The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan 2 BMMB 3103 Penulisan Sastera Kanak Kanak

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM1-0619 Sanddralysa Godon, 2023-03-31 10:10:23

Cerpen Kembara ke Alam Fantasi

Tugasan 2 BMMB 3103 Penulisan Sastera Kanak Kanak

Keywords: Cerpen

KARYA SANDDRALYSA GODON


Sinaran matahari yang menyinari bumi menandakan cuaca pada hari tersebut akan cerah sehingga petang. Di sebuah pohon besar, kelihatan 3 orang kanak-kanak lelaki yang bernama Ezekiel, Denis dan Noah yang sedang berbaring di atas dataran rumput yang menghijau sambil membaca buku. Mereka merupakan 3 sahabat baik dan mempunyai hobi membaca buku cerita fantasi. Pada setiap petang, mereka akan membaca buku dan bermain di bawah sebuah pohon besar itu.


Lagenda kampung mengatakan bahawa pohon yang besar itu merupakan pintu kepada dunia fantasi lain. Namun begitu, tiada sesiapa pun boleh mengesahkan kebenaran lagenda itu dan cerita itu hanya dijaja dari zaman berzaman.


Pada suatu petang, Ezekiel, Denis dan Noah sedang bermain di bawah pohon tersebut. Seorang lelaki tua menghampiri mereka bertiga dan berkata, ‘Wahai anakku, mengapakah kamu bermain di luar rumahku ini’?. Mereka bertiga berasa sangat hairan dengan soalan tersebut. Denis pun bertanya kepada lelaki tua itu. ‘Rumah atuk? Di manakah rumah atuk? Kami tidak melihat apa-apa rumah di sini?’.Lelak tua itu hanya ketawa lalu berjalan menuju ke sebalik pohon besar itu. Ezekiel, Denis dan Noah kemudiannya mengejar lelaki tua itu, tetapi mereka berasa hairan apabila mereka tidak menemukan kelibatnya. Mereka bertiga berasa amat ketakukan akan kejadian itu lalu bergegas pulang ke rumah kerana hari juga semakin gelap.


Keesokan harinya, Noah memberitahu perkara itu kepada neneknya. Neneknya kemudian menegah Noah dan rakan-rakannya untuk bermain di bawah pohon itu kerana neneknya purdah mengalami kejadian aneh di sana apabila dia pernah melihat sebuah pintu di dalam pohon tersebut. Pintu tersebut seakan-akan menjadi pegantara antara dunia manusia ke dunia asing yang lain. Medengar akan hal itu, perasaan ingin tahu Noah tentang pintu tersebut semakin membuak-buak. Dia kemudiaannya bergegas berjumpa dengan Ezekiel dan Denis dan memberitahu cerita tersebut kepada rakan karibnya itu.


Sejak mengetahui hal itu, mereka bertiga semakin sering bermain di bawah pohon besar itu dan berharap akan berjumpa semula dengan lelaki tua misteri pada tempoh hari. Hari berganti hari dan minggu berganti minggu, penantian mereka ternyata siasia. Lelaki tua yang ditunggu, tidak lagi memunculkan diri di hadapan mereka


Pada suatu hari, Ezekiel, Denis dan Noah sedang bermain kejarkejar di bawah pohon tersebut dan tiba-tiba cuaca menjadi mendung dan kilat sabung-menyabung menandakan hari akan hujan. Mereka kemudiaan bergegas ingin kembali ke rumah sebelum hujan tiba. Malang tidak berbau, Ezekiel tanpa sengaja tersandung akar pohon yang besar itu. Noah dan Denis cepat-cepat membantu Ezekiel untuk berdiri.


Pada masa yang sama, pohon yang berada di hadapan mereka mengeluarkan bunyi bising seakan terdapat ribut taufan yang menggila. Mereka bertiga berasa amat ketakutan melihat semua yang berlaku. Tiba-tiba, pohon di hadapan mereka terbelah dan membentuk sebuah pintu yang sangat besar. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain dan Ezekiel pun berkata, "saya rasa inilah pintu misteri yang nenek saya katakan itu. Nampaknya, lagenda kampung kita benar-benar wujud".


Mereka bertiga bergerak menuju ke arah pintu pohon tersebut. Noah berniat untuk membuka pintu tersebut tetapi Denis menegah sambil berkata, ‘saya tidak berani untuk masuk ke dalam, bagaimana kalau kita tidak boleh kembali ke kampung kita semula? Saya tidak mahu. Saya ingin pulang sekarang juga’. Mendengar akan hal itu, Noah berkata dengan suara yang tegas , "jika kamu tidak ingin masuk, biar saya dengan Ezekiel sahaja yang masuk ke dalam. Kamu boleh pulang ke rumah." Namun begitu, Denis juga tidak berani balik ke rumah kerana cuaca pada ketika itu sangat menakutkan dan dia lebih sanggup bersama Ezekiel dan Denis. Selepas beberapa ketika, mereka mengambil keputusan untuk masuk ke dalam pintu tersebut dan pintu itu pun tertutup secara sendirinya dan pohon tersebut menjadi pohon biasa kembali.


