The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Yongjie Chung, 2020-08-08 04:49:17

Sains Tingkatan 2 (BAB 1)

Sains Tingkatan 2 (BAB 1)

Keywords: Sains Sains Tingkatan 2 (BAB 1)

BAB 1: Biodiversiti

1.1 Kepelbagaian Organisma

Apakah Biodiversiti

1. ​Biodiversiti d​ idefinisikan sebagai ​kepelbagaian jenis hidupan ​di suatu
kawasan seperti daratan, lautan atau habitat lain yang berinteraksi
antara satu dengan yang lain.

2. Organisma yang hidup dalam suatu habitat mempunyai ​ciri-ciri
tertentu untuk​ beradaptasi​ dengan ​tempat tinggal semula jadi (habitat)
dan i​ klim u​ ntuk terus hidup.

3. Di ​bumi​, terdapat p​ elbagai jenis habitat d​ an ​iklim ​(atau cuaca). Oleh
sebab itu, organisma yang hidup dalam suatu habitat mempunyai c​ iri-ciri
yang​ berbeza i​ aitu variasi dengan organisma yang hidup di habitat yang
lain.

4. Variasi ini membolehkan organisma yang ​beradaptasi​ dengan
keadaan h​ abitat​ dan iklim untuk terus hidup dan menghasilkan ​spesies
baharu a​ tau ​biodiversiti.

Kepentingan Biodiversiti
Aspek yang berbeza dalam ​kepentingan biodiversiti​ adalah seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 1.1 di bawah.

Keseimbangan Alam

1. I​ nteraksi ​antara p​ elbagai spesies organisma ​hidup dengan
persekitaran m​ ewujudkan satu​ ekosistem​ yang s​ eimbang​, iaitu
mengekalkan k​ eseimbangan alam.

2. Contohnya, semua ​organisma hidup mengambil oksigen ​dari
atmosfera dan​ membebaskan karbon dioksida ​semasa respirasi.
Sebaliknya, ​tumbuhan menyerap karbon dioksida ​dari atmosfera dan
membebaskan oksigen s​ emasa fotosintesis.

3. Ini dapat ​memastikan kandungan oksigen ​dan k​ arbon dioksida​ dalam
udara dapat ​dikekalkan u​ ntuk memastikan k​ eseimbangan alam​ dan
kemandirian organisma.

4. Proses interaksi ini mewujudkan k​ itar semula jadi​ seperti kitar
oksigen, kitar karbon, kitar air dan kitar nitrogen yang seterusnya
mengekalkan keseimbangan alam.

Rajah 1.2: Interaksi antara hidupan mewujudkan keseimbangan alam

Sumber makanan

1. ​Sumber makanan manusia ​akan ​terjamin j​ ika ​biodiversiti ​dikekalkan.

2. Sebagai contoh, hanya 3000 daripada 10000 hingga 50000 spesies
tumbuhan yang dikelaskan sebagai b​ ahan makanan​ dijadikan makanan
harian manusia.

3. Oleh yang demikian, masih terdapat banyak spesies tumbuhan lain
yang berpotensi dijadikan sumber makanan manusia. Hal yang sama
juga berlaku kepada spesies haiwan.

Sumber Ekologi

1. Biodiversiti m​ eningkatkan jumlah gen ​untuk menambahkan
kepelbagaian jenis hidupan yang akan datang.

2. Contohnya, kebolehan organisma b​ eradaptasi​ dengan perubahan
keadaan sekliling dan iklim untuk terus hidup menghasilkan s​ pesies
baharu s​ eterusnya meningkatkan biodiversiti.

3. ​Produktiviti​ dalam ​ekosistem ​dan ​kestabilan d​ alam p​ opulasi​ juga
bergantung pada perubahan dalam biodiversiti.

Pendidikan

1. Pengetahuan dan penemuan baharu terhadap pelbagai jenis hidupan
dapat dikembangkan melalui​ kajian saintifik​ terhadap biodiversiti.

2. Contohnya, ​Malaysia ​diiktiraf sebagai satu daripada 12 buah negara
mega biodiversiti​ di dunia. Maka, kajian saintifik terhadap pelbagai
spesies organisma dapat dilakukan di Malaysia dan m​ emajukan bidang
pendidikan ​tentang b​ iodiversiti.

