The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

penggunaan ict dalam memupuk perpaduan etnik latest 30.12

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-12-30 03:49:16

penggunaan ict dalam memupuk perpaduan etnik latest 30.12

penggunaan ict dalam memupuk perpaduan etnik latest 30.12

PENGGUNAAN ICT DALAM MEMUPUK
PERPADUAN ETNIK

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN MPU 21032

PENSYARAH : PUAN JARIAH ABDULLAH
DISEDIAKAN OLEH :
(KUMPULAN 6 DSK1C)

NOREEN CHEO (06DSK21F1036)
NAJWA BATRISYIA BINTI SAHAK (06DSK21F1059)
NIROSHAAN (06DSK21F1062)
VESSHALENE A/P GOPALAKRISHNAN (06DSK21F1084)

KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN TERHADAP TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)
2.0 TUJUAN ICT DALAM MEMUPUK PERPADUAN ETNIK
3.0 PERANAN ICT DALAM MEMUPUK PERPADUAN MELALUI:

3.1 VIDEO PENDEK,FILEM DAN IKLAN.
3.2 MEDIA SOSIAL
3.3 KEMPEN ATAS TALIAN
3.4 RANCANGAN TELEVISYEN
4.0 KESAN POSITIF ICT TERHADAP PERPADUAN ETNIK
5.0 KESAN NEGATIF ICT TERHADAP PERPADUAN ETNIK
6.0 KESIMPULAN
7.0 RUJUKAN

1.0 PENGENALAN TERHADAP TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN VESSHALENE
KOMUNIKASI (ICT) 06DSK21F1084

Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information Communication Technology )
merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya
sangat luas. Ia boleh berkenaan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan
maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan komputer dan perisian untuk
mengubah , menyimpan , melindungi , memproses , memindah , melihat , dan mendapatkan
maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.



Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran,
pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaran teknologi. Seperti yang
ketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan
pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. sebenarnya teknoloi maklumat tidak terhad
kepada internet dan komputer sahaja tetapi is melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah
dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.

1

1.0 PENGENALAN TERHADAP TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN VESSHALENE
KOMUNIKASI (ICT) 06DSK21F1084

Terdapat tiga asas penting penggunaan teknologi maklumat.

Pertama : Teknologi maklumat adalah untuk menggumpul maklumat. - Ia digunakkan
untuk suntingan dengan menggunakan teknologi.Cthnya, menggunakan komputer ia
boleh merekod bunyi, imej dan sebgai pengesan gerakkan.

Kedua : Untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.

Ketiga : Digunakkan untuk berkomunikasi iaitu menjelaskan bagaimana teknologi
maklumat digunakkan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan
maklumat daripada sumber kepada penerima.

2

2.0 TUJUAN ICT DALAM MEMUPUK PERPADUAN ETNIK VESSHALENE
06DSK21F1084

Dengan wujudnya teknologi- teknologi pada hari ini seperti aplikasi Whatsapp,
Instagram, Twitter, Facebook dan lain-lain lagi, Ianya telah memudahkan
masyarakat kini untuk lebih rapat dan berinteraksi antara satu sama lain tidak
mengira kaum, agama , dan latar belakang.

Dengan agen-agen sosialasi seperti tadi, kita dapat menyatupadukan kaum kerana
kita dapat berkenalan dengan orang baru dengan lebih mudah seperti menghantar
mesej dan mengikuti mereka di aplikasi instagram atau facebook.

3

2.0 TUJUAN ICT DALAM MEMUPUK PERPADUAN ETNIK VESSHALENE
06DSK21F1084
Kita juga tidak perlu berjumpa berhadapan dan perkara ini dapat
mengelakkan diri kita daripada mendapat penyakit covid 19 yang
melanda dunia kita dari dunia tahun 2019.

Agen sosialisasi ini amat penting dalam masa akademik
seperti ini kerana kita dapat mendapatkan maklumat
tentang hal covid 19 dengan lebih cepat di aplikasi-aplikasi
tersebut.

4

3.0 PERANAN ICT DALAM MEMUPUK PERPADUAN MELALUI: NAJWA BATRISYIA
(06DSK21F1059)

3.1 VIDEO PENDEK,FILEM DAN IKLAN.

'content creator', 'youtuber', atau pengarah filem boleh menghasilkan iklan, video pendek
dan filem pendek yang berunsur perpaduan kaum.
Antara video yang boleh dibuat ialah tentang sambutan perayaan dan sambutan hari
kemerdekaan seperti filem pendek petronas yang menunjukkan perpaduan diantara kaum.

https://youtu.be/DhBH1G53pCs

Peranan ini dapat memberi nilai positif
kepada masyarakat kerana kandungan
nilai yang disampaikan adalah sangat
menarik dan mudah untuk difahami.

