The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pheamakaelson, 2021-06-03 12:18:55

TOPIK _ GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK

TOPIK _ GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK

MPU 23012 : PENGAJIAN ISLAM
TAJUK : GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK

DISEMAK OLEH :
PN.ROSHADAH BINTI ABU BAKAR

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO.MATRIKS
18DAT20F1014
1.NUR IMAN SUFEA BINTI KHAIRUL
ADZHAR 18DAT20F1020

2.FARISA KHAIRINA BINTI ABDUL 18DAT20F1016
KHADER 18DAT20F1012

3.NORHAZIMAH BINTI HANAFIAH

4.NUR DINA HUSNINA BINTI PAKURDIN
ALI

MASALAH RASUAH, DUSTA DAN FITNAH

1. RASUAH

Dan janganlah kamu makan harta orang lain antara kamu dengan jalan yang salah,
dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada
hakim-hakim kerana hendak makan (atau mengambil) harta manusia dengan
(berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

(Surah al-Baqarah: 188)

Dalil di atas menyebut tentang masalah rasuah, dusta dan fitnah.
Keruntuhan moral yang berlaku dalam kalangan umat Islam pada ketika ini
sememangnya amat membimbangkan.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa keruntuhan moral seperti ini kebanyakkannya
melibatkan golongan atasan ataupun golongan professional.

Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab, al-risywah.
Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil iaitu meliputi juga
perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut.
Kesan rasuah ini amat buruk sekali kerana ia dikategorikan dalam amalan dosa besar
oleh Islam kerana terdapat unsur-unsur kezaliman serta mengambil hak orang lain
tanpa kebenaran.

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya:

Rasulullah s.a.w. telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang
suka menerima rasuah dalam soal hukum-menghukum.

(HR. Abu Hurairah)

PERBEZAAN ANTARA HADIAH DAN RASUAH

RASUAH HADIAH

Pemberian sesuatu hadiah seperti wang, Hadiah yang dihulurkan bertujuan untuk
hamper atau barangan keperluan kepada mendekatkan diri dengan seseorang yang
seseorang yang mempunyai kuasa lain kerana cinta dan kasih, dengan
tertentu dengan tujuan yang tertentu tujuan bantu-membantu dan sebagai
rakan yang dapat berkongsi suka dan
duka bersama-sama tanpa ada niat di
sebaliknya

Allah s.w.t. melaknat orang yang menerima dan memberi rasuah kerana Allah s.w.t.
amat mementingkan rezeki yang halal.
Rezeki yang diterima melalui pecah amanah, rasuah, berdusta merupakan haram dan
berdosa.
Marilah kita sama-sama membina keperibadian diri agar tidak terlibat dengan rasuah
dan memperoleh rezeki yang halal.

2. FITNAH

Fitnah berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud kekacauan, bencana, cubaan
dan penyesatan.

Fitnah sering dimaksudkan sebagai berita bohong atau tuduhan yang diada-adakan
untuk membinasakan seseorang yang tidak sesuai dengan kenyataan atau kebenaran.

Memfitnah sesama umat Islam merupakan salah satu penyakit rohani. Manusia yang
memiliki penyakit rohani ini adakalanya suka menghasut, menimbulkan kekacauan dan
memporak-perandakan keadaan tenang dalam kalangan masyarakat.
Allah s.w.t. telah meletakkan dosa membuat fitnah lebih buruk kesannya daripada
membunuh.
Dosa memfitnah juga melarang seseorang daripada masuk ke syurga.

Dalil dan Hadis di bawah menyebut tentang fitnah:

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Fitnah itu besar (dahsyat) dari melakukan pembunuhan …

(Surah al-Baqarah: 217)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang:
Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.

(HR. Bukhari dan Muslim)

Penyebar fitnah akan dimalukan oleh Allah s w.t. apabila dia dibangkitkan pada hari
akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Sesiapa yang menyebarkan kata-kata yang memalukan seorang Muslim dengan tidak
sebenarnya, nescaya dia akan diberi malu oleh Allah dalam neraka pada hari kiamat.

