The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN E- FOLIO DARI KELAS DUP2A DARIPADA PELAJAR POLITEKNIK METrO BETONG SARAWAK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farouznizam21, 2022-12-02 01:51:28

KAEDAH HUKUM SEBAGAI ADAT DALAM PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

TUGASAN E- FOLIO DARI KELAS DUP2A DARIPADA PELAJAR POLITEKNIK METrO BETONG SARAWAK

1
e-Folio Politeknik METrO Betong Sarawak PMBS

KAEDAH ADAT SEBAGAI HUKUM DALAM BIDANG
PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

MUHAMMAD DANIEL IMAN BIN SYAH RIZAL, MOHAMAD ZULHAZIQ BIN
JONI ,MOHD FAROUZNIZAM BIN JAMHARI

POLITEKNIK METrO BETONG SARAWAK (PMBS)

ABSTRAK
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti jumlah pengetahuan pelajar tentang
adat sebagai hukum. Menurut kajian yang didapati kebanyakkan pelajar kurang
pengetahuan tentang adat sebagai hukum dalam islam. Peratusan pelajar yang mengetahui
adat sebagai hukum adalah sebanyak 100%.Tapi dengan ini kami ingin memberi
pengetahuan yang lebih lagi kepada mereka tentang adat sebagai hukum dalam islam.Para
pelajar boleh melihat dari google atau youtube tentang adat sebagai hukum dalam islam
untuk mendapatkan lebih maklumat atau pengetahuan. Tetapi kebanyakkan sumber
maklumat dari internet tidak terlalu tepat dan kadang-kadang maklumat yang diperolehi
bertentangan dengan maklumat yang dicari. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat
pelajar boleh bertanya kepada orang yang lebih mengetahui seperti ustaz ataupun ustazah
yang bertauliah sekiranya ingin bertanya tentang adat sebagai hukum dalam islam.

OBJEKTIF KAJIAN
1.0 Pengenalan
2.0 Syarat pengamalan adat sebagai sumber hukum
2.1 mengenal pasti maksud adat sebagai hukum
2.1.1 Dalil uruf
2.1.2 Definisi uruf
3.0 Aplikasi kaedah sebagai sumber hukum dalam bidang pelancongan dan hospitaliti
4.0 Pendapat pelajar tentang adat sebagai hukum
5.0 Kesimpulan
6.0 Rujukan

1
e-Folio Politeknik METrO Betong Sarawak PMBS

1.0 PENGENALAN
Adat merupakan titik pertemuan yang melibatkan adanya interaksi antara manusia dengan
alam. Malah kewujudannya juga berbeza berdasarkan faktor suasana tempat dan mentaliti
yang didiami oleh sesebuah masyarakat. Tindak balas masyarakat tersebut terhadap alam
merupakan gambaran dari corak hubungannya terhadap alam sekitar dan ekologinya.
Dengan demikian dapatlah kita definisikan adat sebagai suatu sistem peraturan, norma dan
undang-undang bertunjang pada alam sekitar. Adat sifatnya adalah dinamis tidak statik, iaitu
sentiasa berubah berdasarkan keperluan anggota masyarakat atau anggota adat. Di dalam
Islam, adat merupakan suatu rahmat (rahmah) Tuhan terhadap manusia dan sebagai simbol
kebudayaan masyarakatnya.Tambahan pula, Islam telah mengukuhkan lagi penggunaan
adat dengan mengiktirafnya sebagai salah satu sumber hukum bagi permasalahan yang
tidak dapat di selesaikan berlandaskan sumber-sumber yang disepakati dari al-Quran, al-
Sunnah, Ijmak, serta Qiyas dengan syarat ianya tidak bertentangan dari sudut syarak.

2.0 SYARAT PENGAMALAN ADAT SEBAGAI HUKUM

Ia merupakan satu amalan kebiasaan atau satu budaya yang diamalkan secara berskala
besar oleh masyarakat dan tidak mudah berubah-ubah dalam tempoh yang singkat.
Contohnya amalan membaca yasasin setiap malam jumaat. Selain itu, andai ‘uruf boleh
menimbulkan kemudaratan dan kepayahan dalam pengurusan hidup maka ‘uruf tersebut
terkira terbatal. Contohnya, larangan mengambil upah mengajar al-quran oleh para ulamak
terdahulu. Kini zaman sudah, ulamak muktahir mengambil sikap membenarkann mengambil
upah ats sebab perubahan ‘uruf semasa.