Rajah 1.4 Malaysia merupakan antara 12 negara mega biodiversiti

Tempat Rekreasi dan Ekopelancongan

1. K​ epelbagaian jenis hidupan d​ i tempat rekreasi biasanya menyediakan
pemandangan ​yang ​sungguh indah.

2. Keindahan biodiversiti ini boleh dibangunkan dan dijadikan sebagai
kawasan rekreasi.

3. Contohnya, Pulau Sipadan, Pulau Redang dan Pulau Payar
merupakan t​ empat rekreasi​ dengan​ kepelbagaian batu karang d​ an
spesies ikan.

4. E​ kopelancongan ​merupakan ​pelancongan ​yang dikaitkan dengan
biodiversiti a​ tau​ keunikan spesies ​dalam suatu habitat.

5. Contohnya,​ bunga pakma (Rafflesia), terumbu karang d​ an ​orang utan
merupakan contoh spesies organisma di Malaysia yang berjaya menarik
kedatangan beribu-ribu pelancong antarabangsa dan tempatan setiap
tahun.

Bioteknologi

1. ​Kejayaan ​dalam bidang b​ ioteknologi ​bergantung kepada kewujudan
kepelbagaian b​ ahan mentah ​yang berasal daripada sumber biodiversiti.

2. Contohnya, biodiversiti di Malaysia adalah tinggi, maka wujud
pelbagai organisma yang boleh digunakan dalam kajian bioteknologi.

Perubatan

1. Sejak zaman dahulu, ​pelbagai spesies ​tumbuhan, haiwan dan
mikroorganisma telah digunakan untuk membuat ​ubatan tradisional d​ an
moden.

2. Seperti contoh, pokok bintangor digunakan untuk membuat ubat yang
dikatakan dapat merawat penyakit AIDS.

Bahan Mentah Industri

1. Kewujudan kepelbagaian ​bahan mentah industri ​dan b​ inaan
bergantung kepada b​ iodiversiti.

2. Contohnya, kepelbagaian pokok balak yang bermutu tinggi
membekalkan bahan mentah untuk kegunaan industri kayu balak. Selain
itu, terdapat tumbuhan tertentu yang digunakan dalam industri teksil dan
penghasilan kertas.

Keperluan Pengurusan Biodiversiti yang Berkesan

1. ​Manusia b​ erupaya untuk mengurus alam semula jadi dengan
bijaksana bagi memastikan kelestarian semua benda hidup di Bumi.

2. Tetapi, ​populasi ​manusia yang semakin ​bertambah ​mempengaruhi
aktiviti manusia. Apabila aktiviti manusia semakin meningkat,
penggunaan bahan semula jadi secara tidak berhemat semakin
meningkat. Ini menyebabkan p​ encemaran alam​ dan k​ emusnahan
habitat​ semula jadi berlaku.

3. Hal ini mengakibatkan pelbagai spesies haiwan dan tumbuhan
menjadi semakin t​ erancam​ dan ada yang mengalami ​kepupusan.
Biodiversiti ​turut menjadi ​terancam.

4. Kaedah-kaedah ​memelihara ​dan ​memulihara b​ iodiversiti termasuk
spesies endemik y​ ang t​ erancam​ adalah seperti berikut.

a.) P​ enyediaan pusat perlindungan ​haiwan, tapak semaian untuk
membiak baka spesies terancam, pusat penetasan telur dan pelbagai
jenis kawasan perlindungan hidupan seperti santuari, rizab hidupan liar,
taman laut dan hutan simpan.

b.) ​Pengawalan pencemaran alam.

c.) P​ endidikan t​ entang ​kepentingan ​dan k​ eperluan biodiversiti ​untuk
memastikan kelestarian semua benda hidup.

d.) ​Penguatkuasaan undang-undang d​ i Malaysia yang bertujuan untuk
memelihara ​dan m​ emulihara biodiversiti​ dengan lebih berkesan.

e.) P​ emuliharaan in situ m​ engekalkan spesies di habitat asal seperti
taman negara, taman laut dan hutan simpal kekal. ​Pemuliharaan ex situ
mengekalkan spesies di luar habitat asal seperti zoo, taman botani dan
akuarium.

5. S​ pesies endemik i​ alah s​ pesies asli a​ tau ​khusus​ ditemukan di suatu
kawasan tertentu. Contoh haiwan endemik di Malaysia ialah harimau
Malaya (Malayan Tiger) yang ditemukan di kawasan tengah dan selatan
semenanjung Malaysia dan gajah pygmy Borneo (gajah kerdil Borneo)
yang ditemukan di Sabah, Malaysia.

Praktis Skil 1.1

1. Berikan definisi biodiversiti.

2. Namakan tiga jenis aktiviti manusia yang mengancam biodiversiti.

3. Mengapakah biodiversiti di Malaysia adalah tinggi ?


Click to View FlipBook Version