(HR. Ibn Abid Dunya daripada Abu Zar)

Berdasarkan hadis di atas, kita dapat membuat kesimpulan bahawa hubungan yang
baik antara satu dengan lain, khususnya antara seorang Muslim dengan Muslim
lainnya merupakan sesuatu yang harus dijalinkan dengan sebaik-baiknya.

Hal ini kerana Allah s.w.t. telah menggariskan bahawa orang mukmin bersaudara.
Itulah sebabnya, segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuh dan
memantapkan persaudaraan sesama Muslim harus dipelihara.

Huraian di atas telah menjelaskan sedikit sebanyak tentang keruntuhan moral yang
terjadi sekarang ini.

Pastinya, ramai antara anda yang sedar betapa kita perlu menjalani perubahan diri
menjadi umat Islam yang lebih baik.

Dalam konteks masyarakat Islam, ajaran Islam menekankan keperluan berakhlak
dengan akhlak Islamiyyah dalam semua aspek kehidupan.

Hal ini jelas sekali dinyatakan dalam sebuah hadis yang meriwayatkan Rasullulah
s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.

(HR. Imam Malik)

Hadis ini dengan jelas menyatakan bahawa satu daripada misi utama Rasulullah s.a.w.
ialah mengajar akhlak yang mulia kepada umatnya. Seseorang Muslim yang beriman
kepada Allah mempunyai kewajipan untuk berakhlak dengan akhlak yang mulia.

Hal ini bermakna bahawa orang yang buruk akhlaknya, maka imannya tidak
sempurna. Selain itu, akhlak juga merupakan salah satu daripada tiga aspek asasi yang
membentuk isi kandungan ajaran Islam iaitu akidah, syariah dan akhlak. Dengan itu,
seorang Muslim yang beramal dengan syariah Islam sepenuhnya mestilah
melaksanakan dan menghayati ketiga-tiga aspek asasi itu.

Menghayati akidah dan syariah Islam sahaja dengan mengabaikan akhlak, menjadikan
seseorang itu bukan seorang Muslim sepenuhnya seperti yang dikehendaki oleh Allah
s.w.t. dalam firman-Nya yang bermaksud:

Wahai orang yang beriman masuklah ke dalam (Islam) sepenuhnya.

(Surah al-Baqarah: 208)

Berdasarkan perbincangan yang telah diperbincangkan seperti di atas, jelas sekali
bahawa isu keruntuhan akhlak dalam kalangan ahli masyarakat kita merupakan isu
yang nyata dan sangat membimbangkan. Ia boleh meruntuhkan masyarakat yang
wujud hari ini. Dengan itu, langkah-langkah yang holistik dan menyeluruh perlu
diambil segera. Memandangkan kedudukan akhlak adalah sangat penting, maka setiap
ahli masyarakat Islam mestilah mengambil pelbagai langkah yang perlu untuk
memastikan tahap penghayatan akhlak yang tinggi dalam kalangan masyarakat dan
membasmi semua bentuk keruntuhan akhlak.

Adab Pergaulan Antara Lelaki Dan
Perempuan Mengikut Islam

Pendahuluan

Allah s.w.!. mcncipta manusia lel ak i dan perempuan. Ia juga mencipta syariat
untuk mcrcka. Dalam Syariat Islam ada sesetengah hukum atau peraturan
berbeza di antara lelaki dan pcrempuan dan ada yang tidak berbeza. Dalam
melaksanakan tanggungjawab masing-masing kadangkala berlaku pergaulan di
an tara lelaki dan perempuan, lebihIcbih lagi dalam masyarakat kini. Penulisan
ini cuba melihat sejauhmana batas-batas pcrgau lan yang dilarang dan
dibolehkan dalam syariat Islam.