Syarat usul telah menggariskan beberapa syarat dalam mengambil kira uruf dan adat
sebagai asas hukum. Ini bagi memastikan nilai yang diterima pakai bertentangan dengan
objektif syariah untuk mencapai segala kebaikan dan mengurangkan kemudaratan. Syarat-
syarat tersebut ialah ;

 Uruf itu tidak berlawanan dengan nas syara’ jika ia bertentangan nas, maka uruf
tersebut tidak boleh diambil dan diamalkan seperti transaksi yang mempunyai unsur
riba, pendedahan aurat dan lain- lain lagi.

 Al-Uruf tersebut mestilah digunakan secara meluas atau menyeluruh walaupun ada

1
e-Folio Politeknik METrO Betong Sarawak PMBS

yang tidak mengamalkan hanya dalam jumlah yang minimum. Hal tersebut sesuai
dengan kata-kata fuqaha, apa yang diiktibar itu ialah yang biasa serta yang rata-rata
tau meluas dipakai, bukan yang nadir atau yang jarang digunakan.

2.1 MAKSUD ADAT SEBAGAI HUKUM

Adat bermaksud adalah sesuatu yang sudah menjadi satu kelaziman dilakukan oleh
manusia. Uruf pula merujuk kepada sesuatu yang telah dimaklumi oleh masyarakat hingga
menjadi amalan kebiasaan. Ia melibatkan perkataan, perbuatan atau sesuatu yang tidak
dilakukan. Selain itu juga, adat bermaksud suatu peraturan yang diamalkan secara turun
temurun di dalam masyarakat sehingga menjadi hukum dan peraturan yang harus dipatuhi.
Di samping itu, adat juga definisikan sebagai suatu cara yang sudah menjadi kebiasaan
etimologi. Kaedah ini memberi maksud adat atau uruf boleh dijadikan rujukan bagi
menetapkan sesuatu hukum bagi satu-satu isu atau kes dengan syarat ketiadaan nas
syarak dalam permasalahan tersebut.

2,1.1 DALIL ‘URF

Di Antara dalil yang menunjukkan kaedah adat sebagai sumber hukum adalah berdasarkan
firman Allah s.w.t :
1. Firman Allah taala, “Jadilah kamu pemaaf dan suruhlah kepada `ma’ruf serta berpalinglah
dari golongan jahil.” (Al-A`araf: 7 199)
Kata “`ma’ruf” dalam ayat ini ditafsirkan dengan berbagai pengertian antaranya: kebaikan,
setiap perkara yang diredai oleh akal yang sihat yang tidak bertentangan dengan syarak
serta kebiasaan yang baik.

2. Sabda Nabi s.a.w, “Apa yang dipandang baik oleh kaum muslimin, maka ia juga baik di
sisi Allah, dan apa yang dipandang buruk oleh mereka, maka ia juga buruk di sisi Allah.”[13]
3. Kesepakatan para ulama bahawa `urf adalah antara sumber hukum Islam. Mereka telah
berhujah dengannya dalam banyak masalah fikih.[14]

4. Dari sudut akal pula, memutuskan sesebuah hukum tanpa mengambil kira kebiasaan
yang berlaku dalam masyarakat akan membawa kesusahan. Sedangkan prinsip
perundangan syarak adalah menghilangkan kesempitan dan kesusahan.[15]

1
e-Folio Politeknik METrO Betong Sarawak PMBS

Syarak menerima penglibatan `uruf di dalam pengeluaran hukum bersebab ia berperanan di
dalam menentukan maslahat[16] seperti nilai-nilai mulia, kesopanan dan hubungan antara
manusia.[17] Hal ini kerana satu perkara yang biasa dilakukan dan diwarisi dari satu
generasi ke satu generasi lain adalah petanda bahawa ia mendatangkan kebaikan selagi
tidak ada dalil syarak yang melarangnya.

2.1.2 DEFINISI ‘URUF

`Uruf dari segi bahasa dapat diertikan dengan, sesuatu perkara yang telah terbiasa dan
kerap dilakukan oleh manusia. Ia juga bermakna ketenangan dan kebaikan. Dari sudut
istilah pula, para ulama telah menyebutkan beberapa pengertian yang mengandungi makna
yang hampir sama. Ia dapat dirumuskan sebagai sesuatu yang telah biasa dilakukan oleh
masyarakat dari perkataan dan perbuatan yang diterima oleh akal yang sihat dan fitrah yang
bersih serta tidak bertentangan dengan syarak.

