BAB 4: Pembiakan (4.2: Sistem Pembiakan Manusia)
Sistem Pembiakan Lelaki
3. Kelenjar seks b agi lelaki terdiri daripada vesikel semen dan k elenjar
prostat.
4. Sperma y ang dihasilkan di testis d isimpan sementara di dalam
kelenjar ini.
5. Bendalir yang dihasilkan di vesikel semen bersama-sama sperma
membentuk b endalir semen.
6. Testis m ula menghasilkan sperma dan h ormon seks a pabila seorang
lelaki mula a kil baligh.
Input Ekstra
Air kencing dan semen tidak pernah diangkut melalui uretra pada masa
yang sama.
Sistem Pembiakan Perempuan
1. S istem pembiakan perempuan menghasilkan gamet betina, i aitu
ovem serta m enyediakan tempat untuk p erkembangan dan
pertumbuhan fetus.
2. Rajah 4.13 menunjukkan sistem pembiakan perempuan.
3. Jadual 4.2 pula menunjukkan fungsi bagi setiap struktur dan organ
dalam sistem pembiakan perempuan.
4. Proses penghasilan o vum bermula di dalam ovari semenjak fetus
berada di dalam kandungan ibunya lagi dan berhenti apabila seorang
budak perempuan mencapai a kil baligh.
5. Serviks dan faraj perempuan yang hamil akan mengembang semasa
proses kelahiran anak.
Imbas Maya
Sistem pembiakan perempuan dan fungsinya
http://kidshealth.org/en/teens/female-repro.html
Perbandingan antara Gamet Jantan dengan Gamet Betina
1. Terdapat dua jenis sel seks atau gamet, iaitu g amet jantan dan g amet
betina.
2. Gamet jantan d ikenali juga sebagai sperma, manakala gamet betina
dikenali juga sebagai ovum.
3. Rajah 4.14 menunjukkan struktur sperma dan ovum manusia.
4. Kedua-kedua gamet ini terlibat dalam pembiakan manusia.
5. Bahan genetik yang m embawa maklumat genetik seseorang individu
terkandung di dalam nukleus sperma dan ovum.
6. Sperma m empunyai ekor yang membantunya bergerak d i dalam tiub
Falopio.
7. Peta buih berganda dalam Rajah 4.15 menunjukkan perbandingan
antara sperma dengan ovum.
Perubahan Fizikal yang Berlaku ketika Akil Baligh
1. A kil baligh ialah salah satu p eringkat pertumbuhan manusia yang
bermula daripada usia 10 tahun - 12 tahun bagi perempuan d an 14
tahun - 17 tahun bagi lelaki.
2. Akil baligh merupakan peringkat permulaan sistem pembiakan
menjadi matang dan dapat menghasilkan sel pembiakan dan harmon
seks.
3. Semasa a kil baligh, organ pembiakan manusia mula membebaskan
hormon seks k e dalam aliran darah.
4. Hormon-hormon seks i ni bertanggungjawab terhadap p erubahan
fizikal, fisiologi dan emosi yang berlaku, pada remaja semasa akil baligh.
5. Rajah 4.16 menunjukkan perubahan fizikal yang berlaku kepada lelaki
dan perempuan semasa akil baligh.
Praktis Skill 4.2
1. Namakan organ seks yang menghasilkan hormon yang berikut
(a) Hormon seks lelaki
(b) Hormon seks perempuan
2. Nyatakan s atu persamaan dan s atu perbezaan antara struktur sperma
dengan struktur ovum.
3. (a) Nyatakan satu p erubahan fizikal semasa akil baligh yang berlaku
pada lelaki dan perempuan.
(b) Nyatakan satu p erubahan fizikal semasa akil baligh yang berlaku
pada lelaki sahaja.
4. Namakan satu organ yang berfungsi sebagai organ pembiakan dan
organ perkumuhan pada lelaki sahaja.