Pengertian Pergaulan

Pergaulan dalam bahasa Arab disebutkan ikhti/at berasal daripada kalimah
"khalata y([khlutu klw/tan" yang bererti bercampur. 1 Maksud pcrgaulan
(ikhtilat) dalam perbincangan ini ialah bergaul atau bercampur di antara
Iclaki dan perempuan ajnabi (yang sah kahwin) di satu tempat berlaku 23
iurnal Syariah 7. Bilangan I interaksi. dalam bentuk pandang memandang
dan/atau perbualan di antara seseorang dengan lain. Ertinya, ia berlaku an
tara tiga orang atau lebih. Ia berbeza dengan khalwat yang hanya terdiri dari
dua orang sahaja.

Hukum Pergaulan Di Antara Lelaki dan Perempuan

Hukum asal pergaulan an tara perempuan dan lelaki ajnabi (harus nikah)
adalah haram. Namun demikian pengharaman ini tidak didasarkan kepada
nas yang jelas. Pengharamannya hanya diasaskan kepada hukum lain yang
pada asalnya dikhususkan bagi bum wanita, kerana dalam hukum-hukum
terbabit terdapat unsur-unsur pengaulan antara perempuan dan lelaki
ajlZabi. Hukum-hukum yang dimaksudkan ialah; lat'angan berkhalwat dan
musafir tanpa mahram, solat berjemaah di masjid bagi wanita, hukum jihad
bagi wanita-wanita dan hukum solat lumaat bagi wanita.

Batas-batas Pergaulan Antara Lelaki dan Perempuan Yang Dibolehkan

Perbincangan di atas telah menjelaskan bahawa hukum asal pergaulan
antara lelaki dan perempuan adalah dilarang. Namun demikian dalam
keadaan atau situasi tertentu hukum tersebut berubah menjadi harus.
Keadaan dan situasi yang dimaksudkan ialah darurah, haj at
(keperluan), maslahat syar'ie dan kebiasaan ad at setempat.

Contoh Adab Pergaulan Antara Lelaki Dan Perempuan Mengikut Islam

1. Pakaian hendaklah sentiasa menutup aurat dan sopan

sebagaimana yang ditentukan oleh syarak.

2. Bergaul apabila mempunyai tujuan seperti dalam urusan ilmu yang

bermanfaat, amal saleh, perjuangan, kebajikan dan lain-lain yang

memerlukan banyak tenaga lelaki dan perempuan.

3. Menjaga tutur kata dan tingkah laku yang sopan.

4. Tidak berdua-duaan antara lelaki dan perempuan tanpa disertai mahram.

Namun, akhir-akhir ini, masyarakat Islam turut sama
mengamalkan budaya Barat yang sememangnya terpesong
akidahnya. Selain daripada penzinaan antara lelaki dan
perempuan, kita dihimpitkan pula dengan masalah homoseksual
dan musahaqah (lesbian).

Daripada Jabir r.a., dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda
ertinya:

Sesungguhnya yang paling aku takuti (menimpa)
umatku adalah perbuatan kaum Luth.
(HR. At Tamizi)

Budaya homoseksual yang berlaku sekarang ini amat
mengaibkan umat Islam sejagat. Ramainya umat Islam
yang terjebak dengan masalah homoseksual
membimbangkan kita akan berulangnya peristiwa
masyarakat Sadum semasa zaman Nabi Luth a.s.
Masyarakat Sadum adalah masyarakat yang rendah
akhlaknya, tidak mempunyai nilai agama dan
peradaban. Maksiat dan kemungkaran bermaharajalela.
Maksiat yang paling menonjol dalam kehidupan
masyarakat Sadum ialah perbuatan homoseksual
dalam kalangan lelaki dan lesbian dalam kalangan
perempuan. Maka Allah s.w.t. memerintahkan Nabi Luth
a.s. membawa umatnya kembali ke pangkal jalan.
Ketahuilah, bahawa Rasulullah s.a.w. melaknat pelaku
homoseks sebanyak tiga kali, sedangkan pezina hanya
sekali. Islam amat menentang keras hubungan sejenis
ini kerana perbuatan itu akan memberi kesan yang
buruk kepada pelakunya dari aspek kesihatan.
Homoseksual akan menyebabkan manusia dihidapi
penyakit Aids dan pelbagai penyakit kelamin yang lain.

Rujukan Web

Jika anda ingin mengetahui kisah lanjut
mengenai masyarakat Sadum, anda boleh
melayari laman web berikut:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Luth

Kesimpulan

Pada prinsipnya pergaulan di antara lelaki perempuan adalah dilarang.
Namun dalam keadaan dan batas-batas tertentu seperti darurah ,
kemasl ahatan, keperluan dan kebiasaan adat setempat ia dibolehkan
dengan syarat yang terbabit mestilah menjaga batas-batas syarak,
iaitu berpakaian menutup aurat, merendah pandangan dan bercakap
dalam keadaan biasa dan normal yang tidak ada unsur fitnah.

PERGAULAN SEKS BEBAS

Pergaulan seks bebas berasal dari kata "pergaulan" dan "bebas".
Mengutip dari Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI), kata
pergaulan berarti menjalin pertemanan dalam kehidupan
bermasyarakat. Sedangkan kata bebas berarti lepas atau tidak
terikat.

Maka dapat disimpulkan jika pergaulan bebas adalah jalinan
pertemanan dalam kehidupan bermasyarakat yang bersifat lepas
atau tidak terikat. Pergaulan bebas merupakan perilaku
menyimpang yang melewati batas norma atau peraturan yang ada.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

… dan jangan kamu akan berzina, kerana bahawasanya
ada ia kejahatan yang sangat keji dan sejahat-jahat
jalan.

(Surah al-Isra’: 32)

❖ Penzinaan lelaki dan perempuan di tempat-tempat sunyi akhirnya

membawa kepada gejala buruk yang akan merosakkan masyarakat.

Semua bentuk hubungan kelamin yang menyimpang dari ajaran agama

Islam dianggap zina.

❖ Bahaya dan akibat perbuatan zina amat besar sekali dan memberi kesan

bukan sahaja kepada individu yang terlibat tetapi juga kepada

masyarakat.

❖ Demikianlah besarnya bahaya dosa zina sehingga Ibnu Qayyim, ketika

mengulas tentang hukuman bagi penzina, berkata: Allah telah

mengkhususkan hadd (hukuman) bagi pelaku zina dengan tiga perkara

iaitu:

Pertama, hukuman mati secara hina (rejam) bagi penzina
kemudian diringankan (bagi yang belum bernikah) dengan
dua jenis hukuman, hukuman fizikal yakni dirotan seratus kali
dan hukuman mental dengan diasingkan selama satu
tahun.Kedua, Allah s.w.t. secara khusus menyebutkan
larangan merasa kasihan terhadap penzina. Umumnya, sifat
kasihan diharuskan, bahkan, Allah maha pengasih namun
rasa kasihan ini tidak sewajarnya menghalang daripada
menjalankan syariah Allah. Hal ini ditekankan kerana
lazimnya orang lebih kasihan kepada penzina daripada
pencuri, perompak, pemabuk dan sebagainya. Di samping itu,

perbuatan zina boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, termasuk
orang kelas atasan yang mempunyai kedudukan tinggi yang
menyebabkan orang yang menjalankan hukuman merasa
enggan dan kasihan untuk menjalankan hukuman.Ketiga,
Allah memerintahkan agar perlaksanaan hukuman zina
disaksikan oleh orang mukmin dengan maksud menjadi
pengajaran dan memberikan kesan positif bagi kebaikan
umat.

PENYALAHGUNAAN DADAH

Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau
penggunaan dadah yang berlebihan. Pada kebiasaannya ia akan mendatangkan perasaan gembira
melampau atau ketagih bertujuan lari daripada kenyataan.
Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang
akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian ” Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang
melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan
seharian.

Penagihan dadah dikenali sebagai bergantung dengan dadah.

Penagihan dadah bermula apabila seseorang itu:
● Memerlukan dos yang lebih tinggi untuk mencapai kesan yang diingini
● Mula menunjukkan sifat-sifat ketagih apabila penggunaannya dihentikan
● Terpaksa meningkatkan jumlah dadah yang lebih banyak dan tempoh
penggunaan yang lebih lama

Penagihan dadah juga akan membuatkan seseorang hilang kawalan diri.
Kebiasaannya, penagih dadah akan menghabiskan masa untuk melakukan aktiviti
seperti mencari pengedar, membeli dan menggunakan dadah, begitu juga
mendapatkan wang bagi membeli dadah.
Apabila seseorang ketagih atau bergantung kepada dadah secara fizikal dan psikologi,
akan wujud keinginan yang melampau untuk mengambil atau berterusan menggunakan
dadah dalam apa cara sekali pun.
Ini akan mendatangkan kesan yang buruk kepada diri mereka dan masyarakat
sekeliling.

ISTILAH-ISTILAH DADAH

Dadah Psiko aktif
● Mempunyai kesan terhadap tingkah laku dan kesedaran
● Contohnya; valium, ganja.

Dadah bukan Psikoaktif

● Tidak memberi kesan terhadap tingkah laku. Kurang kesan ketagihan.

Kebergantungan

● Keinginan fisiologi dan psikologikal pada dadah untuk mendapatkan keseronokan dan
mengelakkan rasa ketagih

● Dalam pergantungan fisiologi, ia menjadikan pemikiran, emosi dan perlakuan tertumpu kepada
dadah setiap masa

● Dalam pergantungan fizikal, kesan dadah seperti kegembiraan melampau akan mewujudkan
keinginan yang melampau kepada dadah tersebut

● Gian pula akan mewujudkan perasaan negatif dan ini akan menyebabkan penagih perlu
mengambil dadah kembali bagi mengelakkan perasaan negatif tersebut

Gejala Kesan Sampingan

● Satu sindrom fizikal dan psikologikal yang negatif akibat pemberhentian penggunaan dadah
dengan mendadak.

Lali

● Memerlukan jumlah dos yang tinggi untuk mendapatkan kesan psikologikal yang sama.

PUNCA PENGAMBILAN DADAH

● Ingin mencuba
● Terikut-ikut
● Amalan budaya
● Suasana semasa. Contohnya; perang / kelab malam
● Tekanan / cabaran dalam kumpulan
● Bagi tujuan merawat
● Meningkatkan kawalan diri dan prestasi

TANDA-TANDA SESEORANG MENGAMBIL DADAH

● Resah, gelisah
● Prestasi kerja atau akademik yang merosot
● Mencuri wang atau apa saja sama ada di rumah, sekolah atau di tempat

kerja
● Perubahan sikap secara mendadak seperti tabiat makan, tidur dan

aktiviti harian
● Perubahan emosi secara tiba-tiba
● Bercakap merepek
● Mengabaikan penampilan diri
● Menghindari kawan biasa yang tidak mengambil dadah
● Berkelakuan mencurigakan seperti menghabiskan banyak masa di bilik

air atau bilik tidur dan rasa curiga yang keterlaluan kepada yang lain
● Kelihatan letih, penat dan mamai

KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH

● Merosakkan kebersihan
● Merosakkan kesihatan diri
● Merosakkan kesihatan mental
● Merosakkan prestasi pelajaran
● Merosakkan hubungan sosial
● Merosakkan status kewangan

'Hargai Diri. Buat Pilihan Yang Sihat'

Penggunaan dadah masih menjadi masalah besar pada waktu ini. Dalam
Islam, beberapa dalil dengan terang merujuk dadah itu dilarang keras
kerana ia akan membinasakan hidup dan masa depan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan belanjakanlah (harta
bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan
dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah,
kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat

baik." (Surah al-Baqarah, ayat 195)

Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada kemudaratan dan tidak
boleh berbuat hal yang memudaratkan." (Riwayat Imam

Ahmad)

Secara amnya, kemudaratan tidak patut dilakukan kepada diri sendiri atau
orang lain dan jangan pula melakukan sesuatu yang berguna kepada diri

sendiri, tetapi mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.


Click to View FlipBook Version