3.0 APLIKASI KAEDAH SEBAGAI SUMBER DALAM BIDANG
PELANCONGAN DAN HOSPITALITI.

 Menyediakan makanan halal dan baik

Makanan merupakan perkara yang amat dititik beratkan dalam islam. Ia dijaga sebaik
mungkin walaupun ketika bermusafir. Dalam konteks pelancongan islam, makanan yang
dihidangkan perlulah halal iaitu tidak mengandungi unsur yang haram atau meragukan.
Kesukaran yang sering diperhatikan terutamanya apabila melancong ke negara minoriti
umat islam ialah kesukaran untuk mendapatkan makanan halal. Kesediaan pengendali
makanan halal kepada pelancong islam merupakan satu kelebihan kerana ia menarik lebih
ramai pengunjung sama ada yang muslim ataupun sebaliknya berbanding hanya
menumpukan sasaran kepada kelompok tertentu sahaja.

 Kesesuian penginapan

Penginapan juga merupakan elemen penting dalam pelancongan. Setiap pelancong
memerlukan penginapan bagi tujuan untuk berehat dan lain-lain. Dalam konteks
pelancongan islam, penginapan mestilah bersifat mesra pengguna muslim dari segi fasiliti
dan dan perkhidmatan. Ia memberikan nilai tambah dalam menarik minat penginap muslim
fasiliti untuk pelanggan seperti terjemahan al-quran, arah kiblat, sejadah dan lain-lain

1
e-Folio Politeknik METrO Betong Sarawak PMBS

keperluan. Manakala dari segi perkhidmatan dan operasi juga mestilah patuh kepada syarak.
Contoh seperti kolam renang yang berlainan jantina, bilik khas untuk pengguna
Muslim, irama nasyid atau lagu-lagu kemanusiaan dikumandangkan atau laungan Azan
ketika masuk waktu. Perkara penting dalam penginapan Islam ialah bilik yang selesa
dengan harga yang berpatutan

 Kegiatan yang patuh syariat

Segala bentuk kegiatan dalam pelancongan mestilah tidak bercanggah dengan
ketetapan syarak. Lawatan ke masjid, tempat-tempat bersejarah yang ada kaitan
dengan Islam, monumen berciri Islam atau persidangan halal adalah antara bentuk
kegiatan yang boleh disi dalam acara pelancongan Islam. Aktiviti yang sedia ada boleh
diteruskan selagi ia mematuhi ajaran Islam. Ianya dianggap sebagai satu ibadah kepada
Allah SWT.

1
e-Folio Politeknik METrO Betong Sarawak PMBS

4.0 pendapat pelajar tentang adat sebaga hukum

1
e-Folio Politeknik METrO Betong Sarawak PMBS

8.0 Kesimpulannya,

‘urf dan adat tetap diambil kira dalam memberi fatwa dan penghakiman bagi
memelihara kepentingan atau maslahah, kerana sebahagian dari bentuk maslahah-
maslahah manusia hendaklah memperakukan sesetangah yang telah menjadi
kebiasaan dan adat mereka bertahun-tahun lamanya dan silih berganti generasi
demi generasi. Kebiasaan dan amalan sedemikian merupakan suatu kelakuan sosial
yang sukar untuk ditingglkan. Oleh itu, pengiktirafan itu tidak mutlak, bahkan terikat
dengan syarat ia tidak bertentangan dengan nas syarak dan roh syariat islam.
Dengan kata lainnya, ‘urf merupakan salah satu sumber hukum yang amat penting,
kekuatannya dibuktikan dengan dalil-dalil al-Quran, al-Sunnah dan ijmak, ‘urf tidak
boleh diguna pakai secara mutlak, bahkan terdapat syarat-syarat tertentu yang mesti
ada untuk menjadikannya sebagai sumber hukum. Dan sememangnya tidak dapat
dipertikaikan lagi bahawa ‘urf juga telah bertindak sebagai salah satu di antara
hukum-hukum syariat yang diperundangkan untuk kepentingan seluruh manusia
seluruhnya dan menolak sebarang keburukkan yang menimpa mereka.

6.0 Rujukan

https://online.anyflip.com/vfyqe/ictm/mobile/

http://studentsrepo.um.edu.my/6071/3/BAB_2.pdf

https://www.google.com/search?q=Di+Antara+dalil+yang+menunju
kkan+kaedah+adat+sebagai+sumber+hukum+adalah+berdasarkan+
firman+Allah+s.w.t+%3A&oq=Di+Antara+dalil+yang+menunjukkan+
kaedah+adat+sebagai+sumber+hukum+adalah+berdasarkan+firma
n+Allah+s.w.t+%3A&aqs=chrome..69i57.1587j0j7&sourceid=chrome
&ie=UTF-8

http://studentsrepo.um.edu.my/6071/3/BAB_2.pdf

1
e-Folio Politeknik METrO Betong Sarawak PMBS

1
e-Folio Politeknik METrO Betong Sarawak PMBS


Click to View FlipBook Version