Semasa mereka masuk ke dalam pintu tersebut, mereka telah melalui sebuah terowong gelap. Mereka menyangka bahawa terowong ini merupakan terowong biasa yang dibina semasa perang. Setelah beberapa lama mereka berjalan, mereka telah menemui cahaya yang sangat terang di hujung terowong. Mereka pun berjalan menuju ke arah cahaya tersebut.


Sesampainya di hujung terowong, mereka sangat terpukau melihat keindahan dunia asing yang tidak pernah mereka lihat di dunia mereka. Di sana, terdapat dataran yang terapung di udara, semua tumbuhan yang kecil di dunia realiti sangat besar di sana. Terdapat juga beberapa makhluk comel yang tidak pernah mereka temui. Ezekiel, Denis dan Noah berasa sangat gembira dan teruja melihat dunia fantasi yang mereka temui. Semasa mereka leka berlari dan bermain dengan makhluk comel di sana.


Semasa mereka leka berlari dan bermain dengan makhluk comel di sana, mereka telah didatangi oleh lelaki tua yang mereka pernah temui di sana. Lelaki tua itu menyapa dengan suara yang lembut, "hai anak muda, bagaimanakah kamu boleh masuk ke sini?". Noah pun menjawab, "kami sedang bermainmain di bawah pohon, kemudian pintu ini muncul dan terbuka begitu sahaja".


Lelaki tua itu akhirnya sedar bahawa tiga orang budak lelaki di hadapannya merupakan insan terpilih dalam menjalankan misi yang sepatutnya dilaksanakan bagi mengekalkan keseimbangan dunia luar dengan dunia fantasi. Lelaki tua itu seterusnya memperkenalkan dirinya kepada mereka bertiga, "Nama aku Daud. Siapakah nama kamu bertiga?". Denis seterusnya memperkenalkan diri mereka bertiga.


Daud kemudian membawa mereka bertiga ke rumahnya yang dibina di atas pokok. Ezekiel, Denis dan Noah sangat kagum dengan keindahan dunia fantasi yang boleh dilihat dari rumah Daud.


Daud kemudiaan mengajak mereka untuk melihat kristal yang digunakan bagi mengawal dunia fantasi ini. Denis melihat kristal tersebut sedikit retak dan dia pun bertanya kepada Daud, ‘mengapakah kristal ini retak?’. Daud pun tersenyum dan berkata, ‘sebab itulah kamu bertiga diajak dan dibawa masuk oleh pohon besar masuk ke dunia kami. Kamu bertiga merupakan penyelamat dunia kami. Kamu perlu menyelesaikan misi agar dunia kami kekal selamat.’ , Mereka bertiga amat terkejut dengan ujaran itu


Ezekiel kemudian bertanya lagi, ‘apakah yang kami perlu lakukan?’ Daud pun menjawab, ‘Sekiranya kamu boleh lihat daripada rumah ini, kamu boleh melihat sebuah gunung batu yang tinggi yang dipanggil Gunung Monoak. Gunung itu didiami oleh seekor naga yang sering menganggu ketenteraman makhluk di sini. Aku sudah tua dan tidak boleh lagi melawan naga tersebut. Kamu bertiga harus ke sana dan mengalahkan naga tersebut dan kembali dengan kristal naga baharu yang dijaga ketat oleh naga itu. Mereka bertiga pun bersetuju untuk membantu Daud dalam menjaga keamanan dunia fantasi itu. Hari pula sudah semakin malam dan Daud menasihati mereka untuk memulakan perjalanan pada esok hari sahaja.


Keesokan harinya, Daud telah memberikan mereka sebuah cincin emas sebagai penunjuk arah untuk ke gunung batu tersebut. Daud menasihati mereka untuk sampai ke sana sebelum matahari terbenam kerana naga sangat aktif berkeliaran pada waktu malam. Berbekalkan semua kudrat yang ada, Ezekiel, Deniz dan Noah memulakan perjalanan. Semasa dalam perjalanan, mereka menemukan banyak makhluk comel yang baik. Apabila mereka dahaga, makhluk comel tersebut membawa mereka ke sungai yang berhampiran untuk minum. Apabila mereka lapar pula, terdapat banyak makhluk bersayap membawakan buah-buahan kepada mereka untuk dimakan. Makhluk di sana turut membantu mereka menempuhi cabaran sepanjang ke gunung batu Monoak


Sesampainya mereka di sana, kawasan gunung batu Monoak ternyata dikelilingi dengan seekor naga yang mengeluarkan kepulan api. Mereka bertiga perlahan-lahan mencari jalan masuk ke gunung batu Monoak


Sepanjang mereka menelusuri jalan menuju ke puncak, mereka melihat banyak tengkorak makhluk dan manusia yang telah lama dibiarkan di sana. Keadaan di dalam gunung batu Monoak yang menyeramkan sedikit sebanyak meruntuhkan semangat dan keberanian mereka.


Apabila mereka sampai ke sebuah jambatan yang menghubungkan tangga ke puncak gunung Monoak, kedatangan mereka telah disedari oleh naga yang menjaga kawasan itu, Naga tersebut segera terbang ke arah mereka dan mengeluarkan api daripada mulutnya. Ezekiel, Noah dan Denis kemudiaan berlari dan menyeberangi jambatan sekuat hati mereka. Sesampainya mereka di kaki tangga puncak gunung batu Monoak, mereka melihat cahaya kristal yang menandakan itulah batu yang mereka perlu dapatkan di sana.


Mereka bertiga mengambil keputusan untuk bersembunyi seketika di sebalik batu besar berhampiran dengan tangga di sana. Naga tersebut pula sedang terbang melilau ke sana sini untuk mencari keberadaaan mereka bertiga. Ezekiel berkata kepada mereka berdua, “memandangkan aku yang paling pantas antara kamu, biarkan aku sahaja yang pergi mendapatkan batu tersebut, kamu berdua hanya perlu memberikan isyarat kepada aku sekiranya naga itu menyedari kehadiranku” Walaupun mereka keberatan untuk melepaskan Ezekiel sendirian, mereka terpaksa bersetuju dengan keputusan Ezekiel


Berbekalkan semangat yang kuat, Ezekiel berlari sekuat hatinya dan mendaki tangga keramat itu untuk mengambil batu kristal. Apabila Ezekiel sudah hampir mendapatkan batu kristal tersebut, naga itu sudah menyedari ancaman yang diberikan Ezekiel dan segera mengaum ke arah Ezekiel.


Melihat akan amukan naga tersebut, Deniz dan Noah bertindak untuk mengalihkan perhatian naga daripada Ezekiel dengan membaling batu ke arah naga tersebut. Naga itu kemudiaan terbang menuju ke arah Noah dan Denis. Ezekiel mengambil kesempatan itu untuk berlari keluar menuju ke arah jambatan. Apabila dia menoleh ke belakang, dia melihat Denis dan Noah turut menyeberangi jambatan. Apabila Ezekiel menoleh ke hadapan, naga itu sudah menghembuskan nafas api untuk membakar jambatan yang mereka seberangi. Jambatan itu pun runtuh dan mereka pun berteriak, “tidakkkkkkk, bantu kamiiiiii”


Ketika mereka merasakan hidup mereka sudah berakhir, tiba-tiba 3 ekor makhluk bersayap yang telah membantu mereka semasa dalam perjalanan menuju ke Gunung Monoak bertindak untuk menangkap dan membawa mereka terbang daripada Gunung Monoak.


Ketika mereka telah jauh dari Gunung Monoak, mereka melihat bahawa gunung tersebut begegar dan runtuh menjadi dataran kerana naga tersebut turut tertimbus dengan batuan dari Gunung Monoak lalu mati. Makhluk yang menyelamatkan mereka bertiga telah membawa mereka kembali ke rumah Daud. Sesampainya mereka di rumah Daud, Daud memeluk mereka bertiga dan berterima kasih atas perjuangan kepada mereka. “Terima kasih Ezekiel, Noah, Denis, kamu telah membantu kami menjaga keamanan dunia kami ini”


Ezekiel kemudian memberikan Daud kristal naga kepada Daud untuk menggantikan kristal lama yang retak itu. Setelah beberapa ketika mereka berehat, Denis tiba-tiba teringat akan dunia realiti mereka dan berkata, “eh, kita sudah lama berada di sini, saya rasa tiba masanya untuk kita kembali, mesti ahli keluarga kita sedang risau”. Ezekiel dan Noah bersetuju dengan cadangan Ezekiel


Setelah mereka mengucapkan selamat tinggal kepada Daud dan semua makhluk di sana, mereka menuju semula ke terowong di tempat pintu penghubung berada. Mereka berasa sangat gembira dan lega apabila mereka berada semula di dunia realiti. Mereka kemudian bergegas berlari kembali ke rumah masing-masing kerana langit sudah semakin gelap. Sebelum pulang, mereka berjanji untuk merahasiakan pengalaman mereka.


TEMA Persahabatan antara tiga orang sahabat yang berusaha memperjuangkan keamanan dan kesejahteraan alam fantasi


NILAI MURNI Nilai yang terdapat pada cerpen ini ialah : 1. Nilai bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh Denis dan Noah ketika mereka berusaha menyelamatkan Ezekiel daripada sambar hembusan api naga. 2. Nilai baik hati yang ditunjukkan oleh semua mahkluk di alam fantasi semasa membantu Ezekiel, Denis dan Noah ketika mereka dalam perjalanan menuju ke Gunung Batu Monoak 3. Nilai rasional yang digambarkan melalui perbuatan Ezekiel, Denis dan Noah dalam membantu Daud memperjuangkan keamanan dunia fantasi.


PENGAJARAN Pengajaran yang ingin ditunjukkan dalam cerpen ini ialah: 1. Kita haruslah sentiasa membantu orang dalam kesusahan. 2. Kita tidak boleh mementingkan diri sendiri ketika berada dalam bahaya. 3. Kita hendaklah sentiasa berfikiran rasional dalam membuat keputusan dalam hidup.


Click to View FlipBook Version