#PETRONAS National and Malaysia Day 2019 - UNI 5

3.2 MEDIA SOSIAL NOREEN CHEO
(06DSK21F1036)

Kemudahan internet dan media sosial telah memberi banyak kemudahan
dan pengaruh kepada kehidupan sosial dalam kalangan masyarakat
Malaysia terutamanya remaja.
Wujudnya aplikasi media sosial seperti Whatsapp, Telegram, Instagram
dan Facebook.
Memudahkan untuk berkenalan dengan masyarakat lain yang berbeza
etnik dan latar belakang.
Media sosial telah menjadi platform utama untuk berkomunikasi dan
menyampaikan maklumat.

6

3.2 MEDIA SOSIAL NOREEN CHEO
(06DSK21F1036)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1949374715355531&id=135289458465

Seperti di link di atas, iaitu di Facebook, kita dapat melihat video
pendek yang menunjukkan nilai perpaduan yang membolehkan
masyarakat untuk menghormati dan memahami antara satu sama
lain.

Gambar di sebelah pula diambil daripada media sosial Instagram yang
menunjukkan "perkara yang merapatkan rakyat Malaysia".

6

3.3 KEMPEN ATAS TALIAN NIROSHAAN
(06DSK21F1062)

Perpaduan antara kaum melayu, india dan cina dapat dieratkan melalui kempen atas talian.

contohnya, rajah 3.31 menunjukkan penceramah berkaum

melayu, india dan cina membuat ceramah atas talian

bertajuk kepercayaan kepada tuhan memupuk perpaduan

rakyat sejahtera untuk rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Penonton ceramah ini dapat mengekalkan keharmonian
dan dapat mengelakkan perselisihan antara kaum.

Kempen atas talian boleh juga dibuat oleh pihak sekolah

kepada pelajar supaya perpaduan antara kaum generasi

kini tidak terjejas.

Rajah 3.31: https://youtu.be/PqwBZ4SgltU Contohnya, pemberian motivasi kepada pelajar melalui


google Meet dan zoom tentang kepentingan perpaduan

antara kaum.

Hal ini tidak akan dapat memusnahkan perpaduan antara

kaum pada masa hadapan. 7

3.4 RANCANGAN TELEVISYEN NAJWA BATRISYIA
(06DSK21F1059)

Siaran televisyen perlu menyiarkan program yang menggabungkan semua kaum dan
membincangkan isu-isu semasa seperti yang dibuat oleh TV3 iaitu program soal rakyat.

https://youtu.be/lwQ8LihAOWk

Siaran televisyen perlulah menghasilkan program
memperkenalkan budaya kaum lain seperti program
masakan makanan tradisional.

Stesen televisyen yang lain perlulah mencontohi Radio

Televisyen Malaysia (RTM) yang sering membariskan

pelakon dari pelbagai bangsa iaitu Melayu, cina dan Memperkasa Perpaduan Nasional | Soal Rakyat

india. Rabu, 26 Ogos 2020)




8

4.0 KESAN POSITIF ICT TERHADAP PERPADUAN ETNIK NIROSHAAN
(06DSK21F1062)

1. KITA DAPAT MEMUDAHKAN KOMUNIKASI ANTARA PELBAGAI KAUM SEPERTI KAUM MELAYU,
KAUM CINA DAN KAUM INDIA.

Rajah 4.01 Melalui laman sosial seperti FACEBOOK , TWITTER , SKYPE dan
sebagainya.

Kita boleh berkomunikasi dengan orang kaum lain secara mudah dan
cepat.
kita dapat mengenali dan menjadi rapat dengan masyarakat pelbagai
kaum di laman sosial seperti Instagram. contohnya, kita boleh lihat pada
rajah 4.01.
Rajah 4.01 menunjukkan bahawa kita dapat mengenali orang kaum lain
dengan mesej mereka .
Hal ini dapat mengeratkan hubungan dan perpaduan antara satu sama
lain.

9

2. KITA BOLEH MENDAPAT MAKLUMAT TENTANG BUDAYA KAUM NIROSHAAN
LAIN DENGAN MUDAH (06DSK21F1062)

Kita boleh mendapat pelbagai maklumat melalui medium ict seperti internet.
Kita dapat mengetahui adat resam dan budaya kaum lain dengan mudah.
Hal ini dapat memadatkan hubungan dan perpaduan antara kaum lain.

Rajah 4.02 menujukkan bahawa kita dapat
mengetahui adat perkahwinan kaum melayu,
kaum cina dan kaum india melalui internet.

RAJAH 4.02 10

3. PENYEBARAN MAKLUMAT OLEH KERAJAAN MELALUI NIROSHAAN
SISTEM PESANAN RINGKAS KEPADA SEMUA RAKYAT (06DSK21F1062)
BERBILANG KAUM.

Perpaduan dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat berbilang kaum melalui teknologi ini.

Rajah 4.03 menunjukkan bahawa Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin
bin Md Yasin telah mengucapkan Hari Deepavali kepada rakyat
berkaum India .
Ucapan dan pesanan tersebut dilakukan oleh kerajaan
menggunakan media sosial seperti Facebook.
Pesanan tersebut adalah untuk semua rakyat di Malaysia.
Hal ini dapat memupuk nilai perpaduan bagi semua rakyat
melalui penghargaan yang ditunjukkan oleh pihak kerajaan.
Hal ini dapat menghalang perpaduan antara rakyat Malaysia
daripada terjejas.

Rajah 4.03 11

5.0 KESAN NEGATIF ICT TERHADAP PERPADUAN ETNIK NOREEN CHEO
06DSK21F1036
Maklumat ,fitnah, dan berita palsu tersebar secara meluas serta ia akan
menimbulkan 12
salah faham dan kekeliruan kepada masyarakat.
Produktiviti seseorang akan merosot dan kurang melakukan aktiviti sosial yang
lebih bermanfaat.

1) CABARAN DARI SEGI PERPADUAN :
Perpaduan adalah jaminan untuk keutuhan sesebuah negara dan pentadbiran.
Pelbagai jenis isu di media sosial yang boleh menimbulkan pandangan dan
tanggapan masyarakat melalui komen di media sosial.
Inilah penyebab wujudnya 'Keyboard Warriors' .
Contoh : Tindakan blogger kontroversi, Alvin Tan dan bekas teman wanitanya,
Vivian Lee pada 12 Julai 2013 telah mengundang kemarahan di kalangan umat
Islam. Perbuatan mereka dianggap menghina dan menyindir sensitiviti agama
serta umat Islam pada Ramadan 2013.

2) CABARAN DARI SEGI PERUBAHAN GAYA HIDUP NOREEN CHEO
06DSK21F1036

Dari segi pemakaian, makanan, minuman, tingkah laku dan sebagainya yang dipengaruhi oleh
golongan belia dari media sosial.
Pelbagai maklumat dan budaya luar boleh dipelajari oleh golongan belia yang menyebabkan
mereka melupakan asal usul keturunan mereka sendiri.
Golongan belia lebih mengikuti budaya barat dan secara tidak langsung menyerap nilai-nilai
negatif budaya barat.
Perubahan yang dialami oleh arus kemodenan turut mempengaruhi kepada corak kehidupan
masyarakat yang masih diwarisi daripada nenek moyang mereka.
Perubahan gaya hidup ini membawa kesan negatif kepada generasi akan datang yang
menyebabkan tradisi ditelan zaman.

13

3) CABARAN DARI SEGI KEHIDUPAN NOREEN CHEO
06DSK21F1036
Terdapat pelbagai ragam masyarakat apabila melayari media sosial.
Contohnya, sebagai rakan untuk mencurahkan perasaan dan emosi 14
kerana tiada temppat lain untuk meluahkan rasa hati dan ada yang
menggunakannya sebagai tempat berkomunikasi dengan rakan dan
ahli keluarga.
Tetapi ramai yang leka menghadap media sosial sehingga lupa akan
tanggungjawab mereka.
Lebih melekakan jika terpengaruh dengan cerita berunsurkan fitnah,
gosip dan sebgainya.
Ia akan menyebabkan persoalan betul atau tidak betulmenjadi tidak
penting dan menyebabkan bermasam muka dan tidak bertegur sapa
sesama alhi keluarga atau rakan.
oleh itu, proses hubungan secara terus tidak lagi berlaku, maka
semakin renggang ikatan persaudaraan dan persahabatan.

6.0 KESIMPULAN NAJWA BATRISYIA
(06DSK21F1059)

Oleh yang demikian, penggunaan ICT dalam memupuk perpaduan etnik di
malaysia memberi impak yang positif dan negatif. Tidak dinafikan bahawa
kandungan dalam penggunaan ICT memberi banyak maklumat yang berguna kepada
kita dan ia juga dapat menanamkan rasa cinta akan negara dan dapat meningkatkan
perpaduan etnik di malaysia.




Dalam rangka teknologi maklumat dan komunikasi memang jelas bahawa kita
dapat menggunakannya dengan bebas tetapi kita perlulah menggunakannya dengan
baik dan perlu mempunyai tujuan yang betul.

Pada masa yang sama, saya berharap agar di dalam media massa, kita dapat
meningkatkan lagi maklumat yang bermanfaat daripada hiburan-hiburan kosong.

15

7.0 RUJUKAN

Buku penghayatan etika dan peradaban versi
politeknik Malaysia

16


Click to View FlipBook Version