak mungkin! Kenapa harimau perlu buat begitu kepada bapak aku! (seakan-akan
ingin menangis) Aku akan pastikan kau mati harimau, kau akan terima balasannya! (muka
kijang menjadi bengis)

Monyet melihat sahaja kijang marah

Kijang B: Monyet, bolehkah kau tolong aku?(muka marah)
Monyet: Tolong apa?
Kijang B: Tolong aku untuk bunuh harimau. Aku ingin membalas dendam perbuatannya
terhadap bapak aku.
Monyet: Ermm, ermm.. Aku.. (suara takut)
Kijang B: Bolehlah monyet. Kau sahaja yang aku boleh harapkan. (desak Kijang B)
Monyet: Aku…. (teragak-agak)
Kijang B: Sekiranya kau bersetuju untuk membantu aku, aku akan beritahu kau tempat yang
dipenuhi dengan pokok pisang. Tiada monyet lain yang tahu akan kewujudan kawasan
tersebut.
Monyet: Wah! Betul ke ni? (teruja)
Kijang B: Ya. Aku janji.
Monyet: Baiklah, kalau begitu apa rancangan kau untuk kita membunuh harimau?
Kijang B: Begini. Harimau kebiasaannya akan tidur di kaki bukit itu (sambil menunjuk ke arah
bukit). Jadi aku bercadang, kita cari satu batu yang besar untuk dihempapkan ke atas
harimau.
Monyet: Bagus juga rancangan kau. Tapi siapa yang larat hendak menolak batu besar
tersebut.
Kijang B: Hmm, aku pun tak tahu (jawab kijang dengan kecewa)

Monyet: Tidak mengapa, apa kata pada hari tersebut aku minta pertolongan daripada rakan-
rakan monyet aku yang lain.
Kijang B: Bolehkah begitu monyet? (tanya kijang dengan gembira)
Monyet: ya
Kijang B: Terima kasih monyet! Aku sangat terhutang budi dengan engkau! (jerit kijang
dengan gembira)

Babak 5

Sedang harimau tidur di kaki bukit, kijang dan monyet-monyet bersedia untuk menolak batu
ke arah harimau.

Kijang B: Baiklah, harimau sedang lena tidur di situ. Kita tolak sahaja batu ini. Erghh
(berusaha untuk menolak batu yang besar)
Monyet: Erghhhh

Batu bergolek dengan laju. ‘DUK DUK DUK’ bunyi batu bergolek menuju ke harimau.

Kebetulan badak yang ingin berjumpa dengan harimau ternampak batu besar tersebut.

Badak: Harimau hati-hati! (jerit badak sambil berlari ke arah batu)

‘DUSH’ badak menyondol batu tersebut untuk mengalihkannya ke arah lain

Harimau: Wah badak, kau telah selamatkan nyawa aku (suara ketakutan). Terima kasih
badak.
Badak: Tidak mengapa harimau, kau kan kawan aku.
Harimau: Kau tidak nampak ke sebentar tadi?
Badak: Nampak apa? (hairan)
Harimau: Kau baru sahaja menolak batu yang besar tersebut seorang diri.
Badak: Jadi? (badak tertanya-tanya)
Harimau: Kau sebenarnya tak perlu malu dengan badan kau yang besar. Kau juga boleh
berlari dengan laju sebenarnya. Secara jujurnya badak, aku juga iri hati dengan badan kau
yang sasa. Aku juga ingin jadi besar seperti engkau agar haiwan lain takut dengan aku.

Badak: Betulkah harimau kau ingin jadi seperti aku?

Harimau: Ya, sebenarnya kau terlalu fokus terhadap kelemahan engkau sedangkan banyak
lagi kelebihan yang ada pada diri engkau.

Badak: Tidak pula aku pernah perasaan yang aku ada kelebihan (kata badak sambil
memandang lopak yang terpantul wajahnya). Terima kasih harimau kerana telah memberikan
aku semangat untuk menerima diri aku dengan seadanya.


Click to View FlipBook Version