Nama: Mohamad Fariz Iman Bin Mohd Fadzil
No.Pend: 06DEQ20F1001
Kelas: Deq2b
Kursus: Mpu21032
Tarikh: 12/4/2021
Jawab semua soalan.
1-Berdasarkan video 1:
a-berapakah jumlah kapal yang berlabuh di Pelabuhan Melaka .
- Lebih 2000 kapal
b-berapa panjang setiap kapal-kapal tersebut.
- Antara 100meter ke 160meter
c-berapakah jarak tempat untuk memuatkan kapal-kapal itu?
- Daripada Kelang ke Batu Pahat
d-di manakah bermula dan berakhirnya Selat Melaka?
- Dari Singapura hingga Aceh
2 -Bincangkan satu sifat yang ada pada pemerintah Melaka dengan berpandukan slide1.
- Baik hati dan bijaksana
3 -Mengapakah Tom Pires menyifatkan Melaka sebagai emporium dunia seperti di catatkan dalam slide
2?
- 83 bangsa yang datang ke melaka
5-Dengan berpandukan slide 1-3 serta video 1, anda di kehendaki menulis tentang kehebatan Melaka
pada masa itu.Panjang tulisan antara 100 -150 patah perkataan.
- Terdapat banyak faktor yang menjadi asbab dalam kemajuan Melaka dari segi perdagangan.
Antaranya, kebijaksanaan pemerintah Melaka ketika itu dalam menyusun stretegi untuk menarik
pedagang luar untuk datang berdagang di Melaka. Antara perkara yang dilakukan oleh pemerintah
Melaka masa itu adalah menyediakan pelbagai kemudahan di pelabuhan melaka seperti tempat
membaiki kapal, gudang untuk simpan barang, serta rumah persinggahan. Kerajaan Melaka juga
mempunyai sistem dan pengurusan tersendiri yang tersusun dalam mengendalikan pelabuhannya.
Seterusnya, antara sebab Melaka menjadi maju dari segi perdagangan adalah kerana kedudukannya
yang stretegik. Perkara ini dikatakan sedemikian kerana kedudukan Melaka itu terletak di laluan di mana
banyak kapal dagangan dari negara luar pergi dan balik ke negara mereka atau boleh dipanggil sebagai
pusat entrepot. Perkara ini juga boleh dikuatkan apabila kedalaman air di pelabuhan melaka yang sesuai
untuk kapal – kapal yang besar untuk berlabuh di sana. Akhir sekali, akibat pelabuhan melaka sering
didatangi negara luar maka terdapat banyaklah jenis barang dagangan yang boleh didapati disana
membuatkan ramai pedagang dari luar untuk berdagang di